-->

HijriDate

Monday, September 18, 2006

Terima kasih Maahad Zamalek...

Bismillah...

Tarik nafas.."emeeeeeeeefffff"
Lepas.. "Haaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhhhh"
Tarik lagi... Lepas..."Haaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh"

Lega rasa hati selepas keluar dari gua az-zahraa' selama beberapa ketika ini. Dan dalam waktu itu jugalah cahaya mentari tak puas aku nikmati sinaran rembulan tak menyinggah di pipi. Lantaran exam yang sifatnya 'mutatabik wa mutatowil' panjang dan berderet-deret.

Alaa kulli hall..Sekarang ni dah lega sikit dan yang mampu dibuat hanyalah bertawakkal dan doa berterusan serta mengharap doa dari kawan-kawan dan insan-insan yang mahu mendoakan..Usaha dah usaha, hasilnya terpulang Dia nak beri apa. Kalau Dia beri Najah kita bersyukur dan kalau diberi sebaliknya juga harus diterima dengan hati terbuka. pinjam kata sahabat saya : "Usaha belum maksima agaknya"

Keluar dari madrasah Zamalik tahun ini banyak pengajaran yang diterima. Hanya perlukan masa untuk dicerna agar menjadi pegangan dan intipati bagi membangkitkan diri untuk terus maju. Zamalik mengajar aku apa itu Islam. emm..macam baru masuk Islam gamaknya. Bukan apa. Kesedaran yang diberi hasil susunan madah-madah yang menjadi mqarrar di zamalik membantu aku mengerti Asal usul Islam, perkembangan, keruntuhan, peninggalan, kekuatan, kelemahan, isu semasa dunia Islam dan macam-macam lagi. Not bad la orang jawa kata.

Nway, tak leh lawan al-Azhar la kan. Cuma saya tetap berterima kasih dan puas dapat masuk zamalik. Kawan-kawan yang nak masuk zamalik boleh jumpa saya untuk mengetahui 1001 dalil kenapa anda perlu masuk zamalik. hehhe...

Ye lah..Nak dibandingkan Zamalik dengan al-Azhar ni apalah sangat kan. az-Azhar memang sudah terbukti mantap dan berkualiti. Keluarannya (M.A & PhD) memang kalau saya jumpa saya akan tunduk dan tabik spring 2 atau 3 kali. Sebab hanya insan terpilih jer boleh lepas dari cubaan al-Azhar ni. Namun al-azhar tetap al-Azhar. Banyak kelebihan namun ada juga kekurangannya. Zamalik pula tak setaraf al-Azhar. Walaupun Zamalik berada di bawah kementerian pengajian Tinggi Mesir, namun fasilitisnya belum setaraf universiti lain yang lebih senior darinya seperti Cairo dan Ain Syams.

Tenaga pengajarnya diimport dari pakar-pakar Al-Azhar dan Cairo university. Yang ada di zamalik hanyalah pengarahnya sahaja. Yang lain semua import. Tu laa..kira zamalik ni ada dua cetak utama dia iaitu az-Azhar dan Cairo. So bertuah la dapat dua-dua sekali apabila belajar kat zamalik. Untuk pengetahuan sahabat-sahabat, apa yang saya tahu zamalik ditubuhkan atas matlamat untuk melahirkan profesional Mesir yang mahu asas-asas Islam menjadi pengukuh dalam diri mereka. Zamalik ni majoritinya yang masuk orang-orang tua yang dah bekerja. ada yang mohandes, muhami, mukhatib, tajir dan macam-macam lagi profesyen. Sebab tu kuliahnya pun malam dan exam ada pilihan dalam bulan 6 atau bulan 8.

Madah-madah yang diajar nampak mula-mula macam mengarut-ngarut jer. Tapi setelah diselidiki, takhassus di zamalik ni ada Empat. Syariah, Lughah arabiah, ilmu ijtimai dan iqtisod ammah. So dalam tamhidi ni semua kene belajar sebelum masuk ke dalam takhassusi. Best jugak apabila belajar madah2 luar ni. Antara yang baru di sini bagi saya lepasan ijazah syariah islamiyah ialah :

Tarikh al-Quran
Mabadi' al-Ammah Fil Qanun [Usul Qawaid]
Tarikh Alam Islami [Hadoroh Islamiyah]
Falsafah Islamiyah
Geografi Alam Islami
Akhwal syaksiah [Qanun Mirast]
Muqaranah Adyan
Musykilat Siyasiah al-Muasirah
Nuzum al-Maal fil Islam
al-Funun Wal Imarah al-Islamiyah [Asar Islamiyah]

So, bagi sapa-sapa yang nak tahu lebih lanjut pasal Zamalik, boleh lah tanya saya atau kawan-kawan saya yang lain di zamalik seperti ust farhan selangor, Ust fauzi dan ust aidil azwal kedah, ust burhan dan ust Taha juga dari selangor dan ramai lagi. Tapi apabila anda bertanya mana yang elok antara zamalik dan al-azhar tentu kami katakan al-Azhar. Tapi Zamalik juga Not bad kata orang jawa.

Satu saya nak kongsi bersama. Dahulu sebelum masuk sekolah menengah kita dah bercita-cita nak ke asrama penuh atau sokolah-sekolah idaman kita. Selepas masuk ke tingkatan 4 atau tingkatan 5 kita juga sudah ada impian untuk sambung ke universiti idaman kita. Lalu kita berusaha untuk dapat yang terbaik untuk matlamat itu. Tetapi kurang sekali yang berfikir untuk sambung master setelah masuk ke tahun 3 atau 4 di al-Azhar. Kenapa yer???

Fikir-fikirkan bersama. Sebelum habis satu peringkat kita harus ada beberapa perancangan agar apabila tamat sahaja peringkat terebut kita sudah ada matlamat yang jelas dan punya satu pegangan yang kukuh. Namun saya tak nafikan banyak masalah untuk sambung master. Nak kahwin dulu, nak keje dulu dan nak macam-macam lagi. Ala kulli halnya, mesti tanamkan niat untuk sampai ke peringkat tertinggi dalam pelajaran bukan pasal nak kejar sijil atau sebagainya. Tetapi itulah kehendak masyarakat dan seolah-olah satu tuntutan di zaman ini para ugamawan perlu lebih tinggi dalam bidang pendidikan.

Satu contoh saya nak beri sebelum berlabuh seketika. Siapa yang masyarakat akan ikut jika ada dua pendapat yang berbeza antara dua insan berikut :

1] Seorang doktor PHD dari tempat orentalis dan bermazhab Islam liberal
2] Seorang ust dapat B.A hons dari al-Azhar

Membincangkan isu-isu Islam seperti undang-undang Islam, Mujtamak Islami dan macam-macam lagi.

Amacam...!!!!

Wallahu'aalam...

3 comments:

MOHAMAD FAIRUZ BIN TAMJIS said...

Terima kasih di atas komentar..Tak usah di salahkan Al-azhar jika keluarannya tidak memuaskan hati. Jangan di salahkan pokok durian jika rosak dan busuk bauhnya.Memang Al-azhar bukan segalanya. Sistem pun tak bagus. Mundur dan ketinggalan berbanding universiti lain.Anda mungkin menilai 100 orang dari 6000 pelajar al-azhar.Bagaimana nak jamin kualiti al-azhar kalau yang datang sememangnya sudah lemah. Asas di malaysia juga tidak memuaskan.Al-azhar dijadikan pilihan terakhir selepas tempat-tempat lain mengalami kebanjiran. Mentang-mentang al-azhar tidak menghalang kemasukan pelajar, maka ia dijadikan alasan bermudah-mudah sebahagian orang. Saya rasa al-azhar memang ada silao juga. Tapi lagi banyak silap penuntutnya. Malas untuk ambil pengajian luar. Universiti mana pun kalau harap 100% pada Kolej tak akan pergi ke mana kalau malas dan tidak bersungguh mencari ilmu. Untuk pengetahuan saudara. Al-azhar sedang dalam proses pembikinan semula di bawah reaktor baru Syeikh ahmad toiyib. Mereka sedang mengaktifkan semula fungsi jamik atau masjid al-azhar sebagai pusat pemantapan duat. Syeikh2 besar kembali diberi tempat untuk mengajar seperti syiekh omar hashim, syikh ali jumaah, syeikh ahmad toiyib sendiri dan lain2. Sistem sebelum ini agak malap disebabkan fungsi pengajian di masjid al-azhar tidak dimanipulasikan sebaiknya. Segalanya kini sudah terhidang saudara. Yang masalahnya, pergi tau tidaknya mahasiswa kita. Malas atau rajinnya mahasiswa kita memantapkan ilmu di dada. Kebanjiran orang malaysia di sini secara halusnya telah melemahkan penguasaan mahasiswa kita berbahasa arab.

Anonymous said...

salam..
terima kasih atas tulisan ini,,tapi sy harap saudara dapat menceritakan secara ringkas dan padat..bagaimana urusan utk mengikuti ke maahad `aly zamalek ini..dari awal hingga saudara dapat masuk...berapa kosnya...syarat2nya dan sebagainya...ok harap membantu..

dari cairo.

Highlander said...

salam..
bagaimana saya nak hubungi ustaz..utk tanya lebih lanjut utk kemasukan ke maahad a`ly ni..ok syukran

Related Posts with Thumbnails