Bismillah...
Siapa dia manusia luar biasa? Anda?? Saya, Mereka atau Dia..??
Pernah saksikan Filem Cinta Luar Biasa? mengisahkan jalan cinta (tidak bermaksud saya sokong apa yang dibawa oleh filem tersebut) antara dua insan (lakonan apek saiful dan shani)yang mempunyai saiz yang amat berbeza lalu di namakan filem tersebut dengan Cinta Luar Biasa (CLB). Luar biasa di sini ditakrifkan dengan pengertian yang sangat objektif. Saya tidak bermaksud jika anda mempunyai kasut bersaiz 15 maka anda saya gelar dengan insan luar biasa. Atau jika anda memiliki ketinggian 2.5 meter maka anda digelar dengan manusia luar biasa. Tidak, bukan itu yang ingin saya maksudkan.
Manusia luar biasa yang saya maksudkan adalah insan biasa yang memiliki tindakan yang luar biasa. Dengan tindakan tersebut, dia terangkat dengan gelaran manusia luar biasa. Kalau dia berjaya, kejayaannya sangat luar biasa. Kalau dia memimpin, kesan pimpinannya juga amat luar biasa. Kalau dia seorang hamba, taatnya kepada Tuhanya juga amat berbeza dan istimewa dari manusia biasa.
Orang yang tindakannya seperti orang kebanyakkan, maka dia akan jadi seperti manusia biasa. Tiada yang istimewa yang membezakannya dengan insan lain. Kerana tindakan dan hasilnya hanya lebih kurang sama sahaja. Hidupnya hanya mengikut arus yang ada. Kalau terhenti arus dek keringnya air, maka akan terhentilah jalan hidupnya. Kalau laju dan deras arus itu, maka tinggi dan lajulah potensi dirinya. Potensi dan kejayaannya dipengaruhi suasana. Muqaiyad tidak mutlak. Dia mengikut suasana bukan melakarnya.
Rasulullah SAW adalah insan luar biasa no. 1 yang mendominasi teladan manusia. Baginda tiada tandingannya. Segala segi dan ruang yang ada, baginda adalah insan no. 1 yang menjadi ikutan dan rujukan, bermula dengan nama Baginda sehinggalah segala apa yang dilakukanNya. Namanya sehingga kini menjadi sebutan lantas menjadi nama pilihan utama ayah dan ibu untuk anak-anak mereka. Sungguh luar biasa. Baginda adalah insan pertama yang diberi nama Muhammad. Sebelum Baginda, tiada ibu dan ayah yang terfikir untuk menamakan anak mereka dengan panggilan Muhammad.
Perlakuan, sifat dan tindakan baginda menjadi kajian dan sumber rujukan sehingga tertulis di dalam kitab-kitab hadis, sirah, perundangan, kekeluargaan dan segenap ruang kehidupan. Sungguh luar biasa. Mana ada seseorang setanding Baginda SAW yang sirah perjalanan hidupnya dari hari kelahiran sehingga hari kewafatannya lengkap dan kekal terpelihara sehingga kini. Siapa yang ingin jadi luar biasa semestinya banyak merujuk perjalanan hidup Baginda. Soalnya, entah di mana kita letakkan Baginda dalam sisi kehidupan kita..??!
Apa yang luar biasa dalam diri Baginda SAW :
* IbadahNya tidak tertanding oleh manusia biasa. Walaupun dosa dan kesalahnNya telah terampun kerana sifatnya yang maksum, Baginda tetap solat sehingga pecah tumit kaki Baginda hanya kerana ingin mensyukuri nikmat TuhanNya. Sungguh luar biasa berbanding gaya ibadah kita hari ini.
* Rasulullah memiliki isteri yang ramai. 12 orang kesemuanya isteri Baginda. Namun keadilan dan kebahagiaan tetap terpelihara. Zaman kita, entah kenapa. Perceraian merata-rata. Kes-kes di mahkamah syariah bertimbun yang minta di selesaikan. Luar biasanya pimpinan Baginda dalam keluargaNya.
* Baginda adalah bapa dan datuk yang sangat penyayang. Walaupun begitu baginda tetap tegas dalam mendidik anak-anak baginda sehinggakan jika anak Baginda yang mencuri maka akan dipotong tangannya. Itu amaran baginda. Berbeza sunguh dengan bapa-bapa zaman ini. Anak-anak diajar dengan korupsi. mencuri cara terhormat.
* Pimpinan Baginda mampu menewaskan tentera musuh dalam peperangan Badar al-qubra. 300 tentera Islam vs 1000 kuffar mushrik. Tiada kereta kebal. tiada rifel dan aparche. Sekarang ni, umat Islam punyalah kaya, punyalah ramai. Berbeza bukan dengan apa yang Baginda bawa..??!
* Baginda mampu menyatukan 2 qabilah besar Auz dan Khazraj di madinah dengan asas ukhwah Islamiyah. Sebelum Baginda, habis idea penduduk madinah mahu menyelesai sengketa antara mereka. Datangnya baginda, dengan akhlak dan Islam yang sempurna satukan mereka sehingga tiada lagi pergolakan sesama mereka. Luar biasa sungguh tindakan Baginda.
* Baginda adalah sahabat yang paling akrab bagi sesiapa yang bersahabat dengan Baginda. Para Sahabat r.a sanggup bergadai nyawa dan harta benda mempertahan Baginda dan perjuanganNya dari segala bahaya. Malahan, tiada orang pertama yang di kasihi oleh para sahabat melainkan selepas Allah dan Rasulnya. Hebat sungguh baginda bersahabat. Kalau Nabi SAW tidak menjual ukhwah kepada sahabat terlebih dahulu, manakan terhasil sahabat-sahabat yang sebegitu. Sahabat kita hari ini macam mana..??
Kesimpulan :
Saya tidak terdaya menceritakan kesemuanya. Saya juga bukanlah insan luar biasa yang mampu menjadikan Rasulullah sebagai sumber rujukan utama dalam hidup saya. Namun saya cuba untuk ke arah itu. Ma la Yudraku Kulluhu La Yutraku Kulluhu. Jika tak mampu untuk ikut keseluruhannya janganlah terus di tinggalkan semuanya. Idea yang ingin saya sampaikan di sini ialah kita semua adalah insan biasa. Hanya dengan tindakan dan perancangan kita yang luar biasa mampu mengangkat kita jadi manusia luar biasa.
Islam akan lebih terkehadapan sekiranya dipimpin oleh insan yang luar biasa seperti insan luar biasa no. 1 Muhammad SAW telah buktikannya suatu ketika dahulu. Islam kini rindukan kelahiran isan luar biasa persis Habibuna Muhammad SAW. Adakah kita orang yang luar biasa itu..??!!
Wallahu'aalam..

1 comment:
luar biasa
Post a Comment