-->

HijriDate

Monday, April 03, 2006

Ada apa dengan Aku dan Enta??

"Dah lama dah..."

Perkataan yang sering menjadi buah mulut mahasiswa di sini..entah apa maksudnya. Cuma kali ini aku gunakan perkataan itu kerana dah lama dah aku tak update blog ni. Kritikan dan pandangan kawan2 semua aku ucapkan terima kasih. Tanpa kalian siapalah aku.
Hari ini saya hendak membicarakan sesuatu. Ana rasa perkara ini seolah-olah tidak penting bagi seseorang, namun ia amat penting dalam diriku.

Ia adalah berkaitan dengan kata gantinama diri pertama dan kedua:aku, engkau, saya, awak, ana, enta, abang, adik dan etc.

Bagiku, selaku seorang yang duduk di dalam realiti masyarakat, perkara ini perlulah diambil berat oleh setiap orang yang ingin rasa disenangi oleh orang lain. Tak kiralah lapisan masyarakat pelajar, kampung, desa, bandar dan di mana-mana sahaja. Asalkan masih dinamakan masyarakat. (kecuali masyarakat hutan belantara, kalau kita dah tak mau campur dengan manusialah kan).

Setiap kata gantinama tersebut mempunyai perasaannya yang tersendiri. Bagi mereka yang tidak pernah memikirkan hal ini, marilah sama-sama kita berbincang, adakah semua kata gantinama tersebut boleh kita gunakan mengikut kehendak dan kebiasaan kita semata-mata, atau kita perlu mengikut suasana pihak yang kedua (kata gantinama diri kedua)??Kita lihat experimen di bawah ini:

1) Dalam kelas (perbualan antra guru dan murid)
Guru : Kau tahu tak 1 + 2 berapa ahmad?
Ahmad : Aku tak taulah , Kalau ko tahu berapa jawapannya?

2) Di dalam satu forum (perbualan ahli panel dan pengerusi)
Pengerusi : Boleh Abang terangkan apa maksud CINTA kepada saya?
Panel : Aku baru saja jawab tadi. Ko ni dah kenapa??

3) Sesi Taarruf mahasiswa baru dan lama
Lama : Nama ana hisyam, tahun 3 kuliah lughah, sapa nama adik dan asal dari mana.
Baru : Eh kamu ni, tengoklah dalam name tag aku ni, punyalah besar tak kan tak nampak??aku ni student baru tau. tak takut ker!!

4) Antara emak dan anak
Emak : sudin, amikkan mak air tu din, mak dahagalah.
Sudin : Enti ambil sendirilah, ana tengah sibuk ni.

5) kawan sekuliah
Sudin : ko nak pegi mana tu mal??
Aiman : ana nak ke kedai. Enta nak ikut?
Sudin : mual lah man aku dengar ko cakap ana enta ni. Tak rock laa!!

Amacam? ok tak perbualan2 di atas ni? Bagi yang menghayati, tentunya rasa tak selesa sekiranya berada di dalam situasi di atas. Katagantinama diri memang berperanan besar dalam kehidupan kita seharian. Anda semua semestinya tahu sebenarnya mana perkataan yang paling baik dan menghormati pihak kedua. Timbang-timbangkanlah dan amatilah dalam kehidupan kita seharian sejauh mana kita meletakkan kataganti nama pada tempatnya. Hormatilah pihak kedua jika anda mahu dihormmati.

Pesanan ini ditaja oleh : Ubat batuk cap Ibu dan Anak. Hormatilah kalau anda ingin dihormati..Hormat menghormati amalan mulia..

2 comments:

Ibnu Ali said...

Enta nak ikut I? kalau nak ikut aku, kamu kena sedia bersama ana... hehehe sekoda2

Sufi is me said...

Memilih ganti nama yang sesuai adalah penting, apatah lagi bila berkomunikasi dengan orang yang berlainan jantina dan mempunyai jarak usia. Bagi sesetengah orang, jika sedang berkomunikasi dengan orang yang lebih dihormati (kerana faktor usia dan ilmu serta jantina), mereka cenderung mengunakan ana-enta/enti sebagai gantinama. Adakala seperti sudah terbiasa begitu. Jadi jangan tergelaklah jika ada yang tersasul menggunakan saya/ana dalam ayat yang sama, lantaran pertembungan antara keterbiasaan lidah dan persepsi yang ada pada fikiran penutur. Tapi apapun gantinama yang digunakan, komunikasi pasti terjauh dari gurisan hati jika hati tulus kerana Tuhan.

Related Posts with Thumbnails