-->

HijriDate

Friday, June 23, 2006

Ramai lelaki tidak berkahwin di Johor berbanding wanita

Utusan Malaysia 23 Jun 2006

JOHOR BAHRU 22 Jun - Golongan lelaki berumur 30 tahun ke atas yang belum berkahwin di Johor adalah seramai 66,185 orang berbanding wanita iaitu 32,117 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hasil kajian penduduk dan keluarga Malaysia pada 2004 mendapati sebanyak 44.7 peratus lelaki memilih alasan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan, merasa serba kekurangan dan hantaran terlalu mahal.

Menurutnya, sebanyak 12.6 peratus lelaki pula memberi alasan sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan pasangan di samping memilih hidup membujang kerana dianggap selesa berbanding berkahwin.

Beliau berkata, mereka juga memberi alasan bahawa tiada calon sesuai, sukar cari pasangan, terlalu memilih dan keluarga terlalu memilih.

Menurut Robia, bagi membantu menangani fenomena tidak berkahwin atau berkahwin lambat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengadakan banci bagi meneliti punca seseorang itu tidak berkahwin atau kahwin lewat.

"LPPKN memandang serius isu itu dan mengambil inisiatif mengadakan seminar yang mensasarkan individu lelaki yang belum berkahwin berumur 25 tahun ke atas dengan tujuan untuk merangsang dan membuka minda golongan itu".

"Ia bagi memberi motivasi untuk berkahwin dengan pengisian program hikmah dan nikmat hidup berumahtangga serta menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai satu ibadah,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini".

Menurutnya, angka tersebut sekali gus menyangkal dakwaan bahawa wanita lebih ramai tidak berkahwin di Johor.

Mengenai bapa tunggal pula Robia berkata, golongan itu digalakkan mendaftar di LPPKN supaya kehendak dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dapat dikenal pasti dan di kaji supaya tindakan dapat diambil.

P/s dari Afais:

Tak sangka rupanya lebih ramai lelaki yang tidak berkahwin di Johor berbanding wanita. Persoalannya tidak mampu atau tidak mahu? Sama-sama kita renungkan permasalahan ini. Dalam suasana jenayah zina dan rogol dalam masyarakat sentiasa meningkat, masih ramai lelaki yang membujang. Tidak kurang juga wanita.

Di manakah punca masalah sebenarnya? Bagi saya pihak berwajib perlu memikirkan tindakan yang sewajarnya untuk menangani permasalahan ini. Kefahaman perlu diberi kepada masyarakat agar tidak mendahulukan adat dari syariat. Perkahwinan itu seharusnya dipermudahkan bukan disusahkan-susahkan.

Apa cerita kalau maskahwin sampai beribu-ribu lemon. Seolah-olah ingin menjual anak kepada orang lain. Tidakkah mereka percaya kepada hadis nabi yang bermaksud : " Serendah-rendah maskahwin itu tanda banyaknya 'barokah' seseorang wanita".

Adat yang menyusahkan ini seharusnya dilontar jauh-jauh. Saya bukan bermaksud meremeh-remehkan persoalan mahar(maskahwin). Tetapi biarlah ianya berpatutan. Masyarakat perlu sedar semakin lambat seseorang itu melangsungkan perkahwinan semakin terdedahlah ia kepada pujuk rayu nafsu dan syaitan. Ayuh kita cegah rogol dan perzinaan.

Jalan keluar dan alternatif yang Afais cadangkan :

1) Memperbanyak Program kahwin beramai-ramai seperti yang dianjurkan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan baru-baru ini dan Program MAWAR anjuran PMRAM pada bulan Ogos nanti. Jabatan Agama Johor bila lagi?

2) Seminar "Bahaya maskahwin tinggi" kepada para ibu bapa dan masyarakat umumnya.

3) Nikah Misyar bagi waita berada.

4) Isi borang bait muslim sebelum anda tersenarai dalam statistik di atas. Kalau tak pandai mencari sendiri jumpa pihak berwajib untuk minta bantuan. Jangan hanya duduk menunggu menyendiri.

5) Masuk Kursus Pra Perkahwinan Anjuran Jabatan Agama Johor dan BKPJM pada 22 dan 23 Julai 2006 akan datang. Ia lebih menjimatkan dan pastinya ada kelainan dengan kursus Pra Perkahwinan di Malaysia. Kesimpulan, segalanya di Mesir lebih menjimatkan. Faham tak?? (Bukan setakat kursus sahaja murah, kos untuk majlis perkahwinan juga lebih murah dan menjimatkan berbanding di Malaysia yang penuh dengan adat dan kepercayaan.)

Jangan berani mencuba sekiranya belum bersedia memikul tanggungan!! Perkahwinan bukan mainan!! Dont drink n drive!!

6) Tak mampu juga ikuti proses di atas, banyakkan berpuasa kerana ia benteng terbaik mempertahankan kerakusan nafsu shahwat.

Fikir-fikirkan!!

4 comments:

azlina zabha said...

erm..

---------------------------------

2) Seminar "Bahaya maskahwin tinggi" kepada para ibu bapa dan masyarakat umumnya.

----------------------------------

Wanita yang paling baik ialah wanita yang paling murah maskahwin nya..

Sampaikan ada berlaku pada zaman nabi, sahabat Nabi rasa mahal sangat Maskahwin yang dikehendaki oleh pihak perempuan. Pihak perempuan itu meletakkan mas kahwinnya, iaitu mengucap dua kalimah syahadah (kalau tak silap saya)..

Lepas tu, Nabi memberi dorongan kepada sahabat baginda itu dengan mengatakan Semoga perkahwinan mereka dirahmati Allah"..

dan Nabi ada menyebut "Wanita yang paling baik, adalah yang paling murah maharnya. Maskahwin cuma RM22.50 untuk negeri johor, kan? Mungkin yang saudara maksudkan itu, "Wang Hantaran"..

erm..

azlina zabha said...

"Mahar" <-- maksud saudara ini kan?

Ibnu Ali said...

Jadinya wahai wanita janganlah menyeksa kaum lelaki wei.... kami ni dah la terseksa.. waccaaa!!!

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

ibnu ali..kekadang bukan salah wanita..tapi keluarga yang mendesak..diletakkan harga bagai menjual anak..ikut harga pasaran katakan..SPM sekian..B.A sekian harga dan yang M.A sekian harga pula..

saudari ikoko..ye betul..maksud saya hantaran..dan sebenarnya tiada istilah hantaran dalam Islam..Tapi ia diberatkan bagi pihak lelaki memberinya di Johor seolah menjadi kewajipan..di sebahagian negeri seperti terengganu dan kelantan maskahwin itulah wang hantaran..tidak spt di johor..wang hantaran lain maskahwin lain (RM22.50)

Hantaran di johor dijadikan modal untuk majlis di rumah wanita..maksudnya..semakin besar wang yang diminta semakin besar majlis yang akan berlangsung. Itulah masalahnya..Bagi saya, jika nak buat majlis besar2 pun dan nak minta wang hantaran dari pihak lelaki tak perlu sehingga menyeksa pihak lelaki menyediakan wang hantaran sehingga beribu2 lemon. Yang penting Majlisnya atau Taggung jawab selepas nikahnya??Wanita bukan barang jualan. Wanita adalah tanggng jawab yang perlu perhatian dan tanggungan..

Buatlah majlis sekadarnya. Yang penting tidak menekan sehingga pihak lelaki terpaksa meminjam2 dan ada pula yang terpaksa tanguh perkahwinan gara2 tak cukup duit. Dan ada pula yang putus hubungan gara2 sikap ibu bapa yang sedemikian..

Related Posts with Thumbnails