Bismillah…
Alhamdulillah. Kitab yang ingin saya perkenalkan ini bertajuk "Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf. Hampir 2 tahun saya mencari kitab ini di merata tempat, kini dapat juga saya baca dan PDF kan untuk dikongsi bersama para pembaca budiman. Saya hanya mampu meminjamnya dari kawan CHEM kerana kitab ini telah kehabisan di pasaran. Puas saya cari di maarad kutub, di maktabah sekitar kaherah dan tanta, namun kitab ini seolah-olah telah ghuyub dari pasaran dengan dua kemungkinan. Pertamanya ia sudah habis kerana terlalu banyak permintaan. Kedua, kitab ini telah dihalang dari memasuki pasaran Mesir kerana terlalu ramai kewujudan mereka yang bertentangan dengan pengarang kitab ini. Itu hanya sangkaan saya sahaja. Terpulang pada para sahabat untuk menilainya. Sangka baik, mungkin ada tempat lain yang saya tak pegi lagi.
Yang banyak di pasaran adalah kitab di bawah ini dengan tajuk yang hampir sama iaitu " Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Taraha" – Karangan Muhammad Nasiruddin al-Albani. Di mana-mana maktabah sekitar Kaherah hanya kitab ini sahaja yang ada. Pernah saya sewaktu mencari kitab di atas dicemuh oleh petugas di sebuah maktabah katanya : Buat apa cari kitab tu, kitab ini (Karangan Al-Albani) kan ada. Saya kata saya dah ada. Suka hati saya nak baca yang mana. Pelik, seolah-olah ada sesuatu yang menarik sehingga kitab tersebut ghuyub dari pasaran Mesir.
Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Bacalah kedua-dua kitab tersebut dan jangan halang sesiapa untuk menilainya. Saya tidak mahu pengaruhi anda sebelum anda sendiri membaca kedua-dua kitab tersebut. Zaman ni ramai orang yang menghalang orang untuk membaca kitab-kitab karangan puak yang berlawanan dengan mereka. (halang tak bagi baca terus dengan hujjah haram baca kitab ahli bid'ah). Kebenaran akan terjelma juga walaupun kita dihalang dari membacanya. Kita ni banyak sangat komen orang sebelum kita temui dan nilai dengan teliti hujah yang orang bawa. Bahaya sekali. Nanti kita akan terhalang dari menemui kebenaran. Bagi saya, walaupun kita bertentangan pendapat tak sepatutnya kita menghalang orang dari menilai dengan teliti hujjah yang di bawa pihak yang berlawanan. Satu lagi, kita berlawan hujjah bukan berlawan syaksiyah. Tak boleh kita mencela pihak yang berlawanan dengan kita dengan sebab hujah kita habis di ptah pihak lawan. Dah dah..panjang pulak membebel.
Sila klik link di bawah untuk dapatkan PDF kitab karangan Syeikh Hassan Saggaf tersebut. Kitab yang satu lagi tu karanagn Syeikh Al-Albani, anda boleh dapatkan di Darul Salam atau mana-mana maktabah yang banyak di Mesir ni. Kalau sesiapa ada jumpa kitab karanagn Syeikh Hassan Saggaf tu boleh bagi tahu saya untuk saya beli yang soft copy. Belilah barangan original. Minta maaf sekiranya PDF tu tak berapa terang. Kalau nak terang lagi kene besarkan saiz dpi dia. Berat la nanti hasilnya. Nak buat sekali lagi kene tunggu 5 jam pulak duduk depan scanner. Tak larat. Sekian sahaja untuk kali ini.
File tersebut dalam bentuk PDF yang telah di kecilkan dengan file rar bersaiz 12 MB.
Sila Klik :
Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf
Wallahu'aalam.
3 comments:
Bagi aku, tak semua orang patut membaca kedua-duanya.
Orang yang jahil macam aku ni, takde ilmu, takde kemampuan menilai, aku SANGAT TAKUT kalau-kalau aku tersilap.
Lagipun aku ni nak kata muqallid pun aku tak rasa macam tak layak lagi...
Aku pun tak kata haram membaca, tapi aku sendiri takut. Kalau iman seseorang itu boleh dilihat daripada kawannya, dan mengambil ilmu tu kan baiknya dari guru yang terpercaya ilmunya.
Bagi aku, kalau belum ada asas macam aku ni, kalau baca dua-dua, takut aku MENCAMPUR ADUKKAN betul dan silap, dan memberikan penilaian SAMA RATA antara BETUL DAN SALAH, sedangkan hak yang benar adalah diterima dan hak yang salah adalah ditolak, BUKAN bagi sama rata.
Kerana, aku rasa aku belum ada ilmu, jahil dan tiada asas yang cukup. Kemampuan MEMBANDING antara dua bukan kemampuan aku. Atau cakap mudahnya, tak semua orang patut baca dua-dua.
Bagi orang macam aku, membaca yang betul itu lebih patut, mendapat pemahaman yang betul itu lebih patut, mempunyai asas yang betul itu lebih patut, KERANA aku belum layak.
Tapi, membaca bagi aku tak salah. Tapi memberi penilaian, takut orang yang tak layak macam aku ni pun pandai2 nak nilai. hehehe
alamat, hancurlah dunia.
aku rasa cara ko ni bahaya ..memng maksud ko tu lain..Albani tu byk masalah akidah buat apa kita buat rujukan dissitu..blog ko ni bukan org yg power je yg bc tp yg setakat tahu asas agama pun bc..di situ ada bahaya nya
* Pustaka Digital Al Kubro ini terilhami dari beberapa software program Pustaka atau Mausu’ah Digital yang kami dapatkan saat kami menunaikan Ibadah haji tahun 2006 yang lalu. Alhamdulillah kami berkesempatan mengkoleksi berbagai macam software tersebut, baik dalam bentuk CD, DVD ataupun eksternal Hardis. Dengan koleksi tersebut sesampainya ditanah air kami coba pelajari dan cermati, dan kesimpulannya, kami sangat berbahagia sekali karena kami telah mendapatkan gudang samudera ilmu yang amat berharga. Impian untuk memiliki perpustakaan lengkap tercapai sudah. Kami sempat mengkalkulasi jumlah kitab yang ada dalam software tersebut mencapai lebih dari 2500 judul yang terdiri lebih dari 20.000 jilid, Jika judul kitab dalam jumlah tersebut kita beli dalam versi cetaknya, kita butuh dana sekurang kurang 1 Milyar Rupiah.
* Berangkat dari yang tersebut diatas kami berkeinginan kuat kiranya software tersebut bisa di nikmati oleh kaum Muslimin Indonesia, akan tetapi yang menjadi kendala adalah factor bahasa yang tidak semua orang bisa bahasa Arab atau mereka yang bisa bahasa Arabpun belum tentu paham bahasa istilah computer dalam bahasa Arab. Akhirnya kendala tersebut bisa kami atasi dengan cara mengolah ulang interface software ke dalam bahasa Indonesia dan kadang kadang dicampur dengan bahasa Inggris karena tidak memungkinkan di Indonesiakan.
* Software program Pustaka ini dirancang dengan mode opensource sehingga sangat memungkinkan untuk dikembangkan pengguna menjadi pustaka pribadi yang dinamis dan variatif. Oleh karena itu dalam pola distribusi kami paketkan dengan training penggunaan yang insya Allah dengan cara tersebut pengguna bisa memanfaatkan software secara optimal dan maksimal.
* Bagi mereka yang sama sekali tidak paham bahasa Arab kami masukkan program instant translator yang sementara bisa dimanfaatkan dengan cara online link via google/translate. Insya Allah pada versi berikutnya akan kami usahakan secara offline dengan software khusus. Mohon doanya.
Post a Comment