-->

HijriDate

Thursday, March 22, 2007

Tika Ini Hati Merindu...

Bismillah..
Tika ini hati merindu
Pergimu sudah setahun berlalu
Walau sepi tidak bertunggu
Ibu kau tetap dalam ingatanku

Tika ini hati merindu
Lambaian tergambar di depan mataku
Kanan dan kirimu anak dan cucu
Aku pergi membawa janjimu

Tika ini hati merindu
Entah kenapa jadi begitu
Semakin hampir hari kepulanganku
Dadaku kencang berdegup laju

Tika ini hati merindu
Mungkinkah doaku tidak selalu
Atau terhijab dek noda dosaku
Tergambar, teringat, terpapar wajahmu

Ku belek-belek di segenap penjuru
Mencari di mana salah dan silapku
Malam ini tak terpejam mataku
Ku ingat-ingat satu persatu

Menuntut ilmu janjiku padamu
Matlamat itu masihkah menyatu
Atau sudah bertukar teraju
Mungkinkah ini yang memugar rinduku???

Ya Allah

HambaMu ini datang mengadu
Daku bersyukur dikurnikaan ibu
Berkorban kasih bergadai rindu
Demi pemergianku menuntut ilmuMu
Ya Allah Daku mengharap rahmat dariMu

Jadikan daku dikalangan hambaMu
Yang faqih dan ikhlas menuntut ilmu
Jadi saham buat orang tuaku

Ya Allah

Daku merintih memohon padaMu
Ampunkan dosa juga kesalahanku
Penghalang cahaya masuk ke dadaku
Tabahkan hatiku bahagiakan ayah ibu

Amin ya Robbal alamin

Ingatan ini takkan pernah padam...

Dari anakanda...

Buat ayah dan ibu, musliman dan muslimat yang telah kembali ke rahmatullah...al-Fatihah



Wallahuaalam..

2 comments:

Unknown said...

salam ustaz..ada kata hukama'a yang mengatakan 'DI SEBALIK LELAKI YANG HEBAT ADA WANITA YANG HEBAT DI BELAKANGNYA'Dan ibu ustaz adalah wanita yang hebat kerana telah melahirkan..bakal ulamak ummah.Moga ustaz terus thabat,untuk meneruskan cita2 ustaz..jgn toleh kebelakang jika terdapat peluang yang hebat di depan..peluang datang sekali,dan mungkin tidak akan datanglagi..teruskan perjuangan

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

Terima kasih atas pandangan yang membina..di belakang lelaki memang ada sutau kuasa yang luar biasa..isteri solehah & ibu mithali..kedua2nya saling memberi dan mendokong berdirinya lelaki yang sejati..

Related Posts with Thumbnails