-->

HijriDate

Thursday, May 21, 2009

Rasuah tidak professional

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah.

Di akhir sesi usrah bersama komuniti Rakyat Malaysia yang tinggal di Kota London, saya mengajukan pertanyaan kepada Abang Faizal. "Dalam syarikat tempat abang kerja tu pernah tak abang dengar ada kes-kes rasuah berlaku"? Soal saya kepada kepada Abang Faizal yang bekerja di salah sebuah firma keewangan di kota London (baru meninggal dunia baru-baru ini, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Jawabnya ringkas, "Tidak pernah!!".

Saya bertanya lagi, "Agak-agak apa sebab mereka tidak buat perkara tu yer." Abang Faizal menjawab, "It's not professional." Mereka mengatakan bahawa rasuah itu tidak professional. Hanya dengan mengatakan rasuah itu tidak profesional, maka kehidupan harian mereka bebas dari rasuah. Itu United kingdom.

Di dalam situasi yang berbeza, di Mesir. Sewaktu membuat urusan untuk mengeluarkan sijil Ijazah, saya terpaksa membayar lebih dari apa yang tercatat di dalam resit pmbayaran, atas alasan kalau mahu sijil cepat diuruskan. Sewaktu naik bas, saya juga sering dan terpaksa membayar lebih dari harga tiket, atas alasan tiada diut kecil untuk dipulangkan. Sewaktu membeli minyak, juga terpaksa membayar lebih untuk 'baksyis' tukang tuang minyak. Banyak lagi tempat yang perlu bayar lebih. Apa itu semua kalau bukan rasuah kecil-kecilan.

Di negara kita Malaysia, banyak kali saya terdengar dari kawan-kawan kontraktor. Nak dapat projek (terutama projek kerajaan) terpaksa isi borang UMNO, ada link baik dengan orang atasan, lepastu kene belanja makan, belanja melancong dan jangan lupa persen akhir keuntungan 20%. Sebab itu kos membina sebuah sekolah di Malaysia terlampau tinggi dengan adanya dua tiga tangan rakus seperti ini. Harga kos membina sekolah 1 juta akan naik jadi berlipat kali juta atas tangan-tangan kotor ini. Kalu tidak pun akan jadi sekolah-sekolah tidak cukup sifat yang terbang atap ditiup angin dan luluh simen ditimpa hujan atas alasan nak jimat kos untuk suap orag-orang tertentu. Apa ini semua kalau tidak Rasuah namanya.

Sewaktu saya di tahan kerana memandu laju dan potong 'barisan' (Q), saya di tahan pihak polis. Lalu ditanya kenapa laju dan mengapa memotong. Awak kene saman ni, kata abang polis tu. Saya mintak maaf. Maaf, maaf juga katanya. Kalau bayar di kaunter ni kene 300 ratus ni (Maksudnya kalau bayar dengan saya agak murah sikit la). Apa semua ini kalau tidak rasuah namanya.

Indeks rasuah di Malaysia terus meningkat. Kajian dari Transparency International (TI) menyatakan bahawa malaysia menduduki tangga ke-39 (tahun 2003) jatuh tangga ke-49 (tahun 2006), ke-43 pada (tahun 2007) dan semakin jatuh ke tangga 47 pada tahun 2008 dari 179 negara yang disenaraikan. Sila rujuk http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2008. Apa yang menarik untuk dinyatakan adalah negara-negara majoriti Non Muslim menduduki tangga-tangga teratas dalam ranking yang dinyatakan oleh Badan bebas dunia ini (Transparency International). Denmark, Newzealand, Sweden dan Singapore menduduki tempat teratas, atau disebut paling telus dan bersih rasuah. Kenapa, Alasannya mungkin sama dengan jawapan Almarhum Abang Faizal, "It's not professional.!!"

Rasuh di dalam Islam telah diharamkan dengan dalil Al-Quran dan Hadis yang jelas. Rasuah bermaksud mendapatkan sesuatu kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada seseorang individu atau pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa selepas (atau dengan cara) memberi wang, hadiah, keraian, keistimewaan dan sebagainya kepada pihak-pihak tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang sah bersalah atau menyalahgunakan kuasa; telah menghadiahkan sejumlah wang tertentu kepada seorang hakim demi memastikan tidak berlaku apa-apa jatuhan hukaman yang berat di Mahkamah.

Firman Allah Taala yang mengharamkan Rasuah :

وِلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَٰلَهُمْ بَينَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلىَ الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِاْلإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksuanya : “Dan janganlah sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah : 188)

Hadis yang jelas-jelas mengharamkan rasuah adalah hadis Nabi SAW yang berbunyi:

لَعَنَ رَسُولُ اللهِ الرَاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ فِي الْحُكْمِ

Maksudnya : “Rasulluah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)” [Riwayat at-Tirmudzi, 3 / 622 : Imam at-Tirmudzi berkata : Hadith Hasan Sohih]

Kedua-dua pihak adalah dilaknat dalam hal yang melibatkan rasuah. Rasuah haram jelas di dalam Islam, akan tetapi mengapa negara-negara majority umat Islam menduduki tangga terendah atau menjadi pengamal-pengamal rasuah yang tertinggi di dalam pelbagai bidang menurut statistik rasuah antarabangsa. Sila rujuk Transparency International 2008

Negara islam yang paling baik adalah United Arab Emirates. Itupun dalam kedudukan ke-35. Begitulah akibatnya apabila Agama hanya jadi permainan dan ritual semata-mata. Pembangunan harus selari dengan Islam. Membangunlah bersama Islam Rohani dan Jasmani.

Wallahuaalam...

3 comments:

Akhie Mujahied said...

salam. apai, kat mesir tu nmpak sket je, tapi kat indonesia melampau2. utk urusan visa yg sebulan, mesti 3 kali datang imigresen. sebulan RM 80. yg korupsi lagi la. urusan ngn pejabat, konfirm akan ada unsur2 rasuah. sama je yg kat institut agama islam negeri.....

CINCIN@RINGS said...

Alhamdulillah Syukur!....

aku benci rasuah said...

rasuah membarah dlm masyarakat skang bkn shj di m'sia,tetapi bleh dikatakan di setiap negara2 dunia ketiga & lbh2 lg di negara2 yg teramat miskin..samaada kita memilih utk kesenangan yg sementara or utk kesusahan di dunia..or kita tdk perlu memilih ape2..huha
*hidup adalah pilihan...

Related Posts with Thumbnails