-->

HijriDate

Thursday, May 24, 2007

Sifat Solat An-Nabi S.A.W

Bismillah…


Alhamdulillah. Kitab yang ingin saya perkenalkan ini bertajuk "Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf. Hampir 2 tahun saya mencari kitab ini di merata tempat, kini dapat juga saya baca dan PDF kan untuk dikongsi bersama para pembaca budiman. Saya hanya mampu meminjamnya dari kawan CHEM kerana kitab ini telah kehabisan di pasaran. Puas saya cari di maarad kutub, di maktabah sekitar kaherah dan tanta, namun kitab ini seolah-olah telah ghuyub dari pasaran dengan dua kemungkinan. Pertamanya ia sudah habis kerana terlalu banyak permintaan. Kedua, kitab ini telah dihalang dari memasuki pasaran Mesir kerana terlalu ramai kewujudan mereka yang bertentangan dengan pengarang kitab ini. Itu hanya sangkaan saya sahaja. Terpulang pada para sahabat untuk menilainya. Sangka baik, mungkin ada tempat lain yang saya tak pegi lagi.

Yang banyak di pasaran adalah kitab di bawah ini dengan tajuk yang hampir sama iaitu " Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Taraha" – Karangan Muhammad Nasiruddin al-Albani. Di mana-mana maktabah sekitar Kaherah hanya kitab ini sahaja yang ada. Pernah saya sewaktu mencari kitab di atas dicemuh oleh petugas di sebuah maktabah katanya : Buat apa cari kitab tu, kitab ini (Karangan Al-Albani) kan ada. Saya kata saya dah ada. Suka hati saya nak baca yang mana. Pelik, seolah-olah ada sesuatu yang menarik sehingga kitab tersebut ghuyub dari pasaran Mesir.

Saya tidak mahu komen apa-apa lagi. Bacalah kedua-dua kitab tersebut dan jangan halang sesiapa untuk menilainya. Saya tidak mahu pengaruhi anda sebelum anda sendiri membaca kedua-dua kitab tersebut. Zaman ni ramai orang yang menghalang orang untuk membaca kitab-kitab karangan puak yang berlawanan dengan mereka. (halang tak bagi baca terus dengan hujjah haram baca kitab ahli bid'ah). Kebenaran akan terjelma juga walaupun kita dihalang dari membacanya. Kita ni banyak sangat komen orang sebelum kita temui dan nilai dengan teliti hujah yang orang bawa. Bahaya sekali. Nanti kita akan terhalang dari menemui kebenaran. Bagi saya, walaupun kita bertentangan pendapat tak sepatutnya kita menghalang orang dari menilai dengan teliti hujjah yang di bawa pihak yang berlawanan. Satu lagi, kita berlawan hujjah bukan berlawan syaksiyah. Tak boleh kita mencela pihak yang berlawanan dengan kita dengan sebab hujah kita habis di ptah pihak lawan. Dah dah..panjang pulak membebel.

Sila klik link di bawah untuk dapatkan PDF kitab karangan Syeikh Hassan Saggaf tersebut. Kitab yang satu lagi tu karanagn Syeikh Al-Albani, anda boleh dapatkan di Darul Salam atau mana-mana maktabah yang banyak di Mesir ni. Kalau sesiapa ada jumpa kitab karanagn Syeikh Hassan Saggaf tu boleh bagi tahu saya untuk saya beli yang soft copy. Belilah barangan original. Minta maaf sekiranya PDF tu tak berapa terang. Kalau nak terang lagi kene besarkan saiz dpi dia. Berat la nanti hasilnya. Nak buat sekali lagi kene tunggu 5 jam pulak duduk depan scanner. Tak larat. Sekian sahaja untuk kali ini.

File tersebut dalam bentuk PDF yang telah di kecilkan dengan file rar bersaiz 12 MB.
Sila Klik :

Sohih Sifat Solat An-Nabi SAW Min at-Takbir Ila at-Taslim Kaannaka Tanzur Ilaiha" – Karangan Hassan Ali as-Saggaf

Wallahu'aalam.


[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, May 22, 2007

Professionalkah kita...?

Bismillah...

Alhamdulillah. Syukur pada Ilahi kerana dengan limpah rahmatnya masih lagi diberikan kesempatan untuk mencoret sedikit titipan untuk para pembaca budiman. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan beberapa perkara di sini untuk tatapan pembaca. Saya tahu pembaca yang ada di sini bukanlah semuanya datang dari bumbung yang sama (pelajar bidang Agama), namun isi kandungannya bagi saya tetap sesuai untuk diambil pengajaran oleh sesiapa sahaja. Fokus saya kali ini adalah : Saya pelajar Agama serba boleh...!!!

Saya sebenarnya amat tertarik dengan satu slogan yang timbul tidak berapa lama dahulu. Slogan itu berbunyi memprofessionalkan ulamak dan mengulamakkan professional. Semua orang tahu apa itu ulamak. Tapi tak semua tahu apa erti professional. Di dalam kamus Dwibahasa, professional dinyatakan sebagai seseorang yang mempunyai kemahiran yang terlatih. Ada juga yang mengatakan bahawa professional mewakili bidang-bidang tertentu dalam pekerjaan. Pekerja kelas A seperti Doktor, Peguam, Pensyarah dan lain-lain digelar sebagai golongan professional. Bagi saya, tidak semestinya seorang doktor, pensyarah atau peguam tergolong dalam golongan professional. Ia tetap tidak professional jika ia tidak mahir dan terlatih dalam bidangnya.

Yang pastinya di sini, tiada orang yang lahir dalam keadaan professional. Semua orang boleh jadi professional kerana professional bagi saya tidak mewakili golongan tertentu dalam kerjaya. Professional perlukan latihan dan kemahiran. Seorang guru, tukang besi, pemain bola, ustaz dan apa sahaja profession boleh digelar professional. Syaratnya ia perlulah terlatih dan berkemahiran dalam bidangnya. Lebih-lebih lagi jika ia melampaui kemahiran di dalam bidang-bidang lainnya.

Di dalam sebuah hadis ada dinyatakan :

إن الله يحب الذين آمنوا إذا عمل عملا أن يتقنه

Maksudnya : Sesungguhnya Allah Taala menyukai orang-orang yang beriman yang mana sekiranya ia melakukan sesuatu pekerjaan ia laksanakannya dengan kesungguhan (ketekunan)

Jelas diketahui dari mafhum hadis di atas, Islam amat menggalakkan agar ummatnya bersungguh-sungguh di dalam sesuatu pekerjaan. Kesungguhan di dalam sesuatu pekerjaan akan menatijahkan kemahiran dan kesempurnaan sekaligus akan menyebabkan kita tergolong di dalam kumpulan professional yang digembar-gemburkan masyarakat massa kini.

Pelajar Al-Azhar tidak professional?

Saya sering kali mendengar komentar dari pihak luar yang mengatakan pelajar al-Azhar tidak mahir, malas, selekeh, tiada keterampilan dan selalu ponteng kuliah. Saya secara peribadi mengakui bahawa telahan itu ada juga benarnya. Dalam masa yang sama saya menyatakan sebahagian pendapat yang bercakap itu tidak menghayati keadaan sebenar mahasiswa di sini dan menilai ikut sesedap rasa sahaja.

Saya ingin berikan beberapa gambaran kepada pihak yang hanya menuding jari menyatakan kelemahan dalam masa yang sama, tiada tindakan yang dibuat untuk mengatasi masalah tersebut. Bukan maksud saya untuk menafikan kelemahan. Tidak, saya akui kelemahan, tapi biarlah mereka tahu apa sebenarnya yang mereka tudingkan.


~ Mereka kata pelajar-pelajar lepasan al-Azhar lemah bahasa arab.


  1. Saya katakan ya, memang lemah. Tapi ketahuilah bahawa kemahiran bahasa arab itu ada banyak. Kemahiran membaca, menulis, bercakap dan mendengar. Tidak wajar dikatakan bahawa orang melayu yang tidak fasih berbahasa melayu dikatakan lemah bahasa melayu kerana dia masih lagi boleh menulis, membaca dan mendengar dengan baik. Ketahuilah bahawa bercakap itu hanya sebahagian dari kemahiran bahasa arab. Namun orang sekarang menilai bahawa bercakap itulah yang paling utama. Tidak fasih bercakap bererti tidak mahir bahasa arab.

  2. Saya katakan juga, sebenarnya kelemahan itu bukan semuanya berasal dari sini. Perlu diketahui ada juga lepasan al-Azhar yang hanya setahun dan dua tahun di sini. Macam sayalah. 2 tahun sahaja di al-Azhar. Kalau nak kata yang lemah itu 100% dari sini tidak wajarlah. Lihatlah juga sistem pengajian yang di jalankan di malaysia sebelum mereka melanjutkan pengajian di sini. Soalnya di sini, kami belajar bahasa arab ni sejak dari tingkatan satu lagi, tapi tidak mahir-mahir juga. Kenapa? Malas? Entahlah...

  3. Kalau yang empat tahun juga masih lemah, ya saya katakan itu memanglah ia tidak bergaul dengan manusia.

~ Mereka juga kata pelajar-pelajar ni lemah dalam bidang agama, bidang mereka sendiri.


  1. Pertamanya perlu diketahui, Doktor sakit mata kalau kita suruh dia ubati orang yang sakit otak manalah dia boleh buat. Sebab apa? Sebab itu bukan bidang dia. Dia pakar bahagian mata. Pelajar agama akhir zaman ni pun macam tu juga. Walau ia belajar ilmu agama, tetapi ia telah dipecahkan kepada beberapa takhassus. Usuluddin, bahasa arab, syariah dan dirasaat islamiyah. Saya tidak nafikan memang itu satu kelemahan jika seorang pelajar agama tidak mempu menjawab persoalan agama. Tapi perlulah dilihat, ia dari bidang apa. Orang belajar agama ni pun macam doktor juga. Kalau jawab bukan ikut pengetahun dan kemahiran alamat sesatlah orang. Kalau soal sakit mata pun kene jumpa doktor sakit mata. Nak tanya soalan bab-bab agama juga kenelah tanya orang yang alim di dalam bidangnya.

  2. Bidang agama ni bukan bidang kecil yang cukup belajr 4 tahun sahaja. Ia perlukan masa yang lama. Bagi saya 4 tahun tu baru permulaan untuk menimba lebih banyak ilmu agama. Agama ni bukan benda mati, tapi ia benda hidup. Setiap masa ada benda baru dan perlu kepada pengkajian. Macam saintis jugalah. Sebab agama ini adalah kehidupan. jadi bagi saya, biasalah kalau keluar 4 tahun tu masih belum mahir. Kalau dia mahir sungguh dalam bidangnya itu sudah cukup bagus.

~ Mereka juga kata pelajar-pelajar ni jumud, tiada daya saing, tiada keterampilan dan tidak professional di alam pekerjaan.

  1. Ya, saya tidak nafikan. Memang kebanyakkan pelajar-pelajar lepasan al-Azhar ramai yang masuk bidang pendidikan. Majoritinya macam tu. sebab apa? Sebab itu bidang yang diketengahkan untuk mereka. Itu bidang yang telah dilorongkan buat mereka. Keluar di dalam satu forum (dirahsiakan) Pelajar agama ni jumud. Asyik jadi ustaz sahaja. Sepatutnya pelajar agama perlu lebih terkehadapan. Masuk dalam semua bidang. Penerbitan, lakonan, dan macam-macam lagilah. Saya kata, ye lah betul sepatutnya pelajar agama perlu lebih terbuka. Tapi lorongnya di mana? tidak nampak denga jelas ada usaha ke arah itu. Suatu kalam dari mantan perdana menteri suatu ketika dahulu (sewaktu tahun saya mahu terbang ke al-Azhar). Pihak kerajaan tidak menjanjikan ruang pekerjaan untuk lepasan bidang agama. Pasif dan ada suatu pertentangan. Bidang agama sahaja?

  2. Kami di sini berada di suatu tempat yang kurang bersistem. Ada nizom pun macam tiada. Kulah tidak wajib, kelas tutorial perlu susun sendiri dan banyak lagi yang perlu disistemkan sendiri. Memang serba sedikit kami (saya sendiri) terikut-ikut dengan rentak di sini. Jadi perlukan masa untuk follow sistem dan budaya cepat yang berjalan lancar di dalam negara. Kelemahan ini perlu di tangani bersama. Alhamdulillah, kebelakangan ini sudah ada sedikit momentum untuk ke arah kesistematikan. Ditambah pelajar yang ada sekarang ini kebanyakkannya bukan lagi gred 3 dan 4 yang menjadikan al-Azhar sebagai pilihan terakhirnya atau yang datang secara terpaksa. Mereka datang sebagai pilihan pertama dan atas kehendak sendiri.

  3. Ramai juga pelajar-pelajar ni yang ada kemahiran tambahan seperti komputer, IT, perniagaan dan macam-macam lagi. Semuanya mereka belajar sendiri dan dapat ilmu secara berkongsi. Tidak terdapat paper khusus dalam peperiksaan. Pelajar dalam negara sudah di ajar begitu. Ada major dan minornya. Kami semua perlu cari sendiri. Bantulah kami ni. jangan hanya menuding jari. kami rakyat malaysia juga apa...!!

Ayuh professionalkan diri sendiri.

Saya mengajak diri saya dan kawan-kawan semua untuk jadi professional bermula dari dalam diri terlebih dahulu. Karana professional itu bermula dari sikap dan minat. Penampilan, kemahiran sosial, pengurusan masa dan sikap-sikap yang baik itu perlu dipraktik di sini. Kalau kita masih dengan budaya lama, maka beginilah kita selamaya. Saya selalu katakan kita perlu bertindak luar biasa. Barulah kemudiannya kita akan jadi luar biasa kerana orang yang luar biasa itu adalah insan biasa yang punyai tindakan yang luar biasa.

Kita seharusnya menilai apa yang sering orang perkatakan mengenai kita. Apabila orang sering berkata tentang kita, maka jelaslah di sana sebenarnya kita amat benilai dan popular di mata mereka. Sebab itu kita sentiasa diperkatakan dan dikritik. Kritakan itu kalau buruk dan pedas bunyinya kita buang rasanya dan ambil sahaja intipatinya. Soalnya, kita memang lemah dan perlu bangkit untuk atasi keleman dan berikan hasil yang terbaik nantinya kepada ummah. Doktor sakit ummah ini lebih payah tugasnya berbanding doktor sakit jasad ummah. Kalau doktornya sudah sakit, bagaimana nanti ingin mengubat kelukaan dan kecelaruan ummah.

Di samping kita mempelajari dan mendalami bidang yang kita duduki kini, amat perlulah kita cuba untuk menguasai bidang-bidang lainnya. Kalau tidak mahirpun perlulah kita tahu secara umumnya supaya minda kita lebih terbuka dan sebagai modal untuk membolehkan kita masuk ke dalam setiap peringkat masyarakat. Sebagai contoh, salurannya telah ada kini. Kebanjiran sahabat-sahabat MEDIC perlu digunakan sebaiknya untuk berkongsi pengalaman dan kemahiran.

Kemahiran seperti software dan hardware komputer sepatutnya bukan lagi menjadi igauan dan ketakutan kepada kita semua. Kemahiran dalam IT perlulah digunakan sebaiknya sebagi medan tambahan menyebar dakwah. Saya rasa seronok melihat kebanjiran mahasiswa kita mempunyai web peribadi sendiri yang mempunyai genre yang pelbagai. Sekurangnya-kurangnya mampu membuka mata masyarakat terhadap kemampuan kita dan sebagai batu loncatan untuk kita pergi lebih jauh dalam menyebar maklumat dan ISLAM itu sendiri. Kemahiran berbahasa Arab terutamanya pertuturan dan interkasi perlu digembling lagi. kemahiran berbahasa Inggeris pula perlulah di cari agar medan kita lebih luas nanti.

Kemahiran dan kelainan dalam penyampaian saya tidak mahu perkatakan lagi. Anda boleh baca dalam tulisan saya sebelum ini yang bertajuk alat bantuan mengajar. Ia sudah jelas amat penting dan sebagai satu tuntutan buat kita semua.

Saya rasa sudah amat panjang tulisan kali ini. Saya ni banyak bercakap takut juga tiada hasilnya nanti. Tapi, jika tidak diluahkan di sini akan terpendam di dalam hati. Jadi tak dapat tidak saya perlu lepaskan di sini agar tidak jadi Kanser dan barah dalam hati.

Sekian sahaja untuk kali ini. Sebelum berundur saya ingin rakamkan ucapan terima kasuh buat sahabat-sahabat saya terutamanya Sifu Mohd Zaki dan Cik Munique yang membantu dalam memperkemas web ini. Terima kasih daun keladi, lain masa mintak tolong lagi.

Wallahu'aalam

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, May 16, 2007

Produser Filem In The Making

Bismillah…

Entah macam mana saya boleh terfikir untuk menjadi seorang produser filem animasi kanak-kanak macam Madagascar, Ice Age dan lain-lain siri kartun. Saya berfikir serius tentang perkara ini sehingga terbawa ke dalam mimpi.

Suasana ketika ini kanak-kanak dibanjiri dengan kartun-kartun yang berunsur super hero dan jenaka. Kita sering mendengar kartun-kartun yang sangat diminati oleh golongan kanak-kanak (saya pun pernah jadi kanak-kanak) seperti Doremon, Altraman, Gaban dan lain-lain yang masih segar sehingga ke hari ini. Kita sudah jelas hari ini bukan sahaja kanak-kanak yang meminati kartun, malahan remaja dan orang tua juga sudah semakin meminati filem-filem animasi kartun kerana ianya sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga berbanding cerita-cerita lain yang mempunyai pelbagai unsur yang agak tidak sesuai untuk tontonan ramai.

Kartun amat memberikan impak yang yang besar terhadapt pembangunan minda kanak-kanak. Kanak-kanak boleh jadi kurang ajar dengan sebab menonton kartun bersiri Sin Chan. Kanak-kanak boleh terjun dari bangunan gara-gara menonton filem lelaki labah-labah. Jarang kita mendengar kanak-kanak meminati berita perdana, ceramah perdana, jejak rasul dan cerita-cerita yang mengandungi unsur pengisian agama yang agak berat. Sedangkan, pengisian seperti ini sangat perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak kita sejak kecil lagi. Namun malangnya, Siri-siri animasi dan kartun yang berunsur agama dan pendidikan pada hari ini sangat kurang atau hampir sahaja tidak ada. Kenapa??

Di Malaysia, kita sudah ada MMU dengan penghususan computer dan multimedia. Kalau nak kata kita kurang teknologi, negara kita juga sudah berjaya mengeluarkan filem-filem yang amat banyak dengan genre yang pelbagai. Super Hero, Seram, Cinta, Merapu semua ada. Tapi kenapa yer. Ahh, mungkin juga buat filem-filem animasi berunsur agama ni tidak menguntungkan. Kalau buat filem-filem macam ni nanti orang cina dan India tak boleh tengok. Pendek aqal sungguh. Kamu ingat filem Nana Tanjung, Chermin dan Cicak Man tu orang India orang Cina nak sangat tengok..!!

Bagi saya, ada satu lagi sebab yang menghalang idea ini. Kita masih belum mampu mewujudkan gabung jalin yang baik antara golongan agama atau orang yang mempunyai kesedaran tentang agama dengan mereka-mereka yang berkemahiran dalam bidang ini. Tapi kan, bukan ker student-student yang ambil jurusan multimedia tu juga pernah sekolah agama suatu masa dahulu..? Paling kurang mereka tahu rukun Isam ada 5 dan rukun iman ada 6. Ye lah, bukan salah mereka. Mereka hanya diajar di peringkat asas sahaja. Itu bukan takhassus bidang mereka. Serah la kat ustaz-ustazah tu. Kan mereka banyak ilmu pasal agama ni. Soal akhirat ni serah la kat depa.

Walhal dan hakikat, mungkin juga kita golongan agama ni hanya tertumpu ke dalam bidang-bidang tertentu seperti guru dan pegawai tadbir agama sahaja. Benda-benda macam ni kita tak ambil cak ner. Alah, kan bukan bidang kita. Kita ni kan pendakwah, so kenelah buat kerja-krja dakwah. Benda-bemnda macam ni serahlah pada mereka yang ahlinya. Antum 'aalamu biumuri dunyakum. Keluar hujjah pulak tu. Wah, macam mana nih. Sapa sebenarnya yang nak buat benda-benda ni.

Jadi setelah saya fikir masalah ni, saya sendiri nak jadi produser filem ni. Ehh, budak-budak kita ni pun boleh tahan apa. Tanpa guru pun boleh la sikit-sikit buat adobe photoshop, ulead video studio, Flash MX dan lain-lain software yang mengancam. Sampai ada juga yang amik kursus programer belajar C++. Pewer point dah bukan zamannya sekarang ni.

Tapi persoalannya, nak buat filem ni mana cukup dengan Adobe dan Program video sahaja..!!! Ini angan-angan saya yang insyaallah saya akan kotakan jika saya berkemahiran dalam bidang ini. Sapa leh tolong saya n sapa nak join syarikat saya leh bagi komen pada saya. Terima kasih.

Wallahuaalam

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, May 10, 2007

Pelik bin Ajaib


Bismillah...

Pelik bin Ajaib...
Pendokong seruan itu
Inginkan kecemelangan
Namun apakandaya
Tindakan tak serupa galakan

Pelik bin Ajaib...
Pembawa seruan itu
Mahukan perubahan
Tapi apakandaya
Kuasa mencalar kemahuan

Pelik bin ajaib...
Pendokong dan pembawa itu
Perlukan kerjasama
Tapi apakandaya
Slogan hanyalah slogan

Pelik bin ajaib...
Kebajikan kebajikan kebajikan...
Mahu diselamat 4 tapi 5 disisihkan
Kebajikan kebajikan kebajikan...
Diberi 1000 dijual seinci kejayaan
Kebajikan kebajikan kebajikan...
Dihadiah 5 digadai nilai kecemerlangan
Kebajikan kebajikan kebajikan...
Dikurnia yang baru harganya setahun pembayaran
Kebajikan kebajikan kebajikan...
Apakandaya, kebajikan hanya dijadikan umpan

Pelik bin ajaib...
Hanya meluah rasa
Hanya ini yang terkata
Maafkan bagi yang terasa

Wallahu'aalam

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, May 02, 2007

Impian & cita-cita

Bismillah...

Rentetan cita-cita Aiman (bukan nama sebenar)

Tabika kemas:
Besar nanti nak jadi apa?
Nak jadi Superman.
Kenapa?
Boleh terbang, superman kuat kalahkan raksaksa. Aiman nak jadi superman.

Darjah satu:
Besar nak jadi apa?
Nak jadi bomba.
Kenapa?
Bomba hero, selamatkan orang. Aiman nak jadi bomba.

Tingkatan 1:
Besar nak jadi apa?
Besar nanti nak jadi profesor. Belajar di luar negara, nak ikut jejak ayah & ibu.
kenapa?
Ibu dan ayah idola Aiman, Aiman nak jadi macam mereka. Nak berbakti untuk mereka.

Tingkatan 5:
Cita-cita nak jadi apa?
Nak jadi Ulamak ummah.
Kenapa?
Ulamak pewaris tugas-tugas Nabi. Ulamak hanya takut Tuhan, Ulamak memimpin kesatuan ummah. Aiman nak jadi ulamak ummah.

Tingkatan 6 : STAM

~B.A Universiti al-Azhar
(4 Tahun)
~M.A Universiti al-Azhar
(4 Tahun)
~PhD Universiti al-Azhar
(4 tahun)

Kini, bersiap untuk berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan ummah.


Komentar:


Aiman telah mencapai sebahagian cita-cita alam remajanya. ANDA pula bagaimana? (Saya tanya pada diri saya juga).

Sebuah kejayaan pada peringkat awal biasanya dimulai dengan impian dan angan-angan. Mimpi dan angan-angan bukanlah segalanya. Namun impian dan angan-angan bisa menjadi segala-galanya. Adakah anda punyai impian dan cita-cita?

Saya tidak mahu mengajak sahabat-sahabat pembaca untuk bermimpi atau berangan-angan di siang hari. Namun saya sekadar ingin mengajak kita semua merenung kembali cita-cita dan impian kita suatu masa dahulu. Pastinya anda juga sering kali diajukan soalan-soalan seperti Aiman di atas bukan? Pastinya anda juga telah ada jawapan dan punyai impian anda sendiri. Saya yakin bahawa anda semua ada cita-cita dan impian. Anda bukan sekadar meniti jalan yang ada di depan mata.

Wafa pulak bila nak sekolah, jangan kacau Abi Umi Study O.K


Persoalannya kini, adakah kita sudah berada di jalan mencapai impian itu, atau kita masih lagi bermimpi dengan angan-angan yang pasti tidak mampu dikecapi dek kerana jalan yang dilalui sudah terpesong jauh dari impian dan matlamat yang disasarkan. Di manakah kita kini? Where am I?

Bangun dan sedarlah. Jangan terus diulit mimpi indah dan khalayalan yang tidak kunjung pasti. Kita harus berpijak di bumi nyata. Matlamat dan impian takkan tercapai kalau kita sekadar melakar impian dalam mimpi. Impian perlu selaras dengan tindakan. Sekarang ini adalah waktu bertindak. Bukan lagi waktu untuk bermimpi dan lena dengan angan-angan yang melangit tinggi. Angan-angan tanpa aksi bak menanti pinangan sang bidadari. Sekarang ini "Time To Act". Jangan tunggu lagi. "Jangan pandang ke Belakang" lagi.

Imtihan (Exam) sudah terlalu hampir. Masih bergame, bertorrent (download) dan menonton lagi? Silakan sahaja. Saya hanya mampu mengingatkan "Jangan bermain-main lagi". Kelak impian akan mencela diri sendiri.


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan dan teman-teman yang bakal menduduki imtihan fasal akhir 2007. Moga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam imtihan nanti. Usahakan sehingga ke tahap maksimum. Jika gagal bermakna usaha kita belum maksimum lagi (usaha jasmani dan rohani). Sudah tentu anda tidak bercita-cita dan berangan untuk menjadi insan yang gagal bukan??!

Wallahu'aalam

P/s :
Doakan saya juga dalam doa-doa kalian.

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails