-->

HijriDate

Wednesday, May 16, 2007

Produser Filem In The Making

Bismillah…

Entah macam mana saya boleh terfikir untuk menjadi seorang produser filem animasi kanak-kanak macam Madagascar, Ice Age dan lain-lain siri kartun. Saya berfikir serius tentang perkara ini sehingga terbawa ke dalam mimpi.

Suasana ketika ini kanak-kanak dibanjiri dengan kartun-kartun yang berunsur super hero dan jenaka. Kita sering mendengar kartun-kartun yang sangat diminati oleh golongan kanak-kanak (saya pun pernah jadi kanak-kanak) seperti Doremon, Altraman, Gaban dan lain-lain yang masih segar sehingga ke hari ini. Kita sudah jelas hari ini bukan sahaja kanak-kanak yang meminati kartun, malahan remaja dan orang tua juga sudah semakin meminati filem-filem animasi kartun kerana ianya sangat sesuai untuk tontonan seisi keluarga berbanding cerita-cerita lain yang mempunyai pelbagai unsur yang agak tidak sesuai untuk tontonan ramai.

Kartun amat memberikan impak yang yang besar terhadapt pembangunan minda kanak-kanak. Kanak-kanak boleh jadi kurang ajar dengan sebab menonton kartun bersiri Sin Chan. Kanak-kanak boleh terjun dari bangunan gara-gara menonton filem lelaki labah-labah. Jarang kita mendengar kanak-kanak meminati berita perdana, ceramah perdana, jejak rasul dan cerita-cerita yang mengandungi unsur pengisian agama yang agak berat. Sedangkan, pengisian seperti ini sangat perlu diterapkan ke dalam minda anak-anak kita sejak kecil lagi. Namun malangnya, Siri-siri animasi dan kartun yang berunsur agama dan pendidikan pada hari ini sangat kurang atau hampir sahaja tidak ada. Kenapa??

Di Malaysia, kita sudah ada MMU dengan penghususan computer dan multimedia. Kalau nak kata kita kurang teknologi, negara kita juga sudah berjaya mengeluarkan filem-filem yang amat banyak dengan genre yang pelbagai. Super Hero, Seram, Cinta, Merapu semua ada. Tapi kenapa yer. Ahh, mungkin juga buat filem-filem animasi berunsur agama ni tidak menguntungkan. Kalau buat filem-filem macam ni nanti orang cina dan India tak boleh tengok. Pendek aqal sungguh. Kamu ingat filem Nana Tanjung, Chermin dan Cicak Man tu orang India orang Cina nak sangat tengok..!!

Bagi saya, ada satu lagi sebab yang menghalang idea ini. Kita masih belum mampu mewujudkan gabung jalin yang baik antara golongan agama atau orang yang mempunyai kesedaran tentang agama dengan mereka-mereka yang berkemahiran dalam bidang ini. Tapi kan, bukan ker student-student yang ambil jurusan multimedia tu juga pernah sekolah agama suatu masa dahulu..? Paling kurang mereka tahu rukun Isam ada 5 dan rukun iman ada 6. Ye lah, bukan salah mereka. Mereka hanya diajar di peringkat asas sahaja. Itu bukan takhassus bidang mereka. Serah la kat ustaz-ustazah tu. Kan mereka banyak ilmu pasal agama ni. Soal akhirat ni serah la kat depa.

Walhal dan hakikat, mungkin juga kita golongan agama ni hanya tertumpu ke dalam bidang-bidang tertentu seperti guru dan pegawai tadbir agama sahaja. Benda-benda macam ni kita tak ambil cak ner. Alah, kan bukan bidang kita. Kita ni kan pendakwah, so kenelah buat kerja-krja dakwah. Benda-bemnda macam ni serahlah pada mereka yang ahlinya. Antum 'aalamu biumuri dunyakum. Keluar hujjah pulak tu. Wah, macam mana nih. Sapa sebenarnya yang nak buat benda-benda ni.

Jadi setelah saya fikir masalah ni, saya sendiri nak jadi produser filem ni. Ehh, budak-budak kita ni pun boleh tahan apa. Tanpa guru pun boleh la sikit-sikit buat adobe photoshop, ulead video studio, Flash MX dan lain-lain software yang mengancam. Sampai ada juga yang amik kursus programer belajar C++. Pewer point dah bukan zamannya sekarang ni.

Tapi persoalannya, nak buat filem ni mana cukup dengan Adobe dan Program video sahaja..!!! Ini angan-angan saya yang insyaallah saya akan kotakan jika saya berkemahiran dalam bidang ini. Sapa leh tolong saya n sapa nak join syarikat saya leh bagi komen pada saya. Terima kasih.

Wallahuaalam

9 comments:

Da Munique said...

cantik pai... kalo citer ko kuar aku pegi beli tiket. ni wayang punya kan? takpun aku beli dvd ler.

kan dah ada citer macam kiamat sudah dekat.. The 13th Warrior... ok aper.

Anonymous said...

Alar pai... jgn ko cayer kat kate2 manis munick tu, :p klu filem ko kuar nnt, aku yakin dan pasti, org yg pertama download adalah munick... huhuhu

(gurau jer munick!!! jgn mare)

Da Munique said...

Aku cuba memberi semangat.. moga2 jadik kenyataan. Takkan member2 pun tak dapat tiket free kan...

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

huhuh..oklaa..member2 punya hal tak pe..ni keje ikhlas punya..kira fisr time punya filem bagi free jer..leh download kat torent jerk..tapi tak kan aku nak wat sorang weii..mana larat..jom laa sekali..baru la dapat free..huhuuh

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

saya tulis artikel ni dengan maksud supaya ada sedikit fikrah yang dapat saya sampaikan kepada pihak yang berkenaan..bukan maksud cita2 saya nak jadi produser filem..tapi saya tunggu lahirnya produser2 filem yang ada fikrah sebegitu. tak kejar untung semata. Yang boleh dibantu nanti saya insyaallah akan bantu..Nak tunggu filem saya juga lambatlah nampaknya..kene ambik fakulti perfileman pulaklah jawabnya..ngaji quran pun tak abis lagi nih..

Anonymous said...

jgn risau bab it ni..tok guru di kelantan dah membuka jalan dgn mewujudkan darul digital utk kerja2 berkaitan it spt animasi dsb...kesedaran dah ada dan ruang dah ada dan insya Allah bertambah jika hasil usaha DD berjaya dan dicontohi,tumpu bidang sendiri bagi kukuh naa..quran yg tak habis bagi habis,selamat berjaya

Anonymous said...

salam.syer sokong 100% aper yg awk suggest tu.cause syer pun minat gak kartun2 ni.syer pun cadang nk jadi kartunis Islam dlm menyebrkn dakwh kpd seluruh umat.insyaallah.doakan

ahmadiy hannaniy said...

fyruz... aku pun ada cita2 gak nak jadi produser filem animasi untuk kanak2.. lagi2 berbentuk islam.. cuma skrg ni mmg tgh cari budak mmu yg cuba dapat membantu buat benda2 ni.. amacam kita bergabung tenaga

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

ermm..cantek la tu..gabung tenaga lebih baik dari bermula dengan sifar..darul digital pun dah ada..member2 MMU pun ada..kita sumbang idea n bantu2 mana yang mampu pun dah kira baik kan..

Related Posts with Thumbnails