-->

HijriDate

Monday, May 04, 2009

Cari Majlis Ilmu = Cari Ketenangan?

Bismillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah,


Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya menghadiri kelas pengajian Syeikh 'Alak di Masjid Syeikh Abdul Aziz. Setelah sekian lama tidak mengikutinya, hari ini terpanggil juga di hari kawan-kawan lain sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Sehari dua ini saya rasa gelisah. Entah kenapa jiwa ini tidak menentu. Tapi setelah balik dari pengajian tadi rasa sedikit tenang. Mungkin itulah tanda bahawa dah terlalu lama rohani ini tidak mendengar nasihat dan akal ini tidak diisi dengan pengisian ilmu. Maka benarlah hadis Nabi SAW yang berbunyi [ (1) Sila Lihat di akhir artikel]

Maksudnya : Tidak akan berkumpul sesuatu kaum itu di salah satu rumah Allah, membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat (yang mendoakan), serta Allah Taala akan menyebut-nyebut mereka kepada makhluk disisi-Nya.

Allah Taala akan mengurniakan dengan ketenangan kepada sesiap yang menghadiri majlis zikir dan majlis-majlis ilmu dengan penuh keikhlasan. Itu janji Nabi. Tapi kalau sesiapa tidak rasa tenang selepas menghadiri majlis ilmu, maka bolehlah koreksi diri, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan niat kita. Atau ada adab-adab menuntut ilmu yang kita tidak jaga.

Untuk makluman kawan2 di Iskandariah. Majlis ilmu di masjid Abdul Aziz berlangsung setiap hari kecuali khamis dan jumaat. Untuk bulan Jun pula ada suatu kejutan akan dilakukan , kata Syeikh 'Alak. Kelas pengajian musim saifi kali ini akan di isi sendiri oleh para masyaikh kita dari Al-Azhar. Antara yang akan di ajarkan nanti adalah Qawaid Fiqhiah, Usul Fiqh, Bahasa Arab (Nahwu was Sorf) dan juga syubuhat wa rudud fil Islam.

Saya pasang niat untuk ikuti kesemuanya. Kelas dijalankan pada waktu maghrib sehingga selepas isyak. Jadi siap-siaplah susun jadual persatuan agar tidak berlaku sebarang pertembungan. Saya tidak akan ada kompromi lagi jika ada pertembungan kerana ini peluang terakhir saya sebelum pulang. Moga Allah Taala kurniakan dengan kekuatan.

Kelas di Qortoba juga akan saya sambung insyaallah dalam waktu terdekat. Saya sudah lama cuti. Banyak duduk di rumah kerana Isteri tidak berapa sehat. Isteri cakap mungkin ini pembawakan budak. Baby is coming, so I get ready to be a 'papa' & doing all my wife duty. I learn and try to be the best husband and papa as i can. Huh, It's not easy to be a papa. You can't imagine what I said. Lets be a trial papa before we become a real papa ( not real madrid) . I use to be a trial papa when i was in London. It was a useful experiences.

Ilal Liqak, wallahu'aalam.

Foot Note :

1. Hadis (1) :


No comments:

Related Posts with Thumbnails