-->

HijriDate

Monday, July 03, 2006

Catatan sebelum berlabuh...

Oleh Afais
"Ust Yus..Nasi lemak satu..."
"Rasul... ABC special siap!!!"
"Katadz..!! Mee Hoon Sup Satu.."
"Wak..!! Roti Telor satu, murtabak satu, bungkus tau..!!"
"Satey Unta 10, Arnab 10, ayam 20..makan sini ust..!!"
"Tempe goreng satu wak.."
"Tawil..Mee Bandung Senggarang 2 bungkus 2 makan..siap!!"
"Panas la ustaz..Tak de kipas ker..pasang aircond pon ok gak ni!!"
"Lagu ini ditujukan buat adik-adik tersayang, buat yazid, tete, loko, chelap, amli, musa, shapa, dan dot dot dot, moga ceria selalu..terimalah lagu 'mesra desa' oleh hijjaz". Celoteh DJ Bazaria..
"Ust Nazar...makanan AJK esok kita masak paprik ayam dengan sup ok tak??"
"Tawaqquf..solat dulu laa jom"
Begitulah suasana ceria yang dapat digambarkan ketika berlangsungnya Bazaria Sri Selatan bermula 26 hingga 29 Jun yang lalu. Walaupun cuaca panas membahang sekitar 40 darjah celsius ketika ini, ia tidak menghalang orang ramai untuk datang ke Asrama Pelajar Johor Kaherah untuk menikmati makanan-makanan lazat dan bermutu dari shef-shef terkenal seluruh pelembahan nil ini. Ditambah lagi dengan exam yang baru berakhir, membuatkan bazaria menjadi tempat perkumpulan terbaik mahasiswa-mahasiswi di sini setelah sekian lama ber'uzlah' mendepani exam 'fasal thani' yang sangat mencabar.
Ala kulli hall..Tahniah dan syabas buat seluruh jawatankuasa yang terlibat dalam menjayakan Bazaria Sri Selatan kali ini. Jasa kalian tidak dapat dilupakan dan moga ianya dikira oleh Allah SWT sebagai amalan kebaikan di sisiNya. Tidak lupa juga kepada pihak PMRAM yang memberikan sokongan padu demi melihat kesatuan mahasiswa-mahasiswi di sini dan juga kepada semua pengunjung setia Bazaria Sri Selatan, Datang dan jumpa lagi tahun hadapan.
Bagiku, tamat Bazaria Seri Selatan, maka semakin hampirlah aku dengan exam yang akan datang. Jenis aku ni kalau sibuk memang tak boleh nak membaca. Jadi Bazaria Seri Selatan medan terakhir bagiku sebelum secara serius akan ber'uzlah' untuk memberikan tumpuan penuh kepada exam yang bagiku 'umpama hidup dan mati' ini. Jika gagal mencapai matlamatku, maka tahun ini adalah tahun terakhir aku di Bumi Mesir. Jika berjaya, maka insyaallah aku akan terus bernafas segar di sini. Pelikkan!! Biasanya kalau gagal kene duduk sini lagi..jika berjaya akan balik ke tanah air. Tapi ini realiti yang aku harus lalui. Gagal bermakna aku perlu pulang. Berjaya bermakna laluan seterusnya bakal menanti di sini. Ya Allah aku mahu terus di sini.. Beikanlah aku kejayaan cemerlang dalam imtihan yang bakal menjelma tidak lama lagi ini.
*****
Habis cerita bazar dan exam. Nak cerita sedikit kisah piala Dunia Edisi Jerman yang bagiku sudah tamat 2 hari lalu. Alhamdulillah, sebenarnya kegagalan 2 pasukan pilihanku Argentina dan Brazil untuk ke separuh akhir membuatkan minatku terhenti untuk mengikuti perjalannan seterusnya piala dunia yang akan berakhir 9 julai nanti. Penangan Piala dunia memang cukup kuat. Orang jadi gembira pasal bola, jadi sedih pasal bola, jadi gaduh pasal bola jadi bersatu pasal bola dan segalanya pasal bola. Sehingga kekadang pasal bola jugalah kita lupa dan gagal untuk membuat penilaian berkaitan 'aulawiyat' atau 'priority' selaku hamba Tuhan, Penuntut, Ahli Persatuan dan Ummat Islam.
Pemimpin dan Saudara kita di Palestin di tangkap dan dibunuh kejam, kita lupa dan tak baca berita langsung pasalnya gara-gara bola dan piala dunia. Ummat Islam seluruh dunia 'tak perasan' dalam kelang kabutan palestin diserang, kita masih sibuk bertepuk sorak menjerit depan TV menyokong team-team pilihan masing-masing dan tatkala itu jugalah saudara kita di sana menjerit meminta tolong diserang dan diperlakukan tanpa ada simpati dari dunia luar. Membisu menyepi yang boleh hanya tulis di akhbar dan blog mengecam perbuatan kejam Rejim Yahudi Laknatullah. Dapat apa? tak ada apa-apa. (Muhasabah untuk diriku sendiri)
Lalu apakah tugas kita sebenarnya. Tak lain dan tak bukan adalah kembali kepada Islam yang syumul dan menjadikan diri bersiap dan memenuhi kehendak semasa dunia Islam. Cita-cita haruslah tinggi dalam memartabatkan Islam yang semakin ditindas dari hari ke hari. Si penindas kekadang Kuffar dan yang lebih menyedihkan saudara seagama kita sendiri. Yang paling biasa kita lihat ummat Islam yang meninggalkan solat kerana solat adalah tiang agama. Tinggalkan solat umpama kita telah meruntuhkan sebatang tiang Islam. Berapa ramai yang tidak sembanhyang yer. Yang tidak sembahyang kerana sengaja satu hal. Yang tak reti langsung bersembahyang lagi satu hal..Di mana tanggung jawab kita.
Ummat Islam bukan lemah kerana musuh yang kuat. tetapi ummat Islam lemah kerana tidak berpegang dengan ajaran islam yang sebenar. Islam hanya dijadikan ritual dan amalan sahaja dan terkadang tak ber'ritual' langsung. Tak sembahyang, tak puasa, tak berzakat, tak ke haji tak berjihad tak mahu bekerja untuk Islam tapi mahu perjuangkan Islam kononnya. Itu baru yang wajib. Yang Sunat pula entah ke mana. Kalau yang wajib pun dah tak terjaga, macam mana nak tambah dengan yang sunat. (Muhasabah lagi buat diri sendiri)
Islam itu bukan agama ritual semata. Ia agama yang perlukan keikhlasan dan menjadikan ritual itu sebagai kekuatan tambahan yang digelar sebagai 'Spiritual Quation' atau kecerdasan spiritual. Ini tiada dalam diri kita kerana kalau kita solat kita masih buat maksiat selepas solat. Kalau kita berzakat masih ada riak dalam diri kita dan kalau kita berpuasa masih juga tak mampu menahan nafsu kita dari buat perkara yang dilarang.
Bukankah solat dan amalan kebajikan itu menjadi penghalang kepada kita dari melakukan perkara kejahatan dan kemungkaran? Dan percayalah bahawa ummat Islam akan terus ditindas selagi kita menjadi ummat yang lalai dan alpa dengan ajaran Yang Islam bawa. Pertolongan Allah itu hampir bagi golongan yang berpegang teguh dengan Ajaran Islam. Saya tidak mengatakan kita harus meninggalkan kemajuan untuk menegakkan Islam. Tetapi biarlah kemajuan itu seimbang dengan kemajuan syaksiah dan peribadi ummatnya. Barulah kemajuan itu akan terisi dan gemilang.
*****
Hati saya jadi geram dan mahu menangis kerana saya juga tak mampu berbuat apa-apa melihat saudara-saudara Islam di seluruh dunia ditindas dan ada di antaranya diperkosa, dibunuh dan macam-macam lagi bentuk penindasan. Ia memang jauh dengan Malaysia tapi dekat dengan Mesir. Ia masih jauh dari diri kita kerana kita tak kasih kepada mereka. Bagi kita yang penting adalah diri kita. Diri kita senang, dapat lulus periksa, dapat kahwin dapat anak dapat segalanya dapat kerja bagus, dapat gaji banyak dapat..dapat..dapat..segalanya dapat.
Hari ini saya menyeru kepada seluruh sahabat-sahabat supaya kita bersatu dan memperkukuhkan ukhwah sesama kita. Jika di sini ukhwah kita sudah terbarai di Malaysia apakan lagi. Dan pastinya ukhwah dengan ummat Islam yang kita tidak kenal lebih-lebih tiada lagi. Saya jadi risau melihat ada kalangan sahabat-sahabat yang suka menyendiri, suka buat hal sendiri, tak mahu ikut nasihat, tak mahu bersama-sama dalam kerja-kerja kebajikan, ada puak-puak dan team sendiri, pentingkan diri sendiri, tak mahu ambil tahu masalah sekitar dan pelbagai lagi masalah yang mengundang kepada kekeruhan kesatuan dan masa depan Islam itu sendiri.
Saya pernah diingatkan oleh seorang ustaz sebelum ke Mesir. "Berikan masa kamu kepada tiga;
Pertama : 60% untuk belajar dan tingkatkan kemajuan diri.(kuliah, tarbiah dan membaca)
Kedua : 30 % untuk masyarakat sekitar di mana anda berada bagi menjaga hablum minan nas.
Ketiga : Seimbangkan antara pertama dan kedua. (rehat, peribadi dan lain-lain)
Saya galakkan sahabat-sahabat untuk bertalaqi dan mencari pengalaman di musim cuti dan hari-hari kuliah tetapi jangan lupa untuk hadiri sesi-sesi tarbiyah bagi membuang ego yang banyak tersimpan di dalam diri seorang mahsiswa. Apabila kita merasakan program tarbiyah tidak perlu untuk diri kita bermakna kita rasa diri kita sudah bagus dan rasa diri boleh untuk membuat acuan sendiri. Percayalah anda dalam keadaan bahaya kerana anda terdedah kepada pelbagai wabak dan jangkitan seperti mana seorang pengkaji terkena jangkitan sewaktu pertama kali mencari vaksin untuk penyakit tersebut. Realitinya mengapa perlu mencari vaksin baru jika sudah ada vaksin untuk penyakit tersebut. Jika rasa vaksin itu tidak baik, bantu untuk memperbaiki itu lebih baik berbanding mendedahkan diri dengan risiko dipermulaan tadi.
Mengembara, berjalan dan bertalaqilah ke sana dan ke sini tetapi jangan lupa seimbangkan dengan tuntutan kedua iaitu keterlibatan kita dengan masyarakat sekitar kita. Takkanlah tak sempat untuk melawat kawan yang terlantar sakit walau sekejap kerana bukankah jika anda sakit nanti anda juga perlukan kawan untuk mengadu dan berubat. Takkanlah tak sempat untuk hadiri gotong royong yang hanya seminggu sekali lantaran terlalu penat dengan program peribadi walhal rumah itu rumah kita sendiri. Takkanlah tak mampu untuk hadiri program-program kerohanian dan kebajikan kerana nanti anda akan kembali meminta pertolongan di waktu sepi, kesusahan dan memerlukan. Seimbangkanlah. Itu tuntutan Allah untuk menjaga hubungan sesama manusia.
*****
P/s:
1) Buang sikap pentingkan diri sendiri dan imbangi antara kepentingan peribadi dan jamaah.
2) Buang sikap ego dan malas untuk ditarbiyah
3) Tingkatkan 'Spiritual Quation' dalam diri
4) Persiapkan diri dengan segala keperluan bagi memartabatkan Islam
5) Jaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia
6) Jauhkan diri dari berpuak-puak dan tingkatkan ukhwah juga kesatuan
7) Maafkan saya jika ada yang terguris dan terasa kerana saya juga adalah insan yang lemah dan perlukan bimbingan serta bantuan.
Wallahuaalam..

Related Posts with Thumbnails