-->

Thursday, March 08, 2007

Analogi tak semudah menghadapi

Bismillah…
Baru-baru ini saya berdepan dengan sebuah tragedi yang mengorbankan spak mata saya. Namun alhamdulillah, saya masih menyimpan cermin mata lama saya yang sudah agak usang untuk saya pakai. Jika tidak, mungkin dalam seminggu ni saya terpaksa meraba-raba dalam terang. Analoginya mudah. Kan mudah jika ada sparepart. Rosak satu boleh bertukar kepada yang satu lagi. Jadi, ada pula mereka yang mengkiaskan, hah kan mudah macamtu jika beristeri dua. Jika yang satu bermasalah atau merajuk, ada seorang lagi yang boleh didampingi.

Ya, analoginya memang mudah dan nampak menarik. Tetapi melaksanakannya tak semudah olahan teori yang kita fikirkan. Harta benda tidak sama seperti seorang isteri. Memiliki dua pasang cermin mata tidak sama seperti mempunyai 2 orang isteri. Jika kita mempunyai dua pasang cermin mata, kita boleh sahaja menyimpan cermin mata lama di dalam peti tanpa perlu menghiraukanya. Namun, jika kita punya 2 orang isteri, kedua-duanya perlukan perhatian dan segalanya perlu diadili. Jika mempunyai 2 orang isteri semudah memiliki 2 pasang cermin mata, mungkin ramailah dikalangan kita yang akan berkahwin 2, 3 atau mungkin 4.

Beristeri 2, 3 atau empat atau di dalam bahasa mudahnya berpoligami termaktub di dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik bagi sesiapa yang ingin berpoligami. Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW ada menyebutkan bahawa Baginda itu adalah seorang yang terbaik dalam melayani ahli keluarganya. Nabi SAW bersabda :

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله

Mafhumnya: Sebaik-baik kamu adalah yang berbuat baik kepada ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang terbaik di kalangan kamu (dalam berbuat baik) kepada ahli keluarganya.

Rasulullah SAW memiliki segala sifat yang perlu dicontohi oleh setiap orang yang bergelar suami. Jika kita bakal atau masih beristeri seorang, maka Rasulullah lah contoh dan panduannya. Jika kita mahu atau sudah berpoligami, maka Rasulullah SAW jugalah yang perlu kita teladani. Rasulullah SAW adalah seorang Nabi, ketua negara, panglima perang, hakim dan Baginda jugalah ketua rumah tangga yang bahagia. Segala hak yang perlu diberikan sebagai seorang suami ditunaikannya sehingga tiada satupun kecacatan yang mampu dipertikai oleh para orentalis barat dalam kondisi Baginda SAW berpoligami. Yang ada hanyalah menyerang zat poligami itu sendiri, bukan kegagalan pelaksanaan poligami yang dipamer Baginda.

Beranalogi memang mudah, namun pelaksanaannya belum tahu lagi. Mahu mencuba beristeri dua silakan tetapi bagi yang tidak mampu mencontohi Baginda SAW saya nasihatkan awal-awal bersyukur dan bersabarlah dengan yang satu itu. Jangan kerana ia sudah kurang cantik, kurang menarik, kurang menawan kita mencari lagi seorang seperti menukar cermin mata yang sudah berkurang powernya, berkarat kakinya dan sompik cerminnya. Disimpan yang lama dan ditinggalkan, yang baru disayangi diberi perhatian. Tiba pecah yang baru barulah yang lama dicari ditagih simpati kerana mata sudah tidak nampak tulisan lagi.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”.

Perjanjian untuk menerima tanggung jawab. Memelihara diri dan ahli keluarga dari api neraka

Isteri bukan untuk dimiliki, tetapi anugerah dan tanggung jawab...

Fikir-fikirkan…

Wallahu’aalam…

2 comments:

Khirol Zaharuddin Bin Mohamad said...

Isteri bukan untuk dimiliki, tetapi anugerah dan tanggung jawab...

Mohd Zaki M.Noor said...

analogi,kenalah dua benda yang sama keadaan ustaz fairuz, baru boleh diterima sejajar. Kalau tak sama, cacatlah analogi.

Kalau nak dikatakan analogi tak semudah realiti menghadapi, itu faktanya, dan itu fokusnya, carilah contoh yang sama. Sebab spek orang tak pakai kedua-duanya dalam masa yang sama. Bini orang pakai kedua-duanya sekali, setiap masapun dua-dua digelar isteri.

Jadi, bila keadaan tak sama, istinbat tak sah lah. Teori 'tak mudah menghadapi' tak terbukti mcm tu.. huhu... mungkin tak teori tu, bila dah tak terbukti, kita boleh buktikan sebaliknya, bawaha 'lebih mudah dll?'

Related Posts with Thumbnails