-->

HijriDate

Tuesday, August 12, 2008

MLM Min Jadid...


بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله, بعد القراءة الناقصة والبحث القصير عن الموضوع تسويق الشبكي أو يسمي ب التسويق متعدد المستويات وجدت أن هذا الموضوع ولو كان قد اشتهر منذ عام 1930 على يد شركة إيموي ومنتجها المعروف ب نوتريليت ولكن البحث الدقيق الموضح عنها قليل جدا حصوصا في حالة موافقته مع قواعد الشرعية.

وقد اكتشفت فقط في شبكة الإنترنيت صراحة, في مواقع المكتبات والجامعات ولم أجد سوي 3 رسائل الجامعية التي يبحث عن تسويق الشبكي, إلا أن هذه الثلاثة مكتوبة في الجامعة ألإندونيسية. وأريد أن أقول أن هذا الموضوع لم يبحث قط في بلادنا مالزيا خصوصا تحت الإسم رسالة الجامعية وعلى التفصيل في مجال الشريعة الإسلامية.

ويبدو هذا الموضوع صعوبة جدا للإبحاث عندما عريض مجاله وكثرة طريقته ومتعدد صورته. كما قال الباحث, أن هناك 3 مليون المالزيين يشتركون فى هذا البرنامج التسويق في عام 2003, وبالتأكيد أن هذا المبلغ سيرتفع حينا بعد حين. وهذا ما حدث في العالم كله, قال الباحث في أحد الموقع, أن هناك حوالى 65 مليون المشتركين تحت إشراف 1400 شركة التسويق متعدد المستويات حول العالم. وعلى هذا الحقيقة, لا بد للعلماء المسلمين أن يبحث ويدرس دراسة متحصصة ليقدم ويهدى هؤلاء المشتركين وأصحاب الشركات الى تسويق الشبكي الشرعى.

فإن شاء الله تعالى, سأكون واحدا منهم الذين يجتهدون ويشرحون عن هذا الموضوع, وعلى وجه الخصوص في تقابله مع القواعد الشريعة الإسلامية. وأدعوكم جميعا مشاركتي في هذا العمل. وأسأل الله تعالى العافية والسلامة, وأن يهديني ويرشدني في إتمام هذا البحث وجعله نافعا لي وللمسلمين جميعا ويزداد لي في ميزان الخير ويكتب لي الإخلاص والخلاص من عذاب الدنيا والأخرة آمين.

والله أعلم بالصواب


Alhamdulillah, setelah beberapa ketika membaca dan mengkaji tentang Multi Level Marketing (MLM) atau dikenali juga dengan Network Marketing, saya mendapati bahawa walaupun sistem ini telah ditemui pada sekitar tahun 1930 yang dipelopori oleh syarikat Amway dengan produknya Nutrilite, akan tetapi perbahasan yang berkaitan dengan tajuk ini amatlah terbatas terutamanya perbincangan dari segi pandangan syarak.

Saya telah membuat pemerhatian (akan tetapi hanya di dalam internet), di web-web Perpustakaan Universiti sekitar Malaysia dan Indonesia, saya hanya mendapati hanya ada 3 tajuk yang membahaskan tentang topik ini secara khusus dalam tesis atau disertasi. Lebih menyedihkan lagi, ketiga-tiga tajuk itu dibahaskan bukan di Malaysia tetapi di Universiti Indenesia, Negara jiran kita. Saya berani menyatakan, ia seolah-olah belum lagi dibahaskan di negara kita terutamanya berkaitan dengan MLM syarie di dalam tesis-tesis dan disertasi.

Tajuk ini kelihatan agak sukar untuk dibincangkan memandangkan skopnya yang amat luas yang memerlukan pemerhatian di dalam beberapa skop dalam perniagaan secara Islam. Ianya bertambah sukar apabila setiap MLM mempunyai pembawakan dan sistem yang berbeza-beza. Menurut pengkaji, sejumlah 3 juta rakyat Malaysia telah menyertai MLM pada tahun 2003 dan angka ini pastinya akan terus bertambah. Fakta juga menyatakan bahawa terdapat 65 juta pendokong MLM di seluruh dunia di bawah sejumlah kira-kira 1400 syarikat yang berteraskan operasi MLM. Oleh yang demikian, keterlibatan ulamak dalam memperjelas hukum yang berkaitan dengan MLM amatlah perlu bagi memandu para peserta MLM dan pemilik syarikat agar bertepatan dengan kaedah syarak.

Saya berhasrat untuk menjadi sebahagian dari para pengkaji itu dan dalam masa yang sama menyeru anda semua untuk turut serta membuat pengkajian dan penelitian. Di sana terlalu banyak syarikat MLM yang tidak di ketahui status halal haramnya, namun telah mempunyai jumlah pengikut dan pendokong yang sangat ramai. Saya bermohon kepada Allah Taala agar mengurniakan keselamatan dan perlindunganNya. Moga Allah memberikan pimpinan dan hidayahNya dalam usaha saya membuat kajian ini. Semoga ia memberi manfaat kepada saya dan seluruh muslimin. Moga Allah menjadikan usaha ini dalam timbangan kebaikan dan ikhlas keranaNya serta terlepas dari azabNya di dunia dan akhirat. Amin.

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, August 06, 2008

Joining Network Marketing?? Please Be Careful!!

Assalamualaikum..
Bismillahirrahmanirrahim...

I would like to write about “MLM (Multi Leval Marketing) In Syariah View” under dissertation of my master’s degree. But, this issue is too broad. My friend told me, this topic is unsuitable for master dissertation. You have to make it more specified said my friend and my mind still blur till now how to make the topic more evident. Can you help me please?

There are big different between master’s thesis in Malaysia and Egypt. Maybe you can write about “Zakat Petroleum” in your thesis in Egypt but I think not here in Malaysia. Maybe you have to add something like “Zakat Petroleum : Comparison of management between Malaysia & Iran”. Ya, maybe like that. So, I got the answer. Maybe I can write something about “MLM’s Syariah in Hai-O Enterprise Berhad (One part Of Multi Leval Marketing Company) or Maybe Up-Trend, Lumberger etc.

I keep searching and learning about MLM that also known as Network Marketing. It is a business distribution model that allows a parent multi-level marketing company to market their products directly to consumers by means of relationship referral and direct selling (Please refer http://en.wikipedia.org/wiki/Multi-level_marketing). This style of business has been joined by most of the peoples in Malaysia. And the main issue is, their don’t have any information about the status of syariah approval. Is it pass Halal, or confirm Haram or HALAM (I mean mix the Halal and Haram together)

Pengalaman Bersama Pra-Jutawan Hai-O

“Erm, Adik mesti teruja tengok akaun akak ni kan dik. Akak ni Jururawat je dik, manalah pandai berniaga. Tapi adik mesti gempak kan tengok cek-cek yang akak dapat ni. Nama akak ni semua dik. Ni semua Hai-O yang bagi dik, Untuk orang Islam kita, bumiputera kita dik.” Kata-kata seorang kakak yang bersungguh mahu menarik saya menyertai My-J di bawah Hai-O Enterprise Berhad sebulan yang lepas. Saya di ajaknya bersungguh-sungguh mengikuti sesi presentations di depan kedai makan bersebelahan kedai saya bekerja.

“Ye lah dik, walaupun Bos besarnya cina, tapi dia dapat anugerah tokoh maal hijrah Malaysia tahun lepas tau. Sumbangan dia dalam melahirkan ramai jutawan-jutawan bumiputera di Malaysia. Mana ada cina nak tolong bumiputera macam ni. Ni lah peluang kita. ”

“Akak sebelum turun jumpa client-client akak ni, akak dah solat hajat mintak kekuatan dari Allah dik, moga-moga ramai terbuka hati dapat join sama macam akak. Baru-baru ni akak pergi umrah, tu pun Hai-O yang support dik. Akak doa kat sana mintak petunjuk, akak yakin dik, Akak di jalan yang benar, akak tak akan pandang ke belakang lagi.”

Saya sebenarnya ada juga mengkaji perjalanan Hai-O sebelum kedatangan kakak bakal jutawan Hai-O tadi ni. Tapi sengaja saya buat langsung tak tahu untuk mendapatkan maklumat yang mahu saya cari-cari selama ini. Begitulah gayanya. Menurutnya lagi, beliau adalah orang nombor 5 dalam Hai-O di Johor ni.

“Adik tengok gambar-gambar ni dik, ni semua orang yang telah berjaya dengan Hai-O. Tengok kereta dia orang dik. Akak pun akan angkat c 200 tak lama lagi.”

“Adik risau pasal modal ker dik?. Jangan risau, modal boleh cari dik. Tak banyak, Cuma RM 21k je dik. Boleh buat pinjaman kat bank-bank. Sebut je Hai-O insyaallah dik, success.”

“Adik tak akan rugi join Hai-O ni dik. Akak boleh terangkan nanti. Adik tak jual barang pun adik tak rugi. Dijamin tak rugi dik. Ye lah dik, kalau adik jual, lagi la banyak adik dapat. Ni tak macam MLM yang lain dik (sambil menyebut keburukan MLM-MLM lain yang tak perlu saya nyatakan di sini), Sapa cepat, sapa rajin dia kedepan. Orang atas tak makan orang bawah dik”.

“Bulan pertama adik join Hai-O, diaorang bagi adik cash RM 4k, bulan seterusnya kalau adik dapat cari lagi dua orang bawah adik, automatic adik dapat RM 6k, tak payah jual barang dik.”

Beliau menerangkan kepada saya cara perjalanan business koporat My-J yang bergerak di bawah Hai-O Enterprise Berhad. Setelah panas punggung saya, Saya pun berikan beberapa soalan cepu emas kepada kakak ni. Bukan niat saya nak jatuhkan sapa-sapa dengan tulisan ini. Tapi biarlah kita jelas status business yang kita mahu sertai agar selamat akaun kita dari perkara-perkara yang tak lepas syarak (kata yang lebih tegas selamat dari perkara-perkara haram).

Soalan pertama :

Dari segi syarak macam mana kak Hai-O ni?
- Apa tak boleh pulak dik. Islam tak larang kita berniaga dengan cina kan. Nabi tak pernah larang kan. Walaupun ada orang kata arak ada dalam Hai-O ni dik, tapi akaun dia orang asing dik.

Soalan Kedua :

Hai-O ada penasihat Syariah Kak?
- Erm, akak pun tak taulah dik. Yang akak tau boleh dik business ni.

Saya dah tak tahan terus buat kesimpulan. Tak pe lah kak, saya sebenarnya tak tau status business ni. Saya kene kaji dulu. Saya tak heran modal dia besar dan saya pun tak teruja dengan untung yang banyak berjuta-juta, Tapi yang saya risau hasil kita tu kak. Ni kan untuk keturunan kita juga. Baik yang kita dapat baiklah yang kita tinggal untuk zuriat kita.

Sempat pula kakak tu pesan kat saya : “Adik kaji lah dulu yer. Kalau adik dah dapat jawapannya esok call la kakak. Ingat dik cabarannya memang banyak nak senang ni. Orang kata kita macam-macam. Bila dah senang macam kakak ni, semua yang bising-bising tu tutup mulut tak kata apa. Adik kena berani buat keputusan”

Bagi saya cukup dengan dua soalan tadi menunjukkan ketidak fahaman kakak ni dengan undang-undang syariah dalam perniagaan. Saya tidak mahu ulas panjang-panjang. Ini sekadar coretan pertama dalam bab MLM dan tulisan seterusnya akan menyusul akan datang insyaallah.

Persoalan yang perlu di jawab akan datang :

1 Saya baru tahu Hai-O ada jual arak (http://en.hai-o.com.my/new/business_retailing.asp) Betulker arak-arak yang dujual telah di asing akaunnya. Kalau betul siapa yang selia dan siapa pula yang telah jadi sekuritinya. Penasihat syariah juga tiada, lalu bagaimana? Alasan dapat pergi umrah, solat hajat dan lain-lain tidak boleh dijadikan hujah untuk melepaskannya.

2 Boleh ker pelaburan kita dijamin pasti untung. Pasti tak rugi seperti yang kakak tu kata. Kalau modal RM 21k itu bukan pelaburan, apa pula nama komisyen bulan pertama sebanyak RM 4k yang bakal diberikan?

3 Adakah di sana pelaburan-pelaburan ke tempat lain yang dilakukan oleh Hai-O dalam mengembangkan businessnya di luar Negara. Tentunya banyak anak-anak syarikat dan tempat-tempat pelaburan yang belum lagi terungkai halal dan haramnya disebabkan ketiadaan sekuriti syariah dalam Hai-O

Siapa boleh Bantu Jawab???

Wassalam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, August 04, 2008

Marroh Ula Bil Arobiah

بسم الله الرحمن الرحيم

الحمد لله ثمّ الحمد لله, أشكر الله علي نعمه الكثيرة حتي ما أستطيع أن أحصاها, وأستغفرالله العظيم علي ذنوبي الوافرة ما أعلنت منها وما أسررت وما أنت أعلم به منّي, اللهم استرعيوبي وزوجتي, واستر أبي وأمّي, واستر مشايخي وأسرتي وإخواني المسلمين جميعا, فإنّي لا أرجو سترا ومغفرة سواك ولا حول ولا قوة إلا بك يا حيّ يا قيوم, يا ذالجلال والإكرام.

اللهم صلّ وسلّم وبارك علي حبيبنا وشفيعنا ومولانا محمد, وعلي آله وصحبه والتابعين ومن اهتدي بهديه إلي يوم الدين, فأما بعد :

هذه هي مرة أولي أعمل الرسالة إلي حضراتكم باللغة العربية. وكنت صراحة اعترفت علي ضعف مهارتي في جميع نواحي اللغة خصوصا في الكتابة والمحادثة, لقلة الممارسة والمعاملة ويبدو أكثرضعيفا بعد ما رجعت من السفر إلي إنجلترا بلاد الإنجليزي . ولهذا أفضلكم تفضلا محبوبا بتصحيح كتابتي وتجميل أسلوبي المروّع, وجزاكم الله خير جزاء علي حسن مشاركتكم في هذا الموقع الصامت.

أتذكر الحوادث التي ظهرت مند رجوعي إلي ماليزيا بلادي الحقيقي, منها مشاركتي في البرنامج صباح ماليزيا مع مديرالمجلس الدين الإسلامي بحكومة جوهر, داتوء ذليل بن بارون تحت الموضوع إدارة المجلس مع الأموال الذكاة في ولاية جوهر. وكنت علي نيابة وكيل الجوهرين بجامعة الأزهر الشريف يطالبني التحدث عن الخبرات وأحوال طلاب المالزى خصوصا من جوهرفي مصر, ولكن الموضوع قد تغيّر في بداية البرنامج حزنيا. أجبت ثلاثة أسئلة ويعطني سؤال الرابع وهو الخطاب الأخيرة للمستمعين والمشاهدين باللغة العربية. والله لقد فجئت بذالك, ولم أدري إلقاء اي كلام ما سوي "شكرا وجزاكم الله خير جزاء" وباقي الكلام باللغة المالزية.

.ما شاء الله , ما هذا الكلام؟ ما أستطيع إلقاء القول إلا هذا. ما في كلام ولا خطاب آخر؟ هذا أمر خسيس جدا. وبعد هذا اللقاء, عقدت عزما مصمّما داخل قلبي كي أمارس هذه اللغة العشيقة يوميا ولم أريد مفارقته مرة ثانية. فإن شاء الله سألوّن هذا الموقع باللغة الثلاثة وهي المالزي والعربي والإنجليزي سويا. وأسأل الله تعالي الهداية والتوفيق والمغفرة والنصرة في الطريق إليه والعمل بدينه والخدمة لإعلاء كلماته آمين.

Rakaman Selamat Pagi Malaysia TV1


Rakaman video yang diterima rosak, hanya separuh yang dapat diselamatkan. Jangan terkejut dengan tajuk yang bakal anda saksikan. Saya tidak menyangka tajuk itu yang yang akan diberikan.


[+/-] Selengkapnya...

Monday, July 14, 2008

Selamat Tinggal 'sayang'ku...


Bismillah...

Waktu itu di Kedai Tongkang Pechah, hari Jumaat, sekitar jam 11.45 pagi. Aku sedang bersiap untuk membuat posting di laman ini. Aku bercadang untuk membuat posting di dalam bahasa arab. Maklumlah, bahasa arab perlukan penelitian yang lebih terutamanya dalam penulisan. Sudah hampir separuh aku menulis, tiba-tiba terdetik hati untuk ke bandar sebentar mengambil tempahan baner pelanggan yang sudah siap dicetak. Sayang-'sayang'ku seolah-olah berat untuk melepaskanku pergi. Tapi hati ini berat juga hendak pergi. Aku bergegas masuk ke kereta, melambai-lambai sambil menekan hon kereta lantas pergi.

Dari tadi kelihatan sebuah kereta GEN2 bewarna oren berlegar-legar di kawasan rumah kedai Jalan Bistari. Entah mengapa kelihatannya mencurigakan. Sejak tadi seolah-olah mencari-cari sesuatu. Di dalamnya seorang lelaki bertubuh gempal, bertopi dan berkaca mata di dampingi isteri dan seorang anak beusia lingkungan 3 tahun. Kelihatannya bukan warga tempatan tongkang pechah.

Ketika di bandar, hatiku berasa tidak tenteram. Entah mengapa hendak cepat pulang. Dalam perjalanan pulang aku terserempak dengan Kereta GEN2 oren tadi, kelihatan memecut laju menuju ke bandar batu pahat. Aku terus maju laju. Sampai di kedai kelihatan sayangku seolah-olah sedang kesampukan. Kelam kabut dan berwajah masam. Abang, tolong bang. Kelihatan di atas meja penuh dengan barang-barang yang seolah-olah sudah ditempah oleh seseorang. Sangat banyak. Tanpa berlengah aku membantu mengira dan membuat bill. Hatiku terus tidak tenteram. Namun aku bersahaja. Malang yang terjadi masih lagi tidak terhidu. Datang seorang mahu menggunakan mesin printer. Aku lantas ke meja belakang untuk membantu.

Kulihat di atas mejaku lapang. Ehh, apa yang tiada ni. Hatiku berdegup kencang. Lantas terus ku bertanya kepada sayangku. Ayang, mana 'sayang' abang??. Wajah sayangku terus berubah. Di dalam kepalaku bermain bermacam-macam persoalan. Namun ku tetap bersangka baik. Ke selesaikan permintaan lelaki tadi. Usai selesai printer digunakan. Aku mencari di mana 'sayang'ku. Ku bergegas ke tingkat atas, ke dapur dan ke seluruh ceruk kedai. Namun tidak juga kelihatan.

Aku yakin ia di sini tadi, di atas meja ini. Aku baru sahaja nenaip di sini sebelum keluar ke bandar. Aku lantas minta kepastian siapa yang datang tadi. Hanya ada 2 orang kata sayangku. Seorang berbaju lengkap pekerja hotel, ahh bukan dia aku menelah. Seorang lagi bertiga seorang bertubuh tegap, berkaca mata dan bertopi. Datang dengan isteri dan seorang anak lelaki berlagak sebagai seorang cikgu tadika. Ahh.. Persetan barang-barang ini miliknya??? tanya aku pada sayangku. Ya, katanya nak datang ambil selepas jumaat. Aku pantas membenarkan. Persetan keluarga pencuri. 'Sayang'ku telah dilarikan keluarga GEN2 oren tadi. Mahu kukejar namun waktu jumaat telah semakin hampir.

Aku terus bersiap mahu ke masjid. Sempat ku capai besi panjang dengan niat jika ku jumpa kereta GEN2 tadi akan ku pecahkan keretanya. GERAM yang teramat. Walaupun ia hanya laptop berjenama HP pavilion, dv 2000 special editions bewarna colat sawo matang berharga sekitar 800 pound ketika di beli, ia amat berjasa pada diriku dan sayangku. Segala-galanya hilang. Gambar perkahwinan, tempahan-tempahan design buku dan baner semuanya berada di situ. Bahan presentation telah kusiap semuanya di situ tanpa sempat membuat back-up di dalam external hardisk. 'Sayang'ku (Laptop} itu adalah sayangku yang kedua selepas sayangku yang ku sayangi ini (isteriku).

Petang itu aku dan sayangku ke balai polis membuat laporan. Ya pencuri tadi dengan modus operandi yang sama telah banyak kali mencuri. Pekedai dilekakan dan seorang lagi akan mengambil apa yang boleh di ambil. Berhati-hati jika anda di datangi dengan kereta GEN2 oren yang tidak diketahui nombor pendaftarannya itu. Mungkin anda adalah mangsa seterusnya.

Mungkin anda salah seorang dari mangsa mereka bertiga// Jom Hentikan mereka!!!

Aku yakin ada sinar disebalik kejadian ini. Alhandulilalh yang dilarikan adalah 'sayang'ku yang tidak bernyawa itu. Bayangkan, bagaimana jika yang dilarikan itu adalah sayangku yang bernyawa. Tentu lagi sukar untuk pilu ini pergi. Ermm.. sabarlah, insyaallah 'sayang'ku itu akan kembali lagi jika ia memang sudah miliku. Jika tidak kembali insyallah Allah mampu berikan yang lebih baik dari HP, mungkin Apple atau SONY vaio gamaknya.. Sapa yang tahu??? Hati ini tetap Ok alhamdulillah kerana masih ada sayang yang seorang ini. Sabar ye sayang, ujian ini kita akan hadapi bersama.

* Laptop ini adalah antara barang kenangan yang paling berharga bagiku yang sering mengingatkan daku pada KOTA LONDON dan seisi warganya..

Wallahu'aalam..

[+/-] Selengkapnya...

Monday, May 26, 2008

Nasihah In Islam.

Bismillah..

I would like to write somethings about Nasihah. That is linked to one of the Forty Hadith by Imam Nawawi R.A. On the authority of Tamin Al-Dari, the Prophet Muhammad S.A.W said : "Religion is Nasihah." We siad: To whom? The Prophet Muhammad S.A.W said : "To Allah and His Book, and His Messenger, and to the leaders of the muslims and their common folk" [Hadith Soheh Muslim]

The Nasihah should be to Allah first. This includes the fulfillment of the obligations in the best way possible (Ihsan).

Nasihah to His Book mean, believing that the Quran is from Allah. That is the words of Allah and also it's not like the words of man.

Nasihah to His Massenger includes Believing that Muhammad S.A.W as the last prophet, believeing His messages and all what he brought as being divinely inspired and also loving him after Allah more than we love ourselves and our families.

Nasihah to the Muslim Leaders includes helping them in whatever is good or beneficial. Obeying them in what is right and reminding them if they should err or forget. Nasihah should be given to all leaders, no matter how high or what the ranking is.

Nasihah to the common folk of the Muslims is showing by loving every muslim, care for all muslim, help and protect the others. This nasihah includes to observe the rights of other muslim e.g : greeting them, visiting them when they are sick, making du'a for them, giving advice if they ask for it, praying solat janazah for one who dies, etc.

That all about the commentaries on this hadith.

I remember when my teacher Richard advising me how to improve this language. He wrote in my book : Read, write, speak and listen. My second teacher Tuk Din also teach me the same skills. One of that skills return to the what he said : Don't laugh before you say or ask something. Read, copy and keep writing if want to be excelent. Everytime when I start writing especially on this site, I read my old home works in sels College. It will give me a little bit power to write and communicate with other. Now, I dont have english friends to speak. But I am still syukur when my wife can join me to speak although a little bit.

Pengalaman Yang Bermutu Terhasil Dari Pengisian Masa Yang Berkualiti.

Banyak yang saya pelajari dan lalui sepanjang percutian kali ini (Saya masih menganggap kepulangan ini adalah cuti kerana saya mahu kembali lagi). Bermula dengan Pengalaman berpolitik, berumah tangga, berdakwah, berkerja, masuk TV, menulis buku dan pelbagai lagi pengalaman yang amat menarik untuk saya sematkan dalam memori. semuanya membuatkan saya lebih berimformasi dan berani untuk meneruskan kehidupan yang penuh liku ini.

Mungkin anda juga pernah menghadapi apa yang saya lalui. Akan tetapi saya yakin ia mungkin sama dan pasti tidak serupa. Pengalaman ini akan terhasil apabila kita berusaha untuk terus belajar erti sebuah kehidupan dan memahami kenapa kita hidup dan diciptakan.

Semuanya bertitik tolak dari kesedaran kita diciptakan adalah semata-mata untuk beribadah kepada Allah dalam segenap lapangan keidupan. Segala yang kita kerjakan seharian merupakan ibadah kepada Allah selagi ia tidak bercanggah dengan perintah Allah Taala. Namun ramai kalangan kita yang tidak menyedari. Kerja hanya untuk cari duit, makan hanya untuk kenyang, ke sekolah hanya untuk lulus periksa dan pelbagai lagi kesilapan dalam perjalanan hidup kita yang menyebabkan hidup jadi kelam dan hilang keseronokan.

Bayangkan kalau makan kita kerana Allah untuk ibadah, kerja kita untuk cari nafqah untuk beribadah, ke sekolah untuk cari ilmu dan pengetahun untuk kegunaan agama, negara dan bangsa. Tentunya semuanya akan jadi seronok dan kesannya pasti hidup kita akan penuh barokah. Apabila konsep ibadah dalam hidup kita tidak jelas, pergantungan kita kepada Allah juga akan hilang. Sedangkan semua perkara datang dari Allah. Bayangkan sahaja Lembu, semut, kambing dan haiwan lainnya tidak pernah rasa kekurangan bekalan makanan. Tidak pernah kita lihat haiwan mogok lapar. Lembu dan kambing mogok kekurangan rumput. Semut mogok kekurangan gula. Tidak pernah sama sekali kita dengar. Itulah dia ketentuan Allah. Setiap yang diciptakan telah dijanjikan ajal dan rezekinya. Kita akan tenang jika kita hidup dalam landasan dan lingkungan persoalan : Kenapa Kita Diciptakan (untuk ibadah). Cukuplah Allah sebagai tempat bergantung.

Cina Buat Hudud

Kebelakangn ini saya melihat Non-Muslim di Malaysia sudah boleh menerima Islam dan boleh mendekati Islam sebagai Agama. Saya tidak tahu apakah puncanya secara pasti. Namun itulah hakikatnya apabila mereka faham bahawa ISLAM itu adalah agama KEBAJIKAN. Bukan ISLAM agama KEGANASAN dan PENINDASAN. Sokongan bukan islam kepada manhaj Islam dilihat semakin kuat akhir-akhir ini. Ini adalah peluang kita untuk menyebarkan ajaran Islam kepada Non-Muslim. Tugas menjadi lebih mudah apabila mereka yang mencari kita. Akan tetapi persoalannya, bagaimana dengan kita? Bersediakah kita untuk membawa dan mengajarkan mereka perihal agama kita : ISLAM.

Satu kes benar berlaku di Simpang Renggam. Di sebuah taman yang majorotinya adalah orang cina. Kejadian curi-mencuri amat giat berjalan di taman berkenaan. Satu malam beberapa penduduk nekad untuk menangkap sang pencuri dan mahu memotong tangan pencuri itu kerana tidak tahan lagi dengan banyaknya kes kecurian.

Perkara yang diluar jangkaan akhirnya terjadi. Sang pencuri yang juga berketurunan cina berjaya ditangkap dan salah seorang pencuri itu telah dipotong tangannya. Seorang india yang ada di situ memberikan komen : Ini orang penjara ka lokap ka sudah tidak takut, kalau potong tangan dia takut.

Lihatlah apabila jenayah sudah bermaharaja lela, akhirnya orang akan nampak Islam itu sebagai penyelesaian. Mereka potong tangan sebab melihat potong tangan itu mampu menakutkan saki baki pencuri. Dan itulah dia Islam, matlamatnya bukan untuk potong tangan tapi mahu menakutkan manusia dengan ancaman mencuri akan dipotong tangan. Kalau cina india sudah percaya hudud dan islam adalah penyelesaian, PELIK kalau orang islam tak mahu lagi laksanakan undang-undang Islam secara total.

Mahu lihat bangasa dan negara hancur baru mahu laksanakan Islam?? Waktu itu sudah terlambat. Allah sudah gantikan kita dengan bangsa lain yang mahu kepada Islam.

Allah Taala Berfirman dalam Surah Al-Maidah ayat 54 yang bermaksud;

Wahai orang-orang Yang beriman! sesiapa di antara kamu berpaling tadah dari ugamanya (jadi murtad menolak agama Islam), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum Yang ia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan dia; mereka pula bersifat lemah-lembut terhadap orang-orang Yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang Dengan bersungguh-sungguh pada jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang Yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurnia Allah Yang diberikanNya kepada sesiapa Yang dikehendakiNya; kerana Allah Maha Luas limpah kurniaNya, lagi meliputi pengetahuanNya.


Wallahu'aalam.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, April 07, 2008

The Story...

Bismillahirrahmanirrahim..


I feel hard to start writing in this posting after long rest from this arena (not really rest actually, still tired after came back from 12 days journey towards Selangor, Perak, Peneng, Kedah and Perlis). I will continue to write and update this site although without an internet connection. I dont want to start from zero again. Today, I would like to write somethings about the Malaysian General Ellection (PRU12, 8 March 2008), my wedding (9 March 008) and also my honeymoon journey (Towards Perak, Peneng, Kedah, Perlis and Selangor). In the other words, this posting should be longer than the other posting because I will write all about the experiences since my last posting, 2 months ago, insyaallah.

I am not really remember when I have decided to get mariage. But I am sure it was happened around two years ago. Ya, I think it came since my lovely mother passed away. I fell lonely although I have alots of friends there (cairo). Because of that, I start searching someone and made ‘doa’ everyday may Allah give me `wanita solehah’ as my wife as soon as posible. Some people called me ‘memilih’. But I dont think so because I am not really ‘memilih’. Never mind, what ever people say, I dont care. I think I always did the wright choice after refering my ‘istikharoh’ and ‘tawakkal’ as well. I am sure She is not perfect as I am, so how can I find someone fully perfect!!!. I beleave everythings that came from our God always the best for ‘hamba’ like me while peoples say basically just from their opinions. Peoples should be wright and I have to hear but not prefer to accep. It’s just an oppinions not a ‘wahyu’ or ‘sunnah’.The true choice is founding from our connections directly to Allah as our creator.


Berakhirnya Zaman Bujang 4 dan Bermulanya Era Bujang 3.

Sudah lama rasanya laman ini tidak berisi. Kemudahan internet yang terbatas di samping malas dan idea yang kurang menjadi penyebab utama laman ini semakin bersawang. Memikirkan tanggungjawab untuk menulis dan menyebar pengetahuan dan pengalaman, ku lontar jauh-jauh malas dan segala alasan. Ditambah lagi sekarang ini hidup sudah berteman, usaha untuk membersihkan sawang-sawang yang memenuhi ruang semakin mudah dan senang. Bertuah badan, kawan-kawan yang masih membujang, saya tidakmelupakan kalian. Walaupun sudah meninggalkan zaman bujang, namun kawan tetap kawan. Jiwa ini sentiasa teringat zaman-zaman membujang yang penuh ujian dan cabaran. Bukan kata marhalah perkahwinan ini tiada ujian. Ujian tetap ada, namun ia dihadapai dengan berteman, kuranglah sikit bebanan. Yang masih bujang cepat-cepatlah, saya doakan kalian dikurnikaan rezeki dan jodoh yang baik di masa yang sesuai dan bertepatan dengan atur caraNya, Amin.

Dahulu saya pernah merancang untuk berumah tangga apabila semuanya telah tersedia. Berkahwin apabila kerja, rumah, kereta dan lain-lain kemudahan telah ada. Saya juga bercadang untuk berbakti kepada kedua orang tua sebelum berumah tangga. Saya juga bercadang untuk tidak berhutang atau meminjam untuk majlis perkahwinan saya. Sebahagian daripada cita-cita itu tidak mampu saya laksanakan. Memandangkan Ibu dan ayah telah kembali ke rahmatullah dan saya pula bercadang untukmengakhiri zaman bujang saya pada usia 25 tahun, saya sekadar mampu mengotakan sebahagian dari cita-cita tadi. Saya berjaya untuk tidak meminjam dan menyusahkan keluarga untuk majlis perkahwinan saya. Saya juga bercadang untuk tidak lagi bergantung sepenuhnya kepada keluarga untuk menampung perbelanjaan pembelajaran saya. Insyallah, saya rasakan ianya mampu saya capai. Saya cukup percaya dengan janji Allah dan pesanan Rasulullah SAW yang berkaitan dengan perkahwinan.

Allah berfirman di dalam surah An-nur ayat 32 ;

وَأَنْكِحُوا الأيَامَى مِنْكُمْ وَالصَّالِحِينَ مِنْ عِبَادِكُمْ وَإِمَائِكُمْ إِنْ يَكُونُوا فُقَرَاءَ يُغْنِهِمُ اللَّهُ مِنْ فَضْلِهِ وَاللَّهُ وَاسِعٌ عَلِيمٌ

Maksudnya : ”Dan kawinkanlah orang-orang yang bujang (lelaki dan perempuan) di antara kamu, dan orang-orang yang soleh (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha luas (pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui.”

Nabi Muhammad SAW pula bersabda;

عَنْ أَبِى هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- قَالَ : ثَلاَثَةٌ حَقٌّ عَلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ عَوْنُهُمُ الْمُكَاتَبُ الَّذِى يُرِيدُ الأَدَاءَ وَالنَّاكِحُ الَّذِى يُرِيدُ الْعَفَافَ وَالْمُجَاهِدُ فِى سَبِيلِ اللَّهِ

Maksudnya : “Tiga golongan yang berhak menerima pertolongan dan bantuan secara langsung dari Allah Taala iaitu hamba sahya yang mmbuat mukatabah untuk membebaskan dirinya, Orang yang bernikah untuk menjaga diri (dari perbuatan keji) dan Pejuang di jalan Allah.”

Hadis dan juga ayat al-Quran di atas jika dihayati dan diperhatikan dan diperhalusi akan mnybabkan orang yang bertaqwa brlumba-lumba untuk mendirikan rumah tangga. Barang siapa yang tidak cuba mrasa maka dia tidak mengetahui kebnaran hadis dan ayat di atas.

من لم يذق لا يدري

Yang sangat penting diperhatikan di sini adalah niat kita untuk mendirikan rumah tangga, adakah ianya sekadar untuk melempiaskan nafsu dan mencari keseronokan semata-mata. Saya berterima kasih kepada teman-teman yang mengingatkan saya sebelum berkahwin agar mentashih kembali niat-niat yang dituntut dalam pernikahan agar kita lebih terarah dan mempuyai matlamat yang jelas dalam perkahwinan. Di sana sebenarnya terdapat banyak tujuan-tujuan perkahwinan dan saya telah menyenaraikan hampir 20 tujuan dan berkongsi bersama isteri agar niat dan tujuan-tujuannya adalah sama. Alhamdulillah, saya rasakan segalanya mudah dan berjalan lancar. Bagi yang mahukan niat-niat tersebut bolehlah rujuk di dalam kitab-kitab feqh munakahat atau berjumpa saya, boleh kita bincang-bincang dan berkongsi pengalaman.

Persiapan PRU12 vs Persiapan Perkahwinan.

Di negara-negara maju seperti England, Amerika dan lain-lain negara, mereka telah mengumumkan tarikh pilihan raya dalam jarak masa yang panjang. Ia bertujuan untuk memudahkan persiapan rakyat dan parti-parti yang bertanding untuk menjaga amalan demokrasi di negara mereka. Oleh kerana saya duduk di negara Malaysia yang mana Perdana Menterinya suka berahsia mengenai tarikh pilihan raya, saya terpaksa memilih tarikh yang dirasakan secara dzonnya tidak bertembung dengan pilihan raya. Tarikh 9 mac pada jangkaan kami sekeluarga tidak bertembung dengan PRU12. Lebih-lebih lagi apabila Perdana menteri menegaskan bahawa pembubaran parlimen tidak akan berlaku dalam jarak waktu tersebut. Sehari selepas PM membuat kenyataan, beliau dengan selambernya telah memaklumkan pembubaran parlimen dan menegaskan bahawa PRU12 akan berlangsung pada 8 Mac 2008. Secara tidak langsung, beliau sudah melakukan pembohongan yang nyata terhadap seluruh rakyat Malysia.

Waktu itu adalah hari pertama cuti sekolah dan semestinya tarikh tersebut telah menjadi pilihan ramai warga Malaysia untuk melangsungkan perkahwinan dan majlis-majlis keramaian. Kalau di fikirkan kerajaan kita ni macam hidup tak ada perancangan. Saya bukan marah, Cuma apalah salahnya tarikh itu diberitahu lebih awal agar rakyat dapat membuat perancangan awal supaya tidak berlaku pertembungan antara agenda rakyat dengan agenda penting negara seperti PRU12.

Maka dengan hal yang tersebut itu, ramailah juga yang terpaksa meneruskan juga majlis perkahwinan pada tarikh 8 mac dek kerana tarikh tersebut telah dipilih sekian lama dan tidak sempat untuk membuat anjakan. Persiapan untuk majlis perkahwinan terutamanya di pihak perempuan perlukan kepada persiapan yang agak panjang. Bagi saya alhamdulillah tarikh 9 Mac yang dipiih tidak bertembung dengan PRU12. Namun demikian ia secara tidak langsung mengganggu juga serba sedikit kelancaran persiapan untuk kedua-dua agenda tersebut.

Saya ditugaskan untuk duduk di Bilik Gerakan Pemuda selama dua minggu sebelum pilihan raya berlangsuang. Sehingga ke hari pilihan raya, saya masih bertugas sebagai PACA (Polling Agent & Counting Agent) di salah sebuah pusat pembuangan undi (Pengantin perempuan pun sempat jadi PACA 8 Mac tu, tiada alasan untuk pengantin lelaki tidak libatkan diri, hehe). Alhamdulillah, saya masih dapat fokus untuk kerja-kerja pilihan raya walaupun sebenarnya persiapan untuk majlis angkat nikah dan perkahwinan pada keesokan harinya masih belum beres lagi. Ramai juga kawan-kawan yang tidak tahu sehinggalah ke saat terakhir menanti keputusan PRU12, saya minta diri lebih awal untuk persiapan-persiapan yang masih terbengkalai. Terkejut beruk mereka bila saya nyatakan saya akan bernikah esok pagi.

Bagi saya yang sudah tiada ibu dan ayah, banyak tugas-tugas dan persiapan yang berkaitan dengan majlis terpaksa saya selesaikan sendiri. Bukan kata ahli keluarga tidak membantu, tetapi ia tidak sama dengan keterlibatan ibu bapa dalam majlis tersebut. Tapi alhamdulillah, saya puas hati dan bersyukur ke hadrat Allah Taala, segalanya berjalan lancar. Komitmen kepada jamaah dapat saya berikan walaupun tidak sepenuhnya di samping persiapan untuk majlis perkahwinan juga dapat saya selesaikan walaupun ada juga dua tiga perkara yang tidak mampu saya bereskan.

Di sini, saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat memudahkan urusan kelancaran kerja-kerja petugas pilihan raya kawasan Batu Pahat dan juga tidak dilupakan kepada pihak-pihak yang membantu saya untuk urusan majlis perkahwinan. Abang-abang, akak-akak dan adik saya, terima kasih daun keladi. Juga terima kasih kepada semua kenalan dan sahabat handai yang hadir memeriahkan majlis tersbut (Mereka kata majlis 9 mac tu jamuan keramaian meraikan 2 anak kembar di Muar, tu yang kawan-kawan ramai datang walaupun masih kepenatan). Kemaafan saya pohonkan kepada yang tidak menerima jemputan atau terlewat menerima undangan, saya agak kelam kabut untuk membuat persiapan.

Perkahwinan Mematikan Ilmu?

Ramai yang bertanya adakah saya akan kembali ke Cairo untuk meneruskan pengajian. Makumlah sudah berkahwin dan ada tanggungan. Saya sebenarnya takut juga suasana yang ada kini boleh membawa kepada ‘ketidakpulangan’ saya ke kota Kaherah. Tambahan pula ramai sahabat-sahabat yang sudah mempelawa peluang pekerjaan dan mencadangkan agar menyambung pengajian di Malaysia. Apabila terkenang situasi ini saya teringat bahawa Imam Syafie R.A diriwayatkan pernah berkata ;

العلم يذبح بين فخذي المرأة

Maksudnya : Ilmu itu dikorbankan diantara dua peha wanita.

Saya cuba juga mencari kebenaran sumber tersebut dan setakat ini belum diketemukan. Saya terdengar ungkapan ini dari seorang ustaz yang saya percayaai kethiqohannya. Ungkapan tersebut seolah-olah membawa maksud perkahwinan itu boleh menyebabkan proses mencari ilmu pengtahuan tergendahala. Ya, saya sokong kenyataan itu. Memang benar, jika mereka yang berkahwin menjadikan perkahwinan itu dengan matlamat mencari kepuasan semata-mata. Setiap hari adalah hari untuk ‘honeymoon’, tidak dapat tidak perkahwinan akan membantutkan bukan sahaja pembelajaran malahan segala-galanya. Kerja, keterlibatan dengan jamaah, masyarakat dan segala-galanya akan terganggu. Mereka yang telah berkahwin mungkin lebih memahami maksud ungkapan di atas. Saya tidak bermaksud untuk mengeluarkan kenyataan lucah di dalam laman ini.

Bagi pasangan pengantin baru, tidak dapat dinafikan peringkat awal perkahwinan akan mengakibatkan banyak perkara terhenti seketika dek melayani karenah ‘fitrah manusia’. Sedikit masa diperlukan untuk meredakan nafsu yang secara fitrahnya telah wujud di dalam diri semua manusia yang normal. Sedikit waktu diperlukan untuk menghilangkan rasa keghairahan bersama insan yang baru sahaja dinobatkan sebagai pasangan suami isteri. Saya juga tidak terlepas dari fitrah di atas kerana saya juga insane normal. Setelah beberapa ketika, barulah suasana kembali seperti sedia kala. Segalanya terkawal dan urusan harian mampu dilakukan dengan baik. Penuntut ilmu kembali semula bersemagat untuk mencari ilmu setelah mendapat suntikan semangat baru.

Tiba masa yang ditetapkan, hadir pula insane ketiga dalam rumah tangga. Anak yang lahir dari فخذي المرأة pula menjadi cabaran kepada pasangan suami isteri. Isteri di dalam pantang bersalin, suami terpaksa mengambil alih tugas mengurus urusan rumah tangga. Sekali lagi urusan harian tergendahala. Sehinggalah beberapa ketika, kesulitan berjaya di atasi. Anak yang lahir tadi membesar dan terus membesar. Rutin harian berjalan seperti biasa. Anak yang sudah membesar itu pula amat manja dan perlukan kasih sayang. Memanggil-manggil mengajak ayah ibu bermain bersama. Anak yang semakin membesar sudah pandai minta teman bicara. Minta ‘adik’ untuk bermain. Begitulah seterusnya dan seterusnya. Ujian berterusan dan bertambah dari semasa ke semasa. Segalanya bermula dari فخذي المرأة (antara dua peha wanita).

Artikel ini bukan artikel untuk menyalahkan kaum wanita. Tidak sama sekali tidak. Artikel ini adalah peringatan bersama buat saya dan semua pengantin lama dan baru. Alam perkhwinan yang tidak diuruskan dengan baik pastinya akan menyebabkan bukan sahaja urusan pembelajaran terganggu, akan tetapi semua perkara yang berputar di dalam kehidupan akan jadi celaru dan tidak menentu.

Ungkapan Imam Syafie R.A di atas memang ada kebenarannya. Kita semua perlu bersedia seawal minit pertama memilih pasangan sehinggalah berjalannya alam perkahwinan yang penuh tanggungjawab dan cabaran agar perkahwinan yang di bina selari dengan maqasid dan tujuan sebenar perkahwinan. Salah membuat pilihan bererti salah memilih teman kehidupan. Bait muslim yang kukuh itu mampu menempuhi segala cabaran dan rintangan berlandaskan pimpinan al-Quran dan Sunnah Rasul Junjungan. Pepatah ada menyebut;
Ada dua perkara yang besar di dalam kehidupan iaitu cinta dan kematian. Jika manusia sudah bersedia menerima cinta dan juga kematian, manusia akan sanggup menghadapi apa jua cabaran mendatang...!

Sejauh mana kebenarannya, Anda boleh fikir dan renung-renungkan.

Sekitar PRU12 (Penamaan calon, kempen, hari mengundi dan selepas berakhirnya PRU12)

Sewaktu jalan-jalan menziarahi sanak saudara sebelah isteri di negeri-negeri sebelah utara, kami sempat singgah di sebuah negeri yang diperintah oleh kerajaan campuran DAP, PKR dan PAS iaitu perak. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Malaysia, negeri perak yang majoritinya berbangsa melayu diperintah oleh pakatan pembangkang. Kejayaan besar dalam PRU12 yang lalu membawa kepada penubuhan kerajaan baru yang dikenali dengan nama kerajaan barisan rakyat, memerintah tanpa diduga, mendirikan kerajaan walaupun pada peringkat awalnya timbul sedikit permasalahan apabila Pihak Istana memilih wakil dari PAS, Ir Mohamad Nizar Jamaluddin (yang mempunyai bilangan ADUN yang paling sedikit dalam dewan undangan negeri Perak) sebagai menteri besar yang baru. Pilihan istana itu akhirnya dipersetujui oleh semua pihak berdasarkan kelayakan peribadi wakil dari PAS itu sendiri yang kelihatan lebih berkaliber dari calon-calon yang lain.

Hasil dari jalan-jalan itu saya perhatikan rakyat menjadi pemenang menumbangkan beberapa nama besar seperti Mr Samyvellu, Dato Shahrizat, Aziz Shamsuddin, Zainuddin Maiden, Awang Adek dan ramai lagi. Rakyat sudah semakin berani menerima risiko demi membuat perubahan. Gerakan rakyat kali ini nampaknya bukan sekadar untuk mengubah lajur pemerintah, bahkan dilihat mahu menguburkan barisan pimpinan dan Parti pemerintah yang kalah teruk dek hilangnya kepercayaan yang sudah diberikan sejak sekian lama. Ini kali pertama dalam sejarah Barisan kerajaan kalah teruk di 5 negeri dan kehilangan majoritu 2/3 dalam dewan rakyat. Perubahan ini sudah tentunya berpunca dari pelbagai sebab yang juga menjadi penyebab kejatuhan kerajaan dahulu kala seperti Kerajaan Firaun, ‘Aad, Thamud, kerajaan Islam di kota Baghdad dan lain lain kerajaan besar di dunia. Kezaliman, kronisme, rasuah, gila kuasa dan pangkat, penipuan, menolak hukum Allah, keruntuhan moral dan akhlak pemimpin dan lain-lain sebab yang membawa kepada kejatuhan.

Satu pagi kami berjalan-jalan di Lorong ‘Memory Lane’ di Ipoh yang terkenal menjadi tempat menjual barangan antik yang selayaknya dimuziumkan dek keantikannya. Apa yang menarik perhatian saya apabila terdapat beberapa ‘artifak’ berbentuk baju, topi dan beberapa peralatan lain yang berjenama ‘dacing biru tua’ dijual pada harga bepatutan di pasar tersebut. Hasil ta’kulan saya mendapati rakyat negeri tersebut telah me’memory lane’kan lambang tersebut dek ketidak relevenan penggunaan alat tersebut di zaman moden ini. Rakyat sudah lama menggunakan alat penimbang digital yang diyakini lebih tepat dalam menentukan berat dan keputusan yang dimahukan. Rakyat sebenarnya telah lama hilang kepercayaan kepada dacing tersebut yang tidak tepat dalam membuat timbangan. Tahun ini, mereka dengan rasminya menolak penggunaan alat tersebut dan berhasrat memuziumkannya agar dapat disaksikan ketidak relevenannya oleh generasi akan datang.

Antara artifak yang ditemui...

Hasil pemerhatian saya juga, orang cina dan India sudah semakin matang dalam politik. Mereka tidak memilih calon atas dasar perkauman dan parti semata-mata. Mereka mengkaji isu semasa dan membuat pemilihan yang tepat pada perkiraan mereka. Mereka memilih calon yang bersih dan dirasakan mampu membawa prubahan dalam pemerintahan. Sebagai buktinya, di Dun Senggarang, kedua-dua calon yang bertanding adalah melayu mewakili PAS (Dr Ramli Md Kari) dan BN (Jaafar Hashim). PAS telah memenagi dun Senggarang pada pilihan raya 2004 tanpa bertanding.

Kaum cina dilihat menyenangi pemerintahan Dr Ramli yang baru sepenggal memimpin dun tersebut. Ketokohan Dr Ramli dilihat menarik sokongan golongan cina di kawsan tersebut. Dr Ramli lebih dilihat berjiwa rakyat dan mudah ditemui dan didampingi. Kaum cina membulatkan tekad mereka memilih Dr. Ramli dalam PRU12 yang lalu. Ini terbukti apabila pusat pengundian di sekolah cina Batu Pahat telah dimenangi PAS berbanding tempat-tempat pengindian yang majoriti pengundinya adalah melayu. Pengundi Melayu masih terus memilih calon yang ada kepentingan peribadi, korup dan bermasalah kerana mereka melihat kepada parti semata-mata. Kaum cina menolak calon BN kerana isu besar berkaitan dengan sekolah cina senggarang yang melibatkan calon BN tersebut.

Tahun ini merupakan kali pertama saya mengikuti proses pilihan raya secara penuh. Bermula dari penamaan calon sehingga ke peringkat kempen dan proses membuang undi. Pengalaman ini amat bermakna. Bagi saya mahasiswa tiada sebab untuk dihalang mengikuti proses pilihan raya. Mereka akan lebih matang apabila terlibat dalam hal ehwal pembentukan pemerintahan negara. Saya juga menyokong tindakan pihak Kementerian Pengajian Tinggi di bawah Menterinya yang baru YB Dato Khalid Nordin yang mahu mengkaji semula Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) dan seterusnya saya mencadangkan agar undang-undang itu dimansuhkan.

Apa yang saya lihat golongan pelajar dan remaja yang bermasalah seperti Mat Rempit, Mat Lepak dan Pelbagai Mat-Mat lain digunakan untuk kempen parti-parti tertentu. Saya melihat mereka hanya dipergunakan dengan pemberian ganjaran dan upah yang lumayan untuk berkonvoi dan menayangkan aksi kuang ajar dan keterlaluan. Mereka di ajar agar kurang ajar, bersifat maddiyah dan tidak bermoral. Tiada langsung di ajar dengan erti perjuangan Islam, pengorbanan, keikhlasan, akhlak dan moral.

Di pihak yang lain saya melihat keterlibatan mahasiswa yang turun secara sukarela mencari pengalaman dalam perjalanan pilihan raya. Mereka tidak mahukan imbuhan ataupun bayaran. Turun dengan sukarela berbekal semangat cintakan Agama dan negara. Namun keterlibatan mereka dinafikan dengan sekatan dan tekanan AUKU. Negara sepatutnya berasa bangga kerana ada juga mahasiswa kita yang sanggup turun membantu proses pembentukan kepimpinan negara dengan ikhlas tanpa memikirkan material dan kebendaan. Mereka itu pelapis pimpinan negara yang mempunyai ciri-ciri yang diperlukan untuk membentuk kerajaan yang adil, bersih, amanah dan berkebajikan. Bukan pimpinan yang korup, tidak bermoral, rakus dan menyusahkan.




[+/-] Selengkapnya...

Monday, March 24, 2008

Fairuz & Maria Wedding's Day 9 March 2008 - 1 Rabiul Awwal 1428

Jenaka Pak Imam, Cuak tu..Kena baca khutbah la pulak.

Salam bukan sebarang salam..

Allahumma Inni Asaluka Min Khoiriha Wa Min Khoiri Ma Jabaltaha Alaihi, Wa 'Auzubika Min Syarriha Wa Min Syarri Ma Jabaltaha Alaihi...

Batal ke ayer semayang ni..??

Menggigil..

Paluan Kompang Penjara Simpang Renggam..Terkejut Banduan2 kat situ

Tunggu sapa tu..?

Makan berdamai..Pasal Apa??

Azhariyyuun yang turut hadir..Yang tak sempat bergambar pun ramai juga..

SMAKJiyunn..Antara yang hadir.

No Komen..!

Ust Abdullah Husain..Turut Hadir sama memeriahkan suasana..Belum menang tapi gaya pemenang..hehe

Dari pihak lelaki..

Dari Pihak Perepuan...

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, February 21, 2008

Kad Maya Jemputan Perkahwinan


Kad Jemputan Untuk Luar Negara

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, February 13, 2008

Memories To Remember...

Bismillah...

I was arrived at Malaysia (My lovely country after Mecca, Madeena, Cairo and UK if it posible) two days ago. I am still tired after the long journey (from London to Milan - Cairo - Mumbai - Kuala Lumpur - Muar ) and it is not ending yet because I just transit at my brother's house in Muar for a several days. I will finish my journey to my exotic 'kampung' in Batu Pahat. But, I feel upset because no body leaving there especially in my parent's house after my mum passed away three years ago. I miss my kampung and my house as well although no body leaving there now. It used to be my family's house but everything was changed just after three years. everybody made thier own life and moved from that house to the other places. I keep thinking, who will leave there and make it nice again. It should be me. I don't know.

I saw my album and also the DVD London Tour 2007/2008 which directed by Tuk Din. (TQ so much Tuk Din for the lovely 'ole-ole'). I miss somebodies, some relationships, some places and some things which disappeared just one weak ago. It's all about London. The persons, the buses, the tubes, the Makan cafe, the customers, the saturday's tazkeera, the college, the mosques, the school, the pupils, the friends and everythings. I miss those alot. I remember when Aisyah, Alyssa, Ahim, Ismail and the others siad : We will miss you Abang Fairuz. Yes, now I know it's true. I miss all of you. The 'sweet and sour' memories which will remember always. Oh my God. What I am searching for??


I thinks it's not too late to write a millions 'Terima Kasih' here for ;

My Land Lord, Abang Azad, Kak Fara, Ismail, Ibrahim, Aiman and the becoming baby (may be baby girl ameen) for everythings. Nice to meet and knowing you all.

My lovely brother Abang rashid, the first and the last Malay guy I met in London. TQ alots for everything.

My First Land Lord Abang Ridwan, Kak Siti, Amar, Aliya and Aqeel. Thanks alot.

My Boss, Uncle Azhar and Aunty Ani and all of the family. TQ for everythings espicially the experiences, the adjusable timetable and also the free foods. May Allah bless you All always.

My Big Family Tuk Din, Aunty Midah, Fauzi, Kak Nurul, Asmiron the Graharesidenku, Kak Lin HICom and also Manja. This house is my first port in weekend. The diferent team football not make us feel diferent. We can respect each other although MU will beet The Gunners in the end of the season. Hehehe..

Uncle Kasubi, Aunty Zuraiha, Tok, Aqeel, adik Alyssa, Ibu Aton and Kak Ida. I miss kenwin drive alot. TQ so so so much for everything. This house give me plenty of memories to remember.

Abang Irfan, Kak Faridah, adik Aisyah and Safura. I miss the 'ayam comel' and the tossey. Tq For everythings.

Abang Faizal, Kak Nina, Norman and Fara. Tq for everything espicially your helps and advices to improve my language and my future. May Allah give you all what we call it 'kelaurga bahagia selamanya'.

Abang Kamarul, kak shafa and the ladys. I will remember we are not how good we are, we are how good we want to be. TQ alots.

Uncle Hulaimi the Awang Goneng, Kak Teh and the family (just I know Taufiq's name). TQ very much for everythings.

Abang Ali, Kak Lin and the baby. I will call you in UIA insyaallah. TQ very much.

Uncle Ali, Aunty Pipah and the family. Tq very much.

Aunty puteri. Pak Ya, Mak Jah, Lutfi and family. Us. Erfinor and the family. Tq very much.

For My Freinds, Bong, Pak John, Sam, Kak Ida, Pak eri, Naim, Pak We, abang Aji, Lyanna and all of the makan cafe family.

My Principle Dato Yunus Rais, the Sels college owner. My Teacher Richard and my friends at sells college, mariko, nahuko, alla and dammete.

Also my unofficial teacher, Teacher Su (tunang Sam).

Also Aunty Jamilah (almanar mosque), Imam Ahmad Dahduh and all of the officers and staffs.

Also Pak Wi And the family of Malaysian Hall's restaurant.

And all of the londoners yang baik hati membantu saya sepanjang saya berada di sana. Terima kasih daun keladi. Ada rezeki bertemu kembali.

Wassalam.



[+/-] Selengkapnya...

Thursday, January 31, 2008

Terima Kasih Daun keladi - Majlis Penutup Usrah dan Majlis Ilmu

Bismillahirrahmanirrahim pemula bicara,
Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Kita berkumpul berukhwah bermesra,
Memburu Rahmat Yang Maha Esa.

Majlis Ilmu diberi nama,
Yang datang hadir hati terbuka,
Kalau tidak kerana aturanNya,
Manakan mungkin kita bersua.

Enam bulan hampir berlalu,
Ku rasa semalam baru di sini,
Rasa rindu tapi hiba tapi sayu,
Muhu ku tinggal (uncle2, unty2, abang2, akak2 dan adik2) di sini.

Hujung minggu selalu di nanti,
Perkenalan dan ukhwah menjadi satu,
Janganlah hendaknya terputus di sini,
Email,, telefon dan surat-suratlah selalu.

Buloh betung di pinggir kali,
Patah satu dua menjadi,
Yang datang pastinya akan pergi,
Yang pergi perlu dicari ganti.

Pergi kekedai membeli roti,
Roti di rumah tak habis lagi,
Panjang umur dan murah rezeki,
Di lain masa bersua kembali.

Dari Cairo membawa diri,
Datang mencari sesuap rezeki,
Bantuan kalian tak mampu ku ganti,
Akan ku kenang ke mana ku pergi.

Tok Din, Uncle Kas, Abang Faizal, Abang Ali,
Antara yang terawal ku kenali di sini,
Abang Irfan, Abang Nazir, Abang Kamarul Uncle Ali,
Jasa kalian kan ku simpan di sini (hati).

Aunty Midah, Aunt Zu, Kak Nina, kak Faridah,
Aunty Ani, Kak Lin, Kak Nurul, Aunty Pipah,
Kak Syafa, Aunty Ida, Tok dan Kak Lin,
Juga tak lupa Aunty Puteri dan Bibik Aton,
Terima kasih daun keladi, Jasa kalian terpahat di hati.

Adik Norman, Aqil dan juga Fauzi,
Adik Alyssa, Aisyah dan Adik Fara,
Jaga diri jaga iman dan budi pekerti,
Ada rezeki ada usia teringin bertemu lagi.

Tiada ucapan yang mahu dilafazkan,
Melainkan nasihat yang harap diberi,
Salah dan silap mohon maafkan,
Daku berlalu mengundur diri.

Idea tiada masa bertepatan,
Masa berlalu pena terhenti,
Doa kalian dahu harapkan,
Agar hidup sentiasa di berkati.

Seloka semepena majlis penutup majlis Ilmu Di rumah Uncle Kasubi. Maaf bagi nama-nama yang tidak tersenarai. Nama-nama itu yang hadir pada malam terakhir tersebut melainkan (Abg Ali, Uncle Ali dan Kak Lin)





[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, January 01, 2008

From heart to hearts..

Bismillah..

I remember when I was studying in primary scholl (actually when i was 12), I really hated English Language. It was my most boring subject. I thought with my short mind, it was unimportant for my future forever. I really hated it until i got a sad results in all of my big examinations especially UPSR, PMR and also in SPM. I got 3 A and 1 C (English) in UPSR, 8 A and 1 C (also English) in PMR and ***** (secret) in my SPM. It's really bad. I also remember when i took my PMR's result, my teacher toar at me and said to me "Are you just speaking JAWA at home???"...Ohh my God, i was too shy. Just Allah know how shame am i that time.

Today, I know that English is very important language. It could be the most famous language in the world. You can hear people speking English anywhere. East, north, west and south. I try to change my negative perceptions to this language. I know that Arabic language is the first sourse for Islamic knowladges (Quran & Hadis). But now, most of islamic resources espicially in a contemporary issues, (I think) English was going one step foward. Now, i have to learn it seriously. Major of my tesis resources are in English (I would like to write about islamic banking). I don't know how interested am i in this language now. It's funny.

Most of the Londoners are going back to work from Cristmas (25 Decenber) and boxing day (26 December) holidays and part of them still in their holiday until new year (today). I spent my holiday for fully rest. I can't go anywhere especially in Cristmas when the buses and tubes were stopped runing for the hole Cristmas day. Actually, when I was here and looking after Cristmas cellebrations, I think I can understand what mean are Cristmas here. Off course, it is the bigest cellebrations for them, but (i think) it just like a sales and shopping cellebrations. I asked one of my customers in Makan Cafe about the Cristmas. He told me that he never cellebrate it. I asked him why. He said no money no cristmas. I dont beleave it. I told him i think so. I have never heart about cristmas in Yesus days (in the old and new testament). It looks like a BIDAAH that created from tycoons to resolve their big problem (businesses are too slowly in winter without any cellebrations).

Selamat Tahun Baru Masihi.

Tahun baru telah menjelma. 2008 yang datang bagaikan kilat yang menyambar. Sungguh cepat. Baru semalam rasanya 2007 datang, namun kini sudah bertukar. Moga tahun yang datang menguatkan lagi keaazaman kita untuk bangkit dari tidur semalam. Jangan dilupa bahawa tahun baru Islam juga bakal datang tidak berapa lama lagi. 1428 hanya tinggal 7 hari sahaja lagi sebelum awal muharam 1429 datang. Azam tahun lalu sudahkan terlaksana. Azam baru sudahkah dirangka. Kadangkala kita terlupa bahawa kita terlampau mengagungkan tahun masihi. Januari ke Desember bermain di jari. Tetapi bulan-bulan Islam yang datang berlalu tanpa di sedari. Hanya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sahaja yang kita ingati. Kalau tidak kerana puasa, raya dan haji silap-silap boleh terlupa kesemua bulan-bulan Islam ni. Harapnya tidaklah begitu. Kesedaran dan imformasi terhadap Islam sepatutnya perlu lebih jelas agar semangat kita untuk memperjuangkan Islam itu sentiasa kukuh dan padu.

Ramai orang zaman ini mahukan Islam, tetapi Islam yang mudah. Ye Islam itu sememangnya mudah tetapi ia bukan untuk bermudah-mudah. Saya terpanggil untuk menyatakan perkara ini terutamanya dalam situsi Malaysia negara tercinta. Islam agama rasmi negara. Namun tidak semua hukum dan suruhannya terlaksana. Alasannya kita tak mampu nak buatnya sekarang. Tiada kekuatan. mungkin 20 tahun lagi rasanya. Sekarang ni OK lah juga ada sedikit perubahan. Mula bertapak sikit-sikit. Pelan-pelan kayuh. Susah nak ubah semuanya. Kita sudah berada dalam sistem mereka (penjajah) sejak berkurun lamanya. Bagi kita pula rakyat biasa (katanya) tidak punya apa-apa kuasa. itu polisi pemerintah. Lagipun negara kita negara campuran pelbagai agama dan bangsa. Bukan mudah untuk laksanakan Islam kesemuanya.

Kalau nak jawab mudah sebenanya semua alasan ini. itulah alasan dari mereka yang nak Islam versi mudah-mudah. Saya mahu jawab satu persatu di sini moga jelas semuanya dan hilang segala yang terbuku di hati ini;

1) Tak mampu nak buatnya sekarang. Tiada kekuatan. mungkin 20 tahun lagi rasanya.
- Merdeka sudah 50 tahun. banyak benda sudah berubah. Dari Kl pindah ke Putrajaya. Menara kembar pencakar langit. sepang F1 berdiri tertegak megah. Islam pula bukan baru datang tahun lepas atau 5 tahun lepas atau 50 tahun lepas. Islam datang 1400 tahun yang lalu. Sudah lengkap. Bukan baru nak draf, tapi tinggal laksana jer. Buku perlembagaan pun dah siap (Quran dan Hadis). Soalnya mahu atau tidak ikut Islam. Nak, tapi yang mudah-mudah jer. Itulah jawapannya. Kalau begitu 100 tahun lagi pun tak akan ada perubahan di negara kita.

2) Sekarang ni OK lah juga ada sedikit perubahan. Mula bertapak sikit-sikit. Susah nak ubah semuanya.
- Zaman Nabi dahulu Islam memang Laksana sikit-sikit sebab wahyu turun satu persatu. Sudah turun je wahyu, Nabi terus laksana tak de tunggu-tunggu lagi. Susah tu memang la susah sebab itu lah namanya perjuangan. Zaman kita ni semua dah ada. Quran dan terbuku dan tertafsir. Hadis pun semuanya dan di tashih. Apa lagi yang tak cukup. Masalah kita ni kat Malaysia, kita buat mesjid, buat bank islam, buat sekolah, dalam masa yang sama pusat judi pun kita galak juga. Kilang arak pun kitalah juaranya. Kelab malam, riba' dan pusat judi kita juga pemenangnya. Antara Hasil terbesar pendapatan negara lagi. Artis yang tak senonoh kita puja-puja. Nabi kata suruh ajak orang buat baik dan cegah mungkar. Kita tidak, kita ajak orang buat baik (buat masjid, sekolah dll) dan dalam masa yang sama ajak juga orang buat mungkar (bukak kilang arak, makan hasil riba', tambah kelab malam, pusat judi dan tayang benda tak senonoh kat TV). Kan rakyat boleh memilih mana yang baik mana yang buruk. semua rakyat kita kan minda kelas pertama. Worlddddddddd!!!!! Alhasil, Islam tu kan mudah. Buat apa susah-susah. Tak gitu. Rosak binasa masyarakat kita.

4) Lagipun negara kita negara campuran pelbagai agama dan bangsa. Bukan mudah untuk laksanakan Islam kesemuanya.
- Zaman Nabi pun madinah bukan semua orang Islam. Tapi Nabi mampu beri faham kepada non-muslim tentang Islam. hasilnya Islam dihormati. Kita ni pula dah la tak nak praktis Islam. Benda halal haram kira HALAM jer. Nak bagi paham non-Muslim pula tentang Islam. Alhasil diri sini tak faham apa itu Islam bagaimana nak beri faham yang lain. Yang dah tau pula buat-buat buta dan bisu. Islam itu rahmat untuk sekelian alam. Non-muslim juga sebahagian dari alam ini, mereka termasuk sekali.

5) Bagi kita pula rakyat biasa (katanya) tidak punya apa-apa kuasa. itu polisi pemerintah.

- Logik akal saya jawab ni. Tak ada dalil. Kat akhirat esok kalau Tuhan bakar periuk. Kemudian dah panas dicampak dua tiga orang manusia dalam periuk tu. Orang tu kata Ya Allah kenapa seksa kami. Bayangkan jika Tuhan menjawab, aku tak bakar kamu. Aku hanya bakar kuali jer. Macam tu lah gayanya kita. Kita rasa tak bersalah kalau pemerintah yang buat salah. Tapi tak sedar kita ada kuasa merubah mereka. Kalau pemerintah buat salah dan kita tidak betulkan atau tidak ubah kita dapat saham sama sebab rakyat yang pilih pemerintah. Minta maaf kata, Kalau pemerintah yang sedia ada rasa tak mampu atau lemah nak laksanakan Islam, cuba sekali sekali bagi chan kat team lain yang nak bawa Islam. Kot-kot mereka mampu. Kalau kat negara orang puteh dan ada juga didengari di Jepun, mereka yang tak mampu akan letak jawatan atau dipecat. Ye lah untuk kebikan bersama. Tapi di tempat kita tidak. Buat salah selamber jer macam tak bersalah. Rompak sana sini, tipu sana sini pun still kekal jadi pemerintah. Sapa yang pilih, mereka dan keluarga mereka...kita?? Pilihan raya dah dekat, apa salahnya sekali ni tukar selera. Dah lama makan fish n chips nak juga sekali sekali sekali rasa sambal belacan.


Lelaki Di Malaysi juga sudah tidak selamat lagi.

Saya terpanggil juga untuk mengingatkan lelaki di Malaysia bahawa anda juga tidak selamat berjalan seorang diri di Malaysia. Saya dapat berita dari seorang teman saya, kisah seorang lelaki di sebuah negeri yang dirahsiakan tempatnya telah dirompak ketika menaiki motosikal pada waktu malam kemudian diliwat dan ditinggalkan keseorangan. Terkejut saya dengar. Sekarang bukan wanita sahaja yang tidak selamat. Pemangsa sudah tidak mengenal mangsa.

Di negeri yang sama, pada waktu seorang ingin pergi ke pejabat polis untuk melaporkan kecurian keretanya, dia bertemu seseorang yang juga kehilangan kenderaannya. Katanya polis tidak mampu buat apa-apa lagi. Dalam sehari dilaporkan paling kurang 15 kenderaan telah dicuri. Harga barangan asasi seperti tepung, minyak juga tidak mampu di kawal lagi. Ia naik mendadak sehingga menyebabkan peniga-peniaga kecil terasa baranya. Kalau di cairo harga tepung naik 1 sen pun ada mogok besar-besaran seluruh negara. Kat negara kita bukan naik seposen dua lagi. Bayangkan sahaja kalau tepung dari Rm 2.70 naik ke Rm 3.70. Di negeri yang lain pula dilaporkan minyak masak tiada di pasaran. Lesap entah kemana. Apa penyakit la negara ku Malaysia. Apa nak jadi dengan tanah airku. Kat mana nak cari ubat untuk atasi masalah ni. Cari kat semua farmasi dan hospital memang tak jumpa. Tanya doktor pakar pun tak tau penyakit apa. Yang ada jawapannya hanyalah ISLAM kerana Al-Islam Huwa Al-Hal (Islam itu penyelesai segala masalah dan penyakit ummah). Kalau makan ubat kita makan ikut ketetapannya, kenapa apabila kita ambil ISLM kita hanya ambil sebahagiannya...?

Sekian..

Wallahu'aalam

Tulisan ini tulisan luahan perasaan seorang rakyat yang sayangkan negara.

[+/-] Selengkapnya...

Thursday, December 13, 2007

Winter Sonata versi London

Bismillah..

I just arrived from my english school (Sels College) at Covent Garden. It was a long journey and i feel so tired. I spent about one hour in the bus that usually take just half an hour by tubes. Travel by bus in London is cheaper than travel by tubes. I have to use an oyster card to make the tickets more cheap. Just pay two pounds per day and you can get anywhere in London with any bus at any time. I can count just with my right hand, how many times that I had using the tubes. Only for the insistent situations. It's too expensive to me.

This Friday could be the last class for me in Sells College. The school will close awhile for the cristmas and the new year holiday until 7 January 2008. I have been learning there about two months. It was happened very fast. This is my first time I have learning English serously in my life. I'm excited and I hope I can attends the class yet (if possible : money and time) in the next semester. I think, learning English in a small group with the briliant teacher are the right way for me to improve the language. It would be an exciting memory that I will remember it always.

Masa Yang Berbaki...

Masa berlalu begitu pantas. Sedar tidak sedar, tahun 2007 hampir sampai ke penghujungnya. Ini bermakna masa untuk saya berada di sini juga sudah tidak lama lagi. Bos saya sudah mula mencari pengganti saya dan 2 orang rakan sekerja yang akan turut pulang pada awal 2008 nanti.

Di luar sana cuaca semakin bertambah sejuk. Saya rasa mungkin telah melebihi paras beku kerana kereta-kereta sudah kelihatan bewarna putih akibat air yang membeku. Pagi tadi saya saksiakan padang di hadapan rumah juga sudah bewarna putih. Mungkin itu tanda cik salju akan tiba. Kalau bernasib baik kata kawan-kawan saya, mungkin saya akan dapat berjumpa dengan cik salju tahun ini. Di london akhir-akhir ini agak sukar untuk melihat cik salju turun. Mungkin ini adalah antara kesan-kesan 'global warming' yang hangat diperdebatkan di sini mutaakhir ini.

Cuti krismas yang bakal tiba nanti menjanjikan kesibukan tahap maksimum. Beberapa program bakal dirancang antaranya program bersama dengan adik-adik remaja yang bakal menempuhi alam taklifan (baligh) dan rancangan untuk penubuhan sekolah hujung minggu untuk anak-anak melayu Islam di North London (tidak seperti Manchester, Birmingham dan beberapa tempat lain yang sudah mempunyai 'Malaysian School' nya sendiri). Jika benar berjalan program itu nanti ada kemungkinan saya terpaksa bersiap lebih terperinci lagi untuk berkomunikasi dengan adik-adik dalam bahasa Inggeris. Kalaulah ada orang lain..sebenarnya saya lebih suka membantu dari merancang dan mengemudi.

Tazkirah Mingguan Dengan Surah Luqman

Sudah dua minggu tazkirah ditambah dengan tafsiran beberapa ayat dari Surah Luqman. Biasanya hanya sebagai selitan untuk pengajian hadis. Namun 2 minggu ini tajuk 10 wasiat Luqman kepada anak-anaknya di dalam ayat 12-19 cukup memberangsangkan. Akhirnya pengajian hadis terhenti seketika.

Kebiasaannya, saya akan bawa konsep perbincangan di dalam tazkirah mingguan tersebut. Saya tidak suka bercakap seorang diri. Takut-takut pendengar akan tertidur dan lebih teruk lagi jika saya pula yang tertidur. Hasil perbincangan dan lontaran idea dari seluruh hadirin sebenarnya amat-amat saya nantikan. Masing-masing melontarkan permasalahan dan cadangan penyelesaian dalam persoalan pendidikan terhadap anak-anak. Luqmanul Hakim menanamkan di dalam diri anaknya sifat rasa bertuhan, hormat ibu bapa, menjaga ibadah solat, ajak kebaikan dan mencegah kemungkaran, sabar dan beberapa akhlak yang dianjurkan di dalam hubungan sosial.

Di sana dilontarkan beberapa persoalan antaranya ; Ketika kita kejut anak kita bangun dari tidur, apa lafaz pertama yang kita ajukan kepada anak kita? Ia mungkin : (1) Bangun mandi dan gosok gigi, dah lewat ni. (2) Bangun, sekolah dah lewat ni. (3) Bangun, sarapan dah siap. Tetapi berapa ramai yang mengatakan : bangun dah lewat ni, waktu subuh dah nak habis. Ia nampak simple namun itulah dia kekuatan yang mahu dipasakkan di dada anak-anak kita. Pagi harinya bermula dengan ingatan dan patuh tunduk kepada Tuhannya. Kadang-kadang kita lebih risau anak kita lewat ke sekolah dari lewat tunaikan solat subuh.

Minggu ini tazkirah akan disambung lagi dengan dengan tiga wasiat Luqmanul Hakim yang berbaki. Majlis mingguan ini bertambah ceria denagan pertambahan beberapa orang ahli baru seperti Prof. Abang Kamarul dan isteri serta Abang Ali, former Petronas cari gali. Idea dan pandangan mereka menambahkan lagi pengalaman saya. Sebenarnya, saya banyak belajar dari mereka bukan saya yang mengajar mereka. Saya hanya bercakap sedikit sahaja selebihnya terbuka kepada ahli dan hadirin yang hadir.

Antara Rahsia Majlis Pertunangan & Perkhabaran Majlis Perkahwinan.

Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud;. "Umumkan perkahwinan dan rahsiakan pertunangan".

Maksud hadis di atas adalah kita digalakkan untuk merahsiakan pertunangan dan mengumumkan perkahwinan yang bakal dilangsungkan. Hubungan pertunangan tidak perlu disebarkan kerana mungkin akan menyebabkan fitnah. Hubungan pertunangan bukanlah hubungan yang pasti. Ia mungkin berakhir dengan perkahwinan dan mungkin juga akan berakhir dengan sebaliknya. Oleh itu, ia menjadi 'maslahah' kepada kedua belah pihak dan menjaga hubungan yang sudah terjalin pada peringkat awalnya.

Pertunangan juga bukanlah tiket untuk segala-galannya berbanding perkahwinan yang menghalalkan apa yang dilarang sebelumnya. Majlis pertunangan yang besarnya seakan majlis perkahwinan tidak digalakkan di dalam Islam kerana mungkin akan menyebabkan pembaziran dan kepayahan di pihak lelaki. Sudahlah masyarakat kita hari ini meletakkan harga yang terlalu tinggi untuk hantaran pernikahan di pihak lelaki, inikan pula mahu dibebani lagi dengan majlis pertunangan yang sehebat majlis perkahwinan etc.

Untuk itu tidak perlu kecil hati jika ada kawan-kawan kita yang tidak menyebarkan berita pertunangannya kerana dia sedang berusaha untuk mengikut sunnah Baginda S.A.W seperti yang terdapat dalam hadis di atas tadi. Mungkin anda perlu dan patut berkecil hati jika majlis perkahwinan yang disembunyikannya @ sangka baik sahaja padanya kerana mungkin surat jemputan untuk anda tercicir di pertengahan jalan. Lama-lama kan ketauan juga nanti, tidak perlu berkecil hati yer.

Wallahu'aalam


[+/-] Selengkapnya...

Tuesday, December 04, 2007

My First English Posting

Bismillah...

Today I would like to write my life jurnals in English. I don't care about the grammers, spellings and any mistakes that should be happen in my writing. Mistakes are just a beginning to make an improvement. It's as simple as that. So, why should I be afraid to write in this simple language?? Thank you to my teacher Richard and all of my friends in Sells College for helping me and grew up my faith to speak, write and using this language. But I will never forget about my weakness in Arabic Language. Insyaallah, I will try to improve it as well. I am going to build up my self as far as i can. May Allah helps all of us to make a positif improvement.

I have been here since last August 2007 and I have more two months before I go back to either my lovely country, Malaysia or maybe to my second nice country Egypt. I don't believe that I have been here for four months. Masya Allah, it looks crazy. The time passes away as trains from St. Pancras to france. Very fast. I feel I did nothing here. I missed to write all of my experiences in this jurnal. The times are so expensive, but it's doesn't matter. The problem was coming from my self. I failed to organize my time.

Thats Enough. I told you, my english is not too good. I change my mind. I will finish this posting with my usual language. I am sorry.

Berbual Dengan Free-Thinker.

Hari ini waktu pulang dari sekolah (English College), saya diberi peluang berbual dengan seorang wanita warga Jepun. Namanya Mariko. (Jangan salah anggap pada saya, saya tidak berdating dan tiada niat untuk menguratnya) Saya katakan dia adalah free-thinker atau non-relegion (tanpa agama) disebabkan dia memang tidak mempunyai sebarang kepercayaan agama. Apa yang saya tahu darinya, majoriti warga Jepun memang tidak mempunyai agama. Kalau ada pun hanyalah budha dan minority Islam dan kristian. Datuknya beragama budha. Bermula dari ayahnya, kehidupan keluarganya sudah tiada lagi kepercayaan agama.

Apa yang menariknya, Mariko tiada langsung pengetahuan tentang sebarang Agama. Tidak pernah mengkaji dan suatu masa sewaktu di kelas menyatakan bahawa agama membawa kepada peperangan dan permusuhan. Dia bertanya kepada saya : why religion is important to you Mohamed? (Classmates saya panggil saya Mohamed. Bertepatan pula dengan kes warga England di Sudan Mrs. Gibbons yang menganjurkan anak muridnya menamakan teddy bear dengan nama Muhammad menguatkan lagi diri saya untuk dipanggil Muhammad, tapi saya takut juga jika berperangai buruk takut-takut mencemarkan nama Junjungan kita Nabi Muhammad SAW).

Soalan itu mula-mula sukar juga untuk saya menjawabnya. kekurangan ilmu ditambah dengan kelemahan untuk berkomunikasi dalam bahasa inggeris membuatkan perbualan agak sedikit perlahan. Namun anggapan saya bahawa dia faham apa yang saya sampaikan. Saya katakan bahawa Agama mengajar saya erti kehidupan. Hidup bukan semata-mata untuk keseronokkan. Kami percaya ada hari kebangkitan. Agama mengajar saya berakhlak mulia (good manners), menentang keganasan dan menyembah Tuhan yang menjadikan serta mengetahui segala suatu yang baik dan buruk bagi diri hambanya. Oleh itu segala seruanNya dari Al-Quran, Hadis Nabi dan pandangan ulamak perlu dituruti.

Saya beri gambaran jika anda membuat sehelai baju, sudah tentu anda akan mengetahui segala-galanya tentang baju itu. Di mana ia perlu disimpan. Di basuh mengunakan apa dan dipakai waktu bila. baju tidak akan menolak ketetapan orang yang membuatnya kerana ia tahu itu yang terbaik dari penciptanya. Begitu juga kita manusia Pencipta tahu apa yang terbaik untuk diri kita. Mariko bersetuju dengan pandangan saya bahawa manusia ada yang menjadikannya. Ia tidak jadi sendiri dan manusia pasti akan mati.

Mariko bertanya kepada saya kenapa kamu sembahyang dan apa kesan kalau kamu tidak buat apa yang agama kamu tetapkan (kebetulan setiap waktu rehat di kelas saya curi masa untuk solat asar di atas). Saya katakan sebab Tuhan saya perintahkan saya sembahyang dan kalau saya tidak sembahyang hati saya rasa tidak tenang. Saya katakan saya solat 5 kali sehari beserta dengan waktu-waktunya. Dia terkejut besar. Sangkaannya saya hanya bersolat sekali sahaja seperti yang diketahuinya.

Dia bertambah minat bertanya. Bagaimana saya mahu tahu lebih lanjut mengenai agama? Saya katakan kamu perlu tanya pada yang mengetahui (ulamak@schollars) dan baca pengalaman orang-orang yang baru menerima agama atau baru berpindah agama. Dan kalau kamu berminat saya boleh berikan terjemahan al-quran untuk kamu. Perbualan tidak begitu panjang disebabkan tempat yang saya tujui sudah hampir tiba. Saya hanya sempat menasihatinya agar mengkaji dahulu agama-agama yang ada di muka bumi ini. Jangan menghukum agama kerana penganutnya. Sebaliknya carilah agama dari sumbernya. minta Tuhan pandu kamu untuk mencari kebenaran. Jika kamu benar-benar mahu mencari kebenaran agama.

Perbualan habis setakat itu. Sewaktu di kelas juga saya cuba untuk menyelitkan maklumat-maklumat tentang agama Islam. Dalam home work yang diberikan oleh teacher juga saya selalu selitkan cerita mengenai Islam. Mungkin itu yang termampu saya lakukan untuk membuka dakwah kepada golongan minoriti (kawan-kawan saya) yang tidak mendapat maklumat yang jelas tentang Islam. Pengalaman begini tidak pernah saya terima sebelum ini. lihatlah betapa ramai yang belum tahu tentang kebenaran Agama Islam dan berapa ramai juga yang tidak tahu menahu tentang agama. Ia juga lebih kurang sama dengan orang yang telah beragama (maksud saya sudah islam) namun tidak rasa penting menurut perintah agama. Mungkin bilanganya sama ramai. Lalu di mana peranan kita untuk membawa dan memberikan maklumat yang jelas kepada mereka. Ishh.. Ya Allah..takutnya nanti kita semua akan dipersoalkan.

Wallahu'aalam..

~ Posting dalam Bahasa Arab juga akan cuba diusahakan Insyaallah.

[+/-] Selengkapnya...

Monday, November 26, 2007

Taqwa, Ujian Dan Perjuangan

Bismillah...

Perjalanan hidup memang tidak akan reda dari dugaan dan cabaran. Allah Taala berfirman di dalam al-Quran surah al-Ankabut ayat 2 yang bermaksud ; "Adakah manusia menyangka bahawa cukup sekadar mereka menyatakan 'kami telah beriman' sedangkan mereka belum diuji?"

ujian datang dari pelbagai sudut dan ruang. Bagi umat Islam yang bergelar mukmin, seharusnya setiap dugaan dan cabaran yang dihadapi di dalam kehidupan seharian dijadikan sebagai pembuktian keimanan kepada Tuhan yang menciptakan. Keimanan bukan hanya dengan kata-kata dan luahan. Keimanan itu perlu diuji dan dibuktikan dengan pelaksanaan. Oleh kerana kehidupan insan itu punya matlamat dan tujuan, ianya tidak dapat lari dari kepayahan dan ancaman.

Untuk mengikuti ujian, kita perlulah bersedia dengan segala macam bekalan dan kekuatan. Bekalan yang terpenting itu adalah taqwa kepada Tuhan. Allah berfirman yang maksudnya, ; "Sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah Taqwa" (sila rujuk konsep taqwa). Bekalan taqwa ini perlulah mencukupi kerana sekiranya kurang maka kita akan serba kekurangan dalam mendepani ujian yang dikenakan. Mahu ikut peperiksaan di universiti pun perlu buat persidaan yang cukup. Inikan pula mahu lalui ujian yang telah Allah janjikan dengan kepayahan dan kesukaran seperti yang dinyatakan oleh Allah Taala di dalam FirmanNya dengan mafhumNya ; "Sekiranya (hijrah @ perjuangan) itu dekat jaraknya dan pendek perjalanannya pastinya mereka akan mengikuti Mu (wahai Muhammad). Akan tetapi ia (hijrah dan perjuangan Mu itu) jauh dan penuh kepayahan".

Orang terdahulu duiji keimanan mereka dengan penderitaan dan kepayahan. Lihat sahaja Rasulullah SAW sebaik2 insan yang Allah ciptakan, hidupNya penuh dengan ujian dan dugaan. Ancamam dan cubaan yang dihadapi dalam menyampaikan risalah dakwah Islamiah demi untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan tiada tandingannya sehingga tergolong dikalangan Rasul-rasul ulul Azmi yang palimg tinggi darjatnya. Kesusahan dan kepayahan yang dihadapi itu dihadapi sebagai bukti keimanan Baginda yang jitu dan teguh kepada Allah Taala. Kalau sudah namanya hidup dalam perjuangan perlu sedia menghadapi kesukaran dan kepayahan.

Soalanya, adakah kita ini telah meletakkan diri kita di medan perjuangan yang sebenar??? (Medan perjuangan seperti yang di bawa Oleh Rasulullah SAW). Ya, jika belum maka kenapa mahu mengeluh jika ditimpa ujian dan kepayahan sedangkan ianya baru sedikit berbanding dengan ujian para pejuang Islam. Ujian di dalam kehidupan seharian itu belum namanya ujian jika kita tidak meletakkan diri kita di dalam perjuangan yang dibawa Baginda. Kita bukan orang yang memulakan perjuangan. Moga kita tergolong di kalangan mata rantai-mata rantai yang menjadi penerus perjuangan Baginda walau di mana posisi kita berada. Islam dijunjung walau di mana bumi dipijak insyaallah.

Wallahu'aalam



[+/-] Selengkapnya...

Monday, November 12, 2007

Catatan Rindu..

Bismillah..

Jemari sudah lama tidak menari. Gara-gara masa yang menghambat dan kelangkapan yang tidak mencukupi untuk jari mengolah resepi perjalanan diri. Hari ini rasa rindu untuk menulis lagi. keluar awal dan singgah di cyber cafe selepas menghantar anak-anak murid ke sekolah usai mengaji al-Quran bersama pagi ini. Alhamdulillah, anak-anak murid itu kini sudah mampu membaca sendiri. 3 Bulan lalu mereka tidak mengenal Alif, Ba dan Ta. usaha ibu bapa mereka sendiri banyak membantu saya dalam menanam al-Quran di dada anak mereka. Namun di sana masih ramai lagi anak murid lain yang masih belum mampu membaca sendiri. Begitulah aturanNya. Ada yang mudah ada yang susah. Ada yang laju dan pasti ada yang agak perlahan. memang seronok kalau sudah mampu melihat tanaman sendiri mengeluarkan hasil.

Esok pula kelas pengajian lebih mencabar. Satu kelas di al-Manar mosque menanti di temani Tuan Imam besar masjid, Syeikh Ahmad Al-maghribi yang mahir riwayat warsh. Di hadapan kami sekumpulan pelajar-pelajar tempatan dari pelbagai warna dan keturunan. Pengalaman ini tidak sama seperti mengajar anak-anak melayu mengaji al-Quran. CabaranNya lebih hebat. Kenakalan, hiruk piruk dan kepayahan menanti namun ia amat menyeronokkan. Setiap malam yang berlalu pula kaki melangkah ke setiap ceruk kota London untuk bersama anak-anak malaysia-England yang dahagakan pengajian al-Quran dan Fardhu ain.

Sebentar lagi, masa kerja akan bermula. Melayani karenah pelanggan yang pelbagai bangsa yang mana pelanggan utamanya adalah penduduk setempat dan luar negara yang amat meminati masakan malaysia-Indonesia-Singapura. Pelanggan melayu yang datang boleh dibilang dengan jari sahaja. Kesukaran yang amat sangat apabila melayani pelanggan yang berkulit gelap. Bahasanya agak pekat dan kasar menyebabkan terkadang terbakar juga hati kecil ini. Namun inilah pengalaman berharga yang saya perolehi di sini. Rekod bahasa inggeris saya semenjak zaman purba kala memang agak teruk. Harapnya dengan pergaulan seperti ini mampu meningkatkan penguasaan bahasa saya.

Petang ini, pulang dari kerja kaki akan mengikuti kelas pengajian di Sels College. 2 jam sehari dan 3 kali seminggu. Saya di tawarkan oleh seorang yang pemurah untuk mengikuti pengajian English corse di situ. Dari siapa? Pemilik kolej itu sendiri yang menawarkannya. Berkat bantuan Uncle Hulaimi akhirnya Datuk Yunus Rais dengan selamba mengatakan "Well come to my college, kamu orang melayu terakhir yang saya beri percuma". terkejut saya mendengarnya. Kini sudah 2 minggu saya menjadi penuntut di Sels College secara rasmi. Pengajian memang memberangsngkan. Hanya 4 orang di dalam satu kelas membuatkan saya tidak segan untuk bertutur kerana baki yang 3 juga sama level dengan saya. Tetapi kira saya yang paling teruk berbanding yang tiga. Kini niat kedua saya datang ke sini telah Allah perkenankan. Hanya mahu atau tidak sahaja yang bakal menghalangnya.

Pejam celik masa berlalu begitu pantas. keluar pagi jam 8 pagi dan pulang sekitar jam 11 malam setiap hari membuatkan laman ini seolah-olah sudah kematiannya pemiliknya. Keberadaan saya di sini mungkin sudah tidak lama. Pengajian hujung minggu (kitab hadis 40) bersama komuniti melayu di Hendon, Ealing dan Brent sudah masuk hadis yang ke 16. kelas semalam lebih bermakna kerana Us. Erfi Nor (pegawai khas agama JPM London) turut serta menjadi mentor. Moga dapat diteruskan pada masa-masa mendatang. Ilmu di dada tidak banyak. rasa sudah habis dicurahkan semuanya. Tidak sabar untuk pulang ke Cairo semula untuk mengisi kekosongan yang amat banyak. Kekurangan bahan dan kitab di sini membuatkan saya sedikit sukar untuk mencari rujukan dan menjawab persoalan2 yang di ajukan.

Sekian sahaja catatan kali ini. Bas pun sudah kelihatan. Kaki terpaksa berlalu pergi. Salam mahabbah untuk semua. Ana Uhibbukum Fillah..

Wassalam

[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails