-->

Wednesday, June 27, 2007

INTIM tanpa CINTA

Bismillah..

“Berkawan biar seribu, berkasih (beristeri) mula-mula satu…”.

Kata-kata tersebut sering kita dengar meniti di bibir teman-teman dan rakan taulan dan kebiasannya ia sangat sinonim bagi seorang yang bergelar lelaki. Kali ini saya tidak mahu bercerita tentang fenomena kecurangan atau ketidak setiaan, adik-kakak-abang angkat dan yang seangkatan dengannya kerana ianya telah saya kupas dalam tajuk entri saya yang lalu : Saya Benci Lelaki Yang Tidak Setia.

Kali ini saya cuba untuk mengupas satu lagi fenomena yang saya rasakan ia mula membarah di kalangan kita ; INTIM tanpa CINTA dan minta maaf sekiranya artikel ini banyak menyentuh hati dan naluri sidang pembaca semua. Tulisan ini hanya sekadar pandangan seorang lelaki yang tidak punya apa-apa kepentingan dalam menulis artikel sebegini. Ia juga adalah permintaan dari seseorang yang meminta saya menulis berkaitan hukum atau kaedah dan batasan berkawan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Terlanjur menulis, saya cuba untuk mengupas fenomena ini sekadar yang termampu.

Situasi kini saya melihat hubungan social antara lelaki dan perempuan bertambah terbuka ditambah lagi dengan kewujudan teknologi maklumat dan IT yang semakin merencam. Siapa sahaja yang tidak kenal friendster, YM, GT, Tagged, SMS, 3G dan lain-lain komuniti yang menyediakan ruang maya untuk berinteraksi. Ruang yang diberikan juga amat luas sehingga mampu untuk berbual dan saling melihat walupun berada di kejauhan dan berbentengkan tembok pemisah. Suasana sosial yang berada di luar sana di bawa ke alam maya seolah-olah hukumnya berbeza dengan apa yang dilakukan di alam realiti. Bahkan terkadang amat ‘terlampau’ melebihi batasan realiti. Dosanya ringan sedikit katanya berhujjah.

Sebelum pergi lebih jauh, elok saya nyatakan terlebih dahulu apa ‘ghard’ atau tujuan manusia berkawan dan berinterkasi. Di dalam ayat al-Quran surah al-Hujuraat : ayat 13.

Yang bermaksud : “Wahai sekelaian manusia, sesungguhnya telah kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan pelbagai bangsa dan kaum agar kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu itu adalah yang paling tinggi ketaqwaannya kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Luas PengetahuanNya”.

Umum ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan dijadikan memang untuk berkenalan dan beramah mesra. Namun apakah sebenarnya tujuan persahabatan itu? Adakah ia khusus untuk yang sejenis sahaja (lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan)atau termasuk juga yang berlawanan jenis dengannya.

Sebuah hadis sohih di dalam kumpulan hadis Imam Turmuzi ada menyatakan tujuan persahabatan itu;Maksudnya: “7 kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda yang senantiasa beribadah kepada Allah Azza wa Jalla, seseorang yang hatinya senantiasa dipertautkan dengan mesjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: “Sungguh aku takut kepada Allah”, seseorang yang mengeluarkan shadaqah lantas di-sembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian ia mencucurkan air mata”.

Mafhum dari hadis tersebut menunjukkan bahawa tujuan persahabatan itu adalah untuk berkasih sayang kerana Allah Taala. Persahabatan itu ikhlas keranaNya tanpa ada kepentingan yang lain selainNya.

Mafhum dari maksud hadis di atas juga menunjukkan bahawasanya dua orang yang dimaksudkan itu adalah di antara 2 orang lelaki atau dua orang perempuan sahaja.(Lafaz ‘rajul’ umum termasuk juga perempuan). Ia tidak menunjukkan maksud hubungan antara lelaki dan perempuan akan tetapi hanya untuk lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita yang bersahabat dan berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah maka mereka akan mendapat payungan rahmat dan keselamatan dari Allah Taala di akhirat kelak.

Sewaktu pengajian yang berkaitan dengan hadis di atas bersama al-Marhum Syeikh Fauzi sutau ketika dahulu, saya pernah bertanya adakah sekiranya seorang wanita dan lelaki berkasih dan berkenalan kerana Allah Taala, maka mereka juga termasuk di dalam hadis di atas. Beliau menjawab tidak, sesungguhnya wanita dan lelaki itu berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana perkahwinan atau pernikahan. Maka perkahwinan dan pernikahan itu perlulah didasari niat ikhlas kerana Allah Taala moga-moga akan termasuk di dalam 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah kelak.

Di dalam sebuah kitab karangan Ar-raudhatul ‘Athir karangan syeikh An-Nafzawi ada menyatakan :

Maksudnya : “Persahabatan lelaki itu tidak berkaitan dengan wanita kerana apabila 2 jiwa itu bertemu akan terdetik kelainan rasa di dalam hati keduanya itu (berbanding apabila 2 hati lelaki bertemu), Kemudian akan masuklah rasa was-was (syaitan) merosakkan 2 jiwa itu lantas akhirnya akan tersebarlah kisah keduanya di hadapan sekelian manusia”.

Oleh itu jelas, hubungan yang melibatkan antara lelaki dan wanita amat-amat perlu dipelihara kerana syaitan sentiasa mengambil peluang untuk mengotori jiwa manusia terutamanya para penuntut ilmu Allah Taala agar merasa lapang apabila berinteraksi dengan wanita. Lebih-lebih lagi saluran yang terlalu banyak sekarang lebih mudah mendedahkan kita kepada bahaya was-was dari syaitan.

Sekali pandang, pandangan saya ini nampak agak keras dan syadid. Saya hanya menaqalkan pandangan ini dari guru saya. Dan itu jugalah yang saya rasakan baik untuk dipraktikkan di dalam masyarakat pelajar yang belajar agama kerana satu kejahatan yang ada pada kita gambaran ada 10 lagi keburukan dan mungkin lebih lagi yang ada pada orang yang tidak belajar agama seperti kita. Kalau di sini kita sudah terbiasa dengan suasana sosial yang terlalu bebas walau di alam maya, bagaimana nanti mahu mengislah keadaan masyarakat kita yang amat kritikal dewasa ini hasil serangan jarum-jarum kuffar yang mengajak ke arah kehidupan cara barat.

Saya perhatikan juga dewasa ini pelajar-pelajar kita mula bebas bergaul dan bertegur sapa antara yang berlainan jantina. Kalau berchating dengan yang sejenis tiada apa yang nak dibualkan. Tapi jika ada yang berlawanan jenis masuk menyapa, wah sejam biasa dua tiga jam terlajak tidak terasa. Benarlah kata-kata syeikh An-Nafzawi di atas tadi, memang ada kelainan rasa bila 2 jiwa itu bertemu. Sama ada nampak wajah atau tidak, dengar suara atau tidak, kenalan lama atau tidak pastinya rasa ‘huwas’ itu akan terbit walau sekelumit cuma.

Bila ditanya, wah intimnya(rapatnya) kau dengan si Dia. Jawabnya, ala aku tidak ada apa-apa. Kawan biasa ajer. Aku memang rapat dengan semua orang. Wah hebatnya intim tanpa cinta.

Bila ditanya kau baik-baik dengan lelaki lain ni tunang kau tak marah ker. Jawabnya, ala aku bukan buat apa-apa. Kawan biasa jer. Hati aku tetap dengan dia. Lagipun aku baru bertunang, belum kahwin lagi. Wah hebatnya, intim tanpa cinta.

Apabila ditanya ramainya kawan perempuan kau. Jawabnya, ala biasala social la sikit. Kawan biar seribu berkasih biar satu. Wah hebatnya boleh intim tanpa cinta.

Saya nasihatkan diri saya sendiri, tinggalkanlah perkara ini. Berhati-hatilah dalam berinteraksi. Kan berbeza kalau kita berinteraksi untuk belajar dan bekerja dengan kita berinteraksi untuk berbual dan berpoya-poya. Saya tidak katakana hubungan itu tidak boleh wujud langsung, tetapi berpadalah dengan keperluanya. Kalau sudah sampai melekek ketawa dan bersuka-suka itu apa kesnya…!!?

‘alalasafissyadid…

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak wanitanya jadi piala pusingan.

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak lelakinya ada wanita keliling pinggang.

Wallahu’aalam

8 comments:

Mohd Zaki M.Noor said...

sebetulnya, tiada istilah intim TANPA cinta, semua intim adalah dengan cinta.

Masalahnya, kita terlalu membezakan antara perkataan cinta, kasih, sayang, dan, konon-kononnya, cinta hanya UNTUK KAHWIN.

Cinta kepada Allah, bukan untuk kahwin. Cinta untuk nabi, juga bukan untuk kahwin. Kesimpulan pantas adalah, cinta, kasih, sayang, suka, semua bererti sama. Bezanya CUMA, kepada SIAPA?

Kalau kepada tuhan, tentu tak sama kepada makhluk. Kalau kepada Ibu atau adik perempuan, tentu tidak sama dengan perempuan yang halal dikahwini. Kalau seorang lelaki tua dengan seorang bayi perempuan, tentu tidak sama dengan lelaki muda dengan perempuan muda.

Itu bermakna, semua jenis intim, baik dengan Tuhan, Nabi, ayah, ibu, adik beradik, kawan sejenis, kawan lain jenis, kekasih, tunang, dan segala jenis bentuk intim adalah DENGAN CINTA, KASIH, SAYANG.

Maka istilah INTIM TANPA CINTA adalah satu istilah yang tidak wujud sejak awal-awal lagi!

Maka, tujuan sebenar penulisan ustaz Fairuz BUKAN MERUJUK kepada adakah intim itu DENGAN cinta atau TANPA cinta (kerana semua intim itu cinta) SEBALIKNYA, merujuk kepada pelanggaran batas ikhtilat antara lelaki dengan perempuan. Fokusnya adalah itu.

Cuma ditulis dengan gaya bahasa baru.

Oleh kerana fokusnya adalah ikhtilat, MAKA, ia perlu dinilai dari kaca mata ikhtilat. Ikhtilat ada dua jenis, dibenarkan dan tidak dibenarkan.

Saja respon pada istilah INTIM TANPA CINTA yang sebenarnya tak wujud langsung dalam konsep psikologi manusia

Mohd Zaki M.Noor said...

Kalau boleh tambah lagi satu, tak semua orang berpegang pada prinsip berkawan biar seribu, berkasih (beristeri) mula-mula satu.

Sebab saya pernah jumpa orang yang hendak beristeri mula-mula saja sudah mahu dua.

Senyum untuk kawan kita tu. :D

Anonymous said...

to zaki..sebetulnya semua intim dgn cinta ke...yeke..sy rasa tidak..pndngan awk seolah2 hanya pandangan awk je yg betul..sy rasa ade intim tanpa cinta..contoh la seorang penjahat berbaik dgn sesorang tetapi hanyala utk kepntigan diri si penjahat itu..mereka berdua intim tetapi tidak ade rase cinta..saya rasa ade wujud intim tanpa cinta..dan tidakla paling betul dan sebetulnya...MCM PANADANGAN AWK JE YANG PALING BETUL...ahaks...memang fokus ust blog ni adalah ikhtilat..kerana sejak dua menjak ni..terlalu ramai yg suka berchating lelaki dan pempuan tanpa ade sesuatu yg mustahak tp hanayla utk suka2 sahaje..sambil lewa..kerana itu adalah awal jarum suntikan syaitan...

abu khaled :) said...

bagi saya, memang istilah INTIM TANPA CINTA itu tidak wujud. Kita perlu memahami definisi sebenar perkataan 'INTIM', mungkin Zaki lebih tahu definisinya. Rapatnya seorang penjahat dengan seseorang atas niat jahat bukanlah dinamakan INTIM. Ia hanyalah "RAPAT" tapi bukan INTIM kerana rapatnya atas niat yang tidak baik.

Istilah INTIM hanya diguna pakai pada dua insan atas nama CINTA.

Mohamadfairuz said...

Bismillah..

tq atas komentar semua pembaca, zaki, anonymous dan abu khaled.

Istilah intim tanpa cinta saya gunakan untuk menggambarkan suasana negatif yanag saya lihat kini. Istilah itu benar atau salah,wujud atau tidak ianya tidak menjadi priority kepada saya asalkan pembaca dapat memahami situasi parah yang berlaku kini. Mereka berkawan secara zahir nampak sangat intim spt beri dan bertukar2 hadiah, Mis call2, selalu berchating yang mana ayat2 yang digunakan amat parah dan lain2 yg saya tak mampu katakan disini namun apabila ditanya nak kawin ker...TAK, kawan biasa jer. Walhal kalau intim dengan cinta pun perlu dibatasi inikan pula kalau intim tanpa cinta...!!!

Tak ke penyakit namanya tu..

Tajuk tu gimik jer..saya boleh ubah dan abaikan kalau ada cadangan tajuk2 yg lebih gimik lagi..waslm

Afnizar said...

Pla·ton·ic

purely spiritual; free from sensual desire, esp. in a relationship between two persons of the opposite sex.

Impossible eh?

Anonymous said...

salam
saya setuju dengan tulisan ustaz walau tak semua. di zaman ini sungguh sukar menemukan umat2 nabi dan hamba2 Allah yang boleh menjaga batas2 ini.tak kira ada ilmu agama tinggi atau tidak.sekalipun sudah bertunang,itu bukan kehalalan untuk berlaku intim atau dengan istilah mengambil berat@caring.
saya suka dengan kata2 ust harun@hasan din, tiada maknanya cinta atau rindu jika belum bernikah.
maaf andai pe yang saya komenkan ini dah terkluar dari tajuk di atas.
semoga saya dan smua diplihara dari cinta yang palsu lalu ditemukan dengan cinta yang suci lagi sejati

Mohamadfairuz said...

Syukran atas komentar semua, afnizar saya kurang fahamlah pe yang enti cakap tu..leh jelaskan tak..?

Related Posts with Thumbnails