-->

Friday, March 17, 2006

Jiwa bungkam sudah berlalu!!!

Pena terhenti seketika kerana pemikiran yang tidak mampu mencerna lantaran jiwa yang sedikit terganggu dek suasana membuatkan diri tak mampu lagi menari-nari mencoret sari intipati jalan kehidupan yang indah dan sememangnya ceria ini. Aku tidak tahu kenapa jadi begitu hati ini. Ahh..penat mungkin. Hatiku bangkit menenangkan jiwaku yang bungkam..

Terkenang sekitika melihat wallpaper mobile ku yang berbunyi…”mengapa muram?? Kan anda boleh memilih untuk ceria, gembira dan riang!!! Tersenyum seketika hatiku melihat gelagat jariku..Jari ini dikawal pemikiran dan jiwa rupanya..jika hati dan jiwa tak tenteram..maka coretan tak mampu di lakar, lukisan tak bisa diwarna dan kehidupan akan muram seketika…

Baiklah..teringat kembali saat kali pertama memasuki Tanah Haram dan Masjidil Haram. Waktu itu jam menunjukkan sekitar pukul 2 pagi. Kami sampai awal sebenarnya di port Jeddah. Namun disebabkan orang yang terlalu ramai dan pengurusan Saudi yang sedikit ketat sewaktu di imigrasyen, maka terpaksalah kami menunggu lama sehingga terpaksa menunaikan tawaf dan saie wajib (qudum / umrah) pada jam 2 pagi. Huhh..sejuk sungguh pagi itu.

Selesai meletakan barang-barang dan beg pakaian yang dibawa, kami bergegas membuat kumpulan untuk memasuki masjidil haram. Kami terpaksa membina kumpulan khawatir ada ahli rombongan yang tersesat dek keramaian dan kesesakan Makah waktu itu yang sudah dibanjiri sebahagian besar hujjaj dari seluruh dunia. Kami mula bergerak dalam kumpulan yang telah ditetapkan.Jarak di antara rumah tumpangan dengan Masjid sekitar 700 meter. Laungan talbiah yang dari tadi tidak henti-henti dilaungakan mebuatkan susasana bertambah girang dan dalam kegirangan itu terselit rasa sedih dan takut.

Taklimat yang di sampaikan oleh Ust Aidil selaku penasihat agama dalam rombongan kami membuatkan kami berasa yakin sedikit untuk memasuki masjidil haram. Dalam hati teringat kisah-kisah di mastika yang mengisahkan mereka yang tidak dapat melihat kaabah sewaktu memasuki Masjidil Haram walaupun kaabah sudah berada di depan mata. Hati ini sentiasa berdoa moga Allah tidak menghijab atau menghalang pandangan mata ini untuk melihat Kaabah al-Musyarrafah yang kami idam-idamkan selama ini.

Detik 2 pagi itu menjadi sejarah dalam hidupku. Sebelum memasuki Masjidil Haram, Kami berkumpul sebentar untuk sekali lagi mendengar taklimat berenaan tempat–tempat utama di dalam masjidil haram berhampiran saqaya zam-zam (tempat mengambil air zam-zam di luar Masjid berhampiran Pintu Fatah) Pintu bernombor 45 itu merupakan pintu yang paling hampir dengan tempat kediaman kami. Pintu Masjidil Haram sangat banyak. 99 buah pintu kesemuanya. Sebulan di sana pun tidak mampu untuk meluangkan masa memasuki kesemua pintu-pintu yang terdapat di Masjidil Haram.

Hati menjadi semakin sayu melihat Masjidil Haram dari luarnya. Tak sabar rasanya ingin memasuki masjid dan melihat kebesaran Allah yang terdapat di dalam Masjidil Haram. Kami mula melangkah ke dalam melalui pintu Salam. Pintu yang berhadapan dengan jabal Qubais ini diriwayatkan oleh para Sahabat bahawa Nabi Muhammad SAW memasuki Masjidil Haram melalui pintu itu. Berdebar hati ini menelusuri lautan manusia yang berada di luar masjid menanti azan subuh yang hanya tinggal 2 jam untuk dilaungkan. Hatiku berbisik, Ya Allah, Jika diluar masjid manusia sudah sebegini bilangannya, bagaimana pula di dalam masjid nanti. Sudah tentu menjanjikan kepanikan dan kegentaran melihat keagungan susunan Allah Taala yang mensyariatkan tawaf di sekeliling kaabah.

Jangkaan ku tidak melesat. Kami terpaksa berbaris menanti giliran untuk memasuki masjid melalui pintu Salam. Maklumlah, pintu itu memang ramai peminatnya. Aku merasakan kelainan apabila pertama kali memasuki pintu itu. Aku merasakan kebesaran pintu itu yang suatu ketika dahulu pernah di masuki oleh kekasih Allah Nabi Muhammad SAW. Hampir sahaja menitis air mataku merasakan detik-detik manis yang belum pernah aku rasakan seolah mencebik-cebik jiwaku. Kami berbaris panjang menuju ke kawasan tawaf di dalam masjid. Di kejauhan, terpampang kebesaran tuhan, Kaabah terbias di kornea mataku secara langsung buat pertama kalinya. Aku lantas membaca doa seperti yang telah diajarkan guruku. Ya Allah, agungnya ciptaanMu!!!Mengalir air panas ke pipiku. Tanpa ku sedari, kumpulan kawan-kawan ku sudah tidak ada lagi dalam penglihatanku. Kami terpisah dek lautan manusia yang amat padat mengelilingi Baitullah.

Aku seperti hilang punca. Seolah-olah lupa apa yang hendak dilakukan. Lebih-lebih lagi, kumpulan yang tadinya bersama kini sudah tidak kelihatan lagi. Aku mengelilingi Baitullah buat pertama kalinya dan pusingan pertama di dalam lautan manusia itu aku gunakan untuk meniliti suasana sebenar masjidil haram. Aku jadi bingung. Di mana hajar aswad? Di mana Garisan untuk memulakan tawaf? Di mana rukun yamani?? Ya Allah..Aku tak tahu nak buat apa-apa..Aku berselawat sambil berdoa memohon petunjuk Ilahi. Pusingan pertama hanya aku habiskan untuk meneliti dan mengingat kembali teori-teori yang telah ku pelajari. Hah..Alhamdulillah. Hatiku kembali tenang setelah tempat-tempat yang berkaitan berjaya aku garap dalam pusingan pertama tadi.

Buku panduan yang ku bawa ku gantungkan di leher untuk memudahkan aku menelitinya. Dalam tawaf yang wajib hanyalah niat. Selaina daripada itu, bahu kiri hendaklah dijaga agar sentiasa bertepatan dengan arah kaabah. Begitu juga dengan wudhuk, mestilah dijaga agar sah dan diterima amalan tawaf kita. Selain itu, sunat untuk kita meperbanyakkan doa-doa di setiap pusingan. Tempat yang seberkat itu amat rugi jika tidak dimanfaatkan. Ustaz aku kata, seminit kita bazirkan di masjidil haram, sama seperti 100 000 minit kita membazir di luar tanah haram. Bayangkanlah, satu kebaikan yang kita lakukan di dalam Masjidil Haram di balas 100 000 kebaikan Oleh Allah Taala. Ya Allah, RahmatMu terlampau banyak untuk dihitung. Tawaf di baitullah seolah-olah kita sedang solat dan pantang larangnya adalah lebih kurang sama. Cuma tawaf tidak terbatal dengan sebab berbual-bual dan makan.

Masa yang Allah kurniakan itu tidak putus-putus aku gunakan untuk bertalbiah dan berdoa. Lebih-lebih lagi, kawasan di antara rukun yamani dan hajarul aswad. Di riwayatkan di situ terdapat 80 000 malaikat yang mendoakan sesiapa sahaja yang berada di situ. Air panas tidak henti-henti mengalir dek kesyahduan yang tak tergambar dan tak mampu untuk aku gambarkan melainkan dapat di rasakan bagi mereka yang merasainya dan melaluinya. 7 pusingan tawaf aku tamatkan sekitar jam 3.30 pagi. Hampir satu jam setengah. Kali pertama aku bertawaf memang banyak kekurangannya. Itu tidak dapat aku nafikan. Selama ini hanya berteori. Dan kini terpaksa aku lalui sendiri dan beramal dengan teori yang aku pelajari. Banyak perkara sunat yang aku tinggalkan gara-gara lupa dan kejahilan yang masih menyeluputi jiwa. Ustaz ku berkata, itu sudah lumrahnya. Kita perlu perbaiki sedikit demi sedikit. Masih banyak masa untuk kita perbaiki segala kekuranagn yang di sedari. Tamat tawaf aku solat sunat di belakang makam Ibrahim terus menuju ke pintu masuk menghala ke bukit safa.

Banyak perkara sunat yang tak mampu aku lakukan selepas tawaf itu. Antaranya berdoa di multazam, solat di dalam hijir Ismail, minum air zam-zam dan beberapa perkara sunat lain. Semuanya di atas sebab terlupa dan kesesakan lautan manusia yang membanjiri Baitullah pada malam itu. Sewaktu menuju ke pintu safa, azan telah berkumandang. Terkejut beruk aku dibuatnya. Aku jangkakan, masih ada sejam lagi untuk masuk waktu subuh. Nampaknya terpaksalah aku tangguhkan saie antara safa dan marwa selepas waktu subuh.

Aku duduk sebentar kerana keletihan. Namun orang ramai masih berpusu-pusu mengelilingi kaabah. Rupanya azzan tadi itu azan pertama. Tandanya masih ada sejam lagi untuk sampai waktu subuh. Azzan untuk tahajjud rupanya. Aku terus menuju ke bukit safa untuk meneruskan kewajipan yang masih belum selesai lagi. Saie antara safa dan marwa perlu aku tunaikan untuk aku bertahallul dan melepaskan pakaian ihram umrahku.

Saie ini ada kisahnya yang tersendiri. Sejarah Siti Hajar dan anaknya Nabi Ismail yang tercari-cari sumber air dek dahaga yang teramat sangat selepas melahirkan nabi Ismail a.s. Jarak antara safa dan marwa sekitar 300-400 meter dan mungkin lebih sedikit. Sejarah itu terlakar membuktikan ketabahan seorang isteri yang ditinggalkan oleh Suaminya iaitu Nabi Ibrahim atas perintah dari Allah Taala. Siti Hajr berlari-lari sebanyak 7 pusingan di antara safa dan marwa mencari air untuk diri dan anaknya Ismail yang kehausan. Lalu Allah mensyariatkan Saie antara Safa dan Marwa bagi mengenang kembali kisah yang tersebut di atas tadi.

7 kali pusiangan saie telah aku selesaikan sebelum waktu azan berkumandang. Letih yang teramat menguasai diri namun kesyukuran yang tidak terhingga melupakan kepenatan yang dirasai. Selesai solat subuh, aku berhasrat untuk pulang ke rumah tumpangan. Perut yang sudah berkeroncong dengan irama slow rock kini bertukar rentak kepada hard rock. Namun keributan manusia yang mambanjiri masjid membuatkan aku hilang arah untuk keluar. Aku lupa dari pintu mana aku masuk dan tak tahu kemana harus ku tuju. Ya Allah, Dalam masjid pun boleh sesat. Ini satu lagi perkara ajaib yang menjadikan perkara ajaib di dunia bertambah menjadi 8 kesemuanya. Allah!!!

Nasib baik menyebelahi ku. Dalam kekelangkabutan itu, Aku di sapa sahabat sekumpulankanku yang baru saja selesai solat dan juga mahu pulang ke rumah tumpangan yang sama denganku. Alhamdulillah, lega sedikit hatiku. Aku turuti sahaja kawanku tanpa memikirkan dia juga sebenarnya tidak tahu pintu sebenar yang sepatutnya kami tuju. Terpaksalah kami kelilingi Masjidil Haram mencari-cari tempat pertama kami berkumpul iaitu berhampiran dengan pintu Fatah. Jauh juga kami bersukan pagi itu. Maklumlah, kali pertama berada di dalam masjid yang terbesar di dunia. Sesampainya di rumah. Kami bersarapan dan terus tertidur dek keletihan yang teramat sangat.

Emm..sapa-sapa yang membaca cerita ini rasanya tak nampak apa sebenarnya yang berlaku secara realitinya. Aku ceritakan secara ringkas sahaja dan jika mahu diceritakan secara detail, mungkin perlukan 10 atau 11 muka words atau mungkin lebih dari itu. Aku ceritakan bukan untuk membangga diri atau sebagainya. Namun sekadar berkongsi pengalaman dan sebagai suntikan semanagt untuk sahabat-sahabat berkunjung ke tanah suci menunaikan seruan Ilahi. Insyallah nanti aku akan sambung lagi dengan 1001 pengalaman lain sewaktu di tanah suci.

3 comments:

SaufiahAzZahrah said...

Teringin nak pegi menjadi tetamu Allah.

=)
La tahzan.

IbnuAli said...

Assalamualaikum wrt wbh

Lama tak jenguk.. mungkin kali ni ade beberapa soalan dan juga "terjahan" untuk enta.. sebagai takkhi ana hehe..

Sejak kebelakangan ini jiwa bagaikan resah, satu persatu paduan persoalan yang ditusuk masuk dalam benak kepala yang berotak ni. Juga jiwa yang bernafsu ini.

Walaupun bukan diri ini yang terbaik untuk berbicara, bagaimanapun pudak ini sudah tak terbawa lagi, bagai nak dibuang sahaja, tapi mengingatkan bahawa ianya perlu dimunaqasyahkan untuk keuntungan bersama.

Persoalan Mahasiswa Al Azhar Umumnya dan khusus untuk pelajar Johor KHususnya. Setelah menapak lama di bumi kelantan hampir tujuh tahun lamanya. Bagaikan satu sakit rindu mula menyerang hati ini dengan biah solehah fikrah mahmudah wadhihah.

Terutama dengan amanah Ilmu lebih2 lagi ilmu agama yang ditatang ini, difaqihkan ini, dan mcm2 lagi dikuatkan kederat yang tak seberapa ini untuk didasarkan kepada permukaan muslim yang bergelar Pejuang.

Sering ana buat survey secara tak langsung, mereka yang ana bualkan bersama, bersyarikah bersama mentasawwurkan fikrah yang agak malap dengan persoalan siyasah. Sering mereka lari dari membincangkan hal2 seperti ini. Ade yang membalas "entahlah aku tak pahamla mal", ade juga "malas nak campuq2 hal politik ni".

Ada juga yang terlajak perjalanannya, hingga penat dan hinggakan tak perasan yang fatamorgana yang disangka air hendak diteguknya. "Aku join semua fikrah siyasah" mahupun secara jauhar yang kita boleh lihat sangat bertentangan dengan ruhhul huda. Agaknya inilah balasan Allah kepada ummat Islam harini yang mana amanah ilmu tidak lagi dipegang, bahkan ia sebagai bahan momokan sebahagian pelajar al Azhar sendiri.

Di sini yang berpusing dalam kepala, di mana amanah ilmu yang mereka ada? Adakah ini muslim atau mukmin yang diharap2kan mahu membebaskan Masjidil Aqsa? Mahu mendirikan khilafah islamiyah?

Dalam satu hal lagi, berkenaan dengan kalimah "marilah kita kembali dengan Al Quran dan As Sunnah".. Sering kita lihat student2 al azhar ini melaung2kan kalimah2 seperti ini. Tapi kalau kita lihat dalam Usrah, sejauh mana mereka boleh mengusai sebaik2nya 2 sumber Tasyrik tersebut, bahkan ade yang tergagap2 membaca Quran hinggakan ayat yang berakhir dengan kalimah nakirah yang bertanwin pun dibunyikan tanwinnya bila diwakafkan. Ianya bukan berlaku terhadap pelajar STAM sahaja, tapi termasuk Muadalah sendiri. Satu keaiban jika hasil mausul dari al azhar ini tak jauh dari orang awam yang menangis ingin kelas tajwid.

Pemerkasaan Usrah perlu sangat dalam mentarbiyah Ahli, liqa' Nuqaba Kubra perlu dijadikan medan muhasabah dalam "pengislahan" tahap thaqafah, fikrah dan amal.

Berkata-kata seperti ini memang mudah, tapi penghayatan untuk melaksanakan sungguh berat sekali. satu sifat malang yang menimpa diri, cuba mencari satu "key" untuk membuka semua "pintu" yang sekian lama terkunci...

Wallahua'lam

Nur said...

seronok bace kisah ustaz

sambunglah lagi kalo ade mase

=)

Related Posts with Thumbnails