-->

HijriDate

Saturday, September 01, 2007

Merdeka, Taqwa dan Syubhat

Bismillah...

Baru-baru ini negara kita telah menyambut hari kemerdekaan yang ke-50. Sedar tidak sedar tahun ini saya telah merayakan hari kemerdekaan di negara yang telah menjajah negara kita 50 tahun yang lalu. Penjajah telah menjajah tanah air, pemikiran dan meninggalkan kesan mendalam terhadap negara kita yang sehingga ke hari ini dapat kita lihat. Rakyat kita penuh dengan alemen kebaratan. Apa sahaja yang di bawa barat dirasakan wahyu Ilahi yang mesti dituruti. Undang-undang kita masih lagi bersumber undang-undang yang dirangka oleh Lord Reid dan sekutunya. Budaya masyarakat kita terutamanya muda mudi banyak terpengaruh dengan ragam muda mudi barat. Warna rambut, sosial bebas, hubungan sex suka sama suka, budaya black, super hero dan macam-macam lagi yang bertentangan dengan budaya timur dan adab-adab Islam tidak mampu untuk saya tulis di sini. Serdarlah kemerdekaan yang kita kecapi sebenarnya masih belum sepenuhnya. Merdeka 50 tahun hanyalah slogan semata-mata. Buatlah sambutan semeriah piala dunia pun nasib bangsa kita tetap sama. Moga arus perubahan yang dinanti-nantikan akan membawa negara kita ke mercu baldatun toiyibatun wa rabbun ghafur.

Soalnya apakah agen perubahan yang di nanti-nantikan itu? Ya, tidak dapat tidak agen perubah itu ialah "kembali kepada Islam" secara total 100%. Setiap ruang kehidupan kita mestilah di Islamkan. Bagaimana? Kalau pakaian kita terkena najis lebih-lebih lagi najis mughallazoh seperti najis babi dan anjing, kita akan basuh sebanyak 7 kali basuhan dan satu daripadanya dengan tanah. Apa pula pandangan anda dengan negara kita yang pernah di jajah oleh najis kuffar laknatullah adakah cukup dengan keluarnya najis itu dari negara kita sedangkan warna, bau dan rasa najis itu masih lagi melekat di dalam negara kita? Sudah tentu tidak. Pembersihan yang perlu di lakukan lebih berat lagi dari membersih najis mughallazoh yang kecil tadi. Pembersihan perlu dilakukan secara global dan melibatkan semua rakyat yang inginkan kesucian. Tidak dapat tidak pembersihan secara besar-besaran itu perlulah secara berjamaah dan jamaah yang perlu dituruti mestilah yang diyakini dan mempunyai alat yang lengkap dan kuat untuk membersih. Jika kita basuh bersendirin mungkin akan terlambat dan perlahan dan juga mungkin tidak akan kesampaian kerana najis ini telah mengotori negara kita dalam segenap aspek. Oleh itu carilah jamaah itu dan berkerjasamalah dalam membersih dan membawa Islam ke mercu kegemilangan. Jamaah apa yer...??? Cari sendiri. Jangan malas..!! Nak basuh baju sendiri pun malas ker.


Kita Semua Sama, Yang Membezakan Antara Kita Adalah Taqwa

Baru-baru ini saya dihubungi oleh seorang yang berpangkat Dato'. Tidak perlu saya sebutkan siapa namanya. Pada awalnya dia tidak memberitahu saya mengenai kedudukannya. Kisahnya cukup menarik. Minta saya datang ke rumahnya setiap hari untuk mengajar al-Quran. Terkejut juga pada awalnya. Dari mana Dato' ni dapat nombor telefon saya. Sesampai saya di rumahnya rupa-rupanyanya dia minta saya mendengar dan memperbetul bacaannya. Katanya dalam kesibukan bertugas di Malaysia sudah sebulan dia tidak membuka al-Quran. Saya lihat dia memang begitu bersungguh untuk memperbaiki bacaannya. Dalam buku kecilnya tertulis jadual bacaan al-Quran yang saya lihat memang terancang. Waktu di Malaysia pun dia akan memanggil guru-guru al-Quran yang bertugas di sekolahnya untuk mendengar bacaannya. Beliau menyatakan al-Quran ini seperti kekasih. Lama ditinggalkan maka akan rasa berjauhan. Lebih lama ditinggalkan akan mendapat kedukaan. Lama-lama lagi ditinggalkan maka akan terus dilupakan. Berat lidah menbaca setelah sebulan ditinggalkan.

Beliau juga menyebut bahawa ramai orang kota kita yang sudah jauh dari al-Quran. Jika membukanya sudah jarang-jarang, maka membaca dan mengikutinya apatah lagi. Beliau mengambil alternatif membuka sebuah sekolah pengajian al-Quran di tengah ibu kota dengan hasrat membuka ruang kepada warga kota yang mahu belajar mengaji al-Quran. Hampir 5000 orang dari semua peringkat umur telah mendaftar di sekolah berkenaan. Tindakan yang sepatutnya di contohi oleh orang-orang yang banyak duit@kaya. Saya lihat begitulah juga keadaannya di sini. Ramai orang yang mahu belajar dan mendalami al-Quran. Namun ruang dan peluang yang ada amatlah sempit sehingga terpaksa menunggu-nunggu untuk mengikuti kelas pengajian. Lama kelamaan semangat itu hilang dek menunggu peluang yang tak kunjung datang. Hanya ketaqwaan yang mampu memberikan ketahanan. Pangkat dan harta bukanlah bekalan yang memcukupi untuk mengadap Tuhan melainkan jika ianya disulami dengan ketaqwaan. Kita semua sama di dunia ini hanya taqwa yang membezakan.


Bahasa Inggeris, Kelas pengajian dan halal haram.

Malam Ahad lalu usai sudah kali kedua pengajian bersama komuniti west hendon. Malam itu tajuk yang dipilih hadis ke-6 dari hadis arbain an-Nawawiah. Yang haram itu jelas dan yang halal itu jelas. Di antara keduanya ada perkara syubhat yang ramai manusia tidak mengetahuinya. Perbincangan malam itu agak mendapat perhatian. Pelbagai persoalan diajukan. Antaranya maksud al-Qalbu yang dinyatakan dalam hadis tersebut. Orang melayu menyebutnya "hati" dan orang putih mentakrifkannya "heart". Ramai yang keliru dengan Istilah tersebut. Heart bermakna jantung bukan hati. Yang mana satu betul? Saya pun tidak tahu. Jantung atau hati. Jika diikutkan, istilah jantung itu lebih tepat lagi. Siapa boleh bantu saya merungkai masalah ini. Di dalam hadis Nabi ada juga disebutkan setiap dosa tanpa taubat maka akan bertambah satu titik hitam yang akan meliputi al-Qalbu tadi. Lama kelamaan akan tertutuplah pintu hati (istilah melayu).

Setiap apa yang kita makan akan mempengaruhi tingkah laku kita. Lihatlah seperti harimau dan lembu. Kerana makan daging dan bangkai menjadikan harimau perlu berburu berbanding lembu yang makan vegitarian, sifatnya jadi lebih baik dari harimau. Begitulah makanan yang halal dan haram. Ia akan mempengaruhi perilaku kita. Juga perilaku anak-anak kita. Ia akan jadi buruk jika makanan yang diberikan adalah dari sumber yang tidak elok(Haram). Ramai orang tersilap faham dalam isu ini. Katanya yang penting daging yang kita makan disembelih, dibasuh dan dimasak itu sudah dikira makanan yang baik. Ya, bukan itu sahaja sebenarnya. Ia tidak dikira baik(halal) jika diambil dari sumber riba', judi, merompak, menipu dan lain-lain sumber yang haram. Tersebarnya sumber makanan yang tidak baik(haram) ini menyebabkan runtuhnya moral dan akhlak masyarakat kita terutamanya remaja hari ini. Berhati-hatilah dalam perkara halal dan haram. Juga dalam perkara yang syubhat yang tidak diketahui halal dan haramnya. Kerana sesiapa yang menjaga dan takut akan perkaa yang syubat maka dia telah menyelamatkan agama dan kehormatannya. Sesiapa yang tidak takut dan berhati-hati dalam perkara yang syubhat, maka akan mudah terlibat dengan perkara yang haram (mafhum hadis).

Pada malam itu, saya bercakap dengan bahasa melayu 90% dan 10% bahasa inggeris. Teruk sangat sehingga terpaksa ambil seorang transelator untuk memberikan kesimpulan. Hadirin yang datang tidak semuanya faham bahasa melayu terutamanya adik-adik yang lahir di sini. Keesokkan paginya saya mengikuti uncle Kasubi (salah seorang yang mengikuti kelas malam itu) ke outside London bertemu rakan businessnya. Saya terkejut kerana beliau telah bertazkirah kepada rakan businessnya(seorang kristian) tentang isi perbincangan malam tadi. Teruja saya. Sampai mamat tu rasa khusyuk mendengar hujah Uncle Kasubi. Uncle tu cerita lebih baik dari apa yang saya sebutkan semalam. Dua kisah di atas menunjukkan betapa pentingnya penguasaan dwi-bahasa di kalangan para pendakwah. Madu' kita bukan orang melayu sahaja. Jadi mari kita kuatkan penguasaan bahasa arab dan inggeris kita insyaallah. Malu zaman sekarang ni ust tak boleh bercakap bahasa arab dan inggeris. Bukan sahaja malu malah ruang kita akan jadi terbatas jika hanya boleh berbahasa ibunda sahaja.

Setakat ini dahulu sahaja untuk kali ini.
Wallahu 'aalam


7 comments:

Anonymous said...

salam ... kabare ... pengalaman yg begitu bererti ... :)

Anonymous said...

Salaaam alaikum. Salam ziarah, salam Ramadhan Al Mubaarak, dan salam ukhuwwah fillah. Selamat maju jaya dalam blog, dan selamat belaker.

Betul kata2 anta tentang merdeka yang pada hakikatnya hanyalah fatamorgana semata2 itu.

Barokallahu laka , fi ahlika wa maalika wa jazaaka khoiro :)

Anonymous said...

sedih tengok,org melayu tak reti cakap inggeris rasa malu tetapi org melayu duduk negara omputih dan cakap inggeris tapi tak reti bahasa sendiri tak malu..tak tahu la nak jd apa dgn bahasa ibunda kita semua pakat malu guna bahasa sendiri

Mimiamilia said...

Salam ustaz,
Dari pembacaan saya, kita kena bezakan 'spiritual' heart dgn 'physical' heart untuk definisi yang betul.Bagi istilah melayu..'Hati' yang kita selalu gunakan itu (makan hati, susah hati dll)merujuk kepada sesuatu yang 'spiritual' bukannya organ hati yang dilihat secara fizikal.

Hamza Yusuf ada komen pasal hal ini di bahagian 'Introduction' dalam buku 'Purification of Heart' yang mana buku ini adalah hasil terjemahan dan komen beliau pada Matharat al Qulub tulisan Imam Al Mawlud.

Anonymous said...

salam ustaz..
sy dtg menyibok agi..
wah.. satu topik yg menarik..
lebih baik menguasai banyak bahasa dpd satu bahasa..

ustaz, kali ni bile sy view blog ustaz rase mcm view blog jiwang lah plak.. hehehe.. maner dpt muzik tu..

Monolog farizalshah said...

salam bro...

barakaAllahu fik...salam ramadhan...al mubarak..

banyaknyer dia punya pengalaman..rasa gerun pulak nak pergi ke UK bila ada rezeki..apa2 hal segala pengalaman bro boleh di buat perbandingan ...syukran terjemahkan pengalaman di dalam blog nie...

nak minta lagu jiwang nie...ahakz...salam

ilalliqa maa salamah

Anonymous said...

salam..penguasaan bhs mmg pnting...tp yg plg pntg hati kita ikhlas nak luaskan agama Allah..moga selamat dan hidup baik2 kat sana...

Related Posts with Thumbnails