-->

HijriDate

Showing posts with label Tinta Syariah. Show all posts
Showing posts with label Tinta Syariah. Show all posts

Monday, December 21, 2009

ISU-ISU SYARIAH BERKAITAN KERETA SEWA

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu wassalamu Ala Rosulillah, wabakd. Mutaakhir ini kebanjiran kereta-kereta sewa milik pelajar-pelajar Malaysia dan Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura memberikan impak positif dan negative kepada budaya masyarakat pelajar di sini. Di sini, saya tidak mahu mengulas kesan negative dan positifnya. Saya hanya mahu mengulas dua tiga perkara yang saya lihat ada kaitannya dengan pelanggaran etika Syariah yang hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan. Jika tulisan ini ada kesilapan dari segi fakta dan hokum, diharapkan pembaca dapat menegur dan memperbetulkannya. Tulisan ini TIDAK bermatlamat menyalahkan mana-mana pihak, akan tetapi sekadar sebuah pandangan dan pemerhatian ringkas penulis berautoritikan sedikit ilmu yang dimiliki.

ISU PERTAMA : KONGSI MODAL UNTUK MEMBELI KERETA SEWA DAN KEUNTUNGAN DIBERI SECARA BULANAN DENGAN KADAR TETAP.

Perkara ini termasuk di dalam bab musyarokah yang melibatkan perkongsian modal atau pelaburan dengan nilaian tertentu. Hasilnya keuntungan dan kerugian akan diberikan bergantung kepada besar mana jumlah atau bahagian modal itu dikeluarkan. Setiap pemodal dikira sebagai rakan kongsi kepada yang lainnya. Sebagai rakan kongsi, mereka akan terdedah kepada risiko kerugian ataupun kelebihan perolehan keuntungan. Untuk memastikan pelaburan itu sah dan patuh syariah, rukun dan syarat-syarat sahnya perlu dipatuhi. Di antara rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah ialah: -

1. Barang atau wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui kadarnya
2. Pelabur
3. Pengusaha
4. Perniagaan atau pekerjaan yang halal

Antara syarat sahnya pula adalah :-

1. Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
2. Tiada jaminan modal selamat.
3. Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu kerana mungkin sahaja perniagaan itu akan rugi.

Jika diperhatikan kepada pelaksanaan perkongsian pembelian kereta sewa di sini, sebahagiannya pengusaha menjanjikan pulangan keuntungan secara bulanan dengan kadar tertentu. Sebagai contoh, si A, B, C, D, E, F dan G melabur LE 10 000 seorang untuk membeli sebuah kereta Avanza, pihak penusaha menjanjikan pulangan tetap sebanyak LE 500 sebulan kepada pelabur dan dibayar setiap bulan selagi mana kereta tersebut disewakan.

Kaedah ini dianggap telah melanggar salah satu syarat sah pelaburan iaitu menjanjikan pulangan modal dan keuntungan secara tetap kepada pihak pemodal. Islam melarang perkara ini kerana ia mungkin akan menyebabkan kerugian di sebelah pihak. Sebagai contohnya, pihak pengurusan akan mendapat kerugian jika pendapatan pada bulan tertentu melebihi kadar yang perlu dibayar kepada pemodal. Pada sisi yang lain, kemungkinan juga pihak pengusaha akan mendapat untung berlipat kali ganda melebihi apa yang diperolehi oleh sang pemodal apabila pendapatan pada bulan tertentu melebihi pendapatan biasa. Walhal mereka berurusan dengan aqad musyarakah yang mana untung dan rugi akan ditanggung secara bersama.

Di sisi yang lain pula, kontrak atau aqad musyarokah dan mudharobah yang menjanjikan keuntungan atau pulangan tertentu disahkan oleh para ulamak mengandungi elimen riba’ yang diharamkan. Jaminan keuntungan dan pulangan dalam aqad musyarokah akan mengubah sifat kontrak kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah' (wang modal dengan wang untung). Wang modal itu diibaratkan ditukar dengan wang untung yang telah dijamin tadi. Islam telah mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya tambahan pula ia dibayar secara bertangguh. Islam membenarkan pertukaran wang dengan wang pada kadar yang sama dalam satu majlis aqad yang sama.

Islam melarang berlaku sebarang kezaliman dan penindasan. Islam mementingkan keadilan dalam setiap muamalah dan transaksi kewangan.

CADANGAN : Pihak pengurusan dan rakan-rakan kongsi mestilah mengubah perjanjian yang tersebut di atas tadi. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah memberikan keuntungan bergantung kepada hasil keuntungan bersih bulanan. Katakanlah pendapatan bersih bulan pertama adalah sebanyak LE 5 000. Maka LE 5 000 itulah yang akan diberikan kepada pelabur A, B, C, D, E, F dan G bergantung kepada peratus saham masing-masing setelah menolak semua kos-kos lepas yang bersangkutan. Jika sedikit kemasukan sedikitlah yang diperolehi. Jika banyak hasil yang didapati maka banyaklah juga keuntungan yang akan diberi kepada pemodal. Jika rugi maka kadar kerugian akan ditanggung bersama oleh semua pemodal dan pengusaha. Barulah adil namanya.

ISU KEDUA : PENETAPAN BAYARAN KOS KERUGIAN KEPADA PENYEWA KETIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN, KEROSAKAN & KECURIAN

Satu kes baru-baru ini, seorang rakan saya menyewa sebuah kereta untuk menghantar beberapa orang sahabat pergi ke lapangan terbang. Telah ditakdirkan Allah Taala sewaktu di dalam perjalanan, beliau telah mendapat kemalangan. Kemalangan yang tidak disengajakan. Maka bermulalah perdebatan di antara pemilik kenderaan dan sahabat saya yang menyewa itu. Pihak pengurus kereta sewa meminta beliau membayar ganti rugi kerosakan dengan barang gantian asli dari pengedar kereta dengan kos sekitar LE 4000. Apa yang menggemparkan lagi, pengurus kereta itu juga meminta beliau membayar kos kerugian yang bakal mereka tanggung kerana kereta tidak boleh disewa sepanjang tempoh kerosakan itu. Beliau dikehendaki membayar LE 150 sehari sepanjang kereta yang rosak itu diselenggara. Alasan pemilik kereta ialah kerana kereta itu milik ‘ramai orang’ (pemodal). Pengurus kereta terpaksa membayar LE 300 secara tetap kepada beberapa orang pemodal yang berkongsi membeli kereta tersebut.

Kes ini menurut penelitian saya telah melanggar beberapa etika dan ketetapan syarak.;

1. Pertama : Tuntutan ganti rugi (dhoman) di dalam aqod sewaan layak dikenakan sekiranya kerosakan itu datang dengan cara sengaja (udwan) dari pihak penyewa atau ia digunakan diluar dari kebiasaannya. Sebagai contohnya, sengaja melanggar kereta ke tembok, kereta untuk pengangkutan digunakan untuk berlumba dan berjalan di dalam air sehingga menyebabkan kerosakan. Akan tetapi, sekiranya kereta tersebut digunakan dengan sewajarnya dan rosak tanpa perlakuan sengaja dengan sebab kemalangan hasil kesilapan orang lain sebagai contoh, ia tidak boleh dikenakan bayaran ganti rugi kerana aqod sewaan adalah perjanjian amanah seperti wadiah (simpanan amanah). (Sila rujuk al-Muhazzab, jil 1 hlm. 48 dan Mausuah Fiqhiah Kuwaitiah jil. 13 hlm. 277). Dalam keadaan ini, pihak pemilik hanya boleh meminta jasa baik penyewa untuk menampung kos kerosakan tanpa perlu memaksanya.

Jika kerosakan datang dengan sebab sengaja atau digunakan diluar dari kegunaan biasa, pihak pemilik hanya boleh meminta ganti rugi sekadar menampung kos kerosakan itu sahaja tanpa berlebihan kecuali atas budi bicara si penyewa.

2. Kedua : Tuntutan bayaran tambahan (mengikut bilangan hari pembaikan kereta) yang dikenakan kepada penyewa merupakan kezaliman yang menindas penyewa. Menurut etika muamalat Islam, setiap wang yang dituntut dari orang lain mestilah mempunyai sebab dan aqad tertentu seperti tabarru’, hadiah, ijaroh, jual beli dan sebagainya. Jika bayaran LE 150 sehari itu atas alasan sewa, ia tidak berlaku kerana sewa memerlukan pertukaran manfaat walhal kereta tersebut berada di dalam bengkel dan penyewa sudah tidak mendapat sebarang manfaat. Pemilik kereta juga tidak berhak meminta ganti rugi yang melampaui kos belanja kerosakan barang yang disewa (kerosakan yang berpunca dari perbuatan sengaja atau penggunaan di luar kebiasaan). Oleh itu tuntutan LE 150 sehari itu merupakan pemerasan dan kezaliman yang disasarkan kepada penyewa. Ia juga dikira menzalimi penyewa yang sedang dalam kesusahan.

CADANGAN : Pihak pemilik kenderaan perlu memaklumkan peraturan penggunaan yang sewajarnya kepada penyewa agar penyewa menggunakan kenderaan dengan berhemah dan tertib. Jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan oleh penyewa, pihak pemilik perlulah berbincang dari hati ke hati untuk meminta ihsan penyewa agar menampung kos kerosakan yang ditanggung moga wujud sifat tolong menolong dan meringankan beban. Akan tetapi tidak boleh memaksa penyewa membayar ganti rugi tersebut kerana berkemungkinan penyewa tidak berkemampuan. Pihak penyewa juga haruslah bertimbang rasa dengan memberikan bantuan mengikut kadar kemampuan kerana itulah yang dituntut oleh syarak bertolong-tolong dalam kebaikan.

ISU KETIGA : MEMBIARKAN KERETA DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MAKSIAT

Sebahagian pemilik kereta tidak menghiraukan perintah Allah yang memerintahkan kita agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran. Sebahagin pemilik kereta jelas-jelas mengetahui bahawa kereta miliknya bakal digunakan untuk tujuan maksiat seperti berpasangan lelaki dan perempuan bukan mahram menyewa kereta untuk bersiar-siar di kota atau ke tempat-tempat lain. Saya tidak bermaksud untuk mencari kesalahan orang. Akan tetapi ketika telah diketahui niat dan tujuan sewaan itu adalah untuk tujuan maksiat, pihak pemilik seharusnya menolak permintaan tersebut sesuai dengan perintah Allah Taala supaya kita mencegah dari berlakunya kemungkaran.

CADANGAN : Isu-isu berkaitan dengan ikhtilat dan hubungan antra mereka yang bukan mahram sepatutnya difahami oleh para pemilik kenderaan agar boleh diperingatkan kepada para penyewa sebagai tanggung jawab dakwah sesama muslim. Perkara ini nampak remeh akan tetapi perkara yang remeh inilah sekarang ini sedang bermaharaja lela dan mencemarkan serba sedikit biah solehah yang dibina selama ini. Pihak pimpinan dan unit hisbah perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemilik kereta dan para pemandu bagi menyalurkan kefahaman dan bergerak-bersama-sama mencegah perkara ini dari berterusan.

Ramai dikalangan kita yang terlanjur dalam berbisnes dan pada akhirnya baru menyedari aktiviti bisnes yang dijalankan itu bertentangan dengan syarak. Kita selaku pelajar agama perlu meneliti terlebih dahulu bisness yang bakal dilakukan agar tidak terjebak dalam perkara yang bertentangan dengan etika syarak. Jika di sini kita tidak berhati-hati dlam isu-isu syariah sebegini, tidak mustahil suatu harti nanti bila pulang ke tanah air kita akan terjebak dengan bermacam-macam lagi skim perniagaan yang tidak patuh syarak walhal perkara inilah sekarang ini yang sedang mencanak-canak membiak bak cendawan tumbuh selepas hujan.

#Coretan ini tidak hanya tertumpu kepada kereta sewa. Ia juga bersesuaian dengan kondisi van sewa, motosikal sewa dan basikal sewa sekiranya ada. Sekadar perhatian ringkas dari insan dhoif.

Wallahu’aalam.

Abu Fawwaz
4.16 a.m Alexandaria Egypt.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, November 26, 2007

Taqwa, Ujian Dan Perjuangan

Bismillah...

Perjalanan hidup memang tidak akan reda dari dugaan dan cabaran. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ; "Adakah manusia menyangka bahawa cukup sekadar mereka menyatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

ujian datang dari pelbagai sudut dan ruang. Bagi umat Islam yang bergelar mukmin, seharusnya setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi di dalam kehidupan seharian dijadikan sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan yang menciptakan. Keimanan bukan hanya dengan kata-kata dan luahan. Keimanan itu perlu diuji dan dibuktikan dengan pelaksanaan. Oleh kerana kehidupan insan itu punya matlamat dan tujuan, ianya tidak dapat lari dari kepayahan dan ancaman.

Untuk mengikuti ujian, kita perlulah bersedia dengan segala macam bekalan dan kekuatan. Bekalan yang terpenting itu adalah taqwa kepada Tuhan. Allah berfirman yang maksudnya, ; "Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa" (sila rujuk konsep taqwa). Bekalan taqwa ini perlulah mencukupi kerana sekiranya kurang maka kita akan serba kekurangan dalam mendepani ujian yang dikenakan. Mahu ikut peperiksaan di universiti pun perlu buat persidaan yang cukup. Inikan pula mahu lalui ujian yang telah Allah janjikan dengan kepayahan dan kesukaran seperti yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam FirmanNya dengan mafhumNya ; "Sekiranya (hijrah @ perjuangan) itu dekat jaraknya dan pendek perjalanannya pastinya mereka akan mengikuti Mu (wahai Muhammad). Akan tetapi ia (hijrah dan perjuangan Mu itu) jauh dan penuh kepayahan".

Orang terdahulu duiji keimanan mereka dengan penderitaan dan kepayahan. Lihat sahaja Rasulullah SAW sebaik2 insan yang Allah ciptakan, hidupNya penuh dengan ujian dan dugaan. Ancamam dan cubaan yang dihadapi dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan tiada tandingannya sehingga tergolong dikalangan Rasul-rasul ulul Azmi yang palimg tinggi darjatnya. Kesusahan dan kepayahan yang dihadapi itu dihadapi sebagai bukti keimanan Baginda yang jitu dan teguh kepada Allah Taala. Kalau sudah namanya hidup dalam perjuangan perlu sedia menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Soalanya, adakah kita ini telah meletakkan diri kita di medan perjuangan yang sebenar??? (Medan perjuangan seperti yang di bawa Oleh Rasulullah SAW). Ya, jika belum maka kenapa mahu mengeluh jika ditimpa ujian dan kepayahan sedangkan ianya baru sedikit berbanding dengan ujian para pejuang Islam. Ujian di dalam kehidupan seharian itu belum namanya ujian jika kita tidak meletakkan diri kita di dalam perjuangan yang dibawa Baginda. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan. Moga kita tergolong di kalangan mata rantai-mata rantai yang menjadi penerus perjuangan Baginda walau di mana posisi kita berada. Islam dijunjung walau di mana bumi dipijak insyaallah.

Wallahu'aalam



[+/-] Selengkapnya...

Friday, October 26, 2007

Kebangkitan Dalam Kepelikan.

Bismillah..

Salam sejahtera buat semua. Alhamdulillah syukur tidak terhingga dengan kurnian nikmat iman dan kehidupan, moga kita semua sentiasa berada di dalam limpahan rahmatNya. Sudah hampir 3 bulan saya berada di Kota Kehidupan London, maka selama itu jugalah pengalaman yang diterima mengajar dan mendidik jiwa muda yang mencari-cari erti perjalanan kehidupan. Jurnal jalan kehidupan ini tidak mampu melakar kesemua memori yang dilalui. Yang tertulis hanyalah yang terlekat di benak fikiran dan terkesan di dalam perlakuan.

Hari Raya yang lalu menggambarkan kepesatan dakwah Islam di Kota ini. Setiap masjid yang berada di kota ini dipenuhi Jemaah yang datang dari pelbagai negara, warna dan keturunan. Saya tidak melepaskan peluang untuk mengikuti jemaah internasional di Regent Mouque (Central Mosque London) bagi merasai suasana sebenar perkumpulan bersejarah itu. Memang mengagumkan. Di tengah-tengah kota metropolitan ini, berdirinya tiang keimanan yang kukuh terpasak di dada-dada umat Islam mendepani cabaran sekitar yang menakutkan.

Walaupun Islam sudah semakin berkembang di Kota ini, namun ia masih lagi menjadi agama pelik dan sinonim dengan nama terrorist dan extremist. Agama yang kononnya mahu menguasai dunia. Agama yang katanya menekan para pengikutnya dengan pelbagai tekanan dan paksaan. Solat sehingga 5 waktu sehari, berpuasa sebulan dengan melarang perkara yang dihalalkan seperti makan minum dan hubungan suami isteri, keluarkan harta untuk orang miskin(zakat), makan hanya benda yang halal serta lain-lain lagi aturan Islam semuanya itu seolah-olah keterlaluan, syadid (ketat) dan dianggap sebagai penindasan. Sesiapa yang mahu beramal dengan ajaran Islam dianggap extremist dan pelampau agama.

Bagi mereka, jika anda muslim cukuplah anda mengucap 2 kalimah syahadah, tidak perlu nak tunjuk sangat bahawa anda beragama Islam. tidak perlu solat, tidak perlu bayar zakat dan tidak perlu dakwah-dakwah (mengajak orang kepada ajaran Islam). Sehingga memakai tudung pun mereka anggap sebagai extrem. Pelik. Memang Islam itu pelik. Nabi S.A.W telah berpesan kepada kita umat akhir zaman bahawa Islam itu akan dipandang pelik seperti mana ia datang suatu masa dahulu.

Mafhum hadis Nabi SAW : Bermulanya Islam itu dengan kepelikan (dagang & asing), kemudian akan kembali menjadi pelik (akhir zaman) dan beruntunglah orang-orang yang pelik itu. Hadis Riwayat Imam Muslim.

Siapakah yang pelik itu? Merekalah yang beramal dengan ajaran Islam, berpegang dengan Al-Quran dan sunnah Nabi di akhir zaman. Seolah-olah islam itu ajaran baru. Yang lebih mengharukan, orang-orang yang beramal ini dipandang asing dan pelik oleh umat islam sendiri. Di pandang serong oleh sanak saudara dan kawan-kawan. Kalau teman se-Islam pun sudah begitu, apatah lagi non Muslim yang tidak tahu menahu mengenai ajaran Islam. Memanglah begitu keadaannya bagi sesiapa yang mahukan ISLAM secara total. Berpegang dengan islam di akhir zaman ini seperti memegang bara api. (mafhum hadis Nabi SAW). Tidak kuat dan kepanasan maka terlepaslah Islam dari genggaman. Bersabarlah wahai orang-orang yang kepanasan. Sesungguhnya panas bara itu hanyalah sedikit jika dibandingkan dengan api neraka jahannam. Panas itu hanaya sementara. Keberuntungan dan tempat kembali yang damai adalah janji Tuhan yang pasti.

Wallaua'alam

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, June 27, 2007

INTIM tanpa CINTA

Bismillah..

“Berkawan biar seribu, berkasih (beristeri) mula-mula satu…”.

Kata-kata tersebut sering kita dengar meniti di bibir teman-teman dan rakan taulan dan kebiasannya ia sangat sinonim bagi seorang yang bergelar lelaki. Kali ini saya tidak mahu bercerita tentang fenomena kecurangan atau ketidak setiaan, adik-kakak-abang angkat dan yang seangkatan dengannya kerana ianya telah saya kupas dalam tajuk entri saya yang lalu : Saya Benci Lelaki Yang Tidak Setia.

Kali ini saya cuba untuk mengupas satu lagi fenomena yang saya rasakan ia mula membarah di kalangan kita ; INTIM tanpa CINTA dan minta maaf sekiranya artikel ini banyak menyentuh hati dan naluri sidang pembaca semua. Tulisan ini hanya sekadar pandangan seorang lelaki yang tidak punya apa-apa kepentingan dalam menulis artikel sebegini. Ia juga adalah permintaan dari seseorang yang meminta saya menulis berkaitan hukum atau kaedah dan batasan berkawan antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram. Terlanjur menulis, saya cuba untuk mengupas fenomena ini sekadar yang termampu.

Situasi kini saya melihat hubungan social antara lelaki dan perempuan bertambah terbuka ditambah lagi dengan kewujudan teknologi maklumat dan IT yang semakin merencam. Siapa sahaja yang tidak kenal friendster, YM, GT, Tagged, SMS, 3G dan lain-lain komuniti yang menyediakan ruang maya untuk berinteraksi. Ruang yang diberikan juga amat luas sehingga mampu untuk berbual dan saling melihat walupun berada di kejauhan dan berbentengkan tembok pemisah. Suasana sosial yang berada di luar sana di bawa ke alam maya seolah-olah hukumnya berbeza dengan apa yang dilakukan di alam realiti. Bahkan terkadang amat ‘terlampau’ melebihi batasan realiti. Dosanya ringan sedikit katanya berhujjah.

Sebelum pergi lebih jauh, elok saya nyatakan terlebih dahulu apa ‘ghard’ atau tujuan manusia berkawan dan berinterkasi. Di dalam ayat al-Quran surah al-Hujuraat : ayat 13.

Yang bermaksud : “Wahai sekelaian manusia, sesungguhnya telah kami jadikan kamu dari kalangan lelaki dan perempuan dan kami jadikan pelbagai bangsa dan kaum agar kamu berkenal-kenalan. Sesungguhnya yang paling mulia di kalangan kamu itu adalah yang paling tinggi ketaqwaannya kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Luas PengetahuanNya”.

Umum ayat di atas menyatakan bahawa lelaki dan perempuan dijadikan memang untuk berkenalan dan beramah mesra. Namun apakah sebenarnya tujuan persahabatan itu? Adakah ia khusus untuk yang sejenis sahaja (lelaki-lelaki dan perempuan-perempuan)atau termasuk juga yang berlawanan jenis dengannya.

Sebuah hadis sohih di dalam kumpulan hadis Imam Turmuzi ada menyatakan tujuan persahabatan itu;Maksudnya: “7 kelompok yang akan mendapat perlindungan Allah pada hari yang tiada perlindungan kecuali perlindungan-Nya. Mereka adalah pemimpin yang adil, anak muda yang senantiasa beribadah kepada Allah Azza wa Jalla, seseorang yang hatinya senantiasa dipertautkan dengan mesjid, dua orang yang saling mencintai karena Allah, yakni keduanya berkumpul dan berpisah karena Allah, seorang laki-laki yang ketika dirayu oleh seorang wanita bangsawan lagi rupawan lalu ia menjawab: “Sungguh aku takut kepada Allah”, seseorang yang mengeluarkan shadaqah lantas di-sembunyikannya sampai-sampai tangan kirinya tidak mengetahui apa yang diperbuat tangan kanannya, dan seseorang yang berzikir kepada Allah di tempat yang sunyi kemudian ia mencucurkan air mata”.

Mafhum dari hadis tersebut menunjukkan bahawa tujuan persahabatan itu adalah untuk berkasih sayang kerana Allah Taala. Persahabatan itu ikhlas keranaNya tanpa ada kepentingan yang lain selainNya.

Mafhum dari maksud hadis di atas juga menunjukkan bahawasanya dua orang yang dimaksudkan itu adalah di antara 2 orang lelaki atau dua orang perempuan sahaja.(Lafaz ‘rajul’ umum termasuk juga perempuan). Ia tidak menunjukkan maksud hubungan antara lelaki dan perempuan akan tetapi hanya untuk lelaki dengan lelaki dan wanita dengan wanita yang bersahabat dan berkasih sayang kerana Allah, mereka bertemu dan berpisah kerana Allah maka mereka akan mendapat payungan rahmat dan keselamatan dari Allah Taala di akhirat kelak.

Sewaktu pengajian yang berkaitan dengan hadis di atas bersama al-Marhum Syeikh Fauzi sutau ketika dahulu, saya pernah bertanya adakah sekiranya seorang wanita dan lelaki berkasih dan berkenalan kerana Allah Taala, maka mereka juga termasuk di dalam hadis di atas. Beliau menjawab tidak, sesungguhnya wanita dan lelaki itu berkawan bukan kerana Allah tetapi kerana perkahwinan atau pernikahan. Maka perkahwinan dan pernikahan itu perlulah didasari niat ikhlas kerana Allah Taala moga-moga akan termasuk di dalam 7 golongan yang mendapat perlindungan Allah kelak.

Di dalam sebuah kitab karangan Ar-raudhatul ‘Athir karangan syeikh An-Nafzawi ada menyatakan :

Maksudnya : “Persahabatan lelaki itu tidak berkaitan dengan wanita kerana apabila 2 jiwa itu bertemu akan terdetik kelainan rasa di dalam hati keduanya itu (berbanding apabila 2 hati lelaki bertemu), Kemudian akan masuklah rasa was-was (syaitan) merosakkan 2 jiwa itu lantas akhirnya akan tersebarlah kisah keduanya di hadapan sekelian manusia”.

Oleh itu jelas, hubungan yang melibatkan antara lelaki dan wanita amat-amat perlu dipelihara kerana syaitan sentiasa mengambil peluang untuk mengotori jiwa manusia terutamanya para penuntut ilmu Allah Taala agar merasa lapang apabila berinteraksi dengan wanita. Lebih-lebih lagi saluran yang terlalu banyak sekarang lebih mudah mendedahkan kita kepada bahaya was-was dari syaitan.

Sekali pandang, pandangan saya ini nampak agak keras dan syadid. Saya hanya menaqalkan pandangan ini dari guru saya. Dan itu jugalah yang saya rasakan baik untuk dipraktikkan di dalam masyarakat pelajar yang belajar agama kerana satu kejahatan yang ada pada kita gambaran ada 10 lagi keburukan dan mungkin lebih lagi yang ada pada orang yang tidak belajar agama seperti kita. Kalau di sini kita sudah terbiasa dengan suasana sosial yang terlalu bebas walau di alam maya, bagaimana nanti mahu mengislah keadaan masyarakat kita yang amat kritikal dewasa ini hasil serangan jarum-jarum kuffar yang mengajak ke arah kehidupan cara barat.

Saya perhatikan juga dewasa ini pelajar-pelajar kita mula bebas bergaul dan bertegur sapa antara yang berlainan jantina. Kalau berchating dengan yang sejenis tiada apa yang nak dibualkan. Tapi jika ada yang berlawanan jenis masuk menyapa, wah sejam biasa dua tiga jam terlajak tidak terasa. Benarlah kata-kata syeikh An-Nafzawi di atas tadi, memang ada kelainan rasa bila 2 jiwa itu bertemu. Sama ada nampak wajah atau tidak, dengar suara atau tidak, kenalan lama atau tidak pastinya rasa ‘huwas’ itu akan terbit walau sekelumit cuma.

Bila ditanya, wah intimnya(rapatnya) kau dengan si Dia. Jawabnya, ala aku tidak ada apa-apa. Kawan biasa ajer. Aku memang rapat dengan semua orang. Wah hebatnya intim tanpa cinta.

Bila ditanya kau baik-baik dengan lelaki lain ni tunang kau tak marah ker. Jawabnya, ala aku bukan buat apa-apa. Kawan biasa jer. Hati aku tetap dengan dia. Lagipun aku baru bertunang, belum kahwin lagi. Wah hebatnya, intim tanpa cinta.

Apabila ditanya ramainya kawan perempuan kau. Jawabnya, ala biasala social la sikit. Kawan biar seribu berkasih biar satu. Wah hebatnya boleh intim tanpa cinta.

Saya nasihatkan diri saya sendiri, tinggalkanlah perkara ini. Berhati-hatilah dalam berinteraksi. Kan berbeza kalau kita berinteraksi untuk belajar dan bekerja dengan kita berinteraksi untuk berbual dan berpoya-poya. Saya tidak katakana hubungan itu tidak boleh wujud langsung, tetapi berpadalah dengan keperluanya. Kalau sudah sampai melekek ketawa dan bersuka-suka itu apa kesnya…!!?

‘alalasafissyadid…

Tiada ibu bapa yang sanggup melihat anak wanitanya jadi piala pusingan.

Tiada ibu bapa yang mahu melihat anak lelakinya ada wanita keliling pinggang.

Wallahu’aalam

[+/-] Selengkapnya...

Friday, June 08, 2007

Muslimah, auratmu bukan mainan..

Bismillah...
Sudah hampir seminggu website saya sepi bersawang. Pengungjung yang datang pun sudah berasa bosan untuk berkunjung dek kerana isi yang sama mengisi ruangan utama. Saya minta maaf pada yang datang kerana seminggu yang berlalu dipenuhi dengan tugasan-tugasan yang tidak dapat di elakkan. Bagi kawan-kawan yang menghubungi, saya juga minta maaf kerana banyak yang tidak berangkat dan tidak dapat untuk saya hubungi semula kerna masa yang padat dan poket yang sudah kosong belum berisi.

Terfikir saya untuk menulis artikel ini di atas beberapa peristiwa yang saya lalui dalam beberapa minggu ini. Saya rasa amat sedih kerana tidak mempu meluahkannya secara berhadapan. Oleh itu saya ambil kesempatan ini untuk saya titipkan di dalam jurnal jalan kehidupan saya. Moga ia dapat dijadikan iktibar, didengari oleh pihak yang berkenaan dan dalam masa yang sama melepaskan tanggung jawab fardul muslim saya : menegur dan ingat mengingat dalam kebaikan.


Hati saya membuak-buak memberontak untuk menegurnya. Namun apakandaya, iman ini masih diperingkat awam. Namun, saya berharap tulisan tangan ini masih tergolong di dalam peringkat pertama yanag disebutkan di dalam Hadis Nabi SAW yang bermaksud : Sekiranya kamu melihat kemungkaran maka ubahlah ia dengan tanganmu. Papan keyboard ini, bukankah ia lebih tajam dari mata pedang.

Saya fokus isu ini hanya buat muslimah kerana saya rasa terpanggil untuk berkongsi bersama muslimah sebuah hadis yang sering kita dengar di dalam kumpulan hadis-hads Nabis SAW yang berbunyi :

سيكون في آخر أمتي نساء كاسيات عاريات، على رؤوسهن كأسنمة البخت، العنوهن فإنهن ملعونات

Maksudnya : Akan datang nanti wanita di kalangan ummatku di akhir zaman, mereka berpakaian tetapi seolah-olah mereka berbogel (berpakaian nipis dan menampakkan badan), di atas kepala mereka (tidak bertutup) seperti mana belakang bonggol unta (jadi tayangan dan kebanggaan), Celalah mereka, sesunguhnya mereka itu orang-orang yang tercela. [Sanad hadis Sohih Riwayat Tabrani]

Hadis ini amat berat bunyinya. Sehingga Rasulullah SAW mengarahkan kita melaknat wanita yang disifatkan sebagai 'ariaat di dalam hadis di atas.

Apa yang saya lalui, saya lihat seolah-olah muslimah (saya tidak kata semua) sengaja mencari peluang untuk mendedahkan aurat mereka. Muslimah bukan tidak tahu etika pakaian yang Islam kehendaki, mereka amat tahu, tetapi saya rasa seolah-olah muslimah sengaja tidak menghayati apa yang telah diketahui. Terlalu banyak ahdas dan peristiwa yang saya alami. Saya akan perincikan di sini moga ada perubahan sedikit sebanyak selepas ini.

Pertamanya, saya terlihat muslimah sengaja memakai baju yang berlengan terbuka lebar tanpa memakai jaurab lengan yang menutup sehingga ke pergelangan tangan. Nak kata fesyen mak datin tidak juga. Mungkin juga terpengaruh dengan minah-minah arabyang ada di sini. Yang saya 'terperhatikan' tu sengaja angkat lengan seolah-olah ada sesuatu yang ingin ditonjolkan. Nak kata ada rantai emas berlian tiada. Apa yang ada hanyalah rantai asfour. Tak padan kalau setakat nak tunjuk gelang asfour berbanding azab yang telah Tuhan janjikan. Kalau terlupa yang aurat wanita tu sampai ke lengan, kat sini saya mahu ingtakan semula bahawa aurat tu sampai ke pergelangan tangan. So kenalah hati-hati yer. Jaurab lengan pun bukan mahal sangat. Lebih murah dari gelang asfour yang berlilit di tangan.

Keduanya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak memakai stokin sewaktu berjalan. Ye lah, kadang-kadang nak pindah ke bilik sebelah jer, lecehlah pakai stokin. Boleh sembunyi belakang tabir, orang tak nampak. Tapi tak perasan kaki tu tetap orang nampak. Memang tiada dalam quran wajib kene pakai stoking kan. Tapi bukan ker kaki tu juga masih lagi aurat yang perlu ditutup. Ala ustaz stoking basah kene hujan. Emm, beli la banyak sikit. Tak kan hanya ada satu stoking jer. Baju banyak, kasut banyak. Stokin satu jer. Tak padan. Ala ustaz, jubah panjang tak nampak kaki. Saya no komen. Jawab la nanti depan Tuhan dengan alasan-alasan tu. Kaki ni bukan pandai sembunyi sendiri dalam jubah. Kalau dah terjulur nampak kaki jangan salahkan kaki. Salahkan tuan kaki yang tak pakai stokin.

Ketiganya, saya 'terperhatikan' muslimah tidak pasang langsir tingkap atau tidak tutup tingkap. Tabir dan tingkap tu aurat ke ustaz? Baca la dalam kitab. Pernah jumpa langsir tu aurat ker. Saya terperhatikan langsir-lansir dan tingkap-tingkap di buka luas musim panas ni. Ye lah panas, tapi api neraka tu lagi panas. Kalau duduk kat bilik tu pakai tudung dan pakain lengkap tidak mengapalah nak cabut terus ke langsir dan tingkap tu. Tapi yang terperhatikan tidak seperti itu. Ala ustaz ni, saja nak tengok bilik akhwat. Bukan nak tengok tapi ada tarikan untuk dilihat. Bukan ikhwah jer nak tengok, arab kat depan rumah tu duk perhati jer. Siap datang menegur pula kata musliamh kita tak tutup aurat buat pawagam untuk tayangan ramai. Hati-hati muslimah. Kalau panas juga, belilah kipas. Apalah nak dinilaikan harga kipas tu dengan ganjaran pahala yang Allah janjikan bagi mereka-mereka yang bersungguh-sungguh menutup aurat mereka. Niatkan beli kipas tu untuk tutup aurat kan bagus.

Keempatnya, saya terperhatikan muslimah suka angkat tudung yang sedia labuh sehingga ke bahu. Kenapa yer. Panas ker. Atau sudah biasa pakai tudung kecil, tapi kat sini terpaksa pakai tudung labih sebab takut ustaz marah. Kakak-kakak marah. Kalau terangkat tidak mengapa. Tapi ini selalu sangat. Dah jadi macam sengaja. Kalau buat macamtu sesama akhwat tidak mengapa. Ini yang peliknya di luar. Nampaklah bentuk badan tu. Aurat sudah lepas di tutup tapi masih lagi tidak sempurna kerana syarat tidak dipenuhi. Pakaian mesti tidak menampakkan bentuk tubuh. Ala ustaz, jubah kita labuh la tak nampak bentuk badan. Bagi saya kalau lepas pun dari segi hukum tetap pemandangan tu tak manis dari kaca mata saya yang rabun ni. Terpulang muslimah untuk menilainya. Saya hanya kata apa yang hati saya rasa.

Nak saya tuliskan semua saya rasa muslimah lebih mengetahui hak-hak mereka. Saya hanya melihat dua tiga kes di depan mata. Mungkin yang berlaku di sini hanya dua tiga kes ni sahaja yang boleh kita katakan sebagai kes-kes terpencil. Tapi mencegah sebelum jadi parah itu lebih baik dari memotong anggota yang sudah parah di makan kanser. Saya sebut di sini sebab muslimah jadi contoh di luar sana. Manis muslimah berbusana, bijak muslimah berhijab cukup menjadi dakwah yang berkesan berbanding kata-kata yang dilafazkan. Lisanul hal ablagh wa asdaq min lisanil maqal.

Maaf jika artikel ini tidak sedap dibaca. Ini hanya pandangan dari insan rabun seperti saya..

Wallahu'aalam..

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, June 02, 2007

Rezeki Tangan Sendiri..

Bismillah,


Iza Kana Qutuka min yadaik, Yakti Qararuka Min Roksik - al-Marhum Syeikh Mutawalli as-Shakrawi r.a.

Maksud : Jika Makananmu (rezeki) datang dari tanganmu (usaha) sendiri, maka pertimbangan mu akan lahir dari fikiranmu yang asli (tanpa kongkongan dan paksaan).

Lafaz hikmah di atas saya dengar semalam dari seorang ustaz, Ustaz Selamat. Ia cukup membuat saya merasai kehaibatan ulamak tersebut. Ulamak besar yang pernah menjadi Menteri Wakaf Mesir, duduk di bawah pimpinan Sang Penakut Si Kuku Besi, Hosni Mubarak. Namun apa yang membanggakan, beliau tidak terpengaruh dan tidak tunduk dengan kehendak serakah sang Pemerintah. Beliau terkenal dengan seorang yang berpendirian tegas dan berani menyatakan kebenaran walau berhadapan dengan pemerintah tertinggi Negara. (Tidak hanya enggih engih, tidak hanya angguk angguk). Bukan mudah untuk melafazkan kalimatulhaq inda sultan al-ja'ir.

Pernah suatu ketika saya menyaksikan di dalam sebuah klip video, Syeikh Shakrowi menegur Sang President di hadapan halayak dan siaran tersebut keluar di dalam television tempatan.Sungguh berani dan tegas dalam menyatakan komentarnya. Sang President pula yang tertunduk kaku mendengar komentar tersebut. Bagaimana keberanian itu boleh timbul? Jawapannya, kata-kata di atas menjadi pegangan beliau. Beliau tidak meminta-minta untuk jadi mewah dan hidup senang walaupun bergelar seorang menteri!!! Rezekinya datang dari usahanya sendiri.

Pernah juga beliau mendapat hadiah dari kerajaan Arab Saudi dalam jumlah yang amat besar. Namun sumbangan tersbut tidak dijamahnya lalu diberikan kepada anak-anak yatim dan fakir miskin di dalam negara. Sungguh luar biasa. Adakah kita juga mampu jadi seperti beliau jika wang bantuan zakat yang kita terima pun sukar kita nak sharing dengan kawan-kawan.

Saya harap ia dapat jadi motivasi buat kita semua. Jangan rendahkan martabat ilmu yang kita pelajari dengan kesenangan dunia yang sementara. Rezeki yang kita perolehi haruslah datang dari usaha dan penat lelah kita sendiri. Jangan mudah meminta-minta atau mudah menerima jolokan kemewahan dan harta benda, kelak jika diterima kita terpalit dan sukar menyatakan kebenaran dek rasa terhutang budi dan kesenangan yang mengikat perut kita. Nak senang itu boleh, tapi jangan diganti dengan kemurkaan Tuhan.

Istilah-istilah seperti "nak jaga periuk nasi", ulamak rice cooker dan macam-macam lagi istilah sangat menakutkan saya. Cakap memang senang kan, tapi nanti kalau dah teruji tidak tahulah adakah mampu diri menghadapinya. Moga Allah menjaga kita semua dari fitnah ini. Saya anggap itu semua fitnah bagi seorang yang belajar agama. Contoh dah banyak di depan mata. Duduk di sana cukup takut untuk menyatakan kebenaran. Sebab apa? Tengkuk kita kita sudah kita letakkan secara sukarela depan mata pedang musuhNya. Kita sudah terikat dengan kemewahan dan kesenangan yang kita dambakan.

Percaya atau tidak, dunia ini akan rosak jika dua golongan ini rosak. Pertamanya Institusi Ulamak dan ilmuan. Keduanya Golongan pemerintah dan pentadbir.

Wallahu'aalam..

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, May 24, 2007

Sifat Solat An-Nabi S.A.W

Bismillah…


Alhamdulillah. Kitab yang ingin saya perkenalkan ini bertajuk "Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf. Hampir 2 tahun saya mencari kitab ini di merata tempat, kini dapat juga saya baca dan PDF kan untuk dikongsi bersama para pembaca budiman. Saya hanya mampu meminjamnya dari kawan CHEM kerana kitab ini telah kehabisan di pasaran. Puas saya cari di maarad kutub, di maktabah sekitar kaherah dan tanta, namun kitab ini seolah-olah telah ghuyub dari pasaran dengan dua kemungkinan. Pertamanya ia sudah habis kerana terlalu banyak permintaan. Kedua, kitab ini telah dihalang dari memasuki pasaran Mesir kerana terlalu ramai kewujudan mereka yang bertentangan dengan pengarang kitab ini. Itu hanya sangkaan saya sahaja. Terpulang pada para sahabat untuk menilainya. Sangka baik, mungkin ada tempat lain yang saya tak pegi lagi.

Yang banyak di pasaran adalah kitab di bawah ini dengan tajuk yang hampir sama iaitu " Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Taraha" – Karangan Muhammad Nasiruddin al-Albani. Di mana-mana maktabah sekitar Kaherah hanya kitab ini sahaja yang ada. Pernah saya sewaktu mencari kitab di atas dicemuh oleh petugas di sebuah maktabah katanya : Buat apa cari kitab tu, kitab ini (Karangan Al-Albani) kan ada. Saya kata saya dah ada. Suka hati saya nak baca yang mana. Pelik, seolah-olah ada sesuatu yang menarik sehingga kitab tersebut ghuyub dari pasaran Mesir.

Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Bacalah kedua-dua kitab tersebut dan jangan halang sesiapa untuk menilainya. Saya tidak mahu pengaruhi anda sebelum anda sendiri membaca kedua-dua kitab tersebut. Zaman ni ramai orang yang menghalang orang untuk membaca kitab-kitab karangan puak yang berlawanan dengan mereka. (halang tak bagi baca terus dengan hujjah haram baca kitab ahli bid'ah). Kebenaran akan terjelma juga walaupun kita dihalang dari membacanya. Kita ni banyak sangat komen orang sebelum kita temui dan nilai dengan teliti hujah yang orang bawa. Bahaya sekali. Nanti kita akan terhalang dari menemui kebenaran. Bagi saya, walaupun kita bertentangan pendapat tak sepatutnya kita menghalang orang dari menilai dengan teliti hujjah yang di bawa pihak yang berlawanan. Satu lagi, kita berlawan hujjah bukan berlawan syaksiyah. Tak boleh kita mencela pihak yang berlawanan dengan kita dengan sebab hujah kita habis di ptah pihak lawan. Dah dah..panjang pulak membebel.

Sila klik link di bawah untuk dapatkan PDF kitab karangan Syeikh Hassan Saggaf tersebut. Kitab yang satu lagi tu karanagn Syeikh Al-Albani, anda boleh dapatkan di Darul Salam atau mana-mana maktabah yang banyak di Mesir ni. Kalau sesiapa ada jumpa kitab karanagn Syeikh Hassan Saggaf tu boleh bagi tahu saya untuk saya beli yang soft copy. Belilah barangan original. Minta maaf sekiranya PDF tu tak berapa terang. Kalau nak terang lagi kene besarkan saiz dpi dia. Berat la nanti hasilnya. Nak buat sekali lagi kene tunggu 5 jam pulak duduk depan scanner. Tak larat. Sekian sahaja untuk kali ini.

File tersebut dalam bentuk PDF yang telah di kecilkan dengan file rar bersaiz 12 MB.
Sila Klik :

Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf

Wallahu'aalam.


[+/-] Selengkapnya...

Thursday, March 08, 2007

Analogi tak semudah menghadapi

Bismillah…
Baru-baru ini saya berdepan dengan sebuah tragedi yang mengorbankan spak mata saya. Namun alhamdulillah, saya masih menyimpan cermin mata lama saya yang sudah agak usang untuk saya pakai. Jika tidak, mungkin dalam seminggu ni saya terpaksa meraba-raba dalam terang. Analoginya mudah. Kan mudah jika ada sparepart. Rosak satu boleh bertukar kepada yang satu lagi. Jadi, ada pula mereka yang mengkiaskan, hah kan mudah macamtu jika beristeri dua. Jika yang satu bermasalah atau merajuk, ada seorang lagi yang boleh didampingi.

Ya, analoginya memang mudah dan nampak menarik. Tetapi melaksanakannya tak semudah olahan teori yang kita fikirkan. Harta benda tidak sama seperti seorang isteri. Memiliki dua pasang cermin mata tidak sama seperti mempunyai 2 orang isteri. Jika kita mempunyai dua pasang cermin mata, kita boleh sahaja menyimpan cermin mata lama di dalam peti tanpa perlu menghiraukanya. Namun, jika kita punya 2 orang isteri, kedua-duanya perlukan perhatian dan segalanya perlu diadili. Jika mempunyai 2 orang isteri semudah memiliki 2 pasang cermin mata, mungkin ramailah dikalangan kita yang akan berkahwin 2, 3 atau mungkin 4.

Beristeri 2, 3 atau empat atau di dalam bahasa mudahnya berpoligami termaktub di dalam sunnah Nabi Muhammad SAW. Rasulullah SAW merupakan contoh terbaik bagi sesiapa yang ingin berpoligami. Di dalam sebuah hadis, Nabi SAW ada menyebutkan bahawa Baginda itu adalah seorang yang terbaik dalam melayani ahli keluarganya. Nabi SAW bersabda :

خيركم خيركم لأهله وأنا خيركم لأهله

Mafhumnya: Sebaik-baik kamu adalah yang berbuat baik kepada ahli keluarganya, dan aku adalah orang yang terbaik di kalangan kamu (dalam berbuat baik) kepada ahli keluarganya.

Rasulullah SAW memiliki segala sifat yang perlu dicontohi oleh setiap orang yang bergelar suami. Jika kita bakal atau masih beristeri seorang, maka Rasulullah lah contoh dan panduannya. Jika kita mahu atau sudah berpoligami, maka Rasulullah SAW jugalah yang perlu kita teladani. Rasulullah SAW adalah seorang Nabi, ketua negara, panglima perang, hakim dan Baginda jugalah ketua rumah tangga yang bahagia. Segala hak yang perlu diberikan sebagai seorang suami ditunaikannya sehingga tiada satupun kecacatan yang mampu dipertikai oleh para orentalis barat dalam kondisi Baginda SAW berpoligami. Yang ada hanyalah menyerang zat poligami itu sendiri, bukan kegagalan pelaksanaan poligami yang dipamer Baginda.

Beranalogi memang mudah, namun pelaksanaannya belum tahu lagi. Mahu mencuba beristeri dua silakan tetapi bagi yang tidak mampu mencontohi Baginda SAW saya nasihatkan awal-awal bersyukur dan bersabarlah dengan yang satu itu. Jangan kerana ia sudah kurang cantik, kurang menarik, kurang menawan kita mencari lagi seorang seperti menukar cermin mata yang sudah berkurang powernya, berkarat kakinya dan sompik cerminnya. Disimpan yang lama dan ditinggalkan, yang baru disayangi diberi perhatian. Tiba pecah yang baru barulah yang lama dicari ditagih simpati kerana mata sudah tidak nampak tulisan lagi.

Firman Allah Taala di dalam surah an-Nisa ayat 3:

وَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تُقْسِطُوا فِي الْيَتَامَى فَانْكِحُوا مَا طَابَ لَكُمْ مِنَ النِّسَاءِ مَثْنَى وَثُلاثَ وَرُبَاعَ فَإِنْ خِفْتُمْ أَلا تَعْدِلُوا فَوَاحِدَةً أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ذَلِكَ أَدْنَى أَلا تَعُولُوا

Maksudnya: “Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengahwininya), maka kahwinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya”.

Perjanjian untuk menerima tanggung jawab. Memelihara diri dan ahli keluarga dari api neraka

Isteri bukan untuk dimiliki, tetapi anugerah dan tanggung jawab...

Fikir-fikirkan…

Wallahu’aalam…

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, February 25, 2007

Jenayah Murtad, Di Mana Kita?

Kebelakangan ini, kita banyak mendengar kisah-kisah tragis yang melibatkan gadis melayu Muslim yang berkahwin dengan jantan bukan Islam dek kerakusan cinta yang rosak sebelum perkahwinan. Asal usul mereka yang terlibat kebanyakkannya berasal dari keluarga yang kuat mengamalkan Islam. Namun, apabila menjejakkan kaki ke pusat pengajian tinggi, perhatian yang diberikan oleh ibu bapa mula berkurangan dan kian longgar. Lantas anasir-anasir baru dari luar mula menyerap masuk ke dalam jiwa dan sanubari mereka yang terlibat.

Dahulu tiada kawan lelaki, kini cuba-cuba mahu berkenalan. Bersosial dijadikan alasan. Mula berpandangan, bermesetan, berjumpa, belajar bersama sehingga ke peringkat akhir perangkap yang di pasang lawan memakan diri yang disangka sudah kuat iman. Dulu semua itu tak pernah dirasakan. Akhirnya, maruah tergadai. Perut membuncit yang dikandung anak tanpa abi syarie. Mahu aku jadi ayahnya? Ayuh ikut aku, keluar dari agamamu.

Waktu sempit seperti itu syaitan dan nafsu bersatu, ah!!! Persetan sama agama dan ayah ibu. Cinta mat saleh dan mat hindu ni lebih berharga. Tiada siapa nak larang. Tiada siapa boleh menghalang. Taktik licik pemurtad upahan sang kuffar ini telah berjaya memakan ratusan anak gadis muslim melayu kita. Semuanya habis ternoda. Mungkin, keluarga kita masih belum terkena lagi, dan mungikin akan datang, siapa yang tahu.

Kes sebegini menjadi tumpuan hanya di minda-minda kelas tertentu. Peguam peguam bela mukmin, beberapa kerat golongan agamawan yang non rice cooker or water cooler, pimpinan-pimpinan parti, persatuan-persatuan dan NGO's serta beberapa kerat umat Islam yang peka dengan nasib Agama mereka. Yang lain tak sedar dengan apa yang berlaku.

Kalau sedar pun sekadar beralasan, alaahhhh, bukan anak aku, bukan kakak aku, bukan adik aku, apa nak kisah. Itu jiran aku, baru sebelah kampung, baru sebelah negeri dan apa nak kisah sangat. Itu dah ketentuan Tuhan untuk mereka. Selagi tidak mengena batang hidung sendiri, selagi itulah Mawi putus tunang dengan Ina yang dibesar-besarkan sehingga sebak dan sedih mereka berdua putus tunang. Siti kahwin dengan datuk K jadi perhatian sehingga menonggeng apasallah datuk tua tu yang jadi pilihan. Aduhai pak cik, mak cik, abang, kakak, adik dan kawan-kawan. Begitukah mentaliti kita penghuni Negara Islam Hadari.

Ini baru satu bentuk serangan kuffar terhadap orang-orang Islam di Negara kita. Banyak lagi taktik yang telah dirancang mereka bagi memastikan Agama Islam tidak lagi menjadi agama anutan majoriti rakyat negara kita. Itulah Yang mereka mahukan seperti yang Telah Allah Taala gambarkan di dalam al-Quran bahawa sesungguhnya mereka puak Yahudi dan Nasroni tidak akan redho dengan orang muslim selagi mana kita tidak menuruti agama mereka. Jika tidak murtad secara rasmi pun (tukar aqidah) bagi mereka sudah cukup jika kehidupan harian muslimin itu lari dari manhaj Islam yang hakiki. Walhal, jelas terbukti agama mereka itu telah dipenuhi banyak penyelewengan dan penipuan yang disengajakan.

Kita tahu Islam agama yang benar tapi sejauh manakah kita membuktikan bahawa Islam itu benar dan mereka itu salah. Apa usaha kita? Tiada atau mungkin ada tetapi tidak serius dan tersusun. Justeru, saya menyokong 100% saranan Syeikh Husni semalam agar kita manipulasikan web-web yang sedia ada atau bina web baru khusus untuk menjawab sebarang penyelewengan puak-puak kuffar Yahudi dan khususnya Nasroni (Kristian) dan sekaligus membuktikan agama mereka itu telah rosak dan terpesong agar tidak mudah-mudah masyarakat kita tertipu dengan dakyah mereka.

Jika berlaku di dalam masyarakat kita kemurtadan berpunca dari ketidakfahaman dan kekaburan mereka terhadap Islam itu sendiri, bersedialah kita golongan agamawan yang bakal dipertanggung jawabkan oleh Allah Taala kelak, apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan aqidah masyarakatmu, memartabatkan kesucian agamamu…!!!

P/s:

Ayuh…Jangan jadi "muslim thallagah" yang beku tak tahu menahu apa yang berlaku disekitarmu..!!!Ambillah cakne apa yang beredar di sekeliling kita. Muslim Care.

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, January 09, 2007

Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. (Siri 2)

Bismillah...

(Maaf artikel panjang berjela, baca dengan hati terbuka dan sila komen jika ada kesilapan atau ketidakfahaman)

Suatu hari...
Tempat tak dikenal pasti
Pelakon utama Si A - Seorang Pengurup Dinar Iraq (IQD)
Pelakon tambahan Mamat (bukan nama sebenar) - Pelanggan baru IQD
Masa - mereka dan beberapa saksi yang tahu
Lebih kurang beginilah gambarannya...

Dengan lagak seorang pengurup IQD Dinar Iraq (IQD - singkatan kepada matawang Iraq) yang dalam usaha melariskan jualannya. Siap di tangan dengan prospektus dan bukti-bukti yang membantu memudahkan kefahaman para pembeli IQD. Di ambil dari web-web yang menjadi ansar kepada skim cepat kaya IQD.

Ikuti perbualan mereka...

"Mamat, kau tak mahu beli ker Dinar Iraq ni..? Untung tau...Ko beli sekarang harga dia cuma LE 75 (matawang Mesir) sahaja untuk IQD 15 000. Tak sampai tiga tahun lagi kau tahu akan jadi berapa nilai dia...?"

Mamat yang tak tahu menahu mengenai Dinar Iraq kelihatan berminat untuk lebih tahu lantas menumpukan perhatian dengan sepenuhnya kepada ceramah percuma Si A.

"Berapa? " Soalnya kepada si A.

Si pengurup A tadi dengan bersemangat menjawab. "USD 15 000 tau..Tak nak ker? Boleh pegi haji 10 kali tu". (ayat tambahan penulis)

Bersambung...

Itu sekadar imaginasi penulis sahaja. Ada kaitan dengan yang hidup tapi tak de kaitan dengan yang dah mati.

Saya pada permulaannya agak teruja juga apabila mendengar dakyah-dakyah dari ansar dinar Iraq ni. Pada awalnya saya menyangka dinar itu berupa emas tulin seperti yang saya lihat di tanah air. Waktu tu saya pergi sendiri ke Syarikat GOLD DINAR di Johor Bahru, tempat kawan saya bekerja yang mana menjual dinar emas untuk pelaburan dan simpanan.

Apa tak terujanya. Bayangkan I Dinar Muhammad (Malaysia) = RM 370 (Nilai terkini kalau tak salah saya) = lebih kurang USD 100 = lebih kurang LE 571 (matawang Mesir).

Murah sungguhlah Dinar Iraq macamtu. Ye la apa tidaknya. Dijual dengan harga LE 75 untuk setiap 15 000 IQD. Sedangkan 1 Dinar Muhammad = LE 571. Kemudian pulaktu, dijangka akan naik sehingga nilai 1 IQD = 1 USD dalam masa tak sampai 3 atau 4 tahun. Maknanya jika kita labur LE 75, kita akan dapat pulangan sebanyak USD 15 000. Cepat kaya Pak Cik kalau macam ni. Sebab tu saya buat artikel ni dengan tajuk Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. Kira dah macam skim cepat kaya lah ni. Usaha sikit, labur sikit, tapi untung berlipat kali ganda.

Setelah diteliti rupuanya dinar Iraq tadi hanya pada namanya sahaja, tiada sifat emas seperti yang ada pada dinar emas. Maka hilanglah keterujaan saya apabila mengetahui dinar tadi hanyalah sekeping wang kertas yang kini nilai bagi 1 IQD = 0.000755230 USD. (sila rujuk Link)

Oklah, cukup dengan pengenalan ringkas tadi. Apa yang saya nak bawa di sini ialah walaupun Islam membenarkan apa yang disebut sebagai Musorofah (Tukaran atau jual beli matawang) tadi, Islam juga telah meletakkan beberapa dhawabit (prasyarat) yang perlu diikuti agar muamalah tadi selaras dengan hukum hakam yang telah ditetapkan.

Apa yang saya lihat berlaku di kalangan kita (umum) ialah beberapa permasalahan berikut :

Masalah (1)


Ada dikalangan mereka yang menjalankan urusniaga tadi dengan cara hutang. Maksud saya jual beli atau pertukaran tadi dijalankan bukan dalam satu masa atau majlis aqad yang sama. Islam mensyaratkan di dalam pertukaran mata wang (muamalah musorofah) mestilah dengan syarat yadan bi yadin (satu majlis penyerahan). Namun ada di kalangan kita yang mengambil dahulu wang dari sebelah pihak atau boleh saya katakan dengan istilah menempah, kemudian tukaran tadi diserah dalam waktu yang lain. Jika ini berlaku dalam urusniaga dinar Iraq anda, anda telah terlibat di dalam amaliah Riba' nasiah tanpa anda sedari atau dalam keadan sedar tapi buat-buat tak tahu. Riba' jelas haram di dalam Islam.

Masalah (2)


Yang pasti di kalangan kita telah mendapatkan dinar Iraq tadi dari pasaran gelap (Suk Saudak). Sebabnya, tiada bank atau sorrofah berdaftar yang menjalankan pertukaran tadi secara rasmi (semakan ringkas penulis di Mesir dan negara sekitar). Jadi kalau bank dan sorrofah tak menawarkan pertukaran tadi, kat mana lagi nak cari selain di suk saudak. Fatwa ulamak terkini seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi (kalau tak silap saya) mengatakan bahawa segala amaliah atau transaksi yang berkaitan dengan pasaran gelap adalah haram. Apa tidaknya. Pasaran gelap menyebabkan pengeluaran dinar Iraq tadi semakin tidak terkawal. Ini akan memudaratkan lagi ekonomi Iraq yang sudah sedia nazak.

Masalah (3)


Ada pula di kalangan kita yang menjual dinar Iraq tadi dengan dakyah yang seolah-olah menjanjikan keuntungan yang pasti bagi para pembelinya. Sedangkan turun naik mata wang tiada siapa yang berani menjaminnya. Yang dibolehkan hanyalah ramalan kenaikan. Bukan pasti akan naik. Jadi jika anda menjual dinar tadi dengan dakyah yang sedemikian rupa ketahuilah bahawa anda telah menipu. Sekiranya si pembeli membeli kerana termakan hasil dakyah anda tadi tanpa mengetahui risiko yang bakal ditanggungnya maka anda telah memakan hasil yang disebut sebagai Aklu amwal an-nass bil batil atau memakan harta manusia dengan jalan yang batil iaitu menipu. Menipu jelas haram kerana termasuk di dalam al-ghisshu (penupiuan dalam jual beli) Nabi SAW melarang jual beli al-ghisshu.

Di sana juga ada yang seolah-olah hanya menerangkan kebaikan dan keistimewaan yang bakal diterima di samping menyembunyikan atau tidak mendetailkan secara jelas risiko-risiko yang sangat banyak yang perlu ditanggung oleh si pembeli dinar Iraq tadi.

Antara risiko tadi ialah :

- Risiko pemalsuan dinar Iraq. Adakah anda pasti itu wang asli yang digunakan di Iraq sedangkan anda membeli melalui pasaran gelap yang tidak tidak berdaftar walaupun duit tadi kelihatan cantik dan seolah-olah ada ciri keselamatan?

- Risiko pelupusan versi lama. Kebiasaannya, sesebuah negara (contoh Iraq sendiri) akan memberikan masa selama 3 bulan kepada pemegang wang untuk menukar wang lama kepada versi baru jika berlaku pembaharuan wang kertas yang dikeluarkan untuk tujuan pengukuhan keselamatan dan ceklist pengeluaran. Di mana anda nak tukar dan siapa nak maklumkan anda jika berlaku pertukaran tadi walhal anda hanya membeli melalui pasaran gelap. Dalam masa yang sama bank dan sorrofah tidak menawarkan sebarang trasaksi yang melibatkan dinar Iraq tika ini?

- Risiko di mana anda ingin menukar wang tadi contohnya selepas diketahui wang Iraq tadi mengalami peningkatan nilai. Nak pegi Iraq ke tukar duit tu atau si A dalam kisah di atas akan menjualkan kembali untuk anda? Jika naik sekarang atau setahun dua lagi mungkin si A masih ada di sini. jika naik 4 atau 5 tahun akan datang, kat mana anda nak tukar balik duit tu? Tau ke tidak risiko tu?

Risiko-risiko tadi mungkin juga si penjual dinar Iraq sendiri tidak tahu. Atau mungkin tahu tapi itu semua bukan prioriti. Yang penting duit yang dijual laku dan apa peduli pada si pembeli yang tak mengkaji dahulu sebelum membeli. Nak salahkan siapa kalau dah tertipu. Last-last buat hiasan dan simpanan sebagai kenangan. Kenangan yang amat mahal harganya.

Masalah (4)


Adakah kita juga ingin jadi seperti Spekulator matawang Georg Soros yang suatu ketika dahulu pernah menyerang ekonomi Malaysia? Beli wang RM dengan banyak, simpan dan kemudia satu masa menjual kembali semua wang tadi serentak sehingga menyebabkan kecairan serta lambakan RM dan sekaligus menyebabkan kejatuhan nilai RM. Kita mungkin tak sampai seperti itu kerana kita beli sikit sahaja. Tapi lebih kurang sama cuma namanya mungkin spekulator kecil kecilan sahaja. Kita nampak kecil. Tapi niat kita sama juga sebab niat kita membeli dan akan menjualnya semula apabila kedudukan IQD bertambah baik. Lainlah kalau belinya hanya sekadar untuk hiasan dan simpanan sahaja, atau koleksi matawang semata. Kalau dah membeli sehingga IQD 1,000,000 tu bukan koleksi simpanan namanya.

Jangan kerana ingin cepat senang kita lupakan hukun hakam yang Allah telah gariskan.

Itulah di antara masalah-masalah yang berlaku apabila kita membeli Dinar Iraq. Jika lepaspun hukum di atas, saya tetap menasihatkan berpadalah sekiranya ingin membeli. Bukan tak boleh, tapi carilah saluran dan amaliah yang dibolehkan. Bak kata kawan saya jangan sampai jadi rugi membeli dan kempunan pula kerana tak membelinya (yelah, kalau betul lah suatu hari nanti IQD 1 = USD 1 atau lebih dari itu)

Si penjual dinar Iraq sudah untung awal kerana anda telah membeli darinya. Tapi nasib anda belum tentu lagi. Mungkin balik modal jika ada yang ingin membelinya semula dari anda. Dan mungkin akan hanya menjadi koleksi kenangan-kenangan jika Iraq gagal untuk memulihkaan ekonominya walaupun Minyak di Iraq sangat banyak simpanannnya.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda melabur atau membeli dinar Iraq. Perkara berikut anda boleh baca sendiri di dalam link : Klik (versi inggeris);

1) Kenapa si pengurup dinar Iraq menjual dinar Iraq jika dia yakin bahawa jika dia yang menyimpannya sendiri, dia akan jadi kaya raya suatu hari nanti apabila tiba masa kestabilannya. Tentu dia jawab sebab nak kongsi kekayaan bersama bukan? Atau dia sendiri tak yakin nak simpan wang tu, jadi ambil kesempatan untuk senang lebih awal dengan menjualnya kepada anda tanpa ada risiko kerugian.

2) Walaupun minyak Iraq banyak, tak semestinya ekonomi akan pulih dengan cepat dan sempurna. Contoh Venezuala. Minyak banyak tapi politik tak stabil. Ekonominya tak kemana. Lainlah jika anda melabur di syarikat minyak di venezuala atau Iraq. Ha, itu terjaminlah keuntungannya. Melabur dengan membeli duit Iraq tak sama seperti melabur terus di dalam syarikat yang menguruskan minyak tadi.

3) Orang nak samakan ekonomi Iraq dengan ekonomi Kuwait. Suatu ketika dahulu. Kuwait bangkit selepas 3 tahun perang teluk dengan nilai matawang yang tinggi menyamai paras Dolar Amerika. Anda perlu tahu, ya memang Kuwait mampu bangkit. Tapi kata pakar, this is comparing apples to oranges. Mana sama oren dengan apel. Kuwait mampu bangkit atas beberapa sebab. Simpanan sebelum perang sebanyak USD 100 bilion tanpa hutang, politik yang stabil sebelum dan selepas perang dan minyak yang terurus dengan baik. Di Iraq, sebelum perang sudah berhutang sebanyak USD 125 bilion. Ditambah pula dengan politik yang huru-hara dan walaupun minyak banyak, tapi saluran paip minyak selalu disabotaj ditambah perompak minyak dunia (Amerika) telah kuasai segalanya di sana. Tak sama kan bang.


Wallahuaalam...

P/s :

1) Siapa yang belum lagi baca Harian Metro, Jumaat (5 Januari 2007) di dalam ruangan berita utama bertajuk 'Jutawan segera' dinar Iraq. Sila klik link berikut. Kalau sudah tiada, bagi tahu nanti saya akan uploadkan: Klik

2) Sila baca artikel yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat terkemuka yang menguruskan tukaran matawang berkenaan kemampuan dinar Iraq. Jika tak faham mintalah kawan-kawan yang faham bacakan untuk anda : Klik


Sumber :

Artikel-artikel di www.zaharuddin.com
Artikel-artikel di www.xe.com
beberapa orang pembeli yang telah membeli

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, December 28, 2006

Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. (Siri 1)

Bismillah...

Hadis Nabi SAW menyatakan:

التاجرالأمين الصّدوق المسلم، مع الشهداء يوم القيامة

Yang bermaksud : Peniaga yang amanah, berkata benar dan muslim akan bersama dengan para syuhadak pada hari qiamat. Au kama qala Rasulullah SAW.

Dalam kegilaan kita mencari kekayaan dan keuntungan, terkadang kita lupa akan hukum hakam yang mana kita terikat padanya sebagai satu pakej yang wajib kita penuhi apabila kita telah mengimani kalimah toiyibah (kalimah syahadah). Islam tidak menghalang mana-mana penganutya untuk mengaut keuntungan di dalam perniagaan bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya terlibat dalam perniagaan. Bukankah 9/10 sumber rezeki itu berpunca dari perniagaan.

Kaedah fiqhiyah menyatakan bahawa muamalat (secara khusus perniagaan) itu kesemuanya mubah kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Ini bukti bahawa Islam amat terbuka di dalam perkara ini akan tetapi sangat menagambil berat agar muamalah yang dijalankan suci daripada pemerasan. Suci dari pembohongan. Suci dari memakan harta manusia dengan kebatilan. Agar hasil yang diterima itu suci lagi menyucikan dan mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Ketahuilah bahawa kaedah fiqhiyah juga ada menyatakan:

Ma Hurima Akhazahu Hurima Aatoahu.

Maksudnya : Apa yang diharamkan mengambilnya maka diharamkan juga memberinya.

Harta dan keuntungan yang kita perolehi dari yang haram bukan sahaja haram untuk kita bahkan haram juga untuk kita berikan kepada orang lain. Bayangkan jika kita seorang bapa. Adakah kita akan berikan pada anak kita makanan dari hasil yang haram. Tidak terfikirkah kita kesannya. Anak-anak jadi nakal dah susah untuk dilentur. Gejala sosial jadi habuannya. Akhirnya bala dari Tuhan menanti kita semua.

Allah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Anfal ayat ke 25 :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya

Lihatlah bahawa bala Allah itu tidak turun hanya pada yang membuat kerosakan dan huru-hara. Akan tetapi semua akan merasa azabnya jika kita berterusan di dalam kerosakan dan tidak kembali kepadanya dan jalan yang telah disuluhnya.

Lihatlah pula jika kita seorang penuntut ilmu. Kita menerima dan mencari rezeki dari sumber yang haram. Belajar agama sambil makan hasil yang haram. Aduh, sakit kepala. Itu makanan, belum lagi dengan penglihatan yang haram. Kata-kata yang haram. Pembacaan yang haram. Dan banyak lagi yang haram.

Lupa kita pada kisah Imam Syafie yang mengadu kepada gurunya Imam Waqik tentang kelemahan ingatannya. Jawapan yang diberikan sangat mudah iaitu tinggalkanlah maksiat. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati orang yang berbuat dosa. Allah. Saya Nasihatkan diri saya sendiri!!!

Tahu apa kesilapan Imam Syafie waktu itu?? Hanya melihat tumit wanita yang tak pakai stokin. Kita lebih-lebih lagi. Bukan setakat tumit wanita yang kita lihat!!! Patutlah lagi banyak lupanya dari Imam Syafie. Quran susah nak menghafal. Periksa asyik tak lulus. Belajar tak masuk-masuk. Orang tanya pun susah nak menjawab. Takut nak kehadapan. Mandom!!! Astaghfirullahalazim. Cukuplah tu…!!!

Sebenarnya, Ini adalah muqaddimah saya dalam membongkar beberapa kerosakan di dalam muamalah yang berlaku bukan setakat di Negara kita Malaysia, malah tidak dilupakan di tempat kita berkumpul menadah ilmu (bumi Mesir) dan lebih menyayat hati apabila ia berlaku sendiri di dalam kelompok kita yang belajar maqasid syariyah, belajar hadis, belajar tafsir, belajar feqah dan belajar segala ilmu-ilmu agama. Malangnya!!!

Doakan saya sempat menyambung risalah ini…

Wallahuaalam...

Kita akan selesaikan artikel ini insyaalah sebelum 25 000 dinar Iraq ini bersamaan dengan 25 000 dolar Amerika 3 tahun dari sekarang (Menurut pandangan pengamal skim cepat kaya!!!)


[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, November 21, 2006

Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi

Bismillah...

Hari ini ada orang bertanya kepada saya tentang hukum melabur di ASB. Saya terkedu sementara bagaimana nak menjawab persoalan tersebut. Lalu saya katakan saya tidak bisa menjawabnya kerana saya memang tidak tahu apa hukum ASB secara detail dan kenapa. Yang saya tahu ia tidak boleh disertai dan ada kaitan dengan pelaburan yang dijalankan oleh pihak penaja ASB tersebut.

Lalu saya keluar tadi sambil memikirkan betulker tindakan yang saya buat tadi. Dan jawapan yang saya terima hasil penakkulan tadi ialah "benar". Kalau kita tidak tahu kenapa malu untuk berkata "saya tidak tahu". Untuk menghukum sesuatu perkara yang besar bukannya mudah. Terutamanya perkara yang kompleks seperti ASB, ASN, BSN, KWSP, BSN, Takaful Nasional dan lain-lain badan kewangan yang ditubuhkan. Ia memerlukan suatu kajian menyeluruh dan bersepadu kemudian barulah kita boleh meletakkan hukum yang tepat mengenai perkara tersebut.

Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.

Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!!

Bayangkan tadi, jika saya mengatakan kepada si penanya bahawa pelaburan (saham) itu dibenarkan di dalam Islam. Lalu saya menyimpulkan bahawa ASB (Amanah Saham Bumiputra) diharuskan atas dasar namanya yang bertepatan dengan ajaran Islam. Sesat la orang macam tu.
Apa yang saya nak bawa kat sini, tidak salah kita katakan "kita tidak tahu" buat sementara. Jangan main nak jawab jer bila orang tanya. Kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita fatwakan atau apa yang kita hukumkan kelak. Sifat ni memang susah. Maklumlah, malu nak kata "tak tahu" ni. Ustaz lah katakan. Nak kata tak tahu, orang kampung kata apa pulak ustaz ni, belajar lama-lama kat Mesir, soalan ciput macam gini pun tak boleh nak jawab. Itu biarlah, orang nak kata. yang penting kita menjaga amanah ilmu. Amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak.

Kemudian, kalau dah kita jawab "tak tahu" takkan lah kita nak berdiam diri sahaja kan. Cari la jawapannya lepas tu. Buat study sikit. Tanya orang lain ker. Bukak kitab ker. Apa sahajalah. Agar kita naik ke satu peringkat peringkat yang dinamakan "tahu". Tak rugi kan macam tu.

Oklah, untuk jawapan kepada persoalan tadi, di sini saya bawakan sedikit pandangan Ust Zaharuddin Abdul Rahman dengan sedikit kajian yang di bawanya :

Hukum ASB adalah haram dan perlu dikeluarkan simpanan yang berada di ASB atas sebab-sebab berikut :

A) Pelaburan ASB ke tempat-tempat yang tidak syarie melebehi 30% seperti :-

1) 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
2) 1.11 % ke Commerce asset holdings berhad ( Syarikat konvensional)
3) 1.07 % ke British American Tobacco berhad (Syarikat rokok yang memudaratkan)
4) 0.89 % ke Malaysian National Reinsurance Berhad ( Insuran konvensional)

B) Di dalam Islam (pandangan mazhab syafie), aqad pelaburan (mudharabah) tidak membenarkan jaminan oleh pihak penerima modal di atas segala kerugian yang ditanggung. Akan tetapi ASB telah mendapat jaminan oleh pihak Kerajaan(PNB). Jadi sudah berlaku kesilapan dari segi aqad yang dibina. Ia telah difatwakan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

C) Banyak lagi institusi kewangan lain yang menawarkan khidmad pelaburan yang halal.
Walaupun demikian, ada beberapa pandangan yang menyatakan ASB halal untuk disertai seperti pandangan Majlis Fatwa Negeri Perak, Negeri Sarawak dan beberapa pandangan lain yang melihat bahawa pelaburan ASB ke tempat HARAM hanya sekitar 30%. Oleh itu dibolehkan dengan sebab pelaburan ke tempat yang HALAL melebehi peleburan ke tempat yang HARAM.

Begitulah serba sedikit maklumat yang saya perolehi hasil sedikit pembacaan dan perbincangan yang dibuat. Di sana sebenarnya ada banyak lagi pusat-pusat pelaburan yang menjanjikan pulangan modal yang besar dan nyata halal berbanding ASB. Anda boleh rujuk ASNITAR, HPA Holdings (syarikat perubatan Islam) dan lain-lain badan yang membuka ruang untuk pelaburan.

Dan pelaburan yang paling untung sebenarnya ialah apabila anda sendiri yang melaburkan wang anda untuk perniagaan anda sendiri. Sekian untuk renungan.

Wallahu'aalam..

Rujukan :

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails