-->

HijriDate

Monday, November 09, 2009

Sammainahu Muhammad Fawwaz el-Afif

Alhamdulillah, kesyukuran yang tidak terhingga buat Allah SWT yang telah melimpahkan rahmatNya kepada kita semua. Dengan rahmat dan ketentuan-Nya juga hari ini memberikan kami sekeluarga peluang menjadi ibu dan bapa walau pada hakikatnya ia adalah satu tanggung jawab yang berat : Membebaskan ahli keluarga dari api neraka Allah SWT.

Namun tanggungjawab ini juga adalah suatu rahmat yang tidak dapat dirasai kecuali setelah melaluinya. Kini dapat ku rasakan bagaimana ibu dan bapa ku menjaga ku sejak kecil sehingga dewasa. Berpenat lelah, bermerah mata, bertarung nyawa hanya untuk melihat kami membesar dengan baik, berjaya dalam kehidupan dan yang lebih utama menjadi Hamba Allah yang bertaqwa. Bukan mudah tugas ibu dan bapa.

Saya dengan ini merakamkan jutaan penghargaan dan terima kasih yang tak terhingga kepada ibu dan ayah saya al-marhum Hj Tamjis B Hj Yusof dan Bonda Al-marhumah Hjh Rumini Bte Mohd Mashudi. Moga Allah Taala memberikan kebahagian hidup yang kekal abadi di sana Ameen. Betapa besar pengorbanan Mu. Kini telah ku rasainya.

Hari ini cucu Hj Tamjis & Hjh Rumini yang ke-41 telah berusia tujuh hari. Hari ini hari yang sangat bersejarah. Mujahid kecil itu telah kami namai dengan Muhammad Fawwaz el-Afif. Muhammad mengambil nama sempena nama junjungan besar Nabi Muhammad SAW yang bermaksud yang terpuji. Fawwaz membawa makna kejayaan yang berterusan dan el-Afif adalah terpelihara maruah dan kesuciannya mengambil sempena gelaran nabi Yusuf As-siddiq iaitu el-Thohir el-Afif. Semoga anak yang baru lahir ini menjadikan kami bertambah taqwa dan keimanan kepada Allah Taala.

Kami sekeluarga mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua ahli keluarga di Malaysia, Sahabat handai, kawan-kawan dan semua yang membantu secara langsung atau tidak moga Allah taala mengganjari kalian dengan pahala yang berlipat kali ganda dan mendapat redho-Nya, Ameen.

Wassalam


Bacaan doa dan tahnik oleh Syeikh Abdul Aziz di rumahnya.

Kaedah tahnik oleh Syeikh Abdul Aziz ringkas dan mudah. Moga Muhammad Fawwaz el-Afif mencontohi ketokohan beliau Amenn.

Berbual bersama Syeikh. Kecik2 dah dapat duduk bersama ulamak. Selepastahnik di rumah Syeikh Abdul Aziz, Muhammad Fawwaz el-Afif ke Masjid Amru untuk tahnik bersama syeikh Ala'. Muhammad Fawwaz sempat duduk dalam majlis ilmu bersama syeikh lebih kurang sejam sebelum ditahnik di masjid amru sebelum solat maghrib. Muhammad belajar Faraidh hari ini.

Sebelum di'botakkan' dalam operasi tahlik. Muhammad rileks sahaja.

Tahlik dibantu oleh ust Khairul Nizam Rozali. Mula-mula cuak gak sebab kepala muhammad masih lembut. Tapi dengan kaedah cukuran yang ku pelajari sewaktu musim haji dari kang jelan dulu, proses tahlik berjalan lancar tanpa titiskan air mata.

Sampai terlena Muhammad.

Sikiiiiit lagi...!!!!

Cukuran terakhir...


Inilah hasilnya. Wajah Muhammad Fawwaz el-Afif pada jam 1.30 am. The latest picture. Hensem tak macam abi dia??? hehehe

Related Posts with Thumbnails