-->

HijriDate

Wednesday, May 02, 2007

Impian & cita-cita

Bismillah...

Rentetan cita-cita Aiman (bukan nama sebenar)

Tabika kemas:
Besar nanti nak jadi apa?
Nak jadi Superman.
Kenapa?
Boleh terbang, superman kuat kalahkan raksaksa. Aiman nak jadi superman.

Darjah satu:
Besar nak jadi apa?
Nak jadi bomba.
Kenapa?
Bomba hero, selamatkan orang. Aiman nak jadi bomba.

Tingkatan 1:
Besar nak jadi apa?
Besar nanti nak jadi profesor. Belajar di luar negara, nak ikut jejak ayah & ibu.
kenapa?
Ibu dan ayah idola Aiman, Aiman nak jadi macam mereka. Nak berbakti untuk mereka.

Tingkatan 5:
Cita-cita nak jadi apa?
Nak jadi Ulamak ummah.
Kenapa?
Ulamak pewaris tugas-tugas Nabi. Ulamak hanya takut Tuhan, Ulamak memimpin kesatuan ummah. Aiman nak jadi ulamak ummah.

Tingkatan 6 : STAM

~B.A Universiti al-Azhar
(4 Tahun)
~M.A Universiti al-Azhar
(4 Tahun)
~PhD Universiti al-Azhar
(4 tahun)

Kini, bersiap untuk berkhidmat kepada keluarga, masyarakat dan ummah.


Komentar:


Aiman telah mencapai sebahagian cita-cita alam remajanya. ANDA pula bagaimana? (Saya tanya pada diri saya juga).

Sebuah kejayaan pada peringkat awal biasanya dimulai dengan impian dan angan-angan. Mimpi dan angan-angan bukanlah segalanya. Namun impian dan angan-angan bisa menjadi segala-galanya. Adakah anda punyai impian dan cita-cita?

Saya tidak mahu mengajak sahabat-sahabat pembaca untuk bermimpi atau berangan-angan di siang hari. Namun saya sekadar ingin mengajak kita semua merenung kembali cita-cita dan impian kita suatu masa dahulu. Pastinya anda juga sering kali diajukan soalan-soalan seperti Aiman di atas bukan? Pastinya anda juga telah ada jawapan dan punyai impian anda sendiri. Saya yakin bahawa anda semua ada cita-cita dan impian. Anda bukan sekadar meniti jalan yang ada di depan mata.

Wafa pulak bila nak sekolah, jangan kacau Abi Umi Study O.K


Persoalannya kini, adakah kita sudah berada di jalan mencapai impian itu, atau kita masih lagi bermimpi dengan angan-angan yang pasti tidak mampu dikecapi dek kerana jalan yang dilalui sudah terpesong jauh dari impian dan matlamat yang disasarkan. Di manakah kita kini? Where am I?

Bangun dan sedarlah. Jangan terus diulit mimpi indah dan khalayalan yang tidak kunjung pasti. Kita harus berpijak di bumi nyata. Matlamat dan impian takkan tercapai kalau kita sekadar melakar impian dalam mimpi. Impian perlu selaras dengan tindakan. Sekarang ini adalah waktu bertindak. Bukan lagi waktu untuk bermimpi dan lena dengan angan-angan yang melangit tinggi. Angan-angan tanpa aksi bak menanti pinangan sang bidadari. Sekarang ini "Time To Act". Jangan tunggu lagi. "Jangan pandang ke Belakang" lagi.

Imtihan (Exam) sudah terlalu hampir. Masih bergame, bertorrent (download) dan menonton lagi? Silakan sahaja. Saya hanya mampu mengingatkan "Jangan bermain-main lagi". Kelak impian akan mencela diri sendiri.


Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada kawan-kawan dan teman-teman yang bakal menduduki imtihan fasal akhir 2007. Moga anda semua mendapat kejayaan yang cemerlang dalam imtihan nanti. Usahakan sehingga ke tahap maksimum. Jika gagal bermakna usaha kita belum maksimum lagi (usaha jasmani dan rohani). Sudah tentu anda tidak bercita-cita dan berangan untuk menjadi insan yang gagal bukan??!

Wallahu'aalam

P/s :
Doakan saya juga dalam doa-doa kalian.

No comments:

Related Posts with Thumbnails