Bismillahirrahmanirrahim..
I feel hard to start writing in this posting after long rest from this arena (not really rest actually, still tired after came back from 12 days journey towards Selangor, Perak, Peneng, Kedah and Perlis). I will continue to write and update this site although without an internet connection. I dont want to start from zero again. Today, I would like to write somethings about the Malaysian General Ellection (PRU12, 8 March 2008), my wedding (9 March 008) and also my honeymoon journey (Towards Perak, Peneng, Kedah, Perlis and Selangor). In the other words, this posting should be longer than the other posting because I will write all about the experiences since my last posting, 2 months ago, insyaallah.
I am not really remember when I have decided to get mariage. But I am sure it was happened around two years ago. Ya, I think it came since my lovely mother passed away. I fell lonely although I have alots of friends there (cairo). Because of that, I start searching someone and made ‘doa’ everyday may Allah give me `wanita solehah’ as my wife as soon as posible. Some people called me ‘memilih’. But I dont think so because I am not really ‘memilih’. Never mind, what ever people say, I dont care. I think I always did the wright choice after refering my ‘istikharoh’ and ‘tawakkal’ as well. I am sure She is not perfect as I am, so how can I find someone fully perfect!!!. I beleave everythings that came from our God always the best for ‘hamba’ like me while peoples say basically just from their opinions. Peoples should be wright and I have to hear but not prefer to accep. It’s just an oppinions not a ‘wahyu’ or ‘sunnah’.The true choice is founding from our connections directly to Allah as our creator.
Berakhirnya Zaman Bujang 4 dan Bermulanya Era Bujang 3.
Sudah lama rasanya laman ini tidak berisi. Kemudahan internet yang terbatas di samping malas dan idea yang kurang menjadi penyebab utama laman ini semakin bersawang. Memikirkan tanggungjawab untuk menulis dan menyebar pengetahuan dan pengalaman, ku lontar jauh-jauh malas dan segala alasan. Ditambah lagi sekarang ini hidup sudah berteman, usaha untuk membersihkan sawang-sawang yang memenuhi ruang semakin mudah dan senang. Bertuah badan, kawan-kawan yang masih membujang, saya tidakmelupakan kalian. Walaupun sudah meninggalkan zaman bujang, namun kawan tetap kawan. Jiwa ini sentiasa teringat zaman-zaman membujang yang penuh ujian dan cabaran. Bukan kata marhalah perkahwinan ini tiada ujian. Ujian tetap ada, namun ia dihadapai dengan berteman, kuranglah sikit bebanan. Yang masih bujang cepat-cepatlah, saya doakan kalian dikurnikaan rezeki dan jodoh yang baik di masa yang sesuai dan bertepatan dengan atur caraNya, Amin.
Dahulu saya pernah merancang untuk berumah tangga apabila semuanya telah tersedia. Berkahwin apabila kerja, rumah, kereta dan lain-lain kemudahan telah ada. Saya juga bercadang untuk berbakti kepada kedua orang tua sebelum berumah tangga. Saya juga bercadang untuk tidak berhutang atau meminjam untuk majlis perkahwinan saya. Sebahagian daripada cita-cita itu tidak mampu saya laksanakan. Memandangkan Ibu dan ayah telah kembali ke rahmatullah dan saya pula bercadang untukmengakhiri zaman bujang saya pada usia 25 tahun, saya sekadar mampu mengotakan sebahagian dari cita-cita tadi. Saya berjaya untuk tidak meminjam dan menyusahkan keluarga untuk majlis perkahwinan saya. Saya juga bercadang untuk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk menampung perbelanjaan pembelajaran saya. Insyallah, saya rasakan ianya mampu saya capai. Saya cukup percaya dengan janji Allah dan pesanan Rasulullah SAW yang berkaitan dengan perkahwinan.
Allah berfirman di dalam surah An-nur ayat 32 ;
وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ
Nabi Muhammad SAW pula bersabda;
عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمُ الْمُكَاتَبُ الَّذِى يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِى يُرِيدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ
Hadis dan juga ayat al-Quran di atas jika dihayati dan diperhatikan dan diperhalusi akan mnybabkan orang yang bertaqwa brlumba-lumba untuk mendirikan rumah tangga. Barang siapa yang tidak cuba mrasa maka dia tidak mengetahui kebnaran hadis dan ayat di atas.
من لم يذق لا يدري
Yang sangat penting diperhatikan di sini adalah niat kita untuk mendirikan rumah tangga, adakah ianya sekadar untuk melempiaskan nafsu dan mencari keseronokan semata-mata. Saya berterima kasih kepada teman-teman yang mengingatkan saya sebelum berkahwin agar mentashih kembali niat-niat yang dituntut dalam pernikahan agar kita lebih terarah dan mempuyai matlamat yang jelas dalam perkahwinan. Di sana sebenarnya terdapat banyak tujuan-tujuan perkahwinan dan saya telah menyenaraikan hampir 20 tujuan dan berkongsi bersama isteri agar niat dan tujuan-tujuannya adalah sama. Alhamdulillah, saya rasakan segalanya mudah dan berjalan lancar. Bagi yang mahukan niat-niat tersebut bolehlah rujuk di dalam kitab-kitab feqh munakahat atau berjumpa saya, boleh kita bincang-bincang dan berkongsi pengalaman.
Persiapan PRU12 vs Persiapan Perkahwinan.
Di negara-negara maju seperti England, Amerika dan lain-lain negara, mereka telah mengumumkan tarikh pilihan raya dalam jarak masa yang panjang. Ia bertujuan untuk memudahkan persiapan rakyat dan parti-parti yang bertanding untuk menjaga amalan demokrasi di negara mereka. Oleh kerana saya duduk di negara Malaysia yang mana Perdana Menterinya suka berahsia mengenai tarikh pilihan raya, saya terpaksa memilih tarikh yang dirasakan secara dzonnya tidak bertembung dengan pilihan raya. Tarikh 9 mac pada jangkaan kami sekeluarga tidak bertembung dengan PRU12. Lebih-lebih lagi apabila Perdana menteri menegaskan bahawa pembubaran parlimen tidak akan berlaku dalam jarak waktu tersebut. Sehari selepas PM membuat kenyataan, beliau dengan selambernya telah memaklumkan pembubaran parlimen dan menegaskan bahawa PRU12 akan berlangsung pada 8 Mac 2008. Secara tidak langsung, beliau sudah melakukan pembohongan yang nyata terhadap seluruh rakyat Malysia.
Waktu itu adalah hari pertama cuti sekolah dan semestinya tarikh tersebut telah menjadi pilihan ramai warga Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Kalau di fikirkan kerajaan kita ni macam hidup tak ada perancangan. Saya bukan marah, Cuma apalah salahnya tarikh itu diberitahu lebih awal agar rakyat dapat membuat perancangan awal supaya tidak berlaku pertembungan antara agenda rakyat dengan agenda penting negara seperti PRU12.
Maka dengan hal yang tersebut itu, ramailah juga yang terpaksa meneruskan juga majlis perkahwinan pada tarikh 8 mac dek kerana tarikh tersebut telah dipilih sekian lama dan tidak sempat untuk membuat anjakan. Persiapan untuk majlis perkahwinan terutamanya di pihak perempuan perlukan kepada persiapan yang agak panjang. Bagi saya alhamdulillah tarikh 9 Mac yang dipiih tidak bertembung dengan PRU12. Namun demikian ia secara tidak langsung mengganggu juga serba sedikit kelancaran persiapan untuk kedua-dua agenda tersebut.
Saya ditugaskan untuk duduk di Bilik Gerakan Pemuda selama dua minggu sebelum pilihan raya berlangsuang. Sehingga ke hari pilihan raya, saya masih bertugas sebagai PACA (Polling Agent & Counting Agent) di salah sebuah pusat pembuangan undi (Pengantin perempuan pun sempat jadi PACA 8 Mac tu, tiada alasan untuk pengantin lelaki tidak libatkan diri, hehe). Alhamdulillah, saya masih dapat fokus untuk kerja-kerja pilihan raya walaupun sebenarnya persiapan untuk majlis angkat nikah dan perkahwinan pada keesokan harinya masih belum beres lagi. Ramai juga kawan-kawan yang tidak tahu sehinggalah ke saat terakhir menanti keputusan PRU12, saya minta diri lebih awal untuk persiapan-persiapan yang masih terbengkalai. Terkejut beruk mereka bila saya nyatakan saya akan bernikah esok pagi.
Bagi saya yang sudah tiada ibu dan ayah, banyak tugas-tugas dan persiapan yang berkaitan dengan majlis terpaksa saya selesaikan sendiri. Bukan kata ahli keluarga tidak membantu, tetapi ia tidak sama dengan keterlibatan ibu bapa dalam majlis tersebut. Tapi alhamdulillah, saya puas hati dan bersyukur ke hadrat Allah Taala, segalanya berjalan lancar. Komitmen kepada jamaah dapat saya berikan walaupun tidak sepenuhnya di samping persiapan untuk majlis perkahwinan juga dapat saya selesaikan walaupun ada juga dua tiga perkara yang tidak mampu saya bereskan.
Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memudahkan urusan kelancaran kerja-kerja petugas pilihan raya kawasan Batu Pahat dan juga tidak dilupakan kepada pihak-pihak yang membantu saya untuk urusan majlis perkahwinan. Abang-abang, akak-akak dan adik saya, terima kasih daun keladi. Juga terima kasih kepada semua kenalan dan sahabat handai yang hadir memeriahkan majlis tersbut (Mereka kata majlis 9 mac tu jamuan keramaian meraikan 2 anak kembar di Muar, tu yang kawan-kawan ramai datang walaupun masih kepenatan). Kemaafan saya pohonkan kepada yang tidak menerima jemputan atau terlewat menerima undangan, saya agak kelam kabut untuk membuat persiapan.
Perkahwinan Mematikan Ilmu?
Ramai yang bertanya adakah saya akan kembali ke Cairo untuk meneruskan pengajian. Makumlah sudah berkahwin dan ada tanggungan. Saya sebenarnya takut juga suasana yang ada kini boleh membawa kepada ‘ketidakpulangan’ saya ke kota Kaherah. Tambahan pula ramai sahabat-sahabat yang sudah mempelawa peluang pekerjaan dan mencadangkan agar menyambung pengajian di Malaysia. Apabila terkenang situasi ini saya teringat bahawa Imam Syafie R.A diriwayatkan pernah berkata ;
العلم يذبح بين فخذي المرأة
Maksudnya : Ilmu itu dikorbankan diantara dua peha wanita.
Saya cuba juga mencari kebenaran sumber tersebut dan setakat ini belum diketemukan. Saya terdengar ungkapan ini dari seorang ustaz yang saya percayaai kethiqohannya. Ungkapan tersebut seolah-olah membawa maksud perkahwinan itu boleh menyebabkan proses mencari ilmu pengtahuan tergendahala. Ya, saya sokong kenyataan itu. Memang benar, jika mereka yang berkahwin menjadikan perkahwinan itu dengan matlamat mencari kepuasan semata-mata. Setiap hari adalah hari untuk ‘honeymoon’, tidak dapat tidak perkahwinan akan membantutkan bukan sahaja pembelajaran malahan segala-galanya. Kerja, keterlibatan dengan jamaah, masyarakat dan segala-galanya akan terganggu. Mereka yang telah berkahwin mungkin lebih memahami maksud ungkapan di atas. Saya tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan lucah di dalam laman ini.
Bagi pasangan pengantin baru, tidak dapat dinafikan peringkat awal perkahwinan akan mengakibatkan banyak perkara terhenti seketika dek melayani karenah ‘fitrah manusia’. Sedikit masa diperlukan untuk meredakan nafsu yang secara fitrahnya telah wujud di dalam diri semua manusia yang normal. Sedikit waktu diperlukan untuk menghilangkan rasa keghairahan bersama insan yang baru sahaja dinobatkan sebagai pasangan suami isteri. Saya juga tidak terlepas dari fitrah di atas kerana saya juga insane normal. Setelah beberapa ketika, barulah suasana kembali seperti sedia kala. Segalanya terkawal dan urusan harian mampu dilakukan dengan baik. Penuntut ilmu kembali semula bersemagat untuk mencari ilmu setelah mendapat suntikan semangat baru.
Tiba masa yang ditetapkan, hadir pula insane ketiga dalam rumah tangga. Anak yang lahir dari فخذي المرأة pula menjadi cabaran kepada pasangan suami isteri. Isteri di dalam pantang bersalin, suami terpaksa mengambil alih tugas mengurus urusan rumah tangga. Sekali lagi urusan harian tergendahala. Sehinggalah beberapa ketika, kesulitan berjaya di atasi. Anak yang lahir tadi membesar dan terus membesar. Rutin harian berjalan seperti biasa. Anak yang sudah membesar itu pula amat manja dan perlukan kasih sayang. Memanggil-manggil mengajak ayah ibu bermain bersama. Anak yang semakin membesar sudah pandai minta teman bicara. Minta ‘adik’ untuk bermain. Begitulah seterusnya dan seterusnya. Ujian berterusan dan bertambah dari semasa ke semasa. Segalanya bermula dari فخذي المرأة (antara dua peha wanita).
Artikel ini bukan artikel untuk menyalahkan kaum wanita. Tidak sama sekali tidak. Artikel ini adalah peringatan bersama buat saya dan semua pengantin lama dan baru. Alam perkhwinan yang tidak diuruskan dengan baik pastinya akan menyebabkan bukan sahaja urusan pembelajaran terganggu, akan tetapi semua perkara yang berputar di dalam kehidupan akan jadi celaru dan tidak menentu.
Ungkapan Imam Syafie R.A di atas memang ada kebenarannya. Kita semua perlu bersedia seawal minit pertama memilih pasangan sehinggalah berjalannya alam perkahwinan yang penuh tanggungjawab dan cabaran agar perkahwinan yang di bina selari dengan maqasid dan tujuan sebenar perkahwinan. Salah membuat pilihan bererti salah memilih teman kehidupan. Bait muslim yang kukuh itu mampu menempuhi segala cabaran dan rintangan berlandaskan pimpinan al-Quran dan Sunnah Rasul Junjungan. Pepatah ada menyebut;
Ada dua perkara yang besar di dalam kehidupan iaitu cinta dan kematian. Jika manusia sudah bersedia menerima cinta dan juga kematian, manusia akan sanggup menghadapi apa jua cabaran mendatang...!
Sejauh mana kebenarannya, Anda boleh fikir dan renung-renungkan.
Sekitar PRU12 (Penamaan calon, kempen, hari mengundi dan selepas berakhirnya PRU12)
Sewaktu jalan-jalan menziarahi sanak saudara sebelah isteri di negeri-negeri sebelah utara, kami sempat singgah di sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS iaitu perak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, negeri perak yang majoritinya berbangsa melayu diperintah oleh pakatan pembangkang. Kejayaan besar dalam PRU12 yang lalu membawa kepada penubuhan kerajaan baru yang dikenali dengan nama kerajaan barisan rakyat, memerintah tanpa diduga, mendirikan kerajaan walaupun pada peringkat awalnya timbul sedikit permasalahan apabila Pihak Istana memilih wakil dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (yang mempunyai bilangan ADUN yang paling sedikit dalam dewan undangan negeri Perak) sebagai menteri besar yang baru. Pilihan istana itu akhirnya dipersetujui oleh semua pihak berdasarkan kelayakan peribadi wakil dari PAS itu sendiri yang kelihatan lebih berkaliber dari calon-calon yang lain.
Hasil dari jalan-jalan itu saya perhatikan rakyat menjadi pemenang menumbangkan beberapa nama besar seperti Mr Samyvellu, Dato Shahrizat, Aziz Shamsuddin, Zainuddin Maiden, Awang Adek dan ramai lagi. Rakyat sudah semakin berani menerima risiko demi membuat perubahan. Gerakan rakyat kali ini nampaknya bukan sekadar untuk mengubah lajur pemerintah, bahkan dilihat mahu menguburkan barisan pimpinan dan Parti pemerintah yang kalah teruk dek hilangnya kepercayaan yang sudah diberikan sejak sekian lama. Ini kali pertama dalam sejarah Barisan kerajaan kalah teruk di 5 negeri dan kehilangan majoritu 2/3 dalam dewan rakyat. Perubahan ini sudah tentunya berpunca dari pelbagai sebab yang juga menjadi penyebab kejatuhan kerajaan dahulu kala seperti Kerajaan Firaun, ‘Aad, Thamud, kerajaan Islam di kota Baghdad dan lain lain kerajaan besar di dunia. Kezaliman, kronisme, rasuah, gila kuasa dan pangkat, penipuan, menolak hukum Allah, keruntuhan moral dan akhlak pemimpin dan lain-lain sebab yang membawa kepada kejatuhan.
Satu pagi kami berjalan-jalan di Lorong ‘Memory Lane’ di Ipoh yang terkenal menjadi tempat menjual barangan antik yang selayaknya dimuziumkan dek keantikannya. Apa yang menarik perhatian saya apabila terdapat beberapa ‘artifak’ berbentuk baju, topi dan beberapa peralatan lain yang berjenama ‘dacing biru tua’ dijual pada harga bepatutan di pasar tersebut. Hasil ta’kulan saya mendapati rakyat negeri tersebut telah me’memory lane’kan lambang tersebut dek ketidak relevenan penggunaan alat tersebut di zaman moden ini. Rakyat sudah lama menggunakan alat penimbang digital yang diyakini lebih tepat dalam menentukan berat dan keputusan yang dimahukan. Rakyat sebenarnya telah lama hilang kepercayaan kepada dacing tersebut yang tidak tepat dalam membuat timbangan. Tahun ini, mereka dengan rasminya menolak penggunaan alat tersebut dan berhasrat memuziumkannya agar dapat disaksikan ketidak relevenannya oleh generasi akan datang.
Hasil pemerhatian saya juga, orang cina dan India sudah semakin matang dalam politik. Mereka tidak memilih calon atas dasar perkauman dan parti semata-mata. Mereka mengkaji isu semasa dan membuat pemilihan yang tepat pada perkiraan mereka. Mereka memilih calon yang bersih dan dirasakan mampu membawa prubahan dalam pemerintahan. Sebagai buktinya, di Dun Senggarang, kedua-dua calon yang bertanding adalah melayu mewakili PAS (Dr Ramli Md Kari) dan BN (Jaafar Hashim). PAS telah memenagi dun Senggarang pada pilihan raya 2004 tanpa bertanding.
Kaum cina dilihat menyenangi pemerintahan Dr Ramli yang baru sepenggal memimpin dun tersebut. Ketokohan Dr Ramli dilihat menarik sokongan golongan cina di kawsan tersebut. Dr Ramli lebih dilihat berjiwa rakyat dan mudah ditemui dan didampingi. Kaum cina membulatkan tekad mereka memilih Dr. Ramli dalam PRU12 yang lalu. Ini terbukti apabila pusat pengundian di sekolah cina Batu Pahat telah dimenangi PAS berbanding tempat-tempat pengindian yang majoriti pengundinya adalah melayu. Pengundi Melayu masih terus memilih calon yang ada kepentingan peribadi, korup dan bermasalah kerana mereka melihat kepada parti semata-mata. Kaum cina menolak calon BN kerana isu besar berkaitan dengan sekolah cina senggarang yang melibatkan calon BN tersebut.
Tahun ini merupakan kali pertama saya mengikuti proses pilihan raya secara penuh. Bermula dari penamaan calon sehingga ke peringkat kempen dan proses membuang undi. Pengalaman ini amat bermakna. Bagi saya mahasiswa tiada sebab untuk dihalang mengikuti proses pilihan raya. Mereka akan lebih matang apabila terlibat dalam hal ehwal pembentukan pemerintahan negara. Saya juga menyokong tindakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Menterinya yang baru YB Dato Khalid Nordin yang mahu mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan seterusnya saya mencadangkan agar undang-undang itu dimansuhkan.
Apa yang saya lihat golongan pelajar dan remaja yang bermasalah seperti Mat Rempit, Mat Lepak dan Pelbagai Mat-Mat lain digunakan untuk kempen parti-parti tertentu. Saya melihat mereka hanya dipergunakan dengan pemberian ganjaran dan upah yang lumayan untuk berkonvoi dan menayangkan aksi kuang ajar dan keterlaluan. Mereka di ajar agar kurang ajar, bersifat maddiyah dan tidak bermoral. Tiada langsung di ajar dengan erti perjuangan Islam, pengorbanan, keikhlasan, akhlak dan moral.
Di pihak yang lain saya melihat keterlibatan mahasiswa yang turun secara sukarela mencari pengalaman dalam perjalanan pilihan raya. Mereka tidak mahukan imbuhan ataupun bayaran. Turun dengan sukarela berbekal semangat cintakan Agama dan negara. Namun keterlibatan mereka dinafikan dengan sekatan dan tekanan AUKU. Negara sepatutnya berasa bangga kerana ada juga mahasiswa kita yang sanggup turun membantu proses pembentukan kepimpinan negara dengan ikhlas tanpa memikirkan material dan kebendaan. Mereka itu pelapis pimpinan negara yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang adil, bersih, amanah dan berkebajikan. Bukan pimpinan yang korup, tidak bermoral, rakus dan menyusahkan.
1 comment:
mohdzaki said:
bu, why is it that journey (honeymoon) to have crossed to 5 states, not mention it's all way together in 12 days? i think it suit u to visit relatives than to take a real honeymoon some place else. Than you name your visit, honeymoon, more or less.
either way, congratulation for your wedding, don't think of quitting study although your in your way to serve country.
Post a Comment