Bismillah...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah menciptakan alam yang sangat luas dan indah. Rasa di hati tidak mahu menulis lagi di sini buat sementara waktu. Namun walau di mana bumi di pijak di situ juga jurnal jalan kehidupanku akan berlalu. Jadi apa salahnya jika saya mahu berkongsi dari pandangan sudut bumi yang amat berbeza, sangat berbeza dan asing bagiku.
Kalau dahulu jumpa siapa sahaja tiada masalah untuk saya memberi salam namun kini satu nikmat sudah ditarik sementara, nak bagi salam terpaksa pandang-pandang. Takut tersalah beri salam akan dipandang serong orang tidak memasal.
Kalau dahulu pergi mana-mana kedai walau kotor manapun ia tidak risau-risau untuk membeli makanan, namun kini walau ada cop halal pun rasa seriau dan takut untuk singgah makan. Apa tidaknya, sudahlah harghanya sangat mahal (cth : saya beli syawarma sebab dah terlalu lapar dengan harga 2.90 pound = LE 30)dan sebahagian gerai yang menjadikan lambang halal sebagai daya penarik semata-mata. Memanglah, walau ayam atau daging yang digunakan diperolehi dari pihak yang dipercayai, namun masakan dan bahan-bahan lain yang digunakan tiada siapa yang mampu memastikannya. Kesimpulannya, saya boleh jadi kurus di sini. Kira ini satu perkara positif buat saya.
Kalau dahulu saya tidak risau untuk tidur di waktu malam, tapi kini amat risau kerana waktu subuh amat rapat dengan waktu isyak. Mudah sangat untuk solat subuh gajah atau dinosour. Dan mudah juga untuk solat isyak semut dan pijat. Waktu isyak jam 11.00 mlm dan subuh jam 2.45 pg. Sunnguh mengerikan.
Kalau dahulu tidak susah bagi saya untuk mencari masjid dan mendengar seruan azan kemudian bersolat secara berjamaah, tapi kini tidak di sini. Sudah 3 hari saya tidak mendengar azan dan solat berjamaah. Nampak mesjid pun agak sukar walau sebenarnya di London ni banyak juga masjidnya. Namun amat jauh antara satu masjid dengan satu mesjid yang lain. Bagi yang mudah-mudah nak dengar azan dan faham akan kepentingan solat secara berjamaah, hidupkanlah syiar itu sebelum nanti Allah tarik nikmat mudah itu dan kita akan jadi rindu setelah ianya di tarik dari kita. Percayalah.
Ini satu lagi, lagi lagi saya takut. Moga dijauhkan dari malapetaka ini. Invironment di sini amat sesuai untuk kita mengamalkan seruan al-Quran yang bermaksud tundukkanlah pandangan (untuk menjaga mata dari pandangan yang tidak tentu hala). Sakit mata saya. Dah lah saya ni bujang. Pemandangan di sini macamlah yang ada dalam filem-filem mereka. Tak perlu saya nak cerita. Moga diselamatkan dari perkara-pekara yang tidak diingini. Harapnya rehlah ini jadi rehlah imaniyah bukan rehlah yang merosakkan iman dan diri. Ameen.
Kalau ada yang masih tidak tahu saya sudah di sini saya minta maaf kerana tidak memberitahu kalian. Saya tidak mahulah kecoh-kocoh sangat sebab saya bukan nak pegi mekah dan madinah tempat yang kawan-kawan boleh kirim doa. Bukan nak balik mesia tempat yang kawan-kawan boleh kirim barang untuk sanak saudara. Tapi saya nak pergi jalan-jalan negeri David Backhem. Tiada rasul yang lahir di negeri ini (Kalau tidak silap sayalah). Jadi kalau saya bagi tahupun sahabat-sahabat tak leh nak kirim barang. Kalau nak kirim doa rasanya di mesir tu buminya lagi barokah. Ramai Rasul-Rasul, Nabi-Nabi dan para imam-imam besar yang sudah berpijak di bumi itu. Tapi rasanya saya tidak menipu kalain kan. Kalian tanya saya bila saya balik Malaysia. Saya cakap insyaallah saya SAFIR 6 haribulan. Jadi jangan marah saya yer.
Terima kasih buat kawan dan teman-teman seperjuangan yang banyak membantu saya sepanjang urusan saya ke sini. Ust Gani, Ust Kemal, Ust mahbob, Ust Jelan, Ust Asri, Ust Hairi, ust Apis, ust Yazid dan semua ustaz-ustaz lah yang tidak mampu saya sebutkan namanya di sini. Moga urusan kalian dipermudah dan mendapat ganjaran pahala yang berpanjangan dari Allah Taala, Ameen.
Saya rasa setakat ini dahulu untuk kali ini. Rumah yang saya duduk kini dekat dengan stadium wambeley. Tapi sayang saya jauh dengan all traford. Jadi mungkin tak berpeluang untuk ke sana. Duit kat poket ni pun bukan banyak sangat. Tengok kat television jer lah. Bagi akhmal & Anis, Arsenal pun dekat je kat sini. Kalau kalian nak suh saya amikkan gambar or belikan baju origenal yang sangat mahal (kalau kira pakai LE lah) insyaallah ada masa dan rezeki saya leh bawakan nanti. Tapi elok kalau kalian yang datang sini sendiri kan. Bukan jauh sangat, 4 jam jer mai.
Oklah, saya sentiasa harap doa-doa kalian. Moga rehlah ini bertepatan dengan seruan Allah SWT yang : [Katakanlah (wahai Muhamad) berjalanlah di muka bumi Allah, dan lihatlah bagimana jadinya bagi orang-orang yang mendustakan (ayat-ayat ku)]. Salam rindu dan hormat buat teman-teman dan adik-adik bumi di Cairo. Moga ketemu lagi di dalam siri-siri pertemuan mahabbah yang akan datang. Insyaallah, jika ada rezeki saya akan uploadkan gambar-gambar menarik di sini nanti.
Sekian, wassalam.
Wallahu'aalam.
3 comments:
Salam ustaz,
'Welcome to UK'.. semoga dapat timba banyak pengalaman yang boleh dijadikan pengajaran nanti.
Saya duduk kat sini pun kadang-kadang rasa lebih tenang dari duduk Malaysia.Tak risau kena ragut, tak risau barang hilang, tak payah berebut-rebut nak naik bas, orangnya sentisa bermanis muka dan ada la kebaikan2 yang lain.Kesimpulannya, mana kita pergi pun pasti ada sesuatu yang baik ditempat yang kita ziarah tu. InsyaAllah...
salam bro apai...
semoga perjalanan yang lain daripada yang lain ini akan memberi 1001 pengetahuan dan pengalaman yang boleh d kongsi bersama di dalam madah perjuangan...jagalah iman ... jagalah taqwa..insyaAllah..ilalliqa maa salamah
-huhuhu nak Jersey Chelsea!!!!
Astaghfirullah, cobban. pape pn semoga anta akan tabah dan sabar menghadapi segala di sana. semoga iman dan amal mu sentiasa terjaga. Semoga dilindungi Allah sentiasa.
:)
Post a Comment