Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoret sedikit titipan untuk para pembaca budiman. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara di sini untuk tatapan pembaca. Saya tahu pembaca yang ada di sini bukanlah semuanya datang dari bumbung yang sama (pelajar bidang Agama), namun isi kandungannya bagi saya tetap sesuai untuk diambil pengajaran oleh sesiapa sahaja. Fokus saya kali ini adalah : Saya pelajar Agama serba boleh...!!!
Saya sebenarnya amat tertarik dengan satu slogan yang timbul tidak berapa lama dahulu. Slogan itu berbunyi memprofessionalkan ulamak dan mengulamakkan professional. Semua orang tahu apa itu ulamak. Tapi tak semua tahu apa erti professional. Di dalam kamus Dwibahasa, professional dinyatakan sebagai seseorang yang mempunyai kemahiran yang terlatih. Ada juga yang mengatakan bahawa professional mewakili bidang-bidang tertentu dalam pekerjaan. Pekerja kelas A seperti Doktor, Peguam, Pensyarah dan lain-lain digelar sebagai golongan professional. Bagi saya, tidak semestinya seorang doktor, pensyarah atau peguam tergolong dalam golongan professional. Ia tetap tidak professional jika ia tidak mahir dan terlatih dalam bidangnya.
Yang pastinya di sini, tiada orang yang lahir dalam keadaan professional. Semua orang boleh jadi professional kerana professional bagi saya tidak mewakili golongan tertentu dalam kerjaya. Professional perlukan latihan dan kemahiran. Seorang guru, tukang besi, pemain bola, ustaz dan apa sahaja profession boleh digelar professional. Syaratnya ia perlulah terlatih dan berkemahiran dalam bidangnya. Lebih-lebih lagi jika ia melampaui kemahiran di dalam bidang-bidang lainnya.
Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan :
إن الله يحب الذين آمنوا إذا عمل عملا أن يتقنه
Maksudnya : Sesungguhnya Allah Taala menyukai orang-orang yang beriman yang mana sekiranya ia melakukan sesuatu pekerjaan ia laksanakannya dengan kesungguhan (ketekunan)
Jelas diketahui dari mafhum hadis di atas, Islam amat menggalakkan agar ummatnya bersungguh-sungguh di dalam sesuatu pekerjaan. Kesungguhan di dalam sesuatu pekerjaan akan menatijahkan kemahiran dan kesempurnaan sekaligus akan menyebabkan kita tergolong di dalam kumpulan professional yang digembar-gemburkan masyarakat massa kini.
~ Mereka kata pelajar-pelajar lepasan al-Azhar lemah bahasa arab.
- Saya katakan ya, memang lemah. Tapi ketahuilah bahawa kemahiran bahasa arab itu ada banyak. Kemahiran membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Tidak wajar dikatakan bahawa orang melayu yang tidak fasih berbahasa melayu dikatakan lemah bahasa melayu kerana dia masih lagi boleh menulis, membaca dan mendengar dengan baik. Ketahuilah bahawa bercakap itu hanya sebahagian dari kemahiran bahasa arab. Namun orang sekarang menilai bahawa bercakap itulah yang paling utama. Tidak fasih bercakap bererti tidak mahir bahasa arab.
- Saya katakan juga, sebenarnya kelemahan itu bukan semuanya berasal dari sini. Perlu diketahui ada juga lepasan al-Azhar yang hanya setahun dan dua tahun di sini. Macam sayalah. 2 tahun sahaja di al-Azhar. Kalau nak kata yang lemah itu 100% dari sini tidak wajarlah. Lihatlah juga sistem pengajian yang di jalankan di malaysia sebelum mereka melanjutkan pengajian di sini. Soalnya di sini, kami belajar bahasa arab ni sejak dari tingkatan satu lagi, tapi tidak mahir-mahir juga. Kenapa? Malas? Entahlah...
- Kalau yang empat tahun juga masih lemah, ya saya katakan itu memanglah ia tidak bergaul dengan manusia.
~ Mereka juga kata pelajar-pelajar ni lemah dalam bidang agama, bidang mereka sendiri.
- Pertamanya perlu diketahui, Doktor sakit mata kalau kita suruh dia ubati orang yang sakit otak manalah dia boleh buat. Sebab apa? Sebab itu bukan bidang dia. Dia pakar bahagian mata. Pelajar agama akhir zaman ni pun macam tu juga. Walau ia belajar ilmu agama, tetapi ia telah dipecahkan kepada beberapa takhassus. Usuluddin, bahasa arab, syariah dan dirasaat islamiyah. Saya tidak nafikan memang itu satu kelemahan jika seorang pelajar agama tidak mempu menjawab persoalan agama. Tapi perlulah dilihat, ia dari bidang apa. Orang belajar agama ni pun macam doktor juga. Kalau jawab bukan ikut pengetahun dan kemahiran alamat sesatlah orang. Kalau soal sakit mata pun kene jumpa doktor sakit mata. Nak tanya soalan bab-bab agama juga kenelah tanya orang yang alim di dalam bidangnya.
- Bidang agama ni bukan bidang kecil yang cukup belajr 4 tahun sahaja. Ia perlukan masa yang lama. Bagi saya 4 tahun tu baru permulaan untuk menimba lebih banyak ilmu agama. Agama ni bukan benda mati, tapi ia benda hidup. Setiap masa ada benda baru dan perlu kepada pengkajian. Macam saintis jugalah. Sebab agama ini adalah kehidupan. jadi bagi saya, biasalah kalau keluar 4 tahun tu masih belum mahir. Kalau dia mahir sungguh dalam bidangnya itu sudah cukup bagus.
~ Mereka juga kata pelajar-pelajar ni jumud, tiada daya saing, tiada keterampilan dan tidak professional di alam pekerjaan.
- Ya, saya tidak nafikan. Memang kebanyakkan pelajar-pelajar lepasan al-Azhar ramai yang masuk bidang pendidikan. Majoritinya macam tu. sebab apa? Sebab itu bidang yang diketengahkan untuk mereka. Itu bidang yang telah dilorongkan buat mereka. Keluar di dalam satu forum (dirahsiakan) Pelajar agama ni jumud. Asyik jadi ustaz sahaja. Sepatutnya pelajar agama perlu lebih terkehadapan. Masuk dalam semua bidang. Penerbitan, lakonan, dan macam-macam lagilah. Saya kata, ye lah betul sepatutnya pelajar agama perlu lebih terbuka. Tapi lorongnya di mana? tidak nampak denga jelas ada usaha ke arah itu. Suatu kalam dari mantan perdana menteri suatu ketika dahulu (sewaktu tahun saya mahu terbang ke al-Azhar). Pihak kerajaan tidak menjanjikan ruang pekerjaan untuk lepasan bidang agama. Pasif dan ada suatu pertentangan. Bidang agama sahaja?
- Kami di sini berada di suatu tempat yang kurang bersistem. Ada nizom pun macam tiada. Kulah tidak wajib, kelas tutorial perlu susun sendiri dan banyak lagi yang perlu disistemkan sendiri. Memang serba sedikit kami (saya sendiri) terikut-ikut dengan rentak di sini. Jadi perlukan masa untuk follow sistem dan budaya cepat yang berjalan lancar di dalam negara. Kelemahan ini perlu di tangani bersama. Alhamdulillah, kebelakangan ini sudah ada sedikit momentum untuk ke arah kesistematikan. Ditambah pelajar yang ada sekarang ini kebanyakkannya bukan lagi gred 3 dan 4 yang menjadikan al-Azhar sebagai pilihan terakhirnya atau yang datang secara terpaksa. Mereka datang sebagai pilihan pertama dan atas kehendak sendiri.
- Ramai juga pelajar-pelajar ni yang ada kemahiran tambahan seperti komputer, IT, perniagaan dan macam-macam lagi. Semuanya mereka belajar sendiri dan dapat ilmu secara berkongsi. Tidak terdapat paper khusus dalam peperiksaan. Pelajar dalam negara sudah di ajar begitu. Ada major dan minornya. Kami semua perlu cari sendiri. Bantulah kami ni. jangan hanya menuding jari. kami rakyat malaysia juga apa...!!
Ayuh professionalkan diri sendiri.
Saya mengajak diri saya dan kawan-kawan semua untuk jadi professional bermula dari dalam diri terlebih dahulu. Karana professional itu bermula dari sikap dan minat. Penampilan, kemahiran sosial, pengurusan masa dan sikap-sikap yang baik itu perlu dipraktik di sini. Kalau kita masih dengan budaya lama, maka beginilah kita selamaya. Saya selalu katakan kita perlu bertindak luar biasa. Barulah kemudiannya kita akan jadi luar biasa kerana orang yang luar biasa itu adalah insan biasa yang punyai tindakan yang luar biasa.
Kita seharusnya menilai apa yang sering orang perkatakan mengenai kita. Apabila orang sering berkata tentang kita, maka jelaslah di sana sebenarnya kita amat benilai dan popular di mata mereka. Sebab itu kita sentiasa diperkatakan dan dikritik. Kritakan itu kalau buruk dan pedas bunyinya kita buang rasanya dan ambil sahaja intipatinya. Soalnya, kita memang lemah dan perlu bangkit untuk atasi keleman dan berikan hasil yang terbaik nantinya kepada ummah. Doktor sakit ummah ini lebih payah tugasnya berbanding doktor sakit jasad ummah. Kalau doktornya sudah sakit, bagaimana nanti ingin mengubat kelukaan dan kecelaruan ummah.
Di samping kita mempelajari dan mendalami bidang yang kita duduki kini, amat perlulah kita cuba untuk menguasai bidang-bidang lainnya. Kalau tidak mahirpun perlulah kita tahu secara umumnya supaya minda kita lebih terbuka dan sebagai modal untuk membolehkan kita masuk ke dalam setiap peringkat masyarakat. Sebagai contoh, salurannya telah ada kini. Kebanjiran sahabat-sahabat MEDIC perlu digunakan sebaiknya untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran.
Kemahiran seperti software dan hardware komputer sepatutnya bukan lagi menjadi igauan dan ketakutan kepada kita semua. Kemahiran dalam IT perlulah digunakan sebaiknya sebagi medan tambahan menyebar dakwah. Saya rasa seronok melihat kebanjiran mahasiswa kita mempunyai web peribadi sendiri yang mempunyai genre yang pelbagai. Sekurangnya-kurangnya mampu membuka mata masyarakat terhadap kemampuan kita dan sebagai batu loncatan untuk kita pergi lebih jauh dalam menyebar maklumat dan ISLAM itu sendiri. Kemahiran berbahasa Arab terutamanya pertuturan dan interkasi perlu digembling lagi. kemahiran berbahasa Inggeris pula perlulah di cari agar medan kita lebih luas nanti.
Kemahiran dan kelainan dalam penyampaian saya tidak mahu perkatakan lagi. Anda boleh baca dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk alat bantuan mengajar. Ia sudah jelas amat penting dan sebagai satu tuntutan buat kita semua.
Saya rasa sudah amat panjang tulisan kali ini. Saya ni banyak bercakap takut juga tiada hasilnya nanti. Tapi, jika tidak diluahkan di sini akan terpendam di dalam hati. Jadi tak dapat tidak saya perlu lepaskan di sini agar tidak jadi Kanser dan barah dalam hati.
Sekian sahaja untuk kali ini. Sebelum berundur saya ingin rakamkan ucapan terima kasuh buat sahabat-sahabat saya terutamanya Sifu Mohd Zaki dan Cik Munique yang membantu dalam memperkemas web ini. Terima kasih daun keladi, lain masa mintak tolong lagi.
Wallahu'aalam
5 comments:
NAK PRO DIRI ...bagus
JGN JD USTAZ SAJE...ustaz bukan bidang keje dan jgn sampai tak ngaku diri ustaz takut ditanya dan disuruh mengajar kitab,baik aku lari keje lain cepat2
JGN JD GURU JE...byk lagi sek kekurangan guru agama
NAK PENUHI BIDANG IT,NAK JD PRODUSER ANIMASI...boleh tp jgn lupa byk lagi bidang yg berkaitan agama tak dipenuhi spt pendakwah kaum asli,pembimbing mualaf dll,kehakiman islam,kenegaraan islam,knp takde nak pro kat sini?,takut ilmu di dada tak cukup?
NAK JUGA ADA ILMU MINOR...bagus tp pastikan yg major tu juga diberi penumpuan sepatutnya,quran dah 30 juz? ini syarat penting nak pro dlm major bidang sendiri,bukan itu saje byk lagi yg diperlukan utk pro dlm bidang sendiri,sendiri tau
akhirnya..sokong usaha anda nak jd serba boleh,cuma jgn jd serba celaru identiti spt mula kelihatan pada keluaran azhar
Salam.
Sekadar pandangan, mungkin mewakili pandangan org bukan lulusan agama. Saya secara peribadi amat menghormati pelajar lulusan agama, tidak kira daripada institusi apa sekalipun, lebih-lebih lagi lulusan al-Azhar. Namun benar isu yang diperkatakan itu, golongan ini (malah sesiapa sahaja yang mahu bergelar pejuang Islam) patut berusaha untuk memprofessionalkan diri. Di sini (UK) misalnya, bukan sedikit lulusan agama tetapi ada kalanya saya berasa kecewa kerana apabila diminta untuk memberikan tazkirah atau kuliah kepada kami yang kurang ilmu ini, sukar benar - tiada keyakinan diri? Saya tak pasti.
Keduanya, mungkin sahaja 'approach' yang digunakan perlu lebih..mungkin dinamik adalah perkataan yang sesuai. Berhujah dengan dalil al Quran dan sunnah memang cepat diterima oleh golongan yang tidak skeptik dengan agama, tetapi sesetengah kuliah yang saya hadiri tidak berusaha untuk meyakinkan golongan yang tidak mahu menerima atas dasar 'ini adalah ayat alQuran, jadi perlu ikut tanpa soal', tetapi perlu selari dengan logik akal mereka sebelum mereka mahu menerimapakai.
Apapun selamat berusaha.
Tq atas komentar..saya amat perlukan komentar lebih2 lagi dari yg bukan sebidang..saya sendiri pun bukan budak baik.tak ade apa isi.nak hafal 30 juz tak mampu. nak hafal 100 hadis pun tak kuat.tapi kalau saya nak tunggu bole hafal 30 juz baru nak bergerak,hafal sunan tis'ah baru nak berdakwah..alamat sampai qiamat la saya tak bergerak..sebab rasa memang tak kuat..tapi insyaallah, akan cuba sedaya upaya perbaiki kelemahan. Kuasai major n sambil2 isi yg minor..Tapi bukan ke ISLAM ni MAJOR semua umat Islam..TQ 2
Anonymous n Afnizar..
Biarkan sahaja para kritikus itu bersuara fairuz. Kalau memberi idea sahaja masih boleh diterima, tetapi kalau sudah berbau hina, sesiapa pun tidak mampu menahan busuknya.
Kalau kau nak jadi apa sekalipun, go for it... Dan jangan lupa bawa bersamanya senjata dakwah sekali.
Kadang-kadang mereka ini sering membuntukan isu. Mereka letak tag dakwah itu hanya pada masuk kampung orang asli, kehakiman Islam lah, dan macam2 lagi. Apa salahnya kalau kau pro dalam IT dan mahu menjadi produser animasi? kan lebih besar coverage madd'unya... Biarkan si luncai terjun dengan labu2nya... (bak kata Pian Habib)
Setiap pendakwah ada bidang unggulnya. Kalau meletakkan pendakwah itu hanya yang pandai berceramah, lebih baik panggil tukang karut dikir barat untuk berdakwah. Tak gitu? Dakwah luas medannya...
Jangan terperanjat kalau ada lulusan agama yang tak pandai berceramah. Mungkin mereka nervous, sedang belajar dan belum terbiasa lagi. Berceramah perlu keberanian. (Ya, ber'nick' anonymous bukan contoh orang berani)
Betul. Jangn terperanjat kalau ada lulusan agama yang tidak pandai berceramah. Bukankah mereka tak perasan bahawa ada lulusan kejuruteraan yang menjadi pelukis di Jalan Telawi? Dan lagi para lulusan kedoktoran yang bekerja mengedar kokain untuk para penagih? Jadi mahu disalahkan lulusan kejuruteraan dan kedoktoran keseluruhannya? Entah...
Ya fairuz, jangan celarukan identiti dengan hirisan para kritikus. Nanti apa yang diazamkan butu dan tak jadi...
Sekadar komen kosong dari budak-budak hingusan...
assalamualaikum...
btul kata us..if nk tgu hafal 30juzuk bru nak jd fulltime da'ie..em..pupusla akibatnyer...ana cukup kecewa dgn statement2 para nisa' n syabab ..."biarlah ilmu ckup dlu, nti ana bjuang la.." sedihnyer mdengar..dan lagi menyedihkan bila shbt2 yg dr bidang bkan Islamic yg lebih btungkus lumus dlm mnghadapi mehnah2 dlm perjuangan.... nauzubillah...moga kita trus di Istiqomahkan hati atas landasan Islam..takbir!
ana juga ingin berterima kasih pd ustaz atas sumbangan tinta ust memberi komen mengenai aurat muslimah...kerana w/pun ana study d m'sia je, tp input n kritikan membina sbegini amat2 ana dhagakan sbagai 'modal' ana kpda mad'u kelak , InsyaAllah...
Akhiriulkalami....jazakallahukhairan kathira....
Post a Comment