-->

HijriDate

Tuesday, June 02, 2009

Catatan Tengah Malam : My Happening SC members

Bismillah..

Pulang dari Smart Circle (SC dalam bahasa saintifiknya 'usrah') bersama rakan-rakan Medic Alexandaria tadi, saya terfikir dan melamun sendirian di dalam tramco (van untuk pengangkutan). Saya mengimbau pengisian di dalam SC sebentar tadi. Kami membaca sambungan ayat dari Surah Al-Kahfi berkenaan kisah Nabi Musa A.S berguru dengan Nabi Khidir A.S. Kemudian pembentangan taklifan bertajuk 'Malu' oleh Akhi Syakrani dan akhirnya berkaitan isu-isu semasa. Saya dapat rasakan, semakin jauh SC ini melangkah, semakin akrab dan rapatnya hati-hati kami di dalam SC ini.

Saya cuba memberikan perkongsian yang sebaiknya dalam SC ini. Semuanya diaturkan agar dapat memberikan input dan pengalaman yang terbaik kepada seluruh anggota SC termasuk saya. Saya mengutamakan keberanian memberikan pandangan dan pembangunan bakat yang mungkin jarang diperolehi di luar sana. Juga isu ukuwah yang biasanya sering bermain di bibir-bibir namun tidak melekat di hati. Saya percaya setiap insan punya bakat dan keberanian, namun dengan sebab platform latihan yang berkurangan, bakat itu hanya terpendam dan tidak dimanipulasiakan sebaiknya untuk kebaikan Islam.

Bermula dari membuka majlis dan mewarnai perjalanan majlis, saya serahkan kepada anggota SC untuk mengolahnya. Saya lebih suka untuk mendengar dan memerhati sambil sekali sekala memberikan pandangan dan komentar.
Kadang-kadang terlebih juga komentar saya. Namun, yang penting semua pihak ada peluang untuk bercakap dan memberikan pandangan. Konswp 'dua hala' dalam pendidikan dan pembelajaran amat perlu. Saya takut hanya 'syok sendiri' jika terlalu banyak bercakap dan berkomentar. Jika semua bersuara, itu tanda konsep 'dua hala' sudah berjaya diterapkan.

Usai pembentangan oleh Akhi Syakrani tadi, saya meminta komentar dari semua anggota berkaitan metod pembentangan. Harapan saya agar semua dapat membangunkan bakat dan berkongsi kemahiran serta pengalaman. Antara ulasan yang baik ialah mengurangkan menyebut 'aaaaa' dalam ucapan. Juga 'eye contact' bersama para pendengar. Jangan ceritakan kelemahan diri sebelum memulakan bicara seperti tidak cukup masa dan tidak cukup rujukan. Ia boleh mengurangkan keberkesanan penyampaian. Berikan contoh-contoh yang berkaitan dengan pemikiran dan latar belakang pendengar. Tidak lupa juga muqaddimah dan penutup yang berpadanan. Jangan lupa lafaz tahmid dan selawat ketika memulakan perbahasan. Semua itu komentar untuk semua, bukan untuk Akhi Syakrani sahaja.

Isu semasa pula menyentuh isu berkaitan pendidikan. Kesemua anggota SC kami tidak bersetuju dengan tindakan pihak kerajaan yang menghadkan pengambilan mata pelajaran SPM hanya kepada 10 kertas sahaja. Ramai yang berhujjah dan kesemuanya bercakap berdasarkan pengalaman dan fakta. Saya lihat semua anggota SC ini mengambil lebih dari 10 mata pelajaran waktu SPM dahulu. Ironinya, mereka melihat faedah yang positif jika mengambil banyak mata pelajaran. Luas pembacan luas pengetahuan. Makin luas fungsi otak yang digunakan. Di tambah pula makin ramai yang mempunyai IQ yang tinggi mutaakhir ini. Kalau mahu di hadkan pun bukan kepada 10 sahaja. Itu terlalu sedikit. Mungkin 15 kertas boleh menyokong alasan pertindihan kertas yang hampir serupa. Soalnya, kementerian juga yang menyusun kesemua kertas-kertas yang banyak itu. Kalau berlaku pertindihan itu silap yang menganjurkannya. Banyak lagi hujjah-hujjah tidak rasional yang tidak perlu berfikir panjang untuk menolaknya. Sila baca di sini KLIK

Ada juga yang berpendapat sistem pendidikan kita perlu di ubah keseluruhannya bukan sekadar menghadkan mata pelajaran yang diambil. Jika konsep 'oriented exam' masih diterapkan dengan meminggirkan praktikal dan pembangunan kemahiran sosial, pelajar kita akan sekadar cemerlang dalam peperiksaan sahaja. Tiada kreativiti dan kurang daya saing serta lemah dalam perhubungan sosial terutamanya ketika mencapai alam pekerjaan. Ini amat berbeza dengan konsep yang diterapkan di negara-negara maju seperi United Kingdom dan Amerika Syarikat. Bakat dan kecenderungan pelajar telah dibangunkan dan di kesan seawal peringkat sekolah rendah lagi. Di negara kita, pelajar tingkatan 4 baru berpeluang untuk memilih aliran yang mereka minati. Tidak di UK dan US, mereka sudah boleh memilih aliran dan bidang yang mereka minati sewaktu di tingkatan satu lagi. Ini bermakna, vokasional, sains, sastera dan sebaginya sudah ada di awal peringkat menengah lagi. Selain itu kemahiran sosial amat dititikberatkan dan diterapkan seawal peringkat rendah lagi.

Habis pengisian hari ini. Rancangan kami minggu depan ialah SC amali (praktikal). Kami akan main bakar-bakar (Bahasa saintifik bagi BBQ). Tempat di sutuh rumah saya di Asofiroh. Hari Jumaat sebelum waktu Asar membawa ke Isyak. Semua anggota jangan tidak hadir. Ini SC semi-grand sebelum di tutup dengan Grand SC iaitu rehlah mandi manda di Matruh pertengahan Julai nanti. Mungkin kita boleh gabung dengan SC yang lain untuk lebih terbuka dan meriah lagi. Akhir kalam malam ini, have a nice rest after your mid-exam and remember me always in your prayer. Salam mahabbah.

p/s : Dont forget to visit our SC blog at http://smartcircle09.blogspot.com/

Wallahu'aalam

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, May 21, 2009

Rasuah tidak professional

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah.

Di akhir sesi usrah bersama komuniti Rakyat Malaysia yang tinggal di Kota London, saya mengajukan pertanyaan kepada Abang Faizal. "Dalam syarikat tempat abang kerja tu pernah tak abang dengar ada kes-kes rasuah berlaku"? Soal saya kepada kepada Abang Faizal yang bekerja di salah sebuah firma keewangan di kota London (baru meninggal dunia baru-baru ini, moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya). Jawabnya ringkas, "Tidak pernah!!".

Saya bertanya lagi, "Agak-agak apa sebab mereka tidak buat perkara tu yer." Abang Faizal menjawab, "It's not professional." Mereka mengatakan bahawa rasuah itu tidak professional. Hanya dengan mengatakan rasuah itu tidak profesional, maka kehidupan harian mereka bebas dari rasuah. Itu United kingdom.

Di dalam situasi yang berbeza, di Mesir. Sewaktu membuat urusan untuk mengeluarkan sijil Ijazah, saya terpaksa membayar lebih dari apa yang tercatat di dalam resit pmbayaran, atas alasan kalau mahu sijil cepat diuruskan. Sewaktu naik bas, saya juga sering dan terpaksa membayar lebih dari harga tiket, atas alasan tiada diut kecil untuk dipulangkan. Sewaktu membeli minyak, juga terpaksa membayar lebih untuk 'baksyis' tukang tuang minyak. Banyak lagi tempat yang perlu bayar lebih. Apa itu semua kalau bukan rasuah kecil-kecilan.

Di negara kita Malaysia, banyak kali saya terdengar dari kawan-kawan kontraktor. Nak dapat projek (terutama projek kerajaan) terpaksa isi borang UMNO, ada link baik dengan orang atasan, lepastu kene belanja makan, belanja melancong dan jangan lupa persen akhir keuntungan 20%. Sebab itu kos membina sebuah sekolah di Malaysia terlampau tinggi dengan adanya dua tiga tangan rakus seperti ini. Harga kos membina sekolah 1 juta akan naik jadi berlipat kali juta atas tangan-tangan kotor ini. Kalu tidak pun akan jadi sekolah-sekolah tidak cukup sifat yang terbang atap ditiup angin dan luluh simen ditimpa hujan atas alasan nak jimat kos untuk suap orag-orang tertentu. Apa ini semua kalau tidak Rasuah namanya.

Sewaktu saya di tahan kerana memandu laju dan potong 'barisan' (Q), saya di tahan pihak polis. Lalu ditanya kenapa laju dan mengapa memotong. Awak kene saman ni, kata abang polis tu. Saya mintak maaf. Maaf, maaf juga katanya. Kalau bayar di kaunter ni kene 300 ratus ni (Maksudnya kalau bayar dengan saya agak murah sikit la). Apa semua ini kalau tidak rasuah namanya.

Indeks rasuah di Malaysia terus meningkat. Kajian dari Transparency International (TI) menyatakan bahawa malaysia menduduki tangga ke-39 (tahun 2003) jatuh tangga ke-49 (tahun 2006), ke-43 pada (tahun 2007) dan semakin jatuh ke tangga 47 pada tahun 2008 dari 179 negara yang disenaraikan. Sila rujuk http://www.transparency.org/policy_research/surveys_indices/cpi/2008. Apa yang menarik untuk dinyatakan adalah negara-negara majoriti Non Muslim menduduki tangga-tangga teratas dalam ranking yang dinyatakan oleh Badan bebas dunia ini (Transparency International). Denmark, Newzealand, Sweden dan Singapore menduduki tempat teratas, atau disebut paling telus dan bersih rasuah. Kenapa, Alasannya mungkin sama dengan jawapan Almarhum Abang Faizal, "It's not professional.!!"

Rasuh di dalam Islam telah diharamkan dengan dalil Al-Quran dan Hadis yang jelas. Rasuah bermaksud mendapatkan sesuatu kebebasan, kontrak atau keistimewaan (favours) daripada seseorang individu atau pihak-pihak tertentu yang mempunyai kuasa selepas (atau dengan cara) memberi wang, hadiah, keraian, keistimewaan dan sebagainya kepada pihak-pihak tersebut.

Sebagai contoh, seseorang yang sah bersalah atau menyalahgunakan kuasa; telah menghadiahkan sejumlah wang tertentu kepada seorang hakim demi memastikan tidak berlaku apa-apa jatuhan hukaman yang berat di Mahkamah.

Firman Allah Taala yang mengharamkan Rasuah :

وِلاَ تَأْكُلُواْ أَمْوَٰلَهُمْ بَينَكُم بِالْبَاطِلِ وَتُدْلُواْ بِهَا إِلىَ الْحُكَّامِ لِتَأْكُلُواْ فَرِيقًا مِّنْ أَمْوَالِ النَّاسِ بِاْلإِثْمِ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ

Maksuanya : “Dan janganlah sebahagian daripada kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan (janganlah) kamu membawa (urusan) harta itu kepada hakim, supaya kamu dapat memakan sebahagian harta benda orang lain itu dengan (jalan berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui.” (Surah al-Baqarah : 188)

Hadis yang jelas-jelas mengharamkan rasuah adalah hadis Nabi SAW yang berbunyi:

لَعَنَ رَسُولُ اللهِ الرَاشِيَ وَالْمُرْتَشِيَ فِي الْحُكْمِ

Maksudnya : “Rasulluah s.a.w telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dll)” [Riwayat at-Tirmudzi, 3 / 622 : Imam at-Tirmudzi berkata : Hadith Hasan Sohih]

Kedua-dua pihak adalah dilaknat dalam hal yang melibatkan rasuah. Rasuah haram jelas di dalam Islam, akan tetapi mengapa negara-negara majority umat Islam menduduki tangga terendah atau menjadi pengamal-pengamal rasuah yang tertinggi di dalam pelbagai bidang menurut statistik rasuah antarabangsa. Sila rujuk Transparency International 2008

Negara islam yang paling baik adalah United Arab Emirates. Itupun dalam kedudukan ke-35. Begitulah akibatnya apabila Agama hanya jadi permainan dan ritual semata-mata. Pembangunan harus selari dengan Islam. Membangunlah bersama Islam Rohani dan Jasmani.

Wallahuaalam...

[+/-] Selengkapnya...

Friday, May 08, 2009

Sedikit Perubahan

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah.


Sudah lama merancang mahu ubahsuai konsep blog. Alhamdulillah, setakat ini saya berpuas hati dengan konsep yang telah ada. Moga diberi kekuatan untuk sentiasa update dan memberi yang terbaik untuk pembaca.

Saya melihat kebanjiran blog yang pelbagai ragamnya. Menulis di blog perlu berhati-hati. Segala yang tercatat pasti akan memberi impak dan kesan. Paling tidak kesan Roqib dan Atid. Mereka mencatit apa yang kita catat. Itu yang pasti. Kesan lain mungkin akan merosak ukhwah. Mungkin akan merosak jamaah. Lebih parah lagi jika memporak perandakan ummah. Kita akan dapat saham. Jangan lupa.

Saya cuba tambahkan beberapa links dalam blog ini. Yang pertama Link Fatwa(Soal Jawab Agama). Bukan saya yang nak berfatwa. Saya cuba untuk menterjemah laman fatwa darul ifta’ Mesir. Sedikit-sedikit. Moga ada manfaatnya. Kalau ada yang ingin bertanya juga saya akan cuba untuk menjawab. Kalau tak dapat, saya tanya orang lain. Ini proses latihan bagi saya di samping buat apa yang mampu untuk ummah.

Kedua, laman artikel pilihan. Dahulu saya tidak suka ‘copy n paste’. Fikir-fikir bagus juga kalau ‘copy n paste’. Tidak salah. Kita sebarkan apa yang benar. Paling tidak boleh menyumbang memperbanyak bahan di internet. Semakin banyak bahan yang berulang, semakin tinggi kekerapan untuk ia ditemukan oleh pembaca.

Ketiga, Karya Kreatif. Saya tidak berapa kreatif. Dulu ada buat juga, cuba-cuba. Sekali buat ambil waktu terlalu panjang. Nampaknya bakat saya memang tak seberapa. Jadi saya cara. Saya akan tolong sebarkan karya orang lain secara percuma. Paling tidak kalau saya tak mengarang ada karangan orang lain yang saya sebarkan.

Keempat, ruangan galeri. Sebelum kahwin bagai nak gila saya bergambar. Lepas berkahwin nafsu bergambar dah berkurang. Tapi saya akan cuba upload gambar-gambar lama yang mungkin sahabat-sahabat cari dan perlukan. Pada saya ada lebih kurang 15 Gigs gambar tidak termasuk gambar-gambar dalam laptop yang dicuri orang.

Kelima, Video. Saya cuba kumpulkan video-video pilihan dalam internet. Ada masa saya akan upload bahan-bahan dan materi untuk presentations kalau kawan-kawan mahukan.

Yang terakhir, ruangan links. Saya cuba kumpulkan semua link-link yang saya suka dan bermanfaat. Kalau anda berminat anda juga boleh layan sama. Yang lebih penting dalam ruangan ni ada live al-jazeera. Sambil layan internet, boleh lah dengar-dengar bahasa foshah. Di luar sana tidak banyak peluang nak dengar arab foshah dari mulut arab. Yang ada hanyalah bahasa pasar yang berleluasa.

Time politik sedang kacau bilau ni, berhati-hatilah di jalan raya. Pandulah dengan berhati-hati. Jangan sampai lupa arah tuju dan destinasi. Jangan lupa akhlak dan panduan yang Allah beri. Moga kita semua selamat.

wassalam.


[+/-] Selengkapnya...

Monday, May 04, 2009

Cari Majlis Ilmu = Cari Ketenangan?

Bismillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa Ala Alihi Wa Sohbihi Wa Man Waalah,


Alhamdulillah, hari ini dapat juga saya menghadiri kelas pengajian Syeikh 'Alak di Masjid Syeikh Abdul Aziz. Setelah sekian lama tidak mengikutinya, hari ini terpanggil juga di hari kawan-kawan lain sibuk untuk menghadapi peperiksaan. Sehari dua ini saya rasa gelisah. Entah kenapa jiwa ini tidak menentu. Tapi setelah balik dari pengajian tadi rasa sedikit tenang. Mungkin itulah tanda bahawa dah terlalu lama rohani ini tidak mendengar nasihat dan akal ini tidak diisi dengan pengisian ilmu. Maka benarlah hadis Nabi SAW yang berbunyi [ (1) Sila Lihat di akhir artikel]

Maksudnya : Tidak akan berkumpul sesuatu kaum itu di salah satu rumah Allah, membaca kitab-kitab Allah dan mempelajarinya di antara mereka, kecuali akan diturunkan kepada mereka ketenangan dan dilimpahkan kepada mereka rahmat, dan mereka akan dikelilingi oleh para malaikat (yang mendoakan), serta Allah Taala akan menyebut-nyebut mereka kepada makhluk disisi-Nya.

Allah Taala akan mengurniakan dengan ketenangan kepada sesiap yang menghadiri majlis zikir dan majlis-majlis ilmu dengan penuh keikhlasan. Itu janji Nabi. Tapi kalau sesiapa tidak rasa tenang selepas menghadiri majlis ilmu, maka bolehlah koreksi diri, mungkin ada sesuatu yang tak kena dengan niat kita. Atau ada adab-adab menuntut ilmu yang kita tidak jaga.

Untuk makluman kawan2 di Iskandariah. Majlis ilmu di masjid Abdul Aziz berlangsung setiap hari kecuali khamis dan jumaat. Untuk bulan Jun pula ada suatu kejutan akan dilakukan , kata Syeikh 'Alak. Kelas pengajian musim saifi kali ini akan di isi sendiri oleh para masyaikh kita dari Al-Azhar. Antara yang akan di ajarkan nanti adalah Qawaid Fiqhiah, Usul Fiqh, Bahasa Arab (Nahwu was Sorf) dan juga syubuhat wa rudud fil Islam.

Saya pasang niat untuk ikuti kesemuanya. Kelas dijalankan pada waktu maghrib sehingga selepas isyak. Jadi siap-siaplah susun jadual persatuan agar tidak berlaku sebarang pertembungan. Saya tidak akan ada kompromi lagi jika ada pertembungan kerana ini peluang terakhir saya sebelum pulang. Moga Allah Taala kurniakan dengan kekuatan.

Kelas di Qortoba juga akan saya sambung insyaallah dalam waktu terdekat. Saya sudah lama cuti. Banyak duduk di rumah kerana Isteri tidak berapa sehat. Isteri cakap mungkin ini pembawakan budak. Baby is coming, so I get ready to be a 'papa' & doing all my wife duty. I learn and try to be the best husband and papa as i can. Huh, It's not easy to be a papa. You can't imagine what I said. Lets be a trial papa before we become a real papa ( not real madrid) . I use to be a trial papa when i was in London. It was a useful experiences.

Ilal Liqak, wallahu'aalam.

Foot Note :

1. Hadis (1) :


[+/-] Selengkapnya...

Saturday, May 02, 2009

Open Letter To My beloved Tuk Din & Family In UK

Assalamualaikum...


For TukDin & All Family there.. we hope all of you are fine and under Maghfirah & Inayah from Allah Taala.. Ameen

Firstly, I am so sory because I late to reply your masaage. I just remember about your message (in my buku tamu) when my wife remine me after she read your message in her shoutbox. She said : Abang, Tukdin sent me a 'warning message'. You should reply him as fast as you can!! :)

2ndly, For your informations, Fairuz jr. will be born insyaallah next november. We hope your doa's always may Allah make it easy and the baby may join us travel to UK next time insyaallah. :)

3rdly, I am really shocked when i heard about arwah Abang Faizal. May Allah bless him. I got the news from abang Irfan and get a full story from Abang Rashid when when we meet in Yahoo Messenger. We did a little kenduri arwah here and always pray for him. We all know that he is a verry good person in his life.

4thly, I miss all of you and hope can meet all of you again. When Manchester Utd beat Arsenal one nil yesterday, i smiled in myself and keep thinking especially you and fauzi. I can mention how frustrated you two are.. hehehe. But never mind Tukdin, you have one more opportunity next week. See u at Emirates Stadium.

5thly, How about kak nurul. Is the baby coming yet? How about manja? How about Fauzi? and how about the most important person Aunty Midah? Hope those always smile and still courageous as arsenal's supporter. Feel Arsenal in our blood :)

Sorry lah tukdin..lama tak menulis and berbual dalam bahasa inggeris ni.. hope u can add me in your yahoo messenger http://messenger.yahoo.com/ so we can keep in touch all the time insyaallah..

Salam rindu from cairo Egypt..

Fairuz & Maria

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, March 26, 2009

muhadharah Bersama Dr. Yusof Al-Qardhawi - Bahasa Arab & Cabarannya Masa Kini

بسم الله الرحمن الرحيم، الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على رسوله الأمين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد،

كانت اللغة العربية مكانتها عظيمة، وهي من أول لغة العلمية العالمية التى تكتب بها العلوم الحديثة من جميع نواحيها مثل الطب والفيزياء والبيولوجية والحساب والفلاسفة والهندسة والجغرافية والتاريخ وغيرها من العلوم التي الَّفها علماء المسلمين مثل الكندي وابن سينا والفاربي وابن الرشد وابن خلدون والغزالي وغيرهم من العلماء حتى ازدحم بهم الناس ومن أوروبا حصوصا ليأخذ منهم العلوم المذكورة.

ولذلك، تعتبر اللغة العربية في ذلك الوقت لغة الآلية التي لابد من تعلمها لكي يتغلغل في بحار العلوم الواسعة. والناس في تلك العصور الذهبية يفخرون باستعمال هذه اللغة الرائعة وهم يدرسونها ويتحدثون بها في معاملاتهم ويحفظون قواعدها حتى انتشرت في مختلف البلدان غير العرب، وهذا ما الذي حدث.

ولكن اليوم مع ألأسف الشديد قد تغيرت الأمور وتحولت الحقيقة إلي مائة وثمانين درجة. والناس ينسون مكانة اللغة العربية حتى العرب، ويتركونها ولا يحفظون عن قواعيدها وهم يتحدثون ويكتبون بلغة العربية العامية. وقد اشتدت الأمورعندما يضحكون على من مارس بها وجائت الأجيال الأخيرة عميانا لا يفهمون شيأ من هذه اللغة العربية الفصحى حتى يفكروا أن اللغة العربية الفصحى لغة أخرى تختلف عن لغتهم ولهم لغتهم الخاصة وهي العامية البلادية.

هذا ما يجعلهم بعيدا عن دينهم، ولماذا أقول بذلك ؟ اللغة العربية هي لغة القرآن، وبها تكتب كتب الحديث والتفسير والفقه أصوله وقواعده، والسيرة والتوحيد والأخلاق وغير ذلك من تراث الإسلامي. بعيدهم عنها جعلهم ضعف في فهم أصول الدين وفروعه وكما يقول العلماء أن هذه اللغة هي مفتاح العلوم الشرعي، وهي لغة الآلية لابد لها في دروس علوم الدين الصحيح

وقد شهدت المحاضرة التي ألقاها فضيلة الدكتور يوسف القرضاوي في برنامج الشريعة والحياة تحت الموضوع : اللغة العربية وتحديات اليوم. وذكر هناك أمور مهمة في توعية اللغة العربية وتحدياتها في هذا العصر الحديث ويمكنكم إن شاء الله إيجادها في راببط اليوتيوب الآتي.

وقبل ختام هذه الراسالة القصيرة، أحب أن أشارك معكم قول الشاعر الذي قالها فضيلة الدكتور عن دراسة اللغات:

بقدر لغات المرء يكثر نفعه،
فتلك له عند الملمَّات أعوان،
فأقبل على درس اللغات وحفظها،
فكل لسان في الحقيقة إنسان!

فجزاكم الله خيرا علي قدومكم ومشاركتكم في هذا الموقع، وأخيرا أستودعكم الله والسلام عليكم ورحمة الله وبركاته



[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, March 24, 2009

Alhamdilillah, Bersyukur Atas Nikmat-Nya

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu Ala Rosulillah, Wa ‘Ala Aalihi Wa Ashabihi Waman Waalaah, Amma Bakdu.

Setelah merasai kepenatan dan kelelahan yang panjang (hampir 4 bulan), akhirnya buku senjata mukmin edisi mesir Berjaya diterbitkan. Dengan izin edar dari pihak PMRAM, buku tersebut telah sampai hampir ke seluruh Muhafazah dan Iskandariah mencatatkan penjualan yang melebihi 70 naskhah setelah 2 hari berada di pasaran. Alhamdulillah, banyak pengalaman yang diperolehi daripada aktiviti ini.

Walaupun status saya hanyalah pentahkik (penulis pada peringkat awal telah menawarkan saya untuk menjadi penulis bersama kerana penambahan hampir menjangkau 50% buku asal) namun, pengalaman selaku pentahkik ini amat bermanfaat kepada saya kerana banyak perkara baru yang saya terokai dalam menghasilkan sebuah buku. Bermula dari semakan, tambahan isi, tahkik, design dalam dan kulit, sehingga kepada percetakan dan pemasaran, hampir kesemuanya saya terokai dengan tangan sendiri (Semakan atas bantuan Isteri Pn Maria Bte Bakri, jiran saya Ust Musa dan Ustzh Alin. Percetakan meminta jasa baik ust Masnor Hamzah, penulis Buku Tasrif berwarna untuk membantu. Pemasaran dengan sentuhan pengalaman Ust Zaki M noor, Ust Hairi Hamzah dan Ust Fakhrurazi Ahmad Afandi) Terima Kasih semua yang terlibat dalam menjayakan penerbitan buku ini.

Kalau dulu terlibat dengan SUKEJ (Suara Kampus Edisi Johor) banyak membantu saya mengasah bakat menulis dan berkarya seterusnya menulis di dalam blog, pembikinan Senjata Mukmin pula membuka mata saya untuk pergi lebih jauh dan menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk masyarakat dan ummah insyaallah.Ramai yang mampu menulis namun tidak ramai yang dapat mengolahnya sehingga menjadi sebuah buku sehingga berada di pasaran. Termasuk saya.

Halangan yang banyak membuatkan penulisan biasanya gagal untuk diterjemahkan dalam bentuk buku. Saya juga telah berkongsi pengalaman dengan para penulis lain yang rata-rata mengatakan cabaran agung untuk menghasilkan karya sehingga berjaya menembusi pasaran adalah pada pengalaman kali pertama mencuba untuk menghasilkan buku. Waktu itu, pelbagai ragam masalah yang dihadapi. Bermula dengan fail yang hilang, komputer yang rosak, semanagat yang tumpul, duit yang kurang, ditipu orang tengah dan banyak lagi pengalaman yang dikisahkan menjadi cabaran mereka untuk berjaya. Sebahagian besar mereka yang berjaya pada kali pertama menulis buku, biasanya akan menghasilkan buku kedua dan ketiga dalam jangka masa yang singkat, hasil dari pengalaman pertama yang sangat mencabar tadi.

Saya juga sering mengajak kawan-kawan supaya menceburkan diri dalam bidang penulisan, atas dasar kita seorang pelajar agama. Alangkah baiknya jika semua pelajar Al-Azhar pulang dengan paling kurang satu ole-ole berbentuk buku yang bakal dipersembahkan untuk masyarakt di Malaysia. Jika ada 1000 orang pelajar yang pulang setiap tahun, bermakna ada 1000 buku baru di dlam pasaran Malaysia. Anda mungkin boleh menulis mengenai pelajaran-pelajaran yang dipelajari di dalam kuliah. Mungkin juga terjemahan kitab-kitab yang nisbah kitab baru di mesir adalah satu buku baru setiap hari. Mungkin juga menulis novel berunsur islamik. Mungkin juga komik dan sebarang bentuk wacana yang mampu memberikan impak kepada masyarakat.

Penulisan merupakan syiar para ulamak terdahulu yang akan menjadi pedoman ummat dan rujukan sepanjang zaman. Jika dilihat di kedai-kedai buku di Malaysia, buku bidang agama hanya ‘menumpang’ satu rak sahaja dalam berpuluh-puluh rak bahan bacaan yang lain. Apa maksudnya? Penulis kurang dan kesedarang untuk membaca bidang agama di dalam masyarakat kita juga kurang. Al-hasil, masyarakat lebih gemar membaca komik kartun, majalah santai mistik, hiburan dan lebih mengancam bahan bacaan berunsur lucah.

Sudah sampai masanya kita semua menggempur masyarakt Malaysia dengan pelbagai bentuk dan method penulisan yang berunsur keislaman. Kita boleh membantu mengubah keadaan yang ada. Ayuh, seoranag satu buku atau paling kurang satu komputer satu buku !!! Anda, saya dan semua, mengapa tidak boleh?

[+/-] Selengkapnya...

Friday, March 20, 2009

New Book Arrival!!!

iklan senjata mukmin

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, March 19, 2009

Somethings to write

Bismillah, Alhamdulillah, Wassolatu Wassalamu ‘Ala Rasulillah, Wa Bakdu.

It was a long time ago when I was decided to write in English and Arabic together in this blog. Actually, I know that I am not qualify to make a posting in influence English and Arabic, because my language is very week. But as a beginner with no teacher, I need to read more, listen more, speak more and also write more, basically as an ingredients to be excellent. Now I try to write again to make it happen.

I got many friends from United States and Europe like Jetmir, Petrick, Abd Latif, Samir, Yusof, Ziyad and so many others. I fine them in Qortoba Institute that teaching us Arabic in fosha. It was amazing when you can fine people that speaking Arabic in fosha just for 7 to 8 month in this college. Some of theme unable to read alif ba and ta when their first time learning Arabic, fantastic. So, why can’t we speak and write in Arabic and English when we has been leraning its from the high school. What is the problems? You should know the answers.

Some of them are new convert muslims. I can look a big difference between us and those people (I mean convert muslims) which struggling in learning and practicing Islam as the way of life. It was interesting to share an experiences and disscusing about Islam with them. I can’t imagine that I can explore these just in one town, called Alexandaria Egypt. I feel I am in London again and it make me mentions the invironments. I got so many Muslim friends there especially convert muslims when I was working in Al-Manar Mosque (Quranic School) as a teacher.

Yesterday again, I got a new friend named Yasir. He came from Washinton DC United States. He interested to study Arabic and he told me that he is in level zero. Its mean he never talk Alfif Ba Ta at all. Supprisely, he not come alone. He came with his wife and two kids. I think he is around 35. I am 26 and feel I was too late to keep studying there. When I look at him, I know that he came to Qortoba just for one purpose, know more about Islam by learning an Arabic language. So, I asked my self why am I here. It mentions me what Imam Ghazali said in Bidayatul Hidayah about the victorious, who learn the knowledge to practice and hope the right way from God. May Allah make us to be part of them. Ameen

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, January 20, 2009

Ole-Ole dari Ust Syafiq Elias (Edited)

Bismillah...

Alhamdulillah. Pertamanya ucapan terima kasih buat sidang pembaca terutamanya Ust Syafiq yang sudi datang singgah, mengulas, membetulkan dan menambah baik penulisan hamba yang lemah ini. Ini sesuatu yang special bagi sesiapa yang mahukan uslub yang baik di dalam penulisan dalam bahasa arab. Pembetulan beserta taklik sekali. Sila berikan kredit buat Ustaz Syafiq Elias.

Hendak dikhabarkan di sini, suatu ketika, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz RA didatangi oleh rombongan rakyat jelata dari Hijaz. Maka berdirilah seorang kanak-kanak mendahului ahli rombongan yang lainnya untuk berucap. Maka Khalifah Umar memintanya agar memberikan peluang kepada mereka yang lebih tua daripadanya untuk berucap. Kanak-kanak tadi dengan petah berkata : Seorang manusia walaupun masih kecil ketika mana telah dikurniakn dengan mulut yang boleh berkata-kata dan hati yang terjaga maka layaklah baginya untuk menyatakan pandangannya. Wahai Khalifah jika sesuatu perkara itu dinilai dengan melihat umur semata-mata maka ramai orang-orang tua yang lebih layak duduk ditempatmu sebagai khalifah. Akan tetapi umur itu bukan ukuran segala-galanyanya bukan? Teruja Khalifah Umar melihat kepetahan kanak-kanak tadi lalu mengatakan dengan syairnya :

Ketahuliah bahawa tiada insan yang dilahirkan alim
Tidak serupa saudaramu yang alim itu dengan yang jahil
Sesungguhnya kaum yang besar akan tetapi tiada ilmu di sisinya
Kelihatan kecil berada di majlis para alim yang berilmu

Moga ada kebaikan dan manfaatnya kepada semua. Jangan malu untuk belajar dari sesiapa yang lebih muda darimu kerana umur itu bukan nilaian segala-galanya. Terima kasih sekali lagi Akhi Syafiq Elias. Ini dia artikel yang telah mendapat sentuhan beliau.


بسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

الْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى أَشْرَفِ (1) اْلأَنْبِيَاءِ وَالْمُرَّسَلِيْنَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ ، أَمَّا بَعْدُ ،

أَشْكُرُ اللَّهَ تَعَالَى عَلَى نِعَمِهِ الْكَثِيْرَةِ ، وَمِنْ أَهَمِّهَا نِعْمَةُ اْلإِسْلاَمِ وَاْلإِيْمَانِ ، وَعَلَيْنَا جَمِيْعًا أَنْ نَشْكُرَهُ سُبْحَانَهُ وَتَعالَىشُكْرًا(2) كَثِيْرًا . وَمِنْ عَلاَمَاتِ شُكْرِنَا(3) لِلَّهِ عَزَّ وَجَلَّ ، الْقِيَامُ بِجَمِيْعِ أَوَامِرِهِ وَاجْتِنَابُ مَحَارِمِهِ .

عِنْدَمَا أَكْتُبُ هَذِهِ الرِّسَالَةَ إِلَى حَضَرَاتِكُمْ ،كَانَ إِخْوَانُنَا الْمُسْلِمُوْنَ فِي غَزَّةَ (4) يُقْتَلُوْنَ وَيُدَمَّرُوْنَ وَيُحْصَرُوْنَ . وَقَدْ اسْتَمَرَّتْ الْحَرْبُ عَلَى غَزَّةَ وَأَهْلِهَا مُنْذُ وَاحِدٍ وَعِشْرِيْنَ يَوْمًا. وَقَدْ ارْتَفَعَ عَدَدُ الشُّهَدَاءِ (الْيَوْمَ) إِلَى أَلْفٍ وَمِائَةٍ وَسَبْعِيْنَ (1170) شَهِيْدًا وَأُصِيْبَ أَكْثَرُ مِنْ خَمْسَةِ آلاَفٍ وَمِائَتَيْ (5200) شَخْصٍ . وَارْتَكَبَتْ قُوَّاتُ الاِحْتِلاَلِ اْلإِسْرَائِيْلِيِّ جَرِيْمَةً عَظِيْمَةً لاِسْتِهْدَافِ الضُّعَفَاءِ وَاْلأَطْفَالِ وَالنِّسَاءِ فِي عَمَلِيَّاتِهِمْ الْخَبِيْثَةِ (5). وَيَبْدُوْ أَنَّ هَذَا الْحَرْبَ أَسْوَأُ مَا يَكُوْنُ (6) مُنْذُ هَزِيْمَةِ الْيَهُوْدِ عَامَ 1967 م. وَحَتَّى اْلآنَ ، لَمْ أَرَ بِالـتَّـأْكِيْدِ بَصِيْصَ أَمَلٍ (7) مَتَى تَضَعُ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ؟...

نَسْأَلُ اللَّهَ تَعَالَى أَنْ يَنْصُرُ إِخْوَانَنَا الْمُسْلِمِيْنَ وَالْمُسْتَضْعَفِيْنَ فِي غَزَّةَ عَلَى أَعْدَاءِهِمْ الْيَهُوْدِ ، اللَّهْمْ اهْزِمِ الْيَهُوْدَ وَمَنْ وَالاَهُمْ مِنَ الْمُنَافِقِيْنَ وَالْمُحَارِبِيْنَ لِدِيْنِكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ. اللَّهُمَّ يَا مُنَـزِّلَ الْكِتَابِ وَيَا مُجْرِيَ السَّحَابِ وَيَا سَرِيْعَ الْحِسَابِ وَيَا هَازِمَ اْلأَحْزَابِ اهْزِمْهُمْ يَا قَوِيُّ يَا قَادِرُ .

نَحْنُ اْلآنَ فِي مُنْتَصَفِ (8) الشِّتَاءِ ، أَشْعُرُ بِالْبَرْدِ الشَّدِيْدِ حَتَّى وَلَوْ كُنْتُ أَلْبِسُ الْمَلاَبِسَ(9) الْكَثِيْفَةَ. وَقَدْ أُصِبْتُ بِالْحُمَّى (10) وَالصُّدَاعِ الشَّدِيْدِ فِي اْلأُسْبُوْعِ الْمَاضِيْ حَتَّى يُجْبِرُنِيْ الْبَقَاءُ فِي الْبَيْتِ تَمَامًا. وَكَأَنِّيْ أَسِيْرُ الْفِرَاشِ لَمَّا اسْتَمْرَرْتُ فَوْقَ الْمَضْجَعِ لَيْلَ نَهَارَ وَلَمْ أَذْهَبْ إِلَى أَيِّ مَكَانٍ حَتَّى إِلَى مَعْهَدِ الْقُرْطُبَةِ. وَكَانَتْ زَوْجَتِيْ تُرَافِقُنِيْ وَتُعَالِجُنِيْ وَتَطْبُخُ لِيْ عَصِيْدَةً وَشُرْبَةً.

وَهَذَا مِنْ (11) فَوَائِدِ الزَّوَاجِ - أَيُّهَا اْلإِخْوَةُ (12) وَاْلأَخَوَاتُ - أُرِيْدُ أَنْ أُخْبِرَكُمْ إِيَّاهُ (13) ، وَالَّذِيْ لَمْ يَشْعُرْ(14) بِهِ الْعُزَّابُ قَطُّ . فَإِنْ كُنْتَ تَعْجَبُ مِنْ ذَلِكَ وَلاَ تُصَدِّقُ ، فأَقُوْلُ لَكَ: " مَنْ ذَاقَ عَرَفَ " ، أَوْ أَقُوْلُ لَكَ :" جَرِّبْ تَجِدْ " (15) .

إِذَنْ، مَنِ اسْتَطَاعَ مِنْكُمُ الْبَاءَةَ ، فَلْيَتَـزَوَّجْ ، فَإِنَّهُ أَغَضُّ لِلْبَصَرِ وَأَحْصَنُ لِلْفَرْجِ. فَإِنْ لَمْ تَجِدْ الْمُرَشَّحَةَ بَعْدُ (16) ، فَعَلَيْكَ بِالْبَحْثِ وَالاِسْتِخَارَةِ (17) وَالدُّعَاءِ، فإِنَّ اللَّهَ سَمِيْعٌ (18) قَرِيْبٌ مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ (19). وَلَكِنْ إِنْ لَمْ تَسْتَطِعْ، فَعَلَيْكَ بِالصَّبْرِ وَالصِّيَامِ فَإِنَّهُ لَكَ وِجَاءٌ . أَمَّا إِنْ لَمْ تُرِدِ الزَّوَاجَ أَبَدًا بِدُوْنِ سَبَبِ ، فَهَذَا مَرْفُوْضٌ فىِ دِيْنِ اْلإِسْلاَمِ رَفْضًا بَتًّا.

وَإِلَيْكَ هَذَا الْحَدِيْثُ النَّبَوِيُّ الشَّرِيْفُ الَّذِيْ يُوَضِّحُ لَنَا مَنْهَجًا مِنَ الْمَنَاهِجِ الْمُثْلَى الَّتِيْ عَلَّمَهَا رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ِلأُمَّتِهِ مَحَبَّةً لَهُمْ ....

عَنْ سَيِّدِنَا أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ - رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ-قَالَ: جَاءَ ثَلاَثَةُ رَهْطٍ إِلَى بُيُوْتِ أَزْوَاجِ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- يَسْأَلُوْنَ عَنْ عِبَادَةِ النَّبِيِّ - صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ-. فَلَمَّا أُخْبـرُوْا كَأَنَّهُمْ تَقَالُّوْهَا فَقَالُوْا:وَأَيْنَ نَحْنُ مِنَ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- قَدْ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ...

قَالَ أَحَدُهُمْ: أَمَّا أَنَا فَإِنِّي أُصَلِّي اللَّيْلَ أَبَدًا،وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَصُوْمُ الدَّهْرَ وَلاَ أُفْطِرُ،وَقَالَ آخَرُ: أَنَا أَعْتَزِلُ النِّسَاءَ فَلاَ أَتَزَوَّجَ أَبَدًا.
فَجَاءَ رَسُوْلُ اللهِ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- إِلَيْهِمْ فَقَالَ: (( أَنْتُمُ الَّذِيْنَ قُلْتُمْ كَذَا وَكَذَا ؟! أَمَا وَاللَّهِ إِنِّيْ َلأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ وَأَتْـقَاكُمْ لَهُ، لَكِنِّيْ أَصُوْمُ وَأُفْطِرُ، وَأُصَلِّيْ وَأَرْقُدُ، وَأَتَزَوَّجُ النِّسَاءَ، فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ )) ...صَدَقَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ.

وَأُوَضِّحُ لَكُمْ شَرْحَ الْحَدِيْثِ النَّبَوِيِّ السَّابِقِ حَتَّى لاَ يَفْهَمَهُ النَّاسُ خَطَـأً، فَأَقُوْلُ –وَبِاللهِ التَّوْفِيْقُ-:

قَالَ الْحَافِظُ ابْنُ حَجَرٍ رَحِمَهُ اللَّهُ تَعَالَى:

قَوْلُهُ:(( فَمَنْ رَغِبَ عَنْ سُنَّتِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ )):الْمُرَادُ بِالسُّنَّةِ: الطَّرِيْقَةُ ، لاَ الَّتِيْ تُقَابِلُ الْفَرْضَ، وَالرَّغْبَةُ عَنِ الشَّيْءِ :الإِعْرَاضُ عَنْهُ إِلَى غَيْرِهِ. وَالْمُرَادُ: " مَنْ تَرَكَ طَرِيْقَتِيْ وَأَخَذَ بِطَرِيْقَةِ غَيْرِيْ فَلَيْسَ مِنِّيْ ، وَلَمَّحَ بِذَلِكَ إِلَى طَرِيْقِ الرَّهْبَانِيَّةِ فَإِنَّهُمْ الَّذِيْنَ ابْتَدَعُوْا التَّشْدِيْدَ كَمَا وَصَفَهُمْ اللَّهُ تَعَالَى-أَيْ فِى قَوْلِهِ سُبْحَانَهُ وَتَعَالَى: {{ وَرَهْبَانِيَّةً ابْتَدَعُوْهَا مَا كَتَبْنَاهَا عَلَيْهِمْ إِلاَّ ابْتِغَاءَ رِضْوَانِ اللهِ فَمَا رَعَوْهَا حَقَّ رِعَايَتِهَا فَئَاتَيْنَا الَّذِيْنَ ءَامَنُوْا مِنْهُمْ أَجْرَهُمْ وَكَثِيْرٌ مِنْهُمْ فَاسِقُوْنَ }} [سُوْرَةُ الْحَدِيْدِ:27 ].

وَقَدْ عَاَبَهُمْ بِأَنَّهُمْ مَا وَفَّوْهُ بِمَا الْتَزَمُوْهُ، وَطَرِيْقَةُ النَّبِيِّ -صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ- الْحَنِيْفِيَّةِ السَّمْحَةِ فَيُفْطِرُ لِيَتَقَوَّى عَلَى الصَّوْمِ ، وَيَنَامُ لِيَتَقَوَّى عَلَى الْقِيَامِ ، وَيَتَـزَوَّجُ لِكَسْرِ الشَّهْوَةِ وَإِعْفَافِ النَّفْسِ وَتَكْثِيْرِ النَّسْلِ .

وَقَوْلُهُ: (( فَلَيْسَ مِنِّيْ )) إِنْ كَانَتِ الرَّغْبَةُ بِضَرْبٍ مِنَ التَّأْوِيْلِ يُعْذَرُ صَاحِبُهُ فِيْهِ، فَمَعْنَى (( فَلَيْسَ مِنِّيْ )) أَيْ عَلَى طَرِيْقَتِيْ ، وَلاَ يَلْزَمُ أَنْ يَخْرُجَ عَنِ الْمِلَّةِ . وَإِنْ كَانَ إِعْرَاضًا وَتَنَطُّعًا يُفْضِيْ إِلَى اعْتِقَادِ أَرْجَحِيَّةِ عَمَلِهِ فَمَعْنَى (( فَلَيْسَ مِنِّيْ )) لَيْسَ عَلَى مِلَّتِيْ ، ِلأَنَّ اعْتِقَادَ ذَلِكَ نَوْعٌ مِنَ الْكُفْرِ .

كَمَا أَنَّ اْلأَخْذَ بِالتَّشْدِيْدِ فِى الْعِبَادَةِ يُفْضِيْ إِلَى الْمَلَلِ الْقَاطِعِ ِلأَصْلِهَا وَمُلاَزَمَةِ اْلاِقْتِصَارِ عَلَى الْفَرَائِضِ مَثَلاً ، وَتَرْكُ التَّنَفُّلِ يُفْضِيْ إِلَى إِيْثَارِ الْبِطَالَةِ وَعَدَمِ النَّشَاطِ إِلَى الْعِبَادَةِ ، وَخَيْرُ اْلأُمُوْرِ الْوَسَطُ .

وَفِى قَوْلِهِ : (( إِنِّي َلأَخْشَاكُمْ لِلَّهِ )) مَعَ مَا انْضَمَّ إِلَيْهِ، إِشَارَةٌ إِلَى ذَلِكَ ، وَفِيْهِ أَيْضًا إِشَارَةٌ إِلَى أَنَّ الْعِلْمَ بِاللَّهِ وَمَعْرِفَةَ مَا يَجِبُ مِنْ حَقِّهِ أَعْظَمُ مِنْ مُجَرَّدِ الْعِبَادَةِ الْبَدَنِيَّةِ ، وَاللَّهُ أَعْلَمُ . اهـ .
فَتْحُ الْبَارِى ، ج ـ 9، كِتَابُ النِّكَاحِ ، بَابُ التَّرْغِيْبِ فِى النِّكَاحِ ، الْحَدِيْثُ رَقْمُ (5063)، ط. مَكْتَبَةِ مِصْرَ، الْقَاهِرَة
-


SEDIKIT PENJELASAN

Kongsi ilmu, kalau salah, tolong betulkan. Kalau betul, elok dihafalkan, lain orang lain uslubnya
. Ada dua perkara yang perlu diberi penekanan:

Pertama: hamzah qotho’ dan hamzah wasol.

Berdasarkan pengalaman dalam kongsi belajar, ketika pelajar menulis, kebanyakan mereka hampir terlepas pandang dan kurang prihatin terhadap tempat2 yang sepatutnya wajib ditulis dengan hamzah qotho’.

Hal ini penting kerana jika kita tidak membezakan mana satu kalimah yang patut ada hamzah qotho’, yang mana satu hamzah wasol, maka akan berlaku perubahan besar dalam makna ayat, dan bila berubah makna, I’rab juga berubah kerana

(الإِعْرَابُ فَرْعُ الْمَعْنَى إِنْ صَحَّ الْمَعْنَى صَحَّ اْلإِعْرَابُ )

Artinya: I’rab itu cabang daripada makna, jika betul makna maka betullah i’rabnya.

Seterusnya, b
aris akan berubah berdasarkan I’rab. Kemudian, makna yang berubah tadi akan mengubah hukum yang terhasil daripada ayat, daripada positif jadi yang negatif atau sebaliknya.

Bila makna berubah, ayat tadi akan sukar dan rumit difahami. Itulah sebahagian daripada punca tidak faham nas atau teks berbahasa arab. Bila salah makna, maka hukum yang terhasil akan berbeza, silap hari bulan boleh cetus persengketaan, mengapa tidak?!! Yang di sini faham lain…yang di sana faham lain. Matlamat yang diinginkan tiada tercapai, lalu marah-marah dan bersangka buruk terhadap tulisan yang dibaca, disebabkan salah dalam memahami mesej yang diterima. BUKANKAH SUKAR SITUASI SEBEGINI ?

Hal ini sangat merbahaya jika yang ditulis itu berkaitan dengan aqidah, syariah dan akhlaq. Berhati-hati ketika menulis (bukan hanya ketika memandu kenderaan sahaja). Sebagai latihan , cuba cari perbezaan makna atba’a (dengan hamzah qotho’) dengan ittab’a (hamzah wasol), sekali pandang hurufnya sama (jika tidak ditulis dengan hamzah) alif + ta + ba + ain = 4 huruf. Sila rujuk mu’jam asasi yang ada di sebelah kamu. Selamat menjawab.


Kedua: huruf mu’jamah dan huruf muhmalah

Erti huruf mu’jamah=huruf2 arab yang mengandungi satu atau dua atau tiga tanda titik sama ada di atas huruf (fawqiyyah) seperti ta , qof dan tsa atau di bawahnya(tahtiyyah) seperti
ba dan ya.

Erti huruf muhmalah= huruf2 arab yang sunyi daripada tanda titik di atas atau di bawah, seperti sod, sin, ro.

ADAPUN istilah mu’jamah, fawqiyyah, tahtiyyah, muhmalah itu semua akan kita jumpai di banyak kitab turath berbentuk syarah, hasyiah dan lain-lain. Kesilapan dalam menulis tanda titik pada huruf tertentu “bisa” mengundang bahaya kepada yang membacanya disebabkan kecuaian orang yang menulisnya.

JIKA kecuaian ini menjadi kelaziman adat sesorang ketika menulis, maka bererti ketika peperiksaan, dia berkemungkinan besar akan gagal sebab pemeriksa kertas jawapan tiada faham ia akan isi tulisannya. Maka tertegah ia dari mendapat sebarang markah. Siapa yang rugi bila gagal (sebab cuai ketika menulis) dan terpaksa mengulang subjek yang lalu? Rugi masa, rugi umur, rugi belanja, nasihat ada tidak dihargai.

JIKA kecuaian ini berlaku dalam surat2 rasmi antara jabatan atau perutusan antara 2 pihak kerajaan, maka mungkin perang saudara akan meletus. Na’uzu billah. Berhati–hati ketika menulis. Ya, fitrah manusia sentiasa lupa, sama-samalah kita saling ingat-mengingatkan.

Di sini, disebutkan beberapa pengubahsuaian dan pemerhatian mengikut nombor:

1) dalam teks asal tiada titik tiga (ش) pada kalimah أَشْرَفِ . Hati-hati dengan segala titik pada huruf2 arab. Salah letak titik, boleh perang besar. Salah letak titik ,aqidah rosak .Nauzubillah min zalik.

2) kalimah سُبْحَانَهُ وَتَعالَى ditambah sebab dhomir yang ada pada نَشْكُرُهُ tidak kembali kepada manusia(makhluk) kerana syukur itu dipanjatkan ke hadrat ALLAH TAALA. Kemudian ayat شُكْرًا كَثِيْرًا dijadikan syukran itu maf’ul mutlaq mansub ..supaya ayat menjadi lebih panjang.Orang yang bersyukur, memuji ALLAH lebih-lebih, tak mengapa.

3) Dhomir nahnu شُكْرِنَا ditambah sebab ada sebelumnya نَشْكُرُهُ ….

4) ejaan ghazzah dalam bahasa arab dibetulkan.

Satu lagi biasanya yang kita jumpa iaitu: selepas كَانَ kemudian isim kana kemudian kalau ada feel, mesti feel itu jadi mudhari’ (present tense). Angka yang ditulis dalam huruf supaya mahir menyebutnyakalau salah betulkan.

5) الْخَبِيْثَةِ ditambah supaya ayat memberi isyarat kebencian kita terhadap Israel dengan lontaran celaan pada perbuatan kejam mereka. Baru hidup ayatnya…baru hangat suasananya.

أَسْوَأُ مَا يَكُوْنُ (6 : di sini kita guna ”yakunu” sebab uslub ni biasanya selepas isim tafdhil + ma + fe’el. Maka fe’el tadi akan berbentuk mudharie’. Kalau ‘kana’ juga boleh diletak, maknanya dua-dua betul. Tolong rujukkan kepada guru di markaz bahasa.

بَصِيْصَ أَمَلٍ مَتَى تَضَعُ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ؟...(7 : basiso amalin perkataan baru yang kita dengar dari aljazeera semasa liputan berita perang. Makna ayat penuh: dan sehingga kini, masih belum kulihat satu harapan secara pasti bilakah peperangan ini akan berakhir?

Adapun ayat تَضَعُ الْحَرْبُ أَوْزَارَهَا ertinya : the war lays down its burdens. Itu adalah iqtibas daripada ayat ALQURAN. Surah Sayyiduna Muhammad - Alaihissolatu Wassalam- ayat ke-4.
(( tolong rujuk kitab balaghah,bab ilmu al-badie’,tajuk al-iqtibas ))

اهْزِمِ : tak perlu tulis hamzah qotho’ sbb ia drpd feel sulasi mujarrad. Dan feel sulasi mujarrad ketika menjadi fe’el amar, sampai hereafter pun tak akan boleh terima hamzah qotho’ ketika ditulis. Sila rujuk kembali mawadhi’ hamzah qotho’ dlm kitab2 sorf. (Arabic morphology).

مُنْتَصَفِ (8 : ramai dari kalangan kita tak tahu baris tepat huruf sod pada lafaz tersebut.

9) الْمَلاَبِسَ : di dalam teks asal ada “ya” ..tapi sebenarnya di kamus tiada “ya”.

10) بِالْحُمَّى : ramai tak tahu baris tepat mim . hujungnya tu alif maqsurah,jangan tulis dgn”ya” kerana “ya “ akan muncul ketika jamak muannas salim: hummayaat, ertinya penyakit demam.

11) ini uslub best..ertinya: aku merasakan seolah-olah diriku menjadi tawanan si katil ketika aku terus-terusan berbaring di atasnya siang malam. : وَكَأَنِّيْ أَسِيْرُ الْفِرَاشِ لَمَّا اسْتَمْرَرْتُ فَوْقَ الْمَضْجَعِ لَيْلَ نَهَارَ

12) اْلإِخْوَةُ : lebih sesuai berbanding al-ikhwaan

13) إِيَّاهُ : pelengkap ayat kerana akhbaro boleh menjadi fe’el muta’addi yang memerlukan maf’ulain….Maf’ul pertama :dhomir kum dan maf;ul saninya: iyyahu.

14) يَشْعُرْ : mesti mufrad…kerana dlm undang-undang jumlah fe’liyyah …feel itu apabila duduk di depan ( sebelum fa’iel) maka tak akan dipengaruhi sedikit pun oleh kuantiti fa’ielnya(mufrad musanna jamak) tetapi ia hanya akan dipengaruhi oleh jantina si fa’ielnya tadi (muzakkar atau muannas). Jadi tolong buangkan wawul jama’ah beserta alifnya dlm teks asal…..Masyi ya habibi….

15) فَإِنْ كُنْتَ تَعْجَبُ مِنْ ذَلِكَ وَلاَ تُصَدِّقُ ، فأَقُوْلُ لَكَ: " مَنْ ذَاقَ عَرَفَ " ، أَوْ أَقُوْلُ لَكَ :" جَرِّبْ تَجِدْ " : …uslub ni menarik sebab bersifat global, dan ayat yang boleh diguna ketika berbicara dalam semua bidang, hafal ya. Uslub ini ditemui dalam sebuah kitab kuliah fakulti usuluddin. Ertinya: jikalau kamu merasa takjub akan hal yang demikian itu, maka ku katakan kepadamu: barangsiapa yang merasa, dialah yang mengetahuinya. Atau ku katakan padamu: cubalah dahulu, pasti kau akan dapati (rasai)……atau bahasa pasarnya: ( tak rasa dulu mana nak tau)

بَعْدُ (16 : ditambah utk makna “belum lagi”(not yet). Dengan syarat ditemani huruf jazam “(lam dan mim =lam)”.

17) وَالاِسْتِخَارَةِ : lihat teks asal, kalimah istikhoroh tak perlu hamzah kerana ia berasal dari keturunan feel sulasi mazeed bi salasati ahrufin(alif sin ta). Maka ketika madhi, amar juga masdar tak perlu ditulis hamzah qotho’.

18) سَمِيْعٌ : ditambah supaya memberi isyarat harapan kepada orang bujang lelaki dan wanita, bahawa ada ZAT yang sedia mendengar (iaitulah ALLAH TAALA) akan segala permohonannya , rintihan hatinya, kebimbangannya sekiranya tiada berjumpa ia dengan pasangan sesuai buat teman kerana sekian lama sunyi hidupnya.

سَمِيْعٌ ditambah dalam ayat juga berfungsi sebagai kalam penguat jiwa supaya tabah orang-orang dari golongn tadi…supaya menjadi motivasi mudah-mudahan tiada putus asa ia daripada istikhorohnya…usahanya dalam mencari si ‘dia’

Ia juga berfungsi sebagai penggalak kepadanya supaya bersungguh-sungguh dalam menyemai benih-benih doanya di ladang istijabah ilahiyyah sebanyak yang mungkin. ALLAHUMMA ZAWWIJIL BANIINA WAL BANAATI, AS-SOLIHIINA WAS-SOLIHAATI. ALLAHUMMA AMIIIN.

19) مُجِيْبُ الدَّعَوَاتِ : ditambah supaya berfungsi sebagai mengingatkan :

---- BAHAWA ALLAH itu pasti akan menunaikan hajat dan doa drpd yang meminta, yang sabar berdoa kepadaNYA….

---- Dan BAHAWA ALLAH itu janjinya tepat, baca ALQURAN ,surah Ali Imron ayat 9 : ertinya: (( For ALLAH never fails HIS promise ))

---- Dan BAHAWA sebagai hambanya,sayugia ia berbaik sangka pada ALLAH tuhan yang menciptakannya, yang mengatur segala gerak diamnya, denyut jantungnya, turun naik nafasnya, pejam celik matanya…

Demikian juga hal semua makhluknya, berbaik sangkalah hamba terhadapNYA akan bahawa doa itu pasti akan dimakbulkan, kerana DIA MAHA MENGETAHUI.

---- DAN perlu ia melazimi sabar….serta melihat dan merenung dalam-dalam akan dirinya dan lagi membanyakkan menangis mengingat BAHAWA dirinya itu hanyalah makhluk semata-mata, tiada leluasa untuk merealisasikan kehendaknya melainkan dengan QUDROH dan IRODAH ALLAH jua…dan tiada daya upaya ia, teramat lemahnya, mengapa tidak ? Sesungguhnya tidak dapat tiada ia daripada berhajat kepada teman hidup untuk dirinya, iaitu pasangannya, yang saling membantu mengurus rumahtangganya, makan minumnya, sakit peningnya, tempat rehat dan tidurny, tempat ibadahny dan kemaslahatan anak-anaknya nanti.

Sedangkan ALLAH MAHA BERKUASA, MAHA HEBAT, MAHA GAGAH, yang mengatur perjalanan hidup sekalian makhluknya. Mentari, rembulan, sungai, lautan, gunung-ganang, tumbuhan, manusia, haiwan hatta makhluk sekecil mikroorganisma. (spirogyra, amoeba , dll ) itu semua ALLAH jua lah yang mentadbir, mengawasi tak pernah leka walau sedetik, tak pernah penat walau sesaat..

MAHA SUCI ALLAH yang mengatur alam ini tanpa bantuan sesiapa,
Tidak perlu sekutu menolongnya menegakkan langit tinggi ,
Atau rakan kongsi menghamparkan bumi,
Mengalirkan sungai dan lautan, menggerakkan kepulan awan,
Tiada melahirkan anak, dan tiada pula diperanakkan,
Tiada isteri atau pasangan,
MAHA SUCI ALLAH TAALA daripada segala sekutu dan para pembantu.

---- Dan BAHAWA sebagai hamba, hendaklah mengetahui ia sesungguhnya doa permintaan itu akan terkabul …tetapi tiada syarat bila akan terkabulnya? Hari ini @ esok @ lusa, di dunia ini atau di akhirat nanti. Ketahuilah sesungguhnya jika tidak dikabulkan di dunia, nescaya akan disimpan doa itu dalam perbendaharaan ALLAH. Sehingga hari Qiamat. Lalu dibentangkan permohonannya yg belum terkabul di dunia, dan digandakan ganjarannya sehingga terpegun ia, bersyukur gembira dengan limpahan RAHMAT DAN KASIH SAYANG ALLAH TAALA yang tiada terhingga.

Perhatian: Di akhir teks berbahasa arab, telah disertakan matan sebuah hadith siap dengan syarahnya, agar tiada pihak yang berani menterjemahkan sendiri sesuka hatinya dan pantas menghukum orang lain sewenang-wenangnya (sebab kebiasaannya dalam memahami nas syara’ dengan mafhum zahirnya sahaja) semoga matan hadith dan syarahnya itu merata manfaatnya buat pedoman jalan kehidupan di dunia.

Sekian, Wassalam….


Credit : Mumtaz For Brother Syafiq Elias..

P/S : Posting di atas adalah hasil daripada pembetulan yang dikarang oleh Ust Syafiq bagi posting saya yang terdahulu iaitu DARI HATI KE HATI. Untuk membesarkan screen anda bagi membaca tulisan jawi di laman ini dengan lebih jelas, sila tekan CTRL beserta (+) beberapa kali mengikut kesesuaian.

Wallahu'aalam.

[+/-] Selengkapnya...

Saturday, January 17, 2009

Dari Hati Ke Hati...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أسرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد،

أشكر الله تعالى على نعمه الكثيرة، ومن أهمها نعمة الإسلام والإيمان، وعلينا جميعا أن نشكره كثيرا، ومن علامات الشكر لله عز وجل، القيام بجميع أوامره واجتناب محارمه.

عندما أكتب هذه الرسالة إلى حضراتكم،كان إخواننا المسلمين في غزا قُتِلَوا ودُمِّروا وحُصِرُوا، وقد استمرت الحرب على غزا وأهلها منذ واحد وعشرين يوما. وقد ارتفع عدد الشهداء (اليوم) الى مبلغ 1170 شهيد وأصيب أكثر من 5200 شخص. وارتكبت قوات الاحتلال الإسرائيلي جريمة عظيمة لِاستهداف الضعفاء والأطفال والنساء في عملياتهم. ويبدو أن هذا الحرب أسواء ما كان منذ هزيمة اليهود عام 1967. وحتى الآن، لم أر بالتأكيد أن هذا الحرب سيقف في وقت قريب.

نسأل الله تعالى أن ينصر إخواننا المسلمين والمستضعفين في غزا على أعداءهم اليهود، اللهم اهزم اليهود ومن والاهم من المنافقين والمحاربين لدينك يا رب العالمين. اللهم يا منزل الكتاب ويا مجري السحاب ويا سريع الحساب ويا هازم الأحزاب أهزمهم يا قوي يا قادر.

نحن الآن في منتصف الشتاء، أشعر بالبرد الشديد حتى ولو كنت ألبس الملابيس الكثيفة. وقد أصبت بالحمي والصداع الشديد في الأسبوع الماضي حتي يجبرني البقاء في البيت تماما. استمرت فوق المضجع ولم أذهب إلى أي مكان حتي إلي المعهد القرطبة. وكانت زوجتي ترافقني وتعالجني وتطبخ لي عصيدة وشربة. وهذه هي فوائد الزواج أيها الإخوان والأخوات أريد أن أخبركم، لم تشعروا بها العزاب قط. إذن، من استطاع منكم الباءة، فليتزوج، فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج. إن لم تجد المرشحة فعليك البحث والإستخارة والدعاء، فإن الله قريب ومجيب، ولكن إن لم تستطع، فعليك الصبر والصيام فإنه لك وجاء، أما إن لم ترد الزواج ابداً بدون السبب، فلست من أمة محمد صلي الله عليه وسلم، لأنه يقول : فمن رغب عن سنتي فليس مني


Alhamdulillah, setelah lama menyepi kini diberikan kesempatan sekali lagi untuk mengisi ruang yang tersedia ini. Mohon maaf kepada semua pengunjung yang datang dan pulang dengan tangan kosong kerana mesej yang tidak terbalas dan ruang yang tidak berkemaskini. Saya terkejut kerana sepanjang blog ini tidak dikemaskini, pengunjung yang datang setiap hari mencecah 30 – 40 orang. Alangkah ruginya saya kerana kesemua mereka pulang dengan tangan kosong.

Menulis ini juga seperti kita berkata-kata. Jikalau kita bercakap dengan teladan dan telah kita amalkan terlebih dahulu agar menjadi ikutan orang yang mendengarnya, maka ia akan melekat dan terpahat di dalam jiwa yang mendengarnya. Namun jika kita hanya berkata-kata tanpa terlebih dahulu melaksanakannya serta mengamalkannya, maka kesannya kepada pendengar dan pembaca juga akan berkurang seolah-olah ianya masuk telinga kanan dan keluar telinga kiri saja. Ia tidak datang dari hati kerana kita juga tidak terarah untuk mengamalkannya. Pepatah arab ada mengatakan :

ما خرج من القلب وقع في القلب و ما خرج من اللسان لا يتجاوز الأذنان

Maksudnya : Apa yang keluar dari hati itu akan melekat di dalam hati yang mendengarnya, dan apa yang hanya keluar dari lidah itu tidak akan dapat melepasi telinga-telinga yang mendengarnya.

Tentu sukar bukan untuk memberikan perkataan dan tulisan yang memberikan kesan kepada yang mendengar dan membacanya..?!

Di dalam al-Quran pula ada dinyatakan bahawa Allah SWT melaknat orang-orang yang sering bercakap namun tidak melaksanakan apa yang diperkatakannya. Cakapnya terlebih banyak dari amalnya. Allah Berfirman di dalam surah as-Saff ayat 2 dan 3:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لِمَ تَقُولُونَ مَا لَا تَفْعَلُونَ (2) كَبُرَ مَقْتًا عِنْدَ اللَّهِ أَنْ تَقُولُوا مَا لَا تَفْعَلُونَ


Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman, kenapakah kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu kerjakan? Amat besar kebencian di sisi Allah bahwa kamu mengatakan apa-apa yang tidak kamu kerjakan.

Sesungguhnya, apa yang kita katakan, kita tulis, kita fikirkan, kita gambarkan, kita rasakan, semua itu akan dipertanggungjawabkan oleh Allah Taala di akhirat nanti. Allah Taalah berfirman di dalam surah Al-Israa’ ayat 36:


وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا

Maksudnya : Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.

Sukar bukan? Itulah yang saya fikirkan....

[+/-] Selengkapnya...

Friday, January 16, 2009

Maklumat Yang Mendukacitakan...


Bismillah...

Makluman kepada semua...

Dukacitanya dimaklumkan, bahawa Produk Pen Drive Sony Vaio yang diiklankan di bawah telah pihak kami hentikan pengedarannya. Ini disebabkan oleh beberapa masalah teknikal yang tidak dapat kami atasi sehingga kini. Kami mohon maaf kepada semua dan ribuan terima kasih kami ucapkan kepada anda yang berminat untuk menempah dan membeli. Juga kepada seluruh wakil jualan yang terlibat. Nantikan produk-produk lain yang bakal menyusul kelak, insyaaallah..

Wallahua'alam

[+/-] Selengkapnya...

Friday, December 26, 2008

PENDRIVE SUPER SONY VAIO : AHLAN WASAHLAN

Bismillah...

Sila Alihkan pandangan dan tumpuan anda pada iklan di bawah ini..

PENDRIVE BERKAPASITI TINGGI (SETANDING HARDISK) TELAH BERADA DIPASARAN...

Harga di pasaran arab untuk 32 GB sekarang adalah LE 375 !!!

Dengan kami anda tidak perlu bayar lebih;

32 GB = LE 225
64 GB = LE 295
200 GB = LE 445

Plus tawaran menarik untuk 100 pembeli pertama...!!!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini..!!!

Sila Klik Iklan di bawah untuk maklumat lanjut..

TAWARAN BERMULA HARI INI 26 Disember 2008



Sila hubungi saya atau pengedar terdekat anda untuk tempahan. Maaf jika anda terlambat, kerana bilangan amat terhad untuk harga GEMPAQ ini..

Wallahu'aalam

[+/-] Selengkapnya...

Monday, September 22, 2008

Ramadhan Kareem & Selamat Hari Raya

Bismillah…


Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah Taala dengan segala nikmat yang telah dikurniakan-Nya. Pejam celik, pejam celik, Ramadhan al-Mubarak sudah masuk penggal ke-3 dan merupakan fasa terakhir yang dikenali dengan ’Akhiruhu ’itqun min an-naar’ (keselamatan dari api neraka Allah Taala). Moga kita semua tergolong di kalangan mereka yang terselamat dari azab tersebut ameen. Fasa terakhir ini juga yang menurut sebahagian besar ulamak mengatakan terdapat salah satu dari malamnya yang digelar dengan ’Lailatul Qadar’. Malam yang lebih baik dan mulia dari seribu bulan. Ya Allah, jadikanlah kami sebahagian dari malam itu, Ameen.

SMK TUN AMINAH, BATU PAHAT.

Pejam celik, pejam celik, minggu ini juga merupakan minggu terakhir saya di Sekolah Menengah Kebangsaan Tun Aminah (girls school), Batu Pahat. Sekolah perempuan yang majoriti cikgunya juga adalah perempuan ini merupakan sekolah pertama di Malaysia, tempat saya menumpahkan bakti dan menceduk pengalaman mengajar. Hampir dua bulan saya di sini, pelbagai ragam dan pengalaman dapat saya ’burn’kan dalam memori kehidupan saya. Menangani karenah adik-adik perempuan ini kadang kala memeningkan juga. Namun ia satu pengalaman yang amat berharga. Setelah sebulan di sini, alhamdulillah kami mampu tertawa, tersenyum dan pernah juga menangis bersama. Ya, mereka pernah menangis bersama saya.

Kesemua pelajar dari 12 kelas yang saya didik itu telah saya bawa mengembara ke angkasa lepas. Meninjau-ninjau keluasan dan kebesaran Allah S.W.T. Juga melihat-lihat kebesaran dan ciptaan Allah Taala yang terdapat di dalam diri sendiri. Juga melihat-lihat masa depan yang bakal di lalui bersama Mungkar dan Nakir di alam barzakh. Ya, mungkin itu semua yang membuat kami gembira lalu menangis. Kesemua pengalaman yang dipaparkan itu membawa matlamat yang satu, mengenal siapakah diri ini. Kalau ditanya kepada mereka selepas ini siapakah mereka, insyaallah mereka mampu menjawab sekurang-kurangnya, saya hamba Tuhan. Kalau ditanya kepada mereka apakah itu Islam, sekurang-kurangnya mereka mampu menjawab Islam is the beutiful way of life.

Hakikat yang saya lalui memang kadang kala menyedihkan jika difikirkan. Mereka semua seolah-olah terabai dengan sebab examination-oriented yang berleluasa. Pelajar dinilai cemerlang dengan kejayaan dalam peperiksaan semata. Aspek yang lebih penting iaitu praktikal atau amali seolah-olah dipinggirkan. Yang penting adalah silibus bukan penerapan nilai-nilai amali dan praktikal. Akhirnya pelajar hanya mampu menjawab peperiksaan, tetapi gagal melaksanakannya di dalam kehidupan. Sebagai contoh pelajar tahu tugas malaikat Raqib dan Atid, namun ia seolah-olah hanya ilusi kerana pelajar tidak takut membuat kesalahan dan jenayah walhal Raqib dan Atid itu tidak pernah tertidur menulis amalan manusia.

Saya akui, ini bukan kesilapan pihak sekolah semata-mata. Peranan ibu bapa yang menjadikan sekolah sebagai pusat pemulihan akhlak juga dilihat menambah parah lagi situasi ini. Ayah ibu hanya pandai ’cari duit’ untuk hantar anak ke sekolah namun terlupa tanggung jawab ibu bapa bukan sekdar mencari rezeki malah kasih sayang, akhlak, caring dan lain-lain aspek sebagai pendidikan tidak rasmi di rumah sering kali diabaikan. Tanggung jawab ’Qu anfusakum wa ahlikum naara’ (peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka) telah bertukar kepada pihak sekolah seolah-olah pihak sekolah sahaja yang bakal disoal oleh Mungkar dan Nakir nanti di kubur. Mungkin ayah ibu juga harus didehkan dengan siksa kubur dan neraka sewaktu pengajian di masjid-masjid agar tidak mengabaikan peranan dan tanggung jawab ini.

RAMADHAN DAN HARI RAYA

Ramadhan ini amat berlainan sekali dengan ramadhan yang sebelum ini. Ramadhan kali ini saya telah bergelar suami. Ramadahan dan hari raya ini juga merupakan yang terkini selaps lebih 3 tahun tidak kembali ke tanah air. Tahun lepas saya melalui Ramadahn dan Aidil Fitri di Kota London. Tahun sebelumnya di Cairo dan sekarang di Malaysia. Perbezaan yang ketara di antara ketiga-tiga tempat ini ialah dari segi sambutannya. Ramadahan di Mesir dikira sebagai perayaan ibadah. Ramadhan di London agak sederhana manakala Ramadhan di Malaysia merupakan perayaan atau pesta makanan.

Ramadhan di Malaysia, semakin puasa semakin mudah menemui pelbagai jenis juadah sehingga sebahagian besar siaran TV memuatkan tentang petua dan cara masakan sehingga kepada live ke bazar-bazar seluruh negara dan dokumentari khas berkaitan makanan-makanan yang istimewa. Bazar-bazar itu sudah satu fenomena Ramadhan di Malaysia. Tidak lupa juga dengan lelong kuih di malam raya yang berlarutan sehingga waktu subuh. Selepas subuh tertidur sihingga tidak solat sunat hari raya dan tidak ziarah menziarahi. Bagi yang berpuasa sebulan rayanya juga sebulan. Kanak-kanak antara yang paling gembira dengan mercun, bunga api dan duit raya. Upin dan Ipin juga tidak dilupa. Marhaban dan ziarah menziarahi memenuhi 30 hari di bulan Syawal. Puasa makan, raya pun makan itulah suasana di negara kita.

Di Mesir, teringat saya kepada iftor jamaie (majlis berbuka puasa beramai-ramai), ’Maidatul Rahman’ (tempat-tempat percuma untuk berbuka puasa) dan keriuhan malam-malam Ramadhan dengan solat tarawih, tazkirah dan kuiz ramadhan di masjid-masjid yang penuh seperti penuhnya masjid di Malaysia di pagi hari raya. Pintu masjid dibuka seluas-luasnya dan tidak lupa juga fenomena solat tarawih di atas jalan raya kerana berimamkan Syeikh Jibril di masjid Amru. Pagi hari raya, sekembali dari masjid, taman-taman bunga dipenuhi oleh warganya. Sambutan hari raya diadakan di taman-taman bunga. Tiada marhaba dan duit raya. Hari raya hanya satu hari itulah bukan sebulan seperti di Malaysia.

Di london teringat saya kepada perubahan dan hormatnya warga kota kepada Bulan Ramadhan. Namun begitu, itu juga pengalaman yang agak pelik bagi saya. Maaf sekadar coretan dan harap tiada siapa yang terasa. Kalau terasa alhamdulillah. Saya berjumpa dengan pelbagai ragam puasa. Ada yang puasa tapi tak sembahyang. Bulan-bulan lain memang dia tidak sembahyang, Tapi hormatnya dengan bulan Ramadhan, dia berpuasa juga. Puasa tapi hisap rokok juga. Katanya asap rokok bulan ramadhan ni tak boleh sedut dalam-dalam. Nanti batal puasa. Macam-macam ragamnya.

Namun bagi ahli Ramadhan. Walau di mana mereka berada insyaallah mereka tahu bagaimana mahu merayakannya. Orang-orang terdahulu menangis ketika Ramadhan hampir pergi dan minta dapat bertemu lagi dengan Ramadhan tahun berikutnya. Kita pula gembira dengan perginya Ramadhan kerana 1 Syawal itu lebih istimewa gamaknya. Tanya diri sendiri : anda bagaimana pula??

Wallahu’aalam

[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, August 12, 2008

MLM Min Jadid...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله, بعد القراءة الناقصة والبحث القصير عن الموضوع تسويق الشبكي أو يسمي ب التسويق متعدد المستويات وجدت أن هذا الموضوع ولو كان قد اشتهر منذ عام 1930 على يد شركة إيموي ومنتجها المعروف ب نوتريليت ولكن البحث الدقيق الموضح عنها قليل جدا حصوصا في حالة موافقته مع قواعد الشرعية.

وقد اكتشفت فقط في شبكة الإنترنيت صراحة, في مواقع المكتبات والجامعات ولم أجد سوي 3 رسائل الجامعية التي يبحث عن تسويق الشبكي, إلا أن هذه الثلاثة مكتوبة في الجامعة ألإندونيسية. وأريد أن أقول أن هذا الموضوع لم يبحث قط في بلادنا مالزيا خصوصا تحت الإسم رسالة الجامعية وعلى التفصيل في مجال الشريعة الإسلامية.

ويبدو هذا الموضوع صعوبة جدا للإبحاث عندما عريض مجاله وكثرة طريقته ومتعدد صورته. كما قال الباحث, أن هناك 3 مليون المالزيين يشتركون فى هذا البرنامج التسويق في عام 2003, وبالتأكيد أن هذا المبلغ سيرتفع حينا بعد حين. وهذا ما حدث في العالم كله, قال الباحث في أحد الموقع, أن هناك حوالى 65 مليون المشتركين تحت إشراف 1400 شركة التسويق متعدد المستويات حول العالم. وعلى هذا الحقيقة, لا بد للعلماء المسلمين أن يبحث ويدرس دراسة متحصصة ليقدم ويهدى هؤلاء المشتركين وأصحاب الشركات الى تسويق الشبكي الشرعى.

فإن شاء الله تعالى, سأكون واحدا منهم الذين يجتهدون ويشرحون عن هذا الموضوع, وعلى وجه الخصوص في تقابله مع القواعد الشريعة الإسلامية. وأدعوكم جميعا مشاركتي في هذا العمل. وأسأل الله تعالى العافية والسلامة, وأن يهديني ويرشدني في إتمام هذا البحث وجعله نافعا لي وللمسلمين جميعا ويزداد لي في ميزان الخير ويكتب لي الإخلاص والخلاص من عذاب الدنيا والأخرة آمين.

والله أعلم بالصواب


Alhamdulillah, setelah beberapa ketika membaca dan mengkaji tentang Multi Level Marketing (MLM) atau dikenali juga dengan Network Marketing, saya mendapati bahawa walaupun sistem ini telah ditemui pada sekitar tahun 1930 yang dipelopori oleh syarikat Amway dengan produknya Nutrilite, akan tetapi perbahasan yang berkaitan dengan tajuk ini amatlah terbatas terutamanya perbincangan dari segi pandangan syarak.

Saya telah membuat pemerhatian (akan tetapi hanya di dalam internet), di web-web Perpustakaan Universiti sekitar Malaysia dan Indonesia, saya hanya mendapati hanya ada 3 tajuk yang membahaskan tentang topik ini secara khusus dalam tesis atau disertasi. Lebih menyedihkan lagi, ketiga-tiga tajuk itu dibahaskan bukan di Malaysia tetapi di Universiti Indenesia, Negara jiran kita. Saya berani menyatakan, ia seolah-olah belum lagi dibahaskan di negara kita terutamanya berkaitan dengan MLM syarie di dalam tesis-tesis dan disertasi.

Tajuk ini kelihatan agak sukar untuk dibincangkan memandangkan skopnya yang amat luas yang memerlukan pemerhatian di dalam beberapa skop dalam perniagaan secara Islam. Ianya bertambah sukar apabila setiap MLM mempunyai pembawakan dan sistem yang berbeza-beza. Menurut pengkaji, sejumlah 3 juta rakyat Malaysia telah menyertai MLM pada tahun 2003 dan angka ini pastinya akan terus bertambah. Fakta juga menyatakan bahawa terdapat 65 juta pendokong MLM di seluruh dunia di bawah sejumlah kira-kira 1400 syarikat yang berteraskan operasi MLM. Oleh yang demikian, keterlibatan ulamak dalam memperjelas hukum yang berkaitan dengan MLM amatlah perlu bagi memandu para peserta MLM dan pemilik syarikat agar bertepatan dengan kaedah syarak.

Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian dari para pengkaji itu dan dalam masa yang sama menyeru anda semua untuk turut serta membuat pengkajian dan penelitian. Di sana terlalu banyak syarikat MLM yang tidak di ketahui status halal haramnya, namun telah mempunyai jumlah pengikut dan pendokong yang sangat ramai. Saya bermohon kepada Allah Taala agar mengurniakan keselamatan dan perlindunganNya. Moga Allah memberikan pimpinan dan hidayahNya dalam usaha saya membuat kajian ini. Semoga ia memberi manfaat kepada saya dan seluruh muslimin. Moga Allah menjadikan usaha ini dalam timbangan kebaikan dan ikhlas keranaNya serta terlepas dari azabNya di dunia dan akhirat. Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 06, 2008

Joining Network Marketing?? Please Be Careful!!

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

I would like to write about “MLM (Multi Leval Marketing) In Syariah View” under dissertation of my master’s degree. But, this issue is too broad. My friend told me, this topic is unsuitable for master dissertation. You have to make it more specified said my friend and my mind still blur till now how to make the topic more evident. Can you help me please?

There are big different between master’s thesis in Malaysia and Egypt. Maybe you can write about “Zakat Petroleum” in your thesis in Egypt but I think not here in Malaysia. Maybe you have to add something like “Zakat Petroleum : Comparison of management between Malaysia & Iran”. Ya, maybe like that. So, I got the answer. Maybe I can write something about “MLM’s Syariah in Hai-O Enterprise Berhad (One part Of Multi Leval Marketing Company) or Maybe Up-Trend, Lumberger etc.

I keep searching and learning about MLM that also known as Network Marketing. It is a business distribution model that allows a parent multi-level marketing company to market their products directly to consumers by means of relationship referral and direct selling (Please refer http://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing). This style of business has been joined by most of the peoples in Malaysia. And the main issue is, their don’t have any information about the status of syariah approval. Is it pass Halal, or confirm Haram or HALAM (I mean mix the Halal and Haram together)

Pengalaman Bersama Pra-Jutawan Hai-O

“Erm, Adik mesti teruja tengok akaun akak ni kan dik. Akak ni Jururawat je dik, manalah pandai berniaga. Tapi adik mesti gempak kan tengok cek-cek yang akak dapat ni. Nama akak ni semua dik. Ni semua Hai-O yang bagi dik, Untuk orang Islam kita, bumiputera kita dik.” Kata-kata seorang kakak yang bersungguh mahu menarik saya menyertai My-J di bawah Hai-O Enterprise Berhad sebulan yang lepas. Saya di ajaknya bersungguh-sungguh mengikuti sesi presentations di depan kedai makan bersebelahan kedai saya bekerja.

“Ye lah dik, walaupun Bos besarnya cina, tapi dia dapat anugerah tokoh maal hijrah Malaysia tahun lepas tau. Sumbangan dia dalam melahirkan ramai jutawan-jutawan bumiputera di Malaysia. Mana ada cina nak tolong bumiputera macam ni. Ni lah peluang kita. ”

“Akak sebelum turun jumpa client-client akak ni, akak dah solat hajat mintak kekuatan dari Allah dik, moga-moga ramai terbuka hati dapat join sama macam akak. Baru-baru ni akak pergi umrah, tu pun Hai-O yang support dik. Akak doa kat sana mintak petunjuk, akak yakin dik, Akak di jalan yang benar, akak tak akan pandang ke belakang lagi.”

Saya sebenarnya ada juga mengkaji perjalanan Hai-O sebelum kedatangan kakak bakal jutawan Hai-O tadi ni. Tapi sengaja saya buat langsung tak tahu untuk mendapatkan maklumat yang mahu saya cari-cari selama ini. Begitulah gayanya. Menurutnya lagi, beliau adalah orang nombor 5 dalam Hai-O di Johor ni.

“Adik tengok gambar-gambar ni dik, ni semua orang yang telah berjaya dengan Hai-O. Tengok kereta dia orang dik. Akak pun akan angkat c 200 tak lama lagi.”

“Adik risau pasal modal ker dik?. Jangan risau, modal boleh cari dik. Tak banyak, Cuma RM 21k je dik. Boleh buat pinjaman kat bank-bank. Sebut je Hai-O insyaallah dik, success.”

“Adik tak akan rugi join Hai-O ni dik. Akak boleh terangkan nanti. Adik tak jual barang pun adik tak rugi. Dijamin tak rugi dik. Ye lah dik, kalau adik jual, lagi la banyak adik dapat. Ni tak macam MLM yang lain dik (sambil menyebut keburukan MLM-MLM lain yang tak perlu saya nyatakan di sini), Sapa cepat, sapa rajin dia kedepan. Orang atas tak makan orang bawah dik”.

“Bulan pertama adik join Hai-O, diaorang bagi adik cash RM 4k, bulan seterusnya kalau adik dapat cari lagi dua orang bawah adik, automatic adik dapat RM 6k, tak payah jual barang dik.”

Beliau menerangkan kepada saya cara perjalanan business koporat My-J yang bergerak di bawah Hai-O Enterprise Berhad. Setelah panas punggung saya, Saya pun berikan beberapa soalan cepu emas kepada kakak ni. Bukan niat saya nak jatuhkan sapa-sapa dengan tulisan ini. Tapi biarlah kita jelas status business yang kita mahu sertai agar selamat akaun kita dari perkara-perkara yang tak lepas syarak (kata yang lebih tegas selamat dari perkara-perkara haram).

Soalan pertama :

Dari segi syarak macam mana kak Hai-O ni?
- Apa tak boleh pulak dik. Islam tak larang kita berniaga dengan cina kan. Nabi tak pernah larang kan. Walaupun ada orang kata arak ada dalam Hai-O ni dik, tapi akaun dia orang asing dik.

Soalan Kedua :

Hai-O ada penasihat Syariah Kak?
- Erm, akak pun tak taulah dik. Yang akak tau boleh dik business ni.

Saya dah tak tahan terus buat kesimpulan. Tak pe lah kak, saya sebenarnya tak tau status business ni. Saya kene kaji dulu. Saya tak heran modal dia besar dan saya pun tak teruja dengan untung yang banyak berjuta-juta, Tapi yang saya risau hasil kita tu kak. Ni kan untuk keturunan kita juga. Baik yang kita dapat baiklah yang kita tinggal untuk zuriat kita.

Sempat pula kakak tu pesan kat saya : “Adik kaji lah dulu yer. Kalau adik dah dapat jawapannya esok call la kakak. Ingat dik cabarannya memang banyak nak senang ni. Orang kata kita macam-macam. Bila dah senang macam kakak ni, semua yang bising-bising tu tutup mulut tak kata apa. Adik kena berani buat keputusan”

Bagi saya cukup dengan dua soalan tadi menunjukkan ketidak fahaman kakak ni dengan undang-undang syariah dalam perniagaan. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Ini sekadar coretan pertama dalam bab MLM dan tulisan seterusnya akan menyusul akan datang insyaallah.

Persoalan yang perlu di jawab akan datang :

1 Saya baru tahu Hai-O ada jual arak (http://en.hai-o.com.my/new/business_retailing.asp) Betulker arak-arak yang dujual telah di asing akaunnya. Kalau betul siapa yang selia dan siapa pula yang telah jadi sekuritinya. Penasihat syariah juga tiada, lalu bagaimana? Alasan dapat pergi umrah, solat hajat dan lain-lain tidak boleh dijadikan hujah untuk melepaskannya.

2 Boleh ker pelaburan kita dijamin pasti untung. Pasti tak rugi seperti yang kakak tu kata. Kalau modal RM 21k itu bukan pelaburan, apa pula nama komisyen bulan pertama sebanyak RM 4k yang bakal diberikan?

3 Adakah di sana pelaburan-pelaburan ke tempat lain yang dilakukan oleh Hai-O dalam mengembangkan businessnya di luar Negara. Tentunya banyak anak-anak syarikat dan tempat-tempat pelaburan yang belum lagi terungkai halal dan haramnya disebabkan ketiadaan sekuriti syariah dalam Hai-O

Siapa boleh Bantu Jawab???

Wassalam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, August 04, 2008

Marroh Ula Bil Arobiah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله ثمّ الحمد لله, أشكر الله علي نعمه الكثيرة حتي ما أستطيع أن أحصاها, وأستغفرالله العظيم علي ذنوبي الوافرة ما أعلنت منها وما أسررت وما أنت أعلم به منّي, اللهم استرعيوبي وزوجتي, واستر أبي وأمّي, واستر مشايخي وأسرتي وإخواني المسلمين جميعا, فإنّي لا أرجو سترا ومغفرة سواك ولا حول ولا قوة إلا بك يا حيّ يا قيوم, يا ذالجلال والإكرام.

اللهم صلّ وسلّم وبارك علي حبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد, وعلي آله وصحبه والتابعين ومن اهتدي بهديه إلي يوم الدين, فأما بعد :

هذه هي مرة أولي أعمل الرسالة إلي حضراتكم باللغة العربية. وكنت صراحة اعترفت علي ضعف مهارتي في جميع نواحي اللغة خصوصا في الكتابة والمحادثة, لقلة الممارسة والمعاملة ويبدو أكثرضعيفا بعد ما رجعت من السفر إلي إنجلترا بلاد الإنجليزي . ولهذا أفضلكم تفضلا محبوبا بتصحيح كتابتي وتجميل أسلوبي المروّع, وجزاكم الله خير جزاء علي حسن مشاركتكم في هذا الموقع الصامت.

أتذكر الحوادث التي ظهرت مند رجوعي إلي ماليزيا بلادي الحقيقي, منها مشاركتي في البرنامج صباح ماليزيا مع مديرالمجلس الدين الإسلامي بحكومة جوهر, داتوء ذليل بن بارون تحت الموضوع إدارة المجلس مع الأموال الذكاة في ولاية جوهر. وكنت علي نيابة وكيل الجوهرين بجامعة الأزهر الشريف يطالبني التحدث عن الخبرات وأحوال طلاب المالزى خصوصا من جوهرفي مصر, ولكن الموضوع قد تغيّر في بداية البرنامج حزنيا. أجبت ثلاثة أسئلة ويعطني سؤال الرابع وهو الخطاب الأخيرة للمستمعين والمشاهدين باللغة العربية. والله لقد فجئت بذالك, ولم أدري إلقاء اي كلام ما سوي "شكرا وجزاكم الله خير جزاء" وباقي الكلام باللغة المالزية.

.ما شاء الله , ما هذا الكلام؟ ما أستطيع إلقاء القول إلا هذا. ما في كلام ولا خطاب آخر؟ هذا أمر خسيس جدا. وبعد هذا اللقاء, عقدت عزما مصمّما داخل قلبي كي أمارس هذه اللغة العشيقة يوميا ولم أريد مفارقته مرة ثانية. فإن شاء الله سألوّن هذا الموقع باللغة الثلاثة وهي المالزي والعربي والإنجليزي سويا. وأسأل الله تعالي الهداية والتوفيق والمغفرة والنصرة في الطريق إليه والعمل بدينه والخدمة لإعلاء كلماته آمين.

Rakaman Selamat Pagi Malaysia TV1


Rakaman video yang diterima rosak, hanya separuh yang dapat diselamatkan. Jangan terkejut dengan tajuk yang bakal anda saksikan. Saya tidak menyangka tajuk itu yang yang akan diberikan.


[+/-] Selengkapnya...

Monday, July 14, 2008

Selamat Tinggal 'sayang'ku...


Bismillah...

Waktu itu di Kedai Tongkang Pechah, hari Jumaat, sekitar jam 11.45 pagi. Aku sedang bersiap untuk membuat posting di laman ini. Aku bercadang untuk membuat posting di dalam bahasa arab. Maklumlah, bahasa arab perlukan penelitian yang lebih terutamanya dalam penulisan. Sudah hampir separuh aku menulis, tiba-tiba terdetik hati untuk ke bandar sebentar mengambil tempahan baner pelanggan yang sudah siap dicetak. Sayang-'sayang'ku seolah-olah berat untuk melepaskanku pergi. Tapi hati ini berat juga hendak pergi. Aku bergegas masuk ke kereta, melambai-lambai sambil menekan hon kereta lantas pergi.

Dari tadi kelihatan sebuah kereta GEN2 bewarna oren berlegar-legar di kawasan rumah kedai Jalan Bistari. Entah mengapa kelihatannya mencurigakan. Sejak tadi seolah-olah mencari-cari sesuatu. Di dalamnya seorang lelaki bertubuh gempal, bertopi dan berkaca mata di dampingi isteri dan seorang anak beusia lingkungan 3 tahun. Kelihatannya bukan warga tempatan tongkang pechah.

Ketika di bandar, hatiku berasa tidak tenteram. Entah mengapa hendak cepat pulang. Dalam perjalanan pulang aku terserempak dengan Kereta GEN2 oren tadi, kelihatan memecut laju menuju ke bandar batu pahat. Aku terus maju laju. Sampai di kedai kelihatan sayangku seolah-olah sedang kesampukan. Kelam kabut dan berwajah masam. Abang, tolong bang. Kelihatan di atas meja penuh dengan barang-barang yang seolah-olah sudah ditempah oleh seseorang. Sangat banyak. Tanpa berlengah aku membantu mengira dan membuat bill. Hatiku terus tidak tenteram. Namun aku bersahaja. Malang yang terjadi masih lagi tidak terhidu. Datang seorang mahu menggunakan mesin printer. Aku lantas ke meja belakang untuk membantu.

Kulihat di atas mejaku lapang. Ehh, apa yang tiada ni. Hatiku berdegup kencang. Lantas terus ku bertanya kepada sayangku. Ayang, mana 'sayang' abang??. Wajah sayangku terus berubah. Di dalam kepalaku bermain bermacam-macam persoalan. Namun ku tetap bersangka baik. Ke selesaikan permintaan lelaki tadi. Usai selesai printer digunakan. Aku mencari di mana 'sayang'ku. Ku bergegas ke tingkat atas, ke dapur dan ke seluruh ceruk kedai. Namun tidak juga kelihatan.

Aku yakin ia di sini tadi, di atas meja ini. Aku baru sahaja nenaip di sini sebelum keluar ke bandar. Aku lantas minta kepastian siapa yang datang tadi. Hanya ada 2 orang kata sayangku. Seorang berbaju lengkap pekerja hotel, ahh bukan dia aku menelah. Seorang lagi bertiga seorang bertubuh tegap, berkaca mata dan bertopi. Datang dengan isteri dan seorang anak lelaki berlagak sebagai seorang cikgu tadika. Ahh.. Persetan barang-barang ini miliknya??? tanya aku pada sayangku. Ya, katanya nak datang ambil selepas jumaat. Aku pantas membenarkan. Persetan keluarga pencuri. 'Sayang'ku telah dilarikan keluarga GEN2 oren tadi. Mahu kukejar namun waktu jumaat telah semakin hampir.

Aku terus bersiap mahu ke masjid. Sempat ku capai besi panjang dengan niat jika ku jumpa kereta GEN2 tadi akan ku pecahkan keretanya. GERAM yang teramat. Walaupun ia hanya laptop berjenama HP pavilion, dv 2000 special editions bewarna colat sawo matang berharga sekitar 800 pound ketika di beli, ia amat berjasa pada diriku dan sayangku. Segala-galanya hilang. Gambar perkahwinan, tempahan-tempahan design buku dan baner semuanya berada di situ. Bahan presentation telah kusiap semuanya di situ tanpa sempat membuat back-up di dalam external hardisk. 'Sayang'ku (Laptop} itu adalah sayangku yang kedua selepas sayangku yang ku sayangi ini (isteriku).

Petang itu aku dan sayangku ke balai polis membuat laporan. Ya pencuri tadi dengan modus operandi yang sama telah banyak kali mencuri. Pekedai dilekakan dan seorang lagi akan mengambil apa yang boleh di ambil. Berhati-hati jika anda di datangi dengan kereta GEN2 oren yang tidak diketahui nombor pendaftarannya itu. Mungkin anda adalah mangsa seterusnya.

Mungkin anda salah seorang dari mangsa mereka bertiga// Jom Hentikan mereka!!!

Aku yakin ada sinar disebalik kejadian ini. Alhandulilalh yang dilarikan adalah 'sayang'ku yang tidak bernyawa itu. Bayangkan, bagaimana jika yang dilarikan itu adalah sayangku yang bernyawa. Tentu lagi sukar untuk pilu ini pergi. Ermm.. sabarlah, insyaallah 'sayang'ku itu akan kembali lagi jika ia memang sudah miliku. Jika tidak kembali insyallah Allah mampu berikan yang lebih baik dari HP, mungkin Apple atau SONY vaio gamaknya.. Sapa yang tahu??? Hati ini tetap Ok alhamdulillah kerana masih ada sayang yang seorang ini. Sabar ye sayang, ujian ini kita akan hadapi bersama.

* Laptop ini adalah antara barang kenangan yang paling berharga bagiku yang sering mengingatkan daku pada KOTA LONDON dan seisi warganya..

Wallahu'aalam..

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails