-->

HijriDate

Monday, July 14, 2008

Selamat Tinggal 'sayang'ku...


Bismillah...

Waktu itu di Kedai Tongkang Pechah, hari Jumaat, sekitar jam 11.45 pagi. Aku sedang bersiap untuk membuat posting di laman ini. Aku bercadang untuk membuat posting di dalam bahasa arab. Maklumlah, bahasa arab perlukan penelitian yang lebih terutamanya dalam penulisan. Sudah hampir separuh aku menulis, tiba-tiba terdetik hati untuk ke bandar sebentar mengambil tempahan baner pelanggan yang sudah siap dicetak. Sayang-'sayang'ku seolah-olah berat untuk melepaskanku pergi. Tapi hati ini berat juga hendak pergi. Aku bergegas masuk ke kereta, melambai-lambai sambil menekan hon kereta lantas pergi.

Dari tadi kelihatan sebuah kereta GEN2 bewarna oren berlegar-legar di kawasan rumah kedai Jalan Bistari. Entah mengapa kelihatannya mencurigakan. Sejak tadi seolah-olah mencari-cari sesuatu. Di dalamnya seorang lelaki bertubuh gempal, bertopi dan berkaca mata di dampingi isteri dan seorang anak beusia lingkungan 3 tahun. Kelihatannya bukan warga tempatan tongkang pechah.

Ketika di bandar, hatiku berasa tidak tenteram. Entah mengapa hendak cepat pulang. Dalam perjalanan pulang aku terserempak dengan Kereta GEN2 oren tadi, kelihatan memecut laju menuju ke bandar batu pahat. Aku terus maju laju. Sampai di kedai kelihatan sayangku seolah-olah sedang kesampukan. Kelam kabut dan berwajah masam. Abang, tolong bang. Kelihatan di atas meja penuh dengan barang-barang yang seolah-olah sudah ditempah oleh seseorang. Sangat banyak. Tanpa berlengah aku membantu mengira dan membuat bill. Hatiku terus tidak tenteram. Namun aku bersahaja. Malang yang terjadi masih lagi tidak terhidu. Datang seorang mahu menggunakan mesin printer. Aku lantas ke meja belakang untuk membantu.

Kulihat di atas mejaku lapang. Ehh, apa yang tiada ni. Hatiku berdegup kencang. Lantas terus ku bertanya kepada sayangku. Ayang, mana 'sayang' abang??. Wajah sayangku terus berubah. Di dalam kepalaku bermain bermacam-macam persoalan. Namun ku tetap bersangka baik. Ke selesaikan permintaan lelaki tadi. Usai selesai printer digunakan. Aku mencari di mana 'sayang'ku. Ku bergegas ke tingkat atas, ke dapur dan ke seluruh ceruk kedai. Namun tidak juga kelihatan.

Aku yakin ia di sini tadi, di atas meja ini. Aku baru sahaja nenaip di sini sebelum keluar ke bandar. Aku lantas minta kepastian siapa yang datang tadi. Hanya ada 2 orang kata sayangku. Seorang berbaju lengkap pekerja hotel, ahh bukan dia aku menelah. Seorang lagi bertiga seorang bertubuh tegap, berkaca mata dan bertopi. Datang dengan isteri dan seorang anak lelaki berlagak sebagai seorang cikgu tadika. Ahh.. Persetan barang-barang ini miliknya??? tanya aku pada sayangku. Ya, katanya nak datang ambil selepas jumaat. Aku pantas membenarkan. Persetan keluarga pencuri. 'Sayang'ku telah dilarikan keluarga GEN2 oren tadi. Mahu kukejar namun waktu jumaat telah semakin hampir.

Aku terus bersiap mahu ke masjid. Sempat ku capai besi panjang dengan niat jika ku jumpa kereta GEN2 tadi akan ku pecahkan keretanya. GERAM yang teramat. Walaupun ia hanya laptop berjenama HP pavilion, dv 2000 special editions bewarna colat sawo matang berharga sekitar 800 pound ketika di beli, ia amat berjasa pada diriku dan sayangku. Segala-galanya hilang. Gambar perkahwinan, tempahan-tempahan design buku dan baner semuanya berada di situ. Bahan presentation telah kusiap semuanya di situ tanpa sempat membuat back-up di dalam external hardisk. 'Sayang'ku (Laptop} itu adalah sayangku yang kedua selepas sayangku yang ku sayangi ini (isteriku).

Petang itu aku dan sayangku ke balai polis membuat laporan. Ya pencuri tadi dengan modus operandi yang sama telah banyak kali mencuri. Pekedai dilekakan dan seorang lagi akan mengambil apa yang boleh di ambil. Berhati-hati jika anda di datangi dengan kereta GEN2 oren yang tidak diketahui nombor pendaftarannya itu. Mungkin anda adalah mangsa seterusnya.

Mungkin anda salah seorang dari mangsa mereka bertiga// Jom Hentikan mereka!!!

Aku yakin ada sinar disebalik kejadian ini. Alhandulilalh yang dilarikan adalah 'sayang'ku yang tidak bernyawa itu. Bayangkan, bagaimana jika yang dilarikan itu adalah sayangku yang bernyawa. Tentu lagi sukar untuk pilu ini pergi. Ermm.. sabarlah, insyaallah 'sayang'ku itu akan kembali lagi jika ia memang sudah miliku. Jika tidak kembali insyallah Allah mampu berikan yang lebih baik dari HP, mungkin Apple atau SONY vaio gamaknya.. Sapa yang tahu??? Hati ini tetap Ok alhamdulillah kerana masih ada sayang yang seorang ini. Sabar ye sayang, ujian ini kita akan hadapi bersama.

* Laptop ini adalah antara barang kenangan yang paling berharga bagiku yang sering mengingatkan daku pada KOTA LONDON dan seisi warganya..

Wallahu'aalam..

2 comments:

ukanera arenaku said...

ya Allah... moga sabar dgn dugaan ini. dan ambil ikhtibar di masa hadapan.

Anonymous said...

Ustaz, I am very touch by the loss of your laptop (MyLove) which you mentioned was your precious item that reminds of your memories in London and its WARGAnya. I am sure there is a truth to what you have just said..
there will be a BETTER ONE to come..sony viao, hp.apple.. If so, please SOS London let see..

Related Posts with Thumbnails