-->

HijriDate

Friday, April 20, 2007

Motivasi diri - Tidak Cukup Lagi???

Bismillah...
Saya adalah orang yang berjaya di kalangan jutaan rakan-rakan saya yang gagal. Waktu itu saya bersaing merebut tempat pertama. Tiada tempat ke-2, ke-3 dan seterusnya disediakan di dalam musabaqah itu. Yang ada hanyalah juara. Takdir Allah Taala dengan berkat usaha gigih saya waktu itu, saya telah berjaya menewaskan jutaan pencabar saya yang tidak kurang juga saingannya. Mereka berusaha bermati-matian kerana siapa yang gagal pasti akan mati dan tiada peluang untuk hidup lagi. Hanya juara waktu itu yang akan hidup kekal dengan hadiah lumayan : umur, rezeki, ajal dan segala keperluan.

Anda pastinya juga pernah jadi juara seperti saya. Namun kebanyakkan orang yang saya tanya, mereka lupa dengan kejayaan itu. Mereka lupa sebenarnya pada suatu masa dahulu mereka pernah menjadi juara. Juara yang tidak tertanding oleh sesiapa di waktu itu. Kerana dialah satu-satunya juara dan pemenangnya. Kecuali di dalam beberapa pertandingan yang terbuka ada 2 atau beberapa pemenang bersama. Tidak kiralah. Yang penting juara itu berpeluang untuk hidup dan dimuliakan selepas ditabalkan sebagai pemenang (bersama @ sendirian) dalam pertandingan itu.

Jika kita sedar kita adalah juara suatu ketika dahulu, kita pastinya berbangga dengan kejayaan itu. Kejayaan itu anugerah Allah Taala yang tak ternilai harganya. Kejayaan itu juga haruslah kita manfaatkan sebaiknya agar kita sentiasa jadi insan yang juara tanda kesyukuran kita pada Yang Maha Esa. Kita harus sedar bahawa begitu ramai yang berebut-rebut untuk jadi juara waktu itu. Bukan ribuan malah jutaan.

Saya cerita ni anda tahu ker pertandingan apa yang saya maksudkan ni. Ha itulah. Manusia (bukan melayu sahaja) memang mudah lupa. Lupa yang dia dilahirkan sebagai juara. Dahulu sewaktu di alam air dan sel, bukankah kita sahaja yang terpilih untuk menjadi segumpal daging yang akhirnya bergelar KITA. Dari jutaan sperma yang terpancar dari air yang hina, hanya kita yang terselamat dan bergelar juara. Bukankah juara itu adalah kita??

Jadi jika kita dilahirkan sebagai juara, adakah tidak cukup lagi motivasi untuk diri yang ingin berjaya dan terus berjaya?? Kita ini adalah juara!!! jangan teragak-agak lagi. Kejuaraan dan kejayaan itu adalah anugerah yang tidak ternilai harganya. Jadi, kenapa kita memilih untuk gagal dan lemah di dunia ini kerana kita telah dilahirkan sebagai JUARA???


Wallahu'aalam

No comments:

Related Posts with Thumbnails