Ini mungkin lembaran terakhir sebelum melangkahkan kaki ke dewan peperiksaan. Saya hanya ada masa 2 hari setengah untuk membaca setiap paper yang dihadapi tahun ini. Tak pernah merasa takut seperi ini. Mungkin merasakan harapan yang menggunung terpundak di bahu. Harapan arwah ibu yang masih ku ingat sehingga kini. Mungkin juga kerana banyak lagi yang tak saya baca lantaran masa yang tinggal seminit dua ini.
Sebelum berlabuh buat sementara, saya mahu ingatkan pada kawan2 blogger. Walaupun blogger contest telah tamat dan pemenang pun telah menerima ganjarannya, ingatlah bahawa medium dakwah ini perlulah diteruskan dan tidak terhenti sekadar memenuhi ruang pertandingan. Jadikan ianya medium terbaik untuk menyampaikan fikrah dan maklumat. Anda sudah tahu betapa hebat penangan teknologi ini dalam menyebar maklumat dan fikrah. Kenapa masih tidak mahu aktif menggunakannya.
Blog tak cantik tak jadi masalah. Asalkan isi dan kandungannya cukup untuk menambat hati pembaca. Saya kagum dengan blog al-jantanie, blog permata aqiq, blog sdr syafiq, blog najib zainal dan beberapa blog lain yang terus subur menuai fikrah dan pandangan serta pengalaman. Contohi mereka dan tandingi reputasi mereka. Jika kita ikhlas menggunaklan wasilah ini sebagai medan dakwah, insyaallah ada kebaikan yang menanti kita nanti.
Tidak mahukah anda menjadi seperti saifulislamonline, blog ust nasaruddin tantawi, zaharuddinonline dan banyak lagi pengemudi jaringan internet yang seperti mereka menjadikan web sebagai medium untuk menyebar maklumat keseluruh dunia. Untuk jadi seperti mereka, perlu bermula dari sekarang. Istimrar dalam menghantar artikel samaada karangan sendiri atau diambil dari sumber lain yang dimaklumi kebenarannya. Inagtlah, musuh kita juga menggunakan jaringan yang sama untuk menyampaikan maklumat dan fikrah mereka secara aktif.
Saya terpanah untuk menulis kali ini apabila melihat blog teman2 semakin sepi. Mungkin terlalu sibuk agaknya. Atau mungkin tak percaya dengan keupayaan wasilah ini. Alaa kulli haal, walaupun sibuk walaupun tak percaya, ruang sudah tersedia, hanya perlu masa 5 - 6 minit untuk posting di alam maya. Dan ia akan tersebar ke seluruh dunia.
Percaya tak percaya...!!
No comments:
Post a Comment