-->

HijriDate

Tuesday, August 12, 2008

MLM Min Jadid...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله, بعد القراءة الناقصة والبحث القصير عن الموضوع تسويق الشبكي أو يسمي ب التسويق متعدد المستويات وجدت أن هذا الموضوع ولو كان قد اشتهر منذ عام 1930 على يد شركة إيموي ومنتجها المعروف ب نوتريليت ولكن البحث الدقيق الموضح عنها قليل جدا حصوصا في حالة موافقته مع قواعد الشرعية.

وقد اكتشفت فقط في شبكة الإنترنيت صراحة, في مواقع المكتبات والجامعات ولم أجد سوي 3 رسائل الجامعية التي يبحث عن تسويق الشبكي, إلا أن هذه الثلاثة مكتوبة في الجامعة ألإندونيسية. وأريد أن أقول أن هذا الموضوع لم يبحث قط في بلادنا مالزيا خصوصا تحت الإسم رسالة الجامعية وعلى التفصيل في مجال الشريعة الإسلامية.

ويبدو هذا الموضوع صعوبة جدا للإبحاث عندما عريض مجاله وكثرة طريقته ومتعدد صورته. كما قال الباحث, أن هناك 3 مليون المالزيين يشتركون فى هذا البرنامج التسويق في عام 2003, وبالتأكيد أن هذا المبلغ سيرتفع حينا بعد حين. وهذا ما حدث في العالم كله, قال الباحث في أحد الموقع, أن هناك حوالى 65 مليون المشتركين تحت إشراف 1400 شركة التسويق متعدد المستويات حول العالم. وعلى هذا الحقيقة, لا بد للعلماء المسلمين أن يبحث ويدرس دراسة متحصصة ليقدم ويهدى هؤلاء المشتركين وأصحاب الشركات الى تسويق الشبكي الشرعى.

فإن شاء الله تعالى, سأكون واحدا منهم الذين يجتهدون ويشرحون عن هذا الموضوع, وعلى وجه الخصوص في تقابله مع القواعد الشريعة الإسلامية. وأدعوكم جميعا مشاركتي في هذا العمل. وأسأل الله تعالى العافية والسلامة, وأن يهديني ويرشدني في إتمام هذا البحث وجعله نافعا لي وللمسلمين جميعا ويزداد لي في ميزان الخير ويكتب لي الإخلاص والخلاص من عذاب الدنيا والأخرة آمين.

والله أعلم بالصواب


Alhamdulillah, setelah beberapa ketika membaca dan mengkaji tentang Multi Level Marketing (MLM) atau dikenali juga dengan Network Marketing, saya mendapati bahawa walaupun sistem ini telah ditemui pada sekitar tahun 1930 yang dipelopori oleh syarikat Amway dengan produknya Nutrilite, akan tetapi perbahasan yang berkaitan dengan tajuk ini amatlah terbatas terutamanya perbincangan dari segi pandangan syarak.

Saya telah membuat pemerhatian (akan tetapi hanya di dalam internet), di web-web Perpustakaan Universiti sekitar Malaysia dan Indonesia, saya hanya mendapati hanya ada 3 tajuk yang membahaskan tentang topik ini secara khusus dalam tesis atau disertasi. Lebih menyedihkan lagi, ketiga-tiga tajuk itu dibahaskan bukan di Malaysia tetapi di Universiti Indenesia, Negara jiran kita. Saya berani menyatakan, ia seolah-olah belum lagi dibahaskan di negara kita terutamanya berkaitan dengan MLM syarie di dalam tesis-tesis dan disertasi.

Tajuk ini kelihatan agak sukar untuk dibincangkan memandangkan skopnya yang amat luas yang memerlukan pemerhatian di dalam beberapa skop dalam perniagaan secara Islam. Ianya bertambah sukar apabila setiap MLM mempunyai pembawakan dan sistem yang berbeza-beza. Menurut pengkaji, sejumlah 3 juta rakyat Malaysia telah menyertai MLM pada tahun 2003 dan angka ini pastinya akan terus bertambah. Fakta juga menyatakan bahawa terdapat 65 juta pendokong MLM di seluruh dunia di bawah sejumlah kira-kira 1400 syarikat yang berteraskan operasi MLM. Oleh yang demikian, keterlibatan ulamak dalam memperjelas hukum yang berkaitan dengan MLM amatlah perlu bagi memandu para peserta MLM dan pemilik syarikat agar bertepatan dengan kaedah syarak.

Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian dari para pengkaji itu dan dalam masa yang sama menyeru anda semua untuk turut serta membuat pengkajian dan penelitian. Di sana terlalu banyak syarikat MLM yang tidak di ketahui status halal haramnya, namun telah mempunyai jumlah pengikut dan pendokong yang sangat ramai. Saya bermohon kepada Allah Taala agar mengurniakan keselamatan dan perlindunganNya. Moga Allah memberikan pimpinan dan hidayahNya dalam usaha saya membuat kajian ini. Semoga ia memberi manfaat kepada saya dan seluruh muslimin. Moga Allah menjadikan usaha ini dalam timbangan kebaikan dan ikhlas keranaNya serta terlepas dari azabNya di dunia dan akhirat. Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 06, 2008

Joining Network Marketing?? Please Be Careful!!

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

I would like to write about “MLM (Multi Leval Marketing) In Syariah View” under dissertation of my master’s degree. But, this issue is too broad. My friend told me, this topic is unsuitable for master dissertation. You have to make it more specified said my friend and my mind still blur till now how to make the topic more evident. Can you help me please?

There are big different between master’s thesis in Malaysia and Egypt. Maybe you can write about “Zakat Petroleum” in your thesis in Egypt but I think not here in Malaysia. Maybe you have to add something like “Zakat Petroleum : Comparison of management between Malaysia & Iran”. Ya, maybe like that. So, I got the answer. Maybe I can write something about “MLM’s Syariah in Hai-O Enterprise Berhad (One part Of Multi Leval Marketing Company) or Maybe Up-Trend, Lumberger etc.

I keep searching and learning about MLM that also known as Network Marketing. It is a business distribution model that allows a parent multi-level marketing company to market their products directly to consumers by means of relationship referral and direct selling (Please refer http://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing). This style of business has been joined by most of the peoples in Malaysia. And the main issue is, their don’t have any information about the status of syariah approval. Is it pass Halal, or confirm Haram or HALAM (I mean mix the Halal and Haram together)

Pengalaman Bersama Pra-Jutawan Hai-O

“Erm, Adik mesti teruja tengok akaun akak ni kan dik. Akak ni Jururawat je dik, manalah pandai berniaga. Tapi adik mesti gempak kan tengok cek-cek yang akak dapat ni. Nama akak ni semua dik. Ni semua Hai-O yang bagi dik, Untuk orang Islam kita, bumiputera kita dik.” Kata-kata seorang kakak yang bersungguh mahu menarik saya menyertai My-J di bawah Hai-O Enterprise Berhad sebulan yang lepas. Saya di ajaknya bersungguh-sungguh mengikuti sesi presentations di depan kedai makan bersebelahan kedai saya bekerja.

“Ye lah dik, walaupun Bos besarnya cina, tapi dia dapat anugerah tokoh maal hijrah Malaysia tahun lepas tau. Sumbangan dia dalam melahirkan ramai jutawan-jutawan bumiputera di Malaysia. Mana ada cina nak tolong bumiputera macam ni. Ni lah peluang kita. ”

“Akak sebelum turun jumpa client-client akak ni, akak dah solat hajat mintak kekuatan dari Allah dik, moga-moga ramai terbuka hati dapat join sama macam akak. Baru-baru ni akak pergi umrah, tu pun Hai-O yang support dik. Akak doa kat sana mintak petunjuk, akak yakin dik, Akak di jalan yang benar, akak tak akan pandang ke belakang lagi.”

Saya sebenarnya ada juga mengkaji perjalanan Hai-O sebelum kedatangan kakak bakal jutawan Hai-O tadi ni. Tapi sengaja saya buat langsung tak tahu untuk mendapatkan maklumat yang mahu saya cari-cari selama ini. Begitulah gayanya. Menurutnya lagi, beliau adalah orang nombor 5 dalam Hai-O di Johor ni.

“Adik tengok gambar-gambar ni dik, ni semua orang yang telah berjaya dengan Hai-O. Tengok kereta dia orang dik. Akak pun akan angkat c 200 tak lama lagi.”

“Adik risau pasal modal ker dik?. Jangan risau, modal boleh cari dik. Tak banyak, Cuma RM 21k je dik. Boleh buat pinjaman kat bank-bank. Sebut je Hai-O insyaallah dik, success.”

“Adik tak akan rugi join Hai-O ni dik. Akak boleh terangkan nanti. Adik tak jual barang pun adik tak rugi. Dijamin tak rugi dik. Ye lah dik, kalau adik jual, lagi la banyak adik dapat. Ni tak macam MLM yang lain dik (sambil menyebut keburukan MLM-MLM lain yang tak perlu saya nyatakan di sini), Sapa cepat, sapa rajin dia kedepan. Orang atas tak makan orang bawah dik”.

“Bulan pertama adik join Hai-O, diaorang bagi adik cash RM 4k, bulan seterusnya kalau adik dapat cari lagi dua orang bawah adik, automatic adik dapat RM 6k, tak payah jual barang dik.”

Beliau menerangkan kepada saya cara perjalanan business koporat My-J yang bergerak di bawah Hai-O Enterprise Berhad. Setelah panas punggung saya, Saya pun berikan beberapa soalan cepu emas kepada kakak ni. Bukan niat saya nak jatuhkan sapa-sapa dengan tulisan ini. Tapi biarlah kita jelas status business yang kita mahu sertai agar selamat akaun kita dari perkara-perkara yang tak lepas syarak (kata yang lebih tegas selamat dari perkara-perkara haram).

Soalan pertama :

Dari segi syarak macam mana kak Hai-O ni?
- Apa tak boleh pulak dik. Islam tak larang kita berniaga dengan cina kan. Nabi tak pernah larang kan. Walaupun ada orang kata arak ada dalam Hai-O ni dik, tapi akaun dia orang asing dik.

Soalan Kedua :

Hai-O ada penasihat Syariah Kak?
- Erm, akak pun tak taulah dik. Yang akak tau boleh dik business ni.

Saya dah tak tahan terus buat kesimpulan. Tak pe lah kak, saya sebenarnya tak tau status business ni. Saya kene kaji dulu. Saya tak heran modal dia besar dan saya pun tak teruja dengan untung yang banyak berjuta-juta, Tapi yang saya risau hasil kita tu kak. Ni kan untuk keturunan kita juga. Baik yang kita dapat baiklah yang kita tinggal untuk zuriat kita.

Sempat pula kakak tu pesan kat saya : “Adik kaji lah dulu yer. Kalau adik dah dapat jawapannya esok call la kakak. Ingat dik cabarannya memang banyak nak senang ni. Orang kata kita macam-macam. Bila dah senang macam kakak ni, semua yang bising-bising tu tutup mulut tak kata apa. Adik kena berani buat keputusan”

Bagi saya cukup dengan dua soalan tadi menunjukkan ketidak fahaman kakak ni dengan undang-undang syariah dalam perniagaan. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Ini sekadar coretan pertama dalam bab MLM dan tulisan seterusnya akan menyusul akan datang insyaallah.

Persoalan yang perlu di jawab akan datang :

1 Saya baru tahu Hai-O ada jual arak (http://en.hai-o.com.my/new/business_retailing.asp) Betulker arak-arak yang dujual telah di asing akaunnya. Kalau betul siapa yang selia dan siapa pula yang telah jadi sekuritinya. Penasihat syariah juga tiada, lalu bagaimana? Alasan dapat pergi umrah, solat hajat dan lain-lain tidak boleh dijadikan hujah untuk melepaskannya.

2 Boleh ker pelaburan kita dijamin pasti untung. Pasti tak rugi seperti yang kakak tu kata. Kalau modal RM 21k itu bukan pelaburan, apa pula nama komisyen bulan pertama sebanyak RM 4k yang bakal diberikan?

3 Adakah di sana pelaburan-pelaburan ke tempat lain yang dilakukan oleh Hai-O dalam mengembangkan businessnya di luar Negara. Tentunya banyak anak-anak syarikat dan tempat-tempat pelaburan yang belum lagi terungkai halal dan haramnya disebabkan ketiadaan sekuriti syariah dalam Hai-O

Siapa boleh Bantu Jawab???

Wassalam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, August 04, 2008

Marroh Ula Bil Arobiah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله ثمّ الحمد لله, أشكر الله علي نعمه الكثيرة حتي ما أستطيع أن أحصاها, وأستغفرالله العظيم علي ذنوبي الوافرة ما أعلنت منها وما أسررت وما أنت أعلم به منّي, اللهم استرعيوبي وزوجتي, واستر أبي وأمّي, واستر مشايخي وأسرتي وإخواني المسلمين جميعا, فإنّي لا أرجو سترا ومغفرة سواك ولا حول ولا قوة إلا بك يا حيّ يا قيوم, يا ذالجلال والإكرام.

اللهم صلّ وسلّم وبارك علي حبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد, وعلي آله وصحبه والتابعين ومن اهتدي بهديه إلي يوم الدين, فأما بعد :

هذه هي مرة أولي أعمل الرسالة إلي حضراتكم باللغة العربية. وكنت صراحة اعترفت علي ضعف مهارتي في جميع نواحي اللغة خصوصا في الكتابة والمحادثة, لقلة الممارسة والمعاملة ويبدو أكثرضعيفا بعد ما رجعت من السفر إلي إنجلترا بلاد الإنجليزي . ولهذا أفضلكم تفضلا محبوبا بتصحيح كتابتي وتجميل أسلوبي المروّع, وجزاكم الله خير جزاء علي حسن مشاركتكم في هذا الموقع الصامت.

أتذكر الحوادث التي ظهرت مند رجوعي إلي ماليزيا بلادي الحقيقي, منها مشاركتي في البرنامج صباح ماليزيا مع مديرالمجلس الدين الإسلامي بحكومة جوهر, داتوء ذليل بن بارون تحت الموضوع إدارة المجلس مع الأموال الذكاة في ولاية جوهر. وكنت علي نيابة وكيل الجوهرين بجامعة الأزهر الشريف يطالبني التحدث عن الخبرات وأحوال طلاب المالزى خصوصا من جوهرفي مصر, ولكن الموضوع قد تغيّر في بداية البرنامج حزنيا. أجبت ثلاثة أسئلة ويعطني سؤال الرابع وهو الخطاب الأخيرة للمستمعين والمشاهدين باللغة العربية. والله لقد فجئت بذالك, ولم أدري إلقاء اي كلام ما سوي "شكرا وجزاكم الله خير جزاء" وباقي الكلام باللغة المالزية.

.ما شاء الله , ما هذا الكلام؟ ما أستطيع إلقاء القول إلا هذا. ما في كلام ولا خطاب آخر؟ هذا أمر خسيس جدا. وبعد هذا اللقاء, عقدت عزما مصمّما داخل قلبي كي أمارس هذه اللغة العشيقة يوميا ولم أريد مفارقته مرة ثانية. فإن شاء الله سألوّن هذا الموقع باللغة الثلاثة وهي المالزي والعربي والإنجليزي سويا. وأسأل الله تعالي الهداية والتوفيق والمغفرة والنصرة في الطريق إليه والعمل بدينه والخدمة لإعلاء كلماته آمين.

Rakaman Selamat Pagi Malaysia TV1


Rakaman video yang diterima rosak, hanya separuh yang dapat diselamatkan. Jangan terkejut dengan tajuk yang bakal anda saksikan. Saya tidak menyangka tajuk itu yang yang akan diberikan.


[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails