-->

Hari Ini :

Monday, December 21, 2009

ISU-ISU SYARIAH BERKAITAN KERETA SEWA

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu wassalamu Ala Rosulillah, wabakd. Mutaakhir ini kebanjiran kereta-kereta sewa milik pelajar-pelajar Malaysia dan Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura memberikan impak positif dan negative kepada budaya masyarakat pelajar di sini. Di sini, saya tidak mahu mengulas kesan negative dan positifnya. Saya hanya mahu mengulas dua tiga perkara yang saya lihat ada kaitannya dengan pelanggaran etika Syariah yang hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan. Jika tulisan ini ada kesilapan dari segi fakta dan hokum, diharapkan pembaca dapat menegur dan memperbetulkannya. Tulisan ini TIDAK bermatlamat menyalahkan mana-mana pihak, akan tetapi sekadar sebuah pandangan dan pemerhatian ringkas penulis berautoritikan sedikit ilmu yang dimiliki.

ISU PERTAMA : KONGSI MODAL UNTUK MEMBELI KERETA SEWA DAN KEUNTUNGAN DIBERI SECARA BULANAN DENGAN KADAR TETAP.

Perkara ini termasuk di dalam bab musyarokah yang melibatkan perkongsian modal atau pelaburan dengan nilaian tertentu. Hasilnya keuntungan dan kerugian akan diberikan bergantung kepada besar mana jumlah atau bahagian modal itu dikeluarkan. Setiap pemodal dikira sebagai rakan kongsi kepada yang lainnya. Sebagai rakan kongsi, mereka akan terdedah kepada risiko kerugian ataupun kelebihan perolehan keuntungan. Untuk memastikan pelaburan itu sah dan patuh syariah, rukun dan syarat-syarat sahnya perlu dipatuhi. Di antara rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah ialah: -

1. Barang atau wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui kadarnya
2. Pelabur
3. Pengusaha
4. Perniagaan atau pekerjaan yang halal

Antara syarat sahnya pula adalah :-

1. Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
2. Tiada jaminan modal selamat.
3. Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu kerana mungkin sahaja perniagaan itu akan rugi.

Jika diperhatikan kepada pelaksanaan perkongsian pembelian kereta sewa di sini, sebahagiannya pengusaha menjanjikan pulangan keuntungan secara bulanan dengan kadar tertentu. Sebagai contoh, si A, B, C, D, E, F dan G melabur LE 10 000 seorang untuk membeli sebuah kereta Avanza, pihak penusaha menjanjikan pulangan tetap sebanyak LE 500 sebulan kepada pelabur dan dibayar setiap bulan selagi mana kereta tersebut disewakan.

Kaedah ini dianggap telah melanggar salah satu syarat sah pelaburan iaitu menjanjikan pulangan modal dan keuntungan secara tetap kepada pihak pemodal. Islam melarang perkara ini kerana ia mungkin akan menyebabkan kerugian di sebelah pihak. Sebagai contohnya, pihak pengurusan akan mendapat kerugian jika pendapatan pada bulan tertentu melebihi kadar yang perlu dibayar kepada pemodal. Pada sisi yang lain, kemungkinan juga pihak pengusaha akan mendapat untung berlipat kali ganda melebihi apa yang diperolehi oleh sang pemodal apabila pendapatan pada bulan tertentu melebihi pendapatan biasa. Walhal mereka berurusan dengan aqad musyarakah yang mana untung dan rugi akan ditanggung secara bersama.

Di sisi yang lain pula, kontrak atau aqad musyarokah dan mudharobah yang menjanjikan keuntungan atau pulangan tertentu disahkan oleh para ulamak mengandungi elimen riba’ yang diharamkan. Jaminan keuntungan dan pulangan dalam aqad musyarokah akan mengubah sifat kontrak kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah' (wang modal dengan wang untung). Wang modal itu diibaratkan ditukar dengan wang untung yang telah dijamin tadi. Islam telah mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya tambahan pula ia dibayar secara bertangguh. Islam membenarkan pertukaran wang dengan wang pada kadar yang sama dalam satu majlis aqad yang sama.

Islam melarang berlaku sebarang kezaliman dan penindasan. Islam mementingkan keadilan dalam setiap muamalah dan transaksi kewangan.

CADANGAN : Pihak pengurusan dan rakan-rakan kongsi mestilah mengubah perjanjian yang tersebut di atas tadi. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah memberikan keuntungan bergantung kepada hasil keuntungan bersih bulanan. Katakanlah pendapatan bersih bulan pertama adalah sebanyak LE 5 000. Maka LE 5 000 itulah yang akan diberikan kepada pelabur A, B, C, D, E, F dan G bergantung kepada peratus saham masing-masing setelah menolak semua kos-kos lepas yang bersangkutan. Jika sedikit kemasukan sedikitlah yang diperolehi. Jika banyak hasil yang didapati maka banyaklah juga keuntungan yang akan diberi kepada pemodal. Jika rugi maka kadar kerugian akan ditanggung bersama oleh semua pemodal dan pengusaha. Barulah adil namanya.

ISU KEDUA : PENETAPAN BAYARAN KOS KERUGIAN KEPADA PENYEWA KETIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN, KEROSAKAN & KECURIAN

Satu kes baru-baru ini, seorang rakan saya menyewa sebuah kereta untuk menghantar beberapa orang sahabat pergi ke lapangan terbang. Telah ditakdirkan Allah Taala sewaktu di dalam perjalanan, beliau telah mendapat kemalangan. Kemalangan yang tidak disengajakan. Maka bermulalah perdebatan di antara pemilik kenderaan dan sahabat saya yang menyewa itu. Pihak pengurus kereta sewa meminta beliau membayar ganti rugi kerosakan dengan barang gantian asli dari pengedar kereta dengan kos sekitar LE 4000. Apa yang menggemparkan lagi, pengurus kereta itu juga meminta beliau membayar kos kerugian yang bakal mereka tanggung kerana kereta tidak boleh disewa sepanjang tempoh kerosakan itu. Beliau dikehendaki membayar LE 150 sehari sepanjang kereta yang rosak itu diselenggara. Alasan pemilik kereta ialah kerana kereta itu milik ‘ramai orang’ (pemodal). Pengurus kereta terpaksa membayar LE 300 secara tetap kepada beberapa orang pemodal yang berkongsi membeli kereta tersebut.

Kes ini menurut penelitian saya telah melanggar beberapa etika dan ketetapan syarak.;

1. Pertama : Tuntutan ganti rugi (dhoman) di dalam aqod sewaan layak dikenakan sekiranya kerosakan itu datang dengan cara sengaja (udwan) dari pihak penyewa atau ia digunakan diluar dari kebiasaannya. Sebagai contohnya, sengaja melanggar kereta ke tembok, kereta untuk pengangkutan digunakan untuk berlumba dan berjalan di dalam air sehingga menyebabkan kerosakan. Akan tetapi, sekiranya kereta tersebut digunakan dengan sewajarnya dan rosak tanpa perlakuan sengaja dengan sebab kemalangan hasil kesilapan orang lain sebagai contoh, ia tidak boleh dikenakan bayaran ganti rugi kerana aqod sewaan adalah perjanjian amanah seperti wadiah (simpanan amanah). (Sila rujuk al-Muhazzab, jil 1 hlm. 48 dan Mausuah Fiqhiah Kuwaitiah jil. 13 hlm. 277). Dalam keadaan ini, pihak pemilik hanya boleh meminta jasa baik penyewa untuk menampung kos kerosakan tanpa perlu memaksanya.

Jika kerosakan datang dengan sebab sengaja atau digunakan diluar dari kegunaan biasa, pihak pemilik hanya boleh meminta ganti rugi sekadar menampung kos kerosakan itu sahaja tanpa berlebihan kecuali atas budi bicara si penyewa.

2. Kedua : Tuntutan bayaran tambahan (mengikut bilangan hari pembaikan kereta) yang dikenakan kepada penyewa merupakan kezaliman yang menindas penyewa. Menurut etika muamalat Islam, setiap wang yang dituntut dari orang lain mestilah mempunyai sebab dan aqad tertentu seperti tabarru’, hadiah, ijaroh, jual beli dan sebagainya. Jika bayaran LE 150 sehari itu atas alasan sewa, ia tidak berlaku kerana sewa memerlukan pertukaran manfaat walhal kereta tersebut berada di dalam bengkel dan penyewa sudah tidak mendapat sebarang manfaat. Pemilik kereta juga tidak berhak meminta ganti rugi yang melampaui kos belanja kerosakan barang yang disewa (kerosakan yang berpunca dari perbuatan sengaja atau penggunaan di luar kebiasaan). Oleh itu tuntutan LE 150 sehari itu merupakan pemerasan dan kezaliman yang disasarkan kepada penyewa. Ia juga dikira menzalimi penyewa yang sedang dalam kesusahan.

CADANGAN : Pihak pemilik kenderaan perlu memaklumkan peraturan penggunaan yang sewajarnya kepada penyewa agar penyewa menggunakan kenderaan dengan berhemah dan tertib. Jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan oleh penyewa, pihak pemilik perlulah berbincang dari hati ke hati untuk meminta ihsan penyewa agar menampung kos kerosakan yang ditanggung moga wujud sifat tolong menolong dan meringankan beban. Akan tetapi tidak boleh memaksa penyewa membayar ganti rugi tersebut kerana berkemungkinan penyewa tidak berkemampuan. Pihak penyewa juga haruslah bertimbang rasa dengan memberikan bantuan mengikut kadar kemampuan kerana itulah yang dituntut oleh syarak bertolong-tolong dalam kebaikan.

ISU KETIGA : MEMBIARKAN KERETA DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MAKSIAT

Sebahagian pemilik kereta tidak menghiraukan perintah Allah yang memerintahkan kita agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran. Sebahagin pemilik kereta jelas-jelas mengetahui bahawa kereta miliknya bakal digunakan untuk tujuan maksiat seperti berpasangan lelaki dan perempuan bukan mahram menyewa kereta untuk bersiar-siar di kota atau ke tempat-tempat lain. Saya tidak bermaksud untuk mencari kesalahan orang. Akan tetapi ketika telah diketahui niat dan tujuan sewaan itu adalah untuk tujuan maksiat, pihak pemilik seharusnya menolak permintaan tersebut sesuai dengan perintah Allah Taala supaya kita mencegah dari berlakunya kemungkaran.

CADANGAN : Isu-isu berkaitan dengan ikhtilat dan hubungan antra mereka yang bukan mahram sepatutnya difahami oleh para pemilik kenderaan agar boleh diperingatkan kepada para penyewa sebagai tanggung jawab dakwah sesama muslim. Perkara ini nampak remeh akan tetapi perkara yang remeh inilah sekarang ini sedang bermaharaja lela dan mencemarkan serba sedikit biah solehah yang dibina selama ini. Pihak pimpinan dan unit hisbah perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemilik kereta dan para pemandu bagi menyalurkan kefahaman dan bergerak-bersama-sama mencegah perkara ini dari berterusan.

Ramai dikalangan kita yang terlanjur dalam berbisnes dan pada akhirnya baru menyedari aktiviti bisnes yang dijalankan itu bertentangan dengan syarak. Kita selaku pelajar agama perlu meneliti terlebih dahulu bisness yang bakal dilakukan agar tidak terjebak dalam perkara yang bertentangan dengan etika syarak. Jika di sini kita tidak berhati-hati dlam isu-isu syariah sebegini, tidak mustahil suatu harti nanti bila pulang ke tanah air kita akan terjebak dengan bermacam-macam lagi skim perniagaan yang tidak patuh syarak walhal perkara inilah sekarang ini yang sedang mencanak-canak membiak bak cendawan tumbuh selepas hujan.

#Coretan ini tidak hanya tertumpu kepada kereta sewa. Ia juga bersesuaian dengan kondisi van sewa, motosikal sewa dan basikal sewa sekiranya ada. Sekadar perhatian ringkas dari insan dhoif.

Wallahu’aalam.

Abu Fawwaz
4.16 a.m Alexandaria Egypt.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, December 16, 2009

Fawwaz Sebulan 12 hari

Sedapnyer tidoo..Lihaf tu ammu razi bagi..Tq ammu razi

Jalan-jalan fathallah

Ummi posing sambil tunggu Sish Towouk Mu'min

Dalam pangkuan Abiku...

Cantiknya kasut.. Tq cik Dayah.. Baju tu pulak Ammu Tete & Acik Iqah Bagi.. Tq For All.. Dah boleh berdiri Fawwaz??

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, November 14, 2009

Diari Muhammad Fawwaz el-Afif - Jumaat, 13 November 2009 : Tahnik Bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kitani

Alhamdulillah, akhirnya buat kali ke-empat Muhammad Fawwaz keluar melihat dunia luar. Pertama kali ketika pulang dari hospital, kedua ketika bertahnik bersama syeikh Abdul Aziz dan Syeikh 'Alak di Asofiroh, ketiga membuat sijil beranak di Sidi Bish dan keempat solat jumaat di Masjid Minak Syarqi mendengar khutbah Syeikh Al-Muhaddist Muhammad Ibrahim Al-Kitani.

Setelah khutbah dan solat jumaat, Kami semua sempat mendengar kuliah jumaat yang bertajuk "Kunu maas sodiqin" yang bermaksud bersama-sama dengan orang yang benar dan soleh, moga-moga kita akan menjadi orang yang benar dan soleh. Muhammad Fawwaz mendengar dengan tenang. sepanjang keluar hari itu tidak sedikit pun Muhammad Fawwaz menangis, hanya sekali dua menggeliat meminta minum. Bekalan 2 botol Baby Drink habis disuap ke mulut Muhammad.

Akhirnya Syeikh Muhammad Ibrahim berkenan untuk mentahnik Muhammad Fawwaz setelah menunggu giliran bersalaman sekitar setengah jam setelah berakhirnya kuliah jumaat. Ramai juga pakcik-pakcik yang cerah-cerah wajah mereka mendoakan Muhammad Fawwaz moga-moga ada keberkatan untuk Muhammad Fawwaz dan keluarganya.

Kembali dari Minak Syarqi, Muhammad Fawwaz dibawa ke program bersama pelajar Medic di Bangunan MARA. Program tersebut adalah program perasmian Smart Circle Perubatan. Kami dijemput sebagai mentor dek kekurangan tenaga di peringkat perubatan. Alhamdulillah Muhammad Fawwaz telah diberikan pengalaman mengikuti program-program tarbiah sejak kecil moga berterusan hingga ke akhir hayat dalam kalangan orang-orang yang soleh, Amin.

Menanti giliran bersalaman dan bertahnik.

Bertahnik bersama Syeikh Al-Muhaddist Muhammad Ibrahim Al-Kitani. Sayang sekali, gambar tahnik tidak berapa clear lantaran ramainya orang yang memerhatikan dan kamera yang tersilap funtions. Alla kulli haal Syeikh berkenan untuk bergambar bersama kami sebelum menaiki kenderaan.

Syeikh mendoakan Muhammad Fawwaz dan keluarga. Moga ada keberkatan ameen. Hayakallah Ya Maulana. Syukran Jazeelan.

Bersama Baba Insyirah yang turut hadir. Tq Ust Mustaqim yang membantu tidak lupa juga kawan-kawan lain yang turut hadir bersama-sama.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, November 09, 2009

Sammainahu Muhammad Fawwaz el-Afif

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua. Dengan rahmat dan ketentuan-Nya juga hari ini memberikan kami sekeluarga peluang menjadi ibu dan bapa walau pada hakikatnya ia adalah satu tanggung jawab yang berat : Membebaskan ahli keluarga dari api neraka Allah SWT.

Namun tanggungjawab ini juga adalah suatu rahmat yang tidak dapat dirasai kecuali setelah melaluinya. Kini dapat ku rasakan bagaimana ibu dan bapa ku menjaga ku sejak kecil sehingga dewasa. Berpenat lelah, bermerah mata, bertarung nyawa hanya untuk melihat kami membesar dengan baik, berjaya dalam kehidupan dan yang lebih utama menjadi Hamba Allah yang bertaqwa. Bukan mudah tugas ibu dan bapa.

Saya dengan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu dan ayah saya al-marhum Hj Tamjis B Hj Yusof dan Bonda Al-marhumah Hjh Rumini Bte Mohd Mashudi. Moga Allah Taala memberikan kebahagian hidup yang kekal abadi di sana Ameen. Betapa besar pengorbanan Mu. Kini telah ku rasainya.

Hari ini cucu Hj Tamjis & Hjh Rumini yang ke-41 telah berusia tujuh hari. Hari ini hari yang sangat bersejarah. Mujahid kecil itu telah kami namai dengan Muhammad Fawwaz el-Afif. Muhammad mengambil nama sempena nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud yang terpuji. Fawwaz membawa makna kejayaan yang berterusan dan el-Afif adalah terpelihara maruah dan kesuciannya mengambil sempena gelaran nabi Yusuf As-siddiq iaitu el-Thohir el-Afif. Semoga anak yang baru lahir ini menjadikan kami bertambah taqwa dan keimanan kepada Allah Taala.

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga di Malaysia, Sahabat handai, kawan-kawan dan semua yang membantu secara langsung atau tidak moga Allah taala mengganjari kalian dengan pahala yang berlipat kali ganda dan mendapat redho-Nya, Ameen.

Wassalam


Bacaan doa dan tahnik oleh Syeikh Abdul Aziz di rumahnya.

Kaedah tahnik oleh Syeikh Abdul Aziz ringkas dan mudah. Moga Muhammad Fawwaz el-Afif mencontohi ketokohan beliau Amenn.

Berbual bersama Syeikh. Kecik2 dah dapat duduk bersama ulamak. Selepastahnik di rumah Syeikh Abdul Aziz, Muhammad Fawwaz el-Afif ke Masjid Amru untuk tahnik bersama syeikh Ala'. Muhammad Fawwaz sempat duduk dalam majlis ilmu bersama syeikh lebih kurang sejam sebelum ditahnik di masjid amru sebelum solat maghrib. Muhammad belajar Faraidh hari ini.

Sebelum di'botakkan' dalam operasi tahlik. Muhammad rileks sahaja.

Tahlik dibantu oleh ust Khairul Nizam Rozali. Mula-mula cuak gak sebab kepala muhammad masih lembut. Tapi dengan kaedah cukuran yang ku pelajari sewaktu musim haji dari kang jelan dulu, proses tahlik berjalan lancar tanpa titiskan air mata.

Sampai terlena Muhammad.

Sikiiiiit lagi...!!!!

Cukuran terakhir...


Inilah hasilnya. Wajah Muhammad Fawwaz el-Afif pada jam 1.30 am. The latest picture. Hensem tak macam abi dia??? hehehe

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, November 08, 2009

Day 7 Time to Tasmiah, Tahliq & Tahnik






[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails