-->

HijriDate

Monday, April 16, 2007

Faqidus Syaik La Yukti

Bismillah..
Saya merasa terpukul apabila banyak persoalan dalam bidang yang saya ceburi tidak dapat saya selesaikan dengan baik. Saya tidak mampu menjawab, mengajar, menilai dan menulis dengan baik. Apabila saya kaji diri sendiri dengan nilaian SWOT (kekuatan, kelemahan, ancaman dan cabaran), rupanya terlalu banyak kekurangan yang saya miliki terutama kelemahan dalam penguasaan ilmu dan thaqofah. Itu tidak termasuk kelemahan dan kepincangan dalam kemahiran asas yang perlu ada bagi seorang daie.
Kenapa? Kerana saya orang yang kehilangan. Saya bukan setakat kehilangan, bahkan tidak banyak yang saya miliki. Sudahlah tidak banyak, kehilangan pula. Sebab itu saya tidak mampu memberi kerana orang yang tidak memiliki dan kehilangan sesuatu maka dia tidak mampu untuk memberi apa-apa. Faqidus Syaik La Yukti.

Kita sudah mula belajar sejak dari TADIKA hingga tamat peringkat asas unversiti. Itu pengajian seacra langsung tidak termasuk yang non-rasmi. Namun ke mana perginya ilmu yang dipelajari selama hampir 20 tahun itu. Adakah semuanya sudah hilang dan pupus dengan lupusnya kertas-kertas jawapan dalam peperiksaan? Adakah ilmu yang dipelajari dahulu pergi setelah tamatnya kita dari usai sebuah pengajian. Atau ilmu yang dipelajari tidak berkat gara-gara akhlak yang buruk sewaktu pembelaaran. Atau maksiat yang sangat banyak menghalang cahaya ilmu itu masuk ke dada lalu jadi sempit dan sesak dengan seribu titik kegelapan. Ilmu tidak lekat dengan orang yang banyak maksiat kata guru kita. Aduh..malangnya.

Saya insafi diri yang serba kekurangan ini. Saya mengharapkan diberi peluang oleh Allah Taala untuk memperbakiki kelemahan ini. Moga kita tergolong di kalangan orang yang sibuk dengan jalan ilmu kerana Man Salaka Toriqon Yaltamisu Fihi Ilman Sahhalallahu Lahu Toriqan Ilal JANNAH...

Catatan dari Iskandariah..

wallahuaalam

No comments:

Related Posts with Thumbnails