-->

HijriDate

Wednesday, August 06, 2008

Joining Network Marketing?? Please Be Careful!!

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

I would like to write about “MLM (Multi Leval Marketing) In Syariah View” under dissertation of my master’s degree. But, this issue is too broad. My friend told me, this topic is unsuitable for master dissertation. You have to make it more specified said my friend and my mind still blur till now how to make the topic more evident. Can you help me please?

There are big different between master’s thesis in Malaysia and Egypt. Maybe you can write about “Zakat Petroleum” in your thesis in Egypt but I think not here in Malaysia. Maybe you have to add something like “Zakat Petroleum : Comparison of management between Malaysia & Iran”. Ya, maybe like that. So, I got the answer. Maybe I can write something about “MLM’s Syariah in Hai-O Enterprise Berhad (One part Of Multi Leval Marketing Company) or Maybe Up-Trend, Lumberger etc.

I keep searching and learning about MLM that also known as Network Marketing. It is a business distribution model that allows a parent multi-level marketing company to market their products directly to consumers by means of relationship referral and direct selling (Please refer http://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing). This style of business has been joined by most of the peoples in Malaysia. And the main issue is, their don’t have any information about the status of syariah approval. Is it pass Halal, or confirm Haram or HALAM (I mean mix the Halal and Haram together)

Pengalaman Bersama Pra-Jutawan Hai-O

“Erm, Adik mesti teruja tengok akaun akak ni kan dik. Akak ni Jururawat je dik, manalah pandai berniaga. Tapi adik mesti gempak kan tengok cek-cek yang akak dapat ni. Nama akak ni semua dik. Ni semua Hai-O yang bagi dik, Untuk orang Islam kita, bumiputera kita dik.” Kata-kata seorang kakak yang bersungguh mahu menarik saya menyertai My-J di bawah Hai-O Enterprise Berhad sebulan yang lepas. Saya di ajaknya bersungguh-sungguh mengikuti sesi presentations di depan kedai makan bersebelahan kedai saya bekerja.

“Ye lah dik, walaupun Bos besarnya cina, tapi dia dapat anugerah tokoh maal hijrah Malaysia tahun lepas tau. Sumbangan dia dalam melahirkan ramai jutawan-jutawan bumiputera di Malaysia. Mana ada cina nak tolong bumiputera macam ni. Ni lah peluang kita. ”

“Akak sebelum turun jumpa client-client akak ni, akak dah solat hajat mintak kekuatan dari Allah dik, moga-moga ramai terbuka hati dapat join sama macam akak. Baru-baru ni akak pergi umrah, tu pun Hai-O yang support dik. Akak doa kat sana mintak petunjuk, akak yakin dik, Akak di jalan yang benar, akak tak akan pandang ke belakang lagi.”

Saya sebenarnya ada juga mengkaji perjalanan Hai-O sebelum kedatangan kakak bakal jutawan Hai-O tadi ni. Tapi sengaja saya buat langsung tak tahu untuk mendapatkan maklumat yang mahu saya cari-cari selama ini. Begitulah gayanya. Menurutnya lagi, beliau adalah orang nombor 5 dalam Hai-O di Johor ni.

“Adik tengok gambar-gambar ni dik, ni semua orang yang telah berjaya dengan Hai-O. Tengok kereta dia orang dik. Akak pun akan angkat c 200 tak lama lagi.”

“Adik risau pasal modal ker dik?. Jangan risau, modal boleh cari dik. Tak banyak, Cuma RM 21k je dik. Boleh buat pinjaman kat bank-bank. Sebut je Hai-O insyaallah dik, success.”

“Adik tak akan rugi join Hai-O ni dik. Akak boleh terangkan nanti. Adik tak jual barang pun adik tak rugi. Dijamin tak rugi dik. Ye lah dik, kalau adik jual, lagi la banyak adik dapat. Ni tak macam MLM yang lain dik (sambil menyebut keburukan MLM-MLM lain yang tak perlu saya nyatakan di sini), Sapa cepat, sapa rajin dia kedepan. Orang atas tak makan orang bawah dik”.

“Bulan pertama adik join Hai-O, diaorang bagi adik cash RM 4k, bulan seterusnya kalau adik dapat cari lagi dua orang bawah adik, automatic adik dapat RM 6k, tak payah jual barang dik.”

Beliau menerangkan kepada saya cara perjalanan business koporat My-J yang bergerak di bawah Hai-O Enterprise Berhad. Setelah panas punggung saya, Saya pun berikan beberapa soalan cepu emas kepada kakak ni. Bukan niat saya nak jatuhkan sapa-sapa dengan tulisan ini. Tapi biarlah kita jelas status business yang kita mahu sertai agar selamat akaun kita dari perkara-perkara yang tak lepas syarak (kata yang lebih tegas selamat dari perkara-perkara haram).

Soalan pertama :

Dari segi syarak macam mana kak Hai-O ni?
- Apa tak boleh pulak dik. Islam tak larang kita berniaga dengan cina kan. Nabi tak pernah larang kan. Walaupun ada orang kata arak ada dalam Hai-O ni dik, tapi akaun dia orang asing dik.

Soalan Kedua :

Hai-O ada penasihat Syariah Kak?
- Erm, akak pun tak taulah dik. Yang akak tau boleh dik business ni.

Saya dah tak tahan terus buat kesimpulan. Tak pe lah kak, saya sebenarnya tak tau status business ni. Saya kene kaji dulu. Saya tak heran modal dia besar dan saya pun tak teruja dengan untung yang banyak berjuta-juta, Tapi yang saya risau hasil kita tu kak. Ni kan untuk keturunan kita juga. Baik yang kita dapat baiklah yang kita tinggal untuk zuriat kita.

Sempat pula kakak tu pesan kat saya : “Adik kaji lah dulu yer. Kalau adik dah dapat jawapannya esok call la kakak. Ingat dik cabarannya memang banyak nak senang ni. Orang kata kita macam-macam. Bila dah senang macam kakak ni, semua yang bising-bising tu tutup mulut tak kata apa. Adik kena berani buat keputusan”

Bagi saya cukup dengan dua soalan tadi menunjukkan ketidak fahaman kakak ni dengan undang-undang syariah dalam perniagaan. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Ini sekadar coretan pertama dalam bab MLM dan tulisan seterusnya akan menyusul akan datang insyaallah.

Persoalan yang perlu di jawab akan datang :

1 Saya baru tahu Hai-O ada jual arak (http://en.hai-o.com.my/new/business_retailing.asp) Betulker arak-arak yang dujual telah di asing akaunnya. Kalau betul siapa yang selia dan siapa pula yang telah jadi sekuritinya. Penasihat syariah juga tiada, lalu bagaimana? Alasan dapat pergi umrah, solat hajat dan lain-lain tidak boleh dijadikan hujah untuk melepaskannya.

2 Boleh ker pelaburan kita dijamin pasti untung. Pasti tak rugi seperti yang kakak tu kata. Kalau modal RM 21k itu bukan pelaburan, apa pula nama komisyen bulan pertama sebanyak RM 4k yang bakal diberikan?

3 Adakah di sana pelaburan-pelaburan ke tempat lain yang dilakukan oleh Hai-O dalam mengembangkan businessnya di luar Negara. Tentunya banyak anak-anak syarikat dan tempat-tempat pelaburan yang belum lagi terungkai halal dan haramnya disebabkan ketiadaan sekuriti syariah dalam Hai-O

Siapa boleh Bantu Jawab???

Wassalam.

9 comments:

Ibnu Mohyeddin said...

assalamualaikum ..
kaifa hal ??
http://assirkami.blogspot.com

Anonymous said...

Salam Akhi Fairus.

kalau x silap ustz ni shbt ibnu sina?dah kaji status MLM Hai-o ni...nak dalil yg terang.

drpd Org Banting...

Anonymous said...

Assalamualaikum..

utk berkongsi pandangan & pendapat berkaitan MLM/Hai O boleh rujuk ke laman zaharuddin.net

Banyak info yg anda boleh terokai..

Anonymous said...

MLM yang dijalankan adalah dibawah HAI-O Marketting bukan HAI-O Enterprise Berhad ibarat bumbungnya sama tapi perniagaannye berasingan.
Syarikat ini mmg belum mempunyai penasihat syariah, namun, sebenarnye bukan umrah sahaja yang diberikan sebagai bonus terhadap ahli HAI O.. tetapi banyak lagi pakej2 menarik. TAPI.. bukan semudah itu untuk mendapatkannye, ibarat kamu bekerja dalam syarikat besar, syarikat mendapat keuntungan besar, lalu di agihkan kepada pekerja yang memenuhi kelayakan untuk mendapat bonus.
modal yang kamu keluarkan 21k untuk memulakan perniagaan bukan pelaburan semata mata. sebenarnya kamu menjadi manager(pengurus) untuk perniagaan kamu. RM21,000.00 sebenarnya adalah nilai modal pendaftaran ahli dan 10 (SEPULUH BIJIK) produk Bio-aura Water filter. mengapa perlu beli 10 water filter?? jawapannye sbb nak dapat pangkat pengurus(nama sebenar SALES MANAGER).boleh je kalo XNAK keluar 10 bijik water filter. Nak bawak keluar 1 atau 2 pon boleh. xnak bawak keluar 1 bijik pon xpe. xdipaksa pon sebenarnya.tetapi bonus menjadi ahli biasa dan ahli berpangkat SALES MANAGER berbeza. cuma mengapa disarankan untuk membeli 10 water filter adalah untuk dijadikan STOK JUALAN(nak jual barang mestilah ada stok.. pangkat pon manager, xkan la bile orang nak beli baru kamu keluar modal nak pegi ambik barang di stokis) dan mendapat BONUS sales manager secara terus.


Tapi macam mane plak bleh dapat bonus rm 4k bile dah bawak keluar 10 bijik water filter??.. JAWAPANNYE: tu bukan magik ye. Hai-O syarikat besar. Jika kamu dapat menjual barang (ingat pangakat kamu MANAGER dalam perniagaan kamu, dapat menjual barang tu bermaksud, dapat membeli barang dari stokis untuk dijadikan stok dalam perniagaan kamu) .. lebih2 lagi 10 bijik skali gus. Apelah salah syarikat memberi bonus terhadapa MANAGER nye sendiri. MLM yang sah adalah bersyaratkan bukan sekadar upline dan downline (networking shj), tetapi mempunyai barangan urusniaga yang sah.
Tambahan pula bonus2 ni terdapat banyak lagi yang syarikat akan bagi kerana hasil usaha kamu. Mmg sekali dgr sahaja penerangan dari ahli HAI O kadang2 kita tak faham atau bertambah tak faham. xsalah kalo kite bertanyekan kekusutan tu. jangan memaksa diri.

Sebenarnya maksud ahli-ahli HAI O ini adalah untuk berkongsi perniagaan. Sambil berjual kamu berkongsi perniagaan. Perniagaan ada kala naik ada kala turun. Itu semua REZEKI dan USAHA kita untuk berjaya. Berniagalah apa-apa pon, jika tiada PRODUKnye jika tiada PELANGGAN nye jika tiada RAKAN KONGSI (PARTNER)nye, mustahil kita untung.

Sekiranya masih ragu-ragu hubungilah saya di www.beautiful369.com.

Insyaallah, kite berusaha bersama. Mungin HAI-O bukan peluang semua orang untuk berjaya, tetapi yang penting dalam perniagaan, konsepnye sama. PRODUK, JUAL, RAKAN KONGSI dan yang pasti UNTUNG.
Insyaallah.

O'Sea said...

Susah-susah join je bisnes macam saya ni.. tak payah pening2, memang tak menyimpang. Produk HEBAT!! Jaminan 100% halal.
Senang-senang lepak le kat blog Makcik:

http://blogsurirumah.blogspot.com

Pendaftaran PERCUMA je nak..
hubungi Makcik nak ya..sign kt buku pelawat tu sekali. TQ.

**** LOY BANTU SURI RUMAH *****

Anonymous said...

Hello !.
You may , probably curious to know how one can collect a huge starting capital .
There is no need to invest much at first. You may start to receive yields with as small sum of money as 20-100 dollars.

AimTrust is what you haven`t ever dreamt of such a chance to become rich
The company incorporates an offshore structure with advanced asset management technologies in production and delivery of pipes for oil and gas.

Its head office is in Panama with offices around the world.
Do you want to become a happy investor?
That`s your chance That`s what you really need!

I feel good, I began to take up income with the help of this company,
and I invite you to do the same. It`s all about how to select a correct partner utilizes your savings in a right way - that`s it!.
I earn US$2,000 per day, and my first investment was 500 dollars only!
It`s easy to join , just click this link http://atyjyneryt.lookseekpages.com/ajinasa.html
and go! Let`s take this option together to get rid of nastiness of the life

Anonymous said...

Hi there!
I would like to burn a theme at here. There is such a thing, called HYIP, or High Yield Investment Program. It reminds of financial piramyde, but in rare cases one may happen to meet a company that really pays up to 2% daily not on invested money, but from real profits.

For several years , I earn money with the help of these programs.
I don't have problems with money now, but there are heights that must be conquered . I make 2G daily, and my first investment was 500 dollars only.
Right now, I'm very close at catching at last a guaranteed variant to make a sharp rise . Visit my blog to get additional info.

http://theblogmoney.com

Anonymous said...

http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/c525166b4d65736548257531001b6f0b?OpenDocument

Anonymous said...

Hi everybody!

For sure you didn’t here about me yet,
my name is Nikolas.
Generally I’m a venturesome gambler. recently I take a great interest in online-casino and poker.
Not long time ago I started my own blog, where I describe my virtual adventures.
Probably, it will be interesting for you to find out my particular opinion on famous gambling projects.
Please visit my web page . http://allbestcasino.com I’ll be interested on your opinion..

Related Posts with Thumbnails