-->

Wednesday, June 20, 2007

Mati itu pasti, kenapa didustai...

Bismillah..


Alhamdulillah, hari ini saya diberi peluang untuk sekali lagi menulis. Exam telah berakahir, namun bukan bererti hari cuti telah tiba. Exam itulah sebenarnya hari cuti bagi saya kerana dapat duduk di rumah mengulangkaji pelajaran. Kalau tamat sahaja exam bermakna waktu untuk masuk bertugas semula telah tiba.

Seminggu yang lalu kita dikejutkan dengan berita kematian yang sangat menyayat hati. Kali kedua dalam sejarah hidup saya di sini, berdepan dengan kes pembunuhan. 3 tahun dahulu, sahabat sekuliah dan satu study group dengan saya mati dibunuh. Bukan sekadar dibunuh, bahkan dibakar hidup-hidup sekeluaarga (isteri dan 2 orang anak kecil) sewaktu orang ramai berpusu-pusu ke masjid untuk menunaikan solat jumaat. Wajah manja anak-anak yang mati dibakar itu sehingga kini masih saya ingati. Sungguh kejam. Saya ingat, itulah kali pertama dan terakhir ia berlaku di bumi al-azhar.

Tahun ini sekali lagi terjadi. Tiada bakar-bakar. Tapi mencincang. 4 bilah pisau digunakan. Sehingga si mangsa tidak mampu mempertahankan diri walau untuk melarikan diri. Akibatnya mati disebabkan luka yang teramat parah. Apa sudah jadi dengan kita semua ni. Belajar apa kita di sini sebenarnya. Sehingga dalam keadaan tertekan sanggup untuk membunuh. Hilang sifat rahmah dan kasih sayang. Mungkin sebab kita telah terlalu jauh dengan rahmat dan kasih sayang Tuhan. Bukankah ini fitnah yang patut kita rasai bersama.

Akan datang?? Bagaimana?? Ya mati itu pasti datang, usah ia didustai.

Saya amat terkejut dengan pelbagai spekulasi yang menyatakan sebab pembunuhan. Amat kesal sehingga yang tidak tahu menahu turut ingin memberikan komen. (Sila rujuk forum kes pembunuhan di dalam tranungkita.net) Akhirnya, kes yang terjadi dimasak dan ditanak sehingga menjadi fitnah pula kepada mangsa dan si pelaku. Kita yang mendengar ni bukan kerja kita nak mengesyaki yang bukan-bukan. Tokok tambah cerita yang kita agak-agak dan rasa-rasakan. Cukuplah kita mengambil iktibar di atas kematian yang datang. Ia datang tidak diduga. Datangnya juga tidak kita ketahui bagaimana caranya. Dibunuh, terbunuh, mati berperang, kemalangan, di atas katil hospital, jatuh tangga, mati diracun semuanya tidak kita ketahui. Yang ini kita tidak ambil kira waktu mendengar kes pembunuhan tadi. Malahan ada pula yang sanggup melawak. Ehh. Mati jadi jenaka..!!! Cukuplah mati itu menjadi peringatan untuk orang-orang yang beriman.

وَجَاءتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ذَلِكَ مَا كُنتَ مِنْهُ تَحِيدُ

Maksudnya: "Dan telah datanglah sakaratul maut yang sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya." (Qaf : 19)

فَإِذَا جَاء أَجَلُهُمْ لاَ يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً وَلاَ يَسْتَقْدِمُونَ

Maksudnya :"Maka apabila telah datang waktunya mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak dapat (pula) memajukannya." (al-A'araf : 34)

Saya pernah mendengar pesanan pensyarah saya sewaktu di MADIWA suatu ketika dahulu. Katanya ada suatu perkara yang sangat benar dan semua orang tahu dan beriman bahawa ia benar namun terlalu ramai orang yang mendustakannya setelah beriman dengan kebenarannya. Apa dia?? Itulah dia MATI. Kalau kita beriman dengan benarnya kematian, sudah tentu kita amat takut untuk melakukan maksiat malahan membuang masa juga tidak sanggup kita lakukan. Mengapa? Sebab kita tidak tahu bila kita akan mati. Cukupkah bekalan kita untuk ke akhirat nanti. Apa kita nak jawab di hadapan Tuhan dengan seciput bekalan yang kita bawa?? Bayangkan pula kalau mati menemui kita sewaktu kita sedang sedap melakukan maksiat dan membuang masa. Nak jawab apa depan kamera Tuhan?? Na'uzubillahi min zalik.

Harapnya kita tidak tergolong di kalangan orang yang mendustakan MATI. Kalau sudah dibangkitkan kelak, kita sudah tiada peluang lagi untuk kembali ke dunia.

حَتَّى إِذَا جَاء أَحَدَهُمُ الْمَوْتُ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ # لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحاً فِيمَا تَرَكْتُ كَلَّا إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا وَمِن وَرَائِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ

Maksudnya : Demikianlah keadaan orang-orang kafir itu, hingga apabila datang kematian kepada seorang dari mereka, dia berkata: "Ya Rabb kembalikanlah aku (ke dunia). Agar aku berbuat amal yang soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkan sahaja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitan. (al-Mu'minuun : 99-100)

Semoga mati bukan jadi bahan lawak jenaka kita. Mati itu benar, jangan kita mendustakannya.

Wallahua'alam.

3 comments:

Noreha binti Mahat said...

mati itu pasti. bila, dan di mana... bukan dalam pengetahuan kita. terasa di hati juga bila ada yang menjadikan kematian itu satu gurauan... mungkin juga kerana belum pernah merasai sedihnya kehilangan insan2 yang disayangi...

Anonymous said...

benar,
mati itu pasti,
tiada yang dapat menolaknya..
jangan terlalu mempersoalkan itu dan ini, kerana semuanya itu dah ditetapkan oleh ILAHI. Apa yang pasti, ambillah pengajaran dan muhasabah kan diri. Kerana kita x tahu, bila pula masanya kita dijemput nati. X TAHU!
Al-Fatihah buat yg telah selamat bersemadi.

JundullahOsman said...

mati shahid itu cita2 tertinggi kami.
selogan jemaah Islam. sekarang ada lagi ke slogan itu dilaungkan. jarang kan. he

Related Posts with Thumbnails