-->

HijriDate

Monday, January 22, 2007

Selamat Tahun Baru Hijrah dan Sanah Helwah Ya Zamili..

Bismillah

Tahun ini ada sedikit kelaian dari tahun-tahun sebelumnya. Tahun ini, 2 tahun baru datang hampir serentak. Tahun baru Hijrah dan tahun baru Masihi. Hijrah sudah melampaui 1427 bermakna sudah selama itu jugalah Junjungan Besar dengan kisah hijrah Baginda SAW ke Madinah meninggalkan kita. Masihi pula telah menjangkau 2007 menandakan usia dunia yang semakin tua dan semakin hampir dengan munculnya al-Mahdi disertai turunnya al-Masih. Bila? Saya pun tidak tahu. Yang penting dah dekat. (Maksud saya dekat tu bukanlah esok atau lusa. Tapi tanda-tanda akhir zaman itu sudah sangat banyak, sedar atau tidak sahaja kita dengan kemunculannya)

Kedatangan 2 tahun baru ini sepatutnya menjadikan diri kita semakin bersemangat dengan azam dan kesungguhan yang baru. Tajdid niat dan perancangan dalam setiap sisi dan ruang lingkup kehidupan. Berazam menjadi manusia dan hamba yang cemerlang dunia dan akhirat. Janganlah hendaknya azam tahun ini hanya semata-mata untuk menunaikan azam tahun-tahun lepas yang tidak kesampaian. Atau lebih buruk lagi tahun yang baru ini disambut dengan pragmatis mengatakan : Hei, Bidah la sambut tahun baru ni. (Malas nak layan orang macam ni)

Moga azam yang kita sematkan dalam hati, diari atau lisan dapat kita laksanakan dengan baik pada tahun ini. Bagi yang masih tidak punya azam dan matlamat, anda masih belum terlambat untuk menyusun dan berfikir tentang hala tuju anda. Harapnya, anda tidak menunggu awal tahun depan pula untuk mencipta azam dan matlamat anda. Bermulalah sekarang. Sekurang-kurangnya anda tahu kenapa dan mengapa anda dilahirkan di dunia ini. Kalau kita boleh tahu dan amat tahu kenapa pokok kelapa diciptakan dan apa manfaatnya untuk manusia, kenapa tidak kita tahu lebih lagi tentang diri kita. Peliklah kalau kita lebih kenal pokok kelapa dari diri kita sendiri.


Pokok kelapa sentiasa memberi. Khidmatnya dan manfaatnya kepada manusia sangat besar. Dia memberi apa yang boleh diberinya.


Pokok kelapa dijadikan untuk manusia. Allah ciptakan ia untuk kemaslahatan manusia. Santan kelapanya boleh dibuat nasi lemak. Batang kelapa boleh dibuat rakit sementara mangsa banjir. Daunnya boleh dibuat ketupat. Sabutnya boleh dibuat unggun api dan ada pula yang mengatakan ia baik untuk sakit tekak. Kelapa muda boleh dibuat nata de coco. Allah, boleh dikatakan semuanya boleh digunakan. Syukur dengan nikmat pokok kelapa.

Kalau sampai begitu kita tahu manfaat pokok kelapa kepada manusia dan tujuan ia dijadikan, maka lebih aula kita tahu kenapa pula kita diciptakan dan apa pula manfaat kita kepada makhluk lainnya. Cuba kita pula catat, apa manfaat yang ada pada diri kita dan boleh kita beri kepada orang lain. Jika boleh, alhamdulillah kita cuba untuk mempertingkatkan lagi kemampuan diri kita. Jika tiada langsung manfaatnya, maka itulah azam yang perlu anda sematkan agar kita jadi lebih baik dari sebatang pokok kelapa.


Manfaat yang berterusan diberikan oleh pokok kelapa. Kelapa boleh istiqamah kenapa tidak kita?


Kita dijadikan sebagai khalifah di muka bumi ini dan kenapa kita dijadikan tidak lari dari tujuan yang telah Allah Taala sebutkan di dalam al-Quran :


وَمَا خَلَقْتُ الْجِنَّ وَالإنْسَ إِلا لِيَعْبُدُونِ
Maksudnya: Dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka mengabdi kepada-Ku.
[az-Dzariat : Ayat 56]


Ubudiah dalam setiap kerja dan kegiatan. Belajar, bekerja, berkahwin, mendidik, membina, mentadbir, berjalan dan segala-galanya biarlah dengan matlamat dan tujuan ubudiayah kita kepadaNya. Matlamat yang terbaik itu adalah mahu menjadi sebenar-benar hamba kepada Pencipta dan menjadi sebaik-baik manusia dalam memberi khidmat dan manfaat kepada yang lainnya.

Selamat tahun baru dan Sanah helwah ya gamil [Akhi Muhd Hairi bin Hamzah] yang ke 25. Moga usia yang bertambah membuatkan kita sentiasa mengingati hari kematian yang semakin hampir. Usia bertambah namun umur semakin berkurang.

Wallahuaalam...

Gambar Terbaru : KLIK

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, January 09, 2007

Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. (Siri 2)

Bismillah...

(Maaf artikel panjang berjela, baca dengan hati terbuka dan sila komen jika ada kesilapan atau ketidakfahaman)

Suatu hari...
Tempat tak dikenal pasti
Pelakon utama Si A - Seorang Pengurup Dinar Iraq (IQD)
Pelakon tambahan Mamat (bukan nama sebenar) - Pelanggan baru IQD
Masa - mereka dan beberapa saksi yang tahu
Lebih kurang beginilah gambarannya...

Dengan lagak seorang pengurup IQD Dinar Iraq (IQD - singkatan kepada matawang Iraq) yang dalam usaha melariskan jualannya. Siap di tangan dengan prospektus dan bukti-bukti yang membantu memudahkan kefahaman para pembeli IQD. Di ambil dari web-web yang menjadi ansar kepada skim cepat kaya IQD.

Ikuti perbualan mereka...

"Mamat, kau tak mahu beli ker Dinar Iraq ni..? Untung tau...Ko beli sekarang harga dia cuma LE 75 (matawang Mesir) sahaja untuk IQD 15 000. Tak sampai tiga tahun lagi kau tahu akan jadi berapa nilai dia...?"

Mamat yang tak tahu menahu mengenai Dinar Iraq kelihatan berminat untuk lebih tahu lantas menumpukan perhatian dengan sepenuhnya kepada ceramah percuma Si A.

"Berapa? " Soalnya kepada si A.

Si pengurup A tadi dengan bersemangat menjawab. "USD 15 000 tau..Tak nak ker? Boleh pegi haji 10 kali tu". (ayat tambahan penulis)

Bersambung...

Itu sekadar imaginasi penulis sahaja. Ada kaitan dengan yang hidup tapi tak de kaitan dengan yang dah mati.

Saya pada permulaannya agak teruja juga apabila mendengar dakyah-dakyah dari ansar dinar Iraq ni. Pada awalnya saya menyangka dinar itu berupa emas tulin seperti yang saya lihat di tanah air. Waktu tu saya pergi sendiri ke Syarikat GOLD DINAR di Johor Bahru, tempat kawan saya bekerja yang mana menjual dinar emas untuk pelaburan dan simpanan.

Apa tak terujanya. Bayangkan I Dinar Muhammad (Malaysia) = RM 370 (Nilai terkini kalau tak salah saya) = lebih kurang USD 100 = lebih kurang LE 571 (matawang Mesir).

Murah sungguhlah Dinar Iraq macamtu. Ye la apa tidaknya. Dijual dengan harga LE 75 untuk setiap 15 000 IQD. Sedangkan 1 Dinar Muhammad = LE 571. Kemudian pulaktu, dijangka akan naik sehingga nilai 1 IQD = 1 USD dalam masa tak sampai 3 atau 4 tahun. Maknanya jika kita labur LE 75, kita akan dapat pulangan sebanyak USD 15 000. Cepat kaya Pak Cik kalau macam ni. Sebab tu saya buat artikel ni dengan tajuk Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. Kira dah macam skim cepat kaya lah ni. Usaha sikit, labur sikit, tapi untung berlipat kali ganda.

Setelah diteliti rupuanya dinar Iraq tadi hanya pada namanya sahaja, tiada sifat emas seperti yang ada pada dinar emas. Maka hilanglah keterujaan saya apabila mengetahui dinar tadi hanyalah sekeping wang kertas yang kini nilai bagi 1 IQD = 0.000755230 USD. (sila rujuk Link)

Oklah, cukup dengan pengenalan ringkas tadi. Apa yang saya nak bawa di sini ialah walaupun Islam membenarkan apa yang disebut sebagai Musorofah (Tukaran atau jual beli matawang) tadi, Islam juga telah meletakkan beberapa dhawabit (prasyarat) yang perlu diikuti agar muamalah tadi selaras dengan hukum hakam yang telah ditetapkan.

Apa yang saya lihat berlaku di kalangan kita (umum) ialah beberapa permasalahan berikut :

Masalah (1)


Ada dikalangan mereka yang menjalankan urusniaga tadi dengan cara hutang. Maksud saya jual beli atau pertukaran tadi dijalankan bukan dalam satu masa atau majlis aqad yang sama. Islam mensyaratkan di dalam pertukaran mata wang (muamalah musorofah) mestilah dengan syarat yadan bi yadin (satu majlis penyerahan). Namun ada di kalangan kita yang mengambil dahulu wang dari sebelah pihak atau boleh saya katakan dengan istilah menempah, kemudian tukaran tadi diserah dalam waktu yang lain. Jika ini berlaku dalam urusniaga dinar Iraq anda, anda telah terlibat di dalam amaliah Riba' nasiah tanpa anda sedari atau dalam keadan sedar tapi buat-buat tak tahu. Riba' jelas haram di dalam Islam.

Masalah (2)


Yang pasti di kalangan kita telah mendapatkan dinar Iraq tadi dari pasaran gelap (Suk Saudak). Sebabnya, tiada bank atau sorrofah berdaftar yang menjalankan pertukaran tadi secara rasmi (semakan ringkas penulis di Mesir dan negara sekitar). Jadi kalau bank dan sorrofah tak menawarkan pertukaran tadi, kat mana lagi nak cari selain di suk saudak. Fatwa ulamak terkini seperti Dr. Yusuf al-Qardhawi (kalau tak silap saya) mengatakan bahawa segala amaliah atau transaksi yang berkaitan dengan pasaran gelap adalah haram. Apa tidaknya. Pasaran gelap menyebabkan pengeluaran dinar Iraq tadi semakin tidak terkawal. Ini akan memudaratkan lagi ekonomi Iraq yang sudah sedia nazak.

Masalah (3)


Ada pula di kalangan kita yang menjual dinar Iraq tadi dengan dakyah yang seolah-olah menjanjikan keuntungan yang pasti bagi para pembelinya. Sedangkan turun naik mata wang tiada siapa yang berani menjaminnya. Yang dibolehkan hanyalah ramalan kenaikan. Bukan pasti akan naik. Jadi jika anda menjual dinar tadi dengan dakyah yang sedemikian rupa ketahuilah bahawa anda telah menipu. Sekiranya si pembeli membeli kerana termakan hasil dakyah anda tadi tanpa mengetahui risiko yang bakal ditanggungnya maka anda telah memakan hasil yang disebut sebagai Aklu amwal an-nass bil batil atau memakan harta manusia dengan jalan yang batil iaitu menipu. Menipu jelas haram kerana termasuk di dalam al-ghisshu (penupiuan dalam jual beli) Nabi SAW melarang jual beli al-ghisshu.

Di sana juga ada yang seolah-olah hanya menerangkan kebaikan dan keistimewaan yang bakal diterima di samping menyembunyikan atau tidak mendetailkan secara jelas risiko-risiko yang sangat banyak yang perlu ditanggung oleh si pembeli dinar Iraq tadi.

Antara risiko tadi ialah :

- Risiko pemalsuan dinar Iraq. Adakah anda pasti itu wang asli yang digunakan di Iraq sedangkan anda membeli melalui pasaran gelap yang tidak tidak berdaftar walaupun duit tadi kelihatan cantik dan seolah-olah ada ciri keselamatan?

- Risiko pelupusan versi lama. Kebiasaannya, sesebuah negara (contoh Iraq sendiri) akan memberikan masa selama 3 bulan kepada pemegang wang untuk menukar wang lama kepada versi baru jika berlaku pembaharuan wang kertas yang dikeluarkan untuk tujuan pengukuhan keselamatan dan ceklist pengeluaran. Di mana anda nak tukar dan siapa nak maklumkan anda jika berlaku pertukaran tadi walhal anda hanya membeli melalui pasaran gelap. Dalam masa yang sama bank dan sorrofah tidak menawarkan sebarang trasaksi yang melibatkan dinar Iraq tika ini?

- Risiko di mana anda ingin menukar wang tadi contohnya selepas diketahui wang Iraq tadi mengalami peningkatan nilai. Nak pegi Iraq ke tukar duit tu atau si A dalam kisah di atas akan menjualkan kembali untuk anda? Jika naik sekarang atau setahun dua lagi mungkin si A masih ada di sini. jika naik 4 atau 5 tahun akan datang, kat mana anda nak tukar balik duit tu? Tau ke tidak risiko tu?

Risiko-risiko tadi mungkin juga si penjual dinar Iraq sendiri tidak tahu. Atau mungkin tahu tapi itu semua bukan prioriti. Yang penting duit yang dijual laku dan apa peduli pada si pembeli yang tak mengkaji dahulu sebelum membeli. Nak salahkan siapa kalau dah tertipu. Last-last buat hiasan dan simpanan sebagai kenangan. Kenangan yang amat mahal harganya.

Masalah (4)


Adakah kita juga ingin jadi seperti Spekulator matawang Georg Soros yang suatu ketika dahulu pernah menyerang ekonomi Malaysia? Beli wang RM dengan banyak, simpan dan kemudia satu masa menjual kembali semua wang tadi serentak sehingga menyebabkan kecairan serta lambakan RM dan sekaligus menyebabkan kejatuhan nilai RM. Kita mungkin tak sampai seperti itu kerana kita beli sikit sahaja. Tapi lebih kurang sama cuma namanya mungkin spekulator kecil kecilan sahaja. Kita nampak kecil. Tapi niat kita sama juga sebab niat kita membeli dan akan menjualnya semula apabila kedudukan IQD bertambah baik. Lainlah kalau belinya hanya sekadar untuk hiasan dan simpanan sahaja, atau koleksi matawang semata. Kalau dah membeli sehingga IQD 1,000,000 tu bukan koleksi simpanan namanya.

Jangan kerana ingin cepat senang kita lupakan hukun hakam yang Allah telah gariskan.

Itulah di antara masalah-masalah yang berlaku apabila kita membeli Dinar Iraq. Jika lepaspun hukum di atas, saya tetap menasihatkan berpadalah sekiranya ingin membeli. Bukan tak boleh, tapi carilah saluran dan amaliah yang dibolehkan. Bak kata kawan saya jangan sampai jadi rugi membeli dan kempunan pula kerana tak membelinya (yelah, kalau betul lah suatu hari nanti IQD 1 = USD 1 atau lebih dari itu)

Si penjual dinar Iraq sudah untung awal kerana anda telah membeli darinya. Tapi nasib anda belum tentu lagi. Mungkin balik modal jika ada yang ingin membelinya semula dari anda. Dan mungkin akan hanya menjadi koleksi kenangan-kenangan jika Iraq gagal untuk memulihkaan ekonominya walaupun Minyak di Iraq sangat banyak simpanannnya.

Beberapa perkara yang perlu anda tahu sebelum anda melabur atau membeli dinar Iraq. Perkara berikut anda boleh baca sendiri di dalam link : Klik (versi inggeris);

1) Kenapa si pengurup dinar Iraq menjual dinar Iraq jika dia yakin bahawa jika dia yang menyimpannya sendiri, dia akan jadi kaya raya suatu hari nanti apabila tiba masa kestabilannya. Tentu dia jawab sebab nak kongsi kekayaan bersama bukan? Atau dia sendiri tak yakin nak simpan wang tu, jadi ambil kesempatan untuk senang lebih awal dengan menjualnya kepada anda tanpa ada risiko kerugian.

2) Walaupun minyak Iraq banyak, tak semestinya ekonomi akan pulih dengan cepat dan sempurna. Contoh Venezuala. Minyak banyak tapi politik tak stabil. Ekonominya tak kemana. Lainlah jika anda melabur di syarikat minyak di venezuala atau Iraq. Ha, itu terjaminlah keuntungannya. Melabur dengan membeli duit Iraq tak sama seperti melabur terus di dalam syarikat yang menguruskan minyak tadi.

3) Orang nak samakan ekonomi Iraq dengan ekonomi Kuwait. Suatu ketika dahulu. Kuwait bangkit selepas 3 tahun perang teluk dengan nilai matawang yang tinggi menyamai paras Dolar Amerika. Anda perlu tahu, ya memang Kuwait mampu bangkit. Tapi kata pakar, this is comparing apples to oranges. Mana sama oren dengan apel. Kuwait mampu bangkit atas beberapa sebab. Simpanan sebelum perang sebanyak USD 100 bilion tanpa hutang, politik yang stabil sebelum dan selepas perang dan minyak yang terurus dengan baik. Di Iraq, sebelum perang sudah berhutang sebanyak USD 125 bilion. Ditambah pula dengan politik yang huru-hara dan walaupun minyak banyak, tapi saluran paip minyak selalu disabotaj ditambah perompak minyak dunia (Amerika) telah kuasai segalanya di sana. Tak sama kan bang.


Wallahuaalam...

P/s :

1) Siapa yang belum lagi baca Harian Metro, Jumaat (5 Januari 2007) di dalam ruangan berita utama bertajuk 'Jutawan segera' dinar Iraq. Sila klik link berikut. Kalau sudah tiada, bagi tahu nanti saya akan uploadkan: Klik

2) Sila baca artikel yang dikeluarkan oleh sebuah syarikat terkemuka yang menguruskan tukaran matawang berkenaan kemampuan dinar Iraq. Jika tak faham mintalah kawan-kawan yang faham bacakan untuk anda : Klik


Sumber :

Artikel-artikel di www.zaharuddin.com
Artikel-artikel di www.xe.com
beberapa orang pembeli yang telah membeli

[+/-] Selengkapnya...

Friday, January 05, 2007

Niat yang ikhlas pemangkin kecemerlangan...

Bismillah...


Saya nak ubah topik perbincangan sebentar. Minta maaf sekiranya ada yang menunggu-nunggu siri kedua Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. Kali ini saya ingin mengajak sahabat-sahabat merenung suatu perkara yang berkaitan dengan sistem peperiksaan atau Nizom Jameah yang mana sahabat-sahabat bakal tempuhi tidak berapa lama lagi.

Sistem ini (Sistem Jameah) baru sahaja diperkenalkan di Al-azhar menggantikan sistem lama iaitu sistem jamek yang terbukti berkesan melahirkan cendikiawan Islam yang amat ramai suatu ketika dahulu. Persoalannya adakah sistem yang ada pada hari ini gagal untuk menandingi sistem jamek dalam melahirkan ulamak-ulamak yang setanding al-Ghazali, Syeikh Al-Mutawalli Shakrawi, Syeikh Jadul Haq dan ulamak-ulamak lain hasil tuaian sistem jamek?

Universiti Al-azhar (Jameah al-Azhar) vs Masjid al-Azhar (Jamek al-azhar)

Saya pernah mendengar seorang ustaz bercerita suatu ketika dahulu berkaitan dua sistem di atas. Dia bertanya apakah bezanya dua sistem di atas dan mengapa sistem jamek dilihat lebih menonjol dalam melahirkan cendikiawan Islam yang amat ramai dan bermutu. Beliau mengatakan dengan berseloroh. Jamek tu Muzakkar dan Jameah tu Muannas. Kemudian membacakan sepotong ayat al-Quran Walaisa az-zakaru kal unsa. Ya, secara logiknya manakan sama seorang lelaki dengan seorang perempuan. Namun itu sekadar gurauan sahaja. Tiada kaitan dengan perbincangan kita hari ini.

Bagi saya secara peribadi al-Azhar sebenarnya masih lagi mengekalkan sistem lama. Dalam masa yang sama memperkenalkan sistem baru mengikut trend pengajian masa kini. Kita dapat lihat sendiri di Mesjid al-Azhar masih lagi berjalan sistem lama dengan kaedah bertalaqi. Ramai ulamak besar al-Azhar seperti Dr. Umar Hashim, Dr. Muhammad Siad Saltut, Dr. Rabek al-Jauhari dan ramai lagi tokoh lain yang mengajar di situ. Cuma berapa orang sahaja yang mampu mengikuti pengajian di Jamek al-azhar secara penuh? Ada, bukan tak ada. Saya tidak menafikan. (Saya pun jarang pergi)

Jadi adakah kita masih nak salahkan sistem yang ada pada hari ini? Tentunya tidak bukan. So, apakah sebenarnya punca kemundurun tadi? Fikirkan!!

Ye, sebenarnya niat kitalah punca kemunduran kita pada hari ini. Kita terbuai dengan trend baru pengajian dengan hanya mementingkan peperiksaan semata dan meninggalkan penumpuan kita terhadap penguasan ilmu. Yang penting lulus periksa, dapat sijil, balik Malaysia dapat kerja, gaji besar, dapat kahwin dan last sekali lari dari tugas seorang ustaz yang ada cop mohor al-Azhar bergelar azhari. Tu pun kalau cukup 4 tahun duduk di Azhar ni (mengikut sebahagian pendapat ulamak yang mengatakan sekurang-kurangnya mestilah mastautin 4 tahun untuk menisbahkan diri dengan sesuatu tempat )

Konvokesyen. Pengiktirafan ilmu atau pengiktirafan sijil??

Niat kita tidak ikhlas dalam menuntut ilmu. Saya bukan nak mengata sesiapa. Saya pun sama, bukan bagus sangat. Kita tiada matlamat yang jelas dalam menuntut ilmu di sini. sebab tu mundur. Kita bukan tidak pernah dengar hadis Nabi berkaitan niat. Dalam setiap kumpulan kitab hadis dan kitab-kitab pengajian yang lain, hadis tadi sering diulang-ulang bagi mengingatkan kita akan kepentingan menjaga niat. Agar kita sering mentajdid niat kita. Agar niat kita sentiasa ikhlas dalam setiap amalan kita. Menuntut ilmu ikhlas kerana mencari keredhaan Allah. Menuntut ilmu nak bantu agama Allah. menuntut ilmu nak bantu ulamak-ulamak, ansarullah dan orang-orang Allah dalam memperjuangkan agama Allah. Barulah kita rasa bertanggung jawab dalam menuntut ilmu.

Bukankah Nabi dah bersabda : Fa hijratuhu ila ma hajara ilaih (maka hijrahnya kepada apa yang dia niatkan) Kalau niat kita setakat nak dapat sijil, sijillah yang kita dapat. Kalau nak glamour, glamourlah yang kita dapat. Kalau niat kita nakkan cinta seorang lelaki atau perempuan, maka itulah juga yang kita akan dapat (Kadang-kadang tak dapat terus). Tapi kalau niat kita benar-benar ikhlas keranaNya, insyaalah ilmu kita dapat dan dunia akan mengikut telunjuk kita. Namun hari ini, kita pula yang mengikut telunjuk dunia.

Saya tidak mahu memanjangkan lagi artikel ini cukuplah setakat ini. Takut terlalu panjang korang tak mahu baca. Maklumlah, musim imtihan ni banyak kitab yang perlu dibaca.

P/s :
- Mari ikhlaskan niat kita dalam menghadapi exam yang bakal datang.
- Baca kitab jangan waktu nak exam sahaja. Lepas ni pakat-pakat susun jadul kitab-kitab untuk musim saifi.
- Mesjid al-Azhar menanti kehadiran anda dengan sistem jamek qaedah talaqi berguru.
- Gambaran kejayaan mesti ada dalam kotak fikiran anda jika anda mahu berjaya kerana anda adalah apa yang anda fikirkan. Ia juga satu doa dan pengharapan bukan!!
- Kurangkan tidur anda sekiranya anda mahu rasa imtihan sudah dekat. Paling sikit 4 jam sehari.

Sekian sahaja. Selamat menjalani musim imtihan dalam musim sejuk lagi menyejukkan.

Wallahuaalam.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, December 28, 2006

Dinar Iraq, skim-skim cepat kaya dan bala Allah. (Siri 1)

Bismillah...

Hadis Nabi SAW menyatakan:

التاجرالأمين الصّدوق المسلم، مع الشهداء يوم القيامة

Yang bermaksud : Peniaga yang amanah, berkata benar dan muslim akan bersama dengan para syuhadak pada hari qiamat. Au kama qala Rasulullah SAW.

Dalam kegilaan kita mencari kekayaan dan keuntungan, terkadang kita lupa akan hukum hakam yang mana kita terikat padanya sebagai satu pakej yang wajib kita penuhi apabila kita telah mengimani kalimah toiyibah (kalimah syahadah). Islam tidak menghalang mana-mana penganutya untuk mengaut keuntungan di dalam perniagaan bahkan Islam amat menggalakkan penganutnya terlibat dalam perniagaan. Bukankah 9/10 sumber rezeki itu berpunca dari perniagaan.

Kaedah fiqhiyah menyatakan bahawa muamalat (secara khusus perniagaan) itu kesemuanya mubah kecuali ada dalil yang mengharamkannya. Ini bukti bahawa Islam amat terbuka di dalam perkara ini akan tetapi sangat menagambil berat agar muamalah yang dijalankan suci daripada pemerasan. Suci dari pembohongan. Suci dari memakan harta manusia dengan kebatilan. Agar hasil yang diterima itu suci lagi menyucikan dan mendapat keberkatan dari Allah Taala.

Ketahuilah bahawa kaedah fiqhiyah juga ada menyatakan:

Ma Hurima Akhazahu Hurima Aatoahu.

Maksudnya : Apa yang diharamkan mengambilnya maka diharamkan juga memberinya.

Harta dan keuntungan yang kita perolehi dari yang haram bukan sahaja haram untuk kita bahkan haram juga untuk kita berikan kepada orang lain. Bayangkan jika kita seorang bapa. Adakah kita akan berikan pada anak kita makanan dari hasil yang haram. Tidak terfikirkah kita kesannya. Anak-anak jadi nakal dah susah untuk dilentur. Gejala sosial jadi habuannya. Akhirnya bala dari Tuhan menanti kita semua.

Allah berfirman di dalam al-Quran di dalam surah al-Anfal ayat ke 25 :

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya : Dan peliharalah dirimu daripada siksaan yang tidak khusus menimpa orang-orang yang zalim di antara kamu sahaja. Dan ketahuilah bahwa Allah amat keras siksaan-Nya

Lihatlah bahawa bala Allah itu tidak turun hanya pada yang membuat kerosakan dan huru-hara. Akan tetapi semua akan merasa azabnya jika kita berterusan di dalam kerosakan dan tidak kembali kepadanya dan jalan yang telah disuluhnya.

Lihatlah pula jika kita seorang penuntut ilmu. Kita menerima dan mencari rezeki dari sumber yang haram. Belajar agama sambil makan hasil yang haram. Aduh, sakit kepala. Itu makanan, belum lagi dengan penglihatan yang haram. Kata-kata yang haram. Pembacaan yang haram. Dan banyak lagi yang haram.

Lupa kita pada kisah Imam Syafie yang mengadu kepada gurunya Imam Waqik tentang kelemahan ingatannya. Jawapan yang diberikan sangat mudah iaitu tinggalkanlah maksiat. Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan cahaya tidak masuk ke dalam hati-hati orang yang berbuat dosa. Allah. Saya Nasihatkan diri saya sendiri!!!

Tahu apa kesilapan Imam Syafie waktu itu?? Hanya melihat tumit wanita yang tak pakai stokin. Kita lebih-lebih lagi. Bukan setakat tumit wanita yang kita lihat!!! Patutlah lagi banyak lupanya dari Imam Syafie. Quran susah nak menghafal. Periksa asyik tak lulus. Belajar tak masuk-masuk. Orang tanya pun susah nak menjawab. Takut nak kehadapan. Mandom!!! Astaghfirullahalazim. Cukuplah tu…!!!

Sebenarnya, Ini adalah muqaddimah saya dalam membongkar beberapa kerosakan di dalam muamalah yang berlaku bukan setakat di Negara kita Malaysia, malah tidak dilupakan di tempat kita berkumpul menadah ilmu (bumi Mesir) dan lebih menyayat hati apabila ia berlaku sendiri di dalam kelompok kita yang belajar maqasid syariyah, belajar hadis, belajar tafsir, belajar feqah dan belajar segala ilmu-ilmu agama. Malangnya!!!

Doakan saya sempat menyambung risalah ini…

Wallahuaalam...

Kita akan selesaikan artikel ini insyaalah sebelum 25 000 dinar Iraq ini bersamaan dengan 25 000 dolar Amerika 3 tahun dari sekarang (Menurut pandangan pengamal skim cepat kaya!!!)


[+/-] Selengkapnya...

Sunday, December 24, 2006

Di antara usia yang bertambah & umur yang semakin berkurang...

Bismillah...

Lama tak send entry..idea ada namun masa tak berapa mengizinkan untuk menulis..insyaallah nanti ada beberapa perkara yang akan saya bentangkan..tunggu masa sedikit lapang..

Di kesempatan ini saya ucapkan selamat hari lahir ke-22 buat sahabat seperjuangan MD FAHAMI SHUKRI KARNAIN. Moga usia yang semakin bertambah menjadikan diri semakin matang dalam menghadapi liku-liku perjalanan hidup yang mendatang..

Macho tak gambar ni..hehe..(gambar ker orangnya)

Wallahua'alam...

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, December 10, 2006

Jadilah perokok yang berakhlak

Bismillah...

Artikel ini bukan bertujuan menggalakan perokok-perokok untuk terus aktif dalam aktiviti merokok. Bukan juga untuk menggalakkan kegiatan saudagar-saudagar rokok seperti Dunhill, Cleopatra, Salem dan yang sewaktu dengannya untuk terus aktif memproduk rokok-rokok buatan mereka. Ia juga bukan galakan kepada petani-petani tembakau kecil atau besar di mana-mana tempat agar memperluaskan lagi hasil pertanian tembakau mereka.

Akan tetapi, artikel ini bertujuan untuk mengingatkan kepada mereka yang terlibat dengan makhluk yang bernama rokok ini agar menjaga akhlak mereka dalam setiap aktiviti yang mereka lakukan. Soalnya, bagaimana mahu menjadi perokok yang berakhlak??! Adakah orang yang berakhlak itu orang yang sentiasa meletakkan dirinya dibelengu perkara-perkara yang makruh di sisi agama??! Atau terkadang-kadang tanpa disedari sehingga membawa dirinya terjerumus ke lembah kebencian Sang Pencipta dan orang yang berada di sekitarnya??!!

Pastinya orang yang berakhlak tidak sebegitu sifatnya. Setinggi-tinggi akhlak manusia dapat dilihat pada diri Rasulullah SAW. Rasulullah di sifatkan sebagai al-Quran yang berjalan kerana peribadinya yang berpandukan al-Quran suluhan agung Yang Maha Mencipta. Segala gerak gerinya penuh dengan kelembutan dan hikmah. Sesiapa yang melihatnya pastinya akan jatuh hati dengannya sehingga musuh ketat baginda, Abu Jahal dan Abu Lahab juga mengakui kemulian peribadi Baginda. Itulah dia kuasa akhlak. Mampu mengadaptasi pelakunya sehingga kelihatan begitu berkarisma.

Sekadar hiasan : Ada apa dengan sebatang rokok?

Oleh itu bagaimana pula dengan persoalan kita. Adakah si perokok itu tidak berakhlak? Saya kata Ya!!! Opss..ada sedikit istisnaat. Saya tidak mengatakan semuanya begitu. Sebelum pergi lebih jauh, elok saya nyatakan terlebih dahulu baith yang membangkitkan saya menulis artikel ini. Ada dua sebab utama: iaitu Sayang dan Benci.

1) Saya sayang si perokok kerana orang yang merokok ni mengundang penyakit. Seribu satu penyakit. Sebab belum jatuh sakit, jadi mereka terus merokok. Jadi saya tak mahu mereka sakit dan Aiman kata : ayah, berhentilah merokok. Kesian kat Aiman yang selalu sangat kene asap rokok. Orang yang kena asap hembusan si perokok lebih malang lagi kerana menyedut karbon dioksida hasil pembakaran rokok si perokok. Tak pasal-pasal si Aiman yang kena kanser akibat rokok ayahnya dan yang sewaktu dengannya.

2) Saya benci sebahagian perokok. Perokok yang tiada sivik. Sebab saya sudah banyak kali bertengkar dengan perokok kerana merokok dalam kenderaan awam. Kita cakap baik-baik dia buat tak paham. Perli-perli kita. Hembus ke muka kita dengan sengaja. Mana tak benci perokok macam ni. Sakit hati. Nak merokok rokok la dalam kenderaan sendiri. Ni kenderaan awam. Dengan sebab rokok awak tu, orang lain pun dapat sakit sama. (Lafaz amm yuridu bihi aljameek, sapa-sapa yang terlibat la..) . Orang lain jadi benci kat kamu. Ishhh!!! Berakhlak la sikit.

Dari dua keadan di atas, saya menyimpulkan bahawa sebahagian perokok (Golongan pertama) merasa malu menjadi perokok. Kira malu tu tanda mereka masih punya akhlak. Mereka bersembunyi untuk merokok. Rokok segera dibuang jika ada orang yang tidak merokok lalu di hadapan mereka. Lagi-lagi kalau ada akhawat. Sebahagian mereka hanya merokok di tempat-tempat khusus (private) sahaja. Mereka tidak keterlaluan sehingga menjadikan rokok sebagai bahan pertama untuk berbuka puasa.


Sekadar hiasan : Kawasan khas merokok untuk perokok yang ada sivik.

Orang begini bagi saya masih ada harapan untuk berhenti merokok. Mereka berpandangan rokok tu makruh sahaja dan pendapat yang haram di tolak sementara ke tepi. Ye lah benda khilafiahlah katakan. Hujjahnya, doktor kat kuliyah pun merokok. Kuliah Syariah Islamiyah lagi. Di tambah pula, rokok tu sedap katanya, lagi-lagi lepas makan. Saya dengarkan sahaja.

Sebahagian perokok (Golongan kedua) pula menunjuk-nunjuk dan berbangga pula menjadi seorang perokok. Kita lalu disebelahnya disapanya dengan menghulurkan sebatang rokok. Wah, baiknya. Tapi saya kata, maaf Aiman tak merokok, terima kasih.

Gambar hiasan : Perokok tegar, di manakah noktahnya?

Bagi golongan seperti ini, rokok adalah segalanya. Makan rokok, minum rokok, tidur pun rokok. Tanpa rokok hidup tak bahagia katanya. Tak macho. Ketagihan menyebabkan sehari 2 hingga 3 kotak rokok dibazirkan. Mulut berbau busuk dan gigi berubah warnanya sebagai tanda kesungguhannya menjadi seorang perokok. Orang disekitarnya tidak dipedulikan. Kita kena asap rokok ker, habuk rokok ker dan yang yang lebih kurang hajar terkena bara rokok ker mereka buat slumber sahaja!!! Yang penting dapat telan asap rokok. Anak jin betul orang macam ni!! Perokok macam ni saya klasifikasikan sebagai perokok yang tak berakhlak langsung.

Oleh itu, saya nasihatkan kepada sahabat-sahabat yang merokok anda ada pilihan samaada mejadi perokok yang berakhlak atau berhenti sahaja merokok kerana dengan merokok itu serba sedikit telah mengurangkan nilai akhlak anda. Apa tidaknya, setiap hari anda bergelumang dengan perkara makruh (Bagi yang berpegang dengan hukum makruh, saya no komen. Setakat ini saya tidak jumpa ada yang kata merokok tu harus, sunat dan wajib). Silap-silap haribulan, boleh jatuh haram dengan sebab mudarat yang anda sendiri cari di samping membahayakan orang disekitar anda.

Wallahuaalam..
Hiasan : Kempen katakan tidak pada rokok.

P/s : Sedikit Fakta mengenai rokok;

1) Tembakau dari rokok mengandungi lebih 4,000 kimia, kebanyakannya beracun.
2) Nikotin menambahkan tekanan darah, memaksa jantung bekerja lebih keras.
3) Karbon Monoxide menjadikan jantung anda bergerak lebih cepat dan mengambilalih oksigen dalam darah.
4) Tar di dalam rokok mengandungi berpuluh kimia yang mengakibatkan barah.
5) Merokok boleh menyebabkan saluran jantung (artery) tersumbat yang boleh menyebabkan serangan sakit jantung.
6) Perokok mempunyai 70% risiko kematian akibat sakit jantung berbanding dengan yang tidak merokok.

Di Malaysia, 4.6 juta rakyatnya adalah perokok. Perangkaan menunjukan kes sakit paru-paru di Malaysia bertambah 17% setahun dan setiap tahun 10,000 rakyat Malaysia mati akibat penyakit yg berpunca dari merokok setiap tahun. Adakah anda bakal seorang darinya?

Anda seorang perokok dan ingin berhenti merokok?

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, December 02, 2006

Air mata Cairo tumpah lagi

Bismillah..

Sudah lama saya tidak menulis sajak. Jadi kali ni saya sertakan sajak air mata yang saya tulis besempena kepulangan insan-insan istimewa ke tanah air pada 1 disember 2006 yang lalu. Maafkan saya jika gambar-gambar sensort yang saya uploadkan menyentuh hati mana-mana pihak. Sekadar tatapan dan renungan. Lihatlah apabila mereka mampu menangis. Alangkah baiknya jika tangisan itu ikhlas keranaNya...

Air mata Kaherah tumpah lagi
Enam jejaka meninggalkan kami
Cairo Airport menjadi saksi
Sayu dan gembira menggamit naluri

Air mata Kaherah tumpah lagi
Dua coaster datang mengiringi
Setramco lagi masih tak mencukupi
Solah as-safar sesak dipenuhi

Air mata Kaherah tumpah lagi
Candid dan video habis dimanipulasi
Pelbagai ragam, gaya dan posisi
Hanya yang menarik ku paparkan di sini

Air mata Kaherah tumpah lagi
Harapan dan semangat dibawa pergi
Kenangan di sini di copy di CD
Jadi bekalan perjuangan harmoni

Air mata Kaherah tumpah lagi
Yang pergi tetap kan pergi
Tinggallah kami di sini yang berbaki
Kerna perjuangan tak selesai lagi

Air mata Kaherah tumpah lagi
Yang pergi sayu membawa memori
Yang tinggal sayu tak sekali kembali
Yang menunggu sayu sekian lama menanti

Air mata Kaherah tumpah lagi
Jatuh di pipi seorang lelaki
Mahal harganya menitis sesekali
Biar tumpahnya kerana Ilahi

Selamat kembali ke tanah air buat Azman Shaari(Wak Reng), Nazir, Farid Nong Chik (Tawil), Nazurraini, Firdaus Omar (lempeng) dan Agus Maidi.

Moga kita tergolong dalam 7 golongan seperti yang terkandung di dalam mafhum hadis Nabi SAW berikut:

7 golongan yang mendapat lindungan arasy Allah iaitu pada hari yang tiada bayangan kecuali bayangan-Nya sahaja (hari qiamat):

1) Ketua yang adil
2) Seseorang yang hidup di dalam beribadat kepada Allah
3) Seseorang yang sangat mencintai masjid (utk beribadat)
4) Dua orang lelaki yang saling mencintai kerana Allah, mereka berjumpa dan berpisah kerana Allah
5) Seseorang yang apabila dia mengingati Allah secara sendirian maka akan mengalirlah air matanya
6) Seorang lelaki yang 'diminta' oleh perempuan yang mempunyai harta dan kecantikan, maka dia berkata, sesungguhnya aku takut kepada Allah
7) Seseorang yang bersedekah sehingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang telah diberi oleh tangan kanannya (kerana ikhlas)

Au kama qola Rasulullahi SAW

Moga bertemu kembali di tanah air nanti. Salam perjuangan dariku http://www.afais.blogspot.com/

Balik ke Malaysia..Seronok ker??Tanggung jawab menggunung menanti di sana..

Sedihnya abang sorang ni dah balik..5 tahun tak balik tu..kalau saya tak tahan kot..tapi abang sorang ni memang power. Kalau tak der orang yang dah menunggu kat sana tu..dia nak duk sini lama lagi.. Caya la ust. Azman. Jumpa di Rengit nanti. Ingat, selipar jangan bawak masuk dalam masjid tau, jangan lompat dari bas pulak..hehehe..takut terlupa...Terima kasih segalanya my brother..

Ustaz Rafi jangan sedih yer abang-abang dah balik Malaysia..Saya ada lagi leh temankan ke mana ustaz Rafi nak pergi insyaallah..

Dia ni tak mahu menangis langsung walupun saya hanya minta setitik. Kira berjaya la dia ni tahan air mata kat depan kami..Belakang kami semua, kami tak tahu la..Tapi bagsunya si Mamat sorang ni, belum lagi sampai ke rumah dia di Senggarang dah call saya kat sini. Jam 4 pagi menyamar sebagai pegawai dari Pejabat Agama Batu Pahat. Tq for calling me my frends!!!

Dua situasi berbeza..Sedih dan gembira...Teramat gembira pun terkadang boleh menumpahkan air mata kan...

No komen...

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, November 29, 2006

Alat bantuan mengajar...

Bismillah...

Saya ni jenis tak berapa pandai nak berceramah. Kalau orang jemput bentang kertas kerja, diskusi kitab ker atau jadi pengisi sesuatu slot, tentu saya akan tanya dah tak de orang lain ker. Jika dah tak de, insyaallah saya tak bermasalah untuk mengisinya. Bukan apa, saya ni masih kechek dan masih jihil dalam bidang ilmu yang sangat luas ni. Jika ada ustaz-ustaz lain yang lebih alim dari saya, saya dengan seluasnya melorongkan high way agar di isi oleh ustaz berkenaan.

Namun apabila saya mengisi sesuatu slot, saya agak cerewet. Ye, memang agak cerewet kerana saya dah kata tadi saya memang tak pandai berceramah. Apa yang cerewetnya?? Nak tahu?? Saya tak mahu isi slot tersebut kalau tak de sebuah projektor untuk saya gunakan. Haaa..cerewet tak?? Ye lah, saya dah kata tadi, saya jenis orang tak pandai nak berceramah, jadi terpaksala guna alat bantuan mengajar dengan sebaiknya. Berbanding kalau anda sudah pandai dan berbakat mengajar dan berceramah, buat apa perlukan alat bantuan mengajar ni kan.

So, sejak bila saya mula cerewet?? Haa.. Kisahnya bermula di sini...

Saya pernah membaca suatu fakta yang amat mengejutkan :

" Pengajian tanpa alat bantuan mengajar (sangat luas maksudnya) hanya mampu memberikan kesan maksima sehingga 40% sahaja kepada sidang pendengar." - Buku Motivasi Membina Karisma.

Saya berfikir panjang. Kenapa pulak kan macam tu. Takkan 40% sahaja. Mana pergi yang 60% lagi. Bagaimana nak capai ke tahap maksimum dalam penyampaian. Saya berfikir lagi, jika jenis saya yang tak berapa pandai berceramah ni lagi lah teruk agaknya. Mahu tinggal 20% sahaja. Lalu kata si penulis baki lagi 60% akan diperolehi dengan menggunakan semaksima mungkin alat bantuan mengajar. Maknanya, kalau kita cakap 100 patah perkataan, yang mampu diterima dengan baik hanyalah 40 perkataan sahaja jika kita tidak gunakan alat bantu mengajar!!! Mana nak sampai maksud macam tu...

Saya tidak berpuas hati dengan maklumat tersebut. Lalu saya ajukan persoalan tersebut kepada kawan saya di tanah air. Beliau mengambil jurusan Pendidikan dalam skop Pengajian Islam di University Malaya. Ditambah pula, ada satu paper yang diambil olehnya membentangkan berkenaan konsep alat bantuan mengajar moden dan aplikasinya dalam pendidikan. Wah, jawapan yang saya terima lebih mengejutkan. Katanya, di zaman serba moden ni jika kita hanya mengajar dengan tangan kosong tanpa berinteraksi dengan teknologi yang telah dicaipa, maka seolah-olah kita amat ketinggalan zaman. Duduk bawah tempurung katanya. Katanya lagi, sekarang ni, khutbah jumaat kat Malaysia pun dah pakai Slide Show tau!!!

Tersentak saya dengar jawapan tersebut. Emm...fikir punya fikir maka 70% saya mula percaya dengan fakta tersebut. ye lah secara logik akal pun saya fikir, kalau kita berdiri di depan tanpa sebarang alat bantuan seperti mic, rostem dan lain-lain alat, tentulah teruk kesannya. Okelah, kalau ada mic, rostem dan kitab pun sebagai contoh, pendengar sudah tentu mempunyai medan penglihatan yang terhad. Pandang-pandang muka penceramah, tunduk, pandang rostem, pandang kawan sebelah, pandang penceramah lagi, kemudian tunduk, kemudian tawadduk dan seterusnya tertiduk...Yang berceramah pun silap-silap boleh tertidor kalau macam ni..

Maka saya mula membayangkan, alangkah baiknya jika saya yang tak berapa pandai berceramah ni mampu memperbaiki kelemahan dan kekurangan yang ada dengan memaksimakan penggunaan alat-alat moden bantuan mengajar yang antaranya sudah ada di depan mata. Lalu langkah pertama cuba saya buka. 2 tahun lepas, sewaktu program Islamic Circle untuk mahasiswa baru, saya mula mempraktikkan penggunaan tayangan dan slide show yang saya download di internet. Saya tak buat pun. Cuma buka dan paparkan sahaja bersesuaian dengan tajuk yang dibentangkan.

Kesannya, amat memberangsangkan. Terbeliak mata budak-budak ni. Tiada pula yang tertidor. Respon yang diberikan juga amat baik dan mungkin itu kali pertama dan langkah permulaan yang baik bagi diri saya yang kechek ini. Saya mula memikirkan untuk membuat lebih dari itu.
Saya cuba mempelajari program-program yang boleh digunakan untuk tayangan dan presentations. Antaranya, Power Point, Ulead Video Editor, Movie Maker, Flash, Swish dan banyak lagi yang boleh membantu. Ditambah dengan Lap Top yang sedia ada dan Internet yang sentiasa syaghal membuatkan saya lebih berminat dengan "Bid'ah hasanah" baru ni. Kat rumah Johor pulak tu ada projektor sumbanagn MAIJ, so semakin kuat lagilah kemahuan saya untuk mendalami bidang ini kerana ada tempat untuk melempiaskan hasil pembikinan.

Sebenarnya ada lagi faktor yang membuatkan saya cerewet macam ni. Sewaktu mengikuti program Anjuran Kersani Training Centre di Pekan jabi Segamat, juga 2 tahun lalu selaku fasilitator jemputan, saya amat teruja dengan modul-modul yang dibentangkan di situ. Program tersebut untuk pelajar-pelajar sekolah menengah seluruh Malaysia. Apa yang meneriknya, semua modul yang dibentangkan menggunakan projektor dan pengisian slide show-slide show menarik lagi memberangsangkan. Dari situ saya lihat satu anjakan paradigma yang dalakukan dan kesannya amat positif serta menggalakkan. Saya pulang ke Mesir dan mula mencuba untuk praktikkan apa yang saya lihat di sana.

Kemudian saya berfikir, kalaulah ustaz-ustaz yang pandai berceramah dan berbakat dalam penyampaian mampu menggunakan teknologi yang hebat ini, tentunya ia lebih menarik. Apa tidaknya, bakat penyampaian yang sudah ada ditambah dengan alat bantuan mengajar yang serba canggih pastinya membuatkan penyampaian lebih menarik dan hasil penerimaan pendengar mencecah sekurang-kurangnya 80-90 % dari takuk 40% tanpa alat bantuan mengajar!!!

Hemm..kalau macamtu..ayuh, apa tunggu lagi?? Anjakkan paradigma...kita berubah dari sistem yang statik ke dunia baru teknologi yang amat mempesonakan ini..!!!

P/s :

1) Pastikan selepas ini persatuan-persatuan kaya yang telah menyumbang untuk dana Syaqah PMRAM mengumpul dana bagi pembelian projektor untuk kegunaan persatuan masing-masing.

2) Galakkan ahli untuk mempelajari teknologi yang menokok nilai tambah seorang ustaz/ustazah. Contohnya teknologi alat bantuan mengajar yang saya sebutkan tadi.

3) Pastikan selepas ini tanya kepada pengisi slot yang dijemput : Adakah ustaz/ustazah perlukan projektor??

4) Jemputan sebagai penceramah atau pengisi slot perlulah diawalkan agar pihak yang dijemput mampu menyediakan sedikit alat bantuan mengajar walaupun sehelai "hand out"

5) Jangan jemput saya kerana saya tak pandai berceramah ler...

Wallahu'aalam

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, November 21, 2006

Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi

Bismillah...

Hari ini ada orang bertanya kepada saya tentang hukum melabur di ASB. Saya terkedu sementara bagaimana nak menjawab persoalan tersebut. Lalu saya katakan saya tidak bisa menjawabnya kerana saya memang tidak tahu apa hukum ASB secara detail dan kenapa. Yang saya tahu ia tidak boleh disertai dan ada kaitan dengan pelaburan yang dijalankan oleh pihak penaja ASB tersebut.

Lalu saya keluar tadi sambil memikirkan betulker tindakan yang saya buat tadi. Dan jawapan yang saya terima hasil penakkulan tadi ialah "benar". Kalau kita tidak tahu kenapa malu untuk berkata "saya tidak tahu". Untuk menghukum sesuatu perkara yang besar bukannya mudah. Terutamanya perkara yang kompleks seperti ASB, ASN, BSN, KWSP, BSN, Takaful Nasional dan lain-lain badan kewangan yang ditubuhkan. Ia memerlukan suatu kajian menyeluruh dan bersepadu kemudian barulah kita boleh meletakkan hukum yang tepat mengenai perkara tersebut.

Kaedah Fiqhiyah menyatakan : الحكم على الشيء فرع عن تصوره Alhukmu 'Ala Syaien Far'un 'An Tashauwurihi.

Untuk menghukum sesuatu perkara, kita perlu mendapatkan gambaran yang sempurna dan menyeluruh. Bukan hanya memandang kepada nama atau apa sahaja yang bersifat juzuk (sebahagian) dan kemudian terus sahaja menghukum!!

Bayangkan tadi, jika saya mengatakan kepada si penanya bahawa pelaburan (saham) itu dibenarkan di dalam Islam. Lalu saya menyimpulkan bahawa ASB (Amanah Saham Bumiputra) diharuskan atas dasar namanya yang bertepatan dengan ajaran Islam. Sesat la orang macam tu.
Apa yang saya nak bawa kat sini, tidak salah kita katakan "kita tidak tahu" buat sementara. Jangan main nak jawab jer bila orang tanya. Kita akan dipersoalkan dengan apa yang kita fatwakan atau apa yang kita hukumkan kelak. Sifat ni memang susah. Maklumlah, malu nak kata "tak tahu" ni. Ustaz lah katakan. Nak kata tak tahu, orang kampung kata apa pulak ustaz ni, belajar lama-lama kat Mesir, soalan ciput macam gini pun tak boleh nak jawab. Itu biarlah, orang nak kata. yang penting kita menjaga amanah ilmu. Amanah yang akan dipersoalkan di hadapan Allah SWT kelak.

Kemudian, kalau dah kita jawab "tak tahu" takkan lah kita nak berdiam diri sahaja kan. Cari la jawapannya lepas tu. Buat study sikit. Tanya orang lain ker. Bukak kitab ker. Apa sahajalah. Agar kita naik ke satu peringkat peringkat yang dinamakan "tahu". Tak rugi kan macam tu.

Oklah, untuk jawapan kepada persoalan tadi, di sini saya bawakan sedikit pandangan Ust Zaharuddin Abdul Rahman dengan sedikit kajian yang di bawanya :

Hukum ASB adalah haram dan perlu dikeluarkan simpanan yang berada di ASB atas sebab-sebab berikut :

A) Pelaburan ASB ke tempat-tempat yang tidak syarie melebehi 30% seperti :-

1) 37.30 % ke Maybank ( perbankan Ribawi yang haram)
2) 1.11 % ke Commerce asset holdings berhad ( Syarikat konvensional)
3) 1.07 % ke British American Tobacco berhad (Syarikat rokok yang memudaratkan)
4) 0.89 % ke Malaysian National Reinsurance Berhad ( Insuran konvensional)

B) Di dalam Islam (pandangan mazhab syafie), aqad pelaburan (mudharabah) tidak membenarkan jaminan oleh pihak penerima modal di atas segala kerugian yang ditanggung. Akan tetapi ASB telah mendapat jaminan oleh pihak Kerajaan(PNB). Jadi sudah berlaku kesilapan dari segi aqad yang dibina. Ia telah difatwakan oleh Majma' Fiqh Islami atau OIC Islamic Fiqh Academy dalam konvensyen ke 9 bahawa jaminan modal hanya dibenarkan jika ia datang dari pihak ketiga dan dengan syarat ia tidak dimasukkan di dalam kontrak mudarabah.

C) Banyak lagi institusi kewangan lain yang menawarkan khidmad pelaburan yang halal.
Walaupun demikian, ada beberapa pandangan yang menyatakan ASB halal untuk disertai seperti pandangan Majlis Fatwa Negeri Perak, Negeri Sarawak dan beberapa pandangan lain yang melihat bahawa pelaburan ASB ke tempat HARAM hanya sekitar 30%. Oleh itu dibolehkan dengan sebab pelaburan ke tempat yang HALAL melebehi peleburan ke tempat yang HARAM.

Begitulah serba sedikit maklumat yang saya perolehi hasil sedikit pembacaan dan perbincangan yang dibuat. Di sana sebenarnya ada banyak lagi pusat-pusat pelaburan yang menjanjikan pulangan modal yang besar dan nyata halal berbanding ASB. Anda boleh rujuk ASNITAR, HPA Holdings (syarikat perubatan Islam) dan lain-lain badan yang membuka ruang untuk pelaburan.

Dan pelaburan yang paling untung sebenarnya ialah apabila anda sendiri yang melaburkan wang anda untuk perniagaan anda sendiri. Sekian untuk renungan.

Wallahu'aalam..

Rujukan :

[+/-] Selengkapnya...

Friday, November 17, 2006

Apabila Notebook & Internet sudah berada di depan mata...

Bismillah...

Sudah lama menantikan saat ini. Duduk di hadapan sebuah Note Book dengan big perfomance dilengkapi dengan kemudahan internet. Bagi yang tidak memikirkannya mungkin akan rasa biasa. Tetapi bagi saya, rasa syukur yang tidak terhingga dengan kurnian 2 nikmat yang amat berharga ini.

Apa tidaknya. Pertama, kerja-kerja saya mudah untuk saya selesaikan. Kerja-kerja yang memerlukan kapasiti memory (ram) yang tinggi (sekarang 1G) dan processors yang lebih laju (sekarang Centrino Duo 1.66) amat memuaskan hati. Tiada lagi sangkut-sangkut, tiada lagi istilah hank dan semuanya berjalan lancar. Uled Video Editor 10 dan Adobe Photoshop cs ME dirasakan seperti membuka microsoft word 2003 sahaja ('ala sabil at-tarfi wal mujamalah) heeheehe...

Keduanya, tiada lagi masalah meminjam pc orang lain. Sebelum ni sampai present kat alex pun terpaksa meminjam Lap top orang lain (nasib baik ahli bait, tapi segan la jugak kan) Saya ni jenis suka bawak lap top pegi sana sini. So, sekarang ni tak perlu meminjam lagi. Kalau bahasa kasarnya inilah isteri pertama saya. Ke sana dan ke mari bertemankannya, hehhe...

Ketiganya, perhubugan, maklumat dan segala yang berkaitan dengan kerja-kerja saya semakin mudah diakses dari bilik saya sendiri tanpa perlu lagi ke cc (ada bau rokok, bising, mahal dll) dan ke rumah johor. Itulah namanya information technology. Kalau sekarang ni, maklumat boleh disampaikan dengan pantas dan boleh dicari dengan hanya menekan beberapa kekunci berkaitan.

Jiran-jiran di Zahrak jemputlah datang ke rumah dan tak perlu ke cc lagi. Khidmat percuma untuk anda. Kami menyediakan perkhidmatan 4 Pc serentak. Tiada sesak-sesak dan sesak nafas lagi. Jangan malu-malu.

Sebenarnya, kesemuanya ini telah saya rasai beberapa bulan lalu. Namun telah diuji oleh Allah Taala dengan ditarik sementara waktu untuk memberikan saya merasai kepentingan 2 nikmat ini. Sekarang saya telah merasai semamangnya nimat ini harus disyukuri dan digunakan dengan sebaik mungkin bukan disalah gunakan.

Keempatnya, mudah untuk edit my site : http://www.afais.blogspot.com/. Sebab idea ni kekadang datang dan kekadang pergi. Time ada idea nak menulis tak de tempat. Time dah ada tempat idea pula dah lari dari kepala. Kalau ada pc dan internet kat rumah ni, bangun-bangun tidur terus sahaja onkan pc dan buat apa yang patut. Apabila idea datang terus sahaja menulis dan uploadkan ke alam internet. Jadi tidaklah rasa kerugian idea.

Bagi sesetengah tempat saya melihat (pandangan peribadi) teknologi ini telah disalah ertikan. Saya tidak menafikan bahawa teknologi ini ada membawa sedikit kerosakan budaya dan memang ada negatifnya. Namun Medan ini amat banyak manfaatnya berbanding dharar yang dibawanya. Selagi kita memandang negatif teknologi ini, selagi itulah kita tidak mampu menggunakan teknologi ini sehingga ke tahap maksimum. Ahli dilarang dari mempunyai ishtirak manzili. Bagi saya itu amat menekan dan bukan jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Kita perlu positif. Kejutan budaya pasti ada, tetapi yang paling penting cara bagaimana kita mengatasinya bukan dengan menyekat kemudahan yang ada sehingga kita dilabel syadid tak bertempat.

Cabaran semasa memerlukan kita terlibat secara aktif dalam teknologi ini. Bukan setakat dengan menyebar maklumat melalui blog, YM, GT, email dan lain-lain alat sebaran. Kita perlu lebih dari itu. Di sana ada forum-forum songsang yang membawa salah faham masyarakat. Di sana ada web-web yang memburuk-burukkan Islam. Di sana ada pelbagai lagi ragam yang merosakkan pemikiran berbilion-bilion pegguna internet di seluruh dunia yang kita perlu memainkan peranan untuk membersihkannya. Kalau tidak dapat semua jangan terus dibuang segala-galanya. Ma la yudraku kulluhu la yutraku kulluhu.

Semuanya kalau kita tidak tidur bersama teknologi ini manakan dapat mengetahui kerosakan yang dibawanya. Kalau nak harap menggunakan internet hanya di cc saya jamin yang pergi ke cc hanya untuk urusan peribadi. Buka emial, hantar email, buka berita, buka web dan lain-lain. Di samping sedikit-sedikit menambah pembacaan yang terhad berbanding jika teknologi ini ada dihadapan mata seperti di rumah gamaknya.

Ayuh kita bergerak bina positif thinking dan buang yang negatif jauh-jauh. Dunia internet menanti kehadiran anda untuk membawanya ke medan cahaya kebenaran jelmaan Islam.

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Monday, November 13, 2006

Muhasabah...

Bismillah..

Sudah lama tidak mengedit blog. Semuanya gara-gara itu dan ini yang membuatkan diri rasa malas dan tiada idea untuk menulis. Di sini sekadar hanya mahu memuhasabah diri :

Berapa kali tidak Solat berjamaah minggu ini??
Istighfar 1000 kali adakah dilaksana??
Selawat 1000 kali sudah dilupa??
Tahlil 1000 kali bila nak mula??
Puasa 6 dah setel ke belum??
Baca al-Quran sejuzuk sehari mampu ker selepas ramadhan ini??
Membaca buku setiap hari adakah dijadikan kewajipan....??!!!


MUHASABAHLAH...

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, October 17, 2006

Sudahkah kita menangis Ramadhan ini..

Bismillah...

Sudah lama tidak menulis artikel dan sebenarnya saya sengaja tidak mahu menulis agar luahan hati saya dalam artikel yang lalu dibaca ramai orang terutama kawan-kawan di sini. Ye lah, artikel kalau sudah berada di bawah biasanya kurang mendapat sambutan berbanding yang berada di atas. Moga luahan itu ada yang mendengranya dan ada sedikit perubahan positif yang berlaku hendaknya.

Sudahkah kita menangis Ramadhan ini. ini tajuk artikel saya kali ini. Saya terpanggil untuk menulis mengenai artikel ini untuk saya tujukan sebenarnya buat diri saya sendiri. Tahun lepas saya ada mendengar tazkirah yang disampaikan oleh siapa dan di mana yang telah saya lupai. Mungkin tazkirah di rumah johor agaknya. Tazkirah itu disampaikan diakhir-akhir Ramadhan. Si Pentazkirah (Moga Allah memberkati usaha beliau) bertanyakan adakah kita semua sudah menangis Ramadhan ini??!

Saya begitu sedih dengan soalan itu pada waktu itu. Apa tidaknya, ia satu soalan yang baik, akan tetapi agak terlewat ditanyakan, di akhir Ramadhan. Bagi saya yang ketika itu tidak mengerti sebelumnya kenapa kita perlu menangis amat kecewa kerana tidak sempat untuk menangis di bulan Ramadhan tahun lalu!!!

Tahun ini saya tanyakan sekali lagi pada diri sendiri, sudah anda menangis Ramadhan tahun ini??! Soalan ini saya ajukan agar saya tidak rasa kecewa setelah berlalunya Ramadhan tahun ini sepertimana saya sedih dan kecewa kerana tak mampu menangis dalam Ramadhan tahun lalu.
Sedikit persoalan. Kenapa kita perlu menangis?? Menangis kerana apa? Untuk siapa? Bagaimana dan banyak lagi persoalan yang berlegar di kepala mereka yang tidak pernah menangis dan cuba untuk menangis. Kita perlu menangis kerana menangis itu antara khususiat atau keistimewaan orang yang beriman. Sifat orang yang beriman itu dia selalu menangis dan meratap di hadapan Allah SWT dan amat sedikit sekali ketawa.

Orang yang tidak mampu menangis itu tanda Qalbul Qasi atau keras hati. Sewaktu saya berada di Tanah Suci tahun lalu, saya ada mendengar syarahan yang disampaikan oleh Syeikh Nuruddin yang ketika itu turut berada di sana menunaikan ibadah haji. Beliau menyatakan, belajar-belajarlah untuk menangis. Menangis tanda hati kita lembut. Menangis tanda pengharapan dan taubat kita padaNya. Jika kita tidak mampu menangis pada awalnya, pura-puralah menangis kerana itu muqaddimah untuk kita benar-benar menangis. Jika kita tidak mampu juga untuk pura-pura menangis, menangislah kerana kita tidak mampu menangis.

Alangkah indahnya jika mampu menangis sepanjang malam-malam ramadhan tahun ini di hadapan Allah Taala mengharap keampunan dan rahmat serta pelepasan dari api neraka Allah SWT. Alangkah indahnya jika ketika orang lain nyenyak tidur, sibuk meladeni hal-hal dunia dan hiburan, sibuk dengan kuih raya, sibuk dengan sanak saudara, tetapi kita sibuk untuk menangisi kelemah jiwa dan iman lantaran jauhnya hubungan kita dengan Yang Maha Esa.

Menangislah selagi Dia masih beri masa dan nyawa serta uadara yang cukup untuk kita hidup di dunia sementara ini. Jangan kita banyak ketawa di dunia walhal kita akan menangis tanpa henti di akhirat sana. Saya menyeru diri saya sendiri!!!

Saya bertanya lagi pada jiwa saya adakah anda telah banyak menangis Ramadhan tahun ini??!

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Monday, October 09, 2006

Patah Tumbuh Adakah Berganti??! - Mesti Baca!!!

Bismillah...

Tahun ini kita dikejutkan dengan kepulangan besar-besaran tenaga penggerak BKPJM ke tanah air. Bermula dengan Ust Kahar, Ust Yohanas dan keluarga, kemudian Ust Khalid sekeluarga. Juga Ust Amli, Ustzh Halilah Mukibah dan lain-lain penggerak yang terlalu ramai jika ingin dihitung dengan jari. Bakal menyusul Ust Azman (Wak Reng), Ust Hafiz Mansor, Ust Faizul Hakim Ahmad sekeluarga dan ramai lagi yang bakal pulang.

Persoalannya, bersediakah kita menghadapi masa depan tanpa mereka semua. Saya secara peribadi menyatakan tidak bersedia dan rasa tak senang duduk kehilangan ramai tenaga pakar dan tempat merujuk.

Saya kemukakan beberapa contoh :

1) Masalah Hisbah dan bait Muslim. Hanya tinggal 3 orang Pak Dam berkerakyatan Johor yang masih boleh digunakan untuk kepentingan BKPJM di Kaherah. Ia amat kurang. Bukan sedikit tugas Pak Dam. Jadi juru runding, jadi pemudah cara perkara-perkara yang melibatkan safar dan ke mator, Jadi penggerak hisbah seperti kes-kes couple melampau dan dating dan banyak lagi kawan-kawan!!

2) Masalah tukang masak berkarisma dan rajin. Ust Yus dan Ust Kahar dah balik. Wak Reng dan Ust Halimi juga bakal pulang tak lama lagi. Siapa bakal pengganti khidmat bertahun-tahun mereka yang mana mampu memasak untuk 300 orang hanya dengan 2 kerat tangan mereka (solo). Bab budget2 memasak, bab nasik tak masak last-last minute, bakat-bakat itu adakah sudah diwarisi??

3) Pengisi slot, pengerusi berkaliber, juru runding protokol dan Penceramah . Nama-nama seperti Ust Yohanas, Ust Amli, Ust Khalid dan lain-lain biasa mengisi tempat-tempat di atas. Pening kepala nak cari pengisi slot. Orang luar mintak kita tak nampak sapa nak isi. Terpaksa ambil orang luarlah nampaknya. Dah tak ada orang johor agaknya. Asyik muka ust Hafiz dan ust Syafiq sahaja bosan juga kan. Mana yang lain??!

Banyak lagi sebenarnya kehilangan yang dirasai jika digali dan digali. Yang tinggal sekarang ni yang muda-muda. Almaklumlah darah muda ni mana nak sama darah orang tua. Darah muda panas-panas sikit. Darah orang tua ni cool sikit jika hadapi tekanan. Orang muda melenting dan cepat giveup jika gagal dalam sesuatu perkara. Orang tua steady jer tak mudah putus asa. Heeeyy, tak boleh nak lawan karisma orang-orang tua ni. Jauh tinggalkan kita

Saya pernah bertanya kepada YB Salahuddin Ayob berkaitan krisis yang sedang kita hadapi dan krisis kematangan. Beliau menyatakan kita perlu bertenang berhadapan dengan situasi tersebut. Proses kematangan memang mengambil masa yang lama. Walaupun demikian ianya boleh dipercepat dan dimaksimumkan. Soalnya, bersediakah yang ada dan yang masih berada di sini meletakkan diri mereka sebagai pengganti kekosongan tersebut walau pengalaman tidak seluas mana. Berdikari dan sifat ingin mencuba dilihat sebagai faktor yang mampu mempercepat proses tersebut.

Apa yang saya risaukan ialah, semua orang pakat-pakat lari dari BKPJM takut nak jadi pengganti. Nak hidup sendiri-sendiri atau hidup dalam kelompok-kelompok kecil mereka sahaja. Banyak alasan yang diberi jika diminta berkhidmat dalam suatu organisasi. Maknanya, diri masih belum bersedia menjadi pengganti. Kalau beginilah yang ada pada hari ini, alamatnya yang akan jadi ialah patah tumbuh hilang tak berganti. Yang pergi akan terus pergi. Yang ada hidup sendiri-sendiri. Nak kuat sendiri-sendiri. Nak senang sendiri-sendiri. Time susah baru nak jumpa time senang wah bukan main, macam tak wujud sahaja. Sedarlah diri, kita hidup kat sini bermasyarakat. Kalau hidup kat dalam masyarakat kecil ni pun dah tak tentu hala, tak usah nak kata hidup dalam masyarakat kat Malaysia lah. Lebih mencabar, lebih berbeza, lebih tenaga, lebih masa, lebih idea dan banyak lagi yang lebih dari di sini.

Kat sini kita semua sama, pelajar agama, nagji Quran pun yang sama, Syeikh Azhar pun sama, kuliah pun semua lebih kurang aja, tapi pelik tak boleh nak hidup sama-sama. Apa masalahnya??! Kalau kita semua jalankan tanggung jawab kita selaku anggota masayarakat di sini tentu semuanya boleh berjalan lancar. Tak terpundak di bahu orang-orang tertentu sahaja. Kerja jadi ringan. Masa pun jimat. Kan cantik kalau macam tu. Contoh macam gotong-royong ‘islah ringan-ringan’ baru ni. Alhamdulillah, saya puji mereka yang terlibat. Mereka bukan pakar betulkan tandas. Bukan pakar elektrik. Bukan juga pakar pasang pintu dan laci. Tapi mereka ada kesedaran. Mahu belajar dan mencuba. Kan siap juga akhirnya. Nak harap Tok penghulu Desa (YDP) dan konco-konconya sahaja nak jalan semua, alamat lingkuplah Tok Penghulu dan kampong-kampongnya sekali.

Kat sini ada beberapa kesimpulan yang anda perlu tahu :

1) Orang sekarang ni belajur laju-laju (pekembangan terbaru yang saya lihat semenjak beberapa tahun ini) Cepat jer. 4 tahun abis kemudian balik. Lama sikit pun 5 atau 6 tahun. Yang Muadalah pulak setahun jer pastu terus balik Yang datang cemerlang-cemerlang dalam pelajaran. Mumtaz dan jaid jiddan STAM melambak. Datang pun usia muda-muda tak macam dahulu. Apabila macam ni, masa pun jadi singkat untuk timba pengalaman. Orang dahulu biasanya belajar agak lama. So dapat banyak rasa pengalaman yang kita tak rasa. Oleh itu kita perlu cari cara bagaimana nak maksimumkan kematangan dan pengalaman dalam masa yang singkat begini.

2) Orang sekarang time cuti ramai yang balik Malaysia. Tambah masa belajar singkat, selalu pula balik so pengalaman tu tak penuh mana. Balik Malaysia pulak tu tak buat apa. Lagilah berkurang nilai tambahnya. Orang dulu jarang balik Malaysia. Nak balik berkira sungguh. Duit tak ada. Keluarga susah. So masa banyak habis di sini. Hidup berdikari bina jatidiri.

3) Orang sekarang ni hidup senang. Banyak bantuan. Keluarga zaman sekarang ni pun dah senang-senang. Nak beli apa semua dapat. Laptop, computer, MP4, MP3 berkapasiti tinggi, internet mana-mana ada. Tapi kemudahan yang ada tak diguana sebaiknya. Orang dulu walaupun susah boleh mahir macam-macam. Buat buku. Buat laman web. Buat macam-macamlah. Jadi mereka lebih bersungguh dalam suasana yang susah. Kita ni zaman senang hidup malas dalam budaya senang. Telefon sorang satu. Maklumat di hujung jari. Alangkah bagusnya kalau sikap rajin orang dulu kita warisi dalam zaman senang ni kan.!!

Artikel ni pun dah panjang berjela. Nak sampaikan sebenarnya satu jer. Orang lama-lama dah ramai yang balik. Kita tak boleh nak manja-manja nak harap orang lama. Kita sendiri perlu berusaha jadi seperti mereka. Sampai bila nak bergantung harap pada mereka. Yang baru akan jadi lama juga. Namun adakah standing yang lama yang telah meninggalkan kita.

P/s : Hidup kita hari ini seharusnya lebih elok dan sempuran dari hari semalam. Jika serupa sahaja maka kita akan jadi orang rugi yang hampir muflis gayanya. Jika lebih buruk, maka kita bukan sahaja rugi dan muflis, malah kita boleh hancur binasa kerana sifat orang binasa itu semakin hari bertambahlah kekurangannya.

Ayuh bangkit jadi ummah yang gemilang, terbilang dan dirahmati Tuhan.

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, October 03, 2006

Selamat datang ke Bumi Anbiak..

Bismillah...

4 tahun lalu (24/10/2002), ketika kali pertama saya menjejakkan kaki ke bumi mesir, saya merasakan saya amat asing di bumi bertuah ini. Saya mencari2 stand yang kukuh untuk saya berdiri. Walaupun ketika itu abang saya berada di sini dan sedikit memudahkan saya bergerak pasca hari-hari pertama berada di bumi mesir, saya berasa kurang selesa apabila pergerakan saya sentiasa diperhati dan dibayangi kelibat abang sendiri.

Kini apabila saya kenang kembali memori lalu dan mengkoreksi diri adakah saya telah temui stand yang kukuh itu, saya dapati saya baru bermula untuk 'melihatnya' dan masih lagi tercari-cari hakikat stand idaman itu walaupun sudah 4 tahun saya di bumi bertuah ini. Stand itu sampai bila pun tidak akan terpenuh oleh kemahuan saya. Stand itu sehingga kiamatpun belum tentu mampu saya gagahi kesemuanya. Stand itu amat payah dan sukar untuk orang malas dan dhaif seperti saya mencapainya kerana stand itu perlukan masa, tenaga, kemahuan dan kesungguhan yang luar biasa.

Hari ini kehadiran mahasiswa/wi baru membangkitkan kembali memori lalu. Saya mengharapkan kehadiran mereka semua ke sini akan menyuntik semangat baru buat saya. Saya mahukan semangat lama itu agar datang kembali memugar jiwa yang kian mandom ini. Perjalanan untuk mencari stand itu masih panjang. Biarlah, jika saya tak mampu menggarap stand impian itu sendirian, saya mengharapkan teman-teman akan membantu dan bersama-sama mendokong matlamat ini.

Saya mengharapkan agar adik-adik dan sahabat-sahabat yang baru tiba agar tidak mudah terpesona dengan keseronokan di bumi bertuah ini. Saya mahu berkata demikian kerana saya sudah merasai dan melihatnya sendiri. Di sini kita mudah hilang tumpuan. Di sini kita mudah hilang semangat. Di sini kita mudah jatuh dan kebuntuan. Oleh itu pasakkan impian yang tinggi menggunung agar diri sentiasa punya matlamat dan pegangan. Gandakan usaha dan tenaga setiap masa agar matlamat dan stand yang kita cari tidak keciciran. Berhati-hati dalam setiap tindakan agar kita tidak terjatuh dalam jurang yang juah dan dalam yang membuatkan sasaran kita jadi buntu dan nilai tambah diri kita jadi berkurangan.

Saya ambil kesempatan ini mengucapkan selamat datang kepada semua mahasiswa/wi baru dan salam ramadhan al-mubarak buat antum semua. Mari sama-sama kita bina stand yang kukuh itu kerana saya tahu matlamat kita adalah sama. Stand yang kita cari juga tiada bezanya. Stand itu ialah 'stand mujaddid ulung al-Imam as-Syafie'. Stand itulah yang akan membuatkan kita berdiri kukuh meghadapi hidup era globalisasi. Zaman serba dhaif dan dan kekurangan ilmuan setanding al-Imam. Mantap segala segi ilmu dan bidang kehidupan.

Salam Mujajddid ulung dan salam Ramadhan al-Mubarak.

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, September 26, 2006

Budu vs Tempe

Bismillah...

Apa pulak cerita tempe dengan budu time2 puasa ni. Sebenarnya artikel ini sudah ada dalam medula oblongata saya sewaktu musim exam lagi. Tetapi setelah ramadhan ni la baru teringat nak menulisnya di sini. Maaf sekiranya kisah ini membuatkan sahabat2 rasa kecur nak makan budu atau tempe tengah-tengan bulan puasa ni.

Tempe dan budu merupakan makan berkhasiat dan berprotien tinggi. Terkenal di dua buah negeri berlainan cita rasa. Budu dari kelantan dan tempe dari johor. Sebut sahaja budu di kelantan pastinya membuatkan hidangan jadi istimewa. Walaupun dahulu saya pernah menetap setahun di kelantan pada tahun 2000, tetapi keenakan rasa budu amat berbeza berbanding dahulu apabila saya merasakannya semula di mesir. Tempe pula kalau dahulu susah nak jumpa di mesir ni, tapi tahun ini mudah sahaja kerana pengusaha tempe kawan rapat saya, order jer kalau nak. Kawan-kawan boleh dapatkan tempe special tersebut di rumah tanjung puteri kedai dibuka 24 jam.

Persoalan yang ingin saya timbulakan ialah pertama, benarkah desas desus yang menyatakan bahawa tempe dan budu membuatkan peminatnya menjadi lebih cerdik dan pandai. Kedua, jika benar ia menjadikan peminatnya cerdik dan pandai apa buktinya dan apa bukti yang menyokong teori tersebut. Dan yang lebih membuat saya terlopong ialah antara budu dan tempe mana satu yang lebih berkhasiat? Mana satu yang lebih bijak? Peminat tempe atau peminat budu??!!!

Anda ada jawapannya? Bagi saya, bukan budu dan tempe sahaja makanan yang berkhasiat dan menyumbang kepada kecerdasan akal dan pembangunan mental. Kedua-duanya merupakan penyumbang protien dan memang diketahui bahawa protien menggalakkan pertumbuhan sel otak. Perkara yang seharusnya diketahui bahawa di sana banyak lagi makanan lain yang berkhasiat yang membantu pekembangan otak seperti madu, kismis, kekacang dan lain-lain lagi. Namun demikian makanan-makanan tersebut tidaklah seistimewa budu mahupun tempe. Kenapa yer.

Budu dan tempe sebenarnya telah membudaya di kedua-dua buah negeri tersebut. Jadi seperti satu kemestian dan kebiasaan. Macam nasi la kan, orang malaysia tak sah kalau sehari tak makan nasi. Begitu juga orang di negara arab ni, tak sah makan jika tidak makan roti dalam sehari. Tapi ada juga sesetengah kawan-kawan kita yang tak sah makan jika tidak menjamah roti selepas makan nasi. Haa, saya dah jumpa orang macam ni. Makanan apabila telah membudaya, maka ia akan selalu dimakan dan harganya juga akan murah dan berpatutan. Berbanding makanan lain seperti 'kacang pandai' dan madu yang juga baik untuk otak, namun kedua-duanya tidak membudaya dan harganya juga mahal di pasaran.

Saya tidak mahu menjawab persoalan, manakah antara tempe dan budu yang lebih berkhasiat dan lebih memberikan kesan positif kepada otak. Itu kurang penting bagi saya. Yang pentinga adalah kita mengetahui apa sahaja yang kita makan. Bukan main makan sahaja. Macam lembu dan lain lain haiwan, mereka (kalau sesuai dipanggil mereka) juga tahu apa makanan yang elok untuk mereka dan tidak makan makanan yang memudaratkan. Bezanya mereka tidak membezakan antara yang halal dan yang haram. Seseorang perlu tahu baik dan buruk sesuatu makanan kerana dari makananlah akan mencorakkan peribadi seseorang. Perlu diketahui bahawa Rasulullah SAW amat menjaga pemakanan baginda.

Baginda akan berhenti makan sebelum merasa kenyang. Baginda amat suka makan labu. Baginda juga suka makan kaki kambing. Baginda membiasakan makan kurma ajwa setiap pagi. Madu juga menjadi rutin pemakanan baginda. Baginda akan duduk dalam keadaan kaki kanan baginda menekan bahagian perut yang mana jika dikaji kedudukan tersebut menghalang dari berlakunya penyakit epndiks. Baginda makan apa yang ada di hadapan baginda dan akan mendahulukan keperluan orang lain walaupun makanan yang ada hanyalah sedikit. Lihat, Baginda bukan sahaja mementingkan khasiat makanan, tetapi Baginda juga amat mementingkan adab dan etika dalam pemakanan. Cantik bukan kaedah pemakanan Rasululah SAW.

Berbalik kepada tajuk kita budu dan tempe. Walaupun di zaman Rasulullah tiada apa yang dinamakan budu dan tempe, namun ianya tetap bertepatan dengan maqasid yang ingin disampaikan Baginda iaitu makanan yang berkhasiat dan halal. Selagi mana budu dan tempe dihasilakn dari bahan-bahan yang halal dan berkhasiat, maka ia bertepatan dengan saranan Baginda tersebut.

Bagi peminat budu dan tempe saya nasihatkan anda tidak taassub dengan budaya pemakanan anda. Bukankah lebih baik jika kita 'mentaufikkan' antara keduanya. Bagaimana? Kita makan tempe gorengan cecah budu. Kan cantik tu. Ia akan menghasilkan suatu momentum khasiat yang luar biasa dan bertenaga. Tiada timbul lagi persoalan yang mana antara keduanya lebih baik, lebih berkhasiat dan sebagainya.

Alangkah baiknya jika budu juga banyak dijual di negeri Johor. Akhmal, usahakan sebuah kilang memperoses budu di Johor. Kalau tak dapat, kita jadi pengimport budu terbesar di negeri johor. Kita budayakan makanan yang sihat-sihat di Johor!!!Kalau semua orang Johor makan makanan yang berkhasiat, baru mudah untuk menerima perubahan kerana mereka semua bijak dan pandai membuat pilihan yang baik dan yang buruk. Yang Islam atau yang pura-pura Islam. Akal yang cerdik lebih mudah menerima perubahan dan kebenaran.

P/s : Sedap ker tempe cecah budu? Belum cuba belum tahu...!!!

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, September 20, 2006

Ucapan sempena MAT BKPJM 2006

Assalamualaikum w.b.t

Kesyukuran dan segala pujian hanya untuk Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat dan salam buat Nabi Junjungan, Muhammad SAW. Juga buat ahli keluarga Baginda dan sekalian para sahabat R.A serta mereka yang mengikuti hidayah, petunjuk dan teladan mereka hingga ke hari kiamat.

Sahabat Pendokong BKPJM yang budiman,

Hari ini sekali lagi kita bertemu di dalam ruang masa dan ketika yang menjadi agenda tahunan persatuan yang kita sayangi iaitu Mesyuarat agung tahunan (MAT 2006). Mengimbas kembali beberapa ketika selepas kewafatan Rasulullah SAW. Umat Islam buat julung kalinya berkumpul di medan Sakifah Bani Sa’adah untuk membincangkan hal yang amat besar impaknya dalam sejarah umat Islam sepanjang zaman, pemilihan tampuk kepimpinan dan pembinaan khilafah Islamiyah.

Perkumpulan kita pada hari ini juga tiada bezanya, persis peristiwa Sakifah Bani Sa'adah yang sepakat ulamak megatakan ianya merupakan ijmak ummah kali pertama dalam lipatan sejarah Islam. Bezanaya hari ini tiada Abu Bakar As-Siddik, Tiada Umar Al-Khattob dan sekalian para sahabat yang merasai kepentingan membina tampuk pimpinan bagi menjana kesatuan dan kelancaran proses Islamisasi Global. Hari ini yang ada di hadapan sahabat-sahabat sekalian hanyalah barisan kepimpinan yang pincang ditelan arus 'akhir zaman' berdepan dengan masyarakat "ulamak in the making" dengan tekad untuk membawa sedikit perubahan.

Pimpinan hari ini bukanlah yang terbaik dan bukan juga mereka yang memulakan perjuangan. Pejuangan telah lama bermula dan mereka hanya menjadi mata rantai kepada perjuangan. Sejarah telah membuktikan, pembinaan Hadharah Islamiyah (hadharah insan) bukan hanya terpundak ke bahu-bahu pimpinan sahaja, malah ianya menuntut kepada kerjasama dua hala - pimimpin dan yang dipimpin. Justeru, perkumpulan kita pada hari ini seharusnya tidaklah disia-siakan, sebaliknya digunakan dengan sebaik-baiknya untuk mencapai matlamat 'Islamisasi Global'- Sesuai dengan kedatangan Rasulullah SAW sebagai rahmat untuk sekelian alam.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Masa yang ada pada hari ini perlu sama-sama kita gunakan untuk memajukan pergerakan kita. Muhasabah dan cadangan yang mebina amat-amat dialukan. Keterlibatan semua ahli dalam membina momentum pergerakan sangat diperlukan agar wujud di sana kesedaran untuk sama-sama memajukan persatuan. Semoga segalanya akan berjalan lancar dan mampu mewujudkan suasana yang harmoni serta mencapai matlamat yang diharap-harapkan. Semoga pimpinan yang bakal memikul amanah ‘kesatuan dan kebajikan’ akan datang mampu memberikan sumbangan yang terbaik dan mendapat sokongan padu dari semua ahli yang sayang dan cintakan kesatuan.

Sebelum mengundur diri, saya menyusun sepuluh jari mewakili seluruh barisan pimpinan BKPJM 2005/06 memohon kemaafan di atas segala kesalahan dan kesilapan sepanjang menjalankan amanah yang diberikan. Segala kepincangan berpunca dari diri kami sendiri manakala hasil yang gemilang datang dari sentuhan sahabat-sahabat seperjuangan biasan kerjasama dan pimpinan yang Maha Esa.

Salam 'Sakifah Bani Sa'adah' dan selamat bersidang.

Sekian, terima kasih.

Mohamad Fairuz B Tamjis

[+/-] Selengkapnya...

Monday, September 18, 2006

Terima kasih Maahad Zamalek...

Bismillah...

Tarik nafas.."emeeeeeeeefffff"
Lepas.. "Haaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh"
Tarik lagi... Lepas..."Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh"

Lega rasa hati selepas keluar dari gua az-zahraa' selama beberapa ketika ini. Dan dalam waktu itu jugalah cahaya mentari tak puas aku nikmati sinaran rembulan tak menyinggah di pipi. Lantaran exam yang sifatnya 'mutatabik wa mutatowil' panjang dan berderet-deret.

Alaa kulli hall..Sekarang ni dah lega sikit dan yang mampu dibuat hanyalah bertawakkal dan doa berterusan serta mengharap doa dari kawan-kawan dan insan-insan yang mahu mendoakan..Usaha dah usaha, hasilnya terpulang Dia nak beri apa. Kalau Dia beri Najah kita bersyukur dan kalau diberi sebaliknya juga harus diterima dengan hati terbuka. pinjam kata sahabat saya : "Usaha belum maksima agaknya"

Keluar dari madrasah Zamalik tahun ini banyak pengajaran yang diterima. Hanya perlukan masa untuk dicerna agar menjadi pegangan dan intipati bagi membangkitkan diri untuk terus maju. Zamalik mengajar aku apa itu Islam. emm..macam baru masuk Islam gamaknya. Bukan apa. Kesedaran yang diberi hasil susunan madah-madah yang menjadi mqarrar di zamalik membantu aku mengerti Asal usul Islam, perkembangan, keruntuhan, peninggalan, kekuatan, kelemahan, isu semasa dunia Islam dan macam-macam lagi. Not bad la orang jawa kata.

Nway, tak leh lawan al-Azhar la kan. Cuma saya tetap berterima kasih dan puas dapat masuk zamalik. Kawan-kawan yang nak masuk zamalik boleh jumpa saya untuk mengetahui 1001 dalil kenapa anda perlu masuk zamalik. hehhe...

Ye lah..Nak dibandingkan Zamalik dengan al-Azhar ni apalah sangat kan. az-Azhar memang sudah terbukti mantap dan berkualiti. Keluarannya (M.A & PhD) memang kalau saya jumpa saya akan tunduk dan tabik spring 2 atau 3 kali. Sebab hanya insan terpilih jer boleh lepas dari cubaan al-Azhar ni. Namun al-azhar tetap al-Azhar. Banyak kelebihan namun ada juga kekurangannya. Zamalik pula tak setaraf al-Azhar. Walaupun Zamalik berada di bawah kementerian pengajian Tinggi Mesir, namun fasilitisnya belum setaraf universiti lain yang lebih senior darinya seperti Cairo dan Ain Syams.

Tenaga pengajarnya diimport dari pakar-pakar Al-Azhar dan Cairo university. Yang ada di zamalik hanyalah pengarahnya sahaja. Yang lain semua import. Tu laa..kira zamalik ni ada dua cetak utama dia iaitu az-Azhar dan Cairo. So bertuah la dapat dua-dua sekali apabila belajar kat zamalik. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, apa yang saya tahu zamalik ditubuhkan atas matlamat untuk melahirkan profesional Mesir yang mahu asas-asas Islam menjadi pengukuh dalam diri mereka. Zamalik ni majoritinya yang masuk orang-orang tua yang dah bekerja. ada yang mohandes, muhami, mukhatib, tajir dan macam-macam lagi profesyen. Sebab tu kuliahnya pun malam dan exam ada pilihan dalam bulan 6 atau bulan 8.

Madah-madah yang diajar nampak mula-mula macam mengarut-ngarut jer. Tapi setelah diselidiki, takhassus di zamalik ni ada Empat. Syariah, Lughah arabiah, ilmu ijtimai dan iqtisod ammah. So dalam tamhidi ni semua kene belajar sebelum masuk ke dalam takhassusi. Best jugak apabila belajar madah2 luar ni. Antara yang baru di sini bagi saya lepasan ijazah syariah islamiyah ialah :

Tarikh al-Quran
Mabadi' al-Ammah Fil Qanun [Usul Qawaid]
Tarikh Alam Islami [Hadoroh Islamiyah]
Falsafah Islamiyah
Geografi Alam Islami
Akhwal syaksiah [Qanun Mirast]
Muqaranah Adyan
Musykilat Siyasiah al-Muasirah
Nuzum al-Maal fil Islam
al-Funun Wal Imarah al-Islamiyah [Asar Islamiyah]

So, bagi sapa-sapa yang nak tahu lebih lanjut pasal Zamalik, boleh lah tanya saya atau kawan-kawan saya yang lain di zamalik seperti ust farhan selangor, Ust fauzi dan ust aidil azwal kedah, ust burhan dan ust Taha juga dari selangor dan ramai lagi. Tapi apabila anda bertanya mana yang elok antara zamalik dan al-azhar tentu kami katakan al-Azhar. Tapi Zamalik juga Not bad kata orang jawa.

Satu saya nak kongsi bersama. Dahulu sebelum masuk sekolah menengah kita dah bercita-cita nak ke asrama penuh atau sokolah-sekolah idaman kita. Selepas masuk ke tingkatan 4 atau tingkatan 5 kita juga sudah ada impian untuk sambung ke universiti idaman kita. Lalu kita berusaha untuk dapat yang terbaik untuk matlamat itu. Tetapi kurang sekali yang berfikir untuk sambung master setelah masuk ke tahun 3 atau 4 di al-Azhar. Kenapa yer???

Fikir-fikirkan bersama. Sebelum habis satu peringkat kita harus ada beberapa perancangan agar apabila tamat sahaja peringkat terebut kita sudah ada matlamat yang jelas dan punya satu pegangan yang kukuh. Namun saya tak nafikan banyak masalah untuk sambung master. Nak kahwin dulu, nak keje dulu dan nak macam-macam lagi. Ala kulli halnya, mesti tanamkan niat untuk sampai ke peringkat tertinggi dalam pelajaran bukan pasal nak kejar sijil atau sebagainya. Tetapi itulah kehendak masyarakat dan seolah-olah satu tuntutan di zaman ini para ugamawan perlu lebih tinggi dalam bidang pendidikan.

Satu contoh saya nak beri sebelum berlabuh seketika. Siapa yang masyarakat akan ikut jika ada dua pendapat yang berbeza antara dua insan berikut :

1] Seorang doktor PHD dari tempat orentalis dan bermazhab Islam liberal
2] Seorang ust dapat B.A hons dari al-Azhar

Membincangkan isu-isu Islam seperti undang-undang Islam, Mujtamak Islami dan macam-macam lagi.

Amacam...!!!!

Wallahu'aalam...

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, September 13, 2006

Saya sudah pulang..

Assalamualaikum...

Saya dah pulang mak...!!!
Hem..exam dah nak abis..
Semadah jer lagi..madah killer pulak tu ni..

banyak cerita yang nak dicoret..pengalaman memang mahal..tak leh nak jual beli..tapi hanya boleh dikongsi..nanti lah..sehari dua lagi saya akan ke udara.tenet kat rumah pun hampir pulih..so leh la ke udara semula..

Tak sabar nak naik cuti..sebulan cuti mak datok..lamanya..sian hairi n the gang..syukran jazilan lakum..Tuhan sahaja yang dapat balas jasa kome semua..

doakan yerk..sikit je lagi ni..

wassalam

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, August 12, 2006

Sketsa imtihan

masa berlabuh telah tiba
meniti tebing untuk bermula
hati resah tidak terkata
bekalan kurang semangat terlena

kini tidak seperti dahulu
ibu ada mendoakan selalu
sahabat akrab memugar kalbu
kini jiwa sebuku salju

kitab berlonggok minta disapa
madah usul memeningkan kepala
separuh madah masih tak terbaca
membelek sedikit banyaknya terlena

masa banyak dah boleh dikira
jika dihitung entah berapa aja
kalau beralasan tak cukup masa
ehhh...masih sempat duduk depan komputer!!!

duduk dibilik sambil termenung
selepas subuh nampak mendung
baca kitab pun hampir tersadung
dari malam tadi tak pejam langsung

diri mahu mengundur pergi
ke alam shahdu berteman melodi
kuputar seruan Saad al-ghamidi
sketsa imtihan bersambung nanti

meniti hari penuh debaran...!!!

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails