-->

HijriDate

Monday, June 05, 2006

Poligami oh poligami..

Oleh Afais

Saya mahu ceritakan sedikit suatu perbualan yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu, lebih kurang beginilah mafhumnya :

Suami :Yang yang, abang nak berbincang ngan yang sikit ni..yang sibuk ker?
Isteri :Tak bang, ada apa yang penting sangat ni. Ceria je muka abang.
Suami :Yang, abang nak kahwin sorang lagi lah. Yang setuju tak?
Isteri :Kawin sorang lagi!!! Jeng jeng jeng (bunyi muzik latar)
Isteri :Abang jangan nak mengada-ngada yer. Apa tak cukup ker kasih sayang yang ayang berikan selama ni?!!
Suami :Bukan macam tu yang..
Isteri :Abang, walau apa pun alasan abang, ayang tak sanggup untuk dimadukan..tak perlulah abang nak beri penjelasan lagi!!

Persoalannya:

Kenapa yer wanita sangat sukar menerima pengharusan poligami ni. Saya tidak mengatakan semua wanita begitu. Namun majoroti wanita begitu. Alasan mereka, Alangkan isteri Nabi juga cemburu, inikan pula kami ni wanita akhir zaman. Kuat ker hujah begitu..

Satu kes yang pernah saya dengar. Saya anggap kes ini lebih parah dari kes yang di atas tadi. Sudahlah tidak dibenarkan suaminya berpoligami (suami seorang yang berpangkat dan bergelaran) bahkan lebih dahsyat, apa yang dikatanya kepada suaminya :

Abang nak cari sampai 4 orang ker, nak simpan sampai 20 ker saya tak kisah. Yang penting abang jangan madukan saya. Saya tak sanggup. Saya Malu!!(simpan dan cari bermaksud wanita simpanan dan tidak dinikahi. Tetapi seperti hubungan suami isteri) Apa kes kalau sampai macam ini. Sanggup tak beri suami nikah lagi, sudah begitu diajar suaminya buat perkara yang dilaknat dan berdosa!!!

Saya kumpulakn beberapa persoalan di bawah beserta dengan anggaran jawapannya :

Kenapa lelaki mahu kahwin lagi (kemungkinan):

1) Kematian isteri
2) Mahu ikut sunnah Nabi
3) Terlampau ramai wanita yang membujang/menjanda dan lelaki kasihan atau terpaksa bantu tanda simpati(Bantu dengan berkahwin)
4) Lelaki gatal dan nak yang baru
5) Isteri yang ada tidak memberikan layanan terbaik sepertimana mula-mula menikah dahulu
6) Sifat lelaki yang tak cukup Satu
7) Isteri yang ada tak mampu lahirkan zuriat


Kenapa wanita tak setuju suami kahwin seorang lagi:

1) Suami gatal dan isteri rasa sudah memberikan yang terbaik buat suami
2) Takut suami tak mampu berlaku adil
3) Takut kasih sayang akan berbelah bahagi
4) Malu dengan alam sekitar
5) Takut harta dapat sikit
6) Banyak kes lelaki tidak adil setelah berkahwin lagi
7) Tidak mahu bermadu walau madu itu manis

Kenapa lelaki perlu kahwin lagi :

1) Untuk keseimbangan dalam masyarakat (ramai sangat wanita yang membujang berbanding dengan bilangan lelaki) ditabah jumlah wanita yang lebih ramai dari lelaki.
2) Nabi galakkan agar memperbanyakkan ummatnya
3) Membantu wanita yang susah dan anak ramai
4) Nak ikut sunnah nabi (hujah paling kuat bagi kebanyakkan lelaki)

Kenapa wanita perlu izin suami kahwin lagi :

1) Takut suami tercebur ke dalam perkara yang haram (zina, perempuan simpanan dll)
2) Kesihan pada wanita lain yang masih tak berkahwin (bayangkan sahaja kalau anda dalam situasi begitu)
3) Besar ganjarannya di akhirat nanti


Kesimpulannya, jangan campurkan soal hukum dengan soal perasaan anda. Yang halal tetap halal walau anda membencinya. Dan yang haram tetap haram walau anda suka, terbiasa dan meminatinya.

- Lelaki jangan ikut suka hati nak kahwin lain kalau tak yakin mampu beri keadilan apabila sudah berkahwin walaupun poligami itu diharuskan.
- Wanita jangan menentang secara membabi buta suami yang mahu berpoligami kerana ia memang harus.
P/s : Penulis pun takut untuk berpoligami..

[+/-] Selengkapnya...

Catatan Perjalanan..

Sakit pinggangku belum lagi mahu reda. Ini gara-gara perjalanan jauh yang ku tempuhi tempoh hari bersama 2 orang sahabatku Afifuddin md Jamil dan Azman Shari ke sebahagian besar negeri-negeri yang terdapat di Negara Mesir ini. 3 hari tanpa henti. (Cairo > Alex > Damanhur > Alex > Dumyat > Mansurah > Zaqazik > Cairo). Selain dari menjalankan tugas yang telah ditaklifkan, dapat juga aku menziarahi kawan-kawan di sana yang kini sedang hangat menduduki imtihan.

Perjalanan ini memang memenatkan. Apa tidaknya. Perjalanan sangat jauh tapi hanya menaiki kereta sapu pegeout (Sesiapa yang pernah naik tahulah betapa memenatkan menaiki peogeout ni. Dah lah aku memiliki sepasang kaki yang panjang di tambah dengan pergelangan buku lali dan lutut yang kesakitan akibat sepak takraw dan ping pong tempoh hari). Di tambah lagi dengan cuaca panas setinggi 37 darjah Celsius dan kereta tanpa penghawa dingin. Pehh..kene Karen!!Tahankan ajelah..

Namun penat-penat pun ia amat menyeronokkan. Terima kasih pada sahabat-sahabat di sana yang memberikan layanan yang baik walaupun dalam imtihan yang memerlukan ketenangan dan kesungguhan. Moga kalian diberikan kejayaan cemerlang di dalam imtihan yang ditempuhi. Layanan memang first class. Kat Alex dapat makan ayam masak merah (2 bulan dah tak merasa ayam ni gara-gara bird flue) kat rumah Elleyeen pula dapat jamahan udang dan ketam pasar Asofiroh, Iskandariah. Kat Damanhur sekali lagi dijamu ayam masak kurmak. Di Dumyat tidak mengecewakan, Nasi lemak berlaukkan sambal udang dan rending daging, di Zaqazik pula makan tengah hari bersama ust Abdullah Husain dan rakan serumah ust Zarul ditemani mandub setia ust Zam Zam dengan kari daging dan ikan kering. Seronok juga jadi tetamu ni kan.

Ala kulli hall, bukan makanan yang sedap tu yang ku cari di sana. Selain dari tugas yang telah dirangka, tujuan utamaku adalah untuk melihat suasana sebenar masyarakat mahasiswa di muhafazah memenuhi masa imtihan mereka. Kesimpulan yang dapat dibuat, memang ada sedikit perbezaan dengan apa yang ada di Cairo. Nampaknya mereka lebih tekun dan ada suasana imtihan berbanding Cairo. Itu sekadar pemerhatian. Mungkin di Cairo ini sudah terlalu ramai rakyat Malaysia, sebab itu tidak nampak suasana masyarakat pelajar. Yang nampaknya suasana masyarakat Malaysia. Semuanya bertumpu di sini.

Kesimpulan kedua yang dapat ku lihat. Masyarakat Mesir di mana-mana sahaja nampak seperti tiada bezanya. Aku tidaklah sampai masuk ke kampung-kampung pedalaman di sana. Yang dapat ku perhatikan, Muhafazah + Muhafazah = Kaherah. Tiada bezanya. Tetap ramai yang keras kepala, suka bertengkar, menipu, tidak ikut peraturan dan bersikap asal boleh sahaja. Yang baik aku tidak nafikan. Namun, itulah ukuran penglihatan ku. Sekitar yang ku lalui di sana lebih kurang sama dengan apa yang ku lalui di Kaherah. Bagiku, inilah dia penangan laungan kemajuan dan manusia menjadi terhimpit dalam kehidupan seharian gara-gara setiap perkara yang penuh dengan ketegangan dan pentingkan diri sendiri. Apa ertinya kemajuan dan kesenangan yang mahu dikejar kalau nilai-nilai mulia dalam masyarakat semakin pudar.

Kesimpulan ketiga, perjalanan memerlukan kesabaran dan rakan. Ketika di Zaqazik, aku terpaku mendengar sapaan ust Abdullah : "Kat sini dah dapat latihan macam ni (jalan sana sini 3 hari tak balik rumah) di Malaysia nanti mudahlah mahu bergerak, bekerja untuk Islam". Aku teringat kisah rakan-rakan yang pulang ke Tanah Air tidak mahu berkhidmat untuk kepentingan Islam. Tidak lebih dari hanya mencari kepuasan peribadi. Banyak beralasan itu dan ini. Lari-lari dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku takut juga jika aku balik nanti jadi seperti itu. Jadual kehidupan hanya untuk: Kerja > Balik kerja > basuh kereta > bawak anak jalan2 > pergi pasar malam > siap untuk kerja dan kerja. Jadi bila nak bekerja untuk masyarakat dan Islam!! Tugas Daie nak letak kat bahu sapa?!!.

Sepanjang perjalanan dari Zaqazik ke Kaherah, aku memikir punca gejala ini. Jawapannya : Mahu bermewah yang melampau dan tiada kawan yang baik dalam perjalanan!!! Moga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang tak mampu kita hadapi dan membantu setiap apa yang diujiNya.

Berjalan, melihat dan mentafsir.

[+/-] Selengkapnya...

Ada apa dengan Nikah Misyar?

Oleh Afais

Nikah misyar hangat diperkatakan. Para alim ulamak berbahas dengan hujjah syar'ieyahnya. Manakala para pejuang hak-hak wanita (kononnya) menyatakan pendirian mereka menolak pengamalan nikah misyar hanya dengan hujah perasaan dan emosi semata. Apa nak kira dengan huujah hadis dan al-Quran ni (kata mereka). Kononnya ia merendahkan martabat wanita. Sudah tu, mana satu yang betul ni. Persoalannya boleh ke tak boleh. Tanya orang kampung(awam). Kepeningan.

Bagi saya, isu ini tidak perlu menjadi isu!! Kalau tidak bersetuju silakan tetapi jangan memperlekeh dan mencelanya dan bagi yang bersetuju pula, ulamak sebahagian besarnya telah mengharuskannya berdasarkan dengan dalil-dalil yang diterima dan bukan dengan akal semata-mata (Ini soal hilafiah). Sila rujuk kupasan saudara Abdul fatah jaafar dan saudara Mohd Akhmal Ali. Saya tak perlu perpanjangkannya di sini. Tak perlulah nak bertegang urat jika ia memang sudah ada dalil pengharusannya (menurut sebahagian besar ulamak). Saya sedih apabila ada pihak yang tidak bertanggung jawab menjadikan ianya isu dan ianya perlu ditentang habis-habisan. Ulamak disanggah kononnya menaja penindasan hak-hak wanita. Apa tidaknya (kata mereka) sudahlah berkahwin ditanggung pihak wanita, hak-hak giliran juga terpaksa digadaikan.!!(hujah emosi mereka).

Bagi saya, sekiranya para pejuang hak-hak wanita itu semuanya belum berkahwin, sudah tentu mereka akan menyokong habis-habisan isu ni. Ini tidak, mereka sudah ada segalanya. Suami, anak-anak dan keluarga. Kalau disokong hal ini, takut suami akan mencari yang lain. Tidak rela bermadu katanya. Kesihan la pada kawan-kawan sejenismu yang tida bernasib baik seperti mu. Perjuangkanlah hak wanita keseluruhannya. Bukan hanya untuk kepentingan peribadi. Barulah namanya pejuang gamaknya!!

Tak perlu bergaduhlah hal nikah misyar ni. Ia tidak patut ditolak mentah-mentah jika anda tidak bersetuju. Bahkan ia pintu (pemudah cara) yang dibuka bagi yang memerlukan. Bukan suka-suka dibuka untuk yang tidak berkaitan.

Yang perlu jadi isu bagi saya adalah perkara yang jelas-jelas haram. (Berzina, tidak menutup aurat, minum arak, berjudi, mencuri, merogol dan lain-lain lagi). Jadikan ia isu agar yang tidak sedar ianya haram kembali memahami dan beramal dengan apa yang halal. Ini tidak. Hal hilafiyah diperjuang mati-matian. Tetapi tudung di kepala entah kemana. Jika pakai pun hanya untuk menutup kepala bukan untuk menutup aurat. Haa..inilah isu besarnya cik akak. Tinggalkan yang haram, buat apa yang disuruh dan dibolehkan.
Jom pakat-pakat amar makruf dan nahi mungkar!!!

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, May 28, 2006

Saya benci lelaki yang tidak setia..!

Oleh Afais

"Jika tepat masa, ketika, keadaaan dan siapa..maka CINTA adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingannya.." Kata-kata Saudara Pahrol Mohd. Joui yang sering diperkatakan oleh ahli bait ku beberapa hari ini. Kata-kata itu diucap beliau dalam buku terbaru yang kini hangat di pasaran iaitu "Tentang Cinta". Bahsanya menarik. Afkar raisinya juga cantik. Siapa ada duit lebih bolehlah membelinya dan jangan lupa bagi saya peluang membacanya sekali..

Isu cinta memang suatu isu yang sangat menarik untuk diperkatakan. Sebut sahaja cinta antara manusia ia tidak lari dari definisi dua insan yang sedang hangat berhubungan. Mungkin untuk melangsungkan perkahwinan dan ada juga yang menjadikannya sebagai barang mainan. Sekadar barang sedap-sedapan. Melepaskan rasa sepi keseorangan dan keboringan. Kawan untuk berbual-bual. Melepaskan rasa hati. Hati wanita dipermainkan. Adik angkatlah. Kakak angkatlah. Duduk di gagang berjam-jam. Si wanita pula tak sedarkah hati anda sedang dipermain-mainkan.

Jika ada lelaki yang sedang begini keadaannya, saya katakan anda lelaki yang tidak setia!! Anda tak perlu marah pada saya. Tanya diri anda, setiakah anda kalau begitu keadaannya. Saya katakan begitu bukan atas dasar saya anti wanita atau anti pergaulan. Manusia bebas bergaul dengan sesiapa sahaja. Namun pergaulan perlu batasan. Tanpa batasan, manusia akan jadi seperti haiwan. Semuanya boleh tanpa ada sekatan.

Manusia dijadikan berbilang bangsa dan kaum, berbeza jantina. Benar ia untuk bertaarruf dan berkenalan. Tetapi adakah dengan melayani semua kehendak naluri hati untuk berkenalan sehingga membenarkan anda untuk bergayut berjam-jam. Bercahtting tak tentu hala. Perkara yang tak berkaitan dibualkan. Sehingga menjadikan orang di sekitar anda rasa tidak senang dengan karenah anda. Mari fikirkan.

Saya pernah mendengar rakan saya menegur seorang rakan.

"Mat apa kabar?"
"Alhamdulillah sehat"
"Bakal orang rumah sihat?"
"Bakal orang yang mana satu ni? Bakal orang rumah aku ramai. Yang itu ker..yang itu ker..yang itu ker dan yang ini!!
"Ramainya calon orang rumah ko mat!!"
"Eh biasa la..berkawan biar seribu berkasih biar empat..!!"

Terkedu saya mendengar jawapannya. Mungkin dia hanya bergurau sangka hati saya. Selepas terselidik (sebab tak berniat nak jaga tepi kainnya) memang benar si Mat ni peramah orangnya. Kakak angkatnya punyalah ramai. Adik angkat tak terkira. Semua wanita cantik dan lemah lembut disapanya dan dilistkan sebagai adik atau kakak angkatnya. Kalau bergayut tak cukup sejam. Sudah lah begitu. "Mahmul sewa" seolah-olah telah berganti tangan dari penjaganya..Dialah pelanggan setia setiap hari. Apa kes kalau macam ni..Tak setia!!

Kes di atas mungkin kes biasa yang kedapatan di sekitar kita. Ramai dan bukan seorang. Saya secara peribadi sebenarnya kurang senang dengan istilah adik angkat dan kakak angkat yang berlainan jantina. Saya anggap ia sebagai "Kalimatul Haq yuridu biha al-batil" Kalam yang benar tetapi maksud disebaliknya membawa kepada perkara yang batil dan salah.

Rasulullah tidak pernah mempunyai kakak angkat dan tidak pula ada adik angkat wanita. Yang ada di zaman Nabi SAW saudara angkat dikalangan lelaki dan lelaki atau antara muhajirin dan ansar. Saudara angkat zaman dahulu saling bantu membantu untuk perjuangan dan kebenaran. Namun kini disalah ertikan. Apabila sudah "diangkat angkat" ini seolah-olah telah mendapat tiket untuk berbual panjang dan berbicara hal peribadi dan lebih kasar sedikit, untuk melempias nafsu muda. Minta maaf saya katakan jikalau kebanyakkan yang saya temui sehingga menyamai dan terkadang melebihi hubungan seorang teman istimewa. Tidak setia!!

Kes yang lebih buruk lagi apabila seorang wanita atau lelaki sudah beristeri atau bersuami atau sudah ada teman istimewa (bertunang) melakukan hal yang sebegini. Tidakkah anda rasa bersalah terhadap isteri anda atau suami anda. Tidakkah anda rasa disakiti jika anda pula yang diperlakukan sebegitu. Manusia secara fitrahnya inginkan pasangan yang setia. Setia di sini diertikan dengan kejujuran dan keikhlasan. Di mana keikhlasan dan kejujuran jika perhubungan bebas berkiblatkan nafsu dan berkawan seribu alasannya walhal sekadar suka-suka, mengisi ruang sepi dan boring semata. Anda banyak perkara penting lain yang perlu dibuat jika anda memikirkannya berbanding sibuk mengurus list "angkat-angkat" yang melemskan jiwa ini.

Justeru, jika anda ingin pasangan yang setia, jadilah seorang yang setia! afais.blogspot.com menyeru para pembaca agar setia dalam perhubungan. Barulah CINTA akan jadi kuasa luar biasa yang tiada bandingannya. Kemudian kita luaskan sedikit skopnya kepada cinta Ilahi. Bagaimana agaknya jika kita sedang hanyut dengan cinta Ilahi. Tentu lebih agung dan luar biasa kesannya bukan berbanding cinta manusia yang sementara ini.
Kasih Manusia sering bermusim
Sayang manusia tiada abadi
Kasih Tuhan tiada bertepi
Sayang Tuhan janjiNya pasti

Moga Bertemu kembali..

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, May 18, 2006

Makan bola, minum bola, tidor bola...Imtihan dan mula!!

xojpLiga Juara-Juara sudah berakhir. Imtihan sudah bermula dan Piala Dunia menanti. Bola tetap akan bulat kecuali apabila ia sudah bocor. Sepak mula Imtihan tetap akan berjalan walau anda tidak lagi bersedia. Pengadil tidak akan menunggu anda siap sedia untuk meniup wisel mula. kalau Barca sudah jadi Juara dan Arsenal jadi naibnya, Anda bila lagi untuk jadi juara di kalangan team-team juara. Buktikan anda juga adalah juara.
Tadi anda sudah melihat 2 team juara bertanding dalam kaca TV. Esok lusa anda pula akan diperhatikan dunia untuk merangkul gelaran mahasiswa cemerlang 2006. Muraqib jadi pengadilnya. Tukang buat syai(teh) jadi penjaga garisannya. Peserta pula dari seluruh dunia. Yang kulit macam ETO'O nya, putih macam KAKA dan macam-macam lagi semua berkumpul di bawah panas terik mentari, mahu membuktikan dia adalah juara tahun ini.
Dari saya penyokong setia MU, tahniah diucapkan buat Barca Team dan Tahniah juga buat Arsenal dan kelab penyokongnya. Anda sudah buktikan memang anda adalah dari team juara-juara. Asenal yang bermain dengan 10 orang dan kemudian dapat sebiji gol pemecah kebuntuan. Satu perkara yang amat membanggakan. Namun begitu, itulah hakikat bola sepak. Ada gembira ada dukanya. Imtihan juga begitu sifatnya. Ada gembira ada dukanya. Namun bezanya, Bola sepak mencari juara dengan kekuatan team work, tektikal dan tipu daya. Imtihan tidak. Jangan anda buat begitu di dalam imtihan. Takut-takut kad merah akan menanti anda nanti. Tunjukkan skil individu anda sepenuhnya.
Buat Skuad penyokong MU, jangan bersedih dan jangan ambil borang pendaftaran untuk daftar jadi ahli team lain ok. Ambil borang kursus perkahwinan tak pe. Borang lain, anda kene fikirkan semula. Anda kan lelaki yang setia. Setia pada segalanya (nantikan artikel saya kes lelaki setia ni). Tengok penyokong Arsenal tu. Mati hidup semula pon tetap akan sokong kelabnya. Tapi, jangan sampai berlaku "taassub kelabiah" sudahlah yer. Sekadar suka-suka dan bukan seperti menggenggam bara. Anda kan tahu aulawiyatnya. Ukhwah dan persaudaraan tu yang utama. Yang lebih teruk kalau terlampau taassub ni, sampaiakan makan bola, minum bola dan tidor pun bola. Bertembung dengan program atau kelas maka bolalah menjadi keutamaannya. (hehehe..muhasabah beb)

Ala kulli haal, mari kita ambil sedikit teladan dari skuad Manchester Utd dan penyokong2 setianya. Tak salahkan sesiapa kalau gagal. Tapi akan berkata "we will try our best"!! So istifadahnya, jangan salahkan muraqib kalau anda gagal. Jangan salahkan doktor syadid apabila kalah dalam pertempuran. Tapi berkatalah "ya saya silap, saya akan cuba lagi yang terbaik akan datang dan saya tetap juara"!!
Penyokong MU semua tetapkan pendirian anda. Jangan berbelah bahagi. Jadi penyokong profesional dan setia. Kalah menang adat perlawanan. Najah dan gagal lumrah peperiksaan. Yang penting anda ada semangat juara dan anda mesti buktikan dalam imtihan ini bahawa anda adalah juara. Nak jadi juara skill dan persiapan kene mantap beb. Barulah meyakinkan.
Sebagai satu tambahan. Kalau ada skill dan persiapan yang mantappun, anda mesti tawadduk dan serahkan segalanya pada Pencipta. Tak cukup sekadar usaha. Solat hajat, muraqabah, ikhlas dan tawakkal perlu dititik beratkan. Jangan jadi seperti booker-booker perlawanan bola sepak. Bertaruh dengan nasib untuk mendapat keuntungan. Anda jangan taruhkan kejayaan anda dengan nilaian dunia yang sementara. Pasakkan dengan keikhlasan dan katakan "Hanya kerana Allah aku mendepani imtihan ini".
Saya doakan kalian semua berjaya dalam imtihan nanti. Dan jangan lupa untuk doakan saya. Walau kita berbeza mazhab bola sepak. Walau kita pernah ditewaskan dalam pertempuran baru-baru ini. Lupakan perkara itu semua. Doakan sahabat kita dengan sebut namanya. Ok!!
Salam imtihan dan selamat maju jaya.
P/s : Dah isi borang untuk AF(kursus perkahwinan) ke belum? Ingat!! Tarikh tutup 31 mei ni.
P/s : Dah isi borang untuk team Piala dunia ni belum? Boleh isi untuk dua team sahaja!! Stadium terhad dan dapatkan tiket2 segera dan hubungi pihak stadium zahraa elite untuk dapatkan tiket Piala dunia nanti!!

[+/-] Selengkapnya...

Friday, May 05, 2006

Hati Kecilku..

Oleh Afais

Hati kecil ini meronta
Jiwa kotor terpalit dosa
Lantaran jauh dari Pencipta
Sedarlah Tuhanmu Maha Menimpa

Hati kecil meronta lagi
Dosa-dosa berulang kali
Maksiat jadi tabiat keji
Azab Tuhanmu sedia menanti

Hati kecil semakin meronta
Taubat hanya mainan sahaja
Takut diucap insafnya sementara
Nafsu ganas bermaharaja lela

Hati kecil mula bertindak
Mahu melawan kekangan mendesak
Syaitan dan Nafsu terus mengasak
Ditambah wasilah selari kehendak

Hati kecil menyusun langkah
Melawan kehendak nafsu serakah
Kepada Tuhan berlindung dan pasrah
Moga hidayah petunjuk dicurah

Hati kecil terus menanti
Cahaya Muhammad Utusan Ilahi
Doa dan usaha setiap hari
Moga bertemu ketenangan sejati

Hati kecil tersenyum kelat
Ubat istighfar dibius selawat
Kelat hilang manis yang dapat
Zikir disemi nafsu disekat

Hati kecil kembali ceria
Damai yang dicari di depan mata
Perlu istiqamah sepenuh daya
Agar tenang sentiasa hendaknya

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, April 29, 2006

IQ EQ dan SQ, Sudahkah Azhari Memikirkannya..

Oleh : Afais

Aku amat tertarik kali pertama mendapat penjelasan dari Kang Masnor berkenaan sebuah kursus yang diikutinya baru-baru ini ketika pulang bercuti di Indonesia. Katanya nama Ary Ginanjar Agustine sangat popular ketika ini di sana. Beliau dikatakan mampu menyeru segenap lapisan dan golongan masyarakat di Indonesia ke arah Islah dan penerapan nilai-nilai mulia dalam kehidupan baik dalam lapangan kekeluargaan, masyarakat, pelajar, korporat, pegawai kerajaan dan lain-lain lapangan. Lebih menarik dikatakan peserta program beliau tidak hanya tertumpu kepada penganut agama Islam, bahkan penganut agama lain juga tertarik dengan idea dan gagasan yang di bawanya.

Saya tekun mendegar celoteh dan bual Kang Masnor yang memang saya minati dan hormati, lebih-lebih lagi beliau memang seorang yang cemerlang dan banyak maklumat. Duduk bersamanya seolah-olah kita sedang mendengar buku-buku yang sedang berkata-kata. Bukan nak memoja atau membodek beliau, tetapi itulah kebenarannya dan setiap kali aku bersamanya pasti ada satu perkara baru yang akan dikongsi dan tentunya perkara itu baru dalam kotak mindaku yang cetek ini. Lalu tidak berat bagiku memberikan apa sahaja pertolongan yang diperlukan olehnya sehinggakan baru-baru ini Laptopku telah terbang bersama-samanya ke Indonesia 4 bulan lamanya. Namun bukan Kang Masnor yang ingin aku ceritakan pada kalian kali ini. Sekadar menyatakan perkara ini ku perolehi dari beliau tanda kuatnya sanad cerita yang bakal aku ceritakan nanti.

Ary ginanjar Agustine merupakan penggerak dan pelopor kepada sebuah pusat motivasi yang diberinama ESQ Leadership Center. Ide yang dibawanya adalah kefahaman dan kemahiran berkaitan 3 aspek kecerdasan iaitu IQ, EQ dan SQ yang menjadi pemangkin kepada kejayaan seseorang dalam kehidupan. Saya akan ceritakan serba ringkas berkaitan ketiga-tiga aspek kecerdasan tersebut.

Kecerdasan Intelektual atau Intelligence Quotient (IQ) : Adalah kemampuan dan kemahiran dalam sesuatu bidang ilmu dan kecenderungan. Ia melibatkan kemampuan mengira, berbahasa, membaca, meneliti, mengkaji, membuat rumusan dan menyelesaikan masalah. Kecerdasan IQ sangat ditekankan di pusat-pusat pengajian seperti sekolah dan universiti namun apa yang terjadi sebenarnya, kecerdikan IQ semata tanpa mengambil kira suasana sekeliling akan menyebabkan kita gagal untuk menjadi seorang yang cemerlang setelah berada di medan kehidupan sebenar. Kecerdasan IQ menjadi tapak dalam setiap proses kecemerlangan kerana bagi sesiapa yang tidak memiliki daya fikir atau dianggap hilang akal atau jahil maklumat akan tersungkur awal dalam menjana kejayaan di dalam kehidupan. Secara umumnya, perkataan IQ itu sendiri sudah difahami oleh umum dan sangat meluas diperkatakan.

Sedikit Fakta yang perlu diketahui, Kecerdasan Intelektual (IQ) hanya memberikan 20% sahaja sumbangan dalam menjana kejayaan seseorang (Kajian Daniel Goleman, Executive Intelligence). Ini bermakna jika anda mampu meraih mumtaz dalam peperiksaan atau memperolehi 4.0 dalam exam, ia tidak menjamin anda akan menjadi seorang yang cemerlang dan menonjol apabila tamat pembelajaran. Lalu di mana baki 80% yang harus dicari dalam menjana kejayaan? Sabar yer..kita masuk sikit-sikit, jangan gelojoh. Bab ni mesti ramai yang tak percaya. Terutamanya yang cemerlang tentu akan marahkan saya. Tapi percayalah dengan segulung ijazah di tangan, tidak akan menjamin kejayaan dalam pekerjaan. Kerana kejayaan yang kita raih tadi perlu disalurkan dan desesuaikan dengan persekitaran yang ada dan itulah dia baki 80% yang perlu ada dalam diri kita untuk berjaya. Ia adalah Kecerdasan Emosi atau Emotional Quotient (EQ). Sebelum kita pergi lebih jauh saya akan lampirkan sebuah kisah rekaan ala kisah benar yang perlu anda tahu di mana letaknya kepentingan Kecerdasan Emosi tadi.

Contoh : Seorang pengurus sebuah syarikat penerbangan dari Mesir (contoh ini janganla digelakkan) ingin menjual dan memasarkan pesawatnya kepada sebuah syarikat pelancongan terkenal di Tanah air. Lalu diadakan satu pertemuan semeja yang akan memetrai perjanjian untuk penjualan pesawat tersebut. Dengan hanya menjual pesawat tersebut, pedagang mesir tadi mampu rehat dan cuti 2, 3 bulan hasil dari keuntungan yang bakal deterimanya. pedagang tadi tidak keseorangan datang ke Malaysia, namun ia bertemankan seorang s/u sulitnya yang sangat pintar dalam urusan jual beli dan pengurusan. Namanya Hamada. Memang tidak terduga ketinggian IQnya. Oleh sebab itu jugalah ia diambil menjadi s/u sulit merangkap penasihat perniagaan pedagang mesir berkenaan.

Sebelum termetrainya perjanjian, pengarah syarikat pelancongan dari Malaysia tersebut telah menjemput pedagang mesir tadi makan malam di kediaman rasmi beliau di Kuala Lumpur. Wah, terkejut pedagang mesir melihat mahligai yang dimiliki oleh Bos syarkat pelancongan tersebut. Selepas makan-makan dengan perbulaan yang ramah tamah, pedagang tadi dijemput bersama-sama s/u nya melawat-lawat sekitar mahligai Bos syarikat tadi. Bos syarikat tadi tidak habis-habis menceritakan mengenai barang-barang barang antik yang telah dibelinya dari seluruh dunia dan telah habis berjuta ringgit semata-mata untuk memiliki barangan antik tersebut. Lantas pedagang Mesir tadi terangguk-angguk dan memberikan respon serta reaksi 100% kepada Bos tadi. Apa katanya : Wah!! ana kagumlah dengan koleksi-koleksi anta ini. Fantastik Awi awi tambahnya.

Hamada (s/u sulit pedagang yang tinggi IQnya) hanya memerhatikan tanpa ada sebarang reaksi. Lalu Bos tadi sedikit kepelikan lantas bertanya kepadanya : Enta tak enjoy ker malam ni Hamada? Tidak seronok bersama kami? Hamada hanya tersenyum hambar. Bos tadi bertanya kepadanya lagi : Apa pendapat anda lihat koleksi-koleksi antik yang ana kumpul ni? Dengan rasa jujur dan rasa ketinggian IQnya, Hamada menjawab : Barang-barang koleksi Tuan ini banyak terdapat di lorong-lorong pasar malam di tempat kami dan boleh dibeli dengan harga yang murah!!

Tamat..

Anda boleh gambarkan bukan, apa kesudahan cerita di atas tadi. Perjanjian tidak diteruskan dan pedagang Mesir tadi telah kerugian beribu-ribu dolar hasil kebijaksanaan IQ Hamada!!. Hamada dibuang kerja dan Pedagang tadi telah menawarkan jawatan kosong tersebut kepada umum dan mencari seorang s/u yang bukan sahaja cerdik IQ nya tapi cerdik juga EQ nya..

Seterusnya Apa pula yang disebut sebagai EQ dan bagaimana ingin mendapatkannya? Di mana pula peranan SQ atau Spiritual Quotient di dalam menjana kejayaan. Kita jumpa nanti di episod seterusnya..

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, April 25, 2006

Laman Menarik Ingin Dikongsi..

http://mykuliah.com/

Mengandungi ceramah-ceramah yang disampaikan oleh penceramah terkenal tanah air dan luar negara. Anda boleh memuatturun semua ceramah-ceramah yang terdapat di sana atau terus mendengar tanpa perlu memuatturun..

Antara yang menarik terdapat di dalam laman tersebut ialah :

1. Ust Shamsuri - Kuliah Kekeluargaan
2. Syeikh Nuruddin - Hadis 40
3. Dato Dr Fadzilah Kamsah - Motivasi
4. Pelbagai Kuliah/ Zikr Munajat
5. Ust Tn Ibrahim Tn Man
6. Selawat / Nasyid Pujian Rasulullah SAW
7. Syeikh Nuruddin - Sifat Solat Rasulullah SAW

Sila lawati dan sebarkan pada kawan-kawan. Namun jangan jadikan laman ini sebagai hujjah untuk tidak ke kelas-kelas tafakkuh..!!!

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, April 16, 2006

Bersedia Untuk Platform Seterusnya...

2, 3 malam daku bermastautin di APJ (Asrama Pelajar Johor), memerah jemala membaca dan meneliti. Diperah dan diperah, sehingga malam tidak terasa kedatangannya, siang tak kelihatan mataharinya. Gara-gara kitab-kitab yang banyak menjerit-jerit memanggil namaku..Fairuz..Fairuz..Fairuz,!! Periksa dah dekat..bila kau nak berdamping dengan kami!! Suara ratapan kitab-kitab itu amat menakutkan diriku. Apa tidaknya, hak-hak mereka belum lagi aku tunaikan dengan sebaiknya.

Ditambah pula dengan kitab-kitab rakan yang meminta untuk diberi perhatian sama. Munaqasyah bersama mereka aku jadikan sebagai salah satu cara untuk aku membantu rakan-rakan di samping berkongsi ilmu pengetahuan dan tak lupa juga sebagai ulangkaji pelajaran yang telah ku lalui 2, 3, 4 tahun yang lalu.

Memang benar kata orang yang berkata : belajar lebih penat dari bekerja. Otak jika ia bekerja akan memberi kesan kepada seluruh tubuh sehingga menjadi amat letih. Lantas banyak pula makanan yang perlu di isi ke dalam perut berbanding kerja-kerja biasa yang aku lakukan. Paling kuat hanya tekanan dan kepenatan luaran sahaja yang dialami.
Satu lagi perkara yang aku alami setelah 2, 3 tahun terlibat dengan persatuan. Waktu imtihan merupakan waktu cuti bagiku. Waktu cuti (tawaqquf program) inilah sahaja yang mampu aku gunakan sepenuhnya untuk mengulangkaji pelajaran. Waktu biasa bukan tidak ada masa untuk membaca. Ada tetap ada, Cuma waktu cuti ini lebih-lebih lagi kerana 100% masa yang ada dapat ditumpukan pada kitab-kitab dan pelajaran yang sentiasa cemburu dengan diriku.
Teringat detik-detik berada di Arafah sewaktu mengerjakan fardu haji baru-baru ini. ( 9 Dzulhijjah 1427 bersamaan 10 januari 2006) tarikh itu menjadi saksi keberadaanku di hari dan tempat yang mendapat jolokan afdhalu aiyamillah (sebaik-baik hari di sisi Allah Taala) dari sebahagian ulamak.

Suatu kenyataan yang harus diketahui. Arafah terletak di luar tanah suci (tanah haram). Bagiku, sedikit silap jika dikatakan seseorang itu menunaikan haji di tanah suci atau tanah haram kerana Arafah itu sendiri terletak di tanah halal, luar kawasan tanah haram. Namun itulah keistimewaan Arafah, Allah telah memilihnya untuk menjadi medan ijtimak tahunan terbesar ummat Islam dari seluruh dunia.

Tempat yang Nabi SAW bersabda : Al-Hajju Arafah dengan maksudnya : Haji adalah wukuf di Arafah.

Memang benar, haji itu tidak dapat tidak mesti dengan wuquf di Arafah. Ia merupakan rukun haji yang mesti dilaksanakan oleh semua hujjaj. Tanpanya haji tidak dikira dan perlu diulang kembali pada tahun hadapannya. Wuquf di Arafah bermula selepas gelincir matahari iaitu sesudah masuknya waktu zuhordan tamat selaps terbenam matahari iaitu sesudah masuknya waktu maghrib.

Teorinya tidaklah sukar kerana kita hanya perlu berada di dalam kawasan Arafah sekurang-kurangnya satu detik. Namun setelah berada di sana barulah terasa berat dan sukarnya wuquf di Arafah. Bayangkan, 4 juta jemaah haji dari seluruh dunia akan berkumpul serentak di Arafah tanpa mengira pangkat dan darjat.

Kami terpaksa masuk ke Arafah seawal jam 2 pagi 9 Dzulhijjah bagi memastikan kami berada di Arafah walaupun masa sebenar wuquf adalah sekitar jam 1 petang 9 dzulhijjah. Sebanyak 800 buah bas bergilir-gilir digunakan untuk mengangkut hujjaj yang berada di Mina (untuk Sunnah Tauriah 8 Dzulhijjah) dan dari Mekah (bagi yang tidak melaksanakan Tauriah). Kami ditempatkan di dalam khemah sementara yang didirikan sempena musim haji bersma-sama dengan kumpulan Hujjaj dari Negara Indonesia (Maktab Hujjaj no. 57)

Penantian penuh debaran. Kami bersiap-siap menanti saat bermulanya ibadah haji pada kali ini. Teringat pesanan Syeikh Nuruddin sewaktu di Hotel Sofitel 2 hari sebelum kami bertolak ke Arafah. Arafah tempat terbaik untuk kita memohon keampunan dari Allah Taala. Tempat dan waktu yang amat mustajab untuk berdoa. Terutama waktu hampir terbenamnya matahari. Beliau menginagtkan, menangislah sehamu mahunya memohon keampunan dari Allah Taala. Bagi yang tak mampu menangis, menangislah kerana anda tidak mampu menangis.

Beliau juga mengingatkan agar melaksanakan ibadah sunnah sebanyak-banyakknya tanpa menetapkan sebarang ibadah khusus yang harus dilakukan. Menurut beliau, jiwa manusia tidak sama. Maka carilah ibadah yang sesuai sehingga mampu menyentuh hati kita kita yang keras menangis di hadapan Pencipata.

Nasihat itu terngiang-ngiang di medulaku. Fokusku hari itu : Menangis semahu mahunya dan mengharap agar segala kesalahan dan dosa yang bertimbun selama ini diampunkan oleh Allah Taala. Dan Azan Zuhor hari itu membuatkan hati penuh sebak tanda bermulanya ibadah haji yang sangat dinanti nantikan.

Solat zohor dan Asar berjamaah dilaksanakan beramai-ramai. Aku menunaikan solat jamak taqdim dan qasar, manakala sebahagian temanku menunaikan solat zohor tamam atau sempurna kerana berpegang dengan pendapat Syafieah yang menyatakan tiada kelonggaran untuk jamak dan qasar kerana Arafah berada berhampiran dengan Mekah dan kami sudah seminggu berada di Mekah. Aku pula mengikut pendapat sebahagian Ulamak lain yang menyatakan jamak dan qasar pada hari itu diharuskan atas alasan manasik haji.

Selesai solat,hati kami tersentuh mendengar khutbah Arafah yang di samapaikan oleh wakil maktab hujjaj no. 57. Hari itu dua orang dilantik membaca khutbah. Seorang dari Indonesia dan seorang dari Mesir. Ini bermakna dua bahasa digunakan, dan ia bertepatan kerana khemah kami didiami oleh jemaah yang terdiri dari pelbagai kaum dan punyai pelbagai bahasa pertuturan. Selesai khutbah, mulalah kami melaksanakan ibadah fardiah. Tiada lagi masa untuk berbual. Tiada masa lagi untuk bergurau. Masing-masing penuh dengan tumpuan ibadah masing-masing. Kami hanya berhenti untuk makan dan terus dengan aktiviti masing-masing sehingga masuknya waktu maghrib.

Alhamdulillah, air mataku tumpah jua hari itu di Arafah. Moga ia jadi saksi kehadiranku di lembah Arafah yang menggamit 1001 memori dan pengalaman. Tiada apa yang aku harapkan hari itu melainkan segala dosa dan kesalahanku diampunkan Tuhan. Aku percaya dengan Janji Allah Taala yang diadaptasikan di dalam hadis Nabi SAW yang bermaksud:

"Barangsiapa yang mengerjakan ibadah haji dan dia tidak melakukan jima' dan tidak pula melakukan perbuatan dosa, dia akan kembali dari dosa-dosanya seperti pada hari ketika ia dilahirkan ibunya." ( HR. Al-Bukhari, Muslim, an-Nasa-i, Ibnu Majah dan at-Tirmidzi )

Selesai solat maghrib hari itu, kami berkumpul menanti bas yang dijanjikan untuk menuju ke mudzdalifah untuk memungut 7 biji batu yang bakal dilontar di mina. Jumratul Aqabah menjadi sasaran malam itu bagi mendapatkan tahallul awwal. Tahallul awwal memberikan sedikit kebebasan kerana pakaian ihram tidak lagi perlu dipakai dalam meneruskan pekerjaan haji.

Hari ini aku rasa rindu pada Arafah. Entah kenapa. Mungkin kerana sudah lama tidak merasa nikmat tangisan agaknya. Namun, ingatanku itu menjadikan aku sedar aku kini sudah jauh dari medan Arafah. Medan yang menggambarkan kepadaku perkumpulan manusia di Platform ketiga selepas dunia dan alam kubur iaitu padang mahsyar. Moga Allah SWT mempermudahkan urusan kita semua di platform yang kini kita berada padanya dan platform- platform seterusnya yang membawa kepada syurga Allah Taala hendaknya..Aminn

Arafah, Aku akan berusaha untuk mendampingi mu lagi…

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, April 11, 2006

Betul ker CINTA...?

Luahan : Afais
Jika kau cinta dan kasih kepadaNya
Buktikan cinta dan kasihmu itu melampaui segala cinta..

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, Tidak (sempurna) iman seseorang kamu sehingga aku lebih dikasihi daripada anaknya, ibu bapanya dan manusia seluruhnya.
(Riwayat al-Bukhari, Muslim dan al-Nasaie)

Jika kau cinta dan kasih kepadaNya
Tunjukkanlah jua cinta mu kepada warisNya


Nabi SAW bersabda mengenai pakcik Baginda al-Abbas RA yang merupakan salah seorang ahli bait Baginda : "Barang siapa menyakiti pakcikku, maka dia telah menyakitiku." Di dalam Hadis yang lain Baginda menyatakan : "Janganlah kalian menyakitiku dalam hal Aisyah."

Jika kau cinta dan kasih kepadaNya
Katakan Aku cinta pada Mu ya Rasulullah..

Maksud hadis Nabi SAW : Sekiranya seseorang itu menyintai saudaranya, maka katakanlah padanya : aku cinta padamu.

Jika Kau cinta dan kasih kepadaNya
Berselawat dan ucaplah selamat kepadaNya..


Firman Allah Taala yang bermaksud: Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas Nabi. Wahai orang-orang yang beriman! Hendaklah kalian berselawat baginya dan mengucapkan salam penghormatan kepadanya. (Al-Ahzab: 56)

Jika Kau cinta dan kasih kepadaNya
Sampaikan walau satu ayat dariNya..


Maksud Hadis baginda SAW : Sampaikan dariku walaupun satu ayat (peringatan)


Jika Kau cinta dan kasih kepadaNya
Sunnah dan perintahNya kenalah jaga..


Firman Allah yang bermaksud : Dan apa juga perintah yang dibawa oleh Rasulullah kepada kamu, maka terimalah serta amalkan, dan apa jua larangan daripada kamu melakukannya maka patuhilah larangannya. (al-Hasyr: 7)

Jika kau cinta dan kasih kepadaNya
Kasihi siapa yang dikasihiNya, benci siapa yang dibenciNya..


Firman Allah Taala yang bermaksud : Engkau tidak akan mendapati sesuatu kaum yang beriman kepada Allah dan hari akhirat tergamak berkasih mesra dengan orang-orang yang menentang perintah Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang yang menentang itu bapa-bapa mereka, atau anak-anak mereka, atau saudara-saudara mereka atau kaum keluarga mereka sendiri (Al-Mujadalah: 22)


Soalnya:

Kita kata kita cinta dan kasih pada Baginda!!

Namun:

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Kita lebih cintakan emak, ayah, anak2, isteri dan kekasih melebihi cinta kita pada Baginda. Terkadang ada yang tak tahu, kita wajib cinta pada Baginda!!

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Kita Tidak pernah kenal siapa ahli keluarga baginda..Kalau kenal, siapakah mereka?? Khidmat apa yang telah kita berikan pada mereka??

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Tidak pernah kita berkata : Kami cinta pada Mu ya Rasulullah. Walhal, itulah kalimah yang ditunggu2 oleh seorang kekasih bukan??

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Cukupkah hanya dengan Selawat yang wajib sahaja!! 5 kali sehari?? atau perlu ditambah lagi??Kalau ya, berapa kali sahaja ya..>>10,000 >> 2000 atau berapa ya??

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Tak rasa penting pun nak menyampaikan hasrat dan cita-cita baginda..
Kalau ada pun, dah berapa muka surat telah kita tulis untuk sampaikan risalah Baginda? Berapa minit kita berucap untuk meneruskan tugas baginda??

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Kita cintai kekasih kita, kita pakai baju yang sama dengan kekasih kita, pakai apa yang disuakinya. Kalau merah dia merahlah kita.
Tapi, sunnah dan kesukaan Rasulullah pula bagaimana ya?!!

Sejauhmanakah rasa kasih dan cinta kita pada Baginda??
Coca cola kita minum, Citos kita makan, Nokia dan Nike kita pakai..
Rakyat palestie, Iraq, Afghan susah kita tak simpati. Macam mana ni..
Kata kita benci apa yang Baginda benci dan sayang siapa yang baginda sayang!!

Sudahlah..!!kita hipokrit. Saja kata kita cinta. Tapi cinta kita tak setia. Ingatlah saat Baginda hampir meninggalkan ummatNya. Baginda menyeru: Ummati, Ummati, Ummati.. Itu tanda cinta Baginda pada kita semua..Kita??!

Sempena memperingati hari kelahiran Baginda ini, marilah kita ingati, kita kenangi sejauh mana sebenarnya rasa cinta kita kepada baginda!!


"cinta bunga, bunga akan layu, cinta manusia, manusia akan mati, cinta Ilahi akan kekal abadi"

[+/-] Selengkapnya...

Monday, April 03, 2006

Ada apa dengan Aku dan Enta??

"Dah lama dah..."

Perkataan yang sering menjadi buah mulut mahasiswa di sini..entah apa maksudnya. Cuma kali ini aku gunakan perkataan itu kerana dah lama dah aku tak update blog ni. Kritikan dan pandangan kawan2 semua aku ucapkan terima kasih. Tanpa kalian siapalah aku.
Hari ini saya hendak membicarakan sesuatu. Ana rasa perkara ini seolah-olah tidak penting bagi seseorang, namun ia amat penting dalam diriku.

Ia adalah berkaitan dengan kata gantinama diri pertama dan kedua:aku, engkau, saya, awak, ana, enta, abang, adik dan etc.

Bagiku, selaku seorang yang duduk di dalam realiti masyarakat, perkara ini perlulah diambil berat oleh setiap orang yang ingin rasa disenangi oleh orang lain. Tak kiralah lapisan masyarakat pelajar, kampung, desa, bandar dan di mana-mana sahaja. Asalkan masih dinamakan masyarakat. (kecuali masyarakat hutan belantara, kalau kita dah tak mau campur dengan manusialah kan).

Setiap kata gantinama tersebut mempunyai perasaannya yang tersendiri. Bagi mereka yang tidak pernah memikirkan hal ini, marilah sama-sama kita berbincang, adakah semua kata gantinama tersebut boleh kita gunakan mengikut kehendak dan kebiasaan kita semata-mata, atau kita perlu mengikut suasana pihak yang kedua (kata gantinama diri kedua)??Kita lihat experimen di bawah ini:

1) Dalam kelas (perbualan antra guru dan murid)
Guru : Kau tahu tak 1 + 2 berapa ahmad?
Ahmad : Aku tak taulah , Kalau ko tahu berapa jawapannya?

2) Di dalam satu forum (perbualan ahli panel dan pengerusi)
Pengerusi : Boleh Abang terangkan apa maksud CINTA kepada saya?
Panel : Aku baru saja jawab tadi. Ko ni dah kenapa??

3) Sesi Taarruf mahasiswa baru dan lama
Lama : Nama ana hisyam, tahun 3 kuliah lughah, sapa nama adik dan asal dari mana.
Baru : Eh kamu ni, tengoklah dalam name tag aku ni, punyalah besar tak kan tak nampak??aku ni student baru tau. tak takut ker!!

4) Antara emak dan anak
Emak : sudin, amikkan mak air tu din, mak dahagalah.
Sudin : Enti ambil sendirilah, ana tengah sibuk ni.

5) kawan sekuliah
Sudin : ko nak pegi mana tu mal??
Aiman : ana nak ke kedai. Enta nak ikut?
Sudin : mual lah man aku dengar ko cakap ana enta ni. Tak rock laa!!

Amacam? ok tak perbualan2 di atas ni? Bagi yang menghayati, tentunya rasa tak selesa sekiranya berada di dalam situasi di atas. Katagantinama diri memang berperanan besar dalam kehidupan kita seharian. Anda semua semestinya tahu sebenarnya mana perkataan yang paling baik dan menghormati pihak kedua. Timbang-timbangkanlah dan amatilah dalam kehidupan kita seharian sejauh mana kita meletakkan kataganti nama pada tempatnya. Hormatilah pihak kedua jika anda mahu dihormmati.

Pesanan ini ditaja oleh : Ubat batuk cap Ibu dan Anak. Hormatilah kalau anda ingin dihormati..Hormat menghormati amalan mulia..

[+/-] Selengkapnya...

Friday, March 17, 2006

Jiwa bungkam sudah berlalu!!!

Pena terhenti seketika kerana pemikiran yang tidak mampu mencerna lantaran jiwa yang sedikit terganggu dek suasana membuatkan diri tak mampu lagi menari-nari mencoret sari intipati jalan kehidupan yang indah dan sememangnya ceria ini. Aku tidak tahu kenapa jadi begitu hati ini. Ahh..penat mungkin. Hatiku bangkit menenangkan jiwaku yang bungkam..

Terkenang sekitika melihat wallpaper mobile ku yang berbunyi…”mengapa muram?? Kan anda boleh memilih untuk ceria, gembira dan riang!!! Tersenyum seketika hatiku melihat gelagat jariku..Jari ini dikawal pemikiran dan jiwa rupanya..jika hati dan jiwa tak tenteram..maka coretan tak mampu di lakar, lukisan tak bisa diwarna dan kehidupan akan muram seketika…

Baiklah..teringat kembali saat kali pertama memasuki Tanah Haram dan Masjidil Haram. Waktu itu jam menunjukkan sekitar pukul 2 pagi. Kami sampai awal sebenarnya di port Jeddah. Namun disebabkan orang yang terlalu ramai dan pengurusan Saudi yang sedikit ketat sewaktu di imigrasyen, maka terpaksalah kami menunggu lama sehingga terpaksa menunaikan tawaf dan saie wajib (qudum / umrah) pada jam 2 pagi. Huhh..sejuk sungguh pagi itu.

Selesai meletakan barang-barang dan beg pakaian yang dibawa, kami bergegas membuat kumpulan untuk memasuki masjidil haram. Kami terpaksa membina kumpulan khawatir ada ahli rombongan yang tersesat dek keramaian dan kesesakan Makah waktu itu yang sudah dibanjiri sebahagian besar hujjaj dari seluruh dunia. Kami mula bergerak dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Jarak di antara rumah tumpangan dengan Masjid sekitar 700 meter. Laungan talbiah yang dari tadi tidak henti-henti dilaungakan mebuatkan susasana bertambah girang dan dalam kegirangan itu terselit rasa sedih dan takut.

Taklimat yang di sampaikan oleh Ust Aidil selaku penasihat agama dalam rombongan kami membuatkan kami berasa yakin sedikit untuk memasuki masjidil haram. Dalam hati teringat kisah-kisah di mastika yang mengisahkan mereka yang tidak dapat melihat kaabah sewaktu memasuki Masjidil Haram walaupun kaabah sudah berada di depan mata. Hati ini sentiasa berdoa moga Allah tidak menghijab atau menghalang pandangan mata ini untuk melihat Kaabah al-Musyarrafah yang kami idam-idamkan selama ini.

Detik 2 pagi itu menjadi sejarah dalam hidupku. Sebelum memasuki Masjidil Haram, Kami berkumpul sebentar untuk sekali lagi mendengar taklimat berenaan tempat–tempat utama di dalam masjidil haram berhampiran saqaya zam-zam (tempat mengambil air zam-zam di luar Masjid berhampiran Pintu Fatah) Pintu bernombor 45 itu merupakan pintu yang paling hampir dengan tempat kediaman kami. Pintu Masjidil Haram sangat banyak. 99 buah pintu kesemuanya. Sebulan di sana pun tidak mampu untuk meluangkan masa memasuki kesemua pintu-pintu yang terdapat di Masjidil Haram.

Hati menjadi semakin sayu melihat Masjidil Haram dari luarnya. Tak sabar rasanya ingin memasuki masjid dan melihat kebesaran Allah yang terdapat di dalam Masjidil Haram. Kami mula melangkah ke dalam melalui pintu Salam. Pintu yang berhadapan dengan jabal Qubais ini diriwayatkan oleh para Sahabat bahawa Nabi Muhammad SAW memasuki Masjidil Haram melalui pintu itu. Berdebar hati ini menelusuri lautan manusia yang berada di luar masjid menanti azan subuh yang hanya tinggal 2 jam untuk dilaungkan. Hatiku berbisik, Ya Allah, Jika diluar masjid manusia sudah sebegini bilangannya, bagaimana pula di dalam masjid nanti. Sudah tentu menjanjikan kepanikan dan kegentaran melihat keagungan susunan Allah Taala yang mensyariatkan tawaf di sekeliling kaabah.

Jangkaan ku tidak melesat. Kami terpaksa berbaris menanti giliran untuk memasuki masjid melalui pintu Salam. Maklumlah, pintu itu memang ramai peminatnya. Aku merasakan kelainan apabila pertama kali memasuki pintu itu. Aku merasakan kebesaran pintu itu yang suatu ketika dahulu pernah di masuki oleh kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Hampir sahaja menitis air mataku merasakan detik-detik manis yang belum pernah aku rasakan seolah mencebik-cebik jiwaku. Kami berbaris panjang menuju ke kawasan tawaf di dalam masjid. Di kejauhan, terpampang kebesaran tuhan, Kaabah terbias di kornea mataku secara langsung buat pertama kalinya. Aku lantas membaca doa seperti yang telah diajarkan guruku. Ya Allah, agungnya ciptaanMu!!!Mengalir air panas ke pipiku. Tanpa ku sedari, kumpulan kawan-kawan ku sudah tidak ada lagi dalam penglihatanku. Kami terpisah dek lautan manusia yang amat padat mengelilingi Baitullah.

Aku seperti hilang punca. Seolah-olah lupa apa yang hendak dilakukan. Lebih-lebih lagi, kumpulan yang tadinya bersama kini sudah tidak kelihatan lagi. Aku mengelilingi Baitullah buat pertama kalinya dan pusingan pertama di dalam lautan manusia itu aku gunakan untuk meniliti suasana sebenar masjidil haram. Aku jadi bingung. Di mana hajar aswad? Di mana Garisan untuk memulakan tawaf? Di mana rukun yamani?? Ya Allah..Aku tak tahu nak buat apa-apa..Aku berselawat sambil berdoa memohon petunjuk Ilahi. Pusingan pertama hanya aku habiskan untuk meneliti dan mengingat kembali teori-teori yang telah ku pelajari. Hah..Alhamdulillah. Hatiku kembali tenang setelah tempat-tempat yang berkaitan berjaya aku garap dalam pusingan pertama tadi.

Buku panduan yang ku bawa ku gantungkan di leher untuk memudahkan aku menelitinya. Dalam tawaf yang wajib hanyalah niat. Selaina daripada itu, bahu kiri hendaklah dijaga agar sentiasa bertepatan dengan arah kaabah. Begitu juga dengan wudhuk, mestilah dijaga agar sah dan diterima amalan tawaf kita. Selain itu, sunat untuk kita meperbanyakkan doa-doa di setiap pusingan. Tempat yang seberkat itu amat rugi jika tidak dimanfaatkan. Ustaz aku kata, seminit kita bazirkan di masjidil haram, sama seperti 100 000 minit kita membazir di luar tanah haram. Bayangkanlah, satu kebaikan yang kita lakukan di dalam Masjidil Haram di balas 100 000 kebaikan Oleh Allah Taala. Ya Allah, RahmatMu terlampau banyak untuk dihitung. Tawaf di baitullah seolah-olah kita sedang solat dan pantang larangnya adalah lebih kurang sama. Cuma tawaf tidak terbatal dengan sebab berbual-bual dan makan.

Masa yang Allah kurniakan itu tidak putus-putus aku gunakan untuk bertalbiah dan berdoa. Lebih-lebih lagi, kawasan di antara rukun yamani dan hajarul aswad. Di riwayatkan di situ terdapat 80 000 malaikat yang mendoakan sesiapa sahaja yang berada di situ. Air panas tidak henti-henti mengalir dek kesyahduan yang tak tergambar dan tak mampu untuk aku gambarkan melainkan dapat di rasakan bagi mereka yang merasainya dan melaluinya. 7 pusingan tawaf aku tamatkan sekitar jam 3.30 pagi. Hampir satu jam setengah. Kali pertama aku bertawaf memang banyak kekurangannya. Itu tidak dapat aku nafikan. Selama ini hanya berteori. Dan kini terpaksa aku lalui sendiri dan beramal dengan teori yang aku pelajari. Banyak perkara sunat yang aku tinggalkan gara-gara lupa dan kejahilan yang masih menyeluputi jiwa. Ustaz ku berkata, itu sudah lumrahnya. Kita perlu perbaiki sedikit demi sedikit. Masih banyak masa untuk kita perbaiki segala kekuranagn yang di sedari. Tamat tawaf aku solat sunat di belakang makam Ibrahim terus menuju ke pintu masuk menghala ke bukit safa.

Banyak perkara sunat yang tak mampu aku lakukan selepas tawaf itu. Antaranya berdoa di multazam, solat di dalam hijir Ismail, minum air zam-zam dan beberapa perkara sunat lain. Semuanya di atas sebab terlupa dan kesesakan lautan manusia yang membanjiri Baitullah pada malam itu. Sewaktu menuju ke pintu safa, azan telah berkumandang. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku jangkakan, masih ada sejam lagi untuk masuk waktu subuh. Nampaknya terpaksalah aku tangguhkan saie antara safa dan marwa selepas waktu subuh.

Aku duduk sebentar kerana keletihan. Namun orang ramai masih berpusu-pusu mengelilingi kaabah. Rupanya azzan tadi itu azan pertama. Tandanya masih ada sejam lagi untuk sampai waktu subuh. Azzan untuk tahajjud rupanya. Aku terus menuju ke bukit safa untuk meneruskan kewajipan yang masih belum selesai lagi. Saie antara safa dan marwa perlu aku tunaikan untuk aku bertahallul dan melepaskan pakaian ihram umrahku.

Saie ini ada kisahnya yang tersendiri. Sejarah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang tercari-cari sumber air dek dahaga yang teramat sangat selepas melahirkan nabi Ismail a.s. Jarak antara safa dan marwa sekitar 300-400 meter dan mungkin lebih sedikit. Sejarah itu terlakar membuktikan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan oleh Suaminya iaitu Nabi Ibrahim atas perintah dari Allah Taala. Siti Hajr berlari-lari sebanyak 7 pusingan di antara safa dan marwa mencari air untuk diri dan anaknya Ismail yang kehausan. Lalu Allah mensyariatkan Saie antara Safa dan Marwa bagi mengenang kembali kisah yang tersebut di atas tadi.

7 kali pusiangan saie telah aku selesaikan sebelum waktu azan berkumandang. Letih yang teramat menguasai diri namun kesyukuran yang tidak terhingga melupakan kepenatan yang dirasai. Selesai solat subuh, aku berhasrat untuk pulang ke rumah tumpangan. Perut yang sudah berkeroncong dengan irama slow rock kini bertukar rentak kepada hard rock. Namun keributan manusia yang mambanjiri masjid membuatkan aku hilang arah untuk keluar. Aku lupa dari pintu mana aku masuk dan tak tahu kemana harus ku tuju. Ya Allah, Dalam masjid pun boleh sesat. Ini satu lagi perkara ajaib yang menjadikan perkara ajaib di dunia bertambah menjadi 8 kesemuanya. Allah!!!

Nasib baik menyebelahi ku. Dalam kekelangkabutan itu, Aku di sapa sahabat sekumpulankanku yang baru saja selesai solat dan juga mahu pulang ke rumah tumpangan yang sama denganku. Alhamdulillah, lega sedikit hatiku. Aku turuti sahaja kawanku tanpa memikirkan dia juga sebenarnya tidak tahu pintu sebenar yang sepatutnya kami tuju. Terpaksalah kami kelilingi Masjidil Haram mencari-cari tempat pertama kami berkumpul iaitu berhampiran dengan pintu Fatah. Jauh juga kami bersukan pagi itu. Maklumlah, kali pertama berada di dalam masjid yang terbesar di dunia. Sesampainya di rumah. Kami bersarapan dan terus tertidur dek keletihan yang teramat sangat.

Emm..sapa-sapa yang membaca cerita ini rasanya tak nampak apa sebenarnya yang berlaku secara realitinya. Aku ceritakan secara ringkas sahaja dan jika mahu diceritakan secara detail, mungkin perlukan 10 atau 11 muka words atau mungkin lebih dari itu. Aku ceritakan bukan untuk membangga diri atau sebagainya. Namun sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai suntikan semanagt untuk sahabat-sahabat berkunjung ke tanah suci menunaikan seruan Ilahi. Insyallah nanti aku akan sambung lagi dengan 1001 pengalaman lain sewaktu di tanah suci.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, March 02, 2006

Pelayaran mencari Pencipta...

Hemm..penat nya hari ini..kursus kepimpinan dari pagi sampai ke malam..namun ianya tetap menyeronokkan. Hidup ini semuanya menyeronokkan. Sebab apa saya kata begitu? Semua yang kita kerjakan mendapat ganjaran dari Allah SWT. Cuma nampak dan tak nampak jer ganjarannya.. Emm..itulah untungnya orang Islam. Setiap kerjanya adalah satu ibadah dan menenangkan jika ikhlas kita niatkan keranaNya..Bayangkan dengan niat sahaja kita mampu merangkul pelbagai ganjaan kebaikan walaupun pada akhirnya kita tidak melaksanakan amalan tersebut.

Namun semuanya perlukan ilmu pengetahuan. Tanpa ilmu amalan kita tiada ganjaran. Bagi yang berilmu pula, jika tidak diamalkan terutamanya dalam perkara yang diwajibkan, akan diazab sebelum diazabnay para penyembah berhala. Di dalam matan az-zubad (syair@puisi yang membicarakan tentang fiqh mazhab Syafie) ada di nyatakan mengenai perihal orang yang tidak berilmu dan yang berilmu dalam melaksanakan amalan harian:

Fa Alimun Bi Ilmihi Lam Yaamalan
Muazzabun Min Qabli Ubbdail Wathasn
Wa Kullu Man Bi Ghairi Ilmin Yaamalu
Aamaluhu Mardudatun La Tuqbalu


(Maaf tiada perisian jawi)
Maksudnya :

Maka orang yang berilmu akan tetapi tidak beramal dengannya
Akan diazab sebelum diazabnya penyembah berhala
Dan orang2 yang beramal tanpa ilmu
Amalannya tertolak dan tidak akan diterima sebagai amalan kebajikan


Begitulah, beruntungnya kita ni yer.. Bayangkan jika kita terdengar seseorang mengetuk pintu rmah kita. Lalu kita niatkan di dalam hati untuk :
1) menghormatinya
2) memberi layanan yang terbaik
3) menyediakan makanan dan minuman
4) mendoakannya
5) senyum kepadanya
6) dan lain2 lagi

Maka, semuanya akan kita perolehi pahalanya (pahala niat melakukan amalan kebajikan) walaupun pada akhirnya kita tidak melaksanakannya. Yang penting niat itu ikhlas dan mengharapkan keredhaan dariNya.

Oklah..sambung cerita dari tanah suci.
Perjalanna kami ke tanah suci menaiki kapal laut..syarikat perkapalan wadi nil – dahab yang menguruskan pelayaranku..emm, setengah orang mesti tak percaya kan. Dahulu, para hujjaj (orang yang mengerjakan haji) dari Malaysia juga pergi ke tanah suci menaiki kapal laut. Itu zaman dahulu. Memakan masa sehingga 3 bula untuk ke haji. Sebulan perjalanan pergi, sebulan di tanah suci dan sebulan perjalanan pulang.

Em, bagi sapa yang tak percaya kami ke sana menaiki kapal laut, boleh lihat buktinya di album yang tersedia di ruangan blog ini..Laut ini memang penuh pancaroba. Kali pertama menaiki kapal memang menyeronokkan. Tiada apa yang seolah2 perlu di takutkan. Semuanya berjalan lancar. Tugas sebagai seorang musyrif hujjaj PMRAM pun nampak macam mudah sahaja pada awalnya.

Kami belayar 3 hari di lautan. Malam kedua di lautan kami bersiap sedia untuk miqat makani untuk para hujjaj dari luar tanah haram iaitu di Juhfah. Em..rasa kekok juga kali pertama memakai ihram ni. Semuanya serba putih. Mengingatkan daku pada kematian. Seolah-olah berada dalam kain kafan. Itulah di antara hikmah disunatkan memakai ihram yang bewarna putih. Sewaktu pelayaran menuju ke tanah suci semuanya rasa tenteram. Daku terfikir sejenak, kawan2 sering bercerita bahawa mereka mabuk dalam pelayaran. Namun sehingga saat itu, aku masih lagi ceria, menanti2 saat mabuk yang diperkatakan. Hah..samapai sudah kami di perbatasan Tanah Arab Saudi. Jelas, kami tidak mabuk dan semuanya ceria dan dalam hati sebak mengenangkan peluang sampai kali pertama ke tanah suci.

Namun segalanya berubah ketika pelayaran pulang. Barulah Allah tunjukkan bagaimana lautan mengganas mengubah persepsi kami sewaktu kali pertama menaiki kapal dahulu.
Kapal kami dipalu ombak besar. Baru sahaja pelayaran dimulakan kami tidak mampu lagi berdiri di dalam kabin kapal. Ya Allah hati bergetar memohon keselamatan dan perasaan ingin cepat tiba di mesir menyelubungi hati kami. Takut dan gementar yang teramat sangat. Selama sehari kami mabuk dan tak makan kerana keadaan baring lebih menyenangkan dalam keaadaan tersebut. Solat kami dirikan dlaam keadaan duduk dan ada yang hanya berbaring tidak menyangka ditimpa kekalutan yang sedemikian.

Setelah berada di pertengahan pelayaran barulah keadaan kembali stabil. Kapal yang sudah tidak bergoncang atau mungkin sahaja jiwa dan perasaan kami yang sudah sebati dengan pukulan ombak yang membalun kapal tanpa henti. Ya Allah, patutpun ada hizib bahar yang menggambarkan lautan nampak cantik dari dataran akan tetapi penuh pancaroba bagi sesiapa yang mengharungi. Ketika itu medulla oblongata menakkul : Aku memang tak layak jadi nelayan dan tentera laut..hehe..takkulan yang menggambarkan ketakutan dan kegementaran aku yang teramat sangat kala itu..

Pengalaman naik kapal pun kalau difikirkan amat melucukan. Ada kawan yang Snap
Gambar aku diam-diam ketika aku mabuk laut ketika itu. Lucu tengok muka waktu tu. Monyok dan meloyakan. Tapi aku tak upload takut akan dijual di pasaran nanti..hehe..

3 Hari sampai di kota kaherah, aku dikejutkan dengan kegemparan yang menghempas sanubariku..Sebuah kapal laut yang membawa pekerja dan sebahagiannya Hujjaj dari Arab Saudi karam di lautan. Tempat yang sama dengan laluan kapal kami 3 hari yang lalu. 1400 nyawa terkorban. Bayangkan betapa sedih waktu itu. Kami terselamat dari insiden itu. Kapal itu dinaiki Hujjaj PMRAM tiga tahun yang lalu. Tahun ini kami ditaqdirkan naik kapal yang lain dari kapal itu. Kapal SALAM memang biasa di bibir peajar Malaysia di sini. Terutamanya yang sudah ke haji atau Umrah. Moga Allah Taala merahmati mereka yang terlibat dengan tragedi kapal SALAM..sama sama kita hadiahkan al-Fatehah kepada kereaka yang telah terkorban shahid dalam pelayaran itu..al-Fatehah..

Akan datang, insyaalah aku nak cerita kisah kali pertama memasuki masjidil haram menunaikan tawaf dan saie umrah wajib(aku tunaikan haji tamattuk dan sebahagian kawan kerjakan tawaf qudum kerana tunaikan haji ifrad) insyaallah..jumpa lagi

[+/-] Selengkapnya...

Monday, February 27, 2006

Bayi tahun 80an menari lagi!!!

Saya ada menerima e-mail yang anda sendiri boleh membacanya di bawah ini. Pastikan anda lahir sekitar tahun 80an bagi merasai zaman kanak-kanak anda dan apa yang saya boleh katakan hidup bayi 80an..

Tanda-tanda anda bayi tahun 80-an:

Kita membesar dgn menonton G-Force, He-man, Transformers, Thundercats, Silver Hawk, Woody Woodpecker, Chipmunks and Mickey Mouse, Not to forget Ninja Turtles, Mask, Smurfs dan Voltron.

Berus gigi time waktu rehat kat skolah rendah?...hmm, mesti pegang cawanwarna-warni kan. mencangkung kat tepi parit dgn classmates semua kat seblah...

Ingat tak, misi kat skolah masuk kelas dgn list dentist appointment. Pastu bunyi gigi member kite kene gerudi kat bilik sebelah. ada gigi yang berlubang, kene laa tampal.

Ni sure korang igt...program minum susu di skolah, nak galakkan budak2 timetuh minum susu. sekotak 30 sen jek beb...

Cikgu2 kalau nak denda, mesti guna pembaris panjang warna kuning tu. pukul tapak tangan...kan?

Semangkuk mi sup ke, mihun sup ke, 30 sen jek kat kantin.

Hankyu Jaya, Yaohan - shopping complex yang popular utk meluangkan masa dgn family. ni for those yg dok KL laa

Time skolah menengah, korang sure beli kasut skolah Bata BM Turbo atau Pallas Jazz. Ada yang suka kasut high-cut yang buatan china tu...ada yang suka stoking tebal laaa...

Internet? email? mendalah ape tu?CD? ape tu? kaset tape penah laa dgr. tiket wayang pun 5 inggit je.

Kite pegi kedai runcit, beli Chickerdis, Mamee , Kum Kum, UFO, O-Ya, DingDang chocolate balls yang ada mainan kat dlm die, 'telur' keras warnawarni, 'rokok' chewing gum, KIKI Bubble Gum. Tak dilupakan, 'Ti Kam'.

Bile dah abih exam, main Monopoly la, Donkey la, Happy Family laa dlmclass. Tapi bunyi loceng laa yang paling best skali. boleh beli aiskrim ngan apekkat luar skola tuh...

Lagi satu loceng masa nak pegi rehat. tinggal kan keje skolah, jom kitapegi makan. budak2 yg dpt Rancangan Makanan Tambahan (RMT) mesti kluarawal.

Lagi satu yang seronok mase time Pendidikan Jasmani, PJ. main bola laa,rounders laa...

Permainan kegemaran, main guli, batu seremban, penutup botol, batangaiskrim, 'Pepsi Cola one-two-three', 'Police & Sentry', kejar2 duduk...

Kita hilangkan dahaga dgn aiskrim 10 sen. yang tube aiskrim, ada byk2 colortu. kalau nak makan, kene patahkan kat tengah2 die!

Lipat kertas kecik2, pastuh buat lastik. hmmm..ni pun kita main dulu ni.baling2 kapur laa.

Hmm...budak2 kat university skarang, kebanyakan nye lahir thn 1987/88.sekarang digelar 'remaja'.

Bagi diorang, diaorang mane penah dgr lagu 'We Are the World, We Are theChildren...' dan lagu 'Uptown Girl' yang diorg tau, yg Westlife nyanyi....bukan Billy Joel nyanyi...

Bagi diorg, ada satu je Jerman kat dunia ni, dan ade satu je Vietnam.

AIDS wujud sejak diorg lahir.

CD pun wujud time diorg lahir.

Michael Jackson dah putih dah time tu.

Diorg percaya Spiderman dgn Incredible Hulk tu filem2 baru.

Diorg tak bley bayangkan skrin hitam putih utk sebuah komputer.

Diorg tak penah tau pun 'Atari' dgn 'Game & Watch'.

Diorg tak percaya penah ada TV hitam putih...dan diorg skarang tak reti nakswitch on TV kalau xde remote control.

Dan diorg tak paham macam mane kite boleh survive dkt universiti tanpahandphone...

Hmm...jom kite check, kite ni dah tua ke:

1. korg paham ape yang korang baca kat atas ni, dan korg sure tersenyum
2. kebanyakan member2 skolah menengah kite dah kawin
3. korg sure pelik bile nengok bdak2 kecik main komputer, selamba je
4. kita geleng kepala bile nengok bdak2 skolah menengah guna handphone
5. kita dah tak byk sembang2 dgn member melalui telefon lagi setiap hari
6. bile jumpe member lame dari semasa ke semasa, seronok bile bersembangpasal cerite2 lame, cerite2 kelakar yang kite alami mase dulu time kecik2,nakal2 dulu...
7. last skali, bile dah bace email ni, korang akan terpikir utk forwardkan dkt member2 lame korg. Sure diorg suke punye laa...heheheYaa, kite pun dah semakin tua!!

Teringat zaman2 dulu kan?Hidup bayi 80-an!!!!!

Teringat zaman bebudak dulu ek..Tapi zaman tidak boleh dikembalikan..kita akan terus membesar..rindu dengan kawan-kawan tu tetap ada..namun kini diperantauan..kenangan menambah kematangan dan keutuhan sebagai bayi tahun 80an..

to be bersambung..

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, February 25, 2006

Bukan tak mahu menari..

Alhamdulillah..

Mama samy memakai sari
sari dibeli di tanjung sepat
hajat di hati ingin menari
apakan daya masa tak sempat

emm..tak sangka ramai yang nak mendengar sambungan cerita dari tanah suci ni..sekali kemaafan diminta..dan sejuta terima kasih di atas sokongan agar daku terus menulis, jariku terus menari, akalku terus menakkul, jiwaku terus dijana..namun semuanya adalah di atas matlamat yang satu, mencari keredhaan Ilahi..

Ramai antara kita yang tidak mengerti apakah ertinya mencari cinta Ilahi. Erti mengenali dengan sebenar-benar perkenalan dan tunduk dengan sepenuh tawaddhuk. Aku pantas bukan yang yang selayaknya berbicara hal seperti ini, Kerana aku juga sedang tercari-cari apakah ertinya cinta sejati..

Pemergianku menyahut seruan Ilahi telah ku pahat lama dalam hati..Aku teringat kalam Ust Masnor, sahabat dan guruku dari Indonesia. "Kalau nak pergi harus ada azam yang kuat". Usaha itu katanya memulakan langkah yang pertama. Buat sahaja urusannya, lantas bertawakkallah pada Tuhan yang menyusun segala-galanya. Aku tidak menyangka diberi peluang untuk ke sana pada awalnya. Lantaran kelewatan aku membuat urusan ditambah surat pengesahan kuliahku yang terlau lewat keluar sehingga aku hampir putus asa untuk ke sana. Namun ku gagahkan juga kakiku memulai langkah pertama.

Benarlah kata orang, tawakkal itu jambatan kejayaan. Suasana berubah apabila Allah mempertemukan aku dengan seorang lagi kawanku yang kelewatan membuat urusan. Itulah dia Ust Aidil dari Kedah, sekuliah denganku di Zamalik yang ingin pergi kali kedua menemani isterinya.

Pada permulaannya, aku tidak berhasrat untuk mengikuti rombongan Haji PMRAM dan merancang untuk mengikuti rombongan pelajar Indonesia. Bukan tidak mahu ikut PMRAM, namun kewanganku yang tidak mencukupi untuk aku mengikuti rombongan PMRAM menjadikan aku memilih izul dari Indonesia sebagai pemudah urusan. Akan tetapi, setelah bertemu dengan Ust Aidil, segalanya berubah. Aku nekad mengikuti rombongan PMRAM, walaupun waktu hanya tinggal 2 hari untuk membuat urusan.

Bantuan Tuhan datang. Urusanku selesai dalam masa dua hari. Cukup menakjubkan, berkat kesabaran dan doa orang-orang yang aku rasai kehadirannya membantu mempermudah segala urusanku. Aku cukup gembira. Hajat hampir kesampaian, walau keputusan belum pasti lagi membenarkan aku menjadi tetamu Tuhan tahun ini. Dalam tangan sudah ada 70% peluang ke tanah suci. 30% lagi datang dari kebenaran Kedutaan Arab Saudi, hendak diterima atau ditolak.

Semuanya memang tidak aku bayangkan. Sipa menyangka. Dalam diam PMRAM mencari-cari bakal ketua rombongan jemaah HAJI PMRAM tahun ini. Kedengaran suara-suara liar menyebut-nyebut namaku. Aku buat tak tahu. Tahun ini pengarah Haji PMRAM tidak dapat ke sana lantaran permasalahan yang tidak dapat dielakkan.

Hatiku berdebar kuat menanti hari-hari yang dijanjikan. Tup..tup..keputusan telah keluar..Allahhuakhbar..Hajatku telah diterima Tuhan. Namaku tersenarai di dalam rombongan Hujjaj PMRAM tahun ini. Kedengaran sayup-sayup lambaian kaabah yang sehingga kini terbayang-bayang tidak mampu aku lupakan. Serentak itu, aku dikejutkan dengan pemilihanku sebagai ketua Jemaah HAJI PMRAM. Hah..Tuhan..inikah aturanMu Tuhan. Berat seberat bukit Uhud aku rasakan. Tidak mampu ku gambarkan. Taklifan yang cukup membuat aku tidak boleh tidur malam. Bayangkan, Umrah sahaja tidak pernah aku tunaikan, inikan pula menjadi ketua rombongan Jemaah Haji PMRAM yang bakal menguruskan segala urusan bakal tetamu Allah di Tanah Suci nanti..

Namun sahabat-sahabat menenangkan. Kau boleh Fairuz. Hampir sahaja air mataku mengalir mengenangkan tugas yang sangat mencabar ini. Ku ingatkankan pemergianku mampu ku jadikan sebagai cuti sementara dari persatuan untuk mengadap Tuhan. Namun itulah aturan Tuhan yang berkehendakkan aku memikul tugas berhidmat untuk hujjaj dalam keadaan kepalaku kosong tanpa haluan.

Aku Pasrah. Dapat pergi pun sudah bersyukur Fairuz. Cuma Tuhan hendak menguji ketahanan kau sahaja. Tenanglah, Kau kan bakal tetamu Allah. Allah telah sediakan segala kelengkapan untuk menyambut tetamu tahunanNya. Aku kembali tenang apabila mengenangkan sepatah slogan yang mengatakan : "Khidmatul Hujjaj Syarfun Lana" (khidmat untuk para hujjaj itu kemulian bagi kami)

Sambung nanti lah yer..penat menari ni rupanya yerk..tapi menari macam ni memang mengenang memori..rasa nak pegi lagi..jumpa lagi

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, February 16, 2006

Jari ingin menari..

Sudah lama jemari tidak menari..
justeru terpanggil menulis kembali..
sebulan bumi mesir aku tinggalkan
sebuah permusafiran yang Allah tentukan..

Asyik buat sajak saja fairuz. oklah, kita tukar trend, nak berceritalah pulak.Emm..pulang dari musafir panjang ini banyak mengajar aku erti kehidupan, erti tunduk di bawah aturan Tuhan. Dulu memang aku jauh dari erti kehidupan. Kita Allah jadikan untuk tunduk kepadaNya. Namun bukan sekadar menundukkan kepala atas dasar melepaskan kewajipan. Bukan atas dasar ikut-ikutan. Walhal, kita jauh dengan Tuhan. Tiada penumpuan!!!

Pulang dari musafir ini Tuhan berikan aku jawapan. Sekian lama aku meminta, sekian lama aku berdoa, kini Allah telah makbulkan segalanya (sebahagian yang aku pinta). Namun benarlah tak semua yang kita terima kita suka. Tak semua yang Allah aturkan kita senang padanya. Walhal, Dialah yang Terbaik menyusun dan mencipta. Kan Allah dah berfirman yang mafhumnya: "Kadang kala kau suka padanya walhal ia buruk bagimu kemudiannya, terkadang kau membencinya walhal itulah yang terbaik buatmu kemudiannya".

Aku sudah bersedia awal untuk menghadapinya. Sahabatku sering mengingatkan aku agar percaya dan tunduk pada hakikat susunan Ilahi. Percayalah ianya cantik. Ianya unik dan menarik untuk difikirkan. Namun kita tidak nampak di mana cantiknya, kerna hati kita buta. Walau mata kita celik, sebahagiannya rabun dan sedikit yang buta zahirnya. Hati kita buta kerana kita tidak setia padaNya. Kita kata kita cinta padaNya, Tetapi tiada apa yang kita buat untukNya.

Walau aku sudah bersedia menghadapinya, jarum syaitan tetap menggoda agar aku lemas dan kecewa dengan takdir ini. Aku sedar imanku tidak setinggi mana. tidak setahap mutmainnah, jauh dari radhiah dan hampir kabur bertaraf kamilah. Ianya mungkin bertaraf lawwamah dan tidak mustahil (na'uzubillah) bertaraf ammarah. Moga dengan ujian yang Dia berikan ini menjadikan aku orang yang sabar di kalangan hambanya yang sabar.

Kawan bertanya, apa bendanya fairuz yang kau nak cerita ni?? Tak apalah sahabat. Biarlah aku dan Dia yang tahu. Biarlah yang terlibat sahaja yang memikulnya. Yang ingin aku bawa, ibrah darinya. Apa yang dapat aku kongsi ialah kita perlu redho dengan segala taqdir dan ketentuannya. Walaupun ianya jauh dari perancangan dan percaturan kita..!!!cukup sekadar itu..

Masuk cerita lain lah pulak..nak dengar apa cerita dari Tanah suci?? Kita sambung nanti dalam pertemuan yang lain..sikit-sikitlaa..nanti bosan pula kalau panjang-panjang..Yang penting, ada kisah yang aku bawa, dan ada ibrah yang dapat kau terima.

to be bersambung...


Ini kes jeles ngan ahli bait la ni..tu yang pindah dari friendster blog ke dunia yang lebih luas sikit..blogspot..hehehe TQ cik Ghani ajar aku buat blog..

[+/-] Selengkapnya...

Kejayaan...Ujian, Rahmat dan Kegembiraan

Kejayaan ini harus disyukuri
datang sekali-sekali
sebulan menyisisih mencari-cari
"naik tahun" "tahmid" tak henti-henti

Kejayaan ini harus dinikmati
gembira tidak bertepi
hati ceria wajah berseri
"mabruk alaik" di sana sini

Kejayaan ini harus dikongsi
rakan taulan tersemat di hati
sahabat dan keluarga amat dihargai
doa kalian pemangkin kejayaan ini

walau kau berjaya berkali-kali
walau ilmu mu melangit tinggi
sedarlah amanah mu menanti pasti
tundukkan dirimu pada Ilahi

"Sesungguhnya,
orang yang paling takut kepada Allah Taala,
dari kalangan hamba-hambaNya adalah golongan Ulamak"

[+/-] Selengkapnya...

Kullukum Ra'ien...

Taklifan ini singgah di bahuku
Umpama roda yang berputar laju
bertukar arah bertukar teraju
dahulu dia dan kini aku

Taklifan ini tidak ku pinta
Dia yang beri dan aku tak daya
Ku tolak rakan karibku sengsara
Ku terima jiwaku yang terseksa

Taklifan ini akan pergi jua
entah bila entah berapa lama
PadaNya jua ku meronta ku meminta
Agar terlunas segala-galanya

Sahabatku kau perlu tahu
Taklifan ini bukan milikku
jika ku Salah perbaiki diriku
jika sahih dakwahku turutilah aku

Junjungan mulia pernah bersabda
lahir kita punya masuliahnya
Kita lahir tidak sia-sia
ada tugas yang perlu dilaksana

Taklifan dan tugas milik semua
tiada yang terlepas dari memikulnya
taklifan ibadah itu yang utama
kelak dibangkit haa!!! apa nak kata??

[+/-] Selengkapnya...

Langkah Baru Bermula..




Imtihan datang silih berganti
dari satu datang lagi
sudah pergi datang kembali
bilakah imtihan akan terus pergi

imtihan datang menguji diri
dulunya lena diulit mimpi
dulunya leka beralasan "lama lagi"
Study "last minute" sesallah sendiri

imtihan datang melakar memori
jika najah syukur tidak bertepi
jika tersekat sabar cubalah lain kali
"lakaran sahrawi" bertambah sejilid lagi

imtihan datang mengubah persepsi
aku susah mahu cari rezeki
aku resah masyarakat hilang jati diri
Sedarlah apa tujuanmu datang ke sini

imtihan di sini tetap akan pergi
imtihan di sana akan menyusul pasti
imtihan di dunia mampu kita atasi
imtihan seterusnya?? lihatlah dirimu sendiri..

[+/-] Selengkapnya...

Ya Allah, Rahmati Ibuku...

I. B. U

Tika bersamamu..
Ku rasa tenteram..
Wajahmu tenang..
Walau hatimu tidak ku tahu..
Terpalit seribu keresahan..

Tika ku kembali..
Menjejak hikmah..
Hatimu tetap tabah..
Walau manik menitis mencurah..
Tanda kasih, ibu melambai pasrah..

Tika kejauhan..
Ku utus ‘bius’ kerinduan..
Khabar ku gambarkan..
Ku pohon doa keberkatan..
Agar hatimu, hatiku jadi tenteram..

Tika badai menghempas jiwamu..
Diriku terpaku keresahan..
Ibu terdampar kegeringan..
Mahu ku dakap kejauhan menghalang..
Doa ku iring penuh pengharapan..

Tika hatiku merindu..
Ku pujuk hati kecilku..
Jasad ibu kaku..
Meresah jiwaku pasrah..
Ibu pergi meninggalkan daku..
Takkan kembali, bertemu Rabbul Izzati..

Walau jasad ibu pergi..
Kasih ibu tetap dihati..
Amanah ibu masih di sini..
Harapan ibu adakah pasti..
Jika jiwaku terusan begini!!
Moga Tuhan tabahkan hati..

Al-Fatihah buat al-Marhumah Bonda tercinta Rumini Bte Mohd Mashudi
Kembali ke Rahmatullah pada 25 Jamadil Awwal 1426 bersamaan 2 Julai 2005

Moga Allah Mencucuri rahmat ke atas roh Ibu. Amin Ya Rabbal Alamin

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails