-->

HijriDate

Monday, March 28, 2011

Gaining Confidence To Speak English


Dear friend,

Below is a very helpful tip to help you gain confidence to speak English more.

Hot English Tip #7
Gaining Confidence To Speak English

If you are like most people, you often feel down, lack confidence, feel frustrated or feel that you are not progressing very much with your English.

It's actually quite easy to overcome these problems. All you need to do is build your confidence.

How do you do this quickly and easily?

There are a few things you should not do:

Try not to:
* Compare yourself to other people's level of English.
* Tell yourself or say to other people,


"My English is poor",
or
"My English is broken" or anything like this.

Learning English is not a competition with other people, it's like a game of golf.

The goal with learning English is to keep improving your level. It does not matter what your level is, it's all about constantly improving.

The purpose of practicing golf is to keep improving your game (lowering your score).

Asian people usually compare themselves with others. Their focus is on the other people, thinking things like, "What will they say?", or "What will they think if I make a mistake".

This kills your confidence.

The focus should be on yourself, "How can I improve?", or "I am improving, therefore my English is going well".

You will always feel confident if your focus is here.

Another reason why people do not have much confidence is because they worry about making mistakes, thinking others will laugh or say negative things about their mistakes.

This however, does not happen.

Let's prove this...

Have you ever made a mistake in your native language?

Of course you have right?

Now, when you make mistakes in your native language (the language which you are the "expert" in) do people laugh at you?
Do people say bad things about you for making a mistake?

No way, right?

Well, why or how can people laugh or say bad things about you when you make mistakes in English (your second language which you are learning)?
They cannot. So, do not think or worry that people will do this, it will never happen.

In fact other people will be scared to laugh or comment about your English mistakes because either:

Your English is better than theirs, so they cannot comment (they will feel embarrassed if they do)

or

They are also learning English and understand that learning English is difficult. They understand making mistakes are a part of learning, so they will not comment,
In fact they may help you.

Best of luck, study with confidence from now on.

Rohan Cox
English Essentials
Rapid Learning, Instant Results

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, February 02, 2011

Rakyat M'sia di Mesir dipindah dalam 4 setengah hari

Semua penuntut Malaysia di Mesir, yang kini berdepan masalah berikutan protes ganas yang mendesak Presiden Hosni Mubarak berundur, dijangka dipindahkan dari negara itu dalam tempoh empat hari setengah. Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman berkata kerajaan serius dalam usaha untuk membawa keluar warganegaranya dari Mesir dan telah mengaturkan untuk menerbangkan mereka dari Kaherah ke Jeddah, Arab Saudi.

Selain tiga pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang berlepas ke Mesir hari ini, katanya pesawat khas AirAsia Airbus A320 dengan kapasiti 249 penumpang juga dijadual berlepas ke Kaherah dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada kira-kira 2 petang hari ini. Antara yang turut serta dalam penerbangan AirAsia itu ialah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Ismee Ismail dan Ketua Putera Umno Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim, yang dalam misi membantu membawa pulang pelajar Malaysia dari negara yang sedang bergolak itu. "Pesawat itu juga akan membawa barangan makanan untuk pelajar Malaysia di Mesir," katanya kepada pemberita di sini.

Anifah berkata sebuah pesawat Malaysia Airlines, Boeing 747, yang boleh membawa 285 penumpang, akan berlepas ke Kaherah pada 9 pagi esok. "Kami menjangkakan untuk menerbangkan sekurang-kurangnya 3,000 rakyat Malaysia dari Kaherah ke Jeddah setiap hari dan berharap semua penuntut Malaysia di sana dapat dipindahkan dalam masa empat hari setengah," katanya.

Beliau berkata kerajaan sedang menguruskan visa sementara dengan kerajaan Arab Saudi bagi membolehkan penuntut berkenaan dipindahkan ke Jeddah. Katanya terdapat lebih 11,000 penuntut Malaysia di Mesir. Anifah berkata kerajaan Malaysia dan Indonesia turut bekerjasama rapat dalam proses pemindahan itu. "Sebagai contoh, pesawat MAS atau AirAsia boleh membawa rakyat Indonesia yang terkandas di lapangan terbang jika ada tempat duduk kosong," katanya. Anifah juga menasihatkan ibu bapa yang anak mereka berada di Mesir supaya bersabar kerana keadaan adalah terkawal dan memberi jaminan yang kerajaan sedang melakukan yang terbaik untuk melindungi mereka. - Bernama

[+/-] Selengkapnya...

2 Juata Rakyat Mesir Berhimpun Di Medan Tahrir


Bayangkan 2 Juta Rakyat Malaysia berkumpul di Kuala Lumpur menuntut kerajaan menurunkan harga minyak dan harga barang.. Rasa lingkup Dato Najib

Perhimpunan bersih pun 100K tu pun dah tak larat FRU nak lawan. Kalau 2 juta alamat besok Dato Najib letak jawatan. Bagi Mubarak 2 Juta belum cukup ramai untuk mendesak beliau meletak jawatan!!!!

[+/-] Selengkapnya...

Revolusi Mesir: Bukti Kelembapan Malaysia Bertindak Berbanding Negara Lain


Beberapa jam yang lalu sebelum artikel ini ditulis Al Jazeera telah melaporkan hampir 2 Juta rakyat Mesir telah berhimpun di Dataran Tahrir bagi mendesak supaya Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan atau mereka akan terus berdemonstrasi sehingga tuntutan mereka dipenuhi. Dijangka lebih ramai lagi yang akan tiba ke dataran tersebut walaupun rejim Mubarak mengarahkan supaya perkhidmatan keretapi memberhentikan operasi sehingga diberitahu.Video dari Al Jazeera sila lihat di (SINI)

Al Jazeera juga telah melaporkan Perdana Menteri Turki, Recap Tayyip Erdogan meminta supaya Hosni Mubarak "mendengar suara rakyat" yang mahukan perubahan dalam pentadbiran politik negaranya. Dan Jordan juga kini melihat kebangkitan rakyatnya yang mendesak agar Perdana Menteri yang sedia ada iaitu Samir Rifai kerana kegagalannya untuk mengawal harga minyak dan barang makanan yang kini melambung.

Akur dengan kehendak rakyatnya dan bagi mengelakkan apa yang telah terjadi di Mesir turut terjadi di negaranya, Raja Jordan iaitu Raja Abdullah II telah bertindak memecat bukan sahaja Perdana Menterinya malah keseluruhan anggota Kabinet itu. Berita berkenaan sila baca di(SINI) Suasana di Mesir kini semakin tegang kerana semakin ramai penunjuk perasaan yang mahukan supaya Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletak jawatan berhimpun beramai-ramai di jalan-jalan sekitar Kaherah.
Tentera Mesir membuat sekatan jalan raya menuju masuk bandar itu dan bandar lain menje
lang protes besar-besaran bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bagaimana dengan nasib pelajar Malaysia di sana kini?

Ketika ini, terdapat lebih daripada 10,000 pelajar Malaysia berada di Mesir.

Ketika kerajaan-kerajaan lain dari seluruh dunia berlumba-lumba menghantar berbagai-bagai pesawat tanpa mempedulikan sebarang kos yang perlu ditangung oleh kerajaan mereka, kerana bagi mereka keselamatan dan nyawa warganegara mereka lebih berharga.

Kerajaan Malaysia masih menimbangkan apakah cara yang terbaik untuk mengeluarkan Pelajar Malaysia di Mesir seolah-olah cara yang dipraktikkan oleh Negara lain dalam mengeluarkan warganegara mereka dari Mesir adalah tidak praktikal.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata Kerajaan sedang menimbang menggunakan kapal serba guna Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang sedang bertugas di Teluk Aden, Timur Tengah, untuk operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia yang kini berada di Mesir. Perdana Menteri juga berkata, kerajaan telahpun menghantar rombongan pegawai kanan ke Mesir untuk meninjau keadaan terkini di negara terbabit dan memastikan rakyat Malaysia selamat.

Mengenai penggunaan pesawat kargo C-130 Hercules bagi membawa pulang rakyat Malaysia dari Mesir, Najib berkata ia tidak praktikal kerana pesawat kargo terbabit hanya mampu membawa 40 penumpang. Cuba anda bayangkan berapa lamakah masa yang diperlukan oleh Kapal TLDM KD Bunga Mas kini terlibat dalam operasi antilanun di Teluk Aden untuk sampai di Mesir.

Apakah rombongan yang dihantar oleh Najib itu Super Heroes yang mampu memastikan keselamatan Pelajar kita di sana? Ketika nyawa pelajar kita diancam bahaya Najib masih memikirkan soal kos yang diperlukan untuk membawa keluar Pelajar Malaysia dari Mesir.
Apakah Malaysia ini kini benar-benar sengkek (tiada duit) hingga tidak mampu untuk menyewa beberapa buah Kapal Terbang selain dari menggunakan pesawat C-130 Hercules milik TUDM itu? Selama ini kita amat berbangga jika dibandingkan dengan Negara jiran Indonesia, kononnya Negara kita lebih aman dari Negara mereka, kononnya juga negara kitalah yang menyediakan peluang pekerjaan bagi rakyat mereka dan kita juga berbangga kerana Negara kita lebih kaya dari Indonesia.

Tetapi dalam hal membawa pulang pelajar Malaysia dari Mesir ini ianya membuktikan sebaliknya.. ianya membuktikan kepada kita betapa berharganya nyawa rakyat Indonesia kepada pemerintah Indonesia..

Biarpun Negara mereka lebih miskin, Negara mereka jauh ketinggalan dari segi pembangunan jika dibandingkan dengan Negara kita. Biarpun Negara mereka miskin namun demi keselamatan rakyat mereka yang berada di Mesir pemerintah Indonesia iaitu Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengeluarkan arahan untuk memindahkan keluar rakyatnya dari sana dengan penerbangan sewa khas.

Selain pesawat penerbangan Garuda Boeing 747, dua syarikat penerbangan lain dari Indonesia iaitu Batavia Air dan Lion Air akan menyusul terbang ke Kaherah dengan pesawat Boeing 747 untuk operasi pemindahan itu. Ketika Presiden Indonesia berkata “Situasi politik di Mesir semakin buruk dan boleh mengancam keamanan serta keselamatan saudara-saudara kita di Mesir,”

Perdana Menteri kita pula berkata “Kita mempunyai pelan untuk menggunakan aset Angkatan Tentera Malaysia termasuk kapal TLDM yang sedang meronda di Teluk Aden, untuk membawa mereka keluar daripada Mesir,” Kerajaan Indonesia telah bertindak dengan menyewa kapal terbang dan kapal terbang mereka telah mendarat di Jeddah, Arab Saudi.. Kerajaan kita pula masih sedang menimbang menggunakan Kapal yang kini masih berada di Lautan Eden..

Rakyat didahulukan, Pencapaian diutamakan!! Nyata hanya slogan kosong semata-mata..

baca selajutkan rujukan di Anak sungai derhaka

Azhan: Apakah duit menjadi pertimbangan yang mendesak?? Mungkin dah berjuta ditaburkan di Tenang PRK baru2 ni...kesian mengenangkan nasib pelajar kita di sana. Nak salahkan kerajaan nanti ada pula suara2 halus yang tak puas hati, tapi ni lah bukti yang jelas kelembapan kerajaan "saudara"! "Janji, anak bini aku kenyang dan selamat sudah..." /MAZ /SO

[+/-] Selengkapnya...

MOSSAD & CIA mula menyelinap masuk ke Mesir


Setelah rejim Tunisia tumbang ditangan kuasa rakyatnya, ia telah merebak ke negara Mesir yang diperintah secara kuku besi oleh rejim Hosni Mubarak. Rejim Hosni Mubarak dijangka tumbang pada bila-bila masa dari sekarang walaupun beliau masih mendapat sokongan daripada jenderal-jederalnya

Kebangkitan rakyat Mesir sudah tidak boleh dihalangkan lagi walau pun rejim Hosni Mubarak cuba meredakannya dengan memecat beberapa menterinya. Apa yang rakyat Mesir mahukan ialah rejim Hosni Mubarak mesti meletak jawata
n atau beliau akan digulingkan.

Perkara ini amat membimbangkan rejim Israel dan Amerika yang menjadi sekutu kuat rejim Hosni Mubarak. Jika jatuhnya rejim Hosni Mubarak, ia akan memberi impak yang besar kepada negara haram Israel. Apa yang ditakuti oleh rejim Israel dan Amerika ialah kebangkitan Islam melalui Ikhwam Muslimin yang sudah berpuluh-puluh tahun ditindas oleh rejim Hosni Mubarak.

Hosni Mubarak yang memerintah secara kuku besi selama 30 tahun setelah mengantikan Anwar Sadat yang mati dibunuh dalam satu majlis perarakan oleh pengerakan Islam kerana mengkhianati rakyat Palestin dan umat Islam dengan menjadi boneka/sekutu rejim Israel.

Malah beliau juga yang mengarahkan agar tembok dibina untuk menghalang rakyat Palestin mendapatkan pelindungan daripada pembunuhan dan penyembelihan yang dilakukan oleh rejim Isreal Laknatullah terhadap saudara Palestin mereka..

Terowong-terowong disempadan Mesir yang digali oleh rakyat Palestin untuk mendapat bekalan makanan telah di bom atas arahan rejim Hosni Mubarak dengan bantuan daripada rejim Israel Laknatullah. Walaupun protes dimulakan kerana desakkan hidup yang semakin meruncing tanpa ada apa-apa tindakkan oleh rejim Hosni Mubarak yang mengamalkan kronisma, tetapi ia terus merebak kepada pembelaan kepada rakyat Palestin.
Mossad dan CIA mula memainkan perana mereka dengan menyusup masuk da
lam usaha mereka untuk menghalang Ikhwam Muslimin dari mengambil alih pemerintahan Mesir dan Tunisia. Diperingkat diplomatik pula, rejim Israel telah melobi negara-negara barat agar memberi sokongan mereka terhadap rejim Hosni Mubarak.

Apakah akan lahir seorang lagi Shalahuddin Al-Ayubi untuk pembebasan bumi Palestin daripada rejim Israel dan sekutu-sekutunya dari bumi para Ambi'ya?. Sejarah telah memperlihatkan akan kebijaksanaan Salahuddin Al-Ayubi merampas kembali bumi Palestin kembali kepada umat Islam.

Apa yang berlaku dizaman Salahuddin tiada bezanya dengan zaman sekarang. Walau pun negara haram Israel dikelilingi negara-negara Arab yang mengaku Islam, tetapi mereka hanya melihat sahaja rakyat Palestin di bunuh dan disembelih oleh rejim Israel Laknatullah.

Pemimpin-peminpin Arab bukan sahaja melihat kekejaman rejim Israel, malah mereka sendiri memberi sokong yang padu kepada rejim Israel. Mereka membina tembok-tembok agar rakyat Palestin tidak dapat melarikan diri untuk mendapat perlindungan.

Kejayaan Salahuddin Al-Ayubi membebaskan bumi Palestin dan Baitumuqadis bukan perkara yang mudah dikala umat Islam berada seperti dizaman sekarang ini. Kerana itulah beliau menumbangkan pemimpin-pemimpin yang lemah dan melantik pemimpin-pemimpin yang beriman memerintah negara dalam pada itu beliau berjaya menyatukan umat Islam menjadi satu pasukan yang kuat.
Inilah yang menakutkan rejim Israel dan Amerika setelah rejim Tunisia tumbang dan ia merebak kepada sekutu dekatnya Mesir. Apa yang pasti akan rejim Hosni Mubarak akan tumbang dengan tentera akan menyebelahi kuasa rakyat Mesir walau pun jeneral beliau masih menunjuk taat setia.
Berkemungkinan di Algeria pun akan belaku protes rakyat yang mana kemenangan Parti Islam Algeria (FIS) pada pilihan raya 20 puluh tahun dulu telah dihalang oleh pihak tentera dengan sokongan Perancis. FIS telah dihalang daripada membentuk kerajaan Algeria yang sah setelah keputusan tersebut dibatalkan oleh pihak tentera malah para pemimpin tertinggi FIS dipenjara dan diseksa.

Sabagai umat Islam yang sudah lama ditindas, baik diluar negara mahu pun di bumi Malaysia ini, kita tetap bersama-sama dengan umat Islam di seluruh dunia menyokong penuh apa yang dilakukan oleh rakyat Tunisia, Mesir, Algeris dan beberapa negara lagi akan menyusul....... Insyaallah.

ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!
ALLAHUAKBAR!!!!!!!!!!!!!
/ML /SO

[+/-] Selengkapnya...

Kuasa Rakyat Di Mesir

Memang benar bagai dikata 'kuasa rakyat kuasa keramat'. Saksikan Video ini bagaimana kebangkitan rakyat sudah tidak boleh bersabar lagi dengan Kerajaan Kuku Besi Hosni Mubarak setelah rakyat bersabar selama 30 tahun. Saksikan paparan ini.


Diambil dari :Selatan Online

[+/-] Selengkapnya...

Sunday, July 11, 2010

Barang-barang Untuk Dijual : Lelongan Dibuka

1) Set Komputer Lengkap beli dan guna

Pantium 4, 3.2 Ghz
RAM 512 MB
Harddisk 160 GB Western Digitall
VGA MSI NVDIA GeForce 6200 Turbo Cache
White DELL Moniter 17”
Printer Hp Deskjet All-In-One F2290 (Printer, Scaner, Fotokopi)
Dapatkan Free!!! 500 ml refill ink dakwat printer hitam (Tahan Setahun!!)
Matrix Speaker
Samsung DVD Writer
Mouse & Gamma keyboard
Meja Komputer yang Flexible
Extentions (mushtarak)

Harga Runtuh : LE 950
(pelanggan yang bidding harga tertinggi akan didahulukan!!!!

Komputer yang sudah ditempah (sudah bayar cengkeram) boleh diambil pada 31 ogos setelah menyerahkan baki bayaran.

PC yang banyak berjasa...heheh

2) Mesin basuh Fresh 3KG (baru pakai 2 tahun lebih)

Kondisi baik lagi, siap ada kain penutup!!! Sangat sesuai untuk seisi family
Harga : LE 250 (pelanggan yang bidding harga tertinggi akan didahulukan!!!!)

3) Kipas Angin SUPER kecil
Harga : LE 25 sahaja
(Hasil Jualan sumbangan untuk UMI)


4) Rice Cooker Saiz sederhana
Harga : LE 50
(Hasil Jualan sumbangan untuk UMI)


5) Keatle Air (Pemanas Air)
Harga : LE 30
(Hasil Jualan sumbangan untuk UMI)


6) Ampaian Flexible (Merah)
Harga : LE 40
(Hasil Jualan sumbangan untuk UMI)

[+/-] Selengkapnya...

Wednesday, June 16, 2010

Taktik Piala Dunia

Berikut adalah taktik2 yang digunakan oleh beberapa negara. Camana boleh kantoi ni?

lagi..




Lagi..lagiiii


Lagi..lagi..

Ok yang No 8 ni kalau nak letak Malaysia pun kami tak marah.

Memang lawak betul la. Sakit perut gelak. Kalau korang tak gelak tu, korang tak paham la tu. hehehe.. Sumber http://ohtidak.com

[+/-] Selengkapnya...

Monday, June 14, 2010

Bermain Super Impose - Anda mungkin mangsa seterusnya

Saya tidak mahu komen banyak tentang tajuk ini. Sekadar mahu membenarkan bahaya Facebook apabila anda terover meletakkan gambar2 anda untuk tontonan ramai, mungkin anda adalah mangsa seterusnya selepas Mawi. Sila lihat betapa mudahnya teknik super impose ini. Mawi bernasib baik kerana ditukar dengan Dato Siti. Diluar sana banyak kes2 super impose lain yg maha durjana. Berfikirlah berulangkali sebelum publish gambar2 anda ke facebook @ lain2 media.






[+/-] Selengkapnya...

Related Posts with Thumbnails