-->

HijriDate

Saturday, January 17, 2009

Dari Hati Ke Hati...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أسرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد،

أشكر الله تعالى على نعمه الكثيرة، ومن أهمها نعمة الإسلام والإيمان، وعلينا جميعا أن نشكره كثيرا، ومن علامات الشكر لله عز وجل، القيام بجميع أوامره واجتناب محارمه.

عندما أكتب هذه الرسالة إلى حضراتكم،كان إخواننا المسلمين في غزا قُتِلَوا ودُمِّروا وحُصِرُوا، وقد استمرت الحرب على غزا وأهلها منذ واحد وعشرين يوما. وقد ارتفع عدد الشهداء (اليوم) الى مبلغ 1170 شهيد وأصيب أكثر من 5200 شخص. وارتكبت قوات الاحتلال الإسرائيلي جريمة عظيمة لِاستهداف الضعفاء والأطفال والنساء في عملياتهم. ويبدو أن هذا الحرب أسواء ما كان منذ هزيمة اليهود عام 1967. وحتى الآن، لم أر بالتأكيد أن هذا الحرب سيقف في وقت قريب.

نسأل الله تعالى أن ينصر إخواننا المسلمين والمستضعفين في غزا على أعداءهم اليهود، اللهم اهزم اليهود ومن والاهم من المنافقين والمحاربين لدينك يا رب العالمين. اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا سريع الحساب ويا هازم الأحزاب أهزمهم يا قوي يا قادر.

نحن الآن في منتصف الشتاء، أشعر بالبرد الشديد حتى ولو كنت ألبس الملابيس الكثيفة. وقد أصبت بالحمي والصداع الشديد في الأسبوع الماضي حتي يجبرني البقاء في البيت تماما. استمرت فوق المضجع ولم أذهب إلى أي مكان حتي إلي المعهد القرطبة. وكانت زوجتي ترافقني وتعالجني وتطبخ لي عصيدة وشربة. وهذه هي فوائد الزواج أيها الإخوان والأخوات أريد أن أخبركم، لم تشعروا بها العزاب قط. إذن، من استطاع منكم الباءة، فليتزوج، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج. إن لم تجد المرشحة فعليك البحث والإستخارة والدعاء، فإن الله قريب ومجيب، ولكن إن لم تستطع، فعليك الصبر والصيام فإنه لك وجاء، أما إن لم ترد الزواج ابداً بدون السبب، فلست من أمة محمد صلي الله عليه وسلم، لأنه يقول : فمن رغب عن سنتي فليس مني


Alhamdulillah, setelah lama menyepi kini diberikan kesempatan sekali lagi untuk mengisi ruang yang tersedia ini. Mohon maaf kepada semua pengunjung yang datang dan pulang dengan tangan kosong kerana mesej yang tidak terbalas dan ruang yang tidak berkemaskini. Saya terkejut kerana sepanjang blog ini tidak dikemaskini, pengunjung yang datang setiap hari mencecah 30 – 40 orang. Alangkah ruginya saya kerana kesemua mereka pulang dengan tangan kosong.

Menulis ini juga seperti kita berkata-kata. Jikalau kita bercakap dengan teladan dan telah kita amalkan terlebih dahulu agar menjadi ikutan orang yang mendengarnya, maka ia akan melekat dan terpahat di dalam jiwa yang mendengarnya. Namun jika kita hanya berkata-kata tanpa terlebih dahulu melaksanakannya serta mengamalkannya, maka kesannya kepada pendengar dan pembaca juga akan berkurang seolah-olah ianya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja. Ia tidak datang dari hati kerana kita juga tidak terarah untuk mengamalkannya. Pepatah arab ada mengatakan :

ما خرج من القلب وقع في القلب و ما خرج من اللسان لا يتجاوز الأذنان

Maksudnya : Apa yang keluar dari hati itu akan melekat di dalam hati yang mendengarnya, dan apa yang hanya keluar dari lidah itu tidak akan dapat melepasi telinga-telinga yang mendengarnya.

Tentu sukar bukan untuk memberikan perkataan dan tulisan yang memberikan kesan kepada yang mendengar dan membacanya..?!

Di dalam al-Quran pula ada dinyatakan bahawa Allah SWT melaknat orang-orang yang sering bercakap namun tidak melaksanakan apa yang diperkatakannya. Cakapnya terlebih banyak dari amalnya. Allah Berfirman di dalam surah as-Saff ayat 2 dan 3:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Sesungguhnya, apa yang kita katakan, kita tulis, kita fikirkan, kita gambarkan, kita rasakan, semua itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala di akhirat nanti. Allah Taalah berfirman di dalam surah Al-Israa’ ayat 36:


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Sukar bukan? Itulah yang saya fikirkan....

No comments:

Related Posts with Thumbnails