-->

HijriDate

Wednesday, August 22, 2007

Perjalanan Masih Panjang

Bismillah...


Kini sudah hampir 3 jumaat permusafiranku ke bumi asing ini. Rasa asing yang ku lalui dahulu kini beransur hilang. Satu petua yang saya perolehi dari seorang rakan untuk menghilangkan rasa keasingan di sini ~ Dont laugh before you say anything ~. Petua ini amat baik sekali untuk diamalkan oleh para pengembara atau siapa sahaja yang berada di tempat baru. Jangan malu untuk bertanya dan jangan takut untuk menjawab. Jangan ketawa sebelum anda berkata sesuatu. Di mana-mana pun begitulah masalah kita orang melayu, malu dan takut untuk bercakap dalam bahasa asing (arab, english etc) sebaliknya hanya tersengih dan takut untuk bercakap apabila disapa. Suasana di sini menjadikan saya tidak malu-malu untuk bercakap dalam bahasa inggeris walau dalam broken english.

Setelah hampir tiga minggu di sini, rasa rindu pula untuk bertutur dalama bahasa arab. Kebanyakkan orang arab yang saya temui di sini lebih gemar untuk bertutur dalam bahasa inggeris. Sebahagiannya memang sudah hilang arabnya. Gayanya juga sudah berubah jadi kebaratan. Namun hari ini kerinduan itu hilang seketika. Saya bertemu dengan seorang lelaki dari Aswan Mesir yang bekerja sebagai pemandu teksi di sini. Namanya Ahmad. Bahasa arabnya sungguh baik. pada awalnya saya tidak menyangka dia berasal dari Mesir. hilang segala lahjah mesirnya. Ga, maalish dan mush langsung tidak kedengaran. Berbual dengannya nampak seolah-olah saya pula yang berasal dari Mesir dek terkesan kuat dengan lahjah ammiyah.


Di Sini Bukan Untuk selamanya.

Ahmad menyatakan kepada saya di sini (London) bukan tempat yang selamat untuk menjana keimanan. Terutamanya bagi yang tiada asas agama dan tidak mencampuri langsung komuniti-komuniti yang berunsurkan keagamaan seperti masjid, usrah dan kelas-kelas ilmu. Hidup akan hanyut di sini jika kita tidak berjaga-jaga dan terikut-ikut dengan gaya kehidupan masyarakat di sini. Kiri dan kanan benda yang haram terpapar bak melambai-lambai agar di gapai. Segala-galanya ada di sini. Saya tidak nafian walupaun masyarakat di sini terkenal dengan akhlak yang baik-baik antaranya menepati janji, menghormnati, peramah dan lain-lain lagi, namun suasana itu tidak cukup untuk membangunkan hati.

Kebanyakkan yang ada di sini hanya menjadikan London sebagai tempat persinggahan sementara dan sekadar tempat mencari rezeki. Kata Ahmad London baginya hanyalah Ardhul Rizki. tempat untuk mencari rezeki dan dia tidak berminat untuk tinggal di sini untuk selamanya.

Keluarga-keluarga melayu yang saya temui juga kebanyakkannya berpendapat yang sama. Mereka agak sukar untuk memberikan pengajian agama yang sebaiknya kepada anak-anak mereka. Itu mereka sendiri yang akui. Bukan tiada tempat-tempat yang menyediakn perkhidmatan pengajian agama, namun ianya amat terhad dan amat sukar untuk mereka turuti. Setakat ini sahaja saya sudah berhadapan dengan ramai adik-adik (peringkat aqil baligh) yang tidak tahu cara untuk solat dan sebahagiannya tidak tahu langsung apa itu solat. Mengaji al-Quran apatah lagi. Itulah hakikat kehidupan di sini. Saya juga tidak mahu berlama di sini. Moga dengan kesibukan yang Tuhan aturkan ini akan menambahkan lagi pengalaman dan pengetahuan saya.

Belajar Itu Minal Mahdi Ilal Lahdi.

Rasa tidak tahu itu juga sudah di kira suatu ilmu kerana kita mengetahui kemampuan ilmu yang kita miliki. Semakin tinggi kita belajar semakin banyak benda yang bermain di kepala. Benarlah Firman Allah di dalam al-Quran yang menyatakan ilmu Allah itu jika ditulis dengan dengan mata pena yang bertintakan lautan yang berbilang-bilang pun tidak akan cukup untuk mencatit ilmu Allah Taala. Ilmu yang ada pada kita ini mungkin tidak sampai setitik dari lautan yang luas tadi.

Pelbagai persoalan diajukan kepada saya di sini dan banyak yang tidak mampu saya ulas dan berikan jawapannya. Di tambah pula minggu ini bermula kelas pengajian hujung minggu untuk komuniti keluarga di west hendon dan kilburn. Berdebar juga rasa hati bila pak cik-mak cik ni jemput untuk isi pengajian mingguan mereka. Namun bagi saya ia amat baik juga untuk diri saya sebagai latihan dan murajaah kepada pengajian-pengajian saya yang lalu. Ilmu jika lama tidak di belek-belek akan hilanglah ia dan gelaplah jiwa. sesiapa yang 40 hari tidak mengikuti kelas kelas pengajian agama maka akan keraslah hatinya dan sangat mudah untuk tercebur ke lembah kemaksiatan kerana ilmu itu nyawa hati. Itulah pesanan Rasulullah SAW kepada Saidina Ali r.a.

Tulisan Ini Hanya Tulisan Bersahaja.

Terima kasih kepada yang sudi bertandang dan memberikan komen yang membina kepada saya agar penulisan di sini mampu berdiri sama tinggi dengan web site-web site ternama seperti zaharuddin.com, saifulislam.com dan lain-lain lagi penulis yang berkongsi pengalaman dan ilmu dalam bentuk yang ilmiah dan standard. Tidak seperti laman kecil ini yang lebih santai dan nampak seperti syok sendiri sahaja. Namun, komentar itu ada baiknya juga. Mungkin saya perlu menulis di laman yang lain untuk penulisan yang lebih standard dan dipenuhi dengan materi ilmiah, tarbiah dan tajribah.

Bagi saya, ruang kecil ini adalah stor untuk menyemai minat saya menjadi seorang motivator atau moderator suatu masa nanti. Untuk itu, saya perlu belajar menjadi pendengar, pemerhati dan penilai yang baik. Di sini saya cuba untuk mengasah minda dan idea agar lebih tajam dalam menilai sesuatu isu dan perkara.

Pengalaman Gagal Tidak Sama Dengan Pengalaman Berjaya.

Saya mendapat berita ramai-kawan dan adik-adik yang gagal dalam peperiksaan yang lalu. Ada yang bawa 3, 4, 5 dan ada juga yang lebih dari itu. Percayalah bahawa setiap yang di lalui itu telah diatur oleh Pencipta yang maha Esa yang tahu apa yang terbaik buat diri kita.

Saya selalu mengingatkan kawan-kawan agar bersabar dengan kegagalan kerana di sebalik kegagalan itu ada sesuatu perkara yang tersirat yang perlu difikir dan dijadikan iktibar. Pengalaman gagal itu tidak sama dengan kejayaan. Walaupun perit di sebaliknya terdapat 1001 hikmah dan pengajaran. bagi yanag ada madah sedikit jangan disia-siakan masa yang ada. Mungkin itu masa yang Allah kurniakan untuk diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Isilah dan rancanglah ia dengan sebaiknya.

Saya juga pernah merasai kegagalan. Sewaktu gagal saya semak semula setahun yang saya lalui sebelum kegagalan. Banyak hak-hak yang tidak saya tunaikan. Hak hati, hak kawan-kawan, hak persatuan dan yang lebih utama hak dengan Tuhan. Hak dengan hati, hati kita banyak dendam dan kotor dengan segala macam penyakit hati. Hak dengan kawan waktu kawan susah kita buat tidak tahu. Hak dengan persatuan kita tak bantu dan tolong bila-bila perlu. Persatuan itukan jamaah. Lari dari kesatuan bererti lari dari jamaah. Hak dengan Tuhan tidak perlu saya cerita. Koreksi diri kita bersama. Mungkin itulah hikmah kegagalan yang kita terima.

Jangan terleka dengan paper yang sedikit nanti. Biasa yang saya lihat begitulah. Semakin sedikit paper yang di bawa semakin malas jadinya. Masa yang banyak itu boleh di isi dengan kelas-kelas bahasa, kelas tafaquh dan macam-macam lagi perkara yang berfaedah. Jangan pula malu dengan kegagalan. Jangan pula terlalu kecewa dengan kegagalan. Semakin cepat pulih kita dari rasa kegagalan semakin banyak perkara yang dapat kita selesaikan, insyaallah. Moga kalian sabar dan tabah dengan ujian kegagalan.

Sekian sahaja coretan kali ni. Bertemu lagi di lain masa dan ketika. Salam mahabbah dari perantauan.

Wassalam, Wallahu'aalam.

6 comments:

Anonymous said...

Salam ustaz.. minta maap ler dok ceroboh2 ajer blog ustaz ni..
Banyak jugak info sy dpt kat sini..
Terasa cetek sgt ilmu sy dlm bab2 agama ni..
wah.. beshnyer ustaz ader kat uk..
mest dpt banyak pengalaman kat saner..

Biler sy bace post2 ustaz ni..
sy rase jeles btul..
cam ner yer nak tulis sesuatu pastu kiter kaitkan dgn sesuatu fakta or hadis bagi memantapkan tulisan tu..

sy ni x gheti btul nak tulis mcm tu.. teringin jugak nak buat mcm tu.. tapi pemahaman sy terhadap sesuatu fakta mcm hadis2 ni terlalu kurang..

mungkin ustaz leh ajo sy mcm maner nak hasilkan sesuatu tulisan yg baik.. bolehkan ustaz.. (",)

Kalo tak boleh, tak aperlah..

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

salam nihiraaf, syukran di atas kunjungan. Ermm saya pun tak pandai mana, main tulis je apa yang terlintas kat kepala. Banyak lagi penulis2 lain yang lebih bagus. Saya pun bukan penulis bertauliah. Tak pernah ikut kursus penulisan or giat dalam bab2 menulis ni. Sekadar berkongsi apa yang di lalui. Insyaallah, kalau boleh di bantu n bertepatan dengan aturanNya saya sedia membantu sekadarnya..yang penting anda perlu cuba dan percaya kemampuan yang ada pada anda..ok, wassalam

Anonymous said...

salam ... kabare wong UK? suwi orak ketemu, reti2 wes nang UK ...
ojo kelalen wong nang kene ...

kito sedolor ....

untuk makluman : ust fairuz ni mantap orangnya ... selalu bagi motivasi kat student mesir ni ...

harap-harao, bile balik sini dapat sehelai jersi MU ... :D hehhe ..

semoga berjaya ... teruskan jurnal jalan kehidupan itu ...

Anonymous said...

orang arab dari Aswan mana sebut Ga sebagai ganti ja dalam perbualan mereka, artikulasi ga dan aa(gantian qa) hanya porpular di utara Mesir.

Anonymous said...

Assalamulaikum...
Syukran ustaz di atas perkongsian ilmunya.

"Belajar itu minal mahdi ilal lahdi"

Membuatkan saya jadi lebih bersemangat untuk menyambung pelajaran selepas ini.InsyaAllah.

Dan memang betul, semakin tinggi kita belajar, semakin kita rasa banyak benda lagi yang kita tak tahu.

Teruskan perjuangan ustaz, wassalamualaikum...

Ibnu Ali said...

Banyakkan membaca... insyaAllah. Kalau kurang membaca cam ana, susah gak nak letak. Kalau letakpun kadang2 salah tempat. Bahaya gak. Kita tulis apa yangrasional bagi kita, agak2 tak becanggah dengan Islam no hal.

Bagi sesiapa nak mantapkan penulisan, kena selalu membaca dan selalu menulis. Kalau banyak menulis kurang membaca susah gak. Banyak membaca tak menulis ok lagi...

adios amigos sopratos..

Related Posts with Thumbnails