-->

Friday, June 08, 2007

Muslimah, auratmu bukan mainan..

Bismillah...
Sudah hampir seminggu website saya sepi bersawang. Pengungjung yang datang pun sudah berasa bosan untuk berkunjung dek kerana isi yang sama mengisi ruangan utama. Saya minta maaf pada yang datang kerana seminggu yang berlalu dipenuhi dengan tugasan-tugasan yang tidak dapat di elakkan. Bagi kawan-kawan yang menghubungi, saya juga minta maaf kerana banyak yang tidak berangkat dan tidak dapat untuk saya hubungi semula kerna masa yang padat dan poket yang sudah kosong belum berisi.

Terfikir saya untuk menulis artikel ini di atas beberapa peristiwa yang saya lalui dalam beberapa minggu ini. Saya rasa amat sedih kerana tidak mempu meluahkannya secara berhadapan. Oleh itu saya ambil kesempatan ini untuk saya titipkan di dalam jurnal jalan kehidupan saya. Moga ia dapat dijadikan iktibar, didengari oleh pihak yang berkenaan dan dalam masa yang sama melepaskan tanggung jawab fardul muslim saya : menegur dan ingat mengingat dalam kebaikan.


Hati saya membuak-buak memberontak untuk menegurnya. Namun apakandaya, iman ini masih diperingkat awam. Namun, saya berharap tulisan tangan ini masih tergolong di dalam peringkat pertama yanag disebutkan di dalam Hadis Nabi SAW yang bermaksud : Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tanganmu. Papan keyboard ini, bukankah ia lebih tajam dari mata pedang.

Saya fokus isu ini hanya buat muslimah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama muslimah sebuah hadis yang sering kita dengar di dalam kumpulan hadis-hads Nabis SAW yang berbunyi :

سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Hadis ini amat berat bunyinya. Sehingga Rasulullah SAW mengarahkan kita melaknat wanita yang disifatkan sebagai 'ariaat di dalam hadis di atas.

Apa yang saya lalui, saya lihat seolah-olah muslimah (saya tidak kata semua) sengaja mencari peluang untuk mendedahkan aurat mereka. Muslimah bukan tidak tahu etika pakaian yang Islam kehendaki, mereka amat tahu, tetapi saya rasa seolah-olah muslimah sengaja tidak menghayati apa yang telah diketahui. Terlalu banyak ahdas dan peristiwa yang saya alami. Saya akan perincikan di sini moga ada perubahan sedikit sebanyak selepas ini.

Pertamanya, saya terlihat muslimah sengaja memakai baju yang berlengan terbuka lebar tanpa memakai jaurab lengan yang menutup sehingga ke pergelangan tangan. Nak kata fesyen mak datin tidak juga. Mungkin juga terpengaruh dengan minah-minah arabyang ada di sini. Yang saya 'terperhatikan' tu sengaja angkat lengan seolah-olah ada sesuatu yang ingin ditonjolkan. Nak kata ada rantai emas berlian tiada. Apa yang ada hanyalah rantai asfour. Tak padan kalau setakat nak tunjuk gelang asfour berbanding azab yang telah Tuhan janjikan. Kalau terlupa yang aurat wanita tu sampai ke lengan, kat sini saya mahu ingtakan semula bahawa aurat tu sampai ke pergelangan tangan. So kenalah hati-hati yer. Jaurab lengan pun bukan mahal sangat. Lebih murah dari gelang asfour yang berlilit di tangan.

Keduanya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Ye lah, kadang-kadang nak pindah ke bilik sebelah jer, lecehlah pakai stokin. Boleh sembunyi belakang tabir, orang tak nampak. Tapi tak perasan kaki tu tetap orang nampak. Memang tiada dalam quran wajib kene pakai stoking kan. Tapi bukan ker kaki tu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup. Ala ustaz stoking basah kene hujan. Emm, beli la banyak sikit. Tak kan hanya ada satu stoking jer. Baju banyak, kasut banyak. Stokin satu jer. Tak padan. Ala ustaz, jubah panjang tak nampak kaki. Saya no komen. Jawab la nanti depan Tuhan dengan alasan-alasan tu. Kaki ni bukan pandai sembunyi sendiri dalam jubah. Kalau dah terjulur nampak kaki jangan salahkan kaki. Salahkan tuan kaki yang tak pakai stokin.

Ketiganya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak pasang langsir tingkap atau tidak tutup tingkap. Tabir dan tingkap tu aurat ke ustaz? Baca la dalam kitab. Pernah jumpa langsir tu aurat ker. Saya terperhatikan langsir-lansir dan tingkap-tingkap di buka luas musim panas ni. Ye lah panas, tapi api neraka tu lagi panas. Kalau duduk kat bilik tu pakai tudung dan pakain lengkap tidak mengapalah nak cabut terus ke langsir dan tingkap tu. Tapi yang terperhatikan tidak seperti itu. Ala ustaz ni, saja nak tengok bilik akhwat. Bukan nak tengok tapi ada tarikan untuk dilihat. Bukan ikhwah jer nak tengok, arab kat depan rumah tu duk perhati jer. Siap datang menegur pula kata musliamh kita tak tutup aurat buat pawagam untuk tayangan ramai. Hati-hati muslimah. Kalau panas juga, belilah kipas. Apalah nak dinilaikan harga kipas tu dengan ganjaran pahala yang Allah janjikan bagi mereka-mereka yang bersungguh-sungguh menutup aurat mereka. Niatkan beli kipas tu untuk tutup aurat kan bagus.

Keempatnya, saya terperhatikan muslimah suka angkat tudung yang sedia labuh sehingga ke bahu. Kenapa yer. Panas ker. Atau sudah biasa pakai tudung kecil, tapi kat sini terpaksa pakai tudung labih sebab takut ustaz marah. Kakak-kakak marah. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. Dah jadi macam sengaja. Kalau buat macamtu sesama akhwat tidak mengapa. Ini yang peliknya di luar. Nampaklah bentuk badan tu. Aurat sudah lepas di tutup tapi masih lagi tidak sempurna kerana syarat tidak dipenuhi. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Ala ustaz, jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan. Bagi saya kalau lepas pun dari segi hukum tetap pemandangan tu tak manis dari kaca mata saya yang rabun ni. Terpulang muslimah untuk menilainya. Saya hanya kata apa yang hati saya rasa.

Nak saya tuliskan semua saya rasa muslimah lebih mengetahui hak-hak mereka. Saya hanya melihat dua tiga kes di depan mata. Mungkin yang berlaku di sini hanya dua tiga kes ni sahaja yang boleh kita katakan sebagai kes-kes terpencil. Tapi mencegah sebelum jadi parah itu lebih baik dari memotong anggota yang sudah parah di makan kanser. Saya sebut di sini sebab muslimah jadi contoh di luar sana. Manis muslimah berbusana, bijak muslimah berhijab cukup menjadi dakwah yang berkesan berbanding kata-kata yang dilafazkan. Lisanul hal ablagh wa asdaq min lisanil maqal.

Maaf jika artikel ini tidak sedap dibaca. Ini hanya pandangan dari insan rabun seperti saya..

Wallahu'aalam..

8 comments:

Da Munique said...

pai.. kalau berjumpa dengan akhawat yg dah tak bertudung... pakai t-shirt sendat... nak buat camne yer?

Mohamadfairuz said...

Kalau jumpa orang yang camtu kene betulkan dulu aqidah dia..rugi kalau betulkan tudungnya dulu..ke camner??

anak nah said...

Oh, muslimat kat sini ke kat mana? Ingatkan diorang ni syadid. Rupanya datang musim panas habis hilang syadid ke?

Mohamadfairuz said...

muslimah tu mufradah..jadi maksud ana ada tu tak la ramai..sorang dua jer..cuma takut kalau tak di nasihat awal2 n selalu2 akan jadi makin ramai..macam kanser..tak di ubati awal2 akan jadi makin serius

Anonymous said...

satu peringatan yg amat penting n berguna..utz teruskn menegur..sekarang bkn zaman kite nk berselindung2 lg..yg jelas kite nampah salah tegur..itu lah jln yg terbaik..teruskn usaha..mg diberi kekuatan oleh Allah

Aimi Nabihah Mohamad said...

artikel yg sgt2 bagus..muslimat yg telah berjubah n bertudung litup pun kdg2 xsedar auratnya masih terbuka..tanpa disedari atau sengaja..wallahu'alam..ana terpanggil dgn bhgn muslimat dlm bilik..langsir diselak seluasnya..wlaupn ana xbrd di suasana azhar..tp d m'sia jg sm..maybe menyangka tiada mslimin yg nmpk wlaupn jauh,xkan lihat dll..ana pn kdg2 penat nk tlg tutup langsir..tp xfhm jg..anyway syukrn ust atas peringatan bermanfaat ini..

Anonymous said...

assalamualiakum..
sy ada dua soalan..
apakah had aurat antara wanita bukan muslim dengan wanita musli.
dan adakah dengan tidak menutup rambut sembahyang kita tidak diterima..!!

sabturiah said...

salam ukhuwah...sya gembira dpt membaca tulisan ni..w/lau pun tguran d tujukan khas wat insan yg berada di sna namun d sni jgk terasa..trima kasih d atas teguran yg baik ini..moga2 ianya dpt diteruskan..

Related Posts with Thumbnails