-->

Thursday, December 28, 2006

Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. (Siri 1)

Bismillah...

Hadis Nabi SAW menyatakan:

التاجرالأمين الصّدوق المسلم، مع الشهداء يوم القيامة

Yang bermaksud : Peniaga yang amanah, berkata benar dan muslim akan bersama dengan para syuhadak pada hari qiamat. Au kama qala Rasulullah SAW.

Dalam kegilaan kita mencari kekayaan dan keuntungan, terkadang kita lupa akan hukum hakam yang mana kita terikat padanya sebagai satu pakej yang wajib kita penuhi apabila kita telah mengimani kalimah toiyibah (kalimah syahadah). Islam tidak menghalang mana-mana penganutya untuk mengaut keuntungan di dalam perniagaan bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya terlibat dalam perniagaan. Bukankah 9/10 sumber rezeki itu berpunca dari perniagaan.

Kaedah fiqhiyah menyatakan bahawa muamalat (secara khusus perniagaan) itu kesemuanya mubah kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Ini bukti bahawa Islam amat terbuka di dalam perkara ini akan tetapi sangat menagambil berat agar muamalah yang dijalankan suci daripada pemerasan. Suci dari pembohongan. Suci dari memakan harta manusia dengan kebatilan. Agar hasil yang diterima itu suci lagi menyucikan dan mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Ketahuilah bahawa kaedah fiqhiyah juga ada menyatakan:

Ma Hurima Akhazahu Hurima Aatoahu.

Maksudnya : Apa yang diharamkan mengambilnya maka diharamkan juga memberinya.

Harta dan keuntungan yang kita perolehi dari yang haram bukan sahaja haram untuk kita bahkan haram juga untuk kita berikan kepada orang lain. Bayangkan jika kita seorang bapa. Adakah kita akan berikan pada anak kita makanan dari hasil yang haram. Tidak terfikirkah kita kesannya. Anak-anak jadi nakal dah susah untuk dilentur. Gejala sosial jadi habuannya. Akhirnya bala dari Tuhan menanti kita semua.

Allah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Anfal ayat ke 25 :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya

Lihatlah bahawa bala Allah itu tidak turun hanya pada yang membuat kerosakan dan huru-hara. Akan tetapi semua akan merasa azabnya jika kita berterusan di dalam kerosakan dan tidak kembali kepadanya dan jalan yang telah disuluhnya.

Lihatlah pula jika kita seorang penuntut ilmu. Kita menerima dan mencari rezeki dari sumber yang haram. Belajar agama sambil makan hasil yang haram. Aduh, sakit kepala. Itu makanan, belum lagi dengan penglihatan yang haram. Kata-kata yang haram. Pembacaan yang haram. Dan banyak lagi yang haram.

Lupa kita pada kisah Imam Syafie yang mengadu kepada gurunya Imam Waqik tentang kelemahan ingatannya. Jawapan yang diberikan sangat mudah iaitu tinggalkanlah maksiat. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati orang yang berbuat dosa. Allah. Saya Nasihatkan diri saya sendiri!!!

Tahu apa kesilapan Imam Syafie waktu itu?? Hanya melihat tumit wanita yang tak pakai stokin. Kita lebih-lebih lagi. Bukan setakat tumit wanita yang kita lihat!!! Patutlah lagi banyak lupanya dari Imam Syafie. Quran susah nak menghafal. Periksa asyik tak lulus. Belajar tak masuk-masuk. Orang tanya pun susah nak menjawab. Takut nak kehadapan. Mandom!!! Astaghfirullahalazim. Cukuplah tu…!!!

Sebenarnya, Ini adalah muqaddimah saya dalam membongkar beberapa kerosakan di dalam muamalah yang berlaku bukan setakat di Negara kita Malaysia, malah tidak dilupakan di tempat kita berkumpul menadah ilmu (bumi Mesir) dan lebih menyayat hati apabila ia berlaku sendiri di dalam kelompok kita yang belajar maqasid syariyah, belajar hadis, belajar tafsir, belajar feqah dan belajar segala ilmu-ilmu agama. Malangnya!!!

Doakan saya sempat menyambung risalah ini…

Wallahuaalam...

Kita akan selesaikan artikel ini insyaalah sebelum 25 000 dinar Iraq ini bersamaan dengan 25 000 dolar Amerika 3 tahun dari sekarang (Menurut pandangan pengamal skim cepat kaya!!!)


4 comments:

mohd zaki said...

tumit? ye ke?
kalau tak salah aku, dalam cerita yang aku dengar pula lain sebabnya.

kalau yang aku dengar, mak Imam Syafii dapat susu, jadi bila Imam Syafii tanya, mak dia kata, susu lah. Susu halal. Jadi, pergi cek dengan tuan punya kambing, pun kambing tu memang kambing dengan hak milik sah, bukan kambing curi atau kambing rampas.

Tapi, bila cek, rupanya kambing tu makan rumput yang bukan tuan kambing tu punya. Ragut rumput yang tanpa izin. Tak pasti apa seterusnya cerita tu.

Mohamadfairuz said...

ermm..cerita tu saya dengar dari pak arab..nanti lah aku cari kesahihannya ok..sory tak cek dulu sebelum keluarkan..

Anonymous said...

ustaz cerita yg ustaz ceritakan 2 mmg ade dan yg ustaz zaki ckp 2 pun mmg ade....cerita ttg imam syafie menuntut ilmu ni bkn 2 je
malahan ade lg...klu nak tw cari
sendiri...... sekian.....

Mohamadfairuz said...

Ye..terima kasih..tolong carikan ler..

Related Posts with Thumbnails