Bismillah…
Yang banyak di pasaran adalah kitab di bawah ini dengan tajuk yang hampir sama iaitu " Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Taraha" – Karangan Muhammad Nasiruddin al-Albani. Di mana-mana maktabah sekitar Kaherah hanya kitab ini sahaja yang ada.
Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Bacalah kedua-dua kitab tersebut dan jangan halang sesiapa untuk menilainya. Saya tidak mahu pengaruhi anda sebelum anda sendiri membaca kedua-dua kitab tersebut. Zaman ni ramai orang yang menghalang orang untuk membaca kitab-kitab karangan puak yang berlawanan dengan mereka. (halang tak bagi baca terus dengan hujjah haram baca kitab ahli bid'ah). Kebenaran akan terjelma juga walaupun kita dihalang dari membacanya. Kita ni banyak sangat komen orang sebelum kita temui dan nilai dengan teliti hujah yang orang bawa. Bahaya sekali. Nanti kita akan terhalang dari menemui kebenaran. Bagi saya, walaupun kita bertentangan pendapat tak sepatutnya kita menghalang orang dari menilai dengan teliti hujjah yang di bawa pihak yang berlawanan. Satu lagi, kita berlawan hujjah bukan berlawan syaksiyah. Tak boleh kita mencela pihak yang berlawanan dengan kita dengan sebab hujah kita habis di ptah pihak lawan. Dah dah..panjang pulak membebel.
Sila klik link di bawah untuk dapatkan PDF kitab karangan Syeikh Hassan Saggaf tersebut. Kitab yang satu lagi tu karanagn Syeikh Al-Albani, anda boleh dapatkan di Darul Salam atau mana-mana maktabah yang banyak di Mesir ni. Kalau sesiapa ada jumpa kitab karanagn Syeikh Hassan Saggaf tu boleh bagi tahu saya untuk saya beli yang soft copy. Belilah barangan original. Minta maaf sekiranya PDF tu tak berapa terang. Kalau nak terang lagi kene besarkan saiz dpi dia. Berat la nanti hasilnya. Nak buat sekali lagi kene tunggu 5 jam pulak duduk depan scanner. Tak larat. Sekian sahaja untuk kali ini.
File tersebut dalam bentuk PDF yang telah di kecilkan dengan file rar bersaiz 12 MB.
Sila Klik :
Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf
Wallahu'aalam.


















"Motor awak ke tu"?

