-->

HijriDate

Friday, June 23, 2006

Ramai lelaki tidak berkahwin di Johor berbanding wanita

Utusan Malaysia 23 Jun 2006

JOHOR BAHRU 22 Jun - Golongan lelaki berumur 30 tahun ke atas yang belum berkahwin di Johor adalah seramai 66,185 orang berbanding wanita iaitu 32,117 orang.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Dr. Robia Kosai berkata, hasil kajian penduduk dan keluarga Malaysia pada 2004 mendapati sebanyak 44.7 peratus lelaki memilih alasan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan, merasa serba kekurangan dan hantaran terlalu mahal.

Menurutnya, sebanyak 12.6 peratus lelaki pula memberi alasan sibuk bekerja sehingga tiada masa untuk bertemu dengan pasangan di samping memilih hidup membujang kerana dianggap selesa berbanding berkahwin.

Beliau berkata, mereka juga memberi alasan bahawa tiada calon sesuai, sukar cari pasangan, terlalu memilih dan keluarga terlalu memilih.

Menurut Robia, bagi membantu menangani fenomena tidak berkahwin atau berkahwin lambat, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mengadakan banci bagi meneliti punca seseorang itu tidak berkahwin atau kahwin lewat.

"LPPKN memandang serius isu itu dan mengambil inisiatif mengadakan seminar yang mensasarkan individu lelaki yang belum berkahwin berumur 25 tahun ke atas dengan tujuan untuk merangsang dan membuka minda golongan itu".

"Ia bagi memberi motivasi untuk berkahwin dengan pengisian program hikmah dan nikmat hidup berumahtangga serta menjadikan kehidupan berkeluarga sebagai satu ibadah,” katanya semasa menggulung perbahasan pada Sidang Dewan Undangan Negeri, di sini hari ini".

Menurutnya, angka tersebut sekali gus menyangkal dakwaan bahawa wanita lebih ramai tidak berkahwin di Johor.

Mengenai bapa tunggal pula Robia berkata, golongan itu digalakkan mendaftar di LPPKN supaya kehendak dan cabaran yang dihadapi oleh mereka dapat dikenal pasti dan di kaji supaya tindakan dapat diambil.

P/s dari Afais:

Tak sangka rupanya lebih ramai lelaki yang tidak berkahwin di Johor berbanding wanita. Persoalannya tidak mampu atau tidak mahu? Sama-sama kita renungkan permasalahan ini. Dalam suasana jenayah zina dan rogol dalam masyarakat sentiasa meningkat, masih ramai lelaki yang membujang. Tidak kurang juga wanita.

Di manakah punca masalah sebenarnya? Bagi saya pihak berwajib perlu memikirkan tindakan yang sewajarnya untuk menangani permasalahan ini. Kefahaman perlu diberi kepada masyarakat agar tidak mendahulukan adat dari syariat. Perkahwinan itu seharusnya dipermudahkan bukan disusahkan-susahkan.

Apa cerita kalau maskahwin sampai beribu-ribu lemon. Seolah-olah ingin menjual anak kepada orang lain. Tidakkah mereka percaya kepada hadis nabi yang bermaksud : " Serendah-rendah maskahwin itu tanda banyaknya 'barokah' seseorang wanita".

Adat yang menyusahkan ini seharusnya dilontar jauh-jauh. Saya bukan bermaksud meremeh-remehkan persoalan mahar(maskahwin). Tetapi biarlah ianya berpatutan. Masyarakat perlu sedar semakin lambat seseorang itu melangsungkan perkahwinan semakin terdedahlah ia kepada pujuk rayu nafsu dan syaitan. Ayuh kita cegah rogol dan perzinaan.

Jalan keluar dan alternatif yang Afais cadangkan :

1) Memperbanyak Program kahwin beramai-ramai seperti yang dianjurkan oleh Majlis Agama Wilayah Persekutuan baru-baru ini dan Program MAWAR anjuran PMRAM pada bulan Ogos nanti. Jabatan Agama Johor bila lagi?

2) Seminar "Bahaya maskahwin tinggi" kepada para ibu bapa dan masyarakat umumnya.

3) Nikah Misyar bagi waita berada.

4) Isi borang bait muslim sebelum anda tersenarai dalam statistik di atas. Kalau tak pandai mencari sendiri jumpa pihak berwajib untuk minta bantuan. Jangan hanya duduk menunggu menyendiri.

5) Masuk Kursus Pra Perkahwinan Anjuran Jabatan Agama Johor dan BKPJM pada 22 dan 23 Julai 2006 akan datang. Ia lebih menjimatkan dan pastinya ada kelainan dengan kursus Pra Perkahwinan di Malaysia. Kesimpulan, segalanya di Mesir lebih menjimatkan. Faham tak?? (Bukan setakat kursus sahaja murah, kos untuk majlis perkahwinan juga lebih murah dan menjimatkan berbanding di Malaysia yang penuh dengan adat dan kepercayaan.)

Jangan berani mencuba sekiranya belum bersedia memikul tanggungan!! Perkahwinan bukan mainan!! Dont drink n drive!!

6) Tak mampu juga ikuti proses di atas, banyakkan berpuasa kerana ia benteng terbaik mempertahankan kerakusan nafsu shahwat.

Fikir-fikirkan!!

[+/-] Selengkapnya...

Monday, June 19, 2006

Memori kembali bersemi...

Hari ini cuaca cukup panas. Sememangnya sekarang ni dalam musim panas dengan cuaca berskala 38 darjah Celcius cukup membuatkan sesiapa sahaja berasa letih dan malas untuk keluar rumah. Sejak awal pagi , saya menemankan 2 orang sahabat iaitu Ust Hairi Hamzah dan Ust Salleh Maskob. Ke mana? Ye, pergi menggamit memori 5 bulan lalu. Buat urusan untuk ke Mekah dan Madinah. Namun mereka bukan pergi untuk menunaikan fardhu haji, tapi menunaikan kewajipan Umrah.
Ia membuatkan memori yang ku lalui suatu ketika dahulu berputar kembali. Rasa nak ikut rombongan umrah PMRAM tahun ni. Rindu la pulaknya kat Mekah dan Madinah. Lebih dari rindu kepada orang yang dikasihi. Tapi entah, macam mana rasanya rindu kepada emak dan ayah. Lebih lagi rasa rindu untuk ke Baitullah dan bertemu dengan Rasulullah. Tak dapat nak digambarkan. Sepanjang perjalanan tadi puas saya ceritakan serba sedikit pengalaman sewaktu di tanah suci. Biasalah, kalau dah pernah pergi ni rasa nak ceritakan semua perkara yang pernah dilalui di sana. Serba sedikit ia mengubat rasa rindu yang terpendam di hati.
Urusan hari ini bermula dengan membuat re-entry visa (taasyir audah) di mugammak tahrir. Bagi sesiapa yang mahu ke Mekah dan Madinah, pastikan anda mempunyai baki 6 bulan visa di Mesir. Jangan mimpi nak ke sana sekiranya baki visa anda tidak mencukupi. Untuk mendapatkan re-entry visa anda perlu membayar LE 51.00 untuk stamp dan mengisi borang yang telah disediakan. Bagi wanita yang berhasrat ke sana, pastikan anda mempunyai mahram dari kalangan keluarga terhampir atau jika tiada pastikan anda mempunyai musyrif kekal (suami) untuk melayakkan anda memasuki tanah suci. Jika tiada juga, cari sampai dapat.
Setelah mengisi borang dan membayar wang stamp, kami diminta menunggu sehingga jam 1 pm untuk mengambil pasport yang ditinggalkan. Justeru kami terus berkejar untuk urusan kedua.
Urusan kedua kami terus ke kedutaan Malaysia mendapatkan surat sokongan dari pihak Kedutaan Malaysia kepada kedutaan besar Saudi Arabia. Surat tersebut terdapat di Pejabat JPMK. Tidak perlu bayaran, tapi harini mereka terpaksa membayar baksis (upah) secawan nescafe kepada musyrif (saya) kerana mata mengantuk so saya pau (minta) dibelanja secawan nescafe di kafeteria wak Jasman di Kedutaan Malaysia. Baru Le 2 secawan kan Ust Hairi, tak jadi masalah kepada beliau kerana apalah nak dibandingkan dengan USD 947 yang baru beliau perolehi..
Kami kembali semula ke Mugammak tahrir untuk mengambil pasport. Nasib baik arab tidak buat hal seperti dahulu. dilambat2kan walaupun pasport sudah terpampang di depan mata. Nak cubit jer polis tu rasanya. Mungkin dengan sebab kenangan lalu, hari ni sekali lagi saya ditahan oleh polis yang sama. Tidak boleh masuk ke tempat urusan dengan alasan bukan saya yang nak berurusan. Memang la bukan saya yang nak buat urusan. Apa hal yang dia sibuk nak tahan orang sana sini. Saya datang bawa kawan buat urusan. (Kerje setakat polis bawwab tapi lagak macam boss besar. Tak beradab. Ini memang sifat kebanyakkan orang Mesir. Asal orang luar muka macam kooree, yaban dan syin sikit dilayan macam dot dot dot!!!!Geram dengan sikap macam ni. Beradab la sikit dengan tamu. Kalau tak kerana Mesir ni kiblat ilmu dan pengalaman, tak mahu saya kesini dengan sebab ramainya orang yang poyo macam ni.)
Urusan seterusnya adalah suntikan vaksin di Hospital rabaah. Tujuannya adalah untuk menghindarkan kita dari jangkitan penyakit sewaktu di tanah suci nanti. Kalau tak ambil di sini, di atas kapal nanti akan kene juga. Baik ambil di sini. Tapi biasalah, misi misi sini kasar sikit. Hati hati dengan kecantikan mereka. Walau cantik tapi tak berapa sesuai dengan budaya kita yang agak lembut. Tapi hari ni tak sempat untuk ke hospital. Terus sahaja pulang kerana kepenatan dan panas yang semakin membahang. Sambung nantilah urusannya.
Hari ini membuatkan memori 5 bulan lalu benar-benar berputar kembali. Ust Hairi dan Ust Salleh, Doakan saya akan pergi lagi ke Tanah suci berkali-kali. Tidak kiralah seorang ker, berteman ataupun berkeluarga. Sebut betul-betul nama saya : Mohamad Fairuz B Tamjis di hadapan kaabah dan 15 tempat lain yang mustajab di Mekah serta Raudhah dan Makam Nabi di Madinah.
Rindu sangat rindu..!!! Moga urusan kalian semua dipermudah..Amin

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, June 15, 2006

Hari sedih dan gembira..

Gembira :
Ustaz zulkarnain dapat pulang pada hari yang telah dijanjikan selepas tertangguh 2 kali. Semoga beliau akan cepat sembuh seperti sediakala dan pulang ke mesir untuk meneruskan pengajian. Kami gembira melihat beliau sempat tersenyum ceria dan melambai2 kepada kami sewaktu di lapaangan terbang...Alhamdulillah (Sebenarnya saya takut ust zul tak dibenarkan naik ke kapal kerana beliau sebenaarnya belum bersedia 100% untuk berkerusi roda)
Sedih :
Paling sedih : Janji dengan ust zul dapat penerbangan special dengan streacher. Namun apakandaya, Allah yang menentukan segalanya. Beliau terpaksa pulang berkerusi roda. Tak tau nak kata apa. Sedih gila. Geram pun ada sebenarnya. Tapi saya tahu tentunya ada hikmah di sebalik ketentuanNya. Doktor tersalah tanda pada borang medical untuk penerbangan. Saya pun silap juga tak chek semula sebelum menghantarnya ke pejabat MAS. Alaa kulli haall..kalau saya chek pun bukan saya faham. Bahasa doktor2 ni!!
Terima kasih pada kawan2 yang membantu menguruskan Ust Zul dan tak putus2 mendoakan kesejahteraan beliau. Sepanjang urusan kes ni saya banyak menyusahkan banyak pihak antaranya encik arifin, encik abdullah pengarah MAS, Ust syukri dan tak lupa pada ahli bait ust zul spt ust yazid, ust zainan, ust musa, ust taufiq dan ust faizul hadi. Juga tak lupa pada ust hafiz maansor, ust hairi hamzah yang walaupun sedang sibuk exam dapat luangkan masa yang banyak membantu urusan. Juga pada semua sahabat2 tak dan nak tulis semua kat blogni.
Moga dibalas dengan kebaaikan oleh Allah Taala.
Saya pohon maaf di atas segala kekurangan dalam pengurusan kepulangan ust Zulkarnain. Harap maafkan.
Sedih juga : Tak bersedia lagi untuk imtihan akan datang. Cuaknya!!

[+/-] Selengkapnya...

Monday, June 12, 2006

Kenapa lama tak edit entry ust??

Dua tiga menjak ini banyak perkara yang membuatkan saya terhenti untuk mengarang:
1) Internet di rumah tak syaghal, jadi malas nak ke cc kerana kalau dah ke cc banyaklah kerje yang akan tertangguh. Bila la agaknya nak connect semula cc kat rumah ni. Harap ust Ghani dapat setelkan segera gamaknya.
2) Time kawan2 lain tengah exam, maka kawe lah yang perlu backup sebahagian besar kerje-kerjenya. Tak sabar nak bercuti untuk exam bulan 8 ni. Sekarangni tengah servry-servey siapa nak memangku tugas ni. Gamaknya adalah yang sudi nak memangkunya. Buat kawan-kawan, jangan tolak yer kalau anda bakal dipilih jadi pemangkunya. Tahun ni ramai yang bakal memangku dan dipangku. Tapi tu biasa dalam BKPJM. Kalau ada ahli yang nak pangku lakana ahsan.
3) Ust Zulkarnain ramlan(exco bendahari) sakit dan boleh dikatakan tenat juga. Banyak urusan yang perlu dibuat untuk memastikan beliau dapat pulang hari rabu ni (14 jun). (Tiket, ambulans ke airports, rawatansementara dan sampingan lain). Sudah 3 minggu beliau sakit dan mula serius seminggu yang lepas. Pohon doa kawan-kawan agar beliau cepat sembuh dan semua urusan dipermudahkan. Yang belum melawat sila lawat di rumah beliau di haiyu 10 (mahattah gamek).
P/s :
- Pohon doa sahabat-sahabat agar diri ini terus tabah menjalankan tugas pelajar dan.....
- Doakan untuk exam yang akan datang moga-moga najah bitaqdir mumtaz gamaknya. Prepare baru 5% jer. Cuak juga ni.
- Jumpa kawan-kawan di bazaria seri selatan (26-29 jun 2006) Medan terakhir sebelum saya bercuti untuk exam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, June 05, 2006

Poligami oh poligami..

Oleh Afais

Saya mahu ceritakan sedikit suatu perbualan yang pernah saya dengar suatu ketika dahulu, lebih kurang beginilah mafhumnya :

Suami :Yang yang, abang nak berbincang ngan yang sikit ni..yang sibuk ker?
Isteri :Tak bang, ada apa yang penting sangat ni. Ceria je muka abang.
Suami :Yang, abang nak kahwin sorang lagi lah. Yang setuju tak?
Isteri :Kawin sorang lagi!!! Jeng jeng jeng (bunyi muzik latar)
Isteri :Abang jangan nak mengada-ngada yer. Apa tak cukup ker kasih sayang yang ayang berikan selama ni?!!
Suami :Bukan macam tu yang..
Isteri :Abang, walau apa pun alasan abang, ayang tak sanggup untuk dimadukan..tak perlulah abang nak beri penjelasan lagi!!

Persoalannya:

Kenapa yer wanita sangat sukar menerima pengharusan poligami ni. Saya tidak mengatakan semua wanita begitu. Namun majoroti wanita begitu. Alasan mereka, Alangkan isteri Nabi juga cemburu, inikan pula kami ni wanita akhir zaman. Kuat ker hujah begitu..

Satu kes yang pernah saya dengar. Saya anggap kes ini lebih parah dari kes yang di atas tadi. Sudahlah tidak dibenarkan suaminya berpoligami (suami seorang yang berpangkat dan bergelaran) bahkan lebih dahsyat, apa yang dikatanya kepada suaminya :

Abang nak cari sampai 4 orang ker, nak simpan sampai 20 ker saya tak kisah. Yang penting abang jangan madukan saya. Saya tak sanggup. Saya Malu!!(simpan dan cari bermaksud wanita simpanan dan tidak dinikahi. Tetapi seperti hubungan suami isteri) Apa kes kalau sampai macam ini. Sanggup tak beri suami nikah lagi, sudah begitu diajar suaminya buat perkara yang dilaknat dan berdosa!!!

Saya kumpulakn beberapa persoalan di bawah beserta dengan anggaran jawapannya :

Kenapa lelaki mahu kahwin lagi (kemungkinan):

1) Kematian isteri
2) Mahu ikut sunnah Nabi
3) Terlampau ramai wanita yang membujang/menjanda dan lelaki kasihan atau terpaksa bantu tanda simpati(Bantu dengan berkahwin)
4) Lelaki gatal dan nak yang baru
5) Isteri yang ada tidak memberikan layanan terbaik sepertimana mula-mula menikah dahulu
6) Sifat lelaki yang tak cukup Satu
7) Isteri yang ada tak mampu lahirkan zuriat


Kenapa wanita tak setuju suami kahwin seorang lagi:

1) Suami gatal dan isteri rasa sudah memberikan yang terbaik buat suami
2) Takut suami tak mampu berlaku adil
3) Takut kasih sayang akan berbelah bahagi
4) Malu dengan alam sekitar
5) Takut harta dapat sikit
6) Banyak kes lelaki tidak adil setelah berkahwin lagi
7) Tidak mahu bermadu walau madu itu manis

Kenapa lelaki perlu kahwin lagi :

1) Untuk keseimbangan dalam masyarakat (ramai sangat wanita yang membujang berbanding dengan bilangan lelaki) ditabah jumlah wanita yang lebih ramai dari lelaki.
2) Nabi galakkan agar memperbanyakkan ummatnya
3) Membantu wanita yang susah dan anak ramai
4) Nak ikut sunnah nabi (hujah paling kuat bagi kebanyakkan lelaki)

Kenapa wanita perlu izin suami kahwin lagi :

1) Takut suami tercebur ke dalam perkara yang haram (zina, perempuan simpanan dll)
2) Kesihan pada wanita lain yang masih tak berkahwin (bayangkan sahaja kalau anda dalam situasi begitu)
3) Besar ganjarannya di akhirat nanti


Kesimpulannya, jangan campurkan soal hukum dengan soal perasaan anda. Yang halal tetap halal walau anda membencinya. Dan yang haram tetap haram walau anda suka, terbiasa dan meminatinya.

- Lelaki jangan ikut suka hati nak kahwin lain kalau tak yakin mampu beri keadilan apabila sudah berkahwin walaupun poligami itu diharuskan.
- Wanita jangan menentang secara membabi buta suami yang mahu berpoligami kerana ia memang harus.
P/s : Penulis pun takut untuk berpoligami..

[+/-] Selengkapnya...

Catatan Perjalanan..

Sakit pinggangku belum lagi mahu reda. Ini gara-gara perjalanan jauh yang ku tempuhi tempoh hari bersama 2 orang sahabatku Afifuddin md Jamil dan Azman Shari ke sebahagian besar negeri-negeri yang terdapat di Negara Mesir ini. 3 hari tanpa henti. (Cairo > Alex > Damanhur > Alex > Dumyat > Mansurah > Zaqazik > Cairo). Selain dari menjalankan tugas yang telah ditaklifkan, dapat juga aku menziarahi kawan-kawan di sana yang kini sedang hangat menduduki imtihan.

Perjalanan ini memang memenatkan. Apa tidaknya. Perjalanan sangat jauh tapi hanya menaiki kereta sapu pegeout (Sesiapa yang pernah naik tahulah betapa memenatkan menaiki peogeout ni. Dah lah aku memiliki sepasang kaki yang panjang di tambah dengan pergelangan buku lali dan lutut yang kesakitan akibat sepak takraw dan ping pong tempoh hari). Di tambah lagi dengan cuaca panas setinggi 37 darjah Celsius dan kereta tanpa penghawa dingin. Pehh..kene Karen!!Tahankan ajelah..

Namun penat-penat pun ia amat menyeronokkan. Terima kasih pada sahabat-sahabat di sana yang memberikan layanan yang baik walaupun dalam imtihan yang memerlukan ketenangan dan kesungguhan. Moga kalian diberikan kejayaan cemerlang di dalam imtihan yang ditempuhi. Layanan memang first class. Kat Alex dapat makan ayam masak merah (2 bulan dah tak merasa ayam ni gara-gara bird flue) kat rumah Elleyeen pula dapat jamahan udang dan ketam pasar Asofiroh, Iskandariah. Kat Damanhur sekali lagi dijamu ayam masak kurmak. Di Dumyat tidak mengecewakan, Nasi lemak berlaukkan sambal udang dan rending daging, di Zaqazik pula makan tengah hari bersama ust Abdullah Husain dan rakan serumah ust Zarul ditemani mandub setia ust Zam Zam dengan kari daging dan ikan kering. Seronok juga jadi tetamu ni kan.

Ala kulli hall, bukan makanan yang sedap tu yang ku cari di sana. Selain dari tugas yang telah dirangka, tujuan utamaku adalah untuk melihat suasana sebenar masyarakat mahasiswa di muhafazah memenuhi masa imtihan mereka. Kesimpulan yang dapat dibuat, memang ada sedikit perbezaan dengan apa yang ada di Cairo. Nampaknya mereka lebih tekun dan ada suasana imtihan berbanding Cairo. Itu sekadar pemerhatian. Mungkin di Cairo ini sudah terlalu ramai rakyat Malaysia, sebab itu tidak nampak suasana masyarakat pelajar. Yang nampaknya suasana masyarakat Malaysia. Semuanya bertumpu di sini.

Kesimpulan kedua yang dapat ku lihat. Masyarakat Mesir di mana-mana sahaja nampak seperti tiada bezanya. Aku tidaklah sampai masuk ke kampung-kampung pedalaman di sana. Yang dapat ku perhatikan, Muhafazah + Muhafazah = Kaherah. Tiada bezanya. Tetap ramai yang keras kepala, suka bertengkar, menipu, tidak ikut peraturan dan bersikap asal boleh sahaja. Yang baik aku tidak nafikan. Namun, itulah ukuran penglihatan ku. Sekitar yang ku lalui di sana lebih kurang sama dengan apa yang ku lalui di Kaherah. Bagiku, inilah dia penangan laungan kemajuan dan manusia menjadi terhimpit dalam kehidupan seharian gara-gara setiap perkara yang penuh dengan ketegangan dan pentingkan diri sendiri. Apa ertinya kemajuan dan kesenangan yang mahu dikejar kalau nilai-nilai mulia dalam masyarakat semakin pudar.

Kesimpulan ketiga, perjalanan memerlukan kesabaran dan rakan. Ketika di Zaqazik, aku terpaku mendengar sapaan ust Abdullah : "Kat sini dah dapat latihan macam ni (jalan sana sini 3 hari tak balik rumah) di Malaysia nanti mudahlah mahu bergerak, bekerja untuk Islam". Aku teringat kisah rakan-rakan yang pulang ke Tanah Air tidak mahu berkhidmat untuk kepentingan Islam. Tidak lebih dari hanya mencari kepuasan peribadi. Banyak beralasan itu dan ini. Lari-lari dan takut dengan bayang-bayang sendiri. Aku takut juga jika aku balik nanti jadi seperti itu. Jadual kehidupan hanya untuk: Kerja > Balik kerja > basuh kereta > bawak anak jalan2 > pergi pasar malam > siap untuk kerja dan kerja. Jadi bila nak bekerja untuk masyarakat dan Islam!! Tugas Daie nak letak kat bahu sapa?!!.

Sepanjang perjalanan dari Zaqazik ke Kaherah, aku memikir punca gejala ini. Jawapannya : Mahu bermewah yang melampau dan tiada kawan yang baik dalam perjalanan!!! Moga Allah tidak menguji kita semua dengan ujian yang tak mampu kita hadapi dan membantu setiap apa yang diujiNya.

Berjalan, melihat dan mentafsir.

[+/-] Selengkapnya...

Ada apa dengan Nikah Misyar?

Oleh Afais

Nikah misyar hangat diperkatakan. Para alim ulamak berbahas dengan hujjah syar'ieyahnya. Manakala para pejuang hak-hak wanita (kononnya) menyatakan pendirian mereka menolak pengamalan nikah misyar hanya dengan hujah perasaan dan emosi semata. Apa nak kira dengan huujah hadis dan al-Quran ni (kata mereka). Kononnya ia merendahkan martabat wanita. Sudah tu, mana satu yang betul ni. Persoalannya boleh ke tak boleh. Tanya orang kampung(awam). Kepeningan.

Bagi saya, isu ini tidak perlu menjadi isu!! Kalau tidak bersetuju silakan tetapi jangan memperlekeh dan mencelanya dan bagi yang bersetuju pula, ulamak sebahagian besarnya telah mengharuskannya berdasarkan dengan dalil-dalil yang diterima dan bukan dengan akal semata-mata (Ini soal hilafiah). Sila rujuk kupasan saudara Abdul fatah jaafar dan saudara Mohd Akhmal Ali. Saya tak perlu perpanjangkannya di sini. Tak perlulah nak bertegang urat jika ia memang sudah ada dalil pengharusannya (menurut sebahagian besar ulamak). Saya sedih apabila ada pihak yang tidak bertanggung jawab menjadikan ianya isu dan ianya perlu ditentang habis-habisan. Ulamak disanggah kononnya menaja penindasan hak-hak wanita. Apa tidaknya (kata mereka) sudahlah berkahwin ditanggung pihak wanita, hak-hak giliran juga terpaksa digadaikan.!!(hujah emosi mereka).

Bagi saya, sekiranya para pejuang hak-hak wanita itu semuanya belum berkahwin, sudah tentu mereka akan menyokong habis-habisan isu ni. Ini tidak, mereka sudah ada segalanya. Suami, anak-anak dan keluarga. Kalau disokong hal ini, takut suami akan mencari yang lain. Tidak rela bermadu katanya. Kesihan la pada kawan-kawan sejenismu yang tida bernasib baik seperti mu. Perjuangkanlah hak wanita keseluruhannya. Bukan hanya untuk kepentingan peribadi. Barulah namanya pejuang gamaknya!!

Tak perlu bergaduhlah hal nikah misyar ni. Ia tidak patut ditolak mentah-mentah jika anda tidak bersetuju. Bahkan ia pintu (pemudah cara) yang dibuka bagi yang memerlukan. Bukan suka-suka dibuka untuk yang tidak berkaitan.

Yang perlu jadi isu bagi saya adalah perkara yang jelas-jelas haram. (Berzina, tidak menutup aurat, minum arak, berjudi, mencuri, merogol dan lain-lain lagi). Jadikan ia isu agar yang tidak sedar ianya haram kembali memahami dan beramal dengan apa yang halal. Ini tidak. Hal hilafiyah diperjuang mati-matian. Tetapi tudung di kepala entah kemana. Jika pakai pun hanya untuk menutup kepala bukan untuk menutup aurat. Haa..inilah isu besarnya cik akak. Tinggalkan yang haram, buat apa yang disuruh dan dibolehkan.
Jom pakat-pakat amar makruf dan nahi mungkar!!!

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails