-->

HijriDate

Tuesday, October 03, 2006

Selamat datang ke Bumi Anbiak..

Bismillah...

4 tahun lalu (24/10/2002), ketika kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi mesir, saya merasakan saya amat asing di bumi bertuah ini. Saya mencari2 stand yang kukuh untuk saya berdiri. Walaupun ketika itu abang saya berada di sini dan sedikit memudahkan saya bergerak pasca hari-hari pertama berada di bumi mesir, saya berasa kurang selesa apabila pergerakan saya sentiasa diperhati dan dibayangi kelibat abang sendiri.

Kini apabila saya kenang kembali memori lalu dan mengkoreksi diri adakah saya telah temui stand yang kukuh itu, saya dapati saya baru bermula untuk 'melihatnya' dan masih lagi tercari-cari hakikat stand idaman itu walaupun sudah 4 tahun saya di bumi bertuah ini. Stand itu sampai bila pun tidak akan terpenuh oleh kemahuan saya. Stand itu sehingga kiamatpun belum tentu mampu saya gagahi kesemuanya. Stand itu amat payah dan sukar untuk orang malas dan dhaif seperti saya mencapainya kerana stand itu perlukan masa, tenaga, kemahuan dan kesungguhan yang luar biasa.

Hari ini kehadiran mahasiswa/wi baru membangkitkan kembali memori lalu. Saya mengharapkan kehadiran mereka semua ke sini akan menyuntik semangat baru buat saya. Saya mahukan semangat lama itu agar datang kembali memugar jiwa yang kian mandom ini. Perjalanan untuk mencari stand itu masih panjang. Biarlah, jika saya tak mampu menggarap stand impian itu sendirian, saya mengharapkan teman-teman akan membantu dan bersama-sama mendokong matlamat ini.

Saya mengharapkan agar adik-adik dan sahabat-sahabat yang baru tiba agar tidak mudah terpesona dengan keseronokan di bumi bertuah ini. Saya mahu berkata demikian kerana saya sudah merasai dan melihatnya sendiri. Di sini kita mudah hilang tumpuan. Di sini kita mudah hilang semangat. Di sini kita mudah jatuh dan kebuntuan. Oleh itu pasakkan impian yang tinggi menggunung agar diri sentiasa punya matlamat dan pegangan. Gandakan usaha dan tenaga setiap masa agar matlamat dan stand yang kita cari tidak keciciran. Berhati-hati dalam setiap tindakan agar kita tidak terjatuh dalam jurang yang juah dan dalam yang membuatkan sasaran kita jadi buntu dan nilai tambah diri kita jadi berkurangan.

Saya ambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa/wi baru dan salam ramadhan al-mubarak buat antum semua. Mari sama-sama kita bina stand yang kukuh itu kerana saya tahu matlamat kita adalah sama. Stand yang kita cari juga tiada bezanya. Stand itu ialah 'stand mujaddid ulung al-Imam as-Syafie'. Stand itulah yang akan membuatkan kita berdiri kukuh meghadapi hidup era globalisasi. Zaman serba dhaif dan dan kekurangan ilmuan setanding al-Imam. Mantap segala segi ilmu dan bidang kehidupan.

Salam Mujajddid ulung dan salam Ramadhan al-Mubarak.

Wallahu'aalam...

2 comments:

MZP said...

suatu yang aku rasakan kurang adil sejak dulu - bila stam datang, kita rasa seronok betul dan menggelarkan 'itulah tarikh siswa baru datang', tapi ayat itu kurang bila pelajar muadalah datang, mcm diorg bukan siswa baru je. haha. Nasib baik aku pun siswa stam, jadi terasalah meriah diraikan..

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

heheh..bukan macam tu keyy..time pelajar baru satam datang tu la dapat ilham nak menulis..alaa kulli haall..yang datang tettap bawa rahmat dan sinar..

Related Posts with Thumbnails