-->

HijriDate

Tuesday, March 24, 2009

Alhamdilillah, Bersyukur Atas Nikmat-Nya

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa ‘Ala Aalihi Wa Ashabihi Waman Waalaah, Amma Bakdu.

Setelah merasai kepenatan dan kelelahan yang panjang (hampir 4 bulan), akhirnya buku senjata mukmin edisi mesir Berjaya diterbitkan. Dengan izin edar dari pihak PMRAM, buku tersebut telah sampai hampir ke seluruh Muhafazah dan Iskandariah mencatatkan penjualan yang melebihi 70 naskhah setelah 2 hari berada di pasaran. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang diperolehi daripada aktiviti ini.

Walaupun status saya hanyalah pentahkik (penulis pada peringkat awal telah menawarkan saya untuk menjadi penulis bersama kerana penambahan hampir menjangkau 50% buku asal) namun, pengalaman selaku pentahkik ini amat bermanfaat kepada saya kerana banyak perkara baru yang saya terokai dalam menghasilkan sebuah buku. Bermula dari semakan, tambahan isi, tahkik, design dalam dan kulit, sehingga kepada percetakan dan pemasaran, hampir kesemuanya saya terokai dengan tangan sendiri (Semakan atas bantuan Isteri Pn Maria Bte Bakri, jiran saya Ust Musa dan Ustzh Alin. Percetakan meminta jasa baik ust Masnor Hamzah, penulis Buku Tasrif berwarna untuk membantu. Pemasaran dengan sentuhan pengalaman Ust Zaki M noor, Ust Hairi Hamzah dan Ust Fakhrurazi Ahmad Afandi) Terima Kasih semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Kalau dulu terlibat dengan SUKEJ (Suara Kampus Edisi Johor) banyak membantu saya mengasah bakat menulis dan berkarya seterusnya menulis di dalam blog, pembikinan Senjata Mukmin pula membuka mata saya untuk pergi lebih jauh dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat dan ummah insyaallah.Ramai yang mampu menulis namun tidak ramai yang dapat mengolahnya sehingga menjadi sebuah buku sehingga berada di pasaran. Termasuk saya.

Halangan yang banyak membuatkan penulisan biasanya gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk buku. Saya juga telah berkongsi pengalaman dengan para penulis lain yang rata-rata mengatakan cabaran agung untuk menghasilkan karya sehingga berjaya menembusi pasaran adalah pada pengalaman kali pertama mencuba untuk menghasilkan buku. Waktu itu, pelbagai ragam masalah yang dihadapi. Bermula dengan fail yang hilang, komputer yang rosak, semanagat yang tumpul, duit yang kurang, ditipu orang tengah dan banyak lagi pengalaman yang dikisahkan menjadi cabaran mereka untuk berjaya. Sebahagian besar mereka yang berjaya pada kali pertama menulis buku, biasanya akan menghasilkan buku kedua dan ketiga dalam jangka masa yang singkat, hasil dari pengalaman pertama yang sangat mencabar tadi.

Saya juga sering mengajak kawan-kawan supaya menceburkan diri dalam bidang penulisan, atas dasar kita seorang pelajar agama. Alangkah baiknya jika semua pelajar Al-Azhar pulang dengan paling kurang satu ole-ole berbentuk buku yang bakal dipersembahkan untuk masyarakt di Malaysia. Jika ada 1000 orang pelajar yang pulang setiap tahun, bermakna ada 1000 buku baru di dlam pasaran Malaysia. Anda mungkin boleh menulis mengenai pelajaran-pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah. Mungkin juga terjemahan kitab-kitab yang nisbah kitab baru di mesir adalah satu buku baru setiap hari. Mungkin juga menulis novel berunsur islamik. Mungkin juga komik dan sebarang bentuk wacana yang mampu memberikan impak kepada masyarakat.

Penulisan merupakan syiar para ulamak terdahulu yang akan menjadi pedoman ummat dan rujukan sepanjang zaman. Jika dilihat di kedai-kedai buku di Malaysia, buku bidang agama hanya ‘menumpang’ satu rak sahaja dalam berpuluh-puluh rak bahan bacaan yang lain. Apa maksudnya? Penulis kurang dan kesedarang untuk membaca bidang agama di dalam masyarakat kita juga kurang. Al-hasil, masyarakat lebih gemar membaca komik kartun, majalah santai mistik, hiburan dan lebih mengancam bahan bacaan berunsur lucah.

Sudah sampai masanya kita semua menggempur masyarakt Malaysia dengan pelbagai bentuk dan method penulisan yang berunsur keislaman. Kita boleh membantu mengubah keadaan yang ada. Ayuh, seoranag satu buku atau paling kurang satu komputer satu buku !!! Anda, saya dan semua, mengapa tidak boleh?

2 comments:

Ustaz Amin said...

tahniah syeikh, teruskan perjuangan dan banyakkan lagi menulis, semoga memberi manfaat kepada semua, amin...

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

wsalam, syukran ziarah blog ana ustaz. Segan rasa orang tersohor ziarah blog kecek ni.. Terima kasih atas sokongan ust. Balik nanti nak timba pengalaman dari ust pula, insyaallah..

Related Posts with Thumbnails