-->

HijriDate

Wednesday, April 21, 2010

Sekolah Sudah Tidak Lagi Selamat

Ini berita pertama di Malaysia (setahu saya) berlakunya kes rogol dalam kelas sewaktu sesi persekolahan masih berjalan. Sungguh azab sekali masyarakat kita hari ini. Generasi remaja kita hari sudah berani melakukan jenayah terkutuk ini di dalam kelas. Seawal usia 14 tahun sudah terdorong merogol rakan sekelas sendiri. Bukan di tempat gelap atau di lorong sepi, tapi di dalam kelas!!!! Bagaimanakah pula masa depan anak2 kita sekiranya jenerasi anak2 kita masa depan bakal dipimpin oleh generasi yang sebegini "berani" dan "rakus"???

Pernahkah terfikir jalan penyelesaiannya. Hanya Islam dan keimanan kepada Allah sahajalahyang mampu merubah segalanya..

Perkosa rakan dalam kelas

RAWANG: Seorang pelajar lelaki tingkatan dua yang tidak dapat mengawal nafsu serakahnya sanggup menyerang dan memperkosa rakan sekelasnya dalam bilik darjah.
Difahamkan pelajar terbabit mengambil kesempatan memperkosa mangsa yang juga penghuni sebuah rumah kebajikan ketika semua rakan sekelasnya keluar ke kantin ketika waktu rehat.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah, berkata dalam kejadian jam 3.35 petang, Selasa minggu lalu, mangsa berada bersendirian dalam kelas bersama suspek yang dipercayai menunggu peluang untuk memperkosa mangsa.

Menurutnya, suspek tiba-tiba menghampiri mangsa sebelum memperkosa dan meninggalkannya dalam kelas.

Bagaimanapun, mangsa yang ketakutan dan malu enggan menceritakan apa yang berlaku kepada guru dan rakannya.

“Mangsa yang tinggal di rumah kebajikan pulang dari sekolah sebelum menceritakan kisah hitam dialami kepada seorang kakitangan di rumah kebajikan berkenaan,” katanya.

Menurutnya, laporan polis berhubung kejadian itu hanya dibuat mangsa enam hari selepas kejadian dengan ditemani kakitangan rumah kebajikan berkenaan di Balai Polis Rawang.

“Susulan laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum ke sekolah mangsa kira-kira jam 2 petang, kelmarin.

“Polis menahan pelajar lelaki terbabit yang berada dalam kelas. Pelajar terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis daerah Gombak untuk siasatan lanjut,” katanya.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin
anbia@hmetro.com.my
2010/04/21
Sumber : http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Perkosarakandalamkelas/Article

1 comment:

Abu Akhfash Al-Iskandarani (abuakhfash@gmail.com) said...

Ini berita atau kes pertama yang dilaporkan, hakikatnya masih banyak kejadian seperti ini yang berlaku di negara kita sekarang.

Berlaku di waktu sekolah yang melibatkan suka sama suka telah banyak terjadi.Cuma ia tidak diketahui atau tidak dilaporkan.

Bagaimana jalan penyelesaiannya? Nampaknya semakin kabur.

Bantu saya untuk menghasilkan buku "JANGAN HAMPIRI ZINA !!!".

Related Posts with Thumbnails