Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu wassalamu Ala Rosulillah, wabakd. Mutaakhir ini kebanjiran kereta-kereta sewa milik pelajar-pelajar Malaysia dan Negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand dan Singapura memberikan impak positif dan negative kepada budaya masyarakat pelajar di sini. Di sini, saya tidak mahu mengulas kesan negative dan positifnya. Saya hanya mahu mengulas dua tiga perkara yang saya lihat ada kaitannya dengan pelanggaran etika Syariah yang hanya dipandang sebelah mata dan tidak dipedulikan. Jika tulisan ini ada kesilapan dari segi fakta dan hokum, diharapkan pembaca dapat menegur dan memperbetulkannya. Tulisan ini TIDAK bermatlamat menyalahkan mana-mana pihak, akan tetapi sekadar sebuah pandangan dan pemerhatian ringkas penulis berautoritikan sedikit ilmu yang dimiliki.
ISU PERTAMA : KONGSI MODAL UNTUK MEMBELI KERETA SEWA DAN KEUNTUNGAN DIBERI SECARA BULANAN DENGAN KADAR TETAP.
Perkara ini termasuk di dalam bab musyarokah yang melibatkan perkongsian modal atau pelaburan dengan nilaian tertentu. Hasilnya keuntungan dan kerugian akan diberikan bergantung kepada besar mana jumlah atau bahagian modal itu dikeluarkan. Setiap pemodal dikira sebagai rakan kongsi kepada yang lainnya. Sebagai rakan kongsi, mereka akan terdedah kepada risiko kerugian ataupun kelebihan perolehan keuntungan. Untuk memastikan pelaburan itu sah dan patuh syariah, rukun dan syarat-syarat sahnya perlu dipatuhi. Di antara rukun pelaburan islam di bawah konsep mudarabah dan musharakah ialah: -
1. Barang atau wang pelaburan dalam jumlah tepat dan diketahui kadarnya
2. Pelabur
3. Pengusaha
4. Perniagaan atau pekerjaan yang halal
Antara syarat sahnya pula adalah :-
1. Nisbah pembahagian keuntungan yang dipersetujui bersama.
2. Tiada jaminan modal selamat.
3. Tiada jaminan untung tertentu atau tidak tertentu kerana mungkin sahaja perniagaan itu akan rugi.
Jika diperhatikan kepada pelaksanaan perkongsian pembelian kereta sewa di sini, sebahagiannya pengusaha menjanjikan pulangan keuntungan secara bulanan dengan kadar tertentu. Sebagai contoh, si A, B, C, D, E, F dan G melabur LE 10 000 seorang untuk membeli sebuah kereta Avanza, pihak penusaha menjanjikan pulangan tetap sebanyak LE 500 sebulan kepada pelabur dan dibayar setiap bulan selagi mana kereta tersebut disewakan.
Kaedah ini dianggap telah melanggar salah satu syarat sah pelaburan iaitu menjanjikan pulangan modal dan keuntungan secara tetap kepada pihak pemodal. Islam melarang perkara ini kerana ia mungkin akan menyebabkan kerugian di sebelah pihak. Sebagai contohnya, pihak pengurusan akan mendapat kerugian jika pendapatan pada bulan tertentu melebihi kadar yang perlu dibayar kepada pemodal. Pada sisi yang lain, kemungkinan juga pihak pengusaha akan mendapat untung berlipat kali ganda melebihi apa yang diperolehi oleh sang pemodal apabila pendapatan pada bulan tertentu melebihi pendapatan biasa. Walhal mereka berurusan dengan aqad musyarakah yang mana untung dan rugi akan ditanggung secara bersama.
Di sisi yang lain pula, kontrak atau aqad musyarokah dan mudharobah yang menjanjikan keuntungan atau pulangan tertentu disahkan oleh para ulamak mengandungi elimen riba’ yang diharamkan. Jaminan keuntungan dan pulangan dalam aqad musyarokah akan mengubah sifat kontrak kepada sifat jual beli iaitu ‘mu'awadah maliah' (wang modal dengan wang untung). Wang modal itu diibaratkan ditukar dengan wang untung yang telah dijamin tadi. Islam telah mengharamkan pertukaran wang dengan wang yang berbeza nilainya tambahan pula ia dibayar secara bertangguh. Islam membenarkan pertukaran wang dengan wang pada kadar yang sama dalam satu majlis aqad yang sama.
Islam melarang berlaku sebarang kezaliman dan penindasan. Islam mementingkan keadilan dalam setiap muamalah dan transaksi kewangan.
CADANGAN : Pihak pengurusan dan rakan-rakan kongsi mestilah mengubah perjanjian yang tersebut di atas tadi. Apa yang sepatutnya dilakukan ialah memberikan keuntungan bergantung kepada hasil keuntungan bersih bulanan. Katakanlah pendapatan bersih bulan pertama adalah sebanyak LE 5 000. Maka LE 5 000 itulah yang akan diberikan kepada pelabur A, B, C, D, E, F dan G bergantung kepada peratus saham masing-masing setelah menolak semua kos-kos lepas yang bersangkutan. Jika sedikit kemasukan sedikitlah yang diperolehi. Jika banyak hasil yang didapati maka banyaklah juga keuntungan yang akan diberi kepada pemodal. Jika rugi maka kadar kerugian akan ditanggung bersama oleh semua pemodal dan pengusaha. Barulah adil namanya.
ISU KEDUA : PENETAPAN BAYARAN KOS KERUGIAN KEPADA PENYEWA KETIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN, KEROSAKAN & KECURIAN
Satu kes baru-baru ini, seorang rakan saya menyewa sebuah kereta untuk menghantar beberapa orang sahabat pergi ke lapangan terbang. Telah ditakdirkan Allah Taala sewaktu di dalam perjalanan, beliau telah mendapat kemalangan. Kemalangan yang tidak disengajakan. Maka bermulalah perdebatan di antara pemilik kenderaan dan sahabat saya yang menyewa itu. Pihak pengurus kereta sewa meminta beliau membayar ganti rugi kerosakan dengan barang gantian asli dari pengedar kereta dengan kos sekitar LE 4000. Apa yang menggemparkan lagi, pengurus kereta itu juga meminta beliau membayar kos kerugian yang bakal mereka tanggung kerana kereta tidak boleh disewa sepanjang tempoh kerosakan itu. Beliau dikehendaki membayar LE 150 sehari sepanjang kereta yang rosak itu diselenggara. Alasan pemilik kereta ialah kerana kereta itu milik ‘ramai orang’ (pemodal). Pengurus kereta terpaksa membayar LE 300 secara tetap kepada beberapa orang pemodal yang berkongsi membeli kereta tersebut.
Kes ini menurut penelitian saya telah melanggar beberapa etika dan ketetapan syarak.;
1. Pertama : Tuntutan ganti rugi (dhoman) di dalam aqod sewaan layak dikenakan sekiranya kerosakan itu datang dengan cara sengaja (udwan) dari pihak penyewa atau ia digunakan diluar dari kebiasaannya. Sebagai contohnya, sengaja melanggar kereta ke tembok, kereta untuk pengangkutan digunakan untuk berlumba dan berjalan di dalam air sehingga menyebabkan kerosakan. Akan tetapi, sekiranya kereta tersebut digunakan dengan sewajarnya dan rosak tanpa perlakuan sengaja dengan sebab kemalangan hasil kesilapan orang lain sebagai contoh, ia tidak boleh dikenakan bayaran ganti rugi kerana aqod sewaan adalah perjanjian amanah seperti wadiah (simpanan amanah). (Sila rujuk al-Muhazzab, jil 1 hlm. 48 dan Mausuah Fiqhiah Kuwaitiah jil. 13 hlm. 277). Dalam keadaan ini, pihak pemilik hanya boleh meminta jasa baik penyewa untuk menampung kos kerosakan tanpa perlu memaksanya.
Jika kerosakan datang dengan sebab sengaja atau digunakan diluar dari kegunaan biasa, pihak pemilik hanya boleh meminta ganti rugi sekadar menampung kos kerosakan itu sahaja tanpa berlebihan kecuali atas budi bicara si penyewa.
2. Kedua : Tuntutan bayaran tambahan (mengikut bilangan hari pembaikan kereta) yang dikenakan kepada penyewa merupakan kezaliman yang menindas penyewa. Menurut etika muamalat Islam, setiap wang yang dituntut dari orang lain mestilah mempunyai sebab dan aqad tertentu seperti tabarru’, hadiah, ijaroh, jual beli dan sebagainya. Jika bayaran LE 150 sehari itu atas alasan sewa, ia tidak berlaku kerana sewa memerlukan pertukaran manfaat walhal kereta tersebut berada di dalam bengkel dan penyewa sudah tidak mendapat sebarang manfaat. Pemilik kereta juga tidak berhak meminta ganti rugi yang melampaui kos belanja kerosakan barang yang disewa (kerosakan yang berpunca dari perbuatan sengaja atau penggunaan di luar kebiasaan). Oleh itu tuntutan LE 150 sehari itu merupakan pemerasan dan kezaliman yang disasarkan kepada penyewa. Ia juga dikira menzalimi penyewa yang sedang dalam kesusahan.
CADANGAN : Pihak pemilik kenderaan perlu memaklumkan peraturan penggunaan yang sewajarnya kepada penyewa agar penyewa menggunakan kenderaan dengan berhemah dan tertib. Jika berlaku kerosakan yang tidak disengajakan oleh penyewa, pihak pemilik perlulah berbincang dari hati ke hati untuk meminta ihsan penyewa agar menampung kos kerosakan yang ditanggung moga wujud sifat tolong menolong dan meringankan beban. Akan tetapi tidak boleh memaksa penyewa membayar ganti rugi tersebut kerana berkemungkinan penyewa tidak berkemampuan. Pihak penyewa juga haruslah bertimbang rasa dengan memberikan bantuan mengikut kadar kemampuan kerana itulah yang dituntut oleh syarak bertolong-tolong dalam kebaikan.
ISU KETIGA : MEMBIARKAN KERETA DIGUNAKAN UNTUK TUJUAN MAKSIAT
Sebahagian pemilik kereta tidak menghiraukan perintah Allah yang memerintahkan kita agar menyeru kepada kebaikan dan mencegah dari berlaku kemungkaran. Sebahagin pemilik kereta jelas-jelas mengetahui bahawa kereta miliknya bakal digunakan untuk tujuan maksiat seperti berpasangan lelaki dan perempuan bukan mahram menyewa kereta untuk bersiar-siar di kota atau ke tempat-tempat lain. Saya tidak bermaksud untuk mencari kesalahan orang. Akan tetapi ketika telah diketahui niat dan tujuan sewaan itu adalah untuk tujuan maksiat, pihak pemilik seharusnya menolak permintaan tersebut sesuai dengan perintah Allah Taala supaya kita mencegah dari berlakunya kemungkaran.
CADANGAN : Isu-isu berkaitan dengan ikhtilat dan hubungan antra mereka yang bukan mahram sepatutnya difahami oleh para pemilik kenderaan agar boleh diperingatkan kepada para penyewa sebagai tanggung jawab dakwah sesama muslim. Perkara ini nampak remeh akan tetapi perkara yang remeh inilah sekarang ini sedang bermaharaja lela dan mencemarkan serba sedikit biah solehah yang dibina selama ini. Pihak pimpinan dan unit hisbah perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan pemilik kereta dan para pemandu bagi menyalurkan kefahaman dan bergerak-bersama-sama mencegah perkara ini dari berterusan.
Ramai dikalangan kita yang terlanjur dalam berbisnes dan pada akhirnya baru menyedari aktiviti bisnes yang dijalankan itu bertentangan dengan syarak. Kita selaku pelajar agama perlu meneliti terlebih dahulu bisness yang bakal dilakukan agar tidak terjebak dalam perkara yang bertentangan dengan etika syarak. Jika di sini kita tidak berhati-hati dlam isu-isu syariah sebegini, tidak mustahil suatu harti nanti bila pulang ke tanah air kita akan terjebak dengan bermacam-macam lagi skim perniagaan yang tidak patuh syarak walhal perkara inilah sekarang ini yang sedang mencanak-canak membiak bak cendawan tumbuh selepas hujan.
#Coretan ini tidak hanya tertumpu kepada kereta sewa. Ia juga bersesuaian dengan kondisi van sewa, motosikal sewa dan basikal sewa sekiranya ada. Sekadar perhatian ringkas dari insan dhoif.
Wallahu’aalam.
Abu Fawwaz
4.16 a.m Alexandaria Egypt.
10 comments:
Salam. Us Fairuz, ana rasa elok anta bawa isu ini diwar-warkan kepada semua pelajar kita. Mungkin boleh siarkan salam web PMRAM sll...
Hijri 1431. Kullu `am wal ummatul Islamiyah bikhair...
Syukran...insyaallah akan diusahakan..
klu org tau pemilik kenderaan nie zalim mcm nie mesttakut nak sewa dah lepas nie...ade ke plk letak syarat2 mcm tu...sebijik mcm berhutang kat along plk.
lepas nie aku nak siasat spe pemilik kenderaan nie, pastu x yah la sewa kat deorg nie.
saya jelas dan bersetuju dengan semua isi ustaz Fairuz. cuma saya ada soalan tambahan.
Iaitu, apa hukum kepada kita sebagai mangsa dalam keadaan ini mematuhi kehendak si pemberi sewa dan membayar seperti mana yang dipintanya?
Adakah kita dikira bersubahat bersama-sama dia melanggar ketetapan syariat, atau kita cuma mengelakkan permusuhan saja?
Sudah lama soalan yang seperti ini bermain dalam fikiran saya.
Syukran Ust Zaki..
Mungkin saya tiada jawapan yang tepat tentang soalan anda tentang hukum mematuhi tuntutan tersebut.. apa yang boleh saya katakan adalah berusaha memberi kefahaman tentang peri penting memahami ketetapan syarak dalam perkara sebegini..
(1) Nasihat kepada pengusaha bahawa hal tersebut menyalahi syarak, jika mereka berhujjah dengan syarak juga kita perlu mengkaji hujah tersebut. Mungkin mereka ada jumpa dalill dan ulamak yg membolehkan peras ugut seperti itu (pelik jika ada).
(2) jika mereka hanya menggunakan hujjjah akal dan nafsu semata2 untuk memenangkan tindakannya, sudah semestinya kita angkat kaki kerana tak perlu berhujjah dengan golongan jahil
(3) Selesai berhujjah tidak kira siapa yang kuat dari segi hujjah perlulah saling meraikan. Jika kondisi penyewa senang dan mampu, perlulah membantu pihak pemilik membayar seberapa yang mampu. Pihak pengusaha juga perlu salamatussadri dengan pemberian itu kerana bukan tanggung jawab penyewa membayar semuanya itu. sekadar kesedaran membantu dalam kebaikan.
(4) Jika kondisi penyewa tidak mampu membayar dan pengusaha terus berdegil memeras meminta bayaran. Tidak salah jika penyewa melaporkan perkara tersebut kepada pihak berwajib atau 'melarikan diri' kerana bukan kewajipannya untuk membayar semua tuntutan tersebut... Wallahuaalam
Lega razi... ;-)
Good day, sun shines!
There have were times of hardship when I felt unhappy missing knowledge about opportunities of getting high yields on investments. I was a dump and downright pessimistic person.
I have never imagined that there weren't any need in big starting capital.
Nowadays, I feel good, I started to get real money.
It gets down to choose a correct partner who uses your money in a right way - that is incorporate it in real deals, parts and divides the profit with me.
You can get interested, if there are such firms? I have to tell the truth, YES, there are. Please be informed of one of them:
http://theinvestblog.com [url=http://theinvestblog.com]Online Investment Blog[/url]
salam...
sy xsetuju tentang menganggap bayaran sewaktu dibengkel itu satu pemerasan dan kezaliman...
ianya suatu yg wajar...bayangkan 2 minggu atau sebulan kereta dibengkel..bukankah ini satu kezaliman kepada pemilik kereta...
jika simpati dan budi bicara neracanyanya..sy kira 1,2 hari sudah memadai..jika lebih dari tu,wajar pemilik kereta menerima bayaran setiap hari kereta tersebut tidak dpt digunakan...
Sy amat stuju.. Sy salah salah seorang buat bisnes ni.... Cuba banyangkan kalau kita mmbeli kereta untk disewa.. Jika berlaku kemalangan.. Adakah yang memberi sewa msti menanggungnya.. Bayang jika kereta yg dibaiki.. Mengambil masa 2@3bulan.. Adakah yg memberi sewa menanggung kerugian tersebut.. Mana nk bayar bulanan kereta lagi.. Bg sy ini bukan satu peras ugut.. Ini satu kezaliman keatas yg mmberi sewa....
Post a Comment