-->

HijriDate

Friday, May 08, 2009

Sedikit Perubahan

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah.


Sudah lama merancang mahu ubahsuai konsep blog. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan konsep yang telah ada. Moga diberi kekuatan untuk sentiasa update dan memberi yang terbaik untuk pembaca.

Saya melihat kebanjiran blog yang pelbagai ragamnya. Menulis di blog perlu berhati-hati. Segala yang tercatat pasti akan memberi impak dan kesan. Paling tidak kesan Roqib dan Atid. Mereka mencatit apa yang kita catat. Itu yang pasti. Kesan lain mungkin akan merosak ukhwah. Mungkin akan merosak jamaah. Lebih parah lagi jika memporak perandakan ummah. Kita akan dapat saham. Jangan lupa.

Saya cuba tambahkan beberapa links dalam blog ini. Yang pertama Link Fatwa(Soal Jawab Agama). Bukan saya yang nak berfatwa. Saya cuba untuk menterjemah laman fatwa darul ifta’ Mesir. Sedikit-sedikit. Moga ada manfaatnya. Kalau ada yang ingin bertanya juga saya akan cuba untuk menjawab. Kalau tak dapat, saya tanya orang lain. Ini proses latihan bagi saya di samping buat apa yang mampu untuk ummah.

Kedua, laman artikel pilihan. Dahulu saya tidak suka ‘copy n paste’. Fikir-fikir bagus juga kalau ‘copy n paste’. Tidak salah. Kita sebarkan apa yang benar. Paling tidak boleh menyumbang memperbanyak bahan di internet. Semakin banyak bahan yang berulang, semakin tinggi kekerapan untuk ia ditemukan oleh pembaca.

Ketiga, Karya Kreatif. Saya tidak berapa kreatif. Dulu ada buat juga, cuba-cuba. Sekali buat ambil waktu terlalu panjang. Nampaknya bakat saya memang tak seberapa. Jadi saya cara. Saya akan tolong sebarkan karya orang lain secara percuma. Paling tidak kalau saya tak mengarang ada karangan orang lain yang saya sebarkan.

Keempat, ruangan galeri. Sebelum kahwin bagai nak gila saya bergambar. Lepas berkahwin nafsu bergambar dah berkurang. Tapi saya akan cuba upload gambar-gambar lama yang mungkin sahabat-sahabat cari dan perlukan. Pada saya ada lebih kurang 15 Gigs gambar tidak termasuk gambar-gambar dalam laptop yang dicuri orang.

Kelima, Video. Saya cuba kumpulkan video-video pilihan dalam internet. Ada masa saya akan upload bahan-bahan dan materi untuk presentations kalau kawan-kawan mahukan.

Yang terakhir, ruangan links. Saya cuba kumpulkan semua link-link yang saya suka dan bermanfaat. Kalau anda berminat anda juga boleh layan sama. Yang lebih penting dalam ruangan ni ada live al-jazeera. Sambil layan internet, boleh lah dengar-dengar bahasa foshah. Di luar sana tidak banyak peluang nak dengar arab foshah dari mulut arab. Yang ada hanyalah bahasa pasar yang berleluasa.

Time politik sedang kacau bilau ni, berhati-hatilah di jalan raya. Pandulah dengan berhati-hati. Jangan sampai lupa arah tuju dan destinasi. Jangan lupa akhlak dan panduan yang Allah beri. Moga kita semua selamat.

wassalam.


1 comment:

egannzakowski said...

Slot Machines At JTM Hub - JM Hub
Slot 목포 출장안마 Machines At 동두천 출장안마 JTM Hub. Slot Machines At 아산 출장샵 JTM Hub. Find your favorite brands and slot machine games 군포 출장샵 at JTM Hub. Start 경상남도 출장안마 with a big WIN!

Related Posts with Thumbnails