-->

Monday, May 26, 2008

Nasihah In Islam.

Bismillah..

I would like to write somethings about Nasihah. That is linked to one of the Forty Hadith by Imam Nawawi R.A. On the authority of Tamin Al-Dari, the Prophet Muhammad S.A.W said : "Religion is Nasihah." We siad: To whom? The Prophet Muhammad S.A.W said : "To Allah and His Book, and His Messenger, and to the leaders of the muslims and their common folk" [Hadith Soheh Muslim]

The Nasihah should be to Allah first. This includes the fulfillment of the obligations in the best way possible (Ihsan).

Nasihah to His Book mean, believing that the Quran is from Allah. That is the words of Allah and also it's not like the words of man.

Nasihah to His Massenger includes Believing that Muhammad S.A.W as the last prophet, believeing His messages and all what he brought as being divinely inspired and also loving him after Allah more than we love ourselves and our families.

Nasihah to the Muslim Leaders includes helping them in whatever is good or beneficial. Obeying them in what is right and reminding them if they should err or forget. Nasihah should be given to all leaders, no matter how high or what the ranking is.

Nasihah to the common folk of the Muslims is showing by loving every muslim, care for all muslim, help and protect the others. This nasihah includes to observe the rights of other muslim e.g : greeting them, visiting them when they are sick, making du'a for them, giving advice if they ask for it, praying solat janazah for one who dies, etc.

That all about the commentaries on this hadith.

I remember when my teacher Richard advising me how to improve this language. He wrote in my book : Read, write, speak and listen. My second teacher Tuk Din also teach me the same skills. One of that skills return to the what he said : Don't laugh before you say or ask something. Read, copy and keep writing if want to be excelent. Everytime when I start writing especially on this site, I read my old home works in sels College. It will give me a little bit power to write and communicate with other. Now, I dont have english friends to speak. But I am still syukur when my wife can join me to speak although a little bit.

Pengalaman Yang Bermutu Terhasil Dari Pengisian Masa Yang Berkualiti.

Banyak yang saya pelajari dan lalui sepanjang percutian kali ini (Saya masih menganggap kepulangan ini adalah cuti kerana saya mahu kembali lagi). Bermula dengan Pengalaman berpolitik, berumah tangga, berdakwah, berkerja, masuk TV, menulis buku dan pelbagai lagi pengalaman yang amat menarik untuk saya sematkan dalam memori. semuanya membuatkan saya lebih berimformasi dan berani untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku ini.

Mungkin anda juga pernah menghadapi apa yang saya lalui. Akan tetapi saya yakin ia mungkin sama dan pasti tidak serupa. Pengalaman ini akan terhasil apabila kita berusaha untuk terus belajar erti sebuah kehidupan dan memahami kenapa kita hidup dan diciptakan.

Semuanya bertitik tolak dari kesedaran kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah dalam segenap lapangan keidupan. Segala yang kita kerjakan seharian merupakan ibadah kepada Allah selagi ia tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala. Namun ramai kalangan kita yang tidak menyedari. Kerja hanya untuk cari duit, makan hanya untuk kenyang, ke sekolah hanya untuk lulus periksa dan pelbagai lagi kesilapan dalam perjalanan hidup kita yang menyebabkan hidup jadi kelam dan hilang keseronokan.

Bayangkan kalau makan kita kerana Allah untuk ibadah, kerja kita untuk cari nafqah untuk beribadah, ke sekolah untuk cari ilmu dan pengetahun untuk kegunaan agama, negara dan bangsa. Tentunya semuanya akan jadi seronok dan kesannya pasti hidup kita akan penuh barokah. Apabila konsep ibadah dalam hidup kita tidak jelas, pergantungan kita kepada Allah juga akan hilang. Sedangkan semua perkara datang dari Allah. Bayangkan sahaja Lembu, semut, kambing dan haiwan lainnya tidak pernah rasa kekurangan bekalan makanan. Tidak pernah kita lihat haiwan mogok lapar. Lembu dan kambing mogok kekurangan rumput. Semut mogok kekurangan gula. Tidak pernah sama sekali kita dengar. Itulah dia ketentuan Allah. Setiap yang diciptakan telah dijanjikan ajal dan rezekinya. Kita akan tenang jika kita hidup dalam landasan dan lingkungan persoalan : Kenapa Kita Diciptakan (untuk ibadah). Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung.

Cina Buat Hudud

Kebelakangn ini saya melihat Non-Muslim di Malaysia sudah boleh menerima Islam dan boleh mendekati Islam sebagai Agama. Saya tidak tahu apakah puncanya secara pasti. Namun itulah hakikatnya apabila mereka faham bahawa ISLAM itu adalah agama KEBAJIKAN. Bukan ISLAM agama KEGANASAN dan PENINDASAN. Sokongan bukan islam kepada manhaj Islam dilihat semakin kuat akhir-akhir ini. Ini adalah peluang kita untuk menyebarkan ajaran Islam kepada Non-Muslim. Tugas menjadi lebih mudah apabila mereka yang mencari kita. Akan tetapi persoalannya, bagaimana dengan kita? Bersediakah kita untuk membawa dan mengajarkan mereka perihal agama kita : ISLAM.

Satu kes benar berlaku di Simpang Renggam. Di sebuah taman yang majorotinya adalah orang cina. Kejadian curi-mencuri amat giat berjalan di taman berkenaan. Satu malam beberapa penduduk nekad untuk menangkap sang pencuri dan mahu memotong tangan pencuri itu kerana tidak tahan lagi dengan banyaknya kes kecurian.

Perkara yang diluar jangkaan akhirnya terjadi. Sang pencuri yang juga berketurunan cina berjaya ditangkap dan salah seorang pencuri itu telah dipotong tangannya. Seorang india yang ada di situ memberikan komen : Ini orang penjara ka lokap ka sudah tidak takut, kalau potong tangan dia takut.

Lihatlah apabila jenayah sudah bermaharaja lela, akhirnya orang akan nampak Islam itu sebagai penyelesaian. Mereka potong tangan sebab melihat potong tangan itu mampu menakutkan saki baki pencuri. Dan itulah dia Islam, matlamatnya bukan untuk potong tangan tapi mahu menakutkan manusia dengan ancaman mencuri akan dipotong tangan. Kalau cina india sudah percaya hudud dan islam adalah penyelesaian, PELIK kalau orang islam tak mahu lagi laksanakan undang-undang Islam secara total.

Mahu lihat bangasa dan negara hancur baru mahu laksanakan Islam?? Waktu itu sudah terlambat. Allah sudah gantikan kita dengan bangsa lain yang mahu kepada Islam.

Allah Taala Berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud;

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad menolak agama Islam), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.


Wallahu'aalam.

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails